tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post6759872515044385193..comments2024-03-21T22:47:37.345+08:00Comments on Shahbudin dot com: ANWAR YANG TERLEBIH GHAIRAH.....Shahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger133125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-49286653250059177142018-09-23T18:28:38.066+08:002018-09-23T18:28:38.066+08:00Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus...Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus dan sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar dari punggungnya yang bisa membuatkan seseorang pesalah itu pengsan setelah disebat dan tidak mampu berjalan untuk beberapa minggu lamanya sehingga bahagian yang disebat tersebut benar-benar sembuh.

Sebatan adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Bagi penulis sebatan syariah telah jelas dinyatakan dalam hukum syarak. Malah al-Quran juga menyebut tentang sebatan bagi kesalahan tertentu. Sesiapa yang menyanggahnya samalah seperti menyanggah al-Quran.

Namun kita perlu membezakan di antara orang yang menyanggah sebatan syariah dengan orang yang berpandangan sebatan syariah belum sesuai dilaksanakan lagi dengan pelbagai alasan. Pihak yang menyanggah juga perlu berhati-hati agar tidak mempersoalkan al-Quran itu sendiri.

Penulis menasihatkan mereka yang tidak memahami hukuman sebat syariah ini supaya membuat kajian yang menyeluruh mengenai hukum yang sudah termaktub dalam al-Quran dan sunnah terlebih dahulu dan bukannya mengelirukan masyarakat disebabkan kejahilan mereka.

Falsafah dan objektif sebatan syariah bukanlah untuk mendera tetapi sebagai pengajaran (ta’dib) kepada orang yang kena sebat dan juga masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan sebatan itu sendiri. Rasa gerun terhadap sebatan tersebut akan meresapi ke dalam diri masyarakat dan berupaya membuat masyarakat berfikir kembali, sama ada mahu melakukan kesalahan yang membawa hukuman sebat atau sebaliknya.

Tumpuan sepatutnya diberikan kepada falsafah hukuman untuk menyedarkan masyarakat kesan buruk daripada kesalahan dilakukan seperti minum arak, persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan luar nikah, bukan kepada hukuman sebatan itu saja.

Justeru, penulis merasakan sudah tiba masanya, kaedah sebat syariah ini harus dipertontonkan kepada masyarakat dengan lebih luas lagi di Malaysia khususnya supaya salah faham ini boleh diperbetulkan dengan bijaksana.

Hukuman sebatan adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah. Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim MalaysiaAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-12860187009704763902018-09-23T18:28:07.731+08:002018-09-23T18:28:07.731+08:00TOKONG YANG DISEMBAH MELAYU PH
Guan Eng kena jua...TOKONG YANG DISEMBAH MELAYU PH

Guan Eng kena jual pegawai kerajaan

Fatimah Jasmin komen di FB:

Only in Malaysia yang kena rompak melolong RM18 bil dirompak. Yang (dituduh) merompak pula buat lapuran polis kerana merompak... Adoi

Pelik-pelik Malaysia baru....

Jika yang dituduh merompak begitu yakin hjngga sendiri buat laporan polis, bukanlah merompak.

Sepatutnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng segera buat laporan polis. Baru tahu, dia masih menyiasat. Eloklah jawatannya diberi jenama baru sebagai Menteri Propaganda Kewangan.

Husin syak Guan Eng tidak tahu dia dipekena penjawat awam. Dia dan Tony Pua terlalu angkuh untuk terima nasihat, mudah melenting dan asyik nak putarbelit lalu dibiar belit diri sendiri.

Mereka hanya diamkan dengan diberi maklumat tanpa penjelasan penuh. Orang ingat dah pandai tak guna dinasihat. Otak asyik nak spin mesti terus nak main serang.

Kenyataan penjelasan dari Ketua Pengarah Kastam hampir senada dan seiring dengan kenyataan-kenyataan mantan KSP dan Menteri-Menteri yang faham.

Wow! Sah Guan Eng kena jualAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-81876477049512717852018-09-23T18:27:32.140+08:002018-09-23T18:27:32.140+08:00Selepas Zunar Kini Mejar Zaidi pula ‘frust’ dengan...Selepas Zunar Kini Mejar Zaidi pula ‘frust’ dengan Pakatan Harapan

Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu, menyuarakan kekecewaan selepas selepas kerajaan menolak permohonannya agar jawatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikembalikan atau beliau dibayar pencen.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pegawai penerangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini berkata, Majlis Angkatan Tentera memberitahunya bahawa beliau tidak layak mendapat tuntutan itu kerana dipecat daripada tugas.

"Saya akan jumpa mereka di hari pengadilan," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tidak mahu ulas panjang tentang keputusan itu tetapi saya mahu ingatkan pemimpin HARAPAN agar tidak lupa, mereka kini sudah menjadi menteri, gembira dan boleh menikmati kemewahan.

"Jangan lupa rakyat yang berjuang dan mengangkat anda ke kedudukan sekarang, kerana rakyat yang sama juga boleh jatuhkan anda," katanya lagi.

Beliau membuat permohonan itu Mei lalu kepada Mohamad Sabu yang ketika itu baru menjadi menteri pertahanan.

Dalam permohonannya, Zaidi meminta agar pencennya dikembalikan atau beliau dimasukkan semula dalam TUDM atas asas dirinya sebagai juruterbang berpengalaman yang "dipaksa" melepaskan jawatan oleh kerajaan BN.

Mohamad berkata akan mengkaji permohonan itu dan akan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan menunggu maklum balasnya.

Zaidi dipecat pada 12 Januari 2015 selepas mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis ketika PRU 2013, dan tindakan itu dianggap bertentangan dengan etika kerjanya.

: Mat Sabu nak balas dendam dulu buat surat terbuka hentam Mat Sabu dan Amanah, masuk DAP....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-18678574228446283762018-09-23T18:27:00.924+08:002018-09-23T18:27:00.924+08:00Sebat syariah vs sebat sivil
ZAINUL RIJAL ABU BAKA...Sebat syariah vs sebat sivil
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR 7 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore124
Zainul Rijal Abu Bakar
Zainul Rijal Abu Bakar
A-A+ (Ubah saiz teks)
TULAR di media sosial apabila dua wanita Islam disebat di Mahkamah Syariah Terengganu baru-baru ini. Kesalahan mereka adalah musahaqah (perempuan bersekedudukan dengan perempuan) disabitkan atas pengakuan bersalah mereka sendiri, malah mereka juga diberikan tempoh merayu terhadap hukuman yang dikenakan tetapi memilih untuk tidak merayu.

Oleh kerana rayuan tidak dikemukakan kedua-dua wanita tersebut, dilaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan antaranya ialah sebatan syariah. Namun ramai yang tidak mengetahui apakah sebatan syariah tetapi mahu menjuarai isu ini.

Dalam menelusuri akan kaedah-kaedah sebatan yang diguna pakai oleh sesebuah institusi kehakiman sudah semestinya mempunyai perbezaan dari sudut cara, kaedah, bahan yang digunakan dan semestinya matlamat sebatan itu sendiri juga mempunyai perbezaannya.

Malaysia sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem ini haruslah saling melengkapi antara satu sama lain serta menghormati pihak yang satu lagi.

Ramai daripada kalangan masyarakat yang bercakap mengenai sebatan syariah tetapi terkeliru dengan apa sebenarnya sebatan syariah itu.

Kekeliruan ini ditambah pula apabila mereka dimomok dengan betapa zalimnya kesan sebatan tersebut tanpa menyelidik sebatan itu bukanlah sebagaimana yang ditetapkan dalam syariah. Malah ada yang terpengaruh dengan sebatan yang dilakukan dan ditonjolkan dalam cerita Melayu juga.

Sebatan syariah jauh lebih ringan daripada sebatan sivil. Realitinya sebatan syariah hanya untuk mendisiplinkan bukan untuk mencedera. Ia tidak lebih dari sebatan yang dibuat oleh guru disiplin di sekolah-sekolah suatu masa dahulu.

Undang-undang memperuntukkan bagi sebatan syariah rotan yang digunakan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sm. Jika pesalah tersebut dalam keadaan hamil, hukuman akan dilaksanakan selepas 2 bulan pesalah melahirkan anak. Sebatan tersebut juga tidak boleh kena pada muka pesalah, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Bagi pesalah lelaki, mereka akan disebat dalam keadaan berdiri manakala bagi yang perempuan dalam keadaan duduk.

Sebatan syariah juga dilakukan dengan kekuatan yang sederhana dan tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala serta ia tidak melukakan kulit pesalah. Kesemuanya itu telah termaktub di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).

Kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang melibatkan hukuman sebatan sebagai contoh dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 ialah doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah.

Bagi sebatan sivil pula ia amat ketara dengan sebatan syariah di mana rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai saiz. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat sahaja. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan, manakala bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah juga akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangannya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-60417463101622869842018-09-23T18:26:16.629+08:002018-09-23T18:26:16.629+08:00ULANG TAHUN KRONI PH
Mahathir Lantik Cucu Saudar...ULANG TAHUN KRONI PH

Mahathir Lantik Cucu Saudara Sebagai Setiausaha Politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik cucu saudara beliau Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat sebagai Setiausaha Politik.

Mohamad Nuhairi adalah antara 23 setiausaha politik kepada menteri yang mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Dr Mahathir Mohamad semalam.

Mohamad Nuhairi adalah anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan SKVE, Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan Puan Sri Yasmin Mashahor.

Selain Mohamad Nuhairi turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ialah Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.

Majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu, turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar. – SuaraTV

: Kalau kita semak perangai PM ni dulu projek KLCC bagi abang ipar, dll lagi. Hanya dia cerdik dia mencuri dia akan tepik ada pencuri mari tangkap....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-9790921761117862372018-09-23T18:25:33.556+08:002018-09-23T18:25:33.556+08:00Menteri PH yang hebat sanggup tidur dijalanan untu...Menteri PH yang hebat sanggup tidur dijalanan untuk turun harga minyak

Sebelum kuasa, sebelum rakyat undi bukan main hebat tunjuk kepada rakyat sanggup berpanas, sanggup tidur tepi jalan demi perjuangan rakyat. Nak turun harga minyak.

Bila ada kuasa. Minyak tak boleh turun pasal negara banyak hutang.. Cakap MUNAFIK BERTOPENGKAN AGAMA.

: Jangan kata bertopengkan agama, dia baru balik Mekah, baru baca khutabah Arafah. Ramai lagi yang kena kencing tu lihat menteri agama baru naik pangkat terus jumpa tuhan....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-80975613344244898632018-09-23T18:24:56.028+08:002018-09-23T18:24:56.028+08:00PH KEDEKUT RAKYAT
MTUC: Kerajaan khianati pekerj...PH KEDEKUT RAKYAT

MTUC: Kerajaan khianati pekerja miskin
Diterbitkan 6 Sep 2018, 3:16 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 3:27 petang

A+ A-
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau mereka yang berada dalam kumpulan B40.

Ketua Setiausahanya, J Solomon yang sebelum Pilihan Raya Umum lalu mendesak 14 juta pekerja menyokong HARAPAN, kini mendakwa gabungan itu tidak sensitif dan tidak peduli terhadap penderitaan golongan B40.

"Hak asasi manusia yang asas bagi warga B40 terang-terang dilanggar walaupun memiliki kerajaan baru," tegasnya dalam kenyataan media yang keras.

Salomon mengulas pengumuman Putrajaya semalam bahawa gaji minimum akan diseragamkan pada RM1,050 sebulan, atau bersamaan RM5.05 sejam berkuatkuasa 1 Januari 2019.

"Peningkatan sebanyak RM50 daripada RM1,000.00 adalah jumlah yang kecil kepada buruh manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,180 di Sabah.

"Selepas penangguhan selama 18 bulan dalam semakan pertama dan satu lagi penangguhan selama enam bulan dalam semakan kedua yang bersamaan 24 bulan menunjukkan sikap tidak mengendahkan pekerja miskin dengan kenaikan gaji minimum ini," katanya.

Menurutnya, golongan pekerja pada PRU lalu mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan harapan gabungan itu dapat membela nasib mereka.

Tambahnya, golongan itu juga tidak mampu hidup selesa dengan upah yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi.

Bagaimanapun katanya pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berjaya menurunkan harga barang yang akan terus menyebabkan beban kepada kumpulan B40.

"Bagi MTUC, kerajaan HARAPAN telah mengecewakan pekerja miskin sementara sikap sombong dan tidak mempedulikan tenaga kerja yang ditunjukkan oleh kerajaan terdahulu kini nampaknya muncul kembali oleh tindakan kerajaan baru.

"MTUC ingin mengingatkan bahawa adalah bodoh yang amat bagi mana-mana kerajaan untuk menunjukkan rasa tidak hormat kepada tenaga kerja dan membiarkan golongan buruh dimanipulasi.

"Pekerja akan bersatu untuk melawan sesiapa sahaja yang melemahkan maruah pekerja," tegasnya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-39930246912523218912018-09-23T18:24:00.729+08:002018-09-23T18:24:00.729+08:00usul tergempar kutuk usaha iktiraf LGBT
KOTA BH...usul tergempar kutuk usaha iktiraf LGBT

KOTA BHARU - Muktamar Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-59 hari ini meluluskan satu usul tergempar mengutuk sebarang usaha untuk mengiktiraf golongan LGBT.

Muktamar berlangsung di Hotel Grand River View itu sekali gus menyatakan solidariti bersama Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang telah mencetuskan fenomena alam maya dengan surat terbukanya kepada Marina Mahathir baru-baru ini.

Usul tersebut dibawa oleh perwakilan dari Machang, Abdullah Hassan dan disokong oeh perwakilan dari Pasir Mas, Muhammad Saiful Adli Sulaiman.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, usul yang diluluskan sebulat suara itu menandakan keprihatinan pihaknya terhadap semua pihak yang sedang berusaha menentang budaya songsang LGBT daripada menular ke tengah masyarakat.

Menurutnya, fenomena tersebut dikhuatiri semakin merebak apabila melihat kenyataan demi kenyataan dikeluarkan pihak kerajaan melalui para menterinya kelihatan seolah-olah ke arah mengiktiraf tuntutan golongan itu.

“Apa yang mengejutkan kita ialah apabila surat terbuka yang ditulis oleh Dr Nur Ilyani telah dipadamkan oleh pihak pengurusan Facebook di atas alasan ia menganggu hak komuniti lain.

“Ia sekali gus membayangkan bahawa golongan ini mempunyai suara yang cukup berpengaruh sehingga tulisan tersebut dipadamkan hanya selepas beberapa jam sahaja disiarkan di media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, Ahmad Fadhli Shaari turut mendesak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar tidak mengenakan apa-apa tekanan kepada pegawai berkenaan yang jelas tidak melanggar sebarang peraturan dalam perkhidmatan awam semasa menulis surat berkenaan.

“Kita berikan amaran, jika sebarang tindakan dikenakan, pihak kerajaan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran dari seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Abdullah Hassan yang membangkitkan usul berkenaan turut menyatakan tuntutan agar pihak kerajaan bertindak ke atas golongan yang sedang mempromosikan budaya songsang berkenaan.

“Kita mendesak kerajaan mengambil tindakan sesuai yang tegas terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang cuba memperomosikan LGBT dan menuntut hak yang tidak munasabah di atas nama hak asasi manusia,” katanya.

Katanya, aktiviti tersebut sekiranya tidak dibendung akan menjadi ancaman kepada amalan hidup masyarakat Islam di Malaysia.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-59022480408894099792018-09-23T18:23:29.191+08:002018-09-23T18:23:29.191+08:00Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sab...Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sabtu
AIMAN SADIQ ABDULLAH 1 OGOS 2018
Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sabtu
ABDUL RAHMAN
A-A+ (Ubah saiz teks)
KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menyambut baik cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini yang memberi manfaat besar buat umat Islam untuk beribadah.

Abdul Rahman berkata jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia memberi banyak fadilat kepada orang Islam supaya dapat hadir awal ke masjid pada Jumaat dan fokus beribadah tanpa memikirkan urusan duniawi seperti perlu menyelesaikan pekerjaan.

Menurutnya, cuti pada hari Jumaat sangat digalakkan dalam Islam dan kebanyakan negara Islam telah melaksanakan perkara tersebut yang mengutamakan hari Jumaat yang memberi kelebihan buat Muslimin menunaikan solat Jumaat.

"Pada pandangan peribadi, saya menyambut baik pelaksanaan cuti pada Jumaat dan Sabtu kerana mempunyai banyak fadilat untuk umat Islam beribadah dan digalakkan untuk datang awal ke Masjid.

"Bagaimanapun, terpulang kepada kuasa Tuanku (Sultan Ahmad Shah) dan Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) yang juga pemerintah tertinggi berkaitan hal ehwal agama Islam negeri untuk menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Pada sidang Dun Pahang minggu lalu, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar, membentangkan usul mengubah cuti hujung minggu negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu.

Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, membuat cadangan itu atas alasan majoriti penduduk negeri ini adalah beragama Islam dan cuti pada Jumaat akan membolehkan pekerja tidak tergesa-gesa bersiap untuk ke masjid.

Usul itu mendapat pelbagai reaksi ramai Adun, termasuk Chow Yu Hui (PH-DAP Tras) yang berpendapat tiada keperluan untuk menukar pelaksanaan cuti pada Sabtu dan Ahad ketika ini.

Manakala bekas menteri besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (BN-Pelangai) berpendapat beliau tidak melihat cuti Jumaat sebagai keperluan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, untuk pelaksanaan cadangan tersebut bagaimanapun memerlukan kajian mendalam dari pelbagai sudut khususnya pada sektor ekonomi dan pentadbiran kerajaan negeri.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-42953498721127503502018-09-23T18:22:51.732+08:002018-09-23T18:22:51.732+08:00Bahasa Melayu di pelosok buana
NIK NOR AHMARIZAM N...Bahasa Melayu di pelosok buana
NIK NOR AHMARIZAM NIK AHMAD 6 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
Oh bahasaku!
A-A+ (Ubah saiz teks)
BAHASA Melayu, sebagaimana yang diketahui khalayak pencinta bahasa mengagumi bahasa Melayu yang gah berkembang sebagai lingua franca, medium pengantara yang merentas sempadan kaum dan sempadan geografi.

Kehebatan bahasa Melayu pada abad ke-16 turut dirakamkan oleh sarjana Belanda, Francois Valentijin.

Dalam ruangan ilmiah ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca nan setia tentang tiga catatan kembara bahasa yang berkisarkan keagungan bahasa Melayu di pelosok buana milik al-Khalik ini kerana “Jangan ditidakkan, dapatan Unesco bahawa bahasa yang paling baik dan efisien untuk mendapatkan ilmu ialah bahasa ibunda.”

Catatan Kembara Bahasa 1: Sukan Asia 2018 ke-18 di Jakarta Palembang:

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysiaku nan tercinta yang ke-61. Sesungguhnya, tema “Sayangi Malaysiaku” benar-benar membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan atlet tanah air yang sedang berjuang dan memerah keringat untuk meraih pingat emas untuk negara dan rakyat Malaysia nan tercinta.

Pengulas-pengulas sukan tanah air di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia di Ancol dengan bangganya setia menggunakan bahasa Melayu tatkala berkongsi kejayaan atlet termuda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah, 16, yang meraih sekali gus menghadiahkan sebutir pingat emas menerusi acara pelayaran Laser Open 4.7 buat negara ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-61 pada 31 Ogos 2018.

Penganjuran Sukan Asia 2018 yang merupakan sukan terbesar di Asia yang diadakan di Jakarta Palembang sejujurnya menggirangkan rakyat Malaysia yang turut berkunjung ke sana sebagai pelancong atau peminat sukan tanah air.

Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia akan bertutur dalam bahasa Melayu ketika bertegur sapa atau membeli-belah di sana.

Catatan Kembara Bahasa 2: Bumi Haramain: Selamat Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah daripada jemaah haji Malaysia di bumi Haramain. Jemaah haji Malaysia yang menerima jemputan dan menjadi tetamu Ilahi pada tahun ini menunaikan ibadat haji dengan penuh kesabaran, ketabahan, ketakwaan, keimanan, dan ketenangan untuk memperoleh haji yang mabrur.

Yang pastinya juga jemaah haji Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu pelbagai dialek ketika bertemu sesama mereka baik di Makkah mahupun di Madinah.

Yang menggembirakan jemaah haji Malaysia juga ialah Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais turut menyampaikan khutbah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab manakala terjemahan dibuat menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa termasuk bahasa Melayu bagi memberikan manfaat kepada orang Melayu yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah haji dari Asia Tenggara.

Catatan Kembara Bahasa 3: Pulau Nami, Seoul, Korea Selatan:

Tanggal 9 Ogos 2018, penulis berpeluang ke Pulau Nami, Seoul, Korea Selatan. Sesampai di pulau tersebut dengan menaiki feri, penulis dan rombongan Majlis Guru Besar Kota Bharu 1, Kelantan yang diiringi oleh Cik Lily Kim, pemandu pelancong berbangsa Korea yang begitu fasih berbahasa Melayu bercerita tentang keindahan dan keunikan Pulau Nami kepada kami.

Sewaktu melewati papan tanda “Selamat Datang ke Pulau Nami”, tetiba kedengaran lagu “Sonata Musim Salju” nyanyian Hazami yang popular awal tahun 2000 dari telefon pintar Cik Lily Kim. Rupa-rupanya, beliau yang mengagumi dan mencintai bahasa Melayu amat suka akan lagu dendangan Hazami itu.

Yang jelasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa “tidak ada pihak yang boleh memadamkan status bahasa Melayu di bumi ini” kerana Melayu itu kalau berladang biar menjadi, kalau bersawah biar berpadi.

* Ruangan ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-89065097859838852092018-09-23T18:22:15.191+08:002018-09-23T18:22:15.191+08:00Gerakan liberalisasi agama makin berani: Nasrudin
...Gerakan liberalisasi agama makin berani: Nasrudin
WARTAWAN SINAR HARIAN 15 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A-A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Gerakan liberalisasi agama dan normalisasi dosa didakwa lebih berani dan tidak lagi bersembunyi di sebalik aktiviti pertubuhan awam atau buku dan artikel yang ditulis dengan nama pena.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa, gerakan itu tanpa segan silu menyongsang budaya dan adat, selain merealisasikan gaya hidup yang bercanggah dengan syariat Islam.

Malah, katanya, mereka juga tampil menuntut hak persamaan, tetapi bangga memperagakan gaya hidup bertentangan fitrah dan sunnah.

“Sedikit sebanyak, ‘perjuangan’ mereka mula diperkatakan ramai pihak dan tidak kurang yang menyokong, bersolidariti dan bersimpati. Malah pihak pemerintah juga dilihat tersangat lunak terhadap mereka berbanding sikap pemerintah itu terhadap pihak yang menasihati dan menegur mereka.

“Lebih nekad, mereka dakwa bahawa iman mereka teguh. Malah mengaitkan bahawa Islam membenarkan perlakuan homoseksual dan gaya hidup mereka adalah hasil dari fitrah ciptaan ALLAH yang dipatuhi oleh mereka secara taat,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, sebahagian golongan itu tahu bahawa tindakan mereka salah dan bertentangan dengan agama, namun sukar bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

“Bukan mereka tidak tahu arah tetapi memang mereka tidak mahu pulang.

“Bahasa mudah yang boleh saya guna ialah kerana mereka telah menikmati gaya hidup ‘ciptaan’ mereka sendiri. Mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut di alam fantasi hasil karya dan khayalan mereka sendiri,” katanya.

Katanya, gerakan itu juga dilihat berjuang mati-matian agar mereka diiktiraf undang-undang.

“Kini timbul pertentangan sengit antara pihak yang mahu berdakwah melalui cara mendekati dan menyelamatkan mereka, dengan pihak mereka sendiri yang ‘berjuang’ mati-matian agar mereka diiktiraf dan di sisi undang-undang negara.

“Ertinya, sebahagian mereka bukan lagi keliru tentang jati diri mereka, tetapi mereka memang mahu jadi begitu. Mereka tidak mahu ‘diselamatkan’ kerana mereka rasa lebih selamat hidup begitu,” katanya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-25861073970850968892018-09-23T18:21:42.337+08:002018-09-23T18:21:42.337+08:00Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya
Ibuku in...Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya

Ibuku insan terpilih. Syurga tertinggi kudoakan.

Emak saya dipanggil untuk diberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kemudian, officer dihubungi pihak atasan Putrajaya untuk terus tahan reman. On the spot media keluar newspaper (way before ahli keluarga sedia maklum). Dan esok mereka ke mahkamah untuk mohon reman lagi seminggu. Dan dipakaikan baju oren banduan dan gari.

Kita lawan di mahkamah. Terima kasih Para peguam PAS yang membantu. Reman dikurangkan kepada dua hari.

Beliau dibawa ke lokap sprm putrajaya. Diberi makan roti untuk setiap meal. TIDUR ATAS LANTAI ! Tiada bantal. Selimut separuh badan pada jam 12 tengah malam baru diberi. (Lokap mcm dalam movie) Allahu. Macam penjenayah emakku diperlakukan.

Alhamdulillah. Semalam berjaya dilepaskan. Officer sendiri mengatakan - Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya.

Tidakkah jelas ini motif politik untuk mencemar imej PAS zero rasuah dan memburukkan nama individu?

Pada mulanya saya agak gentle dengan pemerintah sekarang. Rupanya tiada beza dengan pemerintah dahulu.

Saya ingat ingin cool down dari terus melawan dalam politik but NO WAY. Kau zalimi emak dan keluarga kami. Tunggulah balasannya.

Selamanya lawan tetap lawan.
Akan terus melawan kerajaan zalim dan keji.

Noratiqah Sapiyan (Anak Puan Hanim)

: PH semuanya berasal daripada UMNO dan semuanya adalah anak didik "mahazalim' sebelum ini. Mereka berpecah dulu kerana berebut kuasa.. PERAGAI MEREKA? Sama-sama "firaun'....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-68801098135874665752018-09-23T18:21:07.767+08:002018-09-23T18:21:07.767+08:00su LGBT: Ambil Iktibar Kisah Nabi Luth
NIK AMIRULM...su LGBT: Ambil Iktibar Kisah Nabi Luth
NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN 15 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore325
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
A-A+ (Ubah saiz teks)
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta pihak bertanggungjawab memainkan peranan memantau dan menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) di negeri ini.

Memetik kenyataannya yang dimuatnaik melalui laman facebook beliau, Wan Rosdy menegaskan, sebagai umat Islam, budaya LGBT perlu ditentang.

"Budaya LGBT ini jelas haram di sisi agama Islam dan bertentangan dengan adat resam yang kita amalkan.

"Akhir-akhir ini, isu LGBT semakin hangat diperkatakan bukan hanya di luar negara malah di negara ini,"katanya.

[ARTIKEL: BERKAITAN: Mufti Pahang: Tiada kompromi untuk golongan LGBT]

Beliau berkata, umat Islam perlu mengelak dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral ini dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang menimpa kaum Nabi Luth AS.

"Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT merahmati negeri ini dan menjauhi kita daripada segala wabak dan bala,"katanya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-61040786669153337282018-09-23T18:19:41.856+08:002018-09-23T18:19:41.856+08:00ORANG MISKIN PH TAK PANDANG
Bantulah kami penore...ORANG MISKIN PH TAK PANDANG

Bantulah kami penoreh getah’
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON 2 OGOS 2018
‘Bantulah kami penoreh getah’
Norman menunjukkan penghasilan getah beku yang semakin sedikit.
A-A+ (Ubah saiz teks)
SEGAMAT - Rata-rata penoreh getah di sini yang ditemui mahu kerajaan mengambil langkah mewujudkan satu skim bantuan yang mampu mengeluarkan mereka daripada keadaan yang semakin terhimpit ekoran kejatuhan teruk harga komoditi getah ketika ini.

Norman Haron, 41, berkata, pendapatannya sebagai penoreh merosot sehingga 50 peratus iaitu sekitar RM500 sebulan disebabkan kejatuhan harga getah yang berada di bawah paras RM2 selain penghasilan yang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor termasuk cuaca.

“Walaupun terdapat bantuan kejatuhan harga getah serta bantuan musim tengkujuh sebelum ini, ia tak banyak membantu kerana hanya pemilik kebun saja yang layak memohon bantuan tersebut bukannya penoreh yang mengambil upah mengerjakan kebun.

“Dengan pengeluaran getah yang semakin merosot disebabkan penyakit daun luruh dan cuaca serta harga pasaran yang rendah, kami sebenarnya berada di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Menurutnya, dia yang mengambil upah mengerjakan kebun penduduk kampung seluas 1.5 hektar selepas kebun getahnya ditanam semula kini hanya mampu meraih pendapatan di bawah RM500 sebulan dan pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

Bagi M Azman Miskam, 55, kehidupan penoreh getah ketika ini sememangnya memerlukan perhatian kerajaan.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-12374862654597046382018-09-23T18:18:39.758+08:002018-09-23T18:18:39.758+08:00ph kurang bantu BUMIPUTRA
Kuota Bumiputera bukan...ph kurang bantu BUMIPUTRA

Kuota Bumiputera bukan punca rumah tak terjual
NUR FARHANA ABDUL MANAN 6 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore53
Rizam Ismail
Rizam Ismail
A-A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Dakwaan yang mengatakan kuota Bumiputera menjadi punca projek perumahan di negeri ini tidak dapat dijual dibidas Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail.

Mengulas kenyataan Adun Sg Pelek, Ronnie Liu, Rizam berkata, beliau tidak terkejut apabila bekas Exco Kerajaan negeri itu meminta kuota Bumiputera bagi projek perumahan dikurangkan di negeri ini.

"Persoalan utama berkenaan masalah ini bukanlah tidak mahu dibeli tetapi adalah tidak mampu dibeli kerana harga diletakkan pemaju terlalu tinggi.

"Tindakan pemaju bina rumah 'mampu tengok' ini beri gambaran mereka sengaja tidak faham keperluan penduduk. Lebih banyak rumah mahal dan mewah dibina sedangkan keperluan semasa adalah rumah mampu milik," katanya.

Rizam yang juga Adun Sungai Air Tawar berkata, seperti laporan dikeluarkan Bank Negara sebelum ini, terlalu banyak rumah dibina tidak mampu dibeli kerana faktor rakyat yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pemaju sepatutnya membina rumah sesuai dengan pendapatan rakyat bukannya melambakkan lagi pembinaan rumah mahal dan mewah.

"Kuota Bumiputera tak patut jadi alasan jika pemaju bina rumah mampu dimiliki golongan itu.

"Beliau (Ronnie) patut cari penyelesaian Bukannya guna cara mudah buat kenyataan yang jelas hanya lindungi kantung keuntungan pemaju namun ketepikan soal kepentingan dan keperluan rakyat," katanya.

Ronnie sebelum ini katanya, mendakwa kuota antara 50 peratus dan 60 peratus yang diperuntuk ketika ini tidak realistik sekaligus menyebabkan projek rumah tidak mampu dijual.

Beliau berkata, kenyataan tersebut dilihat bukan sahaja membela pemaju namun gagal memahami permasalahan sebenar mengapa unit-unit perumahan tersebut gagal dijual.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-52450293445535822312018-09-23T18:17:01.881+08:002018-09-23T18:17:01.881+08:00Ingat Lim Kit Siang cerdik, rupanya bengong juga!
...Ingat Lim Kit Siang cerdik, rupanya bengong juga!

Sebelum PRU-14, Lim Kit Siang membuat tuduhan kononnya PAS ingin bergabung dengan UMNO dan Barisal Nasional. Lim pada ketika itu mempersoalkan MCA boleh menerima PAS sedangkan PAS berusaha membentuk negara Islam.

Tapi pelik hari ini Lim Kit Siang membuat 3 persoalan kerjasama PAS-MCA dan jika diteliti 3 perkara itu semuanya adalah tuduhan LKS sebelum ini kepada PAS tapi pelik dia sendiri pula seolah-olah bimbang tentang hubungan PAS dengan UMNO, MCA dan MIC kerana sudah pasti membentuk pembangkang yang kuat dengan kedudukan Melayu hampir 70% dengan gabungan ini dan ini akan boleh mengatasi sokongan Cina 90% kepada DAP.

LKS macam pening mengapa PAS mahu membantu MCA di PRK Balakong. Ini pun dia pening. Sepatutnya dia dengar apa yang diucap oleh Dato' Takiyuddin. PAS kena perkuatkan pembangkang dengan menepikan perbezaan dengan MCA demi membantu suara rakyat didengari oleh kerajaan PH dan jika rakyat menunjukkan sokongan ini PH tidak lagi mudah "KENCING MERATA-RATA UNTUK MENIPU RAKYAT"

Kedua LKS kononnya hairan mengapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bimbang calon MCA berisiko kehilangan deposit pada PRK tersebut tanpa bantuan PAS, sehingga mengarahkan pemimpin kanannya seperti Setiausaha Agung PAS untuk berkempen bagi pihak MCA pada PRK ini?

LKS mabuk kot!

PAS tak kisah pun hilang atau tidak deposit, kerana itu dah jadi asam garam dalam perjuangan PAS bukan hari ini tapi semenjak 60 tahun lalu. Yang PAS tekankan ialah konsep dakwah, bagaimana PAS nak sampaikan Islam yang sebenar kepada bukan Islam bukan macam parti AMANAH buat ajar bukan Islam dengan Islam liberal.

Ketiga LKS membuat tuduhan kononnya MCA meminta bantuan pemimpin Umno yang mengisytiharkan bahawa selepas PRU14, orang Melayu kononnya hilang kuasa politik, DAP kononnya adalah musuh orang Melayu dan Islam dan DAP kononnya mahu memansuhkan institusi Raja-raja Melayu dan menubuhkan negara Republik – membawa politik perkauman, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan yang tidak bertanggungjawab dan bahaya sehingga ke tahap yang lebih ekstrem daripada sebelum PRU lalu.

Orang buta pun tahu bahawa kuasa politik Melayu hilang selepas PRU-14 oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP. Hanya yang bodoh mengira macam Salahuddin Ayub tidak boleh beza antara 70 kandang dan 7 ekor lembu mungkin tak boleh pastia adakah kuasa Melayu hilang.

Ahli UMNO dan PAS kena buang ego masing-masing demi kepentingan Islam untuk bersatu. Melayu Islam kena selamatkan Islam di Malaysia daripada kerajaan PH yang akan merosakkannya.

Jika UMNO-PAS bergabung. Bersama pula dengan MCA dan MIC, bukan aje LKS jatuh pitam, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim pun akan terduduk terlantai.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-16638401592789696622018-09-23T18:15:30.532+08:002018-09-23T18:15:30.532+08:00Cadangan :
Saya percaya Dato` tidak diberikan inp...Cadangan :

Saya percaya Dato` tidak diberikan input yang jelas berkenaan kes-kes dan situasi yang telah berlaku di luar negara apabila golongan ini menjadi terlampau agresif dan dominant dalam bersuara. Oleh itu saya berharap dapat berjumpa dengan Dato` at your most convenient time untuk saya bentangkan pula pandangan kami wanita-wanita normal yang telah pun didiskriminisasikan daripada hak privasi dan keamanan untuk mengunakan tempat awam seperti tandas wanita .

Kalau Dato` boleh berjumpa dengan Nisha, apa salahnya mendengar pandangan saya pula walaupun saya bukan selebriti.

Cadangan kedua- saya pohon Dato` keluarkan kenyataan sekali lagi berkenaan isu ini tetapi lebih jelas berhubung "public places".

Saya pohon dengan rendah diri Dato` menyatakan bahawa golongan transgender boleh mengunakan public places yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Kalau tandas - guna tandas lelaki. Kalau ruang solat- sila solat di ruang lelaki.

Barulah kami tidak bising. Selagi Dato` tidak memperbaiki kenyataan Dato`, selagi itulah kami wanita normal terpaksa mempertahankan hak kami. Dan Dato` kami tidak ragu-ragu untuk mengunakan proses Mahkamah sekiranya kenyataan Dato` itu telah menyebabkan peningkatan penggunaan oleh golongan transgender di ruang awam untuk wanita .

Terima kasih di atas masa Dato` membaca email ini. Mudahan mendapat perhatian Dato` sewajarnya.

Yang benar,

Nurhidayaty Maidin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Nur Maidin & Co

Email to : parlimenparitbuntar@gmail.com, mujahidrawa64@gmail.com

: Susah manusia sebelum jadi pemimpin banyak sangat kritik orang, bila tuhan berikan kuasa mula tak tahu cara nak selesaikan dengan bijaksana....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-63121221045765569992018-09-23T18:09:54.790+08:002018-09-23T18:09:54.790+08:00PH ULTRA KIASU
Kelantan tolak UEC
KOTA BHARU:...PH ULTRA KIASU

Kelantan tolak UEC

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam, demi mengekalkan kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata malah pihaknya turut menyokong penuh kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju UEC diiktiraf kerana hanya akan merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

"Kita mesti berhati-hati kerana ia membabitkan ketuanan Melayu dan bahasa Melayu. Bagus untuk pihak tertentu memberi pandangan seperti ini (menolak UEC) sebelum perkara itu berlaku.

"Semoga kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu dikekalkan. Pengiktirafan UEC dilihat membolehkan seseorang mudah berada dalam perkhidmatan awam tanpa memiliki kemahiran dan kebudayaan bahasa Melayu yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Infaq: Asnaf dan Anak Yatim di Masjid Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Harussani yang tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mahu mengiktiraf UEC.

Harussani dipetik sebagai berkata, dasar pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan Malaysia ke arah kebaikan selaras sistem pendidikan berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

"Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum, sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

"Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan," kata Harussani.

UEC dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina yang sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan dan tidak selari silibus ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Terdahulu, Ahmad Faizal dilaporkan sebagai berkata, kerajaan Perak sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon memperoleh kredit dalam Bahasa Melayu, selaras janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

: UEC adalah titik pemisah perpaduan kaum di Malaysia....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-30699571090331238412018-09-23T06:31:37.918+08:002018-09-23T06:31:37.918+08:00http://m.utusan.com.my/berita/politik/tunggu-20-ta...http://m.utusan.com.my/berita/politik/tunggu-20-tahun-nak-jadi-pm-anwar-1.752983

Anwar dah jwb apa yg di kritik ....
Dia benar Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/11604965338792555161noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-89159429657892955602018-09-22T20:27:32.344+08:002018-09-22T20:27:32.344+08:00Sumpah laknat laa.. berani kerana benarSumpah laknat laa.. berani kerana benarAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/17969981957938965282noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-21142746269621791542018-09-22T17:29:23.404+08:002018-09-22T17:29:23.404+08:00SST, Tony Pua ‘kencing’ kononnya harga barang akan...SST, Tony Pua ‘kencing’ kononnya harga barang akan turun

Tony Pua, yang juga merupakan pegawai khas kepada menteri kewangan, berkata di bawah SST, harga barangan akan jadi lebih murah berbanding ketika di bawah GST.

Dalam klip video yang dikongsi Johari itu, Tony Pua dilihat berkata: "Saya percaya di bawah sistem SST baru, meskipun cukai dikenakan, harga barang akan lebih murah."

Bagaimanapun, menurut hansard Dewan Rakyat pada 7 Ogos lalu, sebahagian daripada kenyataan anggota parlimen Damansara itu telah disunting.

Hari pertama perlaksanaan SST prabayar telefon dan kena 6%, Kedai Mamak pun ambil govt tax SST 6%. Macam mana kata harga lebih murah?

Semua orang boleh manipulasi tax sedangkan sebelum ini GST perniagaan tak boleh buat manipulasi. Pasal tu 160 negara maju guna GST bukan SST. Tapi PH yang bodoh dengan penyokong bodoh sahaja kata SST itu lebih baik.

Hari pertama pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST menyaksikan ada restoran yang mengenakan caj 6% Cukai Kerajaan terhadap pengguna.

Ada restoran yang menamakan cukai itu sebagai cukai perkhidmatan.

Namun, terdapat juga restoran mengenakan Cukai Kerajaan 6% + Cukai Perkhidmatan 10% = 16%.

Jika pengguna dikenakan caj cukai 6%, apa bezanya dengan caj 6% Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST yang dikenakan sebelum ini?

SST SEMUA SUDAH TERTIPU

: SST Sudah Surat Takdir rakyat semua kena kencing So Sabar Tawakal ajelah....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-86053572693619052022018-09-22T17:28:29.676+08:002018-09-22T17:28:29.676+08:00Dato Huan Cheng Guan Penang menulis:
Saya baca in...Dato Huan Cheng Guan Penang menulis:

Saya baca ini pun ketawa besar . Tun M kata Najib may not be around to participate in next GE .

Dulu Cikgu Inggeris saya dia ajar dan kata itu perkataan 'may ', bermakna mungkin bolih dan mungkin tidak bolih.

Masih fresh dalam memori saya, dalam kempen ceramah di merata PRU 14, Nga Kor Meng dan Hew Kuan Yew @ superman pun kata mereka DAP hanya gunakan Tun M sahaja dan Tun M akan MAY not be around very soon kerana umur Tun M pun dah mencecah 93 tahun.

Apa apa pun, Dato Sri Najib may be around to contest or not, that is another story.

Jangan dok tiap tiap hari maki hamun DSNR sudah. Yang sudah memang pergi lah buat kerja , tak payah lah everyday dok run down DSNR .

Apa apa pun hati saya tak sebusuk macam Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yew dari DAP kerana dalam ceramah di merata tempat, MEREKA KATA TUN M WONT BE AROUND VERY SOON.

Tapi, saya tetap doakan Tun M panjang umur dan Dato Sri Najib Razak tetap hero dan pemimpin yang saya hormati untuk selama lamanya.

Wow! Fadzil Noor pun doakan tapi tak pada suntikan hormonAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-86604776239233726882018-09-22T17:27:34.418+08:002018-09-22T17:27:34.418+08:00Tak payah tukar spec, tukar Menteri Kewangan
Dul...Tak payah tukar spec, tukar Menteri Kewangan

Dulu tipu undi CEC, kata salah Microsoft Excel. Kontrak terowong naik dari RM4 billion ke RM6 billion, salah Microsoft Words.

Sekarang salah sebut RM19.4 billion, titik perpuluhan pulak dipersalahkan.

Kalau asyik tak nampak, tak payah tukar spec. Lawatan ke China pun tak boleh ikut. Tukar saja Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang asyik cari kesalahan orang untuk tidak mahu bantu rakyat kini main pertahan orang yang salah.

Sampai masa tuhan akan tukarkan.

Wow! Orang muda tak main jual... tukar saja.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-24225779286824912312018-09-22T12:57:00.378+08:002018-09-22T12:57:00.378+08:00Memang tepat sindiran Seniman Agung kita melalui f...Memang tepat sindiran Seniman Agung kita melalui filemnya '6 Jahanam'.
PM ke 6 dgn pengikut2nya memang jahanam lagi menjahanamkan.....!!Othman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/11879708262237932092noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-28045037303181268632018-09-22T12:28:38.434+08:002018-09-22T12:28:38.434+08:00Memang tepat sindiran Seniman Agung kita melalui f...Memang tepat sindiran Seniman Agung kita melalui filemnya '6 Jahanam'.
PM ke 6 memang jahanam lagi menjahabamkan.....!!Othman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/11879708262237932092noreply@blogger.com