Wednesday, 14 November 2012
Perangai Buruk Pemimpin UMNO Seperti Penyakit Yang Tiada Ubatnya
Ekoran tulisan saya sebelum ini mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang masih bersikap gila glamour dan dipercayai akan terus menjadi beban kepada UMNO dan Najib untuk mengharungi PRU 13, saya telah dihubungi oleh seorang pemimpin kanan UMNO peringkat bahagian yang menyatakan selain isu Rosmah, sebenarnya perangai buruk pemimpin dan menteri-menteri UMNO turut menjadi halangan besar kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya kali ini.
Katanya, jika isu Rosmah mungkin lebih berbekas dan meninggalkan kesan kepada rakyat biasa yang tidak bersetuju serta meluat dengan sikap dan lagak yang ditunjukkannya tetapi perangai buruk menteri-menteri UMNO ini lebih memberi kesan kepada ahli UMNO sendiri di mana disebabkan mereka ini masih menunjukkan perangai lama yang sombong, susah ditemui dan mementingkan diri sendiri akan menyebabkan berlakunya protes senyap terhadap UMNO dalam pilihanraya nanti.
Beliau berkata, jika sebelum kehilangan majoriti dua pertiga, perangai buruk itu begitu berakar umbi dan menjadi amalan biasa tetapi setelah berlakunya tsunami 2008, dan seruan untuk berubah sudah banyak kali dilaungkan oleh Najib, namun nampaknya ia masih tidak mengalami apa-apa perubahan.
Menurut pemimpin itu lagi, pemimpin dan menteri UMNO masih berperangai lama iaitu susah ditemui, sombong, mementingkan diri sendiri dan dipercayai memiliki sejumlah kroni sendiri dalam pemberian kontrak kementerian masing-masing sehingga menyebabkan kelompok lain dalam UMNO masih terpinggir dan tidak dipedulikan.
Kalah di beberapa negeri, hilang majoriti dua pertiga dan kedudukan yang masih tidak menentu dalam PRU 13 ini tampaknya tidak memberi apa-apa keinsafan kepada pemimpin UMNO, tegas pemimpin bergelar Datuk itu.
Tanpa ragu-ragu, beliau melahirkan keyakinan bahawa pemimpin UMNO hanya akan berubah dan sedar langit tidak lagi selalu cerah apabila kuasa yang masih bersisa ini terlepas daripada genggaman.
Tambahnya lagi, beliau menerima rungutan yang banyak daripada rakan-rakannya dalam UMNO sendiri betapa mereka tidak dipedulikan dan kadangkala seperti peminta sedekah untuk mendapatkan bantuan bagi menggerakkan aktiviti parti di bahagian masing-masing.
Menteri dan pemimpin UMNO, menurut beliau hanya memberi muka kepada mereka yang berjawatan Ketua UMNO Bahagian sahaja dalam banyak urusan manakala yang berjawatan lain daripada itu masih menjadi golongan terpinggir dan gelandangan dalam parti kecuali yang sudah bergelar wakil rakyat.
Sebenarnya rungutan daripada pemimpin kecil dalam UMNO terhadap pemimpin besar dan menteri-menteri UMNO ini sudah lama kedengaran dan hampir menjadi topik perbualan wajib setiap kali mereka bertemu sesama sendiri.
Mereka sering bertukar-tukar pengalaman dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menteri-menteri yang pernah atau cuba ditemui. Kebanyakannya adalah pengalaman pahit yang kadangkala sukar dipercayai.
Bagi kelompok ini, kesukaran mereka untuk bertemu dan mengadu pelbagai masalah rakyat dengan menteri-menteri UMNO masih tiada bezanya dengan dahulu sedangkan sepatutnya di waktu ini mereka seharusnya lebih berwajah manis dan membuka pintu pejabat dengan lebih luas kepada pemimpin-pemimpin kecil di peringkat bahagian kerana mereka inilah yang menggerakkan sebahagian besar jentera parti ketika pilihanraya.
Dengan masih terdengarnya rungutan terhadap menteri-menteri UMNO itu dan mungkin berlakunya protes senyap terhadap sikap dan perangai buruk mereka itu, UMNO dan BN akan terus menghadapi kesukaran untuk memenangi pilihanraya akan datang ini.
Jika dulu perangai menteri UMNO yang sombong, susah ditemui, tidak membantu dan hanya mengutamakan kroni sendiri boleh dimaafkan kerana tiada alternatif lain yang dirasakan layak mentadbir negara selain UMNO tetapi kini dengan adanya alternatif di samping kesedaran rakyat yang semakin tinggi, terus berlakunya keadaan itu pastinya mengundang mimpi buruk buat UMNO.
Sehingga kini pun sudah kedengaran, bukan sahaja di kalangan pemimpin kecil malahan banyak suara daripada dalam UMNO sendiri yang merasakan UMNO ini patut diberikan pengajaran dengan cara direhatkan pegangannya terhadap kuasa buat seketika.
Mereka percaya kiranya sebahagian besar pemimpin yang ada sekarang dikekalkan, ia tidak akan menjamin suatu perubahan yang bermakna, bukan saja kepada ahli UMNO peringkat bawahan tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya.
Bagi mereka, hanya dengan rakyat menarik balik kuasa yang diberikan kepada UMNO saja yang mampu membetulkan penampilan dan wajah UMNO kerana pemimpin baru yang meneruskan perjuangan nanti sudah pasti akan lebih berhati-hati, prihatin terhadap rakyat serta tidak sombong agar kuasa yang terlepas itu dapat digenggam semula.
Dan jika UMNO dapat merangkul semula kuasa selepas itu, penampilannya tentu berbeza. Inilah keyakinan mereka.
Dalam hal ini, halangan Najib dalam menghadapi PRU 13 ini sebenarnya bukan saja membetulkan sikap dan perangai hodoh sebahagian besar menteri-menterinya yang ada sekarang tetapi juga sejauh mana beliau masih mahu mengekalkan mereka sebagai calon dalam pilihanraya nanti.
Jika sebahagian besar daripada mereka terus dikekalkan, protes dan penolakan melalui peti undi mungkin merupakan sesuatu yang mengejutkan Najib sendiri.
Cerita-cerita buruk mengenai pemimpin UMNO ini, baik yang berjawatan menteri, timbalan menteri mahupun menteri besar lebih dirasai oleh kalangan dalam UMNO sendiri kerana merekalah yang selalu berurusan sama ada berkaitan hal UMNO, perniagaan, peribadi, urusan rakyat dan sebagainya.
Jika ahli dan pemimpin kecil dalam UMNO sendiri tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, tentulah tiada jaminan bagi rakyat biasa untuk mendapat perhatian yang sama.
Bagi rakyat biasa pula, mereka lebih melihat menteri UMNO ini sebagai kelompok yang terpalit dengan rasuah, tidak amanah serta lebih mengutamakan tauke-tauke kaya dalam urusan seharian dan ini dapat dilihat melalui pameran kemewahan yang ditonjolkan dalam gaya hidup isteri dan anak-anak serta rumah bak mahligai yang dapat dibina dalam tempoh sekejapan saja selepas menduduki kerusi empuk di sesebuah kementerian.
Isteri-isteri menteri dilihat lebih mengutamakan penampilan mewah, glamour dan penuh gemerlapan manakala anak-anak mereka pula dilihat lebih gemar berfoya-foya, berpesta dan melakukan perkara-perkara sumbang yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Hakikatnya, sudahlah sebahagian besar menteri-menteri UMNO ini mempamerkan perangai hodoh yang tidak disukai rakyat, penampilan isteri dan anak-anak mereka turut menambahburukkan lagi keadaan.
Rakyat, pengundi, ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin kecil ini hanya menunggu masa saja untuk menghukum mereka kerana janji perubahan yang sudah kerap dilaungkan sudah tidak dipercayai lagi. (SH 14/11/2012)
tgu balasan rakyat pd PRU 13 nnt...
ReplyDeleteSebenarnya sikap ketua dan pemimpin UMNO Baru memang bersikap tidak ambil peduli perihal orang bawahan sejak turun temurun. Kenapa baru sekarang nak hebohkan pekara tersebut. Sebagai contoh, apakah Mohd. Najib prihatin terhadap orang bawahan di kawasannya dan kalau bukan dia yang menjaganya siapa pula yang ambil alih tugas wakil rakyat disitu ?
ReplyDeleteKalau kita teliti kata-kata pemimpin seperti Tun Mahathir, pemimpin parti itu hanya memerlukan ahli yang bodoh saja bagi memenuhi syarat meramaikan ahli parti kerana mereka tidak mahu berebut kuasa dengan orang yang pandai.
Pemimpin UMNO Baru memang suka pada ahli yang bodoh. Bagi ahli yang bodoh, mereka akan ikut saja apa yang diarahkan oleh ketua. Sokong apa saja yang dicadangkan tanpa memikirkan sokongan itu memberi kebaikan atau boleh merosakan anak cucu mereka dimasa akan datang.
Pada kebiasaannya bukan pemimpin yang risau tentang hal parti tapi ahli taraf pencacai yang resah geliasah. Puak mereka ini yang heboh kononnya pemimpin sombong, susah ditemui dan mementingkan diri sendiri.
Persoalannya mengapa boleh terjadi begitu? Sebenarna puak ini pada kebiasaannya bila jumpa pemimpin dapat sedikit habuan, tapi dalam keadaan sekarang pemerhati dari Pakatan Rakyat amat peka terhadap pemimpin BN yang mengamalkan rasuah. Tiada rasuah bermakna tak ada duit untuk ditaburkan maka pemimpin terpaksa menghilangkan diri.
Permainan politik dikalangan pemimpin BN amat mudah diramalkan. Mereka kehulu kehilir hanya untuk menziarah saja tidak mengharapkan sangat undi dari ahli parti mereka untuk menang dalam pilihanraya. Sebagai contoh, apakah Mohd. Najib dan Muhyiddin begitu mengharapkan ahli UMNO Baru berkempen agar rakyat menyokong kerajaan BN ?
Jawapannya adalah tidak. Mereka lebih mengharapkan kakitangan SPR memenangkan calon yang bakal diketengahkan. Disamping memperalatkan anggota polis, peguam negara dan hakim dalam mahkamah agar memberi kelebihan dan kemenangan pada mereka dalam soal perundangan. Apakah kita sudah lupa bahawa tuntutan 8 pekara dari Bersih 2.0 sehingga kini tidak ditunaikan ?
Lagi pula mengapa pencacai UMNO Baru perlu sibuk berkempen untuk menang dalam pilihanraya ke 13 sedangkan calon mereka tidak bertading... yang bertanding adalah calon dari Barisan Nasional...?
Hari selasa malam rabu yg lalu,di pasar karat tgh bandaraya johor bahru,sb/pdrm dijadikan macai2 umno berlakon/berlagak gaya ust dgn memakai serban terjerit2 mengapi2 perkauman dgn menuduh bermacam2 tuduhan kpd k'jaan pr pimpinan dap di p.pinang tnpa sebarang bukti dan fakta..yg menariknya si bahlol sb ini mengaku salah seorang pemimpin dap p.pinang,terjerit2 memfitnah k'jaan pr d p.pinang menindas org melayu dan sbagainya..tema kempen mereka abcd(asal bkn cina dap)..Tuan!kalau dh polis sndiri jd anjing tunggangan umno utk mengapi2kan perkauman dan mencetuskan kemarahan baghal2 melayu yg percaya tv3,kpd siapa lg keamanan negara ini utk kita amanahkan?
ReplyDeleteCerita2 Bik Mama ni tidak ada effect pada puak2 UMNO Johor bodoh ni. Masih nak jilat bontot Bik Mama yang busuk tu. Diberitahu yang pemimpin UMNO Johor Syed Hamid kena tendang dari kerusi Chairman LTH (cuma duduk satu hari) sebelum Bik Mama desak Najib tendang dia keluar kerana Bik Mama tidak gemarkan isteri Syed Hamid. Masih nak jilat lagi wahai UMNO Johor !!!
ReplyDeleteKalaulah sudah 55 tahun memegang kuasa, masakan tidak berasa akan "kekebalan/invincibility" diri sendiri? Kan pepatah English, "power corrupts, absolute power corrupts absolutely'? Mungkin elok juga UMNO menduduki barisan pembangkang buat sekurang-kurangnya sepenggal, bukankah Kuomintang di Taiwan berwajah/bernafas baru setelah kalah dalam pilihan presidennya?
ReplyDelete