tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post9020645392575237499..comments2024-03-09T13:59:45.187+08:00Comments on Shahbudin dot com: Mahathir Mula Menyusahkan Masa Depan Anaknya, MukhrizShahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-32397475594690111102013-01-21T03:20:01.891+08:002013-01-21T03:20:01.891+08:00Tuan Shah,
Apa yang sedang berlaku sekarang denga...Tuan Shah,

Apa yang sedang berlaku sekarang dengan Mahathir cukup untuk membuktikan bahawa manusia seorang ini cukup haprak, sombong dan bongkak. Pantang bagi manusia bernama Mahathir ini untuk dipersalahkan. Dengan kata lain semua yang dilakukannya betul belaka.

Tengoklah isu Petron, syarikat yang anaknya mempunyai kepentingan. Bila wartawan bangkitkan perkara ini, ditempelaknya wartawan dan beliau memutar kata mengatakan PM lain terutamya Abdullah juga melakukan perkara yang sama. Mahathir ini memang kaki putar belit. Isu Memali misalnya di spin oleh beliau, menyalahkan Musa Hitam walhal yang memegang tampuk kuasa ketika itu adalah beliau. Beliau sebenarnya menunggu waktu ketiadaannya dalam negara untuk mengarahkan baruanya melakukan sesuatu yang besar dan sensitif supaya mudah beliau menyalahkan orang lain walau pun arahan itu datang darinya.

Perangai ular yang suka membelit wujud dalam diri Mahathir malah inilah adalah satu contoh terbaik manusia berlidah cabang. Dalam keaadan UMNO BN sedang tenat dan melihat akan kebangkitan musuh politiknya Anwar Ibrahim yang semakin gagah dan disokongi ramai, resah dijiwa Mahathir menyebabkan manusia ini sejak kebelakangan ini semakin bersikap bodoh dan membabi buta. Fikiran runsing beliau mencelarukan segalanya sampaikan mencari alasan dungu dan tidak masuk akal untuk lepaskan diri.

Mukhriz pada dasarnya bukanlah berkredibili sangat. Mukhriz berada di kedudukan sekarang semata mata atas pengaruh bapanya. Malah dalam isu harga tender kereta murah yang di war war oleh PR, jawaban Mukhriz sangatlah menampakkan ketidakcerdikan beliau. Tanpa Mahathir Mukhriz sebenarnya tidak mampu untuk berdiri sendiri. Beliau menjawat jawapan Menteri pun adalah atas ihsan PM kerana pengaruh bapanya Mahathir.

Jika Mukhriz seorang pemimpin yang pintar beliau seharusnya lama sedar bahawa banyak perkara yang dilakukan Mahathir itu hanya lebih merugikan UMNO BN. Beliau sepatutnya bijak mencari jalan untuk mengekang banyak tindakan bodoh dan keterlaluan Mahathir dalam banyak perkara. Malangnya Mukhriz tidak seperti Marina, anak perempuan Mahathir yang kelihatan lebih mampu untuk membuat keputusan sendiri. Hakikatnya Mukhriz bukanlah calon yang sesuai untuk disokong dan ditonjolkan sebagai pemimpin masa depan di Malaysia.

Tanpa Mahathir dan dengan peningkatan kebencian ramai kepada Mahathir, laluan Mukhriz tentulah lebih sukar. Apa pun situasinya kedua bapa dan anak ini tidak wajar lagi diberi ruang dalam arena politik Malaysia kerana umum tahu punca huru hara dan caca marba dalam sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia ini adalah dari perbuatan buruk dan kotor yang dimulai oleh Mahathir Mohamad ini sewaktu dia sebagai PM Malaysia.

Jangan sesekali membenarkan Mahathir dan anak beranak beliau kembali bangun dan terus berkuasa dalam arus politik Malaysia kerana terlalu banyak kehancuran yang telah disebabkan oleh keluarga berdarah Si Kitol ini. Tanpa Mahathir dan legasinya UMNO BN akan lebih mudah untuk diperbetulkan agar kembali ke landasan seperti asal.

Ingatlah pesanan almarhum Tunku Abdul Rahman di penghujung hayatnya tentang manusia bernama Mahathir ini. Begitu juga dengan kata kata arwah alfadhil ustaz Fadhil Noor tentang melayu Kerala ini semasa hayatnya. Samada dari dalam UMNO mahu pun di luar UMNO sendiri...Mahathir ini telah dianggap sebagai perosak parti dan negara oleh tokoh tokoh pimpinan utama negara kita sebelumnya.

Hanya manusia manusia yang bermasalah atau mereka mereka yang mengharap " imbuhan dari kantung kekayaan " Mahathir sahaja akan terus menjilat apa saja yang Mahathir kata dan lakukan. Dan tidak siapa dapat nafikan tegaknya pertubuhan samseng PERKASA adalah kerana Mahathir. Tanpa Mahathir..PERKASA bakal menjadi PEKASAM!. Dan ketika itu katak pasir mas akan terpaksa berhijrah ke sarang baru.Anonymousnoreply@blogger.com