tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post7175266492399001580..comments2024-03-09T13:59:45.187+08:00Comments on Shahbudin dot com: LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON.....Shahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger131125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-77467984401262647302018-09-13T12:41:42.067+08:002018-09-13T12:41:42.067+08:00Maszlee Presiden UIAM: Soal berat sebelah akan tim...Maszlee Presiden UIAM: Soal berat sebelah akan timbul - Rais
Bernama | Diterbitkan 7 Sep 2018, 9:11 malam | Dikemaskini 7 Sep 2018, 9:14 malam

A+ A-
Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dianggap tidak sesuai memandangkan beliau kini memegang portfolio dalam Kabinet.

Bekas Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sekiranya Maszlee terus memegang jawatan itu, dikhuatiri pandangan dan keputusan beliau melibatkan kepentingan universiti berkenaan selepas ini akan dianggap berat sebelah.

“Kita bimbang 20 universiti tempatan lain akan mempersoal sekiranya UIAM dapat pandangan menteri, kami bagaimana? Jadi soal berat sebelah walaupun beliau tidak akan melakukannya, tetap akan timbul dan boleh dipertikaikan,” katanya kepada Bernama.

Rais turut mempersoal sama ada pelantikan tersebut telah dibincangkan dalam kabinet dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terlebih dahulu.

“Kalau belum (dibincangkan) itu satu kealpaan yang harus diatasi kerana Menteri Pendidikan sepatutnya tidak menyertai tahap atau peringkat itu kerana jawatan beliau lebih tinggi. Bagaimanapun biarlah Perdana Menteri menentukan dan ambillah orang yang boleh mengendalikan UIAM ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Jawatankuasa hal ehwal Islam Raja-Raja Melayu

Sementara itu, Rais yang juga Pengerusi Yayasan Budi menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan oleh Raja-Raja Melayu kerana membolehkan institusi diraja mendengar pandangan dan cadangan rakyat berhubung isu agama dengan lebih terperinci dan telus.

“Saya positif penubuhan jawatankuasa ini kerana anggota yang mempunyai pelbagai pengalaman boleh menasihati mengenai undang-undang, tradisi dan adat serta menjadi penghubung rakyat kepada raja dengan memberi maklum balas kepada raja masing-masing mengikut kefahaman sepatutnya.

“Tinggal sahaja kepada peringkat diraja bagi menerima gelombang perubahan dan pandangan rakyat untuk membawa perubahan negara ke arah lebih baik,” katanya.

Pada 9 Ogos lepas, tujuh anggota jawatankuasa tertinggi itu menerima watikah pelantikan yang dianggotai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Pengerusi; Felo di Oxford Centre for Islamic Studies Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai Timbalan; dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai Setiausaha jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu juga terdiri daripada bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan; bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dua wakil tambahan dari Sabah dan Sarawak turut menganggotai jawatankuasa berkenaan - Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar dan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi.

- BernamaCAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-48260193841341369082018-09-13T12:41:12.757+08:002018-09-13T12:41:12.757+08:00Rahmatan Lil Alamin bukan berlembut perbuatan mung...Rahmatan Lil Alamin bukan berlembut perbuatan mungkar
7 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore155
Rahmatan Lil Alamin bukan berlembut perbuatan mungkar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof (kiri) hadir pada program siaran langsung istimewa sempena ulang tahun ke-8 TV Alhijrah di Alhijrah Big Studio, hari ini. Foto - Bernama
A-A+ (Ubah saiz teks)
CYBERJAYA - Pengenalan konsep Rahmatan Lil Alamin bukan bermakna kerajaan akan berlembut dengan perbuatan mungkar atau bertentangan dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata pengenalan konsep itu dalam ruang lingkup pelaksanaan Islam di negara ini, juga tidak bermakna kerajaan mengiktiraf perlakuan mungkar dilakukan orang Islam atau bagi meringankan hukuman ke atas perlakuan yang tidak selari dengan tuntutan agama.

"Ada pihak melihat konsep Rahmatan Lil Alamin sebagai pendekatan berlembut atau kononnya kita mengiktiraf pihak yang cuba menjatuhkan imej Islam. Itu tidak tepat dan tidak mungkin berlaku.

"Kita harus tahu ada perbezaan antara mengiktiraf dan menyantuni permasalahan golongan yang melakukan perkara mungkar...dari situ barulah kita dapat memahami pendekatan Rahmatan Lil Alamin atau rahmat ke seluruh alam yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W dalam konteks lebih luas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Rahmatan Lil Alamin terbitan stesen TV Alhijrah di sini hari.

Mujahid kemudian melancarkan "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tagline baharu stesen televisyen itu menggantikan tagline "Rapatkan Saf" yang digunakan sejak 2016 sempena ulang tahun kelapan penubuhan stesen berkenaan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau berpegang kepada etika atau prinsip diajar dan dipegang Nabi Muhammad dengan tidak mengambil sikap terus menghukum kepada mereka bersalah sebaliknya mengambil langkah mengembalikan mereka yang tersesat ke jalan diredai Allah dengan cara menyantuni dan mengingatkan mengenai kesilapan dilakukan.

Beliau berkata kerajaan dan masyarakat masih boleh menegur perlakuan mungkar yang dilakukan golongan terbabit walaupun hakikatnya mereka tidak suka dengan perbuatan menyalahi agama itu.

"Persoalan kita berlembut hanyalah masalah terminologi akibat masyarakat kita yang berfikir secara mudah. Perbuatan mungkar memang kita tidak setuju tetapi pelaku mungkar kita kena rangkul dan menegur untuk memperbetulkan mereka secara berhikmah," katanya.

Mujahid berkata antara cabaran dalam pelaksanaan konsep itu ialah beliau dan kerajaan dianggap sebagai liberal atau menafikan seruan Islam itu sendiri atas sebab Islam itu agama rahmah.

“Saya tiada masalah mengenai hal itu tetapi janganlah terlalu mudah mentafsirkan Rahmatan Lil Alamin sebagai mengiakan kemungkaran kerana kita tegas konsep itu juga tetap tertakluk kepada undang sedia ada bagi mereka yang melakukan kesalahan,” katanya. – Bernama
CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-88030655022863885082018-09-13T12:40:42.625+08:002018-09-13T12:40:42.625+08:00Rakyat tak mahu terus dibohong
MUHAMMAD FAIZ SULON...Rakyat tak mahu terus dibohong
MUHAMMAD FAIZ SULONG 7 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore371
Abdul Halim Omar
Abdul Halim Omar
A-A+ (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - PRK Dun Seri Setia disifatkan sebagai satu ruang untuk rakyat menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya melibatkan kegagalan pentadbiran mereka.

Setiausaha Pas Selangor, Abdul Halim Omar berkata, rakyat tidak boleh menerima kegagalan dan siri pembohongan kerajaan PH terutamanya kegagalan menunaikan sebahagian besar manifesto Janji 100 Hari.

Katanya, kegagalan itu termasuk janji penghapusan tol, pelupusan hutang PTPTN dan lain-lain seterusnya menyebabkan rakyat terkesan dengan impaknya.

"Kegagalan ini memberikan kesan yang cukup besar kepada kos hidup rakyat khususnya golongan B40.

"Bebanan ini bukan setakat ditanggung oleh masyarakat Iuar bandar, malah masyarakat miskin bandar yang kita lihat secara jelas di kawasan Seri Setia misalnya.

"Ini tidak termasuk isu-isu sensitif yang kian menusuk jiwa masyarakat khususnya melibatkan Islam sebagai agama persekutuan, Raja-raja Melayu, liberalisme dan lain-lain.

"Keadaan yang tidak harmoni ini boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat berbilang kaum sekiranya tidak ditangani sebaiknya oleh pemerintah hari ini," katanya ketika sidang media di Pejabat Pas Petaling Jaya Selatan.

Abdul Halim kemudiannya menyeru seluruh pengundi Dun Seri Setia agar membuat penilaian dengan sebaiknya dengan mengundi calon Pas, Dr Halimah Ali, bagi memastikan kerajaan sedar kehendak rakyat.

"Apatah lagi untuk PRK ini, Pas menampilkan calon yang cukup hebat dan berwibawa seperti Dr Halimah.

"Dengan pengalaman yang cukup luas sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Adun Selat Klang sebelum ini, beliau mampu menggalas tanggungjawab memenuhi aspirasi pengundi Seri Setia sebagai wakil rakyat yang baru.

"Dengan rendah diri, Pas menyeru kepada semua pengundi untuk keluar mengundi seawalnya dan akan membuat pilihan yang bijak dengan memilih Pas," katanya.
CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-51332462634298235122018-09-13T12:38:08.469+08:002018-09-13T12:38:08.469+08:00Merdeka; warkah terbuka buat Adun Bukit Katil mera...Merdeka; warkah terbuka buat Adun Bukit Katil merangkap KM Melaka

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan : "Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

ALHAMDULILLAH, pada sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-61 ini, diucapkan tahniah kepada kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) serta semua rakyat kerana buat julung kali merayakannya pada era Malaysia Baharu di atas puing-puing kejatuhan rejim lama.

Pada ruangan kali ini, izinkan saya mengecilkan skop penulisan kepada 'negeriku' Melaka kerana kata orang, tempat jatuh lagi dikenang ini pula tanah tumpah darah. Sebagai warga Melaka diucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka Baharu pimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Adun Bukit Katil.

Sebelum pergi jauh, sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara ini, eloklah kita menjenguk sejenak bagi memahami apa itu merdeka. Kamus Perwira mendefinasikannya sebagai 'bebas' (bahasa Inggerisnya 'independent') manakala Kamus Dewan pula merujuknya sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya serta lepas daripada tebusan dan tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung kepada yang lain.

Cendekiawan Islam pula sering merujuk erti merdeka kepada perbualan antara wakil panglima tentera Islam, Asim ibn Amir dengan jeneral tentera Parsi, Rustam pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Khattab. Asim menegaskan bahawa kedatangan Islam adalah untuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada pengantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa (Allah SWT).

Katanya, Islam menawarkan keadilan kepada semua berbanding kezaliman pemerintah; ada sebuah hadis daripada 'Aisha yang menyebut Nabi s.a.w. sebagai berkata jika anak kesayangannya Fatimah mencuri, akan juga dipotong tangannya.

Alhamdulillah pada era Malaysia Baharu; dalam konteks lokal (setempat), Melaka Baharu, pencambahan pemikiran dan perkongsian maklumat semakin ketara...pemimpin dan rakyat semakin terbuka; tidak lagi terbelenggu dalam kejumudan maklumat dan informasi bahawa parti pemerintah saja yang betul, yang lain salah.

Lantas pada era rejim lama, hanya kebaikan parti pemerintah diuar-uarkan media manakala kebaikan lawan bukan hanya disorok di bawah karpet tetapi di 'spin' bagi menjadikan pembangkang seolah-olah 'gengster Kampung Pisang' di mata rakyat.

Syukur, hari ini media mula terbuka untuk membicarakan pelbagai perkara yang tidak berat sebelah pada sesuatu pihak saja...ia menjalankan peranannya sebagai 'the fourth estate' dalam sesebuah demokrasi. Media menjadi 'pemeriksa dan pengimbang' (check and balance)...membuka mata pemerintah dan rakyat hatta kepada isu-isu yang dianggap remeh pada sesetengah pihak.

YAB Tuan Adly, izinkan saya di sini menyuarakan perkara kecil yang insya-Allah dapat disampaikan kepada pegawai tuan untuk tindakan. Maafkan saya jika perkara ini kecil, yalah saya pun 'orang kecil' - jadi terima kasih kepada pihak YAB. Teringat saya, dulu ada pemimpin besar yang dapat meluangkan masa untuk mendengar masalah rakyat setempat termasuklah hal ehwal longkang dan jalan raya.

Ya, saya nak menulis mengenai jalan raya di kawasan Tuan dan sekitarnya; pertamanya hal ehwal 'bulatan tak sempurna' di Jalan Bukit Katil-Bukit Duyong-Bukit Baru (ke Melaka Mall). Jalan Bukit Katil-Bukit Duyong asalnya lurus tetapi dengan terbinanya jalan baru ke Bukit Baru, dibuatlah sebuah bulatan.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-79257110062941270922018-09-13T12:37:33.342+08:002018-09-13T12:37:33.342+08:00Mejar Razali kini suci hanya menunggu Jamal sahaja...Mejar Razali kini suci hanya menunggu Jamal sahaja

Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.

Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.

Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.

"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran," katanya.

Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.

Orang kuat UMNO yang banyak buat kerja 'bengong' bersama Jamal kini dah jadi Ketua Cawangan parti AMANAH, parti Islam Liberal.

Dosanya mudah dan terus terhapus jika dia menyertai rangkaian PH seperti juga Mahathir yang kini tak ada dosa dan tak pernah merompak duit rakyat.

Lihat sahaja Lim Guan Eng yang kesnya lebih teruk daripada Khir Toyo tapi boleh lepas, sehingga semua orang TERKEJUT BERUK.

Jangan hairan entah 2 tahun lagi Najib pula akan sertai parti AMANAH dan dia semasa itu suci sesuci macam Mahathir.

: Kuasa wang .. Cash is King .. walaupun PH telah memerintah, kerana PH pun sama ...... CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-57155532881539044992018-09-13T12:36:58.134+08:002018-09-13T12:36:58.134+08:00Kenapa PAS tak rugi sokong MCA
PAS tidak rugi s...Kenapa PAS tak rugi sokong MCA

PAS tidak rugi sikit pun apabila ia menyokong calon MCA dalam PRK Balakong pada 8 September ini. Dan bagi MCA tentulah ia satu keuntungan. Dan bagi masyarakat majmuk di Malaysia langkah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turun berkempen membantu MCA di Balakong ada satu petanda baik bagi masa depan Malaysia.

Tindakan PAS itu adalah antara isi politiknya yang dinamakannya politik matang menjelang PRU14 lalu.

Ketika politik matang dan sejahtera itu dilancarkan dua tahun menjelang PRU14, ia putus dengan DAP dan digetik oleh PKR dan setengah ahli PAS sendiri. Ia dikatakan politik bunuh diri. Pengamat politik meramalkan ia akan sifar di parlimen atau paling baik ia tinggal satu seperti PR 1955 dan PRU 1986.

Ia antara yang menyebabkan ramai pemimpin dan penyokongnya melarikan diri minta perlindungan pada Dr. Mahathir.

Yang dirasa gila oleh setengah masa itu tidak mencemaskan PAS. Ia dirasakan PAS akan habis lepas PRU itu. Memang untungnya payah diagak untuk PRU14, tetapi benih yang disemai pra-PRU itu boleh berbunga dan berbuah pasca PRU itu.

Pada PRU itu PAS tidak kosong. Ia beroleh 18 parlimen secara bersendirian, kurang tiga saja dari PRU13 ketika bersama DAP dan PKR. Ia kering di Selangor tapi menang di Terengganu dan mempertahankan Kelantan. Ketika bersama Pakatan ia kalah di Kedah pada PRU13, tetapi nyaris menang PRU14.

Orang tidak nampak PAS menanam benih melalui budaya politik matang dan sejahtera di ambang PRU14, tetapi benih itu bertunas di Selangor empat bulan selepas PRU14, di ambang PRK Seri Setia dan Balakong. Presiden MIC ziarah Presiden PAS di Pejabat Agung PAS, dan Setiausaha Agung PAS berkempen untuk MCA di Balakong.

Kita tidak meramal PAS menang di Seri Setia dan MCA menang di Balakong. Tetapi tidak mustahil dengan izin Allah. Tunas yang tumbuh di Balakong itu dipercayai tumbuh di merata-rata. Ia dipercayai berbunga dan berbuah dalam politik hari muka negara yang tentunya menggegarkan kuasa Pakatan Harapan.

Hudud tidak jadi politik panas lagi pada masa depan. Keutamaan semua ialah setiakawan pembangkang. Biarlah hudud itu menemui sasarannya sendiri, tetapi benih yang PAS tanam di ambang PRU14 boleh menjamin MCA dan MIC tidak jadi mati.

Niat DAP mahu mematikan MCA dan MIC semasa Singapura menyertai Malaysia dulu. PAS tidak berhajat untuk mematikan sesiapa. PAS tidak berkawan dengan MCA dan MIC semasa politik BN. Selepas MCA susah dan MIC susah, PAS lebih suka berkawan dengan orang yang susah daripada berkawan dengan yang menang.

Jangan lupa sejarah. Dr Burhanuddin al-Hemy adalah rakan Tan Cheng Lock yang mengasaskan MCA selepas Umno dibentuk. Kedua mereka berbincang tentang masa depan politik Malaya. Dato’ Onn melarikan Cheng Lock bila dia meninggalkan Umno. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra membentuk Perikatan dicurinya Cheng Lock dari Dato’ Onn.

Tetapi politk Malaysia mula dibincangkan oleh Dr Tan Cheng Lock sebelum tumbuh kesedaran politik dan kemerdekaan di zaman penjajah dulu.

Adapun Umno sekarang kalau PAS berjubah, dia pun berjubah. Kalau PAS bersamping, dia pun bersamping.

Pembangkang semuanya boleh bersama PAS dalam politik matang dan sejahtera. Balakong dan Seri Setia jadi tapak PAS bersama semua bela rakyat atas robohnya Barisan Nasional.

SUBKY LATIF
CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-63201139359408214982018-09-13T12:35:07.445+08:002018-09-13T12:35:07.445+08:00KELANTAN DITINDAS DI BAWAH PM-4 & 7
Dr M mus...KELANTAN DITINDAS DI BAWAH PM-4 & 7

Dr M musykil orang K'tan tak menyumbang kepada pembangunan negeri sendiri
Diterbitkan 1 Sep 2018, 1:43 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 1:49 petang

A+ A-
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain, namun tidak dapat melakukannya atau menyumbang kepada pembangunan negeri asal mereka.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku dan menimbulkan persoalan sama ada ‘persekitaran’ di Kelantan yang menyebabkan rakyatnya tidak dapat membangunkan negeri mereka.

“Sebenarnya orang Kelantan ini bijak-bijak belaka, kalau kita perhatikan di mana negeri pun yang ada perusahaan dan perniagaan adalah orang Kelantan, kenapa mereka tidak boleh buat perkara itu di Kelantan adalah soalnya.

“Pekerja-pekerja kita di Singapura juga ramai orang Kelantan yang tinggal di Johor, mereka cekap, mereka boleh, tetapi persekitaran barangkali tidak kena di Kelantan. Sama-samalah kita kaji persekitaran itu untuk tentukan kenapa ia jadi demikian,” kata perdana menteri dalam sesi dialog pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 hari.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada seorang peserta yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk Kelantan termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan memberi manfaat besar kepada negeri itu.

Dr Mahathir berkata ramai rakyat Kelantan juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk salah seorang yang kini menjadi setiausahanya dan ia membuktikan kemampuan mereka.

Perdana menteri seterusnya mendedahkan bahawa tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, kerajaan Kelantan sebenarnya tidak mampu untuk menguruskan negeri dan pentadbiran negeri itu.

Katanya pendapatan negeri itu termasuk menerusi kutipan cukai tidak mencukupi kerana ia disifatkan sebagai sebuah negeri yang miskin.
“Saya yakin kalau orang Kelantan dapat betulkan sesuatu maka mereka dapat membantu membangunkan Kelantan lebih pesat lagi berbanding tempat lain,” katanya.

Mengenai ECRL, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan projek tersebut buat masa ini dan menangguhkan sehingga mempunya dana yang mencukupi.

Terdahulu Dr Mahathir turut menyampaikan ucaptama pada majlis yang dihadiri beberapa menteri kabinet selain disertai 2,500 peserta dan delegasi.

- BernamaCAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-41891543139878794952018-09-13T12:33:52.401+08:002018-09-13T12:33:52.401+08:00Mujahid gesa pisahkan politik dan agama
mujahid...Mujahid gesa pisahkan politik dan agama

mujahid gesa pisahkan politik dan agama...yg dia tak sedaq dgn politik lah dia boleh dilantik sebagai menteri hal ehwal agama...

Kalau nak pisahkan...tunjuk lah contoh dulu...hang letak jawatan menteri dan ahli parlimen, pi karang dua tiga buah kitab dulu...buka pondok ka, mengajaq ka dulu...lps tu tunggu tengok bila agaknya kerajaan nk lantik hang jadi menteri pulak...

Dan dia juga tak sedaq bahawa apa yg dia sebut tu amat bertentangan dgn prinsip perjuangan almarhum ayahandanya iaitu Tuan Guru Yusof Rawa (ATGYR)...ATGYR merupakan pangasas kepada konsep "kepimpinan ulama" dengan dibantu oleh almarhum UFN, TGNA dan TGHH....kejayaan konsep tersebut telah ditempa dgn hebat apabila PAS semakin mendapat sokongan rakyat sehinggalah berlaku tragedi Memali...

Tiba2 si mujahid ni nk suruh pisahkan agama dan politik... sudah panas punggung kah mujahid???...dan fahaman atau pegangan utk memisahkan agama dan politik ini lah yg telah disebut oleh almarhum TGNA sebagai "politik suku agama suku"...bila buat urusan politik, agama simpan dalam poket...ertinya apa saja yg diputuskan tak libat dgn dosa dan pahala...bila nk sembahyang, baru ambik balik agama tu guna...

sesungguhnya mujahid tidak mewarisi langsung peninggalan almarhum TGYR samada ilmunya, ketrampilannya mahupun semangat perjuangannya...mmg patut manusia jenis ini angkat kaki dari PAS....

alfaqir ilallah ppk
14 Zulhijjah 1439HCAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-63967166344724314972018-09-13T12:32:46.734+08:002018-09-13T12:32:46.734+08:00Pakaian pramugari perlu sopan, islamik
N Faizal Gh...Pakaian pramugari perlu sopan, islamik
N Faizal Ghazali | Diterbitkan 8 Ogs 2018, 12:59 tengah hari | Dikemaskini 8 Ogs 2018, 1:22 petang

A+ A-
TINJAUAN | Isu pakaian melibatkan pekerja kabin kapal terbang sekali lagi mendapat perhatian umum selepas dibangkitkan di parlimen.

Malaysiakini cuba mendapatkan pandangan masyarakat mengenai isu berkenaan dalam kriteria yang mereka mahukan khususnya melibatkan pemakaian pramugari.

Seksi, tidak menutup aurat (bagi pekerja Islam) dan tidak sopan antara masalah yang dilihat menjadi fokus utama.

Bagi pengusaha tudung, Amalina Ahmad Zaki (bawah), 28, berpendapat pemakaian pramugari syarikat penerbangan di Malaysia sewajarnya perlu mencerminkan dan menterjemahkan identiti Islam.

Menurutnya, Islam sebagai agama rasmi negara juga boleh diterjemahkan melalui pakaian pramugari.

"Keadaan sekarang agak sakit mata kita lihat, kalau mereka itu keluarga kita pasti marah.

"Jadi adalah lebih baik jika pakaian mereka lebih sopan dan menutut aurat. Kita tonjolkan nilai-nilai islamik sejajar dengan Islam sebagai agama persekutuan negara," katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, semalam.

Terdahulu, isu tersebut dibangkitkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) ketika perbahasan titah diraja pada 25 Julai lalu.

Ketika itu, beliau antara lain berkata ada wanita beragama Islam yang bekerja sebagai pramugari terpaksa membuka tudung demi mencari rezeki.

Pekerja swasta, Hamzi Abdul Majid (atas), 24, pula berpendapat isu tersebut perlu ditangani kerajaan dengan berhemah dengan pelaksanaan undang-undang.

Katanya, kerajaan perlu membuat ketetapan dan garis panduan mengenai kod etika melibatkan pramugari.

"Jadi, melaluinya syarikat penerbangan perlu diwajibkan mematuhi ketetapan tersebut.

"Pemakaian sekarang agak menjolok mata dan kurang sopan. Tidak sesuai untuk pekerja Islam," katanya.

Sementara itu, Akmal Aini Rahim, 27, menegaskan kod etika patuh syariah bagi pramugari perlu diperkenalkan agar pekerja bidang itu kelihatan lebih sopan.

"Khusus bagi pekerja Muslim, kita patut utamakan aurat dalam pemakaian. Pakai skirt pendek atau pakaian ketat hanya mengundang tarikan si hidung belang.

"Jadi, lebih baik pakai menutup aurat contohnya seluar panjang yang digayakan dengan baju kot, atau baju kurung dan bertudung," ujarnya yang juga seorang pekerja swasta.

Dalam pada itu, selain isu pemakaian pramugari, pengguna juga mempunyai kriteria lain dalam memilih syarikat penerbangan terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan.

Bagi Ang Wui Chong (atas), 42, berkata, sebagai pengguna bukan Muslim isu kualiti perkhidmatan penerbangan lebih diberi perhatian.

"Pada saya kualiti perkhidmatan lebih penting berbanding pakaian.

"Kecuali cutting pakaian itu (nampak) tidak selesa sehingga prestasi perkhidmatannya," katanya ringkas.

Amir Hazlin Lin, 50, pula berpendapat kriteria utama apabila memilih syarikat penerbangan adalah tambang murah, muatan barang dan kesesuaian waktu berlepas atau ketibaan ke destinasi.

"Yang penting harga murah, muatan barang atau luggage. Selain itu waktu berlepas yang sesuai.

"Isu pakaian itu bergantung pada polisi syarikat penerbangan, " katanya.

Syukor Ahmad, 41, pula berpandang seseorang pengguna menaiki kapal terbang bukan untuk melihat pramugari.

Tanpa menafikan isu pakaian pramugari perlu diambil perhatian katanya, seseorang pengguna menaiki kapal terbang pastinya mementingkan keselesaan dan keselamatan terjamin.

"Kalau saya naik kapal terbang tak peduli sangat isu pakaian pramugari. Kalau masa penerbangan panjang kita tidur atau baca buku. Bukan nak tengok pramugari.

"Yang penting selamat sampai ke destinasi pada jangka masa yang ditetapkan, " katanya.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-8153347089502792442018-09-13T12:32:00.921+08:002018-09-13T12:32:00.921+08:00Apa tujuan DAP nak bukan Islam dan Transgender ada...Apa tujuan DAP nak bukan Islam dan Transgender ada dalam JAKIM?

Modus operandinya agak mudah iaitu DAP tidak cakap isu tersebut bagi elak dikutuk umat Islam tetapi eksploit Melayu yang juga ahli parti itu sebagai boneka kononnya ia suara kaum berkenaan.

Namun, semua maklum saranan dikemuka Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, pensyarah senibina Islam, yang disiar portal pro-Pakatan Harapan (PH) minggu lalu; sebenarnya cerminan imej DAP mahu campuri urusan hal ehwal Islam.

Ini termasuk dengan letak individu yang cenderung fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai antara ahli lembaga pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya agar ‘suara orang luar’ juga diambil perhatian sama.

“Saya cadangkan supaya ia perlu dianggotai oleh 20 paratus daripada Bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan. Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti tertentu lain.

“Ini seperti LGBT, Ahmadiah atau kumpulan Syiah,” demikian cadangan pelik Tajuddin yang juga merupakan ahli DAP seumur hidup dari kalangan Melayu vokal dan disiarkan menerusi laman Free Malaysia Today baru-baru ini.

Dalam tulisan itu, beliau menyatakan banyak isu Islam di Malaysia konon telah ceroboh bidang bukan Islam sambil beri contoh kes ‘pijak kepala lembu’, seruan bakar Bible dan himpunan Baju Merah yang laungkan slogan Islamik.

Juga pertembungan Mufti Perlis dengan aktivis pelampau Hindu Hindraf, Waythamoorthy, isu Zakir Naik dan P. Ramasamy dan beberapa contoh lain disebutkan Tajuddin kononnya cetus kebimbangan masyarakat bukan Islam.

Baginya, isu-isu ini menunjukkan bahawa Islam merupakan isu bagi Malaysia secara keseluruhannya dan wajar kelompok bukan Muslim diajak terlibat beri pandangan menerusi pelantikan dalam lembaga pengarah Jakim.

“Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa ada sesetengah isu berkaitan hal ehwal Islam merupakan isu rakyat Malaysia tanpa kira agama mereka dan bukan hanya eksklusif membabitkan umat Islam semata-mata.

“Walaupun penjajah British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks lebih luas.

“Ini termasuk dari segi kontemporari, kebudayaan dan amalan profesional dalam dunia berkembang pesat,” dalih Tajuddin sebagai rasional lantik golongan kafir, pondan dan ajaran sesat itu untuk sertai lembaga pengarah Jakim.

Perasaan kuat beliau menyatakan bahawa konon tiba masa untuk kita semua pertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian daripada mana-mana ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mana-mana institusi Islam tempatan.

Ini juga untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama dalam hasil cara penyelesaian masalah yang lebih baik berbanding sekadar input idea daripada hanya anggota panel beragama Islam semata-mata.

“Lagi pun, mereka ini masih rakyat Malaysia. Ahli jawatankuasa atau lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu beri kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah itu.

“Apa yang saya ingin ketengahkan ialah pandangan minoriti ini mesti diwakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar Islam untuk fahami atau hargai semua bentuk keprihatinan kelompok rakyat Malaysia.”

Hakikatnya, meskipun yang bercakap lontar idea aneh ini ialah orang Melayu dan beragama Islam, tetapi dalang sebenarnya ialah DAP serta diketahui ada agenda tersirat mahu hancur Islam dari dalam. – Agensi/Mynewshub.TV

: Setelah ekonomi, kemudian kuasa politik kini agama yang menjadi tiang keutuhan Melayu ingin dirobek. Bila agak Melayu nak sedar dan bersatu dalam perjuangan Islam?....CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-35986238206028861222018-09-13T12:30:29.072+08:002018-09-13T12:30:29.072+08:00BN & PH TINDAS KELANTAN
Kelantan miskin wala...BN & PH TINDAS KELANTAN

Kelantan miskin walaupun rakyatnya pandai, kata Dr M
Faisal Aysraf | Diterbitkan 1 Sep 2018, 1:20 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 2:03 petang

A+ A-
KONGRES BUMIPUTERA | Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini disebabkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan.

"Sebenarnya saya minta maaf kata benda benar. Bantuan pusat mesti diberi untuk bantu kerajaan Kelantan sebab kekurangan kutipan cukai. Negeri itu miskin sebaliknya orangnya pandai.

"Banyak pegawai tinggi kerajaan orang Kelantan. Termasuk bekas setiausaha saya. Mereka cekap belaka. Kalau kerajaan pusat tak tolong, kerajaan negeri tak boleh diadakan sebab wang tak cukup. Ini kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.

Mahathir berkata keadaan ini menghalang ramai usahawan Kelantan daripada mengembangkan bakat mereka dan membangunkan negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob antara mereka yang hadir pada kongres hari ini bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak selaku pemudahcara.

Tumpu pembangunan negeri

Perdana menteri menegaskan ramai rakyat Kelantan berjaya dengan perniagaan di negeri-negeri lain, tetapi tidak dapat mempamerkan bakat mereka di negeri sendiri.

"Sebenarnya orang Kelantan ni bijak belaka. Kalau perhatikan mana-mana state pun, ada bisnes ada lah orang Kelantan.

"Kenapa tak boleh buat itu di Kelantan. Pekerja di Singapura juga terdiri orang Kelantan, (yang tinggal) di johor. Mereka cekap dan mestilah diberi iklim yang sesuai supaya tumpu pada pembangunan negeri Kelantan.
"Mereka masih ada industri mereka yang juga maju. Serunding, dodol pun di Kelantan. Banyak barang buatan datan dari Kelantan. Tak tahu macam mana orang begitu cekap tidak ada di Kelantan tapi ada di tempat lain. Ada yang tak kena di situ. Jadi kena kaji. Kita nak tau sebab apa.

Mahathir dalam pada itu turut memuji semangat keusahawanan yang ditonjolkan wanita Kelantan.

"Pemilik ladang besar Kelantan adalah wanita. Tak taulah lelaki buat apa," katanya.

Kongres hari ini menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menjadi platform dalam usaha kerajaan merangka agenda bagi pemberdayaan Bumiputera.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-86394573258390022602018-09-13T12:29:44.416+08:002018-09-13T12:29:44.416+08:00Selepas Zunar Kini Mejar Zaidi pula ‘frust’ dengan...Selepas Zunar Kini Mejar Zaidi pula ‘frust’ dengan Pakatan Harapan

Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu, menyuarakan kekecewaan selepas selepas kerajaan menolak permohonannya agar jawatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikembalikan atau beliau dibayar pencen.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pegawai penerangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini berkata, Majlis Angkatan Tentera memberitahunya bahawa beliau tidak layak mendapat tuntutan itu kerana dipecat daripada tugas.

"Saya akan jumpa mereka di hari pengadilan," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tidak mahu ulas panjang tentang keputusan itu tetapi saya mahu ingatkan pemimpin HARAPAN agar tidak lupa, mereka kini sudah menjadi menteri, gembira dan boleh menikmati kemewahan.

"Jangan lupa rakyat yang berjuang dan mengangkat anda ke kedudukan sekarang, kerana rakyat yang sama juga boleh jatuhkan anda," katanya lagi.

Beliau membuat permohonan itu Mei lalu kepada Mohamad Sabu yang ketika itu baru menjadi menteri pertahanan.

Dalam permohonannya, Zaidi meminta agar pencennya dikembalikan atau beliau dimasukkan semula dalam TUDM atas asas dirinya sebagai juruterbang berpengalaman yang "dipaksa" melepaskan jawatan oleh kerajaan BN.

Mohamad berkata akan mengkaji permohonan itu dan akan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan menunggu maklum balasnya.

Zaidi dipecat pada 12 Januari 2015 selepas mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis ketika PRU 2013, dan tindakan itu dianggap bertentangan dengan etika kerjanya.

: Mat Sabu nak balas dendam dulu buat surat terbuka hentam Mat Sabu dan Amanah, masuk DAP....CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-43949541392330010492018-09-13T12:28:46.239+08:002018-09-13T12:28:46.239+08:00Berhentilah main emosi rakyat, kata calon PAS pada...Berhentilah main emosi rakyat, kata calon PAS pada HARAPAN
Bernama | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 11:16 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 11:24 malam

A+ A-
PRK SERI SETIA | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) digesa supaya tidak bermain dengan emosi rakyat sebaliknya harus menunaikan janji-janji yang diberi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Dr Halimah Ali berkata, setiap bantuan yang dijanjikan perlu ditunaikan kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum ia dimansuhkan.

"Sebelum PRU14 banyak perkara yang dijanjikan dan sebagainya. Bila dah jadi kerajaan, tiba-tiba (sekarang) berkata sebaliknya dan pelbagai alasan diberikan," katanya apabila ditemui semasa melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Kampung Lindungan, di Petaling Jaya, hari ini.

"Kalau orang miskin, kenalah bagi zakat, bagi bantuan melalui jabatan kebajikan atau apa sahaja saluran seperti yang sepatutnya, setelah melakukan kajian mengikut kes," katanya.

Sementara itu, bekas exco kerajaan Selangor itu berkata PAS mengutamakan serta mengutarakan budaya politik matang dan sejahtera demi keperluan rakyat.
"PAS memperjuangkan budaya yang matang dan sejahtera dengan fikiran yang lebih rasional, di mana maklumat diberikan lebih tepat serta gambaran yang jelas daripada semua sudut dan bukannya separuh jalan,” katanya.

Pada 8 September ini, Dr Halimah yang juga bekas ADUN Selat Klang berdepan satu lawan satu menentang calon HARAPAN Halimey Abu Bakar untuk mengisi jawatan sebagai ADUN Seri Setia.

Kekosongan kerusi DUN tersebut berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-56619646495525478822018-09-13T12:27:51.879+08:002018-09-13T12:27:51.879+08:00Gerakan liberalisasi agama makin berani: Nasrudin
...Gerakan liberalisasi agama makin berani: Nasrudin
WARTAWAN SINAR HARIAN 15 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A-A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Gerakan liberalisasi agama dan normalisasi dosa didakwa lebih berani dan tidak lagi bersembunyi di sebalik aktiviti pertubuhan awam atau buku dan artikel yang ditulis dengan nama pena.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa, gerakan itu tanpa segan silu menyongsang budaya dan adat, selain merealisasikan gaya hidup yang bercanggah dengan syariat Islam.

Malah, katanya, mereka juga tampil menuntut hak persamaan, tetapi bangga memperagakan gaya hidup bertentangan fitrah dan sunnah.

“Sedikit sebanyak, ‘perjuangan’ mereka mula diperkatakan ramai pihak dan tidak kurang yang menyokong, bersolidariti dan bersimpati. Malah pihak pemerintah juga dilihat tersangat lunak terhadap mereka berbanding sikap pemerintah itu terhadap pihak yang menasihati dan menegur mereka.

“Lebih nekad, mereka dakwa bahawa iman mereka teguh. Malah mengaitkan bahawa Islam membenarkan perlakuan homoseksual dan gaya hidup mereka adalah hasil dari fitrah ciptaan ALLAH yang dipatuhi oleh mereka secara taat,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, sebahagian golongan itu tahu bahawa tindakan mereka salah dan bertentangan dengan agama, namun sukar bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

“Bukan mereka tidak tahu arah tetapi memang mereka tidak mahu pulang.

“Bahasa mudah yang boleh saya guna ialah kerana mereka telah menikmati gaya hidup ‘ciptaan’ mereka sendiri. Mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut di alam fantasi hasil karya dan khayalan mereka sendiri,” katanya.

Katanya, gerakan itu juga dilihat berjuang mati-matian agar mereka diiktiraf undang-undang.

“Kini timbul pertentangan sengit antara pihak yang mahu berdakwah melalui cara mendekati dan menyelamatkan mereka, dengan pihak mereka sendiri yang ‘berjuang’ mati-matian agar mereka diiktiraf dan di sisi undang-undang negara.

“Ertinya, sebahagian mereka bukan lagi keliru tentang jati diri mereka, tetapi mereka memang mahu jadi begitu. Mereka tidak mahu ‘diselamatkan’ kerana mereka rasa lebih selamat hidup begitu,” katanya.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-71317080845735472752018-09-13T12:26:26.870+08:002018-09-13T12:26:26.870+08:00Kes study: Pengambilalihan SPLASH oleh Kerajaan Ne...Kes study: Pengambilalihan SPLASH oleh Kerajaan Negeri Selangor

DUN berperanan meluluskan undang-undang baru, pindaan undang-undang atau memansuhkan undang-undang sedia ada. DUN dan ahli-ahlinya juga bertanggungjawab memperakui bajet yang dibentangkan untuk perbelanjaanan kewangan negeri. Sebagai contoh di peringkat Persekutuan bagaimana cukai GST yang diperkenal oleh kerjaan terdahulu dan cukai SST yang baru di perkenalkan semula oleh PH telah di bentang dan diperdebatkan oleh ahli-ahli yang berhormat dari Kerajaan dan pembangkang. Undian akan dibuat untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang, bajet mahupun apa-apa usul diperingkat parlimen. Keadaan yang sama berlaku di dewan Undangan Negeri. Andai suara pembangkang lemah dan bilangannya sedikit, sudah tentu undang-undang atau dasar atau polisi sekalipun buruk, menyusah dan merugikan rakyat akan diluluskan dengan sokongan dari kalangan YB yang mewakili parti pemerintah.

Sebagai contoh, dalam isu pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh Kerajaan negeri boleh menyedarkan rakyat. Kerajaan negeri membayar 10 kali ganda untuk membeli SPLASH pada harga RM 2.55 billion sedangkan nilai sebenar sebelum ini hanya pada harga RM 250.6 million sahaja. Kenapa membayar lebih dari yang sepatutnya? Apakah ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengambil untung atas angin dari transaksi ini? Transaksi ini jelas merugikan duit rakyat negeri Selangor dan hanya mengutungkan syarikat kroni yang berkepentingan. Namun apakan daya walau terlihat kepincangan sebegini tiada kuasa yang dapat menyekat atau membantah dek kerana suara pembangkang yang tidak signifikan.

PRK Seri Setia dan perlunya mengundi pembangkang

PRK Seri Setia bukan medan untuk menjatuhkan parti pemerintah yang angkuh atau korup seperti dalam PRU ke 14 tetapi adalah medan untuk memberikan parti dan pemimpin yang baru dipilih dengan wakil yang akan meluruskan kesilapan, dasar yang merugikan rakyat, salah guna kuasa, kronisma dan nepotisma, rasuah dan penyelewengan yang mungkin telah dan akan berlaku dengan “mata pedang” yakni teguran dan kritikan yang tidak mampu di lakukan oleh kalangan wakil rakyat kerajaan PH yang mempunyai kepentingan diri.

Perumpamaan pentingnya Pembangkang

Dalam pertandingan tarik tali, jika pasukan A mempunyai 15 pemain sedang pasukan lawannya B hanya 5 orang sudah pasti pasukan A akan mudah menewaskan pasukan B kerana tiada tentangan mahupun cabaran yang boleh mengimbangi pasukan A. Pasukan A pastinya boleh melakukan apa sahaja untuk menang. Malah para pemainnya juga akan culas dan tidak bersungguh-sungguh kerana yakin mereka akan menang walau apa yang berlaku. Bagi memberi ruang yang adil, pemain dari kumpulan B mesti di tambah agar mampu mencabar dan bersaing secara sihat. Yang untungnya adalah penonton yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan dan permainan yang seimbang dan menghiburkan. Begitulah juga di PRK Seri Setia, tugas pengundi adalah untuk memastikan suara pebangkang di tambah untuk memberi ruang teguran dan penambahbaikan dari pihak yang berbeza parti. Yang untung adalah rakyat dan pengundi yang akan memberi isyarat kepada Kerajaan sedia ada agar menunaikan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka dan jangan sekali-kali menghancurkan harapan yang dibina.CAPTAINMALAYSIAhttps://www.blogger.com/profile/17939227731485336550noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-29552359374580306912018-09-13T11:32:24.786+08:002018-09-13T11:32:24.786+08:00Sdri Cik Minah,
Bagaimana pula dikatakan saya me...Sdri Cik Minah,

Bagaimana pula dikatakan saya mengaku kalah sedangkan pendirian saya jelas.

Saya tidak akan mengundi calon UmNo walaupun calonnya orang yang baik sebab di bawah Najib, UmNo telah menjadi 'kaum yang berpaling'.

Saya juga tidak akan mengundi DS Anwar sekalipun saya adalah seorang penyokong dan pendokong PH, sebab Anwar sendiri punya isu.

Maka UmNo atau Anwar yang menang atau kalau tak akan menjadi kemenangan atau kekalahan kepada saya, dan saya tidak akan berjuang untuk kemenangan mana-mana pihak pun sebab kedua-duanya tidak saya persetujui.

Ketika Anwar-Rafizi kelihatan beria-ria mahu seorang AP meletak jawatan demi memberi laluan kepada Anwar, saya sudah mula berkira-kira sama ada saya perlu menawarkan diri menjadi calon bebas sekiranya Anwar bertanding di Permatang Pauh dan memberi pilihan kepada orang-orang seperti saya.

Apabila mereka memilih PD, maka ia tidak lagi menjadi 'perjuangan saya' dan saya tidak terlibat di situ.

Berkenaan dengan Panji Hitam jangan cik Minah risau sebab ia telah dikhabarkan di dalam hadith, maka ia pasti berlaku. Ini matan hadithnya:-

ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ

(Kemudian akan muncullah Panji-panji Hitam dari arah Timur).

Seperti yang saya pernah ceritakan, saya melihat Panji-panji Hitam hanya akan muncul apabila pertempuran di antara Pembawa Panji Hitam dan pasukan lawannya telah mencapai klimaks, dan klimaks pula pada pandangan saya hanya akan berlaku 'apabila karamah perlu bertembung dengan daulat'.

Siapa tahu, barangkali ia memang telah diaturkan supaya DS Anwar memenangi satu kerusi di dalam Parlimen supaya kelak pertempuran itu betul-betul boleh dibawa ke klimaks.

Maka biarlah proses klimaks itu berjalan mengikut jadual.

Wallahu a'lam.John Doehttps://www.blogger.com/profile/09491573053025579938noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-58794230731250134772018-09-13T11:10:46.103+08:002018-09-13T11:10:46.103+08:00BUKAN MAIN BANYAK KOMEN2 MENYOKONG BERITA "Pe...
BUKAN MAIN BANYAK KOMEN2 MENYOKONG BERITA "Peguam Shafee Abdullah dijangka didakwa di bawah AMLA" -

Chan Vk Appu
Akhirnya ular yg kuat belit di tangkap juga..syabas SPRM BOMBA tapi jgn terlepas dgn jamin maka akan pusinng lagi ular itu..sangat bahaya akan bawah document baru mcm boss dia nanti..

Ahmad Pamin
Shafee ooo shafee... Langit xselalunya cerah shafee oi... Putaran roda sdg berputar... Kelicikan nko sdg d uji.. Mari kita pakat2 tengok sepak terajang peguam paling handal d malaysia membela diri sendiri...

Abdullah Ahmad
Many people are happy today

Azman Ismail
Alhamdulillah peguam terkemukadah jadi pengganas....

GENG MENJILAT NAJIBhttps://www.blogger.com/profile/09924717554819565093noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-80147642539536386902018-09-13T10:01:51.335+08:002018-09-13T10:01:51.335+08:00BUKAN MAIN BANYAK KOMEN2 KPD BERITA "Peguam S...
BUKAN MAIN BANYAK KOMEN2 KPD BERITA "Peguam Shafee Abdullah dijangka didakwa di bawah AMLA" -

Arasan Sukumaran
Sepandai pandai Shafie melompat...akhirnya jatuh kedalam Penjara juga.....
Senarai panjang lagi.....tunggu giliran je lah....Selamat Jalan....

Ramdan Bin Ahlon
peguam yg mempertahankan perompak perlulah di jadikan makanan harimau. Peguam yg membela saipool setan ..... perlulah di humban dalam kawah gunung merapi. Mereka ni tak perlu wujud di dunia kerana mempertahankan kerdurjanaan.

Nuar Daud
Tahniah dan terima kasih kpd kerajaan PH dan AG TT. Koreklah dan dakwalah semua manusia durjana yg telah mengkhianati rakyat dan negara. Jangan tinggalkan barang seekor apatah lagi bibitnya. Jangan biarkan Tun M sampai menyalahgunakan kuasa.

Sumilau Parai
Dedak 90 juta makamah London akan memulangkan kembali pada rakayat penabung GST.. Makamah Dedak Singapore telah mengambalikan hak rakayat yg di rompak..

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-67600230353138306682018-09-13T09:58:49.662+08:002018-09-13T09:58:49.662+08:00Berita baik. Amat baik -
Peguam Shafee Abdullah d...Berita baik. Amat baik -

Peguam Shafee Abdullah dijangka didakwa di bawah AMLA

Seorang peguam kanan untuk BN dan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen KL pagi ini kerana dakwaan pengubahan wang haram berhubung dengan 1MDB.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara ini, dengan mengatakan bahawa Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-46964940237762674032018-09-13T09:10:29.626+08:002018-09-13T09:10:29.626+08:00Cina Peranakan selesa cara hidup Melayu
MARANG - ...
Cina Peranakan selesa cara hidup Melayu

MARANG - Masyarakat Cina Peranakan digelar Mek dan Awang dikatakan sudah mula bertapak di Terengganu sejak abad ke-16, yang kini membentuk satu golongan etnik unik dan istimewa.

Menariknya golongan ini adalah, melalui percakapan dan cara hidup mereka yang rata-ratanya berasal dari Tiruk dan Banggul Kemang iaitu dua kampung dalam kawasan Dun Alur Limbat, di sini.

Komunikasi mereka pula lebih menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu berbanding bahasa Cina, malah cara hidup, adat, kepercayaan dan pakaian juga menyerupai masyarakat Melayu.

"Paling utama ialah Cina Tiruk menganggap Terengganu adalah sebagai tanah tumpah darah mereka," kata Chua Teng Eng, 55, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Tiruk.

Beliau berkata, Cina Tiruk adalah merujuk kepada orang Cina Peranakan tinggal di Kampung Tiruk dan Kampung Banggul Kemang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu.

Lebih dikenali oleh masyarakat Melayu
Menurutnya, mereka dikenali sebagai orang Cina Tiruk bagi mewakili kedua-dua perkampungan berkenaan dan satu ketika dulu menggenakan baju kebaya dan kain batik jawa apabila keluar rumah.

"Manakala lelaki pula memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja, dan mereka juga menggunakan nama timangan seperti Mek dan Awang, sama seperti masyarakat Melayu," katanya.

Lebih mesra dengan panggilan Leeanne, dia berkata, cara pertuturan Cina Peranakan juga sama seperti masyarakat Melayu, contohnya loghat Terengganu yang popular digunakan seperti 'guane gamok'.

Malah, dia mengakui masyarakat Melayu lebih ramai mengenalinya berbanding masyarakat Tionghua.

Leeanne (berkebaya merah) bersama rakan Cina Peranakan di kampung Cina, Kuala Terengganu.

"Saya tak rasa kekok, malah tak pernah timbul perasaan sebegitu. Saya ada ramai kawan Melayu dan tidak mengalami masalah menyesuaikan diri dengan corak budaya Melayu sejak sekian lama.

"Malah ikan singgang, budu dan belacan hidangan rutin tengah hari walaupun tinggal di bandar Kuala Terengganu kerana komitmen kerja. Saya tetap pulang ke Tiruk sekali-sekala," kata anak sulung lima beradik itu.

Bakal berkumpul di Jakarta

Menurutnya, walaupun kedua-dua ibu bapanya sudah tiada, tetapi masih ada saudara-maranya yang tinggal di Tiruk, manakala rumah keluarga masih dijaga dengan baik oleh adik lelakinya.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina Peranakan Terengganu itu juga memaklumkan, satu acara tahunan akan di adakan pada November ini di Jakarta, Indonesia bagi mengumpulkan Cina Peranakan.

Menurutnya, Cina Peranakan dari Terengganu turut menyertai acara, selain Cina Peranakan dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan juga Cina Peranakan dari Indonesia.

"Kami dari Terengganu akan berkumpul di Jakarta, Indonesia pada November ini dan ia merupakan aktiviti tahunan yang sebelum ini acara sama diadakan di Phuket, Thailand," katanya

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-71562107574649799812018-09-13T08:55:13.517+08:002018-09-13T08:55:13.517+08:00Cina Peranakan selesa cara hidup Melayu
MARANG - ...

Cina Peranakan selesa cara hidup Melayu

MARANG - Masyarakat Cina Peranakan digelar Mek dan Awang dikatakan sudah mula bertapak di Terengganu sejak abad ke-16, yang kini membentuk satu golongan etnik unik dan istimewa.

Menariknya golongan ini adalah, melalui percakapan dan cara hidup mereka yang rata-ratanya berasal dari Tiruk dan Banggul Kemang iaitu dua kampung dalam kawasan Dun Alur Limbat, di sini.

Komunikasi mereka pula lebih menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu berbanding bahasa Cina, malah cara hidup, adat, kepercayaan dan pakaian juga menyerupai masyarakat Melayu.

"Paling utama ialah Cina Tiruk menganggap Terengganu adalah sebagai tanah tumpah darah mereka," kata Chua Teng Eng, 55, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Tiruk.

Beliau berkata, Cina Tiruk adalah merujuk kepada orang Cina Peranakan tinggal di Kampung Tiruk dan Kampung Banggul Kemang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu.

Lebih dikenali oleh masyarakat Melayu
Menurutnya, mereka dikenali sebagai orang Cina Tiruk bagi mewakili kedua-dua perkampungan berkenaan dan satu ketika dulu menggenakan baju kebaya dan kain batik jawa apabila keluar rumah.

"Manakala lelaki pula memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja, dan mereka juga menggunakan nama timangan seperti Mek dan Awang, sama seperti masyarakat Melayu," katanya.

Lebih mesra dengan panggilan Leeanne, dia berkata, cara pertuturan Cina Peranakan juga sama seperti masyarakat Melayu, contohnya loghat Terengganu yang popular digunakan seperti 'guane gamok'.

Malah, dia mengakui masyarakat Melayu lebih ramai mengenalinya berbanding masyarakat Tionghua.

"Saya tak rasa kekok, malah tak pernah timbul perasaan sebegitu. Saya ada ramai kawan Melayu dan tidak mengalami masalah menyesuaikan diri dengan corak budaya Melayu sejak sekian lama.

"Malah ikan singgang, budu dan belacan hidangan rutin tengah hari walaupun tinggal di bandar Kuala Terengganu kerana komitmen kerja. Saya tetap pulang ke Tiruk sekali-sekala," kata anak sulung lima beradik itu.

Menurutnya, walaupun kedua-dua ibu bapanya sudah tiada, tetapi masih ada saudara-maranya yang tinggal di Tiruk, manakala rumah keluarga masih dijaga dengan baik oleh adik lelakinya.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina Peranakan Terengganu itu juga memaklumkan, satu acara tahunan akan di adakan pada November ini di Jakarta, Indonesia bagi mengumpulkan Cina Peranakan.

Menurutnya, Cina Peranakan dari Terengganu turut menyertai acara, selain Cina Peranakan dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan juga Cina Peranakan dari Indonesia.

"Kami dari Terengganu akan berkumpul di Jakarta, Indonesia pada November ini dan ia merupakan aktiviti tahunan yang sebelum ini acara sama diadakan di Phuket, Thailand," katanya

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-17426078031885337942018-09-13T08:42:02.262+08:002018-09-13T08:42:02.262+08:00KOMEN2 KPD PENULISAN "Pendirian Kerajaan Berk...
KOMEN2 KPD PENULISAN "Pendirian Kerajaan Berkaitan Hukuman Sebat 62 - Chedet cc"

Berhubung dengan pendirian kerajaan berkaitan hukuman sebat kami menyokong sepenuhnya kenyataan YAB PM ke 7 dan bersyukur ada ramai dikalangan warga blog keramat ini yang bijak mengupas menyokong walaupun ada dua tiga kerat yang agak sempit pengertian Islamnya dan ada yang sedikit ekstrem dan emosional dalam berhujah.

Islam adalah agama rasmi negara kita dan sejak berdekad lamanya orang Melayu bebas menjalani ibadah tanpa sekatan dan halangan, demikian juga bangsa lain berlainan agama turut tidak dihalang dari mengamal agama masing2.

Bangsa Melayu telah berpecah belah apabila fahaman dan ideologi kepartian berbeza2 dan sepatutnya agama Islam menyatukan kita namun ini tidak berlaku kerana agama telah diperalatkan untuk kepentingan politik.

Apabila pihak tertentu berjaya melaksanakan sebahagian hukum hudud untuk kelangsungan politiknya maka para pengikut yang setia akan bertukar menjadi ekstremis apabila ada pihak mempertikaikan kewajaran hukuman tersebut.

Islam itu Ad Din maka adalah lebih baik diajarkan dengan sebaik mungkin di peringkat awal sebagai pencegahan kepada sebarang kemungkaran dan bukannya hanya tahu menghukum apabila kita sendiri gagal melentur atau mendidik mereka.

Nah terimalah hakikat Islam itu adalah cara hidup yang lemah lembut dan penuh nasihat dari peringkat awal pencegahan bukannya dengan cara menghukum umat untuk langkah pencegahan yang akan melihatkan Islam itu bengis dan ekstrim.

Dikhuatiri jika perkara ini tidak dibendung maka akan lahirlah lebih ramai para ekstrimis Islam yang mungkin bersengketa dengan pihak sederhana atau dipanggil sekular.

Walaupun hukuman ini dikatakan tidak menyakitkan langsung hanya sebagai langkah deterrent mungkin tetapi implikasinya cukup besar dari sudut persepsi.

Marilah kita kuatkan dan amalkan cara hidup berlandaskan ajaran Islam dalam institusi keluarga kita sendiri dengan menunjuk contoh yang baik sehingga tidak perlu dilaksanakan hukum hudud itu sendiri kerana semua baik2 belaka dan sederhana.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-46358938552503117322018-09-13T08:37:30.627+08:002018-09-13T08:37:30.627+08:00
Pendirian Kerajaan Berkaitan Hukuman Sebat 62 - C...
Pendirian Kerajaan Berkaitan Hukuman Sebat 62 - Chedet cc

Kabinet kerajaan Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan kes yang mana dua wanita telah di sebat kerana melakukan hubungan yang luar biasa.

Pihak kami berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbangrasa oleh agama Islam. Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa kalau pun ada kes-kes yang semacam ini pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

Amatlah penting kita menunjuk bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum hukum yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

ini adalah pendapat kabinet kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur tidak ada bertimbangrasa sedangkan kita selalu apabila bermula sesuatu bermula dengan
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani tetapi kita tunjuk seolah-olah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Inilah pendapat Kerajaan Pakatan Harapan pada mesyuarat nya pada hari ini.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-35274316602167326862018-09-13T08:22:17.045+08:002018-09-13T08:22:17.045+08:00(Sambongan)
Melihat dengan sikap positif
Apapun ...
(Sambongan)

Melihat dengan sikap positif

Apapun saya melihat dengan sikap positif terhadap minat Istana Johor terutama TMJ terhadap masalah rakyat dari masa ke semasa terutama untuk menarik perhatian rakyat terhadap sikap tidak hormat mereka dan kerajaan terhadap kekebalan Istana.

Tentulah baginda sendiri menyedari reaksi rakyat semakin berani dan melampau untuk menegur pihak Istana atas sesuatu isu yang dibangkitkan.

Ada rakyat yang bergembira kerana istana telah membuka pintu kepada mereka untuk berinteraksi terus dengan raja tetapi ada rakyat yang melihat bahaya dan akibatnya kelak dalam jangka panjang yang akan menghakiskan sedikit demi sedikit penghormatan terhadap institusi diraja terutama apabila istana membiarkan diri mereka diperalatkan oleh perdana menteri atau pemimpin politik yang 'desparate'.

Bagaimanapun saya sendiri melihat proses ini sebagai positif dan yang sukar untuk dielak dalam dunia siber dan perkembangan sosial negara yang institusi pelajaran dan ilmu berkembang pesat, mempercepatkan kemajuan berfikir rakyat ke arah tidak lagi menghargai tradisi dan adat Istiadat yang tidak sezaman dengan dunia luar.

Maka itu penyertaan keluarga diraja khususnya Johor dalam arena politik akan membantu ke arah mempercepatkan pendemokrasian institusi diraja itu sendiri.

Pembangunan kedaulatan diraja menerusi decorum dengan segala protokol, adat Istiadat pertabalan yang dilambangkan oleh pakaian dan hiasan yang sesuai untuk meninggikan dan membezakan imej diraja daripada identiti rakyat bukanlah sesuatu yang mudah.

Tetapi apabila raja-raja tidak lagi menganggap perlu umpamanya daripada segi pakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis termasuk majlis-majlis agama bagi melambangkan identiti Melayu Islam maka akhirnya rakyat juga merasakan semua itu tidak perlu lagi. (Kamus Merriam Webster memberikan contoh pengertian decorum dalam soal pakaian: Decorums are usually required when attending the opera.

Raja berjiwa rakyat

Kesedaran terhadap kuasa rakyat amat tebal dalam jiwa perdana menteri Pertama Tunku Abdul Rahman yang meninggalkan istana demi untuk berjuang bersama rakyat untuk kemerdekaan negara walaupun beliau amat prihatin terhadap protokol.

Apabila pulang dari belajar undang-undang di UK, beliau tidak sefahaman dengan abangnya Sultan Kedah, Sultan Badlishah tentang kemerdekaan negara.

Dalam hubungan ini beliau menulis dalam buku sejarah Utusan Melayu 10 tahun yang antara lain memetik tentang kata-kata Raja Mesir, Raja Farouk yang lari ke Rom setelah ditumbangkan oleh rakyat dalam tahun 1952. Farouk berkata:

"Akhirnya dalam dunia ini tinggal lima sahaja raja iaitu raja England, raja kelawar, raja sepit, raja diamond dan raja lekok."

Apabila saya menemui Tunku dalam masa krisis di antara beliau dengan Sultan Selangor mengenai sekeping tanah di Jalan Duta, Tunku kerana marahnya telah menyatakan perkara yang sama kepada saya, tetapi saya tidak menulisnya.

Saya tidak mempunyai perasaan syak wasangka sedikit pun kerana Tunku Abdul Rahman berdarah raja bahkan beliau seorang raja yang benar-benar berjiwa rakyat.

Apabila menjadi pegawai daerah Sg Petani sekembali dari London beliau ditukarkan ke Kulim kerana terlalu rapat dengan rakyat dan di Kulim pun beliau banyak mengambil berat mengenai masalah rakyat.

Eloklah TMJ ikuti langkah Tunku ini demi rakyat.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-49144573191086488832018-09-13T08:21:22.465+08:002018-09-13T08:21:22.465+08:00Lebih elok jika TMJ ikut jejak langkah Tunku
Zainu...Lebih elok jika TMJ ikut jejak langkah Tunku
Zainuddin Maidin

Oleh kerana tuduhan mengatakan peranti Israel intip Istana Johor yang melibatkan telefon, e-mel dan komunikasi peribadi datang dari Istana sendiri maka tentulah menggemparkan rakyat dan menjemput perhatian segera pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri sendiri.

Jika tuduhan itu datang daripada rakyat biasa yang tidak mempunyai kekebalan dan keistimewaan maka mungkin seseorang telah ditahan kerana membuat tuduhan rambang yang berat atau palsu melibatkan imej keselamatan negara.

Pendedahan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini juga menarik perhatian Penasihat Media dan Komunikasi JPM, Datuk Kadir Jasin yang segera mengulas dalam blognya mengenai seorang putera diraja mendakwa kegiatan media sosial dirinya dan bapanya dipantau. Tulisan itu bertajuk" Tentang Bangsawan Yang Bermain Politik"

TMJ sendiri dengan pantas menjawab Kadir dalam Facebooknya tanpa menyebutkan nama tetapi jelas bila beliau merasakan sebagai orang yang disebut "Tersesat dalam kancah politik yang akan meletakkan keluarga saya berisiko menjadi mangsa serangan dan status kami direndahkan".

TMJ mendakwa beliau membuat pendedahan itu kerana keprihatinan terhadap masalah rakyat kerana baginya yang penting adalah rakyat dan bukan bergantung kepada gelaran tetapi kepada pandangan rakyat.

Tabik hormat kita kepada kesedaran baginda tetapi rakyat juga bertanya sama ada wajar pendedahan dibuat kepada umum.

Atau lebih bijaksana jika Istana yang amat dihormati oleh pihak berkuasa, lebih dahulu secara diam-diam melaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tidak membuat kegemparan yang menampakkan ketidayakinan istana terhadap pihak kerajaan baru atau pihak polis.

Hal ini lebih perlu kerana istana Johor sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri bagi kali kedua telah pun menampakkan kecenderungan untuk campurtangan dalam keruncingan krisis politik rakyat dengan menuduh pindaan perlembagaan yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir bertujuan merampas kuasa istana.

Tidak mungkin Mahathir - seorang yang masih belum nyanyuk di umur 93 tahun akan melupakan pekara ini.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/15092831506347604966noreply@blogger.com