Sunday, 6 January 2013
Lebih Elok Memoir Rosmah Diterbitkan Selepas Najib Tidak Lagi Jadi PM...
Belum pun sempat buku biografi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor siap dicetak dan diterbitkan, sebuah buku mengenai beliau telah pun diedarkan dalam talian yang bertajuk The Black Rose 1.0 oleh Deepak Jaikishan dan penulisnya menggunakan nama Spirit of Altantuya.
Buku ini ditulis dalam bentuk cerita dengan nama watak-wataknya dieja secara terbalik atau diberi mirip nama yang hampir sama seperti Deepak diterbalikkan menjadi Kadeep, Najib diterbalikkan menjadi Bijan dan Raja Ropiaah ditukar kepada King Popiah.
Buku The Black Rose 1.0 yang dipercayai mempunyai sambungan lagi ini diedarkan sebagai memenuhi janji Deepak sebelum ini bahawa beliau akan menerbitkan sebuah buku setebal 26 mukasurat untuk menceritakan kebenaran mengenai hubungannya yang penuh warna warni dengan isteri Perdana Menteri itu termasuk penglibatannya dalam memujuk penyiasat persendirian P Balasubramanin membuat akuan bersumpah kedua bagi menafikan akuan bersumpah pertama sebelumnya yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Antantuya yang melibatkan Razak Baginda.
Buku yang boleh dimuat turun secara bebas dalam talian dan jua diberi kebenaran kepada sesiapa yang mahu mencetaknya supaya orang kampung, rakyat pedalaman, ketua kampung, JKKK, imam surau, bilal masjid dan pelbagai golongan yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh membacanya, turut mengisahkan mengenai penglibatan Deepak dalam mengolah akuan bersumpah kedua itu setelah beliau diarahkan oleh Rosmah dan Najib untuk berbuat demikian dan pelbagai perkara lainnya.
Turut diceritakan dalam buku itu ialah mengenai Raja Ropiaah, Ketua Wanita UMNO Selangor yang merupakan salah seorang kroni rapat Najib yang telah diberikan projek Puspahanas oleh Kementerian Pertahanan, yang mana kemudiannya projek itulah yang menjadi punca wujudnya konflik dan sengketa antara Deepak, Najib, Rosmah dan Raja Ropiaah.
Resit-resit pembelian barang kemas yang dipercayai untuk Rosmah dan dilunaskan bayarannya oleh Karpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Deepak turut disertakan dalam buku tersebut yang kini dianggap buku paling panas di permulaan tahun 2013.
Beredarnya buku Deepak ini tentunya memberi satu lagi tamparan kepada Najib dan Rosmah menjelang detik pilihanraya umum yang semakin hampir. Sebelum ini Deepak juga sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan isterinya, yang mana tiada satu pun dakwaan itu mampu dijawab setakat ini.
Sebelum terbitnya buku Deepak ini, Rosmah telah pun mengadakan pra pelancaran buku biografinya yang bukan saja dikatakan menceritakan liku-liku perjalanan hidupnya (diharap tiada fakta atau sisi yang disembunyikan) malah juga dikatakan akan menjawab segala fitnah dan tohmah mengenai dirinya.
Ketika majlis pra pelancaran buku itu yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, turut diumumkan bahawa buku tersebut akan mula beredar pada awal Januari 2013.
Namun takdir menentukan bahawa sebelum terbitnya buku biografi itu, buku Deepak telah pun diedarkan lebih dulu. The Black Rose 1.0 hanyalah permulaan, dan mungkin akan beredar pula The Black Rose 2.0, The Black Rose 3.0 dan seterusnya.
Selain dalam bentuk buku, Deepak juga dipercayai akan terus bersuara lagi menyerang Najib dan Rosmah kerana nampaknya kemarahan beliau terhadap mereka yang didakwa mengkhianatinya tidak akan berhenti begitu sahaja, sekurang-kurangnya sehingga hari pembuangan undi nanti.
Ini bermakna selagi wujud dakwaan, tohmahan atau fitnah baru terhadap Najib dan Rosmah, buku biografi yang diharapkan untuk menjawab dan membersihkan nama isteri Perdana Menteri itu tidak akan sempurna kerana akan terdapat perkara-perkara yang terlepas untuk dijawab.
Jika ada perkara yang terlepas untuk dijelaskan dan tidak semua dakwaan yang mencemarkan nama Rosmah selama ini dapat dijawab melalui biografi itu sebagaimana janji Ahmad Maslan yang merupakan penasihat penerbitannya, ia juga bermakna matlamat biografi itu ditebitkan tidak tercapai sepenuhnya.
Dalam memperkatakan mengenai Rosmah, yang paling menarik untuk diketahui ialah jawapannya mengenai segala tohmahan dan dakwaan yang wujud sebelum ini. Kisah hidupnya, zaman sekolahnya, dunia pekerjaannya, latar belakang keluarga, kisah keluarga dan anak-anaknya sebelum berkahwin dengan Najib tidaklah semenarik penjelasanya mengenai barang mewah yang dikatakan bertimbun dimilikinya, jumlah pakaian mahal-mahal yang bergedung banyaknya, jenama beg tangannya, benarkah cincin RM24 juta itu wujud dan sebagainya lagi.
Juga menarik untuk diketahui sama ada segala dakwaan Deepak ada kebenarannya atau hanya fitnah sahaja.
Semua itulah yang ingin diketahui dalam buku biografinya itu.
Oleh kerana Rosmah lebih banyak berdiam diri daripada menjawab segala apa yang pernah diperkatakan mengenai dirinya, sudah tentu buku biografinya itu amat menarik jika penjelasannya dalam buku biografi itu berfaktakan kebenaran.
Tetapi ia tidak wajar diterbitkan sekarang. Sebabnya masih banyak lagi dakwaan mengenai Rosmah khabarnya akan didedahkan oleh Deepak. Jika biografi diterbitkan sekarang dan semua dakwaan, termasuk yang dilakukan oleh Deepak tidak dijawab dalam biografi itu, ia menjadi tidak sempurna dan ada cacat-celanya.
Maka itu, adalah lebih baik Ahmad Maslan menasihatkan Rosmah agar menangguhkan dulu penerbitan buku itu. Tunggulah sehingga pilihanraya umum dan setelah tiada lagi dakwaan-dakwaan baru dibuat terhadapnya. Ketika itu juga, biografi itu boleh diubah kepada sebuah memoir dan jia semua dakwaan serta tohmahan dapat dijawab, barulah ia dilihat sempurna.
Dan jika ketika itu Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, memoir Rosmah itu pasti ditunggu-tunggu kehadirannya serta menjadi sebutan sebagaimana panasnya buku memoir Tun Mahathir sebelum ini.(SH 06/01/2013)
Sdr Shahbuddin,
ReplyDeleteBerdasarkan tulisan dalam The Black Rose tu, nampak ketara pompuan puaka itu lebih berkuasa dari suaminya BIJAN. Ada statement menyebut apa yang berlaku adalah atas arahan Black Rose dan BIJAN sekadar menjadi pak turut.
Juga tercatat tarikh tarikh dan masa khusus urutan peristiwa yang membawa munculnya SD2 Bala. Jadi apa kata pihak polis menyiasat di manakah nama nama individu yang disebut ketika itu berada pada waktu yang dinyatakan dalam The Black Rose?. Dan para teknisi di TELCO bolehlah membongkar rekod perbualan telefon individu individu terbabit dalam kes tersebut. Pasti rekod ini boleh " trace " punca dan dari point mana panggilan tersebut dibuat. Bukankah ini juga telah didesak oleh Mahmfuz Omar?
Jangan kelentong rakyat bahawa ini tak boleh dilakukan. Kalau polis dan pihak berkuasa yang sedia ada benar2 bertanggungjawab...semua persoalan dan tanda tanya ini boleh diselesaikan dan dibongkar. Soalnya..mahu cari kebenaran atau mahu terus menutup pekung pemimpin UMNO?. Itu saja.
Anon 16:08,
ReplyDeleteSetuju sangat. Tapi sampai sekrang tak ada tindakan dari pihak berkenaan. Agaknya perlu masa untuk padam segala bukti. Kalau kes ini melibatkan rakyat kebiasaan...jap jer dah dapat cekup. Kalau kes ni membabitkan Anwar Ibrahim..dah ke lokap dan penjara la si Anwar tu.
Double standard. Rakyat dibuat umpama pariah oleh pemimpin regim sekarang ni.