Wednesday, 10 October 2012
Nasharudin Lebih UMNO Dari Pemimpin UMNO
Sejak kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas kepada Mohamad Sabu, Nasharudin Mat Isa nampak benar celaru mindanya. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kehilangan jawatan kepada seseorang seperti Mat Sabu yang dianggap lebih rendah ilmu agamanya.
Sebagai seorang pemimpin yang pernah mendaki sehingga jawatan nombor dua, watak beliau kebelakangan ini dan sejak kehilangan jawatan, hanya menampakkan keperibadiannya yang sebenar yang selama ini mungkin terlindung di sebalik kopiah putih yang sering dipakainya.
Jika semasa memegang jawatam beliau taat kepada perjuangan serta akur dengan keputusan jemaah tetapi setelah ketiadaan jawatan, beliau sudah berani mempertikaikan perjuangan Pas bekerjsama dengan DAP sedangkan pernah berada di barisan hadapan parti itu. Beliau juga mengiringi Najib ke Mekah, menyerang Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan hudud, terbaru ini beliau menggesa Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga masalah perpecahan ummah sering dilupakan.
Berucap dan membentangkan kertas kerja dalam program Seminar Dakwah Nasional di PWTC, bangunan milik UMNO, Nasharuddin kononnya turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan antara UMNO dan Pas sering dilihat "taboo".
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" soal beliau lagi.
Terbukti bahawa ungkapan bahawa Pas jangan mengutamakan kuasa tetapi lebih mengutamakan Islam adalah suara kebimbangan UMNO selama ini terhadap kerjasama erat antara Pas, PKR dan DAP yang kemungkinan besar akan meruntuhkan pegangan kuasa UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini.
Jika selama ini sudah ramai pemimpin UMNO bercakap dengan nada yang serupa, termasuk seruan agar meninggalkan DAP, kini nampaknya Nasharuddin pula dijadikan alat bercakap nada yang serupa. Tetapi bila pemimpin UMNO yang bercakap seperti itu, ia difahami sebagai serangan psikologi untuk memenangi pilihanraya namun bila Nasharuddin juga bercakap sedemikian, tentunya kerana beliau sudah membenarkan dirinya menjadi alat kepada UMNO.
Dengan anggapan Nasharuddin masih mempunyai saki-baki penyokong dakam Pas, UMNO berharap dengan seruan agar Pas hanya mengutamakan Islam di tenpat pertama dan kuasa di tempat kedua, ia mampu mengocak perpaduan dalam parti itu dan seterusnya memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya akan datang.
Adalah agak menghairankan bilamana seorang seperti Nasharuddin yang pernah menduduki jawatan nombor dua dalam Pas boleh mengatakan kuasa tidak penting dalam perjuangan sebuah parti politik. Jika begitu tanggapan beliau, memang parutnya Pas memilih Mat Sabu berbanding beliau. Is juga mengesahkan lagi beliau sudah menjadi alat UMNO.
Hakikatnya perjuangan politik memang memerlukan kuasa. Hanya dengan kuasa dalam tangan, syiar Islam lebih mudah dikembang dan diperluaskan. Apa guna berjuang jika bukan kuasa matlamat yang ingin dicapai.
Nasharuddin nampaknya, setelah ketiadaan jawatan ini, hanya mahu Pas memperjuangkan Islam tetapi memberikan kuasa kepada UMNO.
Lagi pula kerjasama Pas dengan PKR dan DAP tiada salahnya dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ia sama seperti UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Dengan meminta Pas hanya mengutamakan Islam dan perpaduan dan melupakan kuasa, nampak sangat Nasharuddin mahu kuasa UMNO dikekalkan. Beliau nampaknya sudah menjadi alat terbaru UMNO untuk menghadapi pilihanraya dan mengekalkan kuasa. Jika Pas yang diminta mengutamakan Islam semata-mata dan melupakan kuasa, apakah UMNO lebih Islam daripada Pas sehingga kuasa itu lebih layak dipegang oleh UMNO sahaja.
Sama ada Nasharuddin tidak faham, sengaja tidak faham atau sudah dikaburkan pandangannya tentang kaitan antara kuasa, Islam dan perjuangan sebuah parti politik, pandangan terbaru beliau ini hanya menampakkan dirinya lebih UMNO daripada pemimpin dan ulama UMNO sendiri.
Sebelum ini beliau juga menyerang DAP dan Karpal Simgh yang tidak bersetuju dengan hudud tetapi dalam masa yang sama beliau juga berdiam diri terhadap MCA, Chua Soi Lek, Tun Mahathir dan Najib yang juga secara terbuka menolak hudud. Lebih dari itu, Nasharuddin juga ke Mekah bersama Najib yang menolak hudud itu.
Dalam soal perpecahan umat, Nasharuddin juga seolah-olah hanya nampak dari sudut Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO saja. Dia tidak nampak dari sudut UMNO tidak mahu memandang dan bekerjasama dengan Pas. Jika dilihat rentetan sejarah, ungkapan bekerjasama ini hanya muncul tika UMNO lemah dan hampir tumbang. Tika UMNO kuat dan gagah, usahkan mahu bekerjasama malahan Pas sentiasa diperlekeh dan tidak dipandang waima sebelah mata sekali pun.
Menjelang pilihanraya ini, UMNO nampaknya sudah kehilangan punca untuk mengekalkan kuasanya. Pengundi bukan Melayu nampaknya sudah tekad mahu menukar kerajaan dan mewujudkan kerajaan baru yang diyakini lebih baik daripada BN yang sudah memerintah selama lebih 50 tahun. Pengundi bandar dan pengundi muda yang sarat dengan pelbagai maklumat juga sudah ada pilihan sendiri.
UMNO hanya berharap kepada pengundi luar bandar dan orang-orang kampung saja. Nasharuddin yang nampaknya boleh diperguna dan diperalatkan adalah taruhan terbaru UMNO untuk mengucar-kacirkan perpaduan antara PAS dan DAP serta menghakis keyakinan sesetengah pihak yang mungkin kurang memahami hubungan antara kepentingan kuasa dan pengembangan syiar Islam dalam perjuangan sesebuah parti politik seperti Pas.
Jika PKR ada TIBAI yang menyerangnya setiap hari, PAS juga nampaknya sudah ada Nasharuddin yang susun atur langkahnya hampir sama dengan TIBAI. Tidak memeranjatkan jika Nasharuddin juga sama aktif seperti TIBAI selepas ini. Tolak campur, darab bahagi, TIBAI dan Nasharuddin adalah sama dan tidak ada beza sama-sekali. ( SH 10/10/2012)
Tuan,
ReplyDeleteFaktor Nasha ini tidak mempunyai kesan yang besar kepada PAs dan ahli-ahli PAS. Kawan-kawan sealiran beliau dalam PAS yang menyokong isu kerajaang perpaduang pun sudah berdiam diri/menikus kecuali harun Taib yang muncul sekali sekala membaling percikan bunga api brand UMNO ke medan politik. Mustapha Ali dah tukar strategi dengan tidak menyebut langsung isu ini. Dato harun Din pun dah tak bercakap lagi.
Saya berpandangan Nasha diguna oleh UMNO untuk mempegaruhi ahli-ahli UMNO dan pengundi melayu aatas pagar yang berkemungkinan akan mengundi Pakatan dalam PRU 13 nanti kerana dah tak mahu kepada UMNO.Mereka lebih cederung kepada PAS sebagai sebuah parti melayu Islam yang lebih berintergriti.
bat8
Nasha hanya berguna kepada UMNO kalau masih bertopengkan PAS. Keluar dari PAS Nasha macam ikan di darat - tak bergun langsung!
ReplyDelete