Wednesday, 13 February 2013
Pengundi Cina Kekal Tolak BN, Najib Sudah Boleh Berkemas Keluar Dari Seri Perdana
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna buat Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh edahnya ialah 28 April depan. Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung Januari yang lepas, Najib diramal banyak pihak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina yang baru disambut beberapa hari lalu.
Selepas semua kaum menyambut hari raya masing-masing, maka sesuailah diadakan pilihanraya.
Dengan mengadakan pilihanraya selepas semua perayaan utama itu diadakan, Najib akan dilihat sebagai seorang yang bertoleransi kepada semua kaum. Ditambah dengan majoriti kaum Cina memperlihatkan sikap menolak BN, dengan mengadakan pilihanraya selepas perayaan mereka, Najib juga akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat dan memahami perasaan kaum itu.
Sebab itu, perayaan Tahun Baru Cina kali ini Najib cuba membuat sesuatu yang luar biasa. Selain berlakon dalam sebuah filem iklan sempena sambutan Tahun Baru Cina, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, Najib juga cuba mengambil hati kaum Cina dengan membawa supertar Korea, Psy yang popular dengan Gangnam Stylenya untuk menghiburkan mereka pada tahun ini.
Poster dan gambar Najib berpakaian Cina juga bersepah-sepah di tiang telefon dan tiang letrik seluruh negara, untuk memperlihatkan sikapnya yang seolah-olah bersama-sama kaum itu. Ditambah dengan kulitnya yang putih dan bibirnya yang merah, sekali pandang memang Najib kelihatan seperti seorang Cina dengan berpakaian begitu.
Sebelum itu, beberapa pengumuman yang berupa sumbangan kepada sekolah dan komuniti Cina juga turut diumumkan oleh Najib setiap kali beliau mengadakan pertemuan dengan komuniti Cina. Najib memang memahami pengundi Cina agak kritikal terhadap BN dan kepimpinannya.
Dengan berlakon filem iklan yang menunjukkan beliau juga seolah-olah seorang Cina dan membawa Psy ke majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Pulau Pinang, Najib berasakan beliau telah melakukan sesuatu yang melebihi dari sepatutnya kepada kaum Cina dan seharusnya semua yang dilakukannya itu segera dibalas dengan sokongan terbuka kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Sebab itu, di majlis Tahun Baru Cina itu, Najib tanpa segan silu meminta sokongan daripada kaum Cina dengan bertanya sebanyak empat kali "Are You Ready For BN?" kepada mereka yang hadir. Malangnya beliau telah diberikan jawapan "No" oleh mereka yang hadir sambil ada yang tertawa terhadap ketidakcerdikan Najib bertanyakan soalan seperti itu.
Sesuatu yang amat memalukan telah berlaku kepada Najib selaku Perdana Menteri dan tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Ternyata Najib telah salah perkiraan dalam membaca fikiran dan hati nurani kaum Cina. Apakah Najib merasakan bahawa kaum Cina begitu mudah dibeli dengan propaganda murahan seperti yang dilakukannya sejak menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu. Memang tidak salah mengambil hati kaum Cina dengan apa apa cara sekali pun, termasuk menabur janji, memberi gula-gula dan membawa bintang pop Korea, Psy untuk menghiburkan mereka tetapi beliau tidak harus melupakan masalah pokok yang menghantui masyarakat Cina selama ini.
Selain isu ekonomi yang gagal dibangunkan oleh Najib, isu rasuah, pentadbiran yang bersih, pelbagai skandal yang membelit diri dan keluarganya adalah antara perkara pokok yang tidak menyenangkan majoriti pengundi Cina terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan sekarang. Sikapnya yang berdiam diri terhadap pelbagai isu yang timbul satu demi satu, baik yang dikaitkan secara langsung dengan dirinya mahupun tidak, menambahkan lagi kesangsian mereka terhadap beliau.
Sikap penolakan pengundi Cina memang mempunyai asas yang harus dipuji. Mereka ingin menukar kerajaan supaya akhirnya akan muncul pemimpin serta kerajaan yang baik dan sentiasa mengutamakan rakyat. Pengundi Cina secara umumnya menolak pemberian yang hanya dilakukan di saat-saat akhir seperti yang dilakukan Najib.
Dengan Najib sendiri mendengar jawapan "No" juga sebanyak empat kali daripada masyarakat Cina Pulau Pinang apabila beliau meminta sokongan daripada mereka, ia adalah isyarat yang jelas mengenai pola pemikiran pengundi Cina dalam pilihanraya akan datang ini. Ia juga adalah gambaran mengenai trend pengundi Cina di seluruh negara sebenarnya.
Dengan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh terdekat ini, signal daripada pengundi Cina yang didengari secara jelas oleh Najib sendiri dan difahami oleh semua pemimpin UMNO dan BN, hakikatnya tiada apa yang boleh dilakukan oleh Najib lagi untuk mengubah pendirian mereka.
Pengundi Cina kini secara tuntas menolak Najib dan BN. Ia bukan saja boleh didengari di Pulau Pinang tetapi nada yang serupa turut boleh dikesan di mana-mana. Tanyalah kepada mana-mana pengundi Cina kali ini, siapakah pilihan mereka. Kita pasti akan mendapat jawapan yang tidak jauh berbeza - BN semakin jauh dihati kaum Cina.
Dengan kedudukan pengundi Melayu berpecah dua, undi Cina adalah penentu di kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN. Selama ini pun kemenangan BN dalam beberapa pilihanraya umum banyak disumbangkan oleh kedudukan pengundi Cina yang kekal setia dengan BN. Pilihanraya 2008 adalah permulaan penolakan pengundi Cina terhadap BN, dan mereka mendapat pelbagai manfaat daripadanya, malah sentiasa ditatang seperti anak emas baik oleh BN mahukan oleh PR.
Dengan sedikit perubahan saja, kaum Cina sudah mendapat pelbagai kelebihan. Sudah tentu mereka tidak teragak-agak melakukan perubahan secara total kerana yakin lebih banyak manfaat bakal diperolehi jika perubahan kerajaan di peringkat Pusat pula dapat dilakukan dalam pilihanraya kali ini.
Sebab itu sambutan Tahun Baru Cina tahun ini meninggalkan parut yang besar kepada Najib. Harapannya untuk menjadikan sambutan perayaan itu sebagai medan untuk mendapat lonjakan sokongan daripada pengundi Cina ternyata tidak menjadi, sebaliknya bakal menjadi duka yang berpanjangan.
Pelaburan jutaan ringgit membawa Psy menghiburkan kaum Cina dan kesanggupan berlakon dalam iklan akhirnya tidak membawa pulangan yang menguntungkan.
Tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Najib dalam waktu yang kian singkat untuk mengubah pendirian pengundi Cina kali ini. Mereka nampaknya sudah menetapkan pendirian dan ingin berubah. Sebagaimana Islam menggalakkan berhijrah, nampaknya pengundi Cina juga memahami kebaikan berubah. Sesetengahnya sudah pun menikmati faedahnya.
Najib kini hanya mampu berserah dan berdoa. Dan sambil memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk membubarkan Parlimen, Najib dan Rosmah bolehlah mulai berkemas apa-apa yang patut untuk meninggalkan Seri Perdana kerana jika kedudukan pengundi Cina ini tetap tidak berubah, harapan BN untuk mempertahankan Putrajaya sebenarnya sangat-sangatlah tipis. (SH 13/02/2013)
Dear Saudara SH,
ReplyDeleteArtikel ini memang tepat.Semasa musim perayaan ini saya telah bertemu dengan pakcik dan makcik saya dan mula menghasut supaya tukar kerajaan. Isu yang saya bawa ialah isu korupsi dan juga psykologi.
PR tidak pernah memerintah kerajaan persekutuan. Tetapi mereka telah merasai kuasa di peringkat negeri. Saya yakin dan pasti mereka inginkan kuasa di peringkat persekutuan dan akan memerintah dengan baik kerana mereka tidak mahu menjadi "1 term government". Kepada BN pula yang telah memerintah 55 tahun pasti tidak mahu lepaskan kuasa. Apalah salahnya kita tukar "penyamun". Semamangnya tiada kerajaan yang bersih. Kita cuma perlu bandingkan yang mana samun lebih. Siapa samun lebih, rakyat akan buang. Saya pasti PR tidak akan berani "samun" rakyat untuk 2 atau 3 penggal. Tetapi kalau perintah lama seperti BN, mereka pasti akan samun. Bila samun, kita sebaghai rakyat tukar balik kepada BN.
Konsep ini sangat mudah dan juga merupakan titik permulaan untuk system demokrasi 2 parti.
Gong Xi Fai Cai
Darth Vader
Disebabkan ramai rakyat yang mengutuk pentadbiran parti Barisan Nasional dalam kerajaan Malaysia maka ada kemungkinan pilihanraya tidak akan diadakan.... tapi cetus huru-hara aktifkan akta dharurat.
ReplyDeleteSatu lagi kupasan bernas daripada Sdr....Ya saya pun turut khuatir spt anon 20:22 diatas dimana atas tekanan daripada mantan MAMAK bendahara Tun M (MBTM)..yang bakal menjadi telur pertama di hujung tanduk jika ditakdirkan BN tewas...sesuatu bentuk kekacauan dicetuskan (PEKIDA PERKASA dll sedia ada untuk mereka) bagi meunda PUM 13...namun ini bukan lagi zaman 80-an & 90-an dimana MBTM mudah sahaja meninggikan hidung besar Keralanya kepada pandangan pihak luar untuk berbuat sesuka hati nya...sebarang usaha untuk mengkuku besikan negara ini pastinya mendapat tekanan & sekatan (sanction) kuat dari pihak pro demokrasi luar...tanya sahaja dengan Mubarak & anak pinak Gadaffi...
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan tuan, Anon 20:22 dan Anon 12:11 tentang pihak mana yang akan melakukan huruhara jika BN tewas dalam PRU 13 nanti.
Jika ini berlaku, satu perkara penting yang kita hendak perhatikan ialah bagaimana tindakan IGP dan PDRM. Adakah mereka akan bertindak segera membendung huruhara tersebut atau mengelabah beruk kerana tak tahu macamana nak menangani situasi terbaru ia itu kerajaan baru selepas PRU 13 bukan lagi BN!
Kita faham bahawa IGP dan PDRM adalah anggota perkhidmatan awam yang menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan baru. Jadi jika keadaan menjadi tidak terkawal atau dilihat kegagalan pihak PDM membendung keadaan tersebut tidak masuk akal, maka IGP dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan tatatertib mengikut GO kerajaan sediada oleh kerajaan baru.
Ini satu perkembangan menarik yang kita harus perhatikan.
Jika Pakatan rakyat kalah, dan jika BN menang kerana penipuan yang memang jelas seperti matahari di tengahari, huruhara yang melibatkan rakyat yang merasa telah ditipu hidup-hidup mungkin juga berlaku. Jika huruhara ini berlaku, kita tidak perlu risau tentang tindakan PDRM. Dah gerenti cepat dan ganas seperti yang kita saksikan semasa Bersih 2.0 dan Hindraf.
bat8
Bn byk meengunakan isu emosi iaitu perkauman..semakin mereka main isu perkauman makin dekat pr dgn putrajaya...takbirrr
ReplyDelete