Wednesday, 2 January 2019

TIDAK BOLEHKAH MAJLIS PRESIDEN PUTUSKAN SEGERA MASA SEBENAR PERALIHAN KUASA?


Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah mengesahkan wujud perjanjian berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.


Katanya, perjanjian bertulis itu juga merupakan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.


Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Luar Negeri berkata, perjanjian itu tidak menyebut penyerahan jawatan itu mesti dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun sebagaimana yang banyak diperkatakan ramai.

"Pakatan Harapan cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun Mahathir, Anwar adalah Perdana Menteri seterusnya.


"Kita tidak bincang tempoh masa kerana mereka adalah tokoh besar yang saling memahami perkara tersebut, ujar beliau lagi.


Kenyataan Saifuddin ini dengan sendirinya selari dengan kenyataan Anwar pada 12 Ogos lalu yang menyebut wujud perjanjian bertulis berhubung peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepadanya.


Anwar turut mengesahkan perkara tersebut adalah kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Harapan.


Maka, daripada mana timbulnya isu dua tahun itu?


Sebetulnya, jika kita masih ingat, tempoh masa dua tahun itu mula-mula disebut sendiri oleh Tun Mahathir sebagai menjelaskan pertanyaan orangramai tentang berapa lama beliau harus menjadi Perdana Menteri.


Berdasarkan usianya, tempoh masa dua tahun itu dianggap Tun Mahathir bersesuaian untuk beliau memulihkan ekonomi negara, menunaikan sebahagian janji manifesto dan melakukan beberapa perubahan dalam negara sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar.


Bagaimanapun, dalam beberapa kenyataan media atau dalam perjumpaan lainnya, Tun Mahathir juga selalu berkata, "mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang".


Sehubungan itu, bila sebenarnya peralihan kuasa itu akan dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar terus menjadi misteri sehinggalah sekarang.


Orang ramai pula tidak henti-henti bercakap dan membuat pelbagai tafsiran mengenainya.

Dalam hal ini, bagi meredakan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan dan menimbulkan pelbagai polemik yang akhirnya meretakkan Pakatan Harapan, adalah lebih baik soal tempoh masa peralihan kuasa ini dibincangkan semula dalam mesyuarat Majlis Presiden.


Malah, untuk membuktikan kejujurannya mahu menyerahkan kuasa, Tun Mahathir sendiri sebaiknya membawa soal peralihan kuasa itu dalam mesyuarat Majlis Presiden agar dapat diputuskan satu tarikh yang tetap untuk perlaksanaan penyerahan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dijanjikan itu.


Membiarkan ia tergantung tanpa kepastian, selain lebih banyak buruknya, bahkan semakin lama  semakin mencetuskan elemen perpecahan dalam Pakatan Harapan sendiri.


Tun, ada masalahkah untuk Tun berbuat demikian? (ShahbudinHusin 02/01/2018)

84 comments:

  1. Replies
    1. Semua sebenarnya tak jadi masalah cuma si Suman cendol dengan dia punya kuda kayu je yang tak setuju. Kalau setuju macam mana nak menjilat? Kah kah kah.

      Delete
    2. Zemin ngan kartel dah boleh kemas tikar bantal gi jual kura kura lelabi ngan jual cendol! Kah kah kah.

      Delete
    3. Terbaca tadi si Ezam kotak pun nak menyampuk jugaaaak! Tuuuuih! Kah kah kah.

      Delete
    4. Mat Nuar dah sahkan ada perjanjian bab ganti siMadey jadi PM tapi penjilat kata takde pulak..?!.. tu dah lebih kuah dari sudu, tu pasal boleh terus menjilat! Kah kah kah.

      Delete
    5. Parti politik kat Malaya tak syok pasal cuma ada sayap politik je tapi takde sayap perang!!!! Kah kah kah.

      Delete
    6. Budin oh Budin, teruskan menulis.. lagi kritis lagi bagus. Masyarakat negara Omputih yang tak bersunat, makan babi tapi berminda kritis hasilnya boleh maju! Dengan berminda kritis, akhirnya peroleh hasil terbaik. Bab akidah takyah tanya la wei.. kah kah kah

      Delete
    7. Kejora dah malu kena hempuk bertubi-tubi, kini guna pakai Abang Din, saudara seputar sepusing sdr Sjhahbudin, mak ayah lain-lain.

      Tak gitu, kan kan kan......??

      Delete
    8. Kalau pun tidak ada sebut 2 tahun, kenapa beriya sangat puak Rafizi mau Nuar ambil alih tergesa-gesa sedang orang tus itu bertungkus lumus menyusun & membangun semula pentadbiran mulus, ekonomi & imej negara.

      Apa kelayakan, kemampuan, pengalaman, jati diri Nuar ada selain 'ketua karut (cheerkeader)' membuat demonstrasi jalanan/keganasan anarki merusakkan harta benda awam.

      Delete
    9. Oh yer, Sdr Shahbudin pulak bagi ultimatum bulan Jun tahun ini gila ker aper....??

      Delete
    10. Pembetulan Wak Suman...tun Madey bukannya sahaja bertungkus lumus menyusun & membangun semula pentadbiran mulus, ekonomi & imej negara...tetapi juga bertungkus lumus untuk memfaraidkan harta dan khazanah negara buat dirinya, anak beranak dan kroni2nya.

      Tun sedar masa tak menyebelahinya..dan seperti kata2nya dulu...dia ada perjuangan yang belum selesai lagi ketika dia menjawat PM ke 4 selama 22 tahun dulu..kini nak disambung semula oleh PM ke 7...rembat dan sapu sebanyak mana yang boleh dan serahkan kantung negara yang hampir kosong kepada PM ke 8 nanti...setuju kan Wak Ooooiii????

      Delete
    11. Biar tarikh tuu terus misteri Tuan Budin... jika ditetapkan, makin dekat harinya makin banyak pengampu dan pembodek dok melekap ke penguasa baru..

      Delete

    12. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB,

      LLEPAS DI JILAT, NAJIB SURUH KAU MEMBOHONG, MENIPU, MENUDUH, MEMFITNAH "memfaraidkan harta dan khazanah negara buat dirinya, anak beranak dan kroni2nya", yer?

      Tapi Najib curi RM2.6 billion wang rakyat di 1MDB masuk dalam akaun bank dia. Mula2 tak ngaku, kamdian kata tak tahu dari siapa, berteraburan kuncu2 dia suggestkan punca, lama2 Al Jibo kata Pak Arab derma.

      KEPALA BAPAK DIA.

      The rest is history in the making - 39 tuduhan mahkamah, 10-20 tahun penjara, kalau 4-5 sangkut aje.

      Delete
    13. Woi Suman Cendol, lu mental sudah ada masalah! Sudah masuk air..! Kah kah kah.

      Delete
    14. 'Kah kah kah' trademark Kojolla hantu setan ketawa mengilai.

      Kejora tumpang tuah nama Abang Din, sdra seputar sepusing pemilik blog, Shahbudin.

      Delete
    15. Setahun setengah tu mcm² boleh jadi. JANJI MELAYU adalah satu janji mulut yg langsung x boleh dipercayai. Kalo xdak black n white = sorilah.

      Malas, mudah lupa, xnak bayar hutang, tangkai jering adalah sinonim dgn Melayu.

      Delete
    16. Pak budin relax la ...bagi tun M perintah dulu...setahun pun tak sampai lagi..jgn dok kalut sangat pak budin , awat hang dak Tak cukup dedak kaa!!

      Delete
  2. Saifuddin Abdullah kata tiada tempoh masa yang dipersetujui. Angka 2 tahun yang dilaung2kan itu hanyaklah satu andaian masa yang difikirkan sesuai. Tulisan Sdr nampak sangat Sdr sekarang , seperti pencaci AI dah tak sabar nak AI jadi PM. Tak ubah macam dulu jugalah.. akhirnya terhumban kes liwat dan masuk penjara. Selepas liwat 1, AI masih kemaruk perangai lama. Sepatutnya insaflah dan jadi pengajaran, tup-tup muncul liwat 2, masuk penjara sekali lagi. Mujurlah dalam PRU 14 ada Tun Mahathir, jadi PH menang. AI bersama parti lain (termasuk PAS/PIS) dan hampir 20 tahun berjuang nak tumbang BN gagal. Bila Tun ada bersama, baru berjaya. Macam ni ke mengaku ada pengaruh. Rakyat dah mual dengan kerenah PKR (anak beranak AI) tak ada cerita lain kecuali nak nobatkan AI jadi PM. Tun dah cakap dia akan serah jawtan PM seperti yang dijanjikan, berkali2 Tun cakap tapi pencaci AI dok kelam kelibut juga. Timbul macam-macam spekulasi, termasuklah Shahbidin, macam takfaham kata-kata Tun, atau sengaja buat tak faham.
    Kalu sudah takdir AI akan jadi PM, maka jadilah dia PM apa naks kelam kabut sampai tulis subjek ni hari-hari tak ada isu lain ke? Saya cadangkan pergilah tanya Anwar, minta jawapan yang tulus ikhlas daripadanya. Apa dia dah tak sabar atau tidak. PKR pun dalam masalah sekarang. Mesyuarat perlantikan MPP diadakan semasa Timbalan Presiden tak ada. Hanya 3 orang geng Azmin hadir. Kenapa tak iktiraf kemenangan Azmin dan kumpulannya yang dipilih oleh ahli. Kenapa ada udang di balik batu. Tidak bolehkah Presiden dan Timbalan bekerjasama dan menyatukan parti. Alih2 RR juga yang dipentingkan. Kalu nak bagi sangat RR jawtan, lantiklah RR sebagai Setiausaha AI bukan Naib Presiden. Saya pun bukan tak mahu AI jadi PM, tapi sabarlah sikit. Ini soal Tuna ada masalah ke atau tidak. Yang tergila2 nak jadi PM ialah Anwar. kanapa dia tak bincang dua mata je dengan Tun. Tak payalha Shahbudin yang tanya Tun. He he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tu org mcm ni lah yg Buat PH berpecah belah ...anwar pun tak boleh ke sabar sampai 2 tahun ...ni baru 7 bulan dah mcm org sasau je kenapa..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Kedudukan Anwar terancam saban hari bilamana tiada kepastian utk PH menentukan kedudukan NYA sebagai PM 8.

    Dlm mass yg saja, suara Rakyat telah mula melihat Azmin sebagai Alternative.

    Yg perlu Kita sebagai Rakyat, jelas adakah ANWAR betul2 layak jadi PM selain melihat calon lain yg lebih sesuai.

    Dlm berpolitik, tiada kepastian. Rakyat yg bijak jgn gopoh "to buy on rumour" kemudian terpaksa " sell on fact".

    Tun sebagai interim PM & PH sebagai wadah yg memerintah tidak boleh membuat kesilapan yg ketara sepertimana BN lalui, selepas Tun M, Dari Abdullah kemudian Rosmah- Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I can't blame Anwar kalau dia rasa terancam sbb dia dah kena pelangkung ngan tun sebelum ni, and he knows tun is more than capable of doing that again. Tambah tambah lagi dgn angin kencang yg bertiup membawa kabar yg tidak berapa elok didengar! Tentunya Anwar tidak mahu pisang raja berbuah Dua tiga kali. Dan kebiasaannya, utk shut Anwar off, dia punya political rival would send him to prison. Kalau Saya jadi Anwar pun, I would be cautious and take necessary steps to prevent that from happening. Tak kan nak masuk penjara lagi kot!!!

      This time around kalaulah jadi (hope not) Anwar get played out dgn tun, it will be messier than before! Skala perpecahan sesama melayu, Dan dikalangan parti komponen PH akan jadi lebih besar. Kalau dah sibuk nak patch things up pasca perang klimak(pinjam kata2 sdr JD), bila pulak Masa nak jaga Hal rakyat? Rakyat juga akhirnya paying the price!

      No, please don't let that happen. Dah penat dgn politik Kotor ni, stick to the plan guys!

      Delete
    2. Aik, baru perasan ada perpecahan Melayu? Bukankah perpecahan ini didalangi oleh Tun dan AI. Apakah mereka yg khianah pada agama dan bangsa ini jadi pujaan kita? Dulu percaya sangat temberang PH naik rakyat bahagia akibat taksub. Kini PH dah naik dan rakyat merana.....

      Delete

    3. Waaah Mr J dah keluar.

      Dia yang buat tuduhan, nakkan pembaca percaya dia, tapi suruh pembaca google cari fakta untuk percayakan dia.

      Amat bodoh punya Mamat. KEPALA HOTAK DIA, kata Najib.

      Delete
    4. As much Kita sebagai Rakyat penat bilamana membiarkan UMNO seperti run-away-train selepas Tun M terutama Pemerintahan Rosmah- Najib, adakan Kita Akan penat lagi selepas Tun M dlm era Anwar- Azmin?

      Jika di halusi Negara Jiran, Indonesia, selepas Suharto, Habibie hingga skrang Jokowi di perintah oleh President2 yg bertanggung jawap.

      Memang betul ape yg di rungkai oleh Macy, Rakyat penat jika dispute Anwar-Azmin berlarutan hingga tergugat permerintahan PH.

      Tapi, jika Tun M Salah membuat Perhintungan, Rakyat juga akhir nya penat, dgn kerenah PM dgn Scandal NYA. Lebih penat lagi bila apparatus Party & Negara di guns utk melindungi Scandal tersebut.

      Maka berhati hati Presidential Council PH supaya tanggung jawap yg Rakyat berikan di gunakan dgn penuh tanggung jawap, termasuk memilih PM 8.


      Cukup dgn ape yg Kita lalui dgn Scandal Rosmah-Najib-UMNO.

      Delete
  4. Budin nk Tun cepat2 lepaskan jawatan PM supaya jika Anwar jadi PM maka Budin akan dapat bekerja di GLC kerajaan drpd mlantik Tony Fernandez kan....bagi Budin si Anwar senang sikit nk di tarik btg hidung drpd Tun.

    ReplyDelete
  5. Tun dah mengaku dia ada persetujuan dengan Pak Sheikh yang Tun hanya akan pegang selama dua tahun. Dia malah pernah sebutnya benar-benar di hadapan Pak Sheikh. Maka di atas perbuatan Pak Sheikh yang tidak menafikannya, itu bermakna Pak Sheikh sendiri mengakui kewujudan persetujuan ini. Malahan tulisan Tn Budin akhir-akhir ini semua mengesahkannya.

    Mahu Majlis Presiden membuat keputusan? Bgmn kalau Majlis Presiden PH membuat keputusan 3-1 Tun kena habiskan sepenggal? Adakah Pak Sheikh akan akur?

    Lupakah Pak Sheikh bagaimana Majlis Presiden telah membuat keputusan 3-1 menyokong pelantikan YB LGE sbg Menteri Kewangan?

    Saya ulangi nasihat saya bahawa kegilaan Pak Sheikh mahu menjadi PM akan membawa kebinasaan kepada dirinya. Selagi ia tidak melepaskan kegilaan ini, ia takkan tenteram dan tidak akan mampu bersabar sehingga Mei 2020. Ia adalah satu penyakit yang ubatnya hanyalah satu iaitu lepaskan terus hajat yang sedang menggila di dalam jiwa.

    Lihat saja tulisan si bawah ini dan tukarkannya kepada pemikiran seorang manusia, nescaya akan kelihatan manusia itu dah sasau dan meroyan :-

    Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera....
    Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera....
    Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera....
    Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera.... Aku nak jadi PM segera, tak kira apa pun, aku kena jadi PM jugak dengan segera....
    Aaaaarghhhhhhhhhh aku nak jadi pi eeeeeeeem... Aaaaaaargahhhhh.. Kerusi PM milik aku... Aaaaaargh.. Aku akan buat apa saja untuk segera menjadi PM..... Aaaaargh....

    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu bro....yang akan myembabkan Anwar tidak mjadi Perdana Menteri nnti adalah disebabkn oleh beliau sendiri.

      Delete
    2. Ekomomi kurang baik...baik madey rehat lebih awal..

      Delete
    3. JD, bukankah kegilaan Tun nak kuasa binasakan negara? Belumkah perasan politik dan ekonomi kusut hari ke hari. Belumkah perasan kafir yg diberi kuasa mencabar Islam tiap hari? Apakah yg rakyat dapat selain merana? Kos meningkat dan janji dicapati. Sebagaimana saya dah nasihat dulu - agama dan bangsa akan tergadai tapi adakah yg mahu dengar? Bertaubatlah JD dan balik ke pangkal jalan.

      Delete

    4. Waaah Mr J dah keluar.

      Dia yang buat tuduhan, nakkan pembaca percaya dia, tapi suruh pembaca google cari fakta untuk percayakan dia.

      Amat bodoh punya Mamat. KEPALA HOTAK DIA, kata Najib.

      Delete
    5. Mr J,

      Kamu sebagai pendusta dan ahli fitnah bakal tewas.

      Asal kelak jangan cakap JD tak payung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Kejora 14:38...

      Dalam keadaan ekonomi negara ranap jahanam dek ulah pasangan perompak laki bini najib/rosmah, maka kita perlu kehadhiran sekali lagi kepakaran Tun M memulihkan semula ekonomi negara seperti beliau lakukan ketika krisis kewangan/ekonomi Asia pd tahun 1997.
      Nak harap Nuar, hapah pun tarak, malah lebih menjahanamkan. Nuar ketika itu mau ikut nasihat sahabat Zionist Yahudinya, Paul Wolfowitz menerima saja tawaran IMF yg akan membelenggukan negara berhutang dgn bunga riba tertinggi serta negara terikat kena ikut telunjuk kemahuan Yahudi/Amerika. Mujur ada Tun M menyelamatkan negara dgn menetapkan/pegging nilai ringgit yg ramai pemerhati & pakar2 ekonomi tidak bersetuju. Namun dgn Rahmat & Restu Ilahi, langkah Tun M ternyata berjaya & menutup mulut pengkritik2 beliau luar dan dalam negara. Satu dunia terkejut, bangun & tabik spting kat Tun Mahathir.

      Berikut adalah bukti/testimoni pemimpin luar negara yg tabik spring kat Negarawan Terulung kita, Tun Mahathir......

      December 23, 2018
      KUALA LUMPUR: A senior Thai politician says he wants to emulate Tun Dr Mahathir Mohamad and eventually become the Thai prime minister.


      According to a Bangkok Post report, Wan Muhamad Noor Matha, 74, from the Prachachart Party, said he is ready to emulate the example set by Dr Mahathir in his bid to become the Thai prime minister.

      The Prachachart Party, however, is only hoping to win 20 seats in the House of Representatives in the next general election.

      Wan Muhamad Noor, better known as Wan Nor, was a former Parliament president and leader of the Wadah faction of southern Muslim members of parliament in the New Aspiration Party. The party was later dissolved and merged with Thai Rak Thai, predecessor of the Pheu Thai Party.

      Wan Nor, in the report, cited his political experience in holding several key ministerial posts, including as transport minister, in past governments as well as his record of honesty and good governance. He said he was ready to assume the post of prime minister despite his party not expecting to win more than 20 House seats.

      "It is not just a dream to become prime minister. Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad made history by becoming the world's oldest prime minister although his party commands only 14 seats in Parliament," he was quoted as saying.

      Dr Mahathir, while he was with Umno, served as prime minister as 22 years. He later left the party and formed Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) to take on his former party and the ruling Barisan Nasional government.

      Pakatan Harapan, with Dr Mahathir at the helm, won the 14th general election in May, and became prime minister again at 93-years-old.


      Tambahan:
      GEGAR VAGANZA - OTAI JUA MASIH & TETAP UNGGUL BERBISA - sampai2 PM terbaru Pakistan, personaliti tetjenal, Imran Khan bergegas datang ke Putrajaya untuk menimba ilmu rahsia kejayaan Tun membangun negara berteknologi tinggi mendahului zaman......!!!

      Harap maklum.

      Delete
  6. 'Langkah Kajang' Nuar mau isterinya jadi MB Boneka Selangor tapi bertukar jadi 'Langkah Kejung' bila dgn kehendak Illahi tidak diperkenankan oleh Sultsn Selangor.

    Ini juga petanda Nuar bukan Anugerah Tuhan.
    Kak Wan lebih ampuh & berkredibiliti sebagai pemimpin tertinggi negara, itupun kerana di bawah naungan & peghormatan dunia terhadap Pemimpin Sejati Anugerah Illahi, Ayahanda Tun Mahathir Mohamed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAN 488 BUAH SYARIKAT MILIK MAHATHIR DAN ANAK-ANAKNYA, TIDAK CUKUP-CUKUP LAGIKAH AYAHANDA NI MELANTAK!!!

      Mahathir dalam ceramah-ceramahnya selepas bergelar Pengerusi Cap Bunga sentiasa cuba menggambarkan kesusahannya. Dia membandingkan dirinya dengan Najib Abdul Razak yang dikatakan mempunyai wang berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun, manakala dia pula tidak ada duit. (RUJUK SINI)

      Malah tukang-tukang propagandanya juga menggambarkan Mahathir sangat jujur, tidak mengambil kesempatan dan langsung tidak menyelewengkan satu sen pun harta negara untuk keluarganya. (RUJUK SINI)

      Pendedahan tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.

      Namun pada waktu itu, media sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya tidaklah berkembang maju seperti sekarang. Bahkan peraturan dan undang-undang keras telah digunakan untuk mengekang 'kebocoran' data-data yang melibatkan Mahathir dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan orang-orangnya berjaya mengenakan Zahid Hamidi yang sekarang ini adalah Timbalan Perdana Menteri.

      Dengan 488 buah syarikat - setakat yang diketahui - yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.

      Cerita tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya, bukan sekadar cerita dalam negeri, bahkan telah pun diperkatakan oleh media-media besar dunia ketika dia masih berkuasa lagi. Dan sekali lagi, kejayaan utama Mahathir adalah mengekang berita-berita seperti itu daripada sampai ke pengetahuan rakyat menerusi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan penerbitan.

      Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta.

      Delete
    2. Ini dah kira kes besar merugikan negara....!!

      Apa kata kamu buat laporan polis & sprm dgn kadar segera agar tindakan undang2 boleh diambil. Berani ker..,,??
      -
      Ataupun kau saja mengada-adakan isu cuba meracuni fikiran orang membenci Tun Mahathir, tak gitu, kan ksn kan.....??

      Delete
    3. Othman, bukankah SPRM dah sucikan dan tutup segala kes kerajaan kini? Termasuk kes rasuah LGE? Adakah apa apa kredibiliti system polis dan sprm kini? Bukankah dah balik zaman kuku besi Tun dulu? Hakim, sprm dan polis perlu akur dan tutup kes pemerintah?

      Delete

    4. Waaah Mr J dah keluar.

      Dia yang buat tuduhan, nakkan pembaca percaya dia, tapi suruh pembaca google cari fakta untuk percayakan dia.

      Amat bodoh punya Mamat.

      Delete
  7. Dr M: Anwar tak pernah kata mahu jadi PM lebih awal

    2 Jan 2019, 12:52 pm (Dikemaskini 2 Jan 2019, 1:12 pm)

    A A
    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.

    "Dia (Anwar) tak ada kata 'saya mahu jadi perdana menteri lebih awal' atau seumpamanya," kata Mahathir dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Isnin lalu

    Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menepati janji untuk menjadi perdana menteri selama dua tahun.

    "Mungkin lebih sedikit, tapi saya sudah janji, saya akan tunaikan janji," katanya.

    Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun enggan memberi pandangan sama ada beliau melihat Anwar sebagai calon terbaik menggantikannya.

    "Bukan saya yang menilai perkara itu. Apa yang saya kata, ketika kita tubuhkan Pakatan Harapan (PH), kita sudah setuju bahawa dia akan menggantikan saya.

    "Saya tidak pernah kata dia calon perdana menteri yang baik atau buruk. Mereka cuma mahu saya berjanji bahawa saya tidak akan jadi perdana menteri dalam tempoh yang lama.

    "Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua," katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun kata, "Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua."

      Dia tak kata akan serah kuasa di masa itu.

      Delete
  8. 26 SEPTEMBER 2017
    Krisis Kehakiman Dan Krisis Perlembagaan 1988

    ■ Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan bermula dari pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

    ■ Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

    ■ Pada bulan June 2008, bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang kehakiman diletakkan di bawah kawalannya. "Saya percaya Perdana Menteri pada masa itu mahu menjadi diktator,"

    ■ Perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengasingan kuasa. Tun Mahathir sudah pun mengetuai Perundangan dan Eksekutif. Kini beliau telah meletakkan peruntukan kuasa kehakiman di bawah kekuasaan Perdana Menteri pula.

    ■ Dengan kehakiman di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh meminta hakim melakukan apa yang beliau kehendaki. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1988, mengakibatkan bidang kuasa HAKIM NEGARA ditentukan oleh Parlimen.

    ■ Rentetan daripada beberapa keputusan2 mahkamah tinggi yang tidak memihak kepada Tun Mahathir, beliau mula memberi tekanan kepada Hakim2 Negara.

    ■ Tun Salleh Abas yang mewakili hakim2 menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan raja2 Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

    ■ Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA, pada tahun 1988 beliau telah dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar.

    ■ 5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
    1. TS Azmi Kamaruddin,
    2. TS Eusoffe Abdoolcader,
    3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
    4. Wan Suleiman Pawan Teh
    5. Datuk George Seah

    ■ Malangnya kelima2 hakim Mahkamah Agung tersebut digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.

    ■ Pemecatan tersebut menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang-tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.

    ■ Di antara peristiwa2 yang menyebabkan Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia bertindak meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ialah;

    1. Di dalam krisis pemilihan Presiden UMNO antara team Tengku Razaleigh Hamzah dan team Tun Mahathir berlarutan sehingga krisis ini terpaksa diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

    ■ Di Mahkamah Tinggi, UMNO 11 mendakwa sekurang2nya terdapat 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil2 mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan2 pemilihan yang telah dilakukan oleh PAU yang lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah kira kes besar merugikan negara....!!

      Apa kata kamu buat laporan polis dgn kadar segera agar tindakan undang2 boleh diambil. Berani ker..,,??
      -
      Ataupun kau saja mengada-adakan isu cuba meracuni fikiran orang membenci T

      Delete

  9. BISNES»Lain-lain (Bisnes)
    Selasa, 4 Disember 2018 | 8:46pm


    SIAN Fenner
    Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka merosot

    KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka merosot kepada 4.5 peratus tahun depan daripada 4.8 peratus tahun ini, dengan permintaan domestik memberikan sedikit kelegaan di tengah-tengah prospek yang lebih mencabar bagi eksport, kata Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

    Penasihat Ekonomi dan Pakar Ekonomi Asia Untuk Oxford Economics, Sian Fenner, berkata inflasi yang lebih tinggi, pengetatan kadar dasar, pertimbangan kestabilan kewangan yang timbul daripada kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan pembangunan dalaman juga mungkin menyederhanakan permintaan.

    "Selaras dengan simulasi tarif AS-China, kami menjangka ekonomi dengan hubungan yang paling rapat akan terjejas paling teruk dalam perang perdagangan, sama ada melalui eksport langsung atau tidak langsung," katanya

    ReplyDelete
  10. Bangang ke bengang..

    Melayan pendapat pelbagai yg keluar..
    Mahathir dpuja cantik mewangi mawar..
    Tiadalah penting udah sekian diwar2..
    Selepas T Mahathir dserah pd DS Anwar..

    X gitu bangShah..

    Riuh rendah berlabuh sijalak..
    Ketika Senja itu keluar kelawar..
    Bang Shah jgn terlalu berkira pulak..
    Peganglh janji teruskan jelh sianwar..

    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!

    Hehhehhehhehhheadahantupuakatubang..

    ReplyDelete
  11. Ekonomi kurang sihat...nilai ringgit masih diatas 4 ringgit sedolar...madey baik lepaskan jawatan lebih awal sebelum bertambah parah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejora bengap masih tak faham2.

      Sebenarnya RM4.00 bukanlah nilai yang paling teruk kita pernah alami.

      Sila rujuk xe.com, tahun 2016 adalah lebih teruk di mana Ringgit menjunam sehingga sekitar RM4.40 bagi USD1.00.

      Zaman itu pemerintahan siapa, menteri kewangannya siapa, najib ker rosmah...??

      Cuba citer sikit, Kojolla...!!

      Delete
  12. Aiiik..Kenapa pulak Bang Non dipersalahakan hanya semata2 kerana dia menuntut hak dan janji2 yang telah dipersetujui bersama oleh majlis kepimpinan Perdana PH sebelum PRU14 dulu...bukan dia yang terhegeh2 nak sangat jawatan tu, tetapi atas konsensus semua ketua2 parti dalam koalisi tersebut.

    Wajar lah pengorbanan PKR untuk membenarkan logo parti tu sebagai logo untuk semua calon2 PH dibalas dengan penyerahan jawatan PM ke 8 kepada DS Anwar...ternyata ini bukannya satu pengorbanan yang kecil.

    Di waktu Bersatu tidak dibenarkan bertanding menggunakan logo sendiri akibat dari masalah dan isu dalaman yang tidak memenuhi SOP yang ditetapkan oleh ROS...maka dah tentu lah logo PKR menjadi penyelamat kepada mereka.

    Kita pun tau, jenama PKR dah ada pengaruh dan sokongan rakyat sejak 1998 lagi, berbanding dengan cap munge Bersatu yang baru setahun jagung...alaah...macam kata orang tua2 kita tu..cap jari belum kering lagi beb !!!

    Bayangkan..jika calon2 Bersatu bertanding atas logo cap munge tu dalam PRU14 lalu...mampukah mereka memenangi sehingga 13 kerusi parlimen....tarak punya bhai!!!.

    Tengok aje lah, walaupun diberikan kerusi parlimen yang paling banyak untuk bertanding di semenanjung, melebihi 50 kerusi..tapi prestasi kemenangannya tak sampai pun 40%.

    Itu pun amat2 bernasib baik dapat 13 kerusi kerana menumpang logo PKR..kalau menggunakan logo sendiri..nak menang 5 kerusi pun perit beb !!!!

    Sudah lah kerusi parlimen yang ciput..dapat sapu jawatan PM serta menteri2 kanan seperti MOF, KDN pulak. Mana lah PKR tak puas hati...mereka sebagai parti yang dominan dengan MP yamg terbanyak dalam PH..tapi dipinggirkan dalam kabinet kayu reput fasa 1.0 yang dibentuk secara membull dozekan aje pilihan oleh PM ke 7.

    Logik ke parti yang hanya ada 13 MP , tak termasuk 3 MP UMNO yang melompat ke dalamnya, menguasai 113 MP2 PH dalam parlimen tu..tentu lah tak logik kan. Tapi itu lah hakikatnya yangberlaku..dan dah tentu lah ini menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan pimpinan parti2 lain dalam PH, khususnya PKR.

    SeWAJIBnya lah Tun tanpa tangguh2 dan membuang masa lagi memberikan kenyataan yang boleh dipegang oleh PKR dan rakan2 parti lain untuk menyerahkan jawatan tu kepada DSAI...dan jangan lah berdolak dalik dan bermain tarik tali pulak. Sekejap nak serahkan dalam masa 2 tahun..sekejap mungkin lebih lama dari tu..dan yang paling ditakuti ialah bila Tun cakap dia akan kekal sebagai PM selagi rakyat berkehendakkan agar dia kekal di kerusi tu.

    Kemudian ada pulak usul dari Bersatu sendiri agar Tun kekal sebagai PM hingga PRU15...boleh ke macam tu???

    Sepatutnya sebagai sorang negarawan, Tun berpegang teguh pada janjinya dan akur kepada keputusan bersama yang telah diambil oleh majlis kepimpinan perdana sebelum PRU14 tu...tak perlu lah berdolak dalik, U-Turn lagi. Hormati lah keputusan tersebut kerana itu lah kehendak rakyat Msia.

    Hari ni pun dah keluar kenyataan oleh Dr. Zulkifli dari Amanah agar Tun berpegang kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan PM ke 8 tu kepada DSAI..teramat2 baik jika lebih awal dari masa yang telah dipersetujui tu.

    Hakikatnya...tanya lah mana2 rakyat jelata, nescaya jawapan yang sama akan diberikan iaitu..mereka semua begitu teruja dan menanti dengan penuh debaran saat dan detik bersejarah bila DSAI bakal mengangkat sumpah sebagai PM ke 8 di hadapan YDPA di Istana negara dalam masa yang terdekat ini...tak payah tunggu cukup 2 tahun tu bhai !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 8 bulan madey pegang jawatan tak ade kemajuan...ekonomi tambah merosot...madey tak mampu buat ape2 lagi...

      Hanye bersilat kuntau kerana hutang 1 triliun..

      Delete
    2. Mana lah Tun mampu buat apa2...sebenarnya yang berkuasa dalam kerajaan ialah Tokong Kit Sial dan DAPigs. Diorang lah yang ada the last say dalam segala keputusan yang diambil oleh kerajaan.

      Cakap Tun tak laku dan tak dipedulikan oleh mereka...semua keputusannya dibantah dalam mesyuarat kabinet..dan ini bukan rahsia lagi.

      Tun dah umpama singa tua yang takde gigi...menghitung hari2 terakhirnya aje Bhai!!!!

      Delete

    3. WOI GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB,

      Kau mengarut. Tarak bukti, penerangan, fakta atau pun link kpd maklumat sahih.

      Kau pembohong, penipu, mulut selalu keluarkan kentut Najib Al Jibo.

      Jilat ajer le, jangan hirup kentut dia dan hembuskan di sini.

      Delete

    4. Woi GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB.

      Tun kata, "Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua."

      Dia tak kata akan serah kuasa di masa itu.

      Dia janji akan menentukan Anwar menjadi PM selepas dia.

      Tapi kalu Azmin boleh tendang Anwar dan ambik jawatan Presiden PKR sebelom itu, tak tau ler ...

      Tun tak mungkir janji. Tapi Najib Al Jibo mungkir janji nak pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu, dia curi RM2.6 billion dari 1MDB.

      Delete
  13. Tuan budin beria ia samgat nak kan Snwar jadi PM .. ada masaalah ke sekarang ni .. yang terbaru Tun dah ulangi serah jawatan PM dalam masa 2 tahun kepada ANWAR jadi tunggu jelah ..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tun kata, "Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua."

      Dia tak kata pada masa itu dia akan serah kuasa.

      Tun fikir setiap apa yang dia kata.

      Sekarang dia tak kata. Tapi Mesyuarat Agong PPBM kata depa mahukan Tun pegang jawatan itu sehingga Pru15.

      Aku sokong.

      Delete
    2. Apaaa...Tun nak tunggu umurnya cecah 100 tahun baru dia nak lepaskan jawatan PM tu...fuuuh...memang hancing lah Bang Non mandi air kincinnya menunggu tarikh tu beb !!!! Masak..masak lah Bang non kena goreng dengan Tun tu....

      Delete
    3. Memang laah ade masalah..tun dan azmin tak.mampu baiki ekonomi negara...merosot terus merosot...

      Delete
  14. pak sheikh dah tak sabar2......perangai sejak muda sampai sekarang tak berubah....

    perangai suka dipuji, suka diangkat. dari sejak student sampai ke la......apa lagi waktu jadi tpm dulu....wak jahid jadi balaci.....apa yg di suruh....wak akan lakukan.

    kena klu omputeh puji dia sikit......senyum sampai ke jubur.

    budin, apa kelayakan pak sheikh ni nak jadi pm? klu pasal ekonomi....habuk je...klu debate dgn aku pasal ekonomi, belum tentu dia lepas....aku tau laa.....he he he

    decision making....zero!
    economy decision....zero!
    kena puji.....habit!

    pak sheikh.....apa yg hang buat dalam jail dulu???

    dah keluaq pun tak berubah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pak sheikh tak sabar...ko reka citer plak..

      Delete
  15. Dengan izin tuan blog,

    Pohon tampal komen seorang anon di blog KD dan jawapan balas saya kepadanya.

    --------------------

    AnonymousTuesday, January 01, 2019 9:09:00 PM

    Serangan umno backed CG bertaliarus
    Orang Anwar "Shah" apa kurang nya
    KD pertahankan TUN terus menerus
    Rakyat majoriti percaya TUN sahaja

    Reply

    Replies



    john doeWednesday, January 02, 2019 12:50:00 AM

    Pada akhirnya hanya satu pasukan sahaja akan menang mutlak. 

    Nak tahu pasukan mana, maka carilah satu pasukan yang tidak pernah tewas. 

    CG backup Najib. 
    Shahbudin backup Anwar. 
    KD backup Tun. 

    Najib dan Anwar kedua-dua mereka hanya merasai kemenangan apabila berada di dalam pasukan Tun. Apabila mereka menentang Tun, kedua-duanya tewas. 

    Kelak, mereka akan menyangka sekiranya mereka bergabung, maka mereka boleh menang. 

    Bahkan, mereka akan bergabung pula dengan Hadi Awang ketua pasukan yang sentiasa tewas. 

    Gabungan ini bakal melengkapkan pasukan-pasukan tewas yang bersekutu dan mereka akan tewas mutlak ke atas pasukan Tun yang diketuai oleh seorang ketua pasukan yang tidak pernah tewas. 

    Sdr KD sedang membuat pilihan yang betul. Ketua pasukan KD dan barangkali KD juga akan berada di dalam pasukan ini akan muncul sebagai "mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah golongan yang menang", in shaa Allah. 

    Pasukan CG dan Budin bakal tewas. Sebahagian kecil akan ditewaskan secara mutlak dan sebahagian besar lagi bakal diselamatkan daripada kebingungan zaman fitnah. 

    Yang bakal tewas mutlak adalah para pendusta dan ahli fitnah yang tahu dan sedar di dalam hati mereka bahawa mereka adalah pendusta, tetapi mereka berterusan berdusta demi berdusta demi berdusta, dan merasa aman dari kemurkaan Allah. Mereka menyangka zaman fitnah tidak akan tamat dan akan berterusan sehingga dunia kiamat. 

    Yang akan diselamatkan daripada kebingungan adalah orang-orang yang terpedaya dengan para ahli fitnah ini kerana menyangka para ahli fitnah ini adalah golongan yang benar. 

    Dengan izin Allah, hanya satu pasukan bakal menang mutlak di KLIMAKS kelak. 

    Teruskan beralasan kerana akan sampai satu ketika di mana para pendusta akan kehabisan alasan untuk terus beralasan. 

    Zaman fitnah pasti akan ditinggalkan, dan fitnah itu pasti akan lenyap, dengan izin Allah. 


    Wallahu a'lam.

    Delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. JD, kamu ini hidup dalam alam khayalan di mana Tun adalah sesuci malaikat. Janganlah ungkit nama Allah dalam kejahilanmu untuk bela Tun. Tun dicemari berbagai skandal. Tiada PM yg lain yg dicemari begitu banyak skandal. Beliau sendiri melekehkan Rasul saw dengan komen pasal janggutnya dan pisau cukur gilette. Anak perempuannya jadi aktivis LGBT dan murtad manakala anak lakinya pemilik saham syarikat arak. Tun sendiri merupakan sumber fitnah yg porak perandakan kesatuan ummah. Kata kata beliau penuh dusta dan khianah tu sebahagian perbadinya. Tak peliklah AI akan dikhianati lagi sebagaimana ramai yg lain. Termasuk Tun Ghaffar, Tun Musa, Tun Salleh Abas. Apakah yg JD harap jadi pengikut tegar manusia fasik ini? Apakah dia ada tauliah dari Allah untuk beri syafaat bagi JD pada hari kiamat? Sia-sia sangatlah 'perjuangan' JD ini. Kembalilah ke Islam JD. Mari kita sama sama sokong penyatuan ummah berteraskan aqidah dan perintah Allah. Janganlah mati dalam keadaan sokong kebatilan kini....

      Delete
    2. Mr.J..Dah tentu lah rakyat bersetuju yang teramat2 sangat dengan pendapat kau tu.

      Sebelum ni pun, aku ada cakapkan benda yang sama, khususnya dengan perangai Tun yang suka dan gemar sangat memperlekehkan sunnah nabi, seperti isu janggut tu..tapi JD tak mau terima. Banyak lagi contoh2 lain yang aku berikan tapi tak diendahkannya bhai!!!

      Delete
    3. Mr J,

      Kamu sebagai pendusta dan ahli fitnah bakal tewas.

      Asal kelak jangan cakap JD tak payung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. JD, menang atau kalah di dunia bukan matlamat. Matlamat untuk usaha yg bawa keredhaan Allah. Keredhaan Allah membawa kepada kemenangan abadi di akhirat. Apakah masih mencari 'kemenangan' seketika di dunia dengan mengorbankan kemenangan abadi akhirat? Ambillah kemenangan yg sementara ini kalau teringin sangat.

      Delete
    5. John doe masalah celup kaki temberang..berlagak ulamak hafis ...loyar burok..

      Delete
    6. Hehehehe Mr J,

      Teruskan berdusta sementara zaman fitnah belum berakhir.

      Kamu sebagai seorang pendusta dan ahli fitnah bakal tewas mutlak.

      Asal kelak jangan cakap JD tak payung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    7. Sdr anon

      Silakan kata apa saja. Asal kelak apabila benar-benar tewas mutlak jangan cakap John Doe tak payung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Khalifah di muka berperanan saling ingat mengingati payung memayungi...yg jahil sila berilmu...yg berilmu sila beramal...yg beramal sila lillahitaala

      Delete
  16. KITA IKLAN DULU!




    Ku datangi kota ini dulu
    Mencari ilmu mengapai cita

    Di kota ini pernah ku berbicara
    Tentang indahnya Sakura

    Di kota ini pernah ku cerita
    Betapa santunnya suku bangsa

    Di kota ini pernah ku bawa
    Sekeping hati yang lara
    Dek putusnya sebuah cinta

    Di kota ini pernah ku tekad
    Akan membina semula
    Sebuah kehidupan yang lebih ceria

    Di kota ini juga
    Mac 2019
    Pastinya ku hidup bukan sendiri lagi
    Ditemani isteri tercinta…MAS ELINA


    Tokyo
    Engkaulah kota
    yang mengungkap seribu makna

    TQ….YA RABBI


    Untuk tunangan tersayang
    BERSABARLAH MENANTI HARI BAHAGIA KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. PS, selamat berpasangan. Semoga Allah beri kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga ditunjuki jalan yg lurus di antara berbagai bagai jalan di dunia ini yg sangat 'konfius'kan kita. Semoga mengambil Allah, Rasul dan Mukminin sebagai wali dan bukan mereka yg sesat dan dimurkai Allah.

      Delete
    2. Mr J...kau jangan percaya sangat lah kata2 PS tu..dia tu angau aje lebih...berilusi di alam fantasi aje lah dia tu beb !!!!

      Delete
    3. Mr J telah tewas dan masih mahu meneruskan kerja-kerja fitnahnya.

      Dia bakal tewas mutlak di KLIMAKS.

      Sesal kemudian tiada gunanya.

      Asal jangan cakap John Doe tak payung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Ye ke GN. Aku tak tahu. Dah berehat dari blog lebih setahun. Bagaimanapun kita sentiasa harap yg terbaik untuk saudara saudara kita.

      Delete
    5. Tq, MR J atas doa. Tq so much.

      Sejarah saya mengenali BAKAL ISTERI adalah di bloq ini.Dulunya bakal isteri saya terpikatkan pantunan Kejora,tapi dah dikata,jodoh ketentuan tuhan.

      Delete
  17. Dengan terbitnya puisi ini!
    harapan aku,kejora pasti tidak berhelah lagi,

    semoga beliau tabah menghadapi hari muka

    bye bye bro

    ReplyDelete
  18. Wooiit..GMN dan PS...baik korang cari besen atau baldi besar nak buat tadah kincin Ah Beng sempena tahun baru ni beb...dah agak dah...makin kuat dan laju kincinnya awal2 tahun pada rakyat Msia ni!!!!

    Lim: RON95 To Be Capped At RM2.20, Not RM1.50 As Promised

    The weekly fuel price float will see RON95 petrol capped at a certain price even if the market price goes up, says Finance Minister Lim Guan Eng.

    He said the system, expected to be in place within the first week of the year, was different from the previous administration’s.

    “People will be paying less when petrol price drops but when it increases, they need not worry as any increase exceeding RM2.20 will be subsidised by the government,” he said.

    Lim had earlier said the retail prices of fuel would be unchanged – RON97 (RM2.50), RON95 (RM2.20) and diesel (RM2.18) per litre.

    He said the implementation of the weekly price float was delayed because of objections from the Petrol Dealers Association of Malaysia.

    He said Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad would hear them out first before deciding on the prices.

    Lim said the weekly price mechanism would be in place until the fleet card system was introduced for B40 Malaysians to buy subsidised RON95 petrol.

    Kan dah betul..Rejim ni lebih mengutamakan PDAM dan pengusaha2 stesen minyak dari kebajikan rakyat marhaein , khususnya golongan B40 tu. Baru kena gertak dan ugut sikit aje dari mereka ..dah menggelabah berok...

    Apa lah malangnya nasib rakyat Msia yang telah bersusah payah memenangkan mereka dulu..kini dilakukan sedemikian rupa...tak ubah seperti rakyat memberi mereka madu, tapi dibalas pulak dengan tuba...betul ke macam ni haah????





    ReplyDelete
  19. Sudah2lah tu saudara budin,

    Kemaruk sangat bunyinya anwar ibrahim nak jadi pm. Kalau ada rezeki adalah. Ni soalan saya tak berjawab2. Apa perancangan anwar untuk memulihkan kewangan kerajaan dan memacu ekonomi negara dala era ir 4.0 ni. Macamana kaedah yang anwar akan perkenalkan untuk mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup, harga rumah yang tinggi dan peningkatan kesejahteraan rakyat?

    Tolong saudara budin minta anwar jawab benda ni. Nak juga tengok ketokohan dan kebolehan pm in waiting yang tak sabar2 nak jadi pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih penting lagi, apa kah dia mahu giatkan Dasar Ekonomi Baru?

      Atau dia liberal, biarkan Melayu bertanding dengan Cina di medan yang tak sama rata.

      Rasa tak yakin dengan Anwar.

      Delete
  20. Bangang ke bengang..

    Melayan pendapat pelbagai yg keluar..
    Mahathir dpuja cantik mewangi mawar..
    Tiadalah penting udah sekian diwar2..
    Selepas T Mahathir dserah pd DS Anwar..

    X gitu bangShah..

    Riuh rendah berlabuh sijalak..
    Ketika Senja itu keluar kelawar..
    Bang Shah jgn terlalu berkira pulak..
    Peganglh janji teruskan jelh sianwar..

    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!

    Hehhehhehhehhheadahantupuakatubang..

    ReplyDelete
  21. Bangang ke bengang..

    Melayan pendapat pelbagai yg keluar..
    Mahathir dpuja cantik mewangi mawar..
    Tiadalah penting udah sekian diwar2..
    Selepas T Mahathir dserah pd DS Anwar..

    X gitu bangShah..

    Riuh rendah berlabuh sijalak..
    Ketika Senja itu keluar kelawar..
    Bang Shah jgn terlalu berkira pulak..
    Peganglh janji teruskan jelh sianwar..

    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!
    Hidup Pakatan Harapan!

    Hehhehhehhehhheadahantupuakatubang..

    ReplyDelete
  22. Kengkawan semua...kalau korang perasan akan perkembangan mutakhir dewasa ni di persada politik negara, dah tentu lah korang terfikirkan benda ni kan????

    Ada beberapa kemungkinan yang dapat kita simpulkan dengan perkembangan terbaru si Azmin ni.

    Cuba korang tanya kepada diri sendiri...kenapa dia memilih untuk berkonfrantasi secara terbuka dengan Anwar ?

    1. Mungkin Azmin yakin ramai pemimpin2 dan MP2 PKR bersamanya .

    2. Mungkin adanya tangan ghaib dibelakangnya yang memberi jaminan masa depannya.

    3. Sekarang Azmin ada opsyen bila terbentuknya BERSATU. Makanya dia boleh melompat kesitu bersama orang2nya.

    4. Baginya persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden adalah tindakan KAMIKAZE .... Iaitu yang kalah mesti dinyahkan dan dinafikan dari memegang sebarang jawatan penting dalam parti.

    Kita tidak terperanjat bila Azmin tidak sebulu dengan Presiden. Sepatutnya tempoh hari Azmin mencabar Anwar untuk post Presiden...baru lah rakyat, khususnya akar umbi PKR tau sejauh mana sokongan dan pengaruh ke dua2 tokoh tersebut dalam parti...setuju kan kengkawan semua????

    ReplyDelete
  23. Saya sebagai rakyat hari ini amat kecewa dengan pemimpim yang berebut jawatan,tolonglah tengok peneroka felcra hari ini,masih tidak dapat bantuan sara hidup,disaat ini dah 6 bulan belum dapat bantuan lagi,nak makan..anak perlu duit untuk beli keperluan sekolah

    ReplyDelete