Monday, 28 January 2019

RAMAINYA MAHU PH KALAH DI SEMENYIH.....


Walaupun PRK Semenyih akan berlangsung agak lama lagi, tetapi bahangnya sudah pun mula terasa sekarang ini.


Di mana-mana ketika ini semakin ramai yang bercakap mengenai pilihanraya kecil itu yang hanya akan berlangsung pada 2 Mac depan.


Apa yang menariknya, rata-rata yang mengulas atau bercakap mengenai pilihanraya kecil itu lebih mengharapkan PH kalah berbanding mencapai kemenangan.


Tidak saja mereka yang pro UMNO dan BN yang mengharapkan demikian, malah ramai daripada kalangan penyokong dan pengundi PH juga benar-benar berharap calon daripada Bersatu akan kecundang dalam pilihanraya itu nanti.


Tidak terkecuali yang turut berharap PH akan kalah ialah mereka yang  aktif dan memegang jawatan dalam Bersatu di peringkat bahagian-bahagian.


Kata mereka, hanya dengan kalahnya Bersatu di Semenyih saja diharapkan dapat menyedarkan pimpinan PH, termasuk Tun Mahathir Mohamad sendirinagar lebih prihatin dengan rakyat serta mengawal menteri-menterinya daripada bersikap sombong dan merapu.


Tambah mereka lagi, mungkin ada pimpinan sudah sedar diri berikutan kekalahan di Cameron Highlands baru-baru ini, namun melihat reaksi kebanyakan pemimpin-pemimpin PH yang mengulas mengenai kekalahan itu jelas mereka belum lagi terngadah walaupun dahi sudah tergantuk di palang pintu.


Dengan yang demikian, kekalahan di Semenyih adalah perlu dan wajib untuk menyedarkan semua yang sudah lupa diri itu.


Terdapat juga kalangan mereka yang aktif dalam Bersatu bersikap lebih lantang lagi dengan mengatakan, jika sebelum ini mereka bertungkus-lumus menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN, apa salahnya kalau dalam PRU15 nanti mereka bermati-matian menumbangkan PH pula.


Sudah ada di kalangan mereka yang berkira-kira mahu merancakkan serangan di media sosial kepada PH dengan menubuhkan Grup Whatapp atau akaun baru di Facebook bagi tujuan itu.


Kata mereka lagi, mereka tidak rugi apa-apa dengan pertukaran kerajaan biar sekerap mana sekali pun, tetapi agak malu dengan PH yang sebelum pilihanraya dulu telah berjanji berdegar-degar, tetapi gagal melaksanakannya setelah mencapai kemenangan.


Yang lebih kami benci, tambah mereka, beberapa dasar atau peraturan baru yang mahu diperkenalkan oleh menteri-menteri PH lebih membawa kesusahan dan menambahkan belanja rakyat, sedangkan janji pokok dalam Buku Harapan tidak juga ditunaikan.


Dalam PRU14 lalu, DUN Semenyih dimenangi oleh PH melalui calon daripada Bersatu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang menang dengan majoriti 8,964 undi.


Beliau mendapat 23,428 undi mengalahkan calon BN, Johan Abd Aziz yang memperolehi 14,464 undi, calon Pas, Mad Shamour Kassim (6,966 undi) dan calon PSM, S Arutchelvam (1,293 undi)


Bagaimanapun bekalan majoriti 8,964 itu dikira belum selamat lagi kerana dalam PRK 2 Mac nanti, Pas sudah pun mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya dan akan memberi sokongan penuh kepada BN.


Adalah dijangkakan PSM juga tidak akan meletakkan calonnya kali dan ini memungkinkan berlaku pertandingan dua penjuru antara PH dengan BN saja dalam pilihanraya tersebut.


Gabungan kerjasama BN dan Pas diramal akan memberi saingan sengit sebagaimana yang telah terbukti di Cameron Highlands yang lalu.


Beserta dengan semakin ramai yang mahukan PH kalah di Semenyih nanti, termasuk daripada kalangan Bersatu sendiri, tidak mustahilkah harapan kepada kekalahan itu akan menjadi kenyataan? (ShahbudinHusin 28/01/2019)

91 comments:

  1. ye...aku sokong...leceh la lepak kedai mamak kena teh tarik tk buleh isap rokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang atau kalah di Semenyih belum tentu Abam Nuar akan menggantikan Tun... he has to work hard for it...setakat buat kenyataan rhetoric ramai orang kat kedai kopi boleh buat walaupun dalam keadaan pening takleh isap rokok...

      Delete
    2. Allah permudahkan insyaallah dsai pm8

      Delete
    3. Ada baik PH kalah PRK, xder la bongkak sgt baru 6-7 bulan jadi menteri, trus berasa bongkak dgn gaji 50k-80k sebulan. Terutama menteri² minoriti India wakil India yg berasa cerdik atas kapasiti pengalaman sbg peguam. Akhirnya ayat² cliche undang² digunakan utk mengharamjadahkan rakyat.

      Perlu diingat, penyokong PH bukannya totok mcm UMNO BN. Mereka boleh berubah anytime. Ini yg bestnya. Tgk keadaan menguntungkan diri mereka, tak kira calon kapir harbi ka, islam tunggang tunggik ka.. Boleh berubah undi.

      Jika bongkak xmau laksana manifesto, calon anjing, biawak dan babi pun, kami undi. Kahkahkah..

      Delete
  2. Setuju dengan kenyataan tu...kalau dibuat kajian dalam kalangan rakyat Msia, khususnya di Semenyih, lebih 90% daripada mereka dah bertekad untuk memberi undi kepada calon pembangkang dan sekali2 takkan membazirkan undi kepada calon PH...kemenangan BN di CH telah membuka hati mereka dan kini adalah masa yang terbaik untuk mengajar keegoan dan kesombongan pemimpin2 dan penyokong2 PH yang masih tak sedar diri tu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang la setuju dengan Budin walaupun matlamat kau orang berdua berbeza. Kau setuju sebab kau nakkan BN menang kerana kau memang penyokong tegar BN atau dibayar untuk menyatakan sokongan kepada BN.

      Manakala Budin pula cuba nak menakut-nakutkan Tun supaya cepat-cepat melepaskan jawatan kepada Abam agar segala impian tercapai. Lain-lain argument tu cuma auta saja.

      Aku tak kisah sapa menang pun kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa. Esok aku kena menoreh juga jika tidak hujan walau harga getah jatuh. Nak salahkan kerajaan sebab kejatuhan harga komoditi nampak bodoh sangat....

      Delete
    2. 90%... Tak realistik langsung. Nampak sangat membongak.

      Delete
    3. Harga getah jatuh masa BN, krjaan salah
      Harga getah jatuh masa PH, kalau salahkan kerajaan nampak bodoh sangat.
      Sebab apa? Sebab tak perlu kita tuduh bodoh pd orang yg memang bodoh.

      Delete
    4. Aiiik...Tak caya keer haah????

      Dipersilakan dengan segala hormtnya untuk membuat kajian tahap kepuasan mereka terhadap prestasi Rejim yang ada sekarang ni dalam kalangan warga Semenyih tu..jangan kau terkejut king kong dengan dapatannya pulak nanti bhai!!!!!

      Delete
    5. Sdr Asrul Sani,

      Saya juga berpadangan seperti sdr. Tulisan sdr Budin di atas tu hanyalah taktik untuk menakutkan Tun supaya lekas-lekas serah kerusi PM kepada Pak Sheikh. Macam ugut-ugut jugalah tu.

      Adakah PH akan menang atau tewas di Semenyih? Wallahu a'lam. Di dalam permainan catur biasalah apabila ada askar yang dibunuh oleh pihak lawan, tetapi menang atau kalahnya seseorang pemain itu langsung tidak ditentukan oleh jumlah askar yang tumpas semasa permainan sedang berlangsung.

      Apa pun, saya percaya bahawa pada akhirnya hanya ada satu pasukan sahaja yang akan menewaskan secara mutlak kesemua pasukan-pasukan lawannya dan mengibarkan panji-panji mereka sebagai tanda kemenangan mutlak pasukan mereka.

      In shaa Allah ia adalah pasukan Tun Mahathir, pasukan yang tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan pun.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete

    6. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB, TAK HABIS2 MENJILAT HINGGA KE BONTT AL JIBO.

      Mengata "kalau dibuat kajian dalam kalangan rakyat Msia, khususnya di Semenyih," - nyata takda di buat kajian, ha nya "kalau" KEPALA HOTAK KAU.

      Cakap "kalu di kaji" dahtu mengata "lebih 90% daripada mereka dah bertekad untuk memberi undi kepada calon pembangkang ..". Lagi sekali cakap dari KEPALA HOTAK KAU yang penuh jilatan bntt Najib Al Jibo.

      "keegoan dan kesombongan"? Najib Al Jibo yang bangga di panggil King of Troll? Punya bodoh tak tahu bahawa istilah "troll" itu membawa "adverse implications". Ego yang tak reti batas, tak tau daratan. Lanun ler katakan.

      Delete
    7. Asrul, apa yg nak dibangga dengan PH? Dulu janji bulan bintang walau tahu janji itu mustahil ditunaikan. Bukan saja janji rakyat akan kaya raya tak kesampaian malah berbagai tarif dan cukai dikenakan yg bebankan rakyat. Ramai dibuang kerja. Pentadbiran masih terikat mentaliti pembangkang. Bila rakyat marah dan mengadu susah dituduh pendokong PAS dan UMNO. Bukan nak dengar aduan. Menteri menteri tiada wibawa - tiada apa apa polisi untuk makmurkan negara. Masih berligar perkara kecil dan U-Turn.
      Komoditi seperti sawit jatuh harga kerana perbalahan jahil dengan negara Cina. Dulu ada perjanjian dua hala bagi kontrak ECRL dengan Cina beli sawit Malaysia. Kini Cina dah kurangkan sangat pembelian dari Malaysia dan membuat perjanjian dengan Indonesia. Pasaran Sawit dunia kat BSKL. Bila dagangan sawit BSKL merudum maka harga sawit pun merudum. Akibat kerja jahil Tun....

      Delete
  3. Jangan cakap PRK Semenyih aje...kalau lah ditakdirkan kerajaan yang ada sekarang ni dibubarkan dan diadakan Snap PRU..konpom punya PH akan makan asap aje...rakyat dah tak tertahan lagi menjalani kehidupan di bawah Rejim yang zalim dan menghimpit kehidupan mereka ni hingga nak bernafas pun perit dan tercungap2!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah habis sepenggal. Buat masa ni kau makan asap dulu

      Delete
    2. Janganlah bongkak dan takbur dengan menyatakan KOMPOM BN menang kerana yang berhak mengKOMPOMkan sesuatu perkara hanyalah Allah yang Maha Besar.

      Delete
    3. Budim ni memang blogger tolol macam setan.dia ni pro pkr sbb tubjd setan

      Delete
    4. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB,

      Meleleh ler air liur kamu ke dalam LUBANG bntt Najib tak dapat menjilat sebab asyik mengharapkan "kerajaan yang ada sekarang ni dibubarkan dan diadakan Snap PRU".

      Najib dah lingkup sebab mencuri RM2.6 biliun duit rakyat di 1MDB, tak usah mengharap nak "unlingkup" ler.

      Delete
    5. Hr ni dpt Basah kan...senyap la dulu

      Delete
  4. Kalau PH nak menang nanti...perlu lah pastikan agar Tun Madey tak turun berkempen..kalau dia turun jugak, memang menempah maut lah PH jawabnya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka dialah nak turun berkempen atau tidak. kau sapa nak menyekat kebebasan berpolitik orang lain. Memang layak la kau kekal jadi pembangkang selamanya. Belum mendapat kuasa sudah mahu menyekat kebebasan bersuara orang lain.

      Delete
    2. Woittt..aku hanya nak memberi nasihat yang ikhlas kepada jentera PH tu..takkan lah kau tak sedar lagi dsalah satu dari faktor utama kekalahan calon PH kat situ ialah bila Tun Madey turun berkempen...terima lah hakikat bahwa auranya tu dah tak releven lagi , tak macam masa dia jadi PM ke 4 dulu....Kit Sial dan Bang Non pun dah anggap dia ni dah jadi liabiliti dan bukannya aset lagi kepada PH bhai!!!!

      Delete
    3. Lebih teruk hilang undi Umno Bn jika Najib Al Jibo mengtroll kawasan PRK mana mana. Menang PRK CH sebab itu kerusi BN dulu, Najib berkokrak di mana mana pun BN akan menang.

      Kau nak beri "nasihat yang ikhlas kepada jentera PH"? Mcm mana ko nak beri, sebab mulut ko dah berburas dengan apa yang keluar bila kau menjilat Najib di tempat2 tertentu.

      Delete
    4. Sayang, negara dulu cantik bawah BN. Pasal tak syukur inilah jadinya. Rakyat susah. Mungkin ada harapan untuk tukar kerajaan sebelum keadaan makin parah.

      Delete
  5. Kengkawan semua..korang perasan tak..Kekalahan PH di PRK P078 Cameron Highland mencapai beberapa MATLAMAT dan memungkinkan beberapa KEMUNGKINAN :

    1. BN dapat akhiri 'losing streak'...

    2. Orang Asli pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat...

    3. Kaum Cina dapat luahkan protes terhadap Lim Guan Eng dan DAP berhubung kelembapan ekonomi dan impak kesilapan hubungan dengan Singapura kepada pekebun sayur ditambah dengan penyelesaian isu tanah TOL oleh MB...

    4. PPBM dapat kekang tambahan kekuatan DAP (kemungkinan sebab Dr. Mahathir 'overkill' di Sungai Koyan dan 'hamper' malam terakhir kempen secara terbuka)...

    5. PKR aka Anwar dapat kenakan tekanan terhadap Dr. Mahathir untuk lepaskan jawatan (Anwar sengaja over terhadap Najib)...

    PKR mungkin sabotaj PPBM di Semenyih untuk naikkan Anwar...

    Tapi orang Azmin yang kuat di Semenyih, maka boleh berlaku pertembungan sesama PKR...

    6. Petanda politik kaum India mungkin terkesan akibat silap mainan politik, tindak tanduk Waytha (diam saja utk PRK) dan Seafield...

    7. DAP aka Cina mungkin membalas untuk sabotaj PPBM di PRK Semenyih jika mereka yakin telah disabotaj di Cameron Highland...

    Bagi UMNO, kemenangan ini mestilah dijadikan sebagai titik permulaan kepada perjuangan untuk bangsa dan agama...

    Bagi UMNO dan PAS, kemenangan ini mestilah dijadikan titik penyatuan ummah setelah lama bertelagah...

    Bagi parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah dijadikan titik permulaan ke arah kerjasama dan kesetiaan yang lebih erat untuk kebaikan bersama...

    Bagi penyokong2 UMNO, PAS dan parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah dijadikan sebagai titik permulaan kepada iltizam dan komitmen yang lebih jujur dan ikhlas di atas niat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat...

    Raikan kemenangan kita dan jangan lupa bersyukur kepada Allah swt kerana kemenangan ini adalah ketentuan dan izin dariNya...

    Ingatlah firman Allah swt :


    وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


    Ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu :

    Demi sesungguhnya...

    Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras

    Surah Ibrahim : 7

    ReplyDelete
    Replies

    1. Najib King of Troll buat apa saja asalkan dia sentiasa mengtroll. Sekarang kena balun sebab cakap macam bebudak cybertrooper yang dia sendiri maki "bangang hamjadah" di kempen Pru13 dan "Kepala Bapak Kamu" di kempenn Pru14, malas nak cari fakta hingga dia terguling di Pru14 -

      ‘Dakwaan Najib kadar makanan di sekolah asrama dikurangkan tak benar’

      Menafikan perkara tersebut, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kadar makanan sehari di SBP masih kekal.

      "Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan keluarkan kenyataan petang ini menafikan dakwaan atau fitnah tersebut.

      "(Dan) saya berharap supaya Najib Razak melakukan homework sebelum keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ziarah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Jalil, dekat Kluang, hari ini.

      Maszlee secara sinis turut 'mempelawa' bekas perdana menteri itu untuk menggunakan masa yang terluang kini dengan mengajar murid-murid terutama di kawasan pedalaman.

      Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib menerusi akaun Twitter miliknya yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah mengurangkan kadar makanan tersebut daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.

      Delete
  6. Sohbat2 ku sekelian..jom kita sama2 hadamkan pesanan dari KP UMNO berkaitan dengan kemenangan BN di CH tu beb !!!!

    26 Januari 2019, akan terpahat sebagai tarikh yang amat bersejarah dan pastinya akan di kenang...

    Setelah pelbagai cabaran yang kita terpaksa harungi, bermula dengan PRU14 dan beberapa siri PRK yang lain, malam ini kita berjaya buktikan UMNO dan Barisan Nasional mampu bangkit kembali meraih sokongan rakyat dengan pertolongan Allah SWT jua, ALHAMDULILLAH!!!

    Sahabat2 Pemuda UMNO...

    Apabila nama YB Tuan Ramli di umumkan malam tadi, sebak hati mengimbau susah senang kita bersama sepanjang di Cameron Highlands...

    Dari ceruk2 pedalaman pos2 Orang Asli di Sinderut, Lenjang dan Titom ke rumah2 peneroka di Sungai Koyan, ke kampung2 tradisional Keledek dan Lubuk Kulit hinggalah ke kawasan tumpuan pelancong di Tanah Rata...

    Saya bangga kerana pasti akan ada Pemuda UMNO di sana istiqomah, bersemangat mengerah tenaga dan terus setia berkampung meninggalkan keluarga tersayang demi sebuah perjuangan...

    Justeru sahabat2 Pemuda UMNO...

    Malam ini kita buktikan bahawa pengorbanan ikhlas untuk sebuah perjuangan mampu membeli jiwa rakyat...

    Malam ini kita menyaksikan perjuangan parti melangkaui kebendaan, duit mahupun pangkat...

    Malam ini kita buktikan biar apa pun kekuatan kerajaan PH untuk menekan kita, kita masih mampu hadapinya dengan cekal untuk kembali bangkit...

    Malam ini kita tunjukkan kepada dunia, bahawa Pemuda UMNO TELAH BANGKIT dengan penuh kerendahan diri namun berjiwa besar untuk kembali membela parti dan rakyat...

    Kemenangan ini adalah kemenangan yang teramat manis buat kita semua...

    Terima kasih pada semua jentera Pemuda UMNO dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Cameron Highland kita kekalkan biru BN...

    Terima kasih kepada jentera Pusat, Negeri, Bahagian, sayap2 Wanita dan Puteri...

    Kemenangan ini hasil kerja sepasukan yang mantap, tanpa kesepaduan ini, kejayaan kita tidak mungkin mampu di perolehi...

    Terima kasih jua pada sahabat2 PAS kita yang bersama2 di dalam PRK kali ini...

    Diharapkan kemenangan pada kali ini menjadi asas kukuh untuk kerjasama utuh bagi mempertahankan agenda Islam dan Melayu di negara kita...

    Wahai saudara2 Pemuda UMNO ku...

    Angkat wajahmu dengan bangga...

    Ini hanyalah salah satu dari tanda KEBANGKITAN KEMBALI kita...

    Kita perkukuhkan gerak kerja kita...

    Model untuk berjaya sudah ada...

    Kita cuba perbaiki dan terus perbaiki agar kita lebih bersedia untuk menjadi pembangkang berwibawa demi Rakyat dan Negara...

    PERJALANAN KITA MASIH PANJANG DAN PASTINYA MAKIN BERLIKU...

    Tetapi untuk malam ini, bergembiralah dan nikmatilah kemanisan kemenangan yang cukup bergaya...

    Jangan alpa dan leka, terus perkuatkan hubungan dengan Allah swt kerana hanya padaNya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga, dan hanya padaNya jua kita bergantung harap...

    Sesungguhnya Allah swt jua PENENTU SEGALA2NYA...

    Syabas Kepada Semua!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nyata kopipes di buat GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB. Maka jawab nya ada lah kopipes juga:

      HAHAHA HOHOHO HIHIHI

      'Kerjasama PAS-Umno ibarat kerbau selamatkan buaya', kata Husam Musa.

      Pakatan Harapan (PH) Kelantan melihat kerjasama antara PAS dan Umno hanyalah sia-sia kerana tidak mempunyai asas yang jelas, kata pengerusinya, Husam Musa.

      Bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu mengibaratkan konteks kerjasama kedua-dua parti yang pernah berseteru itu ibarat kerbau cuba menyelamatkan buaya yang tersepit.

      "Tetapi pada masa buaya tersepit dia minta tolong, apabila kerbau selamatkan buaya yang tersepit, akhirnya buaya makan kerbau tersebut.

      "Dalam konteks Malaysia hari ini PAS dan Umno bekerjasama tanpa menjelaskan asas-asas kerjasama mereka," katanya pada kepada media selepas program dialog PH Kelantan bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Kota Bharu, malam tadi.

      Beliau berkata demikian ketika mengulas kerjasama PAS dan Umno yang dilihat semakin serasi di pentas politik khususnya pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Ferbuari lalu.

      Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah naib presiden Amanah berkata, pada masa lalu PAS meletakkan syarat ketika bekerjasama dengan parti Semangat 46 (S46) dan DAP.

      "Syaratnya ialah S46 kena menerima Islam sebagai addin, masa kerjasama dalam Pakatan Rakyat ia atas dasar DAP kena terima PAS untuk meneruskan dasar-dasar PAS.

      "Tetapi dalam kerjasama dengan Umno, kita tidak pernah dengar apa-apa dasar, tidak ada satu asas yang dikemukakan oleh PAS yang menjadi syarat kepada kerjasama.

      "Saya dipecat pun kerana mendakwa adanya hubungan tersebut, tetapi hari ini hubungan kerjasama PAS dan Umno sudah pun menjadi rahsia terbuka dan kita melihat adanya video yang telah dimuat-naikkan oleh ahli PAS yang tegar.

      "Mereka bergembira dapat mengundi dacing. Jadi apa yang saya sebut selama ini adalah benar dan hari ini ia menjadi realiti," katanya.

      Delete
  7. Saya pun kadangkala finir macam tu jugak tetapi bila kenangkan kena gst balik saya jadi takut. Kenaikan barang keperluan meningkat pada 3 tahin terakhir pemerintahan UBN sangat menginsafkan. Tak terfikir di otak saya kerang yang dulunya berharga lebih kurang rm2 tiba2 jadi rm10.oo perkilo.. itu belum lagi yg lain2 ... aduh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sejak GST dimansuhkan dan digantikan dgn SST, harga kerang jatuh menjunam dari 10.00/kg jd 1.50/kg.

      Itu baru kerang, barang-barang lain tak usah cakaplah. 50.00 boleh beli barang 2 troli sejak PH jd kerajaan ni.

      Delete
    2. Pembetulan...bukan 2 troli ..tapi 10 troli...Fuhhh..menjunam gila harga barang2 semua di bawah kerajaan Haprakan ni...era ni lah harga barangan paling terendah dalam sejarah sejak Msia merdeka beb,,macam tak masuk akal pulak !!!!

      Keh..keh..keh..harrrk..tuii..kikoikhikoikikiok!!!!

      Delete
    3. Betul, "era ni lah harga barangan paling terendah dalam sejarah sejak Msia merdeka .."

      Tapi di zaman Najib sebagai PM, harga naik melambong tinggi. Hingga susah nak di kawal. Celaka Najib - bawak malang kpd rakyat.

      Delete
    4. Tak habis dengan dongeng PH. Kalau betul tak ada rakyat mengadu barang naik. Taklah kalah seteruk tu kat CH....insaflah saudara. Jangan hidup dalam omongan sendiri. Inilah yg akan buat PH kalah lagi kat Semenyih. Belum faham lagikah kemarahan rakyat dan kekalahan memalukan kat CH?

      Delete
  8. Senang hati betul nak balik kampung cuti sekolah ni.
    Dahlah harga barang turun sejak GST mansuh diganti sst
    Minyak dah turun 1.50/liter, toll pulak dah tak ada, free
    Hutang PTPTN pun tak perlu bayar, lebihan tu boleh belanja anak bini

    ReplyDelete
  9. Geng Najib... bapa kamu tak ajar adab panggil nama orangkah? Kesian ibu kamu meneran melahirkan anak tak beradab macam kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian juga kpd semua pemimpin dan ibubapa pemimpin PH yg memberi gelaran buruk kpd Najib serta isterinya, kecuali kau sorang.
      Jadi kau tolong nasihatkan mereka semua tu.
      Kesian ibu pemimpin-pemimpin PH yg meneran melahirkan anak yg jd pemimpin PH.

      Delete
    2. "Kesian ibu kamu meneran melahirkan anak tak beradab macam kamu!" -

      Dia keluar songsang - kaki dulu, amat teruk emak nya di buat nya. Hingga sekarang, di ajar adab sopan pun tak jalan. Dia pakai lesen Najib sebab asyik menjilat Najib, kata nya kpd emak nya.

      Delete
  10. Syabbas, kerana Budin bukan lagi kaki ampu
    Dia seperti dapat hidayah, bak cahaya lampu
    Bukan je KERAjaan parti PH kencing, menipu
    Mentri2 pulak angkuh sombong dan merapu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anomouse = GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB.

      Begitu kuat dia menjilat hingga sampai ke bntt Al Jibo.

      Hari hari, pagi petang, siang dan malam dia menjolat Najib. Hingga lewat malam, tak tidur hingga pukul 2.3 pagi.

      Sabenarnya dia ada penyakit otak di mana otak nya sentiasa aktif, di gelar Hypersensitivity Disorder.

      Tiada apa yang di kata nya boleh di percaya sebab dia di kawal penyakit otak nya.

      Delete
    2. Sedapla polak panton mr anon .
      Benda sedap kena boboh 2kali atupong berkali-kali biag nampak beseri-seri ....

      Syabbas, kerana Budin bukan
      lagi kaki ampu
      Dia seperti dapat hidayah, bak cahaya lampu
      Bukan je KERAjaan parti PH kencing, menipu
      Mentri2 pulak angkuh sombong dan merapu

      Kwah kwah koah koah koah

      Delete
    3. Sebenarnya mereka yg tidak tertutup akal akibat taksub nampak perkara ini dari sebelum pru14 lagi. Sayapun dah banyak tulis berkenaan itu. Bila cakap PH tiada polisi mereka yg taksub kata polisi tak penting. Akibat tiada polisi inilah Menteri terkapai kapai buat kenyataan bodoh dan U-turn selalu. Negara langsung tiada arah. Cuma rizab dan aset GLC dirembat....

      Delete
  11. Memang patut pon kalah....sebab yang tinggal utk rakyat hanyalah HARAPAN palsu. Cukup-cukuplah...PH tak yah bertanding, bagi BN menang....jimat duit rakyat.

    ReplyDelete
  12. Din

    Untuk menang PRK dan PRU mudah sahaja - janji bulan bintang. Itulah yg dilakukan ketiga-tiga gabungan utama, Barisan Nasional, Pakatan Harapan & Gagasan Sejahtera pra PRU14. Janji2 ini antara punca perubahan undi penyokong BN, PAS & atas pagar kepada PH & penyokong BN & PH kepada PAS di Pantai Timur.

    PRK CH janji2 sudah tidak kedengaran. Ini kerana Pengerusi SPR baharu awal2 lagi memberi amaran tindakan undang2 bakal dikenakan ke atas mana2 calon & parti bertanding yg menggunakan aset & jentera kerajaan, menabur janji2 (rasuah politik) serta menggunakan agama & perkauman untuk meraih undi.

    Kekerasan SPR kali ini bertepatan dengan kesungguhan PH sendiri yg mahukan badan pilihanraya itu adil, bebas & berkecuali.

    Nah, sekarang hanya tinggal pengaruh, bukti & teladan sebagai senjata masuk perang.

    Adakah PH cukup berpengaruh? 3 parti terbesar dari segi keahlian di Parlimen adalah UMNO, PAS & PKR. Bukan DAP, Bersatu, Amanah & Warisan. Terbukti, gerak kerja akar umbi UMNO & PAS lebih tersusun & mampan, terima kasih kepada berpuluh tahun pengalaman & kesetiaan ahlinya. Kempen yg teratur adalah salah satu faktor kejayaan mana2 parti politik dlm PRU/PRK.

    Apakah bukti2 kelebihan PH berbanding BN? Pulau Pinang & Selangor tidak boleh dijadikan bukti pengurusan terbaik PH. Kedua-dua negeri tersebut dibangunkan BN sebelum dirampas PR (kini PH). Isu2 kebersihan, tanah runtuh, banjir, kesesakan, perkauman & jenayah pula terus menghantui rakyat kedua2 negeri tersebut. Walaupon ada pembaharuan positif dilaksanakan namun ianya tidak mampu mengimbangi kelemahan2 lain. Lambat laun rakyat memperkatakannya. Dan saat itu sudah bermula. Rakyat mula membandingkan pencapaian PH dengan BN.

    9 bulan menguasai Putrajaya tidak juga menunjukkan teladan yg baik. Selain mengheret Mohd Najib Abd Razak & geng jahanamnya ke muka pengadilan, isu2 lain tidak ditangani dengan bijaksana. Pentadbiran kucar kacir, Menteri2 kurang cerdik & pengalaman, Exco negeri berlagak samseng & syok sendiri, pemimpin2 parti bercakaran manakala ahli2 kebingungan.

    Perdana Menteri lebih terarah membina pengaruh & memperkukuh kedudukan peribadi serta partinya dari berusaha memulihkan ekonomi & menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

    Sekiranya PRK Semenyih PH gagal mempertahankan kerusi, seluruh kepimpinan & penyokong PH harus berubah. Rakyat menghantar signal jelas kepada Tun & kabinetnya - kamu telah gagal mengurus kami. Jika kamu tidak mahu berundur, kami ada cara memecat kamu dari Putrajaya. Kami ada Raja-Raja & undang2.

    Semoga pemimpin PH sedar bahawa rakyat sudah mula sedar akan kuasa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bukti nya "Terbukti, gerak kerja akar umbi UMNO & PAS lebih tersusun & mampan, terima kasih kepada berpuluh tahun pengalaman & kesetiaan ahlinya."

      Menang PRK CH atau PRU sabelom Pru14 tak dapat di perhitungkan lagi sebab Umno/Bn lingkup di Pru14. Bermakna "gerak kerja akar umbi UMNO & PAS" dah terborai.

      Delete

    2. Mengata "Pentadbiran kucar kacir, Menteri2 kurang cerdik & pengalaman, Exco negeri berlagak samseng & syok sendiri, pemimpin2 parti bercakaran manakala ahli2 kebingungan" - semua itu ada lah pendapat / opinion, bukan fakta.

      Sesiapa lain boleh menidakkan nya dan mengata di sebalik nya. Tidak payah beri fakta atau bukti sebab semua pendapat yang dikeluarkan itu pun tidak ada fakta dan bukti.

      Moral of the story: don't put out hogwash if you don't want to be hogwashed in return.

      Delete

    3. "kami ada cara memecat kamu dari Putrajaya. Kami ada Raja-Raja & undang2"

      Apa makna nya itu? Apa maksud kamu? Kamu mahu gunakan Raja Raja "memecat kamu (PH) dari Putrajaya"? Kamu menghasut. Pihak berkuasa perlu siasat tulisan kamu ini.

      Delete
    4. Di sini pun ramai penghasut...perlu ke siasat


      Delete
    5. Tanpa Nama, tak perlu tunjukkan sangat nilai diri anda. Hanya penjilat tegar yg gigih mempromosi Akta Hasutan.

      Rakyat berlindung di bawah takhta Raja adalah jenayah di bawah undang2 mana? Andai jahil soal Perlembagaan, undang2 & adat budaya sila nyah kan diri dari komen. Rasa jijik utk balas tulisan saudara.

      Delete
    6. Tanpa Nama, kebodohan anda terbukti tahap A+.

      BN kalah PRU 14 antara lain kerana pertandingan 3 penjuru, undi Melayu berpecah. BN bertanding menentang PH & GS.

      Sekiranya BN bekerjasama dgn PAS dari awal, PH tak merasa Putrajaya, Mahathir tak merasa kerusi PM. Senario parah, Tun meringkuk sebelah Anwar di Sungai Buloh.

      Tersusun & mampannya BN berjaya rangkul super majority PRU11. Tersusun & mampannya PAS menyebabkan BN kehilangan Terengganu, 'serah' banyak kerusi di Pahang & Kedah PRU14.

      Sedari kesilapan pada PRU14 BN akhirnya mengerti hanya kompromi kerusi & kongsi jentera adalah langkah ke depan.

      BN & GS (UMNO-PAS) sudah menunjukkan kesatuan. Kerjasama ini tidak ubah seperti kerjasama PKR-DAP-Amanah-Bersatu pra PRU14.

      Jika PKR tidak menjemput Bersatu ke dalam PH & Amanah tak kompromi kerusi, nescaya pertandingan 4 penjuru berlaku pada PRU lalu. Dan jika ia berlaku parti yg menerima nasib paling malang tentu lah Bersatu. Dengan sokongan komponen PH pon Bersatu hanya menang 15 kerusi, bayangkan jika bersendirian.

      Benda mudah seperti ini saudara tak dapat hadam. Dapat bayangkan di mana tahap pendidikan & pengalaman saudara. Maaf, saya tak gemar melayan kebodohan & kejahilan. Hanya kali ini. Sila minggir!

      Delete
    7. EAH,

      Kamu nulis panjang lebar nak nunjukkan pandai konon. Tapi kamu bodoh.

      Di tanya apa makna, apa maksud menulis "kami ada cara memecat kamu dari Putrajaya. Kami ada Raja-Raja & undang2", kamu tidak jawab. Mengata "Rakyat berlindung di bawah takhta Raja" bukan jawapan nya.
      Kamu tidak tahu pun nak menerangkan apa kamu rulis. Itu bodoh bangang.

      Bukan sahaja kamu bodoh, tapi sombong bongkak. Makna nya kamu bodoh tapi ingat kamu pandai.

      Komen kamu boleh masuk di blog yang tak moderated, terbit secara otomatik. Kalau blog di moderated, komen2 kamu tak di terbit pun.

      Aku masuk sini nak perbetulkan pemikiran mcm kamu. Sekarang terima lah penilaian aku bahawa kamu ini sombong bongkak. Rugi kaum Melayu ada manusia mcm kamu nih.

      Delete

    8. E AH28 January 2019 at 18:45,

      Bercakap pasal BN menang kalah tapi kamu masih belom menerangkan apa makna dan maksud kamu mengata ""kami ada cara memecat kamu dari Putrajaya. Kami ada Raja-Raja & undang2"

      Tak guna cakap panjang dengan bangang mcm kamu nih.

      Delete
    9. En Tanpanana. Sata rasa, saya fahan..maksud si lahabau EAH tu. Dia ni penyokong umno, dan juga mumgkin asal Pahang. Cara dua cakap tu seolah2 just bcoz Sultan dia senegeri Pahang dilantik jdi Agong. So EAH ingat Org kaya Shahbandar Maduppung Najib penyamun tu, dan sahabat2 umno yg lain dot pengaruhi supaya YDPA yg baru ni supaya lucut jawatan PM Tun, takpa depa cuba nk hasut suoaya dibubar parlimen, buat PRU baru, dgn harapan umno/BN dor sokongan rakyat dab Raja utk Umno PAS jdi krjaan baru gamaknya..
      Piiiirrrrah mimpi lah kamu EAH.Kan ke Tuan John Doe dah ingatkan, perkara2 dan rentetan peristuwa itu akan terjadi petarungan puak bathil dan puak Panji Hitam. Dan akhirnya Raja terpaksa akur sementara puak penentang ditewaskan. Maka Raja sgn daukatnya menfembalikan kuasa mutlak pd Ketua Panji Hitam. Siapa lagi klu bkn Tun M hahahaha. Jgn kata John Doe tak payung.

      Delete
    10. Wahai Tanpa Nama dan Khatijah Nuno, saya cuma bagi satu contoh dari contoh contoh yg bertimbun mengenai Menteri-menteri yg kurang cerdik dan seolah tak tahu apa yg sedang berlaku. Cuba terangkan kontrak ECRL tu apa statusnya - dah tamat, belum tamat, mungkin dah tamat atau entah tak tahu apa apa...

      Delete
  13. PH akan terus tewas prk jika madey masih mahu kencingkan rakyat...

    Rakyat pilih PH kerana harapkan perubahan yg dijanjikan PH...tetapi madey kencingkan rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu jenis yang buat tuduhan tanpa beri bukti, fakta atau penerangan pun. Kurang pelajaran? Sengaja tabiat mulut celupar?

      Kamu pernah rasa kencing dia? Kamu minum kencing dia?

      Baru 8 bulan memerintah tapi kamu tak nampak pun perubahan? Begitu ramai yang di nasihatkan bersara, di tukar jawatan, di tuduh di mahkamah hingga tentu sudah kurang kelakuan rasuah di negara ini sekarang.

      Mana2 kes rasuah yang keluar berita ia lah yang di buat di zaman Najib, belom terbaca rasuah yang di lakukan selepas Najib di singkirkan.

      Delete
    2. Si bodoh tak tahu kena kencing...kena belit dgn mamak kerala pon tak tahu...

      Delete
    3. 1543, kau menjilat Najib, bukan saja di kecing si pencuri, perompak dan pelanun itu.

      Delete
  14. Adey mr syeikh albodin.

    Akibat percaya dan taksub gila sama mahadey alkotty suma jadi bota dan toli.
    Konon mahadey alkotty pembawa panji panji poak hitam sampe hati dan jiwa pong jadi hitam legam biag pong hidopan kelam saropa burong gelam.
    Mahadey alkotty ckp mlayu malas pong ada mlayu celaka pi dok sokong sampe sanggop pi tadah belakang bagi mahadey alkotty naik kokkong.
    Konon mahadey alkotty kornian ilahi masa berckp saolah-olah manosia yg tak sedag diri sampe habih orang depa hamon maki sesama islam dgn bapak bapak haji pong kena cerca dan maki-memaki.
    Akibat sokongan yg tak bebelah bagi pada mahadey alkotty cina jadi tokey mlayu coma layak jadi cina ponya koli.
    Mahadey alkotty anakberanak dok melantak mentekedarah dgn begaya dan megah mlayu marhaien coma layak makan koah.
    Kwah kwah koah koah koah.

    PPBM
    Parti peribomi belit mlayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko budak sekolah yer? Balik ajer sekolah, terus curi pakai computer bapak kau, cakap tak senonoh.

      Mak kau ambik upah basuh baju rumah sebelah ker? Sian, mana nak ajor kau adab sopan.

      Cari kawan yang baik2, ok, jadi ko boleh belajar sikit dari kawan2.

      Delete
  15. jika kita lihat d 'electoral mix' d semenyih, agak sukar PH bolih tewas kecuali kaum melayu betul2 berpaling tadah.

    jika masih kalah, maka ia nya satu tanda yg pegundi sudah mula menolak PH/Bersatu.

    pls do not allow a drizzle 2 become a blizzard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U r supposed to think positive n talk positive. Bersatu/PH would do well without you talking about anyone paling tadah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Rahman jpc, ostb, kadir jasin are delusional lot. They are hard core TMM supporters. How can a minority party over rule a majority party?? Look at Syria's history, Hafiz Al Assad Baath party's (a minority party then) had always had an upper hands in everything Syria. Look where are they now...sigh.

      Delete
    4. Syria bukan negara demokrasi...Assad perintah syria dgn kuasa senjata...

      Delete
    5. Pengundi bukan tolak PH...pengundi tolak madey yg kuat kencing...

      Delete
    6. Kau sama orang nya dengan EAH. Aku dah balun kamu di atas.

      Delete
  16. Mana nak terngadah bang Shah cuma sakit sekejap bengkak pun hilang..
    Kalo dihantukkan kat bucu tiang sampai pecah kepala tu lain..itu kemudianlh..prk semenyih menang tipis kalah ada..
    Andai kalah p h ramai bersorak..maaf cakaplh termasauk ahli parti gabungan p h..
    Mau menang prk semenyih p h taruk parti selain Bersatu..x caya tanya Shahbudin.com
    Hehhehhehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo madey tak kencing manipesto PH prk Caneron boleh menang....orang felda pon dah mula menyampah dgn madey...viral makcik kata madey tak betol...

      Delete
    2. Kalao kau dah kena kencing dan minum sikit kecing itu, kau punya suka lah.

      Najib lagi teruk. Bukan kencing, tapi berak, tahi melambak di jalan raya, dll - berak mencuri duit rakyat RM2.6 biliun di 1MDB.

      Orang kampong majoriti dah tahu. Itu pasal Najib lingkup di Pru14.

      Delete
  17. Bersatu kalan di Semenyih nanti, lebih cerahlah peluang Abang Non untuk menjadi PM-8.

    Oleh itu, diharap beliau bersabar dan jangan melibatkan diri dengan sebarang kelakuan-lampau yang sudah tentu akan menjejaskan peluang terakhir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa cakap "Bersatu kalan di Semenyih nanti"?

      Menang kalah, negara malu merata dunia jika peliwat dan banduan 2 kali di benarkan jadi PM.

      Delete
    2. Malu apa BossKu?

      Peluang pegang-kuasa, buat duit dan peluang mengumpul harta kemewahan, termasuk bergaya dengan wanita-jelita, lebih mustahak pada setengah orang yang rapat dengan Pemimpin tak malu itu.

      Sikap inilah yang membuahkan laungan 'Malu apa BossKu'.

      Delete
    3. Bersyukurlah korang sebab bukan tun m jadi mangsa fitnah wayang..peliwat dah banduan berkali2...

      Delete
    4. Bukan Tun Madey aje ..semua barisan kepimpinan Rejim Haprakan ni memang kaki fitnah beb !!!!

      Delete
    5. Yng paling teruk sekali ia lah yang mencuri wang rakyat RM2.6 biliun di 1MDB.

      Dahtu di rasuhkan sebahagian nya kpd ketua2 bahagian Umno.

      Al Jibo tersenara antara orang yang 10 terkaya di Asia - ada US3 billion. US DoJ kata US4.5 billion misappropriation of 1 MDB funds and money laundering, melibatkan "MO1".

      Delete
  18. Ketua bahagian Bersatu Melaka UNDI TIDAK PERCAYA pada menteri

    Tekanan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, kata sumber yang mendakwa pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya. Tekanan memuncak terhadap Redzuan pada mesyuarat Jumaat lalu.

    "Ia merupakan undi sebulat suara daripada ketua-ketua bahagian, saya diberitahu pemimpin tempatan tidak begitu senang dengan Redzuan.

    "Hal ini telah dibawa kepada pengetahuan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi) Dr Mahathir Mohamad," kata sumber yang rapat dengan majlis tertinggi parti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula berantakan di utara....sekarang turun ke selatan...

      Tak dapat projek?...

      Parti madey ciput tapi masalah besar...

      Delete
    2. Itu lah tanda2 besar yang terang lagi nyata bahawa Parti cap munge ni sedang dalam proses menuju kehancuran ...kemungkinan besar ada kaitan dengan kenyataan dari TS Rashid dulu berkaitan dengan projek2 yang takde langsung diberikan ke bahagian2 dan cawangan2 cap munge seluruh negara...logiknya..dah kerja keras dalam PRU lepas, takkan lah tak dapat ganjarannya pulak.

      Mana boleh tahan kalau projek2 hanya disapu oleh pemimpin2 tertinggi cap munge aje..orang bawah pun nak merasa jugak bhai !!!!!

      Delete
    3. Dengar khabar yang sahih....gerakan macam kat Melaka tu kini dah merebak ke Johor pulak..tang ni kena dapatkan penjelasan lanjut dari Wak Suman..kan dia mengaku dia orang kanan Dato Osman Sapian !!!

      Delete
    4. Kalau kau nak sangat tahu, meh mari jumpa aku, toksah banyak tembarang kat sini, okey....??

      Delete
  19. Madey turun kempen di CH PH yg tumbang....katanye kalo najib turun kempen BN yg akan tumbang...

    Di semenyih elok madey turun lagi berkempen....hihihi...bawak panji hitam sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN tumbang di Pru14 sebab Najib. Paling besar hamjadah nya ia lah mencuri RM2.6 biliun duit rakyat di 1MDB.

      Delete
    2. Kes masih belum dibicarakan lagi, bongok
      Tunggulah sehingga selesai bicara, bodoo
      Dia dah didakwa, biarkanlah dulu, mangkuk
      Kalau dia bersalah, dia terimalah hukuman, bahlol

      Apalah yg kau sekor ni bongok bodoo mangkuk & bahlol sangat.
      Bodoo mcm menteri2 PH juga kau ni.

      Delete
    3. Ooi onanimous bangang!. Takyah nk tunggu keputusan mahkamah sbb kes sedang dibicarakan. Sudah terang bersuluh pula.mmng ada byj buktu daba 1MDB duselewengkan sfn mrnggunajan Jho Low, Gildmand Sachs, Abrar dll. All thr 1MDB trail money had been gound and proven. Najis mula2 kata taj tau pun wang 2m6B masok akaun dua, pastu tukar pula cwrita, wang derma,dari Arab Saudi, ni apa ni. Cakao pun tak serupa, tukar2 cerita. Apa ingar org bodog ka?!. Yg bodih kau lah. Still in deniak state sama mcam boss kau Najis Babi tu!

      Delete
  20. Budin yg gelembong n auta je lebih....
    Selagi dsai tak PM, Budin akan meracau² tgk muka TDM.
    Rakyat lain relax je menempuh hidup, kerja makan tidur bersantai, beli belah, Budin entahlah, sakit jiwa kot.
    Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey dah jadi orang bodooo...9 bulan tak boleh buat ape2 nak majukan malaysia dan rakyat....hidop rakyat makin terbeban....orang felda dah meracau sejak buah saeit dan getah turun....barang makin naik...

      Madey dah habiskan berjuta2 wang kerajaan keluar negara tapi pelabor sekor pon tak nampak batang idong....madey abiskan boreeh...

      Delete
    2. Paling bodoh ada lah kamu @ GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB.

      Kala Pru14 antara sebab nya orang2 FELDA maki hamun dia dan jongos2 nya menipu dan undi PH.

      Delete
    3. Geng Najib memanglah sokong Najib
      Dia dah guna nama gelaran geng Najib
      Tak macam kau jilat jubor keling
      Tapi malu nak guna nama geng keling

      Delete
  21. Bagi aku.. Jika pas bn dpt kurangkan majoriti 8k yg ph dpt dlm pru14 itu pun sudah cukup memberi signal yg tidak elok pd ph.. Tapi jika bn menang memang hopeless gila lah ph ni..

    ReplyDelete
  22. Harap Bn menang...minta Bn menang lg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...