Wednesday, 28 November 2012
Ucapan Perasmian Najib Pagi Esok Sudah Tidak Bermakna Lagi
Esok pagi khamis, Najib selaku Presiden UMNO akan menyampaikan ucapan dasar dan seterusnya merasmikan perhimpunan agung UMNO kali ke 66. Semalan ucapannya di majlis taklimat tertutup kepada para perwakilan UMNO, Najib sudah pun menekankan tentang perlunya mengukuhkan perpaduan, mengelakkan sabotaj serta menyokong sesiapa saja calon yang dipilih dalam pilihanraya umum nanti.
Pada sebelah malamnya pula, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dalam ucapan ketika merasmikan perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri, lebih banyak menyerang pembangkang sebagai isyarat menaikkan semangat ahli-ahli sayap itu untuk menghadapi pilihanraya yang dijangka paling getir bagi UMNO.
Dan apabila Wanita, Pemuda dan Puteri selesai mengadakan persidangannya hari ini, semua pihak dalam sayap-sayap UMNO bagaikan sudah berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk bertarung dan beradu tenaga dengan pihak pembangkang.
Hanya menunggu ucapan perasmian Najib esok pagi sahaja lagi bagi melengkapkan semangat dan persediaan rohani seluruh ahli-ahli UMNO untuk menghadapi pilihanraya kali ini.
Ucapan Najib esok pagi amat ditunggu-tunggu, apakah amanat dan bekalan keramat yang akan dilaungkannnya. Selain meminta mengekalkan perpaduan, patuh kepada parti, jangan sabotaj dan pelbagai kata-kata nasihat, Najib juga tentunya akan menggunakan pentas perasmian perhimpunan agung UMNO itu nanti untuk menyerang pembangkang khususnya PAS, PKR dan DAP serta menghentam batang tubuh Anwar, Haji Hadi serta Lim Kit Siang.
Najib tentunya akan menjerit-jerit dengan suaranya yang lemak merdu itu (patutnya dengan suara garau dan keras) untuk memburuk-burukkan pembangkang serta menghentam peribadi pemimpin mereka.
Walaupun ucapan beliau akan disiarkan secara langsung melalui radio dan tv serta akan diberikan liputan yang meluas oleh media pada esoknya, sayang sekali ucapan perasmian Najib kali ini sudah tidak bemakna apa-apa lagi kepada rakyat dan pengundi atas pagar.
Meski sekuat mana pun beliau menjerit, berhujah dan memberi pelbagai analogi dalam ucapannya itu nanti, hakikatnya rakyat akan melihat beliau sebagai sosok yang dilumuri dengan pelbagai persepsi buruk yang tidak boleh dipulihkan lagi.
Detik berlangsungnya perhimpunan agung UMNO kali menjadikan Najib dihimpit oleh pengakuan seorang ahli perniagaan yang pernah dikenali oleh beliau dan keluarganya, Deepak yang secara terbuka mengaku beliau pernah "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib dalam suatu urusan tanah.
Pengakuaan Deepak kepada media selama dua hari berturut-turut dengan menceritakan pelbagai kecurangan, salahlaku, kawan makan kawan dan unsur rasuah yang melibatkan Najib, keluarganya serta kaitan dengan isu penyiasat persendirian P. Bala dan pembunuhan Altantuya telah meletakkan Najib dalam perhimpunan UMNO kali ini umpama mayat hidup - lesu, tidak bermaya serta tidak bernilai apa-apa lagi di sisi rakyat.
Rakyat tidak akan mempedulikan lagi intipati ucapan Najib di perasmian itu nanti, sebaliknya rakyat lebih berminat untuk melihat sejauh mana air mukanya masih berseri atau tidak, suatu hakikat yang menunjukkan sejauh mana keupayaannya untuk berpura-pura dan menunjuk rasa tidak bersalah di depan rakyat.
Selain isu pengakuaan Deepak, Najib juga dihimpit oleh kedatangan dua peguam Perancis ke Singapura (setelah tidak dibenarkan datang ke Malaysia) untuk memberi taklimat mengenai kes rasuah yang melibatkan pembelian kapal selam Scorpene yang kini sudah pun menjadi isu serta perbualan di peringkat antarabangsa.
Isu Deepak dan Scorpene ini telah menghimpit Najib dan menjadikan beliau tidak bernilai lagi di sisi rakyat. Beliau kelihatan semakin kotor dan kusam di mata rakyat.
Selain Najib terhimpit oleh kedua isu itu, UMNO juga di perhimpunan agungnya kali ke 66 ini turut menerima nasib yang sama. Selain isu Nazri, Musa Aman dan Michael Chia yang turut menjejaskan nama baik UMNO di persada rakyat, wajah kelam UMNO dikelabukan lagi dengan pengakuan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan tentang campurtangan Hishammuddin, sepupu Najib dalam urusan polis.
Hishammuddin, menurut pengakuan Musa, pernah memberi arahan secara terus kepada pegawai polis junior dan seorang ketus polis daerah tanpa pengetahuannya dan perbuatan itu bertentangan dengan Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adakah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya menteri.
Pengakuan Musa Hassan ini menyebabkan Najib diselubungi dengan andaian bahawa menteri-menterinya terdiri daripada mereka yang rakus, melanggar undang-undang dan tidak tahu bidang kuasa sebagai menteri.
Isu Nazri, Musa Aman dan Scopene telah pun meletus sebelum berlangsungnya perhimpunan agung UMNO lagi tetapi nampaknya Deepak dan Musa Hassan sama-sama mempunyai beban yang tidak tertanggung selama ini sehingga kedua-duanya sedia mengadakan sidang akhbar sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan agung UMNO untuk memburukkan secara langsung Najib dan Hishammuddin.
Mesejnya cukup jelas, menjadikan Najib terduduk serta mahukan UMNO ditolak atau sekurang-kurangnya Najib perlu diganti selepas pilihanraya akan datang ini.
Selain rakyat yang mula bercakap tentang kedudukan Najib sebagai beban kepada UMNO, di persekitaran PWTC, tempat berlangsungnya perhimpunan agung UMNO juga sudah mulai kedengaran cakap-cakap dan rungutan yang senada dengannya.
Sebagaimana yang disebut tadi, yang ditunggu esok bukannya intipati atau amanat daripada seorang Presiden UMNO tetapi bagaimanakah air muka dan seri wajah di sebalik semua dakwaan yang tidak berani dinafikan itu.
Ini menjadikan mesej yang cuba disampaikan oleh Deepak dan Musa Hassan melalui pengakuan mereka yang melibatkan Najib, Hishammuddin dan UMNO bukan saja menjejaskan lagi keyakinan rakyat, bahkan juga mulai menggegar keyakinan dalaman UMNO itu sendiri.
Mesej ini pula berjaya disampaikan kepada rakyat sebelum pun Najib sempat menyampaikan amanatnya esok pagi. Ini sekaligus menjadikan amanat Najib esok pagi sudah tidak bermakna apa-apa lagi. (SH 28/11/2012)
kita hnya mampu merancang...Allah swt jugalah yg menentukan segala2nya...
ReplyDeleteAku teringin nak tengok mereka yang terbabit mengupah Azilah dan Sirul bunuh Altantuya ke tali gantung. Nampaknya hari hari itu makin hampir. Sial dan bala akan menimpa Malaysia kalau yang terbabit membunuh itu diizinkan jadi PM Malaysia. Tumbangkan UMNO BN..dan pasti pengupah " itu dapat dikesan sekejap saja.
ReplyDeleteYang melesapkan duit pampasan dari kerajaan Jepun untuk mangsa buruh paksa landasan keretapi tu juga patut dibongkar. Pemimpin yang menjadi punca duit tersebut digelapkan patut disula saja dikhalayak ramai tak kira samada dia Tun ke Tan ke atau Tong.
Jangan biar golongan "pemimpin haram jadah" ini terlepas. Undang undang dan keadilan patut ditegakkan tanpa memilih bulu. Adili semua kes kes yang disembunyikan bawah karpet selama ini samada kes bunuh, rasuah, pecah amanah, rogol dan lain lain.
rasa macam tak sabar menunggu sudahnya....
ReplyDelete