Thursday, 27 December 2012
Konsep 1Malaysia Gagal, Najib Mahu Rebut Semula Undi Melayu
Perjalanan politik UMNO kebelakangan ini memperlihatkan bahawa Najib seakan-akan sudah putus asa dengan pengundi bukan Melayu. Sejak tsunami 2008 yang antara sebabnya ialah beralih arahnya pengundi bukan Melayu kepada pembangkang, Najib cuba berhempas pulas mahu menawan semula undi mereka melalui beberapa pendekatan yang dilakukannya.
Antaranya memperkenalkan 1Malaysia, memberi lebih banyak bantuan kepada sekolah Cina dan India, kerap turun melawat Petaling Street dan Little India, sanggup merayakan Thaipusam di Batu Caves, cuba hadir sebanyak mungkin program masyarakat Cina dan India serta pelbagai pendekatan ad hoc lagi cuba dilakukan ke arah itu.
Malangnya, masyarakat Cina, India dan pengundi bukan Melayu pada hakikatnya tetap menolak Najib dan BN. Keputusan beberapa pilihanraya kecil, pola pilihanraya negeri Sarawak, penglibatan kaum Cina dan India yang jelas dalam Himpunan Bersih serta respon yang diberikan terhadap program Pakatan Rakyat, menjelaskan hakikat itu.
Pengundi bukan Melayu pada umumnya sudah sepakat untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang ini. Kalau pun BN menang, mereka tidak akan memberikan kemenangan yang selesa. Dua pertiga yang menjadi impian Najib hampir mustahil tanpa sokongan bukan Melayu.
Dalam masa yang sama UMNO juga menyedari MCA, MIC dan Gerakan akan terus kehilangan banyak kerusi. Jumlah kerusi yang ada sekarang dipercayai akan menurun lagi.
1Malaysia yang suatu ketika kerap diperkatakan, kini semakin sayup kedengaran. 1Malaysia lebih kerap diperkatakan sebagai jenama bisnes semata-mata untuk orang Melayu berbanding sebagai tiket merapatkan hubungan BN dengan bukan Melayu. Kedai runcit 1Malaysia, kedai kain 1Malaysia, rumah rakyat 1Malaysia, menu 1Malaysia dan seumpamnya lagi ternampak lebih ditumpukan kepada orang Melayu berbanding bukan Melayu.
Setelah hampir empat tahun berusaha, Najib pada hakikatnya gagal menambat hati pengundi bukan Melayu. Jumlah yang meraguinya makin melebar berbanding mereka yang meyakininya.
Meskipun pelbagai bantuan dan habuan cuba dicurahkan untuk bukan Melayu, impaknya tidak cukup ketara. Gelombang perubahan lebih menggamit hati bukan Melayu.
Jika dulu Najib, dalam beberapa ucapannya begitu mengharapkan undi dan sokongan bukan Melayu tetapi kini bagaikan sudah putus harapan. Apa pun percubaannya, undi bukan Melayu tidak hadir seperti yang diharapkannya.
Kini laungan 1Malaysia juga makin jarang diucapkan kepada kelompok bukan Melayu. 1Malaysia umpama bisnes yang tidak mendatangkan untung bagi Najib. Berbanding 1Malaysia yang dijaja Najib, teriakan Anwar yang kerap menyebut bahawa negara ini milik bersama antara Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dusun, ternyata jauh lebih menarik dan diyakini.
Dalam perbualan dengan beberapa rakan bukan Melayu, mereka meragui 1Malaysia yang dijaja Najib kerana beliau dilihat dalam masa yang sama dikepung rapat oleh kelompok ekstrem Melayu seperti Perkasa, Jati dan sebagainya. Lebih dari itu, UMNO sendiri dalam beberapa keadaan atau isu, kelihatan terlalu fanatik dengan Melayunya dan seolah-olah tidak mahu berkongsi dengan kaum lain.
Dalam perebutan kerusi dengan MCA dan MIC misalnya, terdapat kelompok dalam UMNO yang begitu keras dan hanya memikirkan soal UMNO saja. Ada yang mahu merampas kouta bukan Melayu tanpa memikirkan bahawa kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan sama daripada bukan Melayu. Kelompok dalam UMNO yang terlalu memikirkan kepentingan UMNO melebihi keutamaan memenangkan BN secara keseluruhan amat merisaukan pengundi bukan Melayu.
Dalam keadaan seperti itu, Najib lantas lebih mudah diragui. Najib dilihat hanya boleh berkata tetapi amat sukar untuk melaksanakan apa yang diucapkannya.
Jika ditanya ramai pengundi bukan Melayu, mereka kini tidak sabar lagi ingin menghukum UMNO dan BN. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan dalam hal ini.
Menyedari hakikat itu, Najib kini ingin meraih semula undi Melayu yang agak dilupakannya sebelum ini. Mainan semula isu amanat Haji Hadi, serangan terhadap Nik Aziz yang pernah mengaitkan UMNO sebagai golongan murtad serta mungkar dan mainan semula isu nama Allah untuk bukan Islam adalah percubaan Najib dan BN untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan Melayu semula.
Amanat Haji Hadi yang dikitar semula oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria yang meminta Presiden PAS menarik semula amanat itu, manakala Ahmad Maslan pula mendesak Nik Aziz menarik balik fatwa murtad dan mungkar terhadap UMNO, adalah antara percubaan awal ke arah itu.
Isu ini yang dimainkan secara besar-besaran oleh media kerajaan dan TV dengan semua pihak yang berkepentingan dengan UMNO mula bercakap mengenainya, ia tidak lain bertujuan untuk menjadikan pengundi Melayu atas pagar kembali semula menyokong UMNO dan BN.
Isu kalimah Allah juga cuba dimainkan untuk menjadikan orang Melayu kembali ke jalan yang sama.
BN ingin menampung kehilangan banyak kerusi MCA, MIC dan Gerakan dengan cuba memenangi sebanyak mungkin kerusi yang majoritinya pengundinya terdiri daripada Melayu pula.
Jentera-jentera UMNO difahamkan sudah dikerah untuk memainkan isu ini semaksima mungkin dan menjadikan pembangkang, terutamanya PAS kelihatan hilang arah. Jika isu mengembalikan sokongan pengundi Melayu ini mendatangkan kesan yang diharapkan, barulah dipercayai Najib akan membubarkan Parlimen.
Walaupun difahamkan BN menyedari pengundi Melayu juga berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR tetapi pengundi Melayu atas pagar yang tidak totok dengan mana-mana parti dipercayai agak besar jumlahnya. Kelompok ini biasanya amat sensitif dengan isu agama, akidah dan nama Allah. Golongan inilah yang diharapkan termakan umpan dan mata kail yang dipasang itu dengan bantuan akhbar dan TV yang akan memainkan isu tersebut secara besar-besaran dan berulang-ulang.
Meskipun UMNO juga dibelenggu dengan pelbagai isu semasa yang merimaskan, di samping undi bukan Melayu yang sudah tidak boleh diharapkan, tautan UMNO dengan kuasa kini hanya semata-mata bergantung kepada keupayaannya mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu secara majoriti.
Harapan untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu sudah berakhir bagi BN memandangkan tempoh untuk mengadakan pilihanraya hanya tinggal empat bulan sahaja lagi.
Selain isu amanat Haji Hadi, fatwa Nik Aziz dan isu kalimah Allah, apa saja isu yang melibatkan Melayu dan Islam yang muncul selepas ini, ia pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi kepentingan memenangi pilihanraya. Dan buat sementara juga, slogan 1Malaysia akan semakin kurang diucapkan oleh Najib dan UMNO. (SH 27/12/12)
Tuan,
ReplyDeleteNajib sebenarnya sudah letih. Dia letih sebab dia seorang sahaja yang bekerja kuat untuk menang- menang untuk keselamatan diri sendiri dalam parti dan mengelak masuk mahkamah yang berkaitan dengan isu yang Deepak dok mainkan.
Pemimpin-pemimpin utama yang lain dok relaks je, tak payah ke hulu ke hilir macam Najib. mereka hanya menumpukan perhatian untuk menang di kawasan masing-masing sahaja. Agaknya mereka yakin bahawa BN akan menang dengan majoriti mudah. Maknanya ini dah cukup kerana mereka telah selamat. tetapi Najib belum tentu lagi, melainkan dia menang denan majoriti 2/3.
saya juga memerhati cara permainan UMNO menggunakan amanat Haji hadi yang sedang berjalan. Saya berani berkata isu ini akan memakan diri UMNO sendiri dan isu ini akan terus senyap sedikit masa nanti. Kita kena ingat, empunya diri masih berdiam diri.....
Mengapa saya kata begitu. Kerana zaman telah berubah dan pemain-pemain UMNO yang berwibawa dalam isu ini telah pun berada di luar gelanggang. Selain dari Harusani, pemain-pemain isu ini bagi pihak UMNO adalah pemain-pemain amatur sahaja yang tidak tahu dan faham bagaimana berbisanya isu ini dulu. Mereka hanya mendengar cerita, membaca maklumat-maklumat bertulis - oleh itu mereka buta tentang permainan Amanat Haji Hadi ini.
Sedangkan PAS masih mempunyai pemain-pemain utama dalam isu ini yang terlibat secara langsung. Jadi siapa yang lebih berbisa dalam isu ini - pemain-pemain novice UMNO atau pemain-pemain Veteran PAS?...ingat..ini bukan pemainan bolasepak, tetapi permainan politik!
Begitu juga dengan isu Allah. UMNO akan tersungkur lagi. Yang peliknya, UMNO ni ada perancang strategi ke tak ade langsung atau sekarang dalam keadaan huru hara? Membangkitkan isu Amanat Haji Hadi dan Isu kalimah Allah adalah ibarat memberi bola tanggung kepada PAS (aka Lin Dan dalam permainan badminton) bak kata Pak Aspan!
Andaian saya, UMNO sekarang hanya bergantung kepada pengalaman lampau mereka untuk menang ia itu dengan membeli undi, menabur duit, pengundi hantu/PATI dll.
Kalaulah menangani isu-isu yang ada pun mereka semput, samada semasa bertahan dengan serangan pembangkang atau semasa menyerang pembangkang - apakah mereka berupaya menggunakan pengalaman lampau yang berbisa itu seperti dalam PRU-PRU sebelum ini?
Pada saya, masaalah yang dihadapi UMNO sekarang di saat-saat genting ini adalah, kalau dalam bolasepak, masaalah kualiti pemain-pemain.
Selama ini, UMNO bermain dalam liga super dengan pemmain-pemain berkualiti liga super. tetapi kali ini, UMNO masih kena bermain dalam liga super lagi, tetapi kualiti pemain-pemainnya adalah taraf LIGA FAM!
Kalaulah UMNO menang( tak kira tipi atau besar) dengan menggunakan tektik-tektik kotor seperti lepas-lepas - ia boleh memakan diri UMNO sendiri. Macamana pasukan yang mempunyai standard Liga FAM boleh jadi juara liga super - main atur dan rasuah besar-besaran ke? Lagipun rakyat akan nampak dengan jelas cara UMNO menang cara tak sah. Sdra ingat rakyat akan berdiam diri?
bat8
slot เครดิต ฟรี ท่านสามารถเข้ามาร่วมบันเทิงใจ ไปกับเกมสล็อต ซึ่งสามารถทำเงิน ได้จริง รวมทั้งยังได้รับ ว่าเป็นเว็บไซต์ เกมสล็อตออนไลน์ ที่คัดสรรเกมสล็อต pgslot ประสิทธิภาพ
ReplyDeleteศูนย์รวมโปรสล็อตใหม่ล่าสุด เล่นสล็อตpg ฝากถอน ออโต้ ไม่มีอย่างน้อยโปร สล็อตใหม่ปัจจุบัน ด้วยระบบออโต้ ที่เหมาะสมที่สุด เร็วทันใจ ข้างใน 1 วินาที PG SLOT ระบบที่มอบความสบายสบายให้กับสมาชิก
ReplyDelete