Friday, 28 September 2012
Bajet Untuk Menaikkan Rating Najib Dan Menang Piliharaya
Najib membentangkan Bajet 2013 kali ini hampir serentak dengan munculnya suatu kajian yang menunjukkan ratingnya dilaporkan menurun lagi sebanyak 3 peratus manakala keyakinan rakyat terhadap BN hanya 44 peratus. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM yang muncul tiga hari sebelum tarikh pembentangan Bajet meletakkan Najib masih berada di garisan bahaya.
Membentangkan bajet dalam suasana ratingnya merudum dan keyakinan rakyat menurun serta dalam masa yang sama pilihanraya makin hampir tentulah meletakkan Najib tidak mempunyai pilihan yang banyak. Sebab itu tidak memeranjatkan jika bajet kali ini tidak banyak pembaharuan dilakukan. Selain meneruskan agenda dalam bajet terdahulu, Najib sekadar menambah beberapa pemberian gula-gula lagi untuk rakyat.
Harapan rakyat untuk melihat penurunan cukai yang ketara seperti cukai eksais kenderaan, cukai pendapatan dan lain-lain tidak menjadi kenyataan. Najib nampaknya lebih fokus untuk memberi gula-gula dalam bentuk tunai.
Dalam bajet kali ini, Najib meneruskan pemberian BR1M bernilai RM500 untuk rakyat yang berpendapatan bawah RM3000, bantuan RM100 untuk pelajar sekolah manakala baucer buku kepada pelajar universiti pula dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
Dengan maksud untuk memikat hati dan membeli jiwa pengundi muda, Najib juga mewujudkan tambahan BR1M iaitu memberi wang tunai RM250 kepada mereka yang berusia antara 21 hingga 30 dan berpendapatan bawah RM2000.
Beliau juga mewujudkan rebet tunai RM200 untuk anak muda yang berusia 21 tahun keatas bagi memiliki telefon pintar 3G.
Tidak syak lagi dengan mewujudkan suatu pemberian untuk anak muda berusia 21 tahun ini adalah untuk kepentingan politik dan memenangi pilihanraya kerana had usia mengundi rakyat ialah 21 tahun keatas. Najib nampakya begitu bimbang dentan arus penolakan generasi muda terhadap UMNO dan BN sehingga sanggup merangka skim khas sedemikian rupa.
Bagi melawan manifesto PR yang mahu menghapuskan PTPTN pula, Najib turut menawarkan diskaun 20 peratus kerana mereka yang membayar balik pinjaman secara sekaligus dan memberikan diskaun 10 peratus kepada mereka yang membuat pembayaran balik secara konsisten.
Untuk kakitangan awam pula, Najib memberikan bonus tambahan sebanyak sebulan lagi, menjadikan bonus kakitangan awam bagi tahun ini sebanyak satu setengah bulan. Bayaran setengah bulan sudah pun diterima pada Hari Raya lalu manakala bakinya akan dibayar pada Disember dan Januari depan.
Kepada pesara kerajaan pula, mereka juga diberikan bonus RM500 lagi. Dalam pada itu, pencen minimun juga dinaikkan daripada RM720 kepada RM820 sebulan.
Jika dihalusi Bajet 2013 yang dibentangkan Najib kali ini, selain tiada pembaharuan, ia juga adalah kesinambungan daripada bajet pilihanraya yang dibentangkan pada tahun lalu. Bajet 2012 tahun sebenarnya adalah untuk piliharaya tetapi oleh kerana terlalu banyak isu yang muncul dan pemberian habuan yang diumumkan dilihat tidak mampu mengangkat darjat kepercayaan rakyat, maka pilihanraya yang separutnya selepas Bajet 2012 lalu terpaksa ditangguhkan.
Dengan menangguhkan pilihanraya dan terpaksa pula melalui pembentangan bajet sekali lagi, Najib sekadar mampu melakukan apa yang biasa dilakukannya iaitu memberi wang untuk mendapatkan sokongan. Sebab itu Bajet 2013 ini penuh dengan pemberian tunai sahaja. Fokus Najib adalah untuk menaikkan rating dan memenangi pilihanraya melalui habuan tunai yang diagih-agihkan itu.
Jika dulu BR1M hanya untuk mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah yang kebanyakannya tinggal di kampung dan luar bandar, kali ini ia diperluaskan lagi untuk pengundi muda pula.
Penambahan baucer buku dan memberi rebet pemberian telefon pintar jelas untuk membuai perasaan dan jiwa anak-anak muda.
Dengan mengambil kira bahawa kebanyakan pemberian habuan dan gula-gula kepada rakyat ini hanya akan dilaksanakan menjelang Disember dan Januari depan, Najib kini mungkin sedang mencari-cari tarikh yang sesuai selepas itu untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum tempoh edahnya pada 28 April 2013. (SH 28/09/2012)
50 tahun lebih UMNO BN memerintah dan PM UMNO bersilih ganti..tup tup hanya baru sekarang UMNO dan PM ingat nak buat kebajikan pada rakyat spt BR1M dan berbagai kebajikan oneoff tu ?. Soalnya kenapa baru sekarang iaitu selepas 50 tahun dan 6 orang PM bertukar ganti?
ReplyDeleteKenapa agaknya tahun terakhir penggal saja UMNO BN ingat nak bagi semua tu. Kenapa tak dibagi seawal tahun pertama dan kedua sebaik memenangi pilihanraya lepas?.
Tak usahlah Najib dan UMNO BN nak bohong. Tak usahlah menteri dan para Dato Datin pencacai Najib nak menegakkan benang basah. BR1M dan pelbagai pemberian oneoff tu tak lain tak bukan adalah rasuah pilihanraya untuk membeli undi. Najib dan UMNO BN menjadi pemurah hanya setelah menyedari UMNO BN kini umpama telur dihujung tanduk.
Dalam semua semua PM yang pernah memerintah Malaysia ini, Najib adalah satu satunya PM paling tak senonoh dan terpalit dengan banyak skandal sejak zaman muda beliau lagi. Kalaulah Najib ni bukan bin Razak, tak ada siapa yang akan kenal dia di Malaysia ni. Tuah dia kerana Tun Razak, bukan kerana diri sendiri.
Pada anak anak muda mahu pun warga Malaysia yang lain...ambillah apa pun pemberian kerajaan ini. Semua itu duit rakyat dan anda berhak mengambilnya. Tapi jangan sesekali gadaikam maruah dan menjual undi hanya kerana pemberian oneoff tersebut. Jika anda termakan budi ( kononnya ) dan membuat keputusan memilih UMNO BN dalam GE 13 nanti...percayalah kerosakan dan kesukaran lebih besar akan anda dan rakyat Malaysia akan dihadapi jika UMNO BN dan barisan pimpinan korup dikekalkan. Anda anak muda mendapat ratusan RM sekali selepas 50 tahun parti karat berkenaan berkuasa sedangkan tiap tahum pemimpin2 mereka membolot jutaan malah billion. Kenapa perlu membodohkan diri dan menjual maruah dengan hanya RM200 atau RM500 yang diberi puluhan tahun sekali itu?
Merea beri anda ambil..namun mengundi UMNO BN jangan sekali. Silap anda buat keputusan..padahnya berterusan.
sebab BN bagi BR1M sekarang.
Deletepada pendapat aku la, dulu diorang sibuk guna duit tu untk pembangunan, kemudahan, fasiliti yang nak memudahkan rakyat, sekarang kemudahan tu semua dah ade disebabkan kepimpinan pemimpin tahun-tahun terdahulu.
so diorang nak buat ape lagi duit tu?bagi kat rakyat laaa..tu la tercetusnye BR1M, BL1M, SL1M, PR1MA, KR1M..banyak lagi kot.
kalo ko rase BN memerintah ni teruk, ko rase PR memerintah macam mane pulak? sanggup ko bersekongkol dengan DAP?heyyyy...bukak mate tu, orang Islam, orang Melayu kene bersatu, jangan tunduk kat Cina...Malaysia ni dulu name die Tanah Melayu.ko sanggup gadaikan Tanah sendiri??
kalo ko rase BN teruk, PR lagi teruk!
lebih baik pilih yang 'teruk' dari yang pilih 'lagi teruk'.
sy budak muda. tapi sape kisah psl politik? jage diri n keluarga elok2 lagi bagus dari sibuk politik sane sini.
ReplyDeleteini x, kerja entah kemana, study mcm hape. ckp sane sini, kutuk pembangkang, kutuk kerajaan. tapi diri sndiri pun kelaut, acane tu?
tugas kite hanya mngundi! Berdakwah, menjanjikan dan memberi itu tugas pemimpin tak kira la pembangkang or kerajaan.
cite pnjg, describe itu ini pun x guna juga. bukan boleh ubah ape pun. marilah kita MENGUNDI. kalau suke govt, undi govt, klau suke opposition. undi opposition. sng kan?