Tuesday, 5 March 2013
Najib Sepatutnya Turun Ke Lahad Datu Dan Semporna
Sudah beberapa hari peristiwa serangan kumpulan pemberontak Sulu berlaku di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Sehingga ini sudah 28 orang terkorban, 8 anggota keselamatan dan selebihnya kumpulan pemberontak dari Kesultanan Sulu. Walaupun keadaan nampaknya terkawal tetapi langkah berhati-hati tetap diambil dan tujuh batalion tentera sudah pun di hantar ke sana untuk mengawal keadaan.
Di ketika semua orang bercakap mengenai kejadian itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak turun ke Sabah bagi mengetahui lebih dekat apa yang sedang berlaku. Pada hari pertama kejadian, Najib berada di Perlis dan beliau tetap meneruskan program politiknya walaupun ketika itu dilaporkan sudah dua orang anggota keselamatan yang terkorban.
Kemudian Najib hanya hadir menyambut ketibaan jenazah anggota keselamatan yang terkorban itu saja di lapangan terbang.
Tetapi kini dengan lapan anggota keselamatan sudah terkorban, askar sudah diturunkan dengan kapalterbang tambang murah Air Asia, penduduk di Lahad Datu dan Semporna masih dalam ketakutan, Najib sepatutnya segera turun ke negeri Sabah. Sebagai Perdana Menteri, kehadirannya bukan saja boleh meredakan ketakutan para penduduk tetapi juga memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas.
Sepatutnya ketika berada di Perlis pada hari pertama kejadian lagi, Najib sudah membatalkan sebahagian programnya dan segera terbang di Sabah.
Najib tidak harus berlengah dan hanya duduk di Kuala Lumpur memantau keadaan. Beliau kena tunjukkan keprihatinan dan jiwa besarnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau adalah Perdana Menteri. Lebih baik jika turun ke Sabah, beliau dapat membawa isteri, anak-anak dan bakal menantunya sekali.
Jika ke konsert Gangnam di Pulau Pinang dan beberapa majlis keramaian sebelum ini, beliau selalu membawa anggota keluarganya itu hadir bersama, inilah masanya beliau menunjukkan keprihatinannya bersama keluarga dalam kejadian sedih bagi rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah pun berlarutan hampir sebulan lamanya.
Lagi pula bakal menantu Najib, warga Kazashtan (lupa namanya)itu dilaporkan sebelum ini turut menjalani latihan ketenteraan di England dan inilah masanya beliau menggunakan ilmu latihan ketenteraan yang dipelajarinya itu sekurang-sekurangnya untuk mengawal dan memastikan keselamatan bakal isteri dan bakal ibu serta bapa mertunya jika mereka turun ke Sabah. Itupun jika dirasakan kawalan daripada pasukan keselamatan sedia ada dirasakan tidak mencukupi.
Andainya keadaan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna masih tidak mengizinkan, Najib setidak-tidaknya datang ke Kota Kinabalu dan melawat Bilik Gerakan pasukan keselamatan di sana bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pemerontakan Sulu itu.
Dengan turun ke Sabah dan membawa anngota keluarganya sekali, tidaklah nanti orang bercakap anggota keluarganya hanya gemar menghadiri majlis keramaian dan pesta-pestaan saja. Lagi pun sekarang mood pilihanraya, kalau mahukann undi lebih dari Sabah, inilah masanya.
Walaupun Hishammuddin dan Zahid Hamidi telah turun secara bersama ke Lahad Datu semalam, kehadirannya mereka tidak dirasakan apa-apa, bahkan menjadi bahan persendaan di alam maya. Ini kerana kedua mereka itu dianggap sudah gagal dalam tugas menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara sehingga memandang enteng kehadiran pemberontak Sulu yang menceroboh sebuah kampung di Lahad Datu sejak hampir sebulan lalu.
Jika Najib juga gagal turun ke Sabah dalam waktu yang terdekat ini, seluruhnya pentadbiran beliau akan turut dianggap gagal oleh rakyat. (SH 05/03/2013)
Tuan Shah,
ReplyDeleteMenang GE lebih penting dari menjenguk tempat merbahaya di Lahad Datu tu. Najib tak mahu ambil resiko...bimbang harta benda yang dikumpul selama ini tak sempat untuk di enjoy dan dihabiskan. Jika terkena tempias peluru atau bom...sia sialah usaha beliau selama ini.
Apa susah...polis dan tentera ada. Biarlah mereka berperang mati matian asalkan Najib selamat. Bukankah Najib ini cuma tukang " menyalak " saja. Tak ingatkah tuan sewaktu krisis anatara Pemuda UMNO dan Pemuda MCA dulu yang membawa kepada Operasi Lalang?. Bukankan antara yang kuat melalak mahu mandikan darah China dengan keris telanjang adalah anak Razak ini. Tapi bila Operasi Lalang dilancar...anak Razak inilah yang dulu " cabut lari " keluar negara. Yang menanggung akibat adalah pemimpin lain terutamanya pembangkang.
Manusia bacul macam inikah mahu kita jadikan PM untuk bela kaum Melayu dan negara bernama Malaysia ini. Harap rakyat Malaysia tak jadi bodoh dan tolol semata mata dengan BR1M dan rasuah politik lain.
Komen yang menarik daripada seekor lembu Pakatan Rakyat...lingkup negara kalau benarkan lembu-lembu dan keldai penjilat PEMBOHONG TEGAR yang bernama Anwar Ibrahim ini memerintah. Semuanya bertunjangkan emosi. Otak...yhelek!
DeleteTuan, mungkin betul jugak apa yg dikata oleh pembangkang, ini semua adalah sandiwara.. apa tidaknya seluruh kepimpinan negara seolah2 tidak mengendahkan sgt peristiwa tersebut, seolah2 benda tu dlm perancangan mereka, namun walaupun seteliti mana pun perancangan mereka, perancangan ALLAH SWT mengatasi segala2nya.
ReplyDeleteDin,
ReplyDeleteAku doakan kau terpilih jadi calon PR di mana-mana. Ikut jejak 'Mangkok' dan Aspan...tak kisahlah, kita jual maruah sikit asalkan dapat tempat. Nak cari makan dengan UMNO memang susah, yang pandai daripada kau lebih banyak. Zaman kau boleh kencing dengan lesen wartawan kau dah lama berlalu. Sekarang, siapa nak pandang bekas wartawan suratkhabar nyamuk?