Friday, 30 March 2012

Mahathir Nyata Semakin Nyanyuk Dan Pelupa

Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad baru-baru ini bersuara lagi dan melahirkan rasa kesalnya berikutan kurangnya golongan cerdik pandai Melayu yang menyertai UMNO, sebaliknya lebih cenderung memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Ia menurut beliau berikutan tindakan bahagian dan cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam UMNO.

"UMNO sudah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, itu sebab kebanyakan doktor masuk PAS. Ia akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon yang sesuai bagi menentukan kemenangan dalam pilihanraya," Mahathir dipetik sebagai bekata.

Daripada satu segi memanglah apa yang diutarakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya kerana pemimpin bahagian dan cawangan berbuat demikian berikutan takut akan dicabar atau kehilangan kuasa. Bila hilang kuasa, maka hilangnya upaya untuk memonopoli pelbagai jenis projek dan kemewahan.

Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Lantaran itu UMNO hanya dikuasai oleh golongan berpendidikan rendah dan sederhana sahaja di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ini pula meluaskan lagi pengaruh mereka dengan meetakkan adik-beradik dan saudara mara dalam kepimpinan cawangan, isteri dan anak perempuan sebagai ketua wanita dan ketua puteri, sementara anak lelaki dijadikan ketua pemuda cawangan.

Akhirnya bertahun-tahunlah kuasa dalam cawangan itu menjadi warisan turun temurun. Apabila kepimpinan di peringkat cawangan sudah begitu keadaannya, maka di peringkat bahagian juga melahirkan bentuk kepimpinan yang sama. Sebahagian besar pemimpin UMNO bahagian naik sebagai pemimpin bukan kerana merit atau keupayaan tetapi lebih kerana keupayaan menguasai cawangan-cawangan daripada kelompok yang disebutkan tadi.

Setelah menjadi pemimpin dan berpeluang pula memegang pelbagai jawatan, meraih kuasa dan mengumpul kekayaan, sudah tentulah mereka ini tidak mahu golongan cerdik pandai menjadi ahli UMNO. Mereka bimbang nikmat dunia yang sementara itu terlepas dari genggaman.

Kejayaan Mahathir mempertahankan kuasa selama 22 tahun pun sebahagian besarnya adalah atas kejayaan memanipulasi keadaan ini. Sepanjang 22 tahun berkuasa Mahathir tidak pernah memberi galakan kepada gilongan cerik pandai ini untuk menyertai UMNO, yang penting baginya ialah kuasa kekal dalam tangan. Bagi Mahathir bukan cerdik pandai yang penting tetapi sejauh mana mereka itu menyokong dan mampu mempertahankannya. Peon atau tukang kebun sekali pun yang menjadi pemimpin UMNO bukan masalah bagi Mahathir, yang penting ke mana sokongan mereka. Kenapa hari ini, setelah UMNO hampir kalah dan makin ditolak, baru beliau menyedarinya?

Mahathir sepatutnya menghantukkan kepala ke dinding jika benar berasa kesal, bukan sekadar bersuara dan menceceh seolah-olah beliau tidak bersalah.

Bukankah Mahathir juga yang menyekat kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO suatu ketika dahulu. Untuk menyekat pengaruh Musa Hitam di awal tahun 80an ketika menjadi Menteri Pelajaran yang lebih disukai oleh kalangan guru-guru, Mahathir telah menyekat guru dan kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO atas alasan yang dijustifikasinya untuk kepentingan masyarakat tetapi sebenarnya untuk mengekalkan kuasa dan bimbang pengaruh Musa Hitam mengatasinya.

Tidaklah boleh Mahathir marah bilamana sekarang ini ramai doktor, jurutera, arkitek, pensyarah dan sebagainya tidak menyertai UMNO. Mereka bukan saja dihalang oleh pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang bimbang kuasa terlepas tetapi juga oleh peraturan yang dibuat oleh Mahathir sendiri untuk kepentingan mengekalkan kuasa.

Kurangnya minat golongan cerdik pandai ini terhadap UMNO bertambah lagi apabila melihatkan stail dan corak kepimpinan Mahathir selama 22 tahun yang agak rakus, tertutup dan "dia saja yang betul". Sudah tentulah cerdik pandai yang mempunyai ilmu dan pengetahun ini gagal mengaplikasikan kebolehan mereka dengan stail dan gaya Mahathir itu. Lalu, tidaklah menghairankan apabila mereka lebih memilih Pas misalnya, untuk mencurahkan bakat, ilmu dan pengetahuan yang dimiliki itu. Lebih-lebih lagi Pas begitu mengalu-alukan kehadiran mereka.

Berikutan dasar dan peraturan Mahathir itu juga, mereka yang berpendidikan rendah dan sederhana yang menguasai cawangan dan bahagian dan kemudian dijadikan ADUN, Ahli Parlimen, EXCO kerajaan negeri dan sebagainya itu mula pula berlagak pandai dalam serba-serbinya dan tidak mahu lagi menerima pandangan orang lain.

Memburukkan keadaan terdapat juga mereka yang sudah bergelar pemimpin ini membeli pula pelbagai sijil dan gelaran untuk menonjolkan diri mereka kelihatan "gah" dalam masyarakat. Berapa ramai kalangan pemimpin UMNO sekarang ini yang tiba-tiba sudah bergelar "Doktor" dalam sekelip mata.

Walaupun Mahathir kini seperti menjadi sifu kepada kepimpinan Najib dan cuba menunjukkan kepimpinannya selama 22 tahun sebagai era yang suci bersih dan cuba menolak semua kesalahan kepada pihak lain, hakikatnya semakin banyak beliau bersuara semakin terdedah banyak kesilapan dan kelemahannya. Malahan sesuai dengan peningkatan usianya, Mahathir juga semakin pelupa dan tidak menyedari bahawa kebanyakannya yang disuarakan sekarang hanya memercik kembali ke mukanya sahaja. (SH 30/03/2012).

2 comments:

  1. Tuan,

    Well said. Begitulah ingatan saya tentang apa yang saudara katakan diatas. Pembodohan atau "mengkatak bawah tempurungkan" bukan sahaja terbatas kepada kepada ahli-ahli UMNO baru sahaja tetapi keatas seluruh orang melayu. Itulah kekejaman mahathir yang tidak boleh difahami oleh penyokong tegar UMNO baru hari ini.

    Lihatlah bagaimana mentaliti saudara-saudara kita di kampung atau yang mempunyai pendidikan rendah atau sederhana. yang lebih menyedihkan usaha "mengkatak bawah tempurungkan" anak-anak melayu melalui sistem pendidikan sejak beliau berkuasa selama 22 tahun.

    Lihatlah kualiti anak-anak muda melayu hari ini samada yang mempunyai pendidikan universiti atau tidak. Macam robot,tidak mampu berfikir sendiri apa lagi untuk bersaing pada zaman global ini. Senang dimanipulasi oleh pemim pin-pemimpin UMNO untuk kepentingan politik mereka. Sedih...Sistem pendidikan mahathir telah meragut masa depan mereka!

    Pada saya inilah antara kekejaman terbesar mahathir. Untuk apa beliau berbuat demikian? hanya untuk mengekalkan kuasa semata-mata....tidak lebih dan tak kurang.

    bat8

    ReplyDelete
  2. Friday, 30 March 2012

    Mahathir Nyata Semakin Nyanyuk Dan Pelupa

    Kejayaan Mahathir mempertahankan kuasa selama 22 tahun pun sebahagian besarnya adalah atas kejayaan memanipulasi keadaan ini. Sepanjang 22 tahun berkuasa Mahathir tidak pernah memberi galakan kepada gilongan cerik pandai ini untuk menyertai UMNO, yang penting baginya ialah kuasa kekal dalam tangan. Bagi Mahathir bukan cerdik pandai yang penting tetapi sejauh mana mereka itu menyokong dan mampu mempertahankannya. Peon atau tukang kebun sekali pun yang menjadi pemimpin UMNO bukan masalah bagi Mahathir, yang penting ke mana sokongan mereka. Kenapa hari ini, setelah UMNO hampir kalah dan makin ditolak, baru beliau menyedarinya?

    Mahathir sepatutnya menghantukkan kepala ke dinding jika benar berasa kesal, bukan sekadar bersuara dan menceceh seolah-olah beliau tidak bersalah.

    Bukankah Mahathir juga yang menyekat kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO suatu ketika dahulu. Untuk menyekat pengaruh Musa Hitam di awal tahun 80an ketika menjadi Menteri Pelajaran yang lebih disukai oleh kalangan guru-guru, Mahathir telah menyekat guru dan kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO atas alasan yang dijustifikasinya untuk kepentingan masyarakat tetapi sebenarnya untuk mengekalkan kuasa dan bimbang pengaruh Musa Hitam mengatasinya.

    Labels: Mahathir pelupa


    ReplyDelete