Monday, 29 October 2012
Soi Lek Dan Hudud: Undi Cina Tak Bertambah, Undi Melayu Bakal Menyusut
Keceluparan Presiden MCA mempertikaikan hukum hudud nampaknya makin menjadi-jadi. Ada saja perkara baru yang dibangkitkannya dari semasa ke semasa yang menarik untuk dijadikan bahan berita tetapi cukup menyakitkan hati umat Islam.
Jika sebelum ini beliau mempertikaikan hukum hudud itu secara umum dan mengugut akan keluar BN jika hukum itu dilaksanakan, minggu lalu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa 1.2 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menyebut tentang dapatannya bahawa kebanyakan negara yang mengamalkan hudud adalah negara yang paling korup.
Terbaru dalam portal berita Star, beliau mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk berdebat serta menyarankan melakukan "homework" secukupnya apabila Jamil Khir menyatakan jika hudud dilaksanakan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.
Pelbagai rentetan isu hudud yang ditimbulkan oleh Soi Lek ini seperti memperlihatkan beliau lebih memahami serta membuat kajian yang mendalam mengenai hukum itu berbanding Jamil Khir dan umat Islam sendiri.
Sudah tentu keceluparan Soi Lek ini mengguris hati umat Islam seluruhnya kerana beliau nampaknya tidak memahami bahawa hudud bukanlah hukum ciptaan Pas atau mana-mana pihak, sebaliknya ia merupakan hukum Tuhan yang diturunkan untuk menjaga keamanan serta kesejahteraan hidup di dunia ini.
Di mana-mana orang bercakap tentang sikap Soi Lek itu dan rata-ratanya merasakan ia merupakan penghinaan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh sesiapa di sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya.
Tetapi tidak menghairankan kenapa Soi Lek sampai seberani itu. Selain Najib sendiri yang tidak berani menegur dan meminta Soi Lek berhenti daripada bercakap soal hudud, Mahathir sendiri seperti menggalakkan beliau daripada terus bercakap sesuka hatinya mengenai hudud.
Mahathir dilaporkan pada minggu lalu sebagai berkata bahawa tiada salahnya apa yang dilakukan oleh Soi Lek itu kerana ia hanya bertujuan menarik sokongan pengundi Cina yang selama ini menyokong DAP untuk menyokong MCA pula.
Sudah tentu dengan lesen besar yang diperolehi daripada Najib dan Mahathir ini, Soi Lek tidak akan berhenti bercakap. Meskipun sudah ada demonstrasi dan bantahan terhadap beliau, umat Islam haruslah bersedia untuk menerima kata-kata yang lebih pedih dan mengguris hati lagi berkenaan hudud di masa-masa akan datang.
Sebabnya ialah kerana Najib dan Mahathir sudah memberi lesen besar kepada Soi Lek. Dengan lesen besar tanpa tarikh mati itu, sudah tentu Soi Lek boleh berkata apa saja dan bila-bila masa saja.
Dalam usaha UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang dan keyakinan Najib bahawa pengundi Cina amat penting serta kepercayaannya mereka akan kembali menyokong BN jika ditakut-takutkan berhubung isu hudud, percayalah Soi Lek akan terus bersuara dengan nyaring lagi selepas ini.
Dalam hal ini Najib dan Mahathir seakan-akan lupa atau buat-buat lupa bahawa isu hudud bukanlah satu-satunya isu yang menyebabkan pengundi Cina berubah angin dan menyokong pembangkang dalam pilihanraya 2008 lalu. Membangkitkan isu hudud untuk meraih sokongan pengundi Cina tidak lebih menggambarkan kecetekan pemikiran UMNO dan BN serta gambaran tidak mahu berubah.
Pengundi Cina pada umumnya memikirkan soal ekonomi dan urus tadbir kerajaan yang berkaitan dengan rasuah, skandal, penyelewengan, ketelusan dan sebagainya sebagai teras untuk memilih sesebuah parti itu. Jika perkara itu dapat diperbaiki atau gambaran bahawa ia akan lebih baik selepas ini, tanpa ditakut-takutkan isu hudud pun, pengundi Cina akan kembali menyokong BN.
Tetapi dengan mengekalkan kerajaan yang lemah, urus tadbir yang celaru, skandal, rasuah serta penyelewengan makin menjadi-jadi serta suasana ekonomi yang tidak berkembang, tentulah agak sukar pengundi Cina untuk kembali menyokong BN. Bagi mereka, setelah 50 tahun lebih menyokong BN dan kini terdapat alternatif yang dirasakan lebih baik, meneruskan sokongan kepada BN hanyalah umpama terjun ke dalam gaung yang penuh duri dan sampar-sarap.
DAP pula dalam isu hudud ini nampak lebih berhemah dan tidak sampai mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam itu. Malahan dalam konteks penghinaan Soi Lek itu, DAP secara terbuka menentang apa yang dilakukan oleh MCA itu.
Dalam masa yang sama, isu hudud yang dibangkitkan secara berterusan oleh Soi Lek ini juga akan membangkitkan kemarahan secara senyap di kalangan pengundi Melayu dan Islam atas pagar. Jika selama ini ini mereka menyokong UMNO dan BN atas keyakinan itulah parti yang diyakini untuk mentadbir negara, tetapi dengan pelbagai kemelut serta skandal yang bertali arus ditambah dengan penghinaan Soi Lek dan MCA terhadap hudud, pengundi Melayu dan Islam atas pagar ini pasti memberi hukuman dalam piliharaya kali ini.
Selama ini hanpir semua kerusi yang dimenangi MCA adalah di kawasan majoriti Melayu. Di kawasan bandar dan majoriti Cina, MCA sebenarnya sudah lama ditolak. Oleh itu, dengan penghinaan Soi Lek terhadap hudud ini, peralihan sokongan pengundi Melayu atas pagar pasti akan berlaku dalam jumlah yang besar kerana tidak ada orang Islam yang rela dan reda hukum Allah itu dihina oleh Soi Lek.
Jika ditambah dengan penolakan pengundi Melayu dan Islam yang kecewa dengan ketidaktegasan Najib menangani isu hudud dan Soi Lek ini, pastilah jumlah kehilangan undi yang bakal diterima oleh BN dalam pilihanraya akan datang lebih besar lagi jumlahnya.
Soi Lek sudah terlanjur menyerang hudud dan tidak mungkin menarik balik kata-katanya. Najib dan Mahathir juga sudah terlajak memberi sokongan dan lesen besar kepada Presiden MCA itu, juga mustahil menarik semula sokongan yang diberikan itu. Kini hudud yang ditimbulkan itu hanya menunggu masa untuk menjadi lowongan besar yang bakal mengambas UMNO dan MCA didalamnya, Insya Allah. (SH 29/10/2012)
dimana perkasa , pemuda dan putri umno....apa pendirian mereka setelah ugama dan bangsa mereka dicerca....
ReplyDeleteshahbudindotcom....,
ReplyDeleteCuba kita renung sejenak mengenai pekara tersebut. Mengapa UMNO Baru, sekutunya Hassan Jati, Ibrahim Perkasa serta NGO yang pro UMNO Baru yang kesemuanya memperjuangkan bangsa melayu, agama islam dan raja tidak bertindak diatas sikap biadap Soi lek itu ?
Dan mengapa pula ketua agama yang dikelilingi mufti khasnya raja yang bertahta tidak berbunyi langsung dalam hal ini. Tidakkah itu menunjukkan ada sesuatu yang pelik seolah-olah sengaja dibiarkan ?
Sebenarnya kita tidak boleh lupa walau sesaat pun bahawa kerajaan yang ada sekarang mengamalkan rasuah. Dan ini adalah permainan politik yang berteraskan rasuah. Semua yang terbabit dalam isu ini sudah memberi dan menerima rasuah.
Setengah dari mereka timbulkan isu sensitif dan setengah dari mereka pula mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama mereka sama-sama menunggu tindakbalas dari orang bodoh dan orang yang berpura-pura memperjuangkan agama islam agar menjadikan suasana huru-hara. Itulah peluang mereka untuk mendapatkan kemenangan sedangkan bagi mereka Hukum Hudud tidal lebih dari slogan saja.
Tidakkah saudara sedar bahawa pemimpin tertinggi UMNO Baru dan BN tidak mengharapkan langsung undi dari ahli parti mereka dalam pilihanraya nanti? Buktinya SPR sedang bertungkus lumus menangkis segala tuntutan yang dibuat oleh NGO Bersih.
Apakah saudara rasa marah diatas tindakan Chua Soi Lek terhadap hukum hudud ? Jika anda marah bermakna anda sudah kalah. Orang yang kalah akan ditangkap dalam ops lalang dan akan dijual dipasar Kemunting..... Inilah dinamakan strategi HARAMJADAH !
Shahbudin..
ReplyDeleteTulisan yang menarik.
Bila nak bahas kes Nazri Aziz? Nak jugak tau.. Terang terang para menteri2 UMNO sekarang ini kaya raya.. Kita-kita rakyat cukup2 makan..
Average Pai