Tuesday, 29 May 2012
Najib Ketepi Pemimpin UMNO, Ezam Bakal MB Selangor?
Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.
Walaupun berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri kelahirannya sendiri. Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum ini.
Tetapi sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik, bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.
Dalam masa yang sama imej UMNO Selangor tetap tidak menunjukkan peningkatan kerana wajah-wajah pemimpin yang ada adalah wajah yang langsung tidak meyakinkan rakyat seperti Noh Omar atau Zin Mohamed dan lain-lain Ketua UMNO Bahagian. Wajah pemimpin muda dan pelapis yang membanggakan langsung tidak ada dalam barisan kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini.
Bercakap soal kualiti kepimpinan di Selangor, bukan saja Ling Liong Sik tetapi sebahagian besar penduduk Selangor sendiri tidak yakin UMNO mampu merampas kembali negeri itu jika bersandarkan wajah pemimpin yang sedia ada. Bahkan ramai pula yang tidak mahu memberikan UMNO kemenangan jika wajah-wajah yang ada ini dikekalkan.
Dalam soal pemilihan calon pilihanraya di Selangor, Najib sendiri memahami keadaan itu. Meletakkan calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO semata-mata mungkin akan menyebabkan kekalahan diketahui lebih awal lagi. Mahu tidak mahu, Najib terpaksa meletakkan calon yang dianggap "winnable" dan bukan dari kalangan kepimpinan UMNO Bahagian bagi merealisasikan hasratnya menawan negeri itu.
Bagi Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO dan menggantikannya dengan calon "winnable" adalah jalan terbaik untuk mencapai kemenangan serta lebih mudah untuk meyakinkan pengundi, terutama pengundi muda dan atas pagar. Lagi pula dalam setiap kali kunjungan Najib ke Selangor, beliau sering menekankan faktor "winnable" dan ikrar daripada pemimpin UMNO bahagian-bahagian bahawa mereka akan akur dengan sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan juga sudah pun diperolehi.
Malahan Tun Mahathir sendiri dalam perjumpaannya dengan jentera BN Selangor turut menekankan betapa pentingnya mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi. Kata Mahathir, kemenangan UMNO lebih penting dari kemenangan peribadi.
Saranan Najib dan Mahathir itu pada asasnya adalah bagi memudahkan calon-calon yang bermasalah atau mereka yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak diyakini boleh menang, untuk diketepikan. Dari segi politiknya, Najib sudah ada kebebasan untuk memilih calon tanpa terikat dengan kehendak UMNO Bahagian-bahagian.
Oleh itu, difahamkan lebih daripada 50 peratus calon pilihan Najib untuk mewakili UMNO di Selangor dalam piliharaya akan datang ini bukan terdiri daripada kepimpinan UNMNO Bahagian. Sebahagian mereka yang dipilih ialah kalangan pemimpin NGO, tokoh motivasi, tokoh pengguna dan kalangan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera, akauntan dan pegawai bank. Bagi kalangan profesional yang dipilih, mereka ini tidak memegang jawatan yang penting dalam UMNO tetapi disenangi di kalangan penduduk tempatan manakala bagi pemimpin NGO pula pemilihan mereka lebih kepada kekerapan muncul di dada-dada media yang pada Najib menunjukkan kesungguhan mereka membantu perjuangan politiknya.
Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.
FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.
Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.
Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.
Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad.
Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.
Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.
Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.
Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah sama ada tindakan Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO ini akan menyebabkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya atau sebaliknya. Jika berlaku sabotaj oleh mereka yang tidak terpilih itu, harapan Najib untuk mencapai kemenangan pasti menjadi bertambah sukar. Kiranya sabotaj dapat dielakkan dan pemimpin UMNO yang tidak terpilih itu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya, UMNO dan BN mungkin mampu memberi cabaran sengit kepada Pakatan Rakyat.
Apakah UMNO Selangor sedia menerima Ezam menjadi Menteri Besar? Mahukah mereka melihat kalangan yang pernah rapat dengan Anwar dan kini berdiri atas pelbagai NGO dan hanya bermodalkan isu-isu seks dan moral yang dikaitkan dengan Anwar tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, mengambil alih pula kedudukan sebagai Yang Berhormat.
Apakah juga pemimpin UMNO Selangor sentiasa patuh dan berpegang kepada ikrar yang mereka lafazkan kepada Najib bahawa mereka akan akur sesiapa saja calon yang dipilih?
Tetapi mengenali kebanyakan yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya, formula Najib di Selangor ini mungkin membawa kekalahan yang lebih parah lagi. (SH 28/05/2012)
Najib lupa calon luar itu bila kalah dia akan tinggalkan tempat bertanding begitu sahaja, yang tinggal dan akan tanggung bahana bahagian juga maka Najib nanti akan jadi tudingan dan lepas itu dia akan di langgar dalam pemilihan umno... HHuuu.
ReplyDeleteFadhilah Kamsah as UMNO candidate maybe there is a slight possibility for BN to win a seat BUT Hassan Ali and Ezam .. an insult to selangor voters.
ReplyDeleteRosmah????
ReplyDeleteCalon calon yang saudara sebut itu terang terang akan kalah semuanya. Kamsah hanya tahu bercakap auta saja. Yang dia miliki hanyalah gift of the gab. Tak nampak orang orang ini berjuang untuk rakyat walau sebesar zarah sekalipun.
ReplyDeleteZaman "tunggul kayu" sebagai calon UMNO boleh menang dah pun berlalu. Sekarang ni letaklah "intan berlian" pun bertanding atas tiket UMNO BN..hampir tak ada yang kebulur mengundi asal bukan UMNO BN.
ReplyDeleteCuba la hangpa henguk keliling hangpa..berapa ramai hangpa boleh jumpa kereta yang masih pasang sticker "UMNO..KINI , DULU & SELAMANYA". Kira betoi betoi berapa banyak hangpa boleh jumpa.
Hampir dah tak dak...orang UMNO BN dah koyak buang sticker tu kerana malu mengaku diri depa UMNO BN. Ramai dah tak kebulor dengan parti UMNO BN ni.
Jangan kan Ezam, Hassan Ali...Fadilah Kamsah pun boleh tungging...tok sah lah Dato Fadilah gadai nama baik hanya kerana terhutang budi kat UMNO..Silap silap...bakat motivator yang ada kat Dato tu lenyap macam tu jer dan tak ada siapa nak cari Dato lagi lepas ni...lebih lebih lagi jika UMNO BN dah jadi pembangkang. Pikiaq pikiaq baik baik Dato!
Depa tu cuma nak selamatkan diri masing2 je..bukan pasal kebajikan rakyat dan orang kebanyakan. Itu tak penting buat depa!
Fadillah Kamsah ?
ReplyDeleteOrang yang bercakap dengan Ayat Alquran, Allah di sana Tuhan di sini pun gelap mata tak nampak rasuah, penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Umno ?
Nasib baik dia bukan Melayu. Orang orang Melayu Islam sudah lama meninggalkan Umno.
Ramai nya calon luar dari UMNO BN! Satu pembaharuan! Luar Biasa. Nampaknya idea Pandit Kutty diterima pakai oleh Najib Monggol! Sah dan confirm...Pandit Kutty dan najib Moggol dah terdesak tahap gaban!. Selain tak percaya dengan orang UMNO sendiri, depa berdua ni sanggup buang orang yang menyokong depa selama ni asalkan UMNO BN menang dan mereka berdua selamat. Bayangan "jerjak besi" dah bermain dimata dan minda kepala Pandit Kutty dan Najib Monggol sejak dua menjak ni.
ReplyDeleteHa ha ha...kesian pemimpin pencacai dalam UMNO BN. Bagai nak rak menyokong sekian lama parti karat tu, kini depa dibakul sampahkan oleh pemimpin yang selama ini mereka puja dan sanjung sendiri. Yang untung adalah orang2 umno baru dan luar seperti Ezam Kotak, Hassan Akidah, Fazilah Kamsah dan ramai lagi.
Baru hangpa tau langit tinggi rendah. Perangai Pandit Kutty ni hangpa patut baca dari awal. Tengok apa jadi dgn Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Gafar Baba, Anwar Ibrahim & ramai lagi. Pandit Kutty ni akan lakukan apa saja asalkan tengkuknya tak dijerut dan dia boleh terus bernyawa. Peduli apa dengan hangpa. Sekarang ni giliran hangpa dibakul sampahkan wahai pemimpin2 lama UMNO BN. Orang baru dan luar diperlukan untuk memenangkan UMNO BN bagi menyelamatkan Pandit Kutty, Najib Monggol dan kroni utama depa. UMNO menang depa selamat. Nasib hangpa menjadi pemimpin bodoh depa berdua tak peduli lagi. Kalau ditakdirkan menang nanti (hakikatnya harapan tipis)...orang2 dan pemimpin baru ni juga akan senasib dengan hangpa, terus diperkuda oleh Pandit Kutty & Najib Monggol.
Selagi Pandit Kutty diberi ruang bersuara dan selagi Najib Monggol jadi Pak Angguk pada Pandit ni ( kerana masalah peribadi dia sendiri ), UMNO tak akan ke mana. Silap silap orang baru macam Fazilah Kamsah pun boleh jatuh terguling kerana kebangkitan massa iaitu rakyat yang kian cerdik dan tak mudah digula-gulakan.
Aduhai kesian...nasiblah kerana memilih jadi pencacai sedangkan ajaran agama Islam hangpa ditolak ke tepi! Sementara ada jalan keluar..baik hangpa buat sesuatu. Jangan tunggu sampai dah kronik tahap 3.
Ha! Elok korang pencacai yang dinafikan hak oleh UMNO BN join parti baru Kadir yang akan JV dengan PR. Lagi lama korang tunggu, lagi nasib korang haru biru. Walau pun Mahathir dan Najib utamakan orang luar dari korang, ahli UMNO BN sejak puluhan tahun dulu, UMNO BN tetap akan tumbang. selamatkan diri korang dulu dan biar Mahathir dan Najib jadi Luncai..terjun dengan labu labu dia orang.
ReplyDeleteDia orang dah panik. Bas yang drebarnya panik tak patut korang tumpang. Drebar yang menggelabah boleh sebabkan kecelakaan. Jangan biarkan korang sekali mampus dengan dia orang tu. Ezam, Hassan Ali, Fadilah Kamsah dan entah calon bidan terjun UMNO lain tu cuma kondaktor bas. keselamatan penumpang ditangan drebar, bukan ditangan kondaktor. Satu bas pakai 10 kondaktor pun tak guna kalau drebar dah panik dan mabuk.
Baik ikut Kadir dengan bas baru dia! Kadir tak mudah panik dan tak mabuk. Korang lebih selamat. Tinggalkan bas UMNO sekarang juga, ramai ramai berpindah ke bas Kadir. Atau pilihan terbaik..humbankan drebar mabuk bas UMNO BN jauh jauh. Ganti drebar baru!
Lupa lak aku. Ingat tak kes drebar bas rogol dan bunuh sorang wanita satu masa dulu?. Kalau drebar dah mabuk dicampur ketagih seks...bunuh pun sanggup tu kalau dah terdesak.
ReplyDeletesebagai pengundi, saya akan pilih calon yang bersedia dan bersama menjaga kesejahteraan kawasannya. jika calon yang dipilih datang entah dari mana, adakah mereka betul betul besemangat untuk mewakili kawasannya atau sekadar untukm memenuhi pegangan kerusi untuk membolehkan pembentukan kerajaan. Jika kalah, mereka ini akan hilang dan lupa akan kawasannya dan tinggallah ketua bahagian, cawangan dan lain lain untuk terus menghidupkan keujudan parti dikawasan tersebut. Tiba pilihanraya berikutnya perkara yang sama akan berulang, saya tidak fikir itu wajar dan praktik.
ReplyDelete