Tuesday, 24 January 2012

Najib Sukar Tawan Selangor, Calon MB Pun Masih Tiada!!

Sempena Tahun Baru Cina semalam, saya berkesempatan berkunjung dan bertemu dengan beberapa rakan dari kaum Cina yag menjalankan perniagaan di negeri Selangor. Dalam perbualan itu,selain berbual mengenai hal-hal lain, tidak terkecuali isu-isu politik di Selangor turut menjadi tajuk perbualan.

Apa yang dapat disimpulkan melalui perbualan dan luahan hati rakan-rakan dari kaum Cina itu ialah majoriti kaum Cina masih menyokong Pakatan Rakyat di negeri Selangor ini. Menurut rakan-rakan saya itu, kaum Cina rata-ratanya gembira dengan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mudah 'cari makan' dan menjalankan perniagan di Selangor ini.

Mereka juga gembira kerana pentadbiran sekarang yang dilihat lebih cekap, kurang pembaziran, kurang rasuah manakala pemimpin-pemimpinnya pula tidak bergaya mewah, tidak menunjuk kekayaan dan lebih mengutamakan rakyat berbanding pentadbiran BN sebelum ini.

Menurut rakan-rakan saya itu, selagi elemen-elemen itu wujud, kaum Cina akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah sekarang.

Itu senario kaum Cina. Bagaimana pula dengan rakyat Selangor keseluruhannya? Melalui tinjauan rambang dengan rakyat Selangor dari pelbagai kaum, didapati rata-rata mereka gembira dengan pentadbiran sekarang terutama melalui program-program kebajikan untuk rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat Selangor benar-benar merasa mereka dihargai.

Disamping sarat dengan program kebajikan dan pembangunan pula terus berjalan seperti biasa, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid juga berjaya menaikkan simpanan rizab tunai kerajaan negeri kepada RM1.4 bilion sekarang. Ini membuktikan gejala rasuah, ketirisan dan pembaziran berjaya dikekang.

Bagi kakitangan kerajaan pula, mereka turut gembira kerana tiada lagi 'gangguan' daripada orang-orang politik sama ada melalui panggilan telefon mahupun kedatangan pelbagai 'surat wahyu' yang sering meminta itu dan ini atau menyokong si polan-si polan tertentu. Ini menjadikan kakitangan kerajaan seronok menjalankan tugas.

Meskipun Najib menjadikan agenda menawan Selangor menjadi keutamaan selain mempertahankan Putrajaya, hakikatnya ia tetap merupakan tugas yang sukar. Pelbagai program, seruan dan bantuan dilonggokkan sekarang ini termasuk membawa Tun Mahathir baru-baru ini untuk memberi semangat dan perangsang kepada jentera BN Selangor, namun keadaan tetap tidak banyak berubah.

Disamping rakyat Selangor secara umumnya gembira dengan kerajaan PR yang ada, UMNO sendiri seperti tidak yakin dengan kemampuan BN untuk merampas kembali negeri itu. Noh Omar yang sekarang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikatakan lebih selesa untuk terus bertanding kerusi Parlimen dalam PRU 13 ini dan menolak untuk diletakkan bertanding di kerusi DUN, seterusnya menjadi Mentei Besar.

Dengan penolakan Noh Omar, siapa calon Menteri Besar Selangor pilihan Najib? Yang berminat dan berhajat mungkin ramai seperti Datuk Satim Diman, Datuk Shukor Idrus atau Datuk Zin Mohamed. Ada juga meramalkan nama Datuk FD Iskadar, Bendahari UMNO Selangor dan Ezam Mohd Nor sebagai pilihan Najib. Nama Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Syabas dan Puncak Niaga pun muncul sebagai calon Menteri Besar.

Semua itu memperlihatkan bahawa UMNO dan BN masih dalam keadaan ketidaktentuan siapa yang mahu dijadikan Menteri Besar jika BN kembali kembali memerintah. Semua nama-nama yang berlegar dan diperkatakan sebagai calon Menteri Besar itu pula dilihat masing-masing mempunyai masalah dan 'pekung' tersendiri yang jika salah perkiraan akan menyebabkan bukan sahaja kemenangan tidak mampu dicapai, malahan kekalahan yang diterima bertambah teruk.

Bagi kalangan ahli UMNO sendiri, meskipun mereka mahu BN kembali berkuasa tapi jika yang mahu ditonjokkan Najib itu tidak sesuai pada pandangan dan selera mereka, mereka akan sabotaj dan tidak memberi undi. Akhirnya kalah juga, seperti seorang rakan UMNO yang agak senior dan berpengaruh memberitahu, " kalau Ezam Mohd Nor bertanding di kerusi DUN dan mahu dijadikan Menteri Besar oleh Najib, sebelum keputusan pun dah tahu BN akan kalah di Selangor".
(SH 24/1/12).

2 comments:

  1. pssst...sebenarnya gelombang biru telah dan sedang melanda selangor...ini diperakui kepimpinan peegay(anu)arr, dapig dan parti adat dan sukan (pas)...golongan cina yg dikatakan senang cari makan adalah dari puak running liu saja spt tokeh rumah urut, kelab malam (yg golongan isteri/ibu bapa tidak setuju sbb kejatuhan moral suami/anak-anak mereka); perleluasaan penjualan takebeer (orang Melayu/Islam yg membantah dalam diam), pemecatan hassan ali (puak pas sendiri), gerakan pemurtaban di selangor, isu tidak hormat Sultan Selangor (perlantikan SU, isu MAIS/JAIS, isu pertikai titah Sultan...dll) , kepimpinan pakatan peegay(anu)arr, dapig dan parti adat dan sukan (pas) sebenarnya sedang risau sekarang...

    ReplyDelete
  2. oh yaaa satu lagi...najib tahu siapa yang 'apple polishing' di Selangor....

    ReplyDelete