tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post25009242489396690..comments2024-03-09T13:59:45.187+08:00Comments on Shahbudin dot com: "ANA DATANG TEMPAT ENTE, JANGAN PULA ENTE TAK DATANG KE TEMPAT ANA"Shahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger150125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-43677785423370002522018-09-09T15:30:04.847+08:002018-09-09T15:30:04.847+08:00Hospital Kajang sesak, kadar guna katil 150% sehar...Hospital Kajang sesak, kadar guna katil 150% sehari
Bernama | Diterbitkan 9 Ogs 2018, 9:10 malam | Dikemaskini 9 Ogs 2018, 9:12 malam

A+ A-
Hospital Kajang sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.

Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.

Katanya kadar kemasukan tinggi itu telah memaksa pihak hospital menerima kemasukan pesakit walaupun melebihi kapasiti hospital berkenaan.

Oleh itu Dr Dzulkefly berkata beliau telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil.

“Buat masa ini Hospital Kajang mempunyai 326 katil, jadi saya telah minta supaya pihak hospital buat permohonan sekurang-kurangnya tambah 15 katil lagi.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, pihak kementerian bercadang untuk membina blok tambahan dan menaik taraf bangunan sedia ada,” kata Dr Dzulkefly kepada pemberita setelah melawat hospital itu di Kajang, hari ini.

Lawatan itu dibuat bagi meninjau kesesakan hospital itu susulan aduan seorang pengguna di laman Twitter bulan lalu yang turut mendapat reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang juga diharap dapat menampung jumlah kemasukan pesakit yang meningkat.

Menurutnya, projek yang dijangka siap pada 2021 itu bakal mempunyai kapasiti sebanyak 272 katil.

“Dengan adanya projek naik taraf ini kami harap fasiliti baharu ini akan beri keselesaan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat,” katanya.

- BernamaAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-45732373909786313582018-09-09T15:29:27.564+08:002018-09-09T15:29:27.564+08:00PAS desak HARAPAN dedah jumlah dana dari IRI
PA...PAS desak HARAPAN dedah jumlah dana dari IRI

PAS memandang serius pendedahan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) berhubung penglibatan parti politik negara ini terhadap pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pembangkang mendesak agar kerajaan melakukan siasatan segera mengenai pendedahan itu kerana melibatkan campur tangan politik negara.

"Kita desak mereka dedahkan jumlah dana yang diberikan kerana ada pengakuan mereka beri dana kepada parti (HARAPAN) di Malaysia.

"Kita harap satu siasatan dibuat bagi mendedahkan semua penglibatan IRI dalam campur tangan politik dalam negara," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu merujuk kepada kenyataan Presiden IRI, Daniel Twining Yang mendakwa pertubuhannya telah berusaha untuk "mengukuhkan" parti pembangkang di Malaysia.

Kumpulan yang berpangkalan di Washington itu mengakui turut bekerjasama dengan parti-parti politik Malaysia merentasi spektrum siasah yang melibatkan BN dan Pakatan Harapan.

Penjelasan kerajaan

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, pembangkang mendesak agar kerajaan HARAPAN memberikan penjelasan yang sah mengenai dakwaan IRI.

"Bagi PAS apabila IRI telah membuat pengakuan bahawa mereka punya kaitan dengan memberikan bantuan strategi dan dana kepada parti politik pembangkang yang sudah tentunya bukan PAS.

"Kita nak mintak kepada pihak yang dikatakan oleh IRI telah dibantu sehingga mereka menjadi kerajaan persekutuan supaya mereka buat penjelasan kepada rakyat.

"Mereka perlu beri penjelasan sama ada dakwaan itu adalah betul atau tidak. Kalau tiada kaitan mereka kena buktikan bahawa mereka tidak ada kaitan," katanya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Tony Pua mendedahkan semua parti politik di Malaysia terlibat dengan latihan yang dianjurkan oleh IRI.

Katanya bukan sahaja partinya, DAP, malah Umno, Pas, Gerakan, MCA juga pernah terlibat terlibat dengan latihan anjuran IRI.

“Tak kiralah Umno, Gerakan, MCA, DAP semua terlibat kerana latihannya seperti komunikasi dan internet.

“Jadi mereka menganjur latihan melibatkan semua parti. Ia bukan sahaja kami. Mereka juga telah mengeluarkan kenyataan,” ujar Tony Pua.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-53772300431135742492018-09-09T15:28:51.800+08:002018-09-09T15:28:51.800+08:00Cubaan “beli” MP Batu RM25 juta oleh ‘geng’ Anwar
...Cubaan “beli” MP Batu RM25 juta oleh ‘geng’ Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara, P Prabakaran menyangkal dakwaan beliau dibayar RM25 juta untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Batu.

Wakil rakyat berusia 22 tahun itu menyifatkan dakwaan berkenaan sekadar khabar angin.

“Itu tidak benar dan saya tidak boleh ulas perkara yang tidak betul.

“Mereka suka sangat kepada saya, mungkin sebab itu mereka buat cerita ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Desas-desus tersebar di media sosial mendakwa beliau dibayar sejumlah wang demi memastikan Anwar yang baru menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, Ahad lalu, boleh memasuki Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri ke-8.

Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong menyuarakan kesediaan melepaskan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar, selepas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah enggan melepaskan kerusi Parlimen Pandan serta Permatang Pauh.

: Kali ni bukan sahaja Rafizi menangis, tapi Anwar pun turut menangis sama....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-37460914594228573472018-09-09T15:27:45.579+08:002018-09-09T15:27:45.579+08:00Yana Samsudin tolak bersalaman dengan ahli Running...Yana Samsudin tolak bersalaman dengan ahli Running Ma tapi Dr Maszlee & Mat Sabu suka bersalam...

TINDAKAN pelakon dan pengacara Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man mendapat perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik Yana pada Sabtu, dia menolak secara baik apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Jee Seok untuk bersalaman dengannya.

Bagaimanapun, Yana kemudian menjelaskan bahawa dia hanya bersalaman dengan wanita.
"I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)" ujarnya.

Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 170,000 tontonan di laman sosial miliknya.
Rata-rata memuji tindakan pelakon filem Adnan Sempit ini yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah.

Sementara itu Yana berkata, dia akan bersiaran secara langsung bersama ahli Running Man pada Ahad ini di TV9 dalam rancangan CJ Wow Shop.

"Esok (Ahad) bersedia Yana akan bersama abang dan akak dari Korea Runing Man untuk offer korang barang yang terbaik dari Korea," ujarnya.

Empat selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV.

Antara selebriti tersebut iaitu anggota Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).

Tapi malang yang hebat bercakap Islam tak boleh nak bagi penerangan kepada bukan Islam bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersalam. Ambil pandangan yang daif... tak ada jati diri Islam yang kuat. Hanya bercakap sahaja kuat.

Yang ini pun sama parti Islam baharu kononnya. Sangat rosak kalau pimpinan yang dikatakan hebat dalam perjuangan bersama PAS dulu kini lebur dengan tangan lembut perempuan.

Sepatutnya Dr Maszlee Malik dan Mat Sabu belajar dengan artis Yana.

: Dr. Maszlee jadi rujukan IKRAM, agaknya apa alasan IKRAM nak menghalakan perkara ini?....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-75966759950236077512018-09-09T15:26:41.680+08:002018-09-09T15:26:41.680+08:00Rayer MP Jelutong banyak kali buat kerja bodoh gan...Rayer MP Jelutong banyak kali buat kerja bodoh ganggu perbahasan

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berang apabila RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) berulang kali mengganggu beliau di Dewan Rakyat dengan soalan mengenai isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan kapal layar Equanimity.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, Khairy menegaskan bahawa GST adalah sistem yang lebih cekap daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Rayer kemudian mencelah dan bertanya: “Kalau efisien, isteri YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) ada bayar GST untuk semua barang-barang yang dibawa masuk.... (bernilai) RM60 juta.”

Najib ketika soalan diajukan tidak berada di Dewan Rakyat. Rayer dipercayai merujuk kepada barangan kemas yang dihantar oleh seorang tukang emas Lubnan kepada Rosmah untuk dipertimbangkan untuk dibeli.

Khairy kemudian terus membidas Rayer dan mendakwa pemimpin DAP itu cuba untuk meletakkan namanya setaraf dengan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong dari 1978 hingga 1999.

"Jelutong sahabat saya tetapi sejak jadi ahli parlimen, dia sangat desperate nak jadi seperti Karpal Singh, ahli Parlimen Jelutong dulu.

“My friend, I have the honour being in this Dewan with Karpal Singh and you are no where near,” katanya.

Rayer membalas dengan menjawap bahawa tidak sesiapa yang dapat menyaingi Karpal Singh dan mencadangkan supaya Khairy menjawab soalannya jika beliau adalah "seorang lelaki".

“Seperti tuduhan kamu, perkara ini mestilah didakwa di mahkamah terlebih dahulu sebelum kamu membuat andaian,” kata Khairy sebagai Rayer.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian campur tangan dan menggesa Khairy untuk meneruskan ucapannya.

Khairy berhujah bahawa sistem GST membolehkan kerajaan untuk melihat keseluruhan rantaian bekalan.

"Ini kerana mereka perlu mengisytiharkan kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Rayer sekali lagi mencelah, kali ini bertanya jika GST telah dibayar untuk pembelian kapal layar mewah Equanimity, yang dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho dengan menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Khairy akhirnya mula hilang sabarnya dan membidas Rayer.

"Betul, betulkah? Jika ini kualiti perbahasan kamu, baik baliklah, duduk,” katanya.

Dalam perbahasannya, Khairy menggesa kerajaan supaya memperbaiki kelemahan dalam sistem GST dan bukan memasuhkannya.

Beliau berkata mungkin termasuk penambahbaikan mekanisme pembayaran balik, mengurangkan kadar dan memperluaskan senarai pengecualian.

: Macam mana PH nak bentuk kerajaan yang berwibawa kalau MP mereka masih kebudakan membuat pertanyaan mengganggu isu dibahaskan dengan trolling daripada isu sebenar ....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-28995129073796842382018-09-09T15:25:51.082+08:002018-09-09T15:25:51.082+08:00Pendedahan IRI: Malaysia dalam bahaya
SELURUH r...Pendedahan IRI: Malaysia dalam bahaya

SELURUH rakyat Malaysia terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Daniel Twining, Presiden IRI (International Republican Institute) di dalam satu forum yang bertajuk “Supporting Democracy In Challenging Times” di Washington pada 17 Julai 2018. Kita sedia maklum bahawa IRI merupakan sebuah badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat.

Di dalam forum tersebut, Daniel mendedahkan bahawa IRI bukan sekadar menjalinkan hubungan dengan pemimpin pakatan pembangkang sejak 2002 (15 tahun lalu), malah menyalurkan bantuan strategi dan dana kepada parti-parti pakatan pembangkang pada waktu itu bagi menjatuhkan kerajaan sebelum ini.

Lebih daripada itu, IRI turut mengadakan perjumpaan bersama pemimpin kanan Pakatan Harapan di Pejabat Perdana Menteri setelah Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Walaupun beberapa pimpinan PKR dan DAP menafikan tuduhan tersebut, namun PAS melihat penafian ini belum cukup disebabkan pihak IRI sendiri yang membuat pengakuan dan pendedahan tersebut.

Bagi PAS Wilayah Persekutuan, pendedahan dan pengakuan ini merupakan hal yang terlalu berat dan tidak boleh dipandang ringan. Tindakan membenarkan campur tangan asing akan mengakibatkan kuasa luar menjadi pencatur kepada pentadbiran serta hala tuju negara. Tambahan pula, ia juga meletakkan negara dan rakyat dalam suasana yang tidak selamat sekali gus negara bakal menerima ancaman besar daripada pertembungan kuasa Amerika Syarikat dan China.

Justeru, PAS Wilayah Persekutuan mewakili seluruh rakyat Wilayah Persekutuan mendesak agar pihak kerajaan mengambil langkah sebagaimana berikut:

i. Kerajaan wajib membuat penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap tuduhan yang dibuat oleh IRI. Sekiranya tuduhan ini adalah benar, kerajaan perlu mendedahkan berapakah jumlah dana yang telah diterima oleh Pakatan Harapan daripada IRI? Bagaimanakah dana tersebut disalurkan kepada pimpinan Pakatan Harapan? Apakah perjanjian yang termeterai antara Pakatan Harapan dengan IRI?

ii. Sekiranya pengakuan dan tuduhan IRI tersebut merupakan fitnah dan palsu, rakyat mendesak agar kerajaan Malaysia menyaman IRI atas pengakuan palsu yang dilemparkan kerana telah menjatuhkan maruah Malaysia dan seluruh rakyat negara ini.

iii. Pihak kerajaan turut didesak agar menubuhkan satu badan siasatan yang bebas bagi menyiasat keterlibatan IRI dan campur tangan politik dalam Malaysia. Hal ini penting agar Malaysia tidak menjadi boneka kepada mana-mana kuasa besar dunia.

iv. PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang diluluskan di parlimen agar seluruh rakyat mengetahui sumber dan dana sesebuah parti politik. Hal ini penting agar tiada pihak luar yang campur tangan demi kepentingan kuasa luar. Akta ini telah PAS kemukakan dan draf akta ini telah diserahkan pada Pejabat Perdana Menteri sebelum ini.

PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar kerajaan dapat memberi maklum balas dengan kadar segera dan mengambil berat dalam isu ini.

Haji Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

: 4 parti dalam Pakatan Harapan membiasu agar isu ini tertutup dengan sendiri....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-51385296578647833352018-09-09T15:24:59.427+08:002018-09-09T15:24:59.427+08:00BR1M: Azmin sangat dangkal
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GH...BR1M: Azmin sangat dangkal
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 26 OGOS 2018
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A-A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membantah cadangan sama ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikurangkan atau dimansuh.

Katanya, pemberian wang tunai seumpama ini (cash transfer) satu polisi yang diamalkan oleh banyak negara lain.

"Bantuan ini sangat membantu menanggung beban sara hidup bagi golongan pendapatan rendah (B40).

"Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan‘duit raya’ untuk kakitangan awam," katanya menerusi twitternya hari ini.

Dalam pada itu Khairy menyangkal alasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa BR1M yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat

"Alasan Azmin Ali sangat dangkal.

"BR1M boleh dikukuh dari segi pengesahan penerima yang layak (better means testing) & perbelanjaan bersyarat (hanya boleh guna untuk beli barang2 tertentu sahaja," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BR1M dihentikan, ada unsur rasuah]

Hari Azmin menegaskan bahawa pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan BN terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan di bawah pimpinan PH sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-20430358636025190642018-09-09T15:24:09.512+08:002018-09-09T15:24:09.512+08:00Harga barang lebih mahal
Ameer yang telah menjala...Harga barang lebih mahal

Ameer yang telah menjalankan perniagaan sejak 1980-an turut memberi penjelasan mengenai perbandingan harga sekiranya SST dilaksanakan.

Menurutnya, jika cukai SST dikenakan pada kadar 10 peratus, harga barangan- selain makanan segar dan dalam tin - akan melambung naik bebeza semasa GST dilaksanakan.

"GST lebih telus dan efisien cuma masalahnya kadarnya terlalu tinggi. Kerajaan boleh turunkan harga tapi kerajaan perlukan duit, itu kita faham.

"SST pula lebih terdedah kepada ketirisan kerana hanya satu peringkat sahaja dan sukar untuk diawasi.

"Semua orang setuju, dan kerajaan pun setuju (SST terdedah kepada ketirisan) tapi mereka kata tak apa sebab mereka akan buat denda dan harap orang akan ikut," katanya.

Namun menurut Ameer kerajaan sebenarnya "sudah terlambat" untuk berundur daripada janji yang diikrarkan sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Nasi sudah menjadi bubur, sebab mereka semua ini ahli politik," katanya.

Menjelaskan mengenai bagaimana SST akan memberi kesan terhadap harga barang, Ameer memberikan contoh sekiranya kadar cukai berkenaan terbahagi kepada tiga iaitu sifar peratus, lima peratus dan 10 peratus.

Memiliki lebih 70 pasar raya di seluruh negara, Ameer menerangkan meskipun angka kadar cukai berkenaan merupakan satu andaian namun sebagai seorang ahli perniagaan yang terlibat dengan proses rantaian bekalan, pengilangan, mengedar serta menjual, beliau berkata harga barangan berubah mengikut kadar SST.

"Kita (Mydin) buat semua, sudah tentu kita tahu. Sudah tentu ia andaian.

"Kalau nak senang kita ambil begini: pengilang biasanya ambil keuntungan dalam 20 peratus, ini margin. Sudah tentu ada yang ambil keuntungan 15 peratus, 25 peratus tetapi ini kita andai secara umum. Kita perlu andaikan sesuatu dan berikan angka.

"Pemborong pula akan ambil (keuntungan) lima atau 10 peratus sahaja begitu juga dengan pengedar.
"Kalau di butik, margin keuntungan ialah 300 peratus. Baju kalau beli dengan harga RM100, ia akan dijual dengan harga RM400. Kalau di pasar raya contohnya di Mydin, kami beli RM100, jual RM120.

"Jadi kita ambil margin 20 peratus (pengilang), 10 peratus (pengedar) dan 20 peratus (penjual). Kalau kita ambil pengiraan begini, semua barang yang SST sifar peratus akan murah berbanding enam peratus GST.

"GST mempunyai tiga peringkat tetapi diakhirnya hanya enam peratus," katanya.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya barangan yang dikenakan SST pada kadar lima peratus, harga barangan itu pada akhirnya mempunyai harga hampir sama semasa GST dilaksanakan.

"(Jika lima peratus) maknanya tiada beza jika kerajaan melaksanakan SST atau GST, harganya sama.
"Tetapi jika ada barangan yang dikenakan 10 peratus SST, harga barang akan mahal. Tak boleh cakap tak akan ada barang yang tak naik harga," jelas Ameer lagi.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-58969665539736776542018-09-09T15:23:14.566+08:002018-09-09T15:23:14.566+08:00PENYAMUN SINDIR PEROMPAK
Najib sindir k'jaan...PENYAMUN SINDIR PEROMPAK

Najib sindir k'jaan HARAPAN tak pandai matematik
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 10:54 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 11:15 malam

A+ A-

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Melalui kenyataan di Facebook, Najib merujuk isu Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.

Najib menyorot bahawa MCKIP adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China.

Jelas Najib, memiliki 50 peratus tapak perindustrian di negara China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk lebih baik berbanding memiliki 100 peratus taman perindustrian di Malaysia yang mempunyai 30 juta orang.

"MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51 peratus saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49 peratus.

"CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51 peratus pegangan saham dan 49 peratus oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

"CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

"Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50 peratus tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100 peratus untuk pasaran 30 juta orang sahaja," katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Malaysiakini selepas pulang dari negara China minggu lalu bahawa beliau mahu merobohkan tembok di MCKIP.

Selain itu, Najib juga merujuk kenyataan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok di MCKIP hanya mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian itu.

"Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

"Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar HARAPAN.

"Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Dr Mahathir tidak lama lagi.
"Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

"Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk," kata Najib.

Kenyataan terbaru Najib itu merupakan kenyatan kedua hari ini yang menyifatkan "fitnah terhadap BN diperbetulkan".

Terdahulu, Najib turut menyifatkan hal serupa berhubung kenyataan Timbalan Menteri Dalam negeri Datuk Azis Jamman berhubung angka kes kaum India tanpa kewarganegaraan.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-63439510397764583972018-09-09T15:22:01.410+08:002018-09-09T15:22:01.410+08:00LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan major...LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti
9 OGOS 2018
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A-A+ (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

“Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak… majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

“Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara,” katanya.

"Kalau mereka (golongan LGBT) mengamalkannya di ruang peribadi mereka itu adalah antara mereka dengan Tuhan tetapi apabila mereka mengamalkannya di khalayak dan mempromosikannya pula, maka itu melanggar norma-norma dan syariat. Kita menghormati hak mereka tetapi mereka perlu bataskannya hanya di ruang peribadi," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan seminar Cakna Isu-Isu Semasa “Wacana Kontemporari Wanita dan Hak Asasi”, Fuziah berkata adalah penting untuk memastikan golongan wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan.

“Ini adalah kerana perspektif yang dibawa wanita adalah berbeza daripada lelaki dan bagi memberi keseimbangan dalam setiap keputusan perlu adanya input-input daripada golongan ini," katanya. –BernamaAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-13930338249122137322018-09-09T15:20:47.457+08:002018-09-09T15:20:47.457+08:00Pas tanding untuk menang
MUHAMMAD FAIZ SULONG 20 O...Pas tanding untuk menang
MUHAMMAD FAIZ SULONG 20 OGOS 2018
Pas tanding untuk menang
Halimah (tengah) sewaktu menyantuni masyarakat di sekitar Pasar Malam Kampung Lindungan sempena kempen PRK Seri Setia.
A-A+ (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Pas bertanding pada PRK Dun Seri Setia dengan matlamat utama untuk memenangi kerusi berkenaan, bukan sekadar untuk mengurangkan majoriti undi.

Calon Pas, Dr Halimah Ali berkata, biarpun majoriti undi yang dimenangi PH pada PRU14 lalu satu jumlah besar, namun perlu dilihat faktor utamanya adalah kerana kehendak rakyat yang mahu perubahan waktu itu.

"PRU14 suasananya lain, kita lihat jika (PRU14) kalau PH letakkan calon muda ke calon yang faham politik atau tidak pun, boleh menang.

"Tapi ini PRK , suasananya berlainan. Jadi Pas bertanding kali ini sudah tentu untuk menang.

"Realitinya, pertandingan mana-mana pun ia 50-50 (peluang), jadi saya dan jentera Pas bekerja untuk menang pada PRK Seri Setia," katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan kempen di Pasar Malam Kampung Lindungan, sebentar tadi.

Selain itu, Halimah yang juga bekas Adun Selat Klang tidak menafikan ketika ini, pola kecenderungan pengundi di kawasan bandar bandar dilihat condong menyokong PH.

Katanya, hal itu berikutan kebanyakan mereka telah dipengaruhi dengan persepsi yang salah, khususnya terhadap parti Pas.

"Pola pengundi kawasan bandar sokong ke arah PH kerana mereka telah termakan persepsi yang salah mengenai Pas.

"Jadi tugas kami dalam tempoh berkempen ini adalah menerangkan kepada pengundi mengenai Pas dan kenapa pentingnya suara pembangkang yang kuat

"Andai kata PH menang lagi, samada boleh tunaikan 100 Hari 10 Janji atau tidak, perkara itu tidak akan didengar lagi. Jadi, PRK Seri Setia ini adalah referendum untuk rakyat," katanya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-42845164955932961402018-09-09T15:19:51.757+08:002018-09-09T15:19:51.757+08:00HSR: Penafian Singapura malukan Malaysia
KUALA ...HSR: Penafian Singapura malukan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pembangkang terkejut dengan penafian Singapura terhadap kenyataan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan bertemu wakil republik itu atas urusan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan rasmi negara jiran itu memalukan kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai ‘pembohong besar’ dan mereka–reka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

“Jika benar kenyataan itu, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH (Pakatan Harapan) benar-benar membuat kerjanya” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa rakyat tidak dimaklumkan mengenai kedudukan sebenar rundingan dengan republik itu.

“Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita? Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

“Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan ‘silap mata’ terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14,” katanya.

Beliau turut membidas tindakan kerajaan baharu PH yang membuat pusingan ‘u’ terhadap janji untuk menghapuskan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional bagi kepentingan politik. – MalaysiaGazetAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-83757307070862678102018-09-09T15:18:56.457+08:002018-09-09T15:18:56.457+08:00Pulau Pinang Promosi LGBT Di George Town Festival
...Pulau Pinang Promosi LGBT Di George Town Festival

MALAYSIA baharu yang disebut-sebut lahir selepas 9 Mei ini telah menonjolkan macam-macam penyelewengan akhlak dan agama.

Terbaru di Pulau Pinang, sebuah pesta dikenali George Town Festival diadakan sepanjang bulan Ogos ini hingga awal September.

Festival tahunan ini akan menjadi program yang diadakan selari dengan bulan kemerdekaan, dan akan mengadakan sambutan merdeka mereka sendiri.

Sambutan merdeka mereka tentulah mengangkat versi alternatif sejarah, seperti mempromosi komunis.

Dikatakan pesta ini meraikan kebudayaan dan warisan George Town, Pulau Pinang di samping budaya tempatan yang lain.

Tetapi ia sudah jadi acara besar-besaran mempromosi agenda liberal puak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Termasuk yang dipromosikan ialah budaya songsang LGBT, dengan tokoh-tokoh mereka terpampang mempromosikan kegiatan mereka.

Acara disokong kerajaan negeri Pulau Pinang ini mengiktiraf golongan LGBT ini melalui festival yang menjadi program pelancongan negeri ini.

Nama-nama seperti Siti Kasim yang bekerja keras memperjuangkan ajaran pelik, Nisha Ayub yang mendapat anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat, Pang Khee Teik penggerak program LGBT Seksualiti Merdeka dan aktif dalam menuntut hak LGBT antara yang ditonjolkan.

Jelas bahawa ini hanya boleh berlaku di bawah pemerintahan PH yang menyebar ajaran liberal kepada masyarakat.

Kalau dulu mereka masih menyorok menjalankan program, bawah “Malaysia baharu” mereka boleh mengadakan program terbuka yang disokong kerajaan negeri. – MYNEWSHUB.TV

: Memang bukan Islam akan buat perkara yang merosakkan, tapi malangnya apa 'haramjadah' yang pimpinan Islam dlm PH jadi tunggul aje....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-48045755372519170422018-09-09T14:39:01.706+08:002018-09-09T14:39:01.706+08:00Bro JL....
That was a marvellous post mortem sign...Bro JL....

That was a marvellous post mortem signalling umno, pas & mca are dying entities which no longer garner majority support from the rakyat.

It's commendable on your part posting remarks & comments from the rakyat.

Warm regards & Salam Perjuangan.Othman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/11879708262237932092noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-68945022302094750822018-09-09T14:13:57.926+08:002018-09-09T14:13:57.926+08:00As usual, you make my Sunday very very "beaut...As usual, you make my Sunday very very "beautiful shiny Sunday', pal.

Warm regards & Salam Perjuangan.Othman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/11879708262237932092noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-20408195083912246052018-09-09T14:08:55.791+08:002018-09-09T14:08:55.791+08:00Cantiknyer pantun Sawaludin Lamin - ringkas, padat...Cantiknyer pantun Sawaludin Lamin - ringkas, padat & tepat.

Padan muka si sialan kejora tonggeng yg dah jelma jadi nor ramli......!!!Othman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/11879708262237932092noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-12002486399842082272018-09-09T09:57:07.111+08:002018-09-09T09:57:07.111+08:00Ente khulud ana pisang kelat, mulut ente busyuk un...Ente khulud ana pisang kelat, mulut ente busyuk undi untk ana x lekat. Padan mukaSawaludin laminhttps://www.blogger.com/profile/18091013710525361143noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-56349650510472283282018-09-09T08:34:07.581+08:002018-09-09T08:34:07.581+08:00Alaaa apo la slh ehh dio poi..pas tu islam umno tu...Alaaa apo la slh ehh dio poi..pas tu islam umno tu pun org islm selagi dio x mnyeghutukn allh...setakat dia mnyamun tu allh akn mmbalas ats prbuatnyo..dari poi muktamar Dap yg toghang2 kafir lknatullh tu..apo yg bolaku skrg mgkin pngajaran utk umno muhasabh..kembali pada qran hadis..utk pas jgk pengajaran dh dpt dulu masa dudok serumh dgn Dap ni..maka walaupun aku mngundi ph pilinry baru ni tapi la ni pengajaran jgk buat aku rupanye Ph ni indh khabar dr rupa...jadi tepok dada tnye selera..syaitonnnnnnNorramlihttps://www.blogger.com/profile/14434424325690823610noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-11186478810912582912018-09-09T07:15:47.242+08:002018-09-09T07:15:47.242+08:00KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Zulaylee Omar

Tahniah kpd seluruh jentera prk PH bg dun seri setia dn balakong krn berjaya mngekalkn kerusi d kedua² dun tersebut.

Kemenangan ini satu kejayaan besar kpd spr dn kerajaan PH krn inilah satu²nya pilihnraya yg d kendalikn oleh PH sbg kerajaan.

Secara keseluruhn, apa yg d harpkn dri satu pilihnraya yg bersih oleh kerajaan yg bersih dpt d zahirkn.

Tiada 'pngaruh tidak wajar' dri mana² individu kerajaan dn kerajaan sendiri ketika proses prk d ketiga² dun tersebut d jlnkn. Tiada ugutan dn paksaan ke atas pngundi termasuk anggota² keselamatan dlm menunaikn hak mrk sbg pngundi.

Tiada dorongn 'rasuah' oleh oleh kerajaan utk pngaruhi pngundi². Soal saper dn parti mn yg menang, berapa ramai yg kuar dn tidak kuar mngundi adalah hak pngundi. Namun pngundi harus faham bhw sistem pilihnraya d ujudkn utk kita tunaikn hak kita utk memilih pemimpin, mewakili rakyat d dun atau parlimen.

Kita hanya berminat utk melihat wakil² PH yg d calonkn berjaya menang d tiga² prk yg berkenaan. Kita tidak berminat dgn ulasan² politik dr pihak pmbangkang yg tewas.

Kemenangn d tiga² prk tersebut menandakn rakyat mau kekalkn kerajaan yg ada skrg dn menolak pmbangkang wlu pelbagai cara d lakukn pmbangkang utk pengaruhi rakyat.

Gabungn pas-umno masih tidak mampu utk mncuri wlu satu kerusi pun dr tiga prk ini krna pngundi sudah fhm bhw undi mrk mngutama kn aspek 'public versus' dn tidak terikat kpd politik perkauman dn agama.

Rakyat mau kn politik integriti, politik berprinsip, politik idealisme, politik nilai dn bukn politik perkaumn, hizbiyyah, dogmatisme, fanatisme agama.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-28757767879401169012018-09-09T07:09:03.391+08:002018-09-09T07:09:03.391+08:00KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Wawa Wanie

Padan muka pas. Biar dia reti langit tu tinggi rendah. Terimalah atas muka tu. Orang dh tak terima parti jenis mcm ni. Pas parti reject.

Ayoyo Apak

Jauhi diri anda dari penyokong pas selama 3 hari...mereka tengah naik seh sekarang....ada yg dah terjun lombong dah...takbirrr

Akmal Azakab

Hakikatnya sejak dr hazali ko xleh bersatu... tp kebengangan ko punya pasal dgn amanah... ko sanggup jilat walupun ko x suka... lihat skrg lembing makan tuan...

Fadhil Tarmizy II

bak kata KJ, rakyat tak kisah pasal manifesto.. janji BN parti jibby dan sekutunya PAS tumbang..baru berapa bulan PH perintah, kalau korang nak tengok hasilnya, tunggu lah 2-3 tahun

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-50506630125962974762018-09-09T07:04:18.433+08:002018-09-09T07:04:18.433+08:00KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Moe Oberon

Pemimpin PAS silap strategy. Kalau tak sekongkol dgn UMNO, pasti boleh dapat undi jauh lebih tinggi. Silap2 menang. Hadi bangang!

Nazri Razali

Halimah apa yg kami lihat pada prk kali ni rkyt tak klua mngundi kerana sudah bosan dgn janji2 PAS /Umno...
itulah suara2 pengundi yg kami jumpa tadi...oleh kerana itu selepas prk ini Sy bercadang utk sertai ph setelah kejayaan ph mentadbir Malaysia...syabas PH.

Masharlan Harlan

Selagi pas masih sokong sama geng Bugis lanun selagi itulah kita tak dokong penasihat Bugis lanun ngok mampuslah pas

Rizqiraziq Sufyan

peratusan kuar mengundi rendah, jd memang la peratusan pakatan menurun..kalau prk ni sehebat pru yang keluar mengundi, mau melingkup trus umnopas ni..xpe la..tahniah pakatan..sbb peratusan rendah pun masih menang dgn majoriti tinggi..umnopas,

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-66471935591508749602018-09-09T06:53:01.747+08:002018-09-09T06:53:01.747+08:00KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Abd Hadi Mohamad

Kalau org nak protes, mereka akan keluar mengundi beramai² utk menangkan pembangkang mcm PRU lps, bukannya duduk rumah goyang kaki.. Bila tak ramai yg keluar, samada mereka dah rasa selesa dengan PH atau dah putus asa & anggap PAS pun sama 2x5..Umno Jd, buat apa nak keluar mengundi..

Rizqiraziq Sufyan

Zulkifly Ahmad Khairuddin..dia bkn tido atau ponteng...tp dok skodeng cikgu mengajar..sbb tu xberkat..sbb tu bodoh mengomen tanpa kira komen tu bahlol ke bengap..dh darah daging bengap..sia anak2 dia nti..mewarisi bkn harta benda..tp bengap ngan bangang..

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-20846471344847470232018-09-09T06:49:52.939+08:002018-09-09T06:49:52.939+08:00KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Faizal Msr

Kalah sebab join dgn umno...arwah tok guru pesan jgn berkawan dgn umno...umno x blh dipercayai oleh rakyat amnya

Zainal Yusof

sebaik saja umno umum Pas diberi laluan utk bertanding di Seri Setia , si Zuhdi buat kenyataan Pas akan MENANG dengan simple majoriti.

Si budak Abduh pulak buat kenyataan Pas semakin dpt sambutan.
Mimpi lah ko org berdua.

Hamid Bin Rashid

bermaruah apanya Mohd asri ! pi sembah UMNO lepas tu pi sembah MCA kalah juga dgn terhina !!

Zulkifly Ahmad Khairuddin
bangang ke bongok ko ni??da org kluar mngundi pn kurg...tentu2 la majoriti menang pn kurg...aduyaiii....ko dulu masa kt skolah, masa cikgu matematik ngajar...ko ponteng kelas ke...ko tido???

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-24377046821546097772018-09-09T06:44:49.193+08:002018-09-09T06:44:49.193+08:00
KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:...
KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang pkr s setia -

Roy Tiara

Semua isu yg dimainkan Umno/Pas tak dilayan pengundi2 bijak. Isu kaum, agama, LGBT, 10 janji 100 hari, SST, TOL percuma, harga petrol RM1.50 bagai semuanya dihumban oleh pengundi bijak di Sg Kandis, Balakong dan Seri Setia. Mulai sekarang Umno/Pas blehlah terus kahwen dan cari isu lain seperti rasuah, pentelewengan kuasa, tunjuk kekayaan, berlagak nak mampos oleh kerajaan PH.

Hasry Perak

Tahniah kpd Halimey Abu Bakar PH, aku berharap ko akan berkhidmat sebaik mungkin utk penduduk Seri Setia agar mengekalkan kemenangan ini di PRU15.

penyokong PAS lebih bijak berpolitik ketika di Sg Kandis menyebabkan UMNO kalah teruk.

UMNO dibawah Zahid mmg nampak lemah.

Ujang Bpj

Ini petanda yg jelas PAS makin ditolak oleh rakyat selangor. Sementara BN umno dan mca semakin pupus dibumi malaysia.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-76044493839933775832018-09-09T06:37:59.403+08:002018-09-09T06:37:59.403+08:00
KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:...
KOMEN2 BERIKUT UNTUK JUSTICE LEAGUE TO JUST LICK:

PH menang pkr s setia -

Adi Masta

tiada alasan dan ulasan bagi yg kalah...pas tetap kalah dlm prk...pas berlajarlah cermin diri, kenal diri, siapa diri...usah lagi cakap besar, mendabik dada saolah mereka saja yg betul...hakikatnya merekalah pemecah belas masyarakat, tiada kebenaran dlm parti pas...maka itu selamanya pas akan kalah...

Muslim MI

Lepas ni dengar sajalah PAS mendabik dada kata dia menang. Forever delusional!

Sha Sali

Nanti ada la yang akan kata menang moral walaupun kalah padahal mana ada istilah menang moral dalam pilihanraya yang ada hanya kemenangan mutlak walaupun 1 undi.

Ali Jem

X kira la % kuar p undi merosot ke undi pas naik setelah bersetongkol dgn umno ke yg paling penting bergabung pon tak meletop...kalah is a looser.. tapi sebab kalah dua prk pada hari yg sama is a total looser...

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08215356706237278526noreply@blogger.com