tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post604138104259160149..comments2024-03-21T22:47:37.345+08:00Comments on Shahbudin dot com: Talkin Untuk NajibShahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-29848267005760633482014-09-12T08:58:59.592+08:002014-09-12T08:58:59.592+08:00Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak perna...Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

“Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa…saya dah tua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘#WahaiMelayu’ karya Anas Zubedy, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

“Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah,” katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

“Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka…mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

“Kita perlu belajar untuk ikhlas…kalau kita jujur kita akan jadi baik,” katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku ‘#WahaiMelayu’ ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-18077520465806510622014-09-11T22:32:37.250+08:002014-09-11T22:32:37.250+08:00Dah banyak kerosakan yg dibuat oleh UMNO terhadap ...Dah banyak kerosakan yg dibuat oleh UMNO terhadap melayu terutama Tanah Melayu. Bukan Najib shj yg harus ditolak, sebaliknya UMNO itu sendiri perlu dtolak. Kewarganegaraan kpd semua kaum di Mlysia adalah hasil perjuangan UMnO mendapatkan kemerdekaan. Tok Janggut, Datuk Bahaman dss mati menuntut kemerdekaan, sedangkan UMNO hanya duduk dimeja dan sain dokumen, lalu merdekalah Mlysia versi UMNO.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-74475883308957716682014-09-11T22:09:43.501+08:002014-09-11T22:09:43.501+08:00Disini anda boleh baca perbezaan antara unity govt...Disini anda boleh baca perbezaan antara unity govt dan konsensus nasional yg hyk digembar gembur skrg...selamat membaca

http://ibnmustaffa.blogspot.com/2014/09/beza-ug-dan-kn.htmlAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-8397910124878474732014-09-11T21:59:24.106+08:002014-09-11T21:59:24.106+08:00Siapa yang tidak mengenal Dr Mahathir Mohamad? Ap...Siapa yang tidak mengenal Dr Mahathir Mohamad? Apabila beliau berkata sesuatu maka secara spontan beliau akan usahakan ianya supaya menjadi realiti. Selain bijak menangguk di air yang keruh, beliau juga amat licik dalam menjatuhkan musuh politiknya walau dengan apa cara sekalipun. Pernah di suatu ketika di tahun 1998 apabila sebilangan besar rakyat bangun (reformasi) berhimpun saban hari bagi menunjukkan kemarahan mereka di atas pemecatan dan kekejaman beliau ke atas DS Anwar Ibrahim (Tim Perdana Menteri) ketika itu, maka tindakan bijak beliau adalah berdiam diri dan hampir tidak keluar langsung kelibat beliau di media-medai penyiaran maupun di media-media cetak. Suatu tindakan yang amat bijak kerana beliau tahu kemarahan rakyat akan bertambah memuncak apabila beliau membuat pelbagai kenyataan samada kenyataan yang berbentuk memujuk atau menentang. Beliau hanya muncul apabila keadaan sudah reda dan api kemarahan rakyat sudah menunjukkan penurunan suhu di kala itu. Walaupun ramai yang kurang menyenangi cara beliau berpolitik tetapi cara beliau menangani rakyat adalah yang terbaik. Berbanding senario politik yang berlaku di Selangor ketika ini menampakkan DS Anwar Ibrahim pun mengambil langkah bijak beliau dengan kurang mengeluarkan kenyataan dan bertahan buat sementara waktu (sebelum menyerang balas). Sebaliknya tidak begitu kepada Tn Guru Hadi Awang, beliau tidak henti-henti memberi kenyataan, tidak cukup di dalam lidah rasmi PAS Harakah, media rasmi musuh politik beliaupun (Media Prima - milik UMNO) sanggup menyediakan slot selama 15 minit bagi membuat kenyataan demi kenyataan bagi menyerang rakan sepasukan, tidak cukup dengan itu beliau dibantu oleh pihak-pihak yang bergelar Ulama Muda PAS bagi mentafsir mana-mana perlembagaan atau Hadis-Hadis yang dapat membantu dan menyelamatkan maruah beliau dari malu besar oleh kenyataan dusta dan tindakan sasau yang telah dibuat secara berseorangan (mungkin bersama Mustafa Ali) mendahului AJK PAS Pusat sebelum itu. Bukankah beliau sendiri yang selalu mewar-warkan bahawa politik dalam Islam adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Tanpa disedari, tindakan beliau bolehlah ditafsirkan sebagai politik suku dan agama suku (tidak berbeza dengan politik UMNO). Daripada senario di atas boleh dihuraikan bahawa berpolitik memerlukan strategi dan kesabaran serta sedikit sebanyak kebijaksanaan yang dilihat kurang pada diri Tn Guru Hadi Awang. 1Cronynoreply@blogger.com