tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post1329721278902947792..comments2024-03-21T22:47:37.345+08:00Comments on Shahbudin dot com: NAH...INI BALASANNYA!!Shahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger194125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-1995469517400649292018-10-01T00:44:33.128+08:002018-10-01T00:44:33.128+08:00Dasyat org PAS kalau mengomen..Nampak sangat Penun...Dasyat org PAS kalau mengomen..Nampak sangat Penunggang agama. Hilang terus unsur2 Islamiknya.Yoe Hanafihttps://www.blogger.com/profile/01715766425016565427noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-14901462512827519552018-09-29T13:39:25.642+08:002018-09-29T13:39:25.642+08:00Harga rumah dijangka tidak turun selepas SST
WARTA...Harga rumah dijangka tidak turun selepas SST
WARTAWAN SINAR HARIAN 10 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.9K
rumah
Gambar hiasan
A-A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Harga rumah dijangka tidak turun atau mungkin masih kekal kadar lama walaupun perkhidmatan pembinaan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSN Group of Companies (MSN), Masnawi Ariffin berkata, ini kerana harga rumah ditentukan banyak faktor lain, bukan sahaja bahan binaan tetapi juga melibatkan nilai tanah semasa mengikut lokasi, selain kos-kos autoriti.

Selain itu katanya, pemaju terpaksa menanggung kos melibatkan lebih 40 jenis yuran yang dibayar kepada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam proses untuk membangunkan satu projek perumahan.

"Perkara inilah yang akan menyebabkan harga rumah tinggi. Untuk kos pembinaan, bagi saya sebenarnya ia stabil. Masa kenakan GST , pemaju boleh tuntut balik, sekarang tanpa SST harga akan kekal, tetapi pemaju tidak akan turunkan harga rumah.

"Cuma mungkin harga rumah akan kekal. Saya sudah 19 tahun dalam industri dan banyak kali alami pelbagai situasi seperti ini," katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mahu melihat lebih banyak respons positif penggiat industri perumahan, susulan pengumuman perkhidmatan pembinaan dikecualikan SST.

Pengarah yang juga Pengarah Jualan Bandacaya Group, Raja Umar Raja Ali juga senada dengan Masnawi dengan mengatakan, sekiranya harga rumah turun, ia hanya melibatkan rumah jenis apartmen.

Menurutnya, cukai bukanlah penyebab kenaikan harga rumah, sebaliknya berpunca daripada tiadanya pemantauan dari segi penilaian bagi setiap kaki persegi tanah dan binaan.

"Harga rumah boleh dikawal dari segi itu, di mana juru nilai atau penilai kerajaan yang menilai perlu melihat apabila pemaju memohon lesen pemaju atau mendapatkan Permit Import (AP). Mereka kena pastikan harga kaki perseginya standard," katanya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-55245906682351083072018-09-29T13:38:38.655+08:002018-09-29T13:38:38.655+08:00Tak ambil berat usaha dakwah, masyarakat makin cel...Tak ambil berat usaha dakwah, masyarakat makin celaru
WARTAWAN SINAR HARIAN 21 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore477
Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob
A-A+ (Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Masyarakat hari ini semakin bercelaru kerana tidak mengambil berat ajaran Islam dan usaha dakwah, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, kebelakangan ini terdapat banyak suara cuba untuk menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Terdapat juga tuntutan-tuntutan yang songsang dan melawan norma kemanusiaan.

"Sewajarnya kita sebagai umat Islam berusaha untuk memartabatkan Islam bermula dengan diri kita, keluarga dan masyarakat seterusnya negara yang kita cintai ini," katanya dalam perutusan sempena Aidiladha hari ini.

Beliau turut mengambil contoh pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang menjunjung dengan penuh ketaatan dan pengorbanan terhadap perintah ALLAH SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS.

"Segala usaha dakwah dan pelaksanaan undang-undang syariah hendaklah disokong dan didokong sepenuhnya.

"Alhamdulillah, Kelantan sebagai sebuah negeri yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam sentiasa komited untuk memastikan Islam dapat didaulatkan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mendoakan jemaah haji di tanah suci dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur.

"Bagi yang melaksanakan ibadah korban, sama-samalah kita mengikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah yang mulia ini. Semoga segala pengorbanan dan ibadah kita diterima di sisi ALLAH SWT," katanya. - BernamaAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-78650553333553329672018-09-29T13:37:02.447+08:002018-09-29T13:37:02.447+08:00PH MULA BERAHSIA SEPERTI BN
Jomo setuju laporan ...PH MULA BERAHSIA SEPERTI BN

Jomo setuju laporan Majlis Penasihat Kerajaan kekal sulit
Hariz Mohd | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 10:22 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 10:29 malam

A+ A-
Laporan oleh Majlis Penasihat Kerajaan perlu kekal sebagai dokumen sulit kerana kandungannya yang sensitif, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.

Jomo yang juga merupakan bekas anggota majlis penasihat berkenaan memberitahu wartawan hari ini bahawa maklumat di dalam laporan berkenaan yang disediakan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh disalah guna oleh pihak yang mempunyai motif tertentu sekiranya ia dijadikan dokumen awam.

"Kita tidak pernah menulis laporan itu dengan niat untuk menerbitkannya. Niat kami adalah untuk menasihati perdana menteri, yang mana kami jangka dia akan kongsi (laporan itu) dengan menteri yang berkaitan, untuk mereka buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas memberi ceramah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala lumpur petang tadi.

Memberi contoh, Jomo berkata,terdapat perincian dalam laporan berkenaan yang jelas akan memberi kesan kepada perniagaan tertentu dan kerajaan perlu berhati-hati menangani maklumat itu.

"Begitu juga dengan perkara yang memberi kesan kepada negara lain. Kita perlu berhati-hati dengan maklumat itu.

"Sangat penting untuk rakyat menyedari bahawa walaupun kerajaan hari ini perlu lebih telus dan lebih bertanggungjawab, itu tidak bererti setiap langkah kerajaan perlu didedahkan," katanya.

Jomo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa laporan Majlis Penasihat kerajaan yang diserahkan minggu lalu mungkin tidak akan didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun, Jomo menambah, terdapat bahagian dalam laporan itu yang tidak sensitif untuk disiarkan namun boleh disalah guna untuk mengkritik keputusan kerajaan.

Jomo juga memetik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan oleh HARAPAN sebagai contoh.

"Katakan SST sudah diumumkan. Apa relevan mempunyai alternatif lain (bagi cukai berkenaan) ketika ini? Kerana ia akan disalah guna oleh orang yang mempunyai motif tertentu, yang akan kata, tak patut buat ini dan itu," katanya.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-29540409720566360242018-09-29T13:34:13.820+08:002018-09-29T13:34:13.820+08:009.Maka untuk meningkatkan had hukuman bagi Jenayah...9.Maka untuk meningkatkan had hukuman bagi Jenayah Syariah di peringkat negeri, perlu pindaan akta 355 di peringkat parlimen. Justeru RUU355 adalah rang undang-undang yang dicadangkan untuk meningkatkan had hukuman ke atas Jenayah Syariah.

10.Salah satu bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah membicara dan menghukum kes-kes JENAYAH SYARIAH.

11.Terdapat 3 kategori Jenayah Syariah iaitu :
a.QISAS (Jenayah terhadap nyawa dan tubuh badan, bunuh dibalas bunuh, cedera di balas cedera dengan syarat-syarat yang ditentukan, hukum Qisas dinyatakan dalam Quran dan Hadith)
b.HUDUD (Jenis kesalahan dan hukuman dinyatakan dalam Quran dan Hadith iaitu Zina,Qazaf (tuduh zina tanpa cukup saksi),Minum Arak, Mencuri,Memberontak dan Murtad)
c.TAKZIR (Kesalahan dan dosa/maksiat yang hukumannya TIDAK dinyatakan dengan khusus di dalam Quran dan Hadith, hukuman mengikut kebijaksanaan Hakim)

12.Jenis kesalahan dan bentuk hukuman di bawah kategori hudud adalah jelas kerana ianya dinyatakan di dalam Quran dan Hadith. Jadi Hudud hanya sebahagian kecil daripada jenayah syariah yang dibicarakan oleh mahkamah syariah. Proses perbicaraan dan perlaksanaan hukuman adalah mengikut syarat-syarat yang ketat mengikut Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak.

13.Adakah HUBUNGAN SEJENIS (homoseksual) termasuk di dalam makna ZINA? Jika hubungan sejenis adalah kesalahan zina, maka ia termasuk di dalam kategori HUDUD dan hukum hudud untuk penzina adalah rejam (sudah berkahwin) dan sebat 100 rotan (belum berkahwin) dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-64973379364917403082018-09-29T13:33:39.670+08:002018-09-29T13:33:39.670+08:00Hukum Sebatan Ke Atas Salah Laku Seks Sejenis (Hom...Hukum Sebatan Ke Atas Salah Laku Seks Sejenis (Homoseksual): Apa Yang Orang Awam Perlu Tahu

Polemik hukum sebat ke atas pelaku seks sejenis sepasang lesbian di Terengganu menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Sebagai rakyat biasa, saya melihat ini sebagai satu kesempatan untuk menambah kefahaman mengenai hukum jenayah syariah. Saya dapati ramai orang awam seperti saya yang keliru tentang isu pokok yang sepatutnya diperjelaskan oleh alim ulamak kita bila menangani polemik ini. Daripada sudut yang positif, polemik ini sepatutnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk menambah ilmu pengetahuan, bukan medan bertelagah dan melempiaskan amarah penuh emosi samada untuk mempertahan ataupun menentang.

Apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas pasangan lesbian di Terengganu, wujud 2 golongan iaitu golongan yang menyokong dan golongan yang tidak bersetuju dengan bentuk hukuman tersebut. Pada pandangan saya, titik tolak berlakunya polemik ini mungkin bermula apabila ada pihak yang menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan menganggap bahawa ada kaedah lain yang lebih baik dilaksanakan. Maka berlakulah tuduh menuduh bahawa satu pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi syariah Terengganu. Dalam kalangan alim ulamak juga terdapat perbezaan pendapat tetapi dengan kefahaman yang mendalam, perbezaan pendapat ini dapat dikawal. Apa yang menjadi masalah adalah perbalahan dalam kalangan RAKYAT BIASA seperti saya yang kurang pengetahuan tentang hukum hakam agama khususnya berkenaan dengan hukum jenayah syariah. Akibatnya berlakulah tuduh menuduh termasuklah label melabel dalam kalangan sesama Islam.

Saya berpandangan bahawa polemik ini akan reda jika ada pihak yang berautoriti memberi penjelasan yang mudah difahami oleh orang awam tentang APAKAH HUKUMAN YANG SEPATUTNYA DIKENAKAN KE ATAS PESALAH HUBUNGAN SEKS SEJENIS MENGIKUT AJARAN ISLAM. Jadi di dalam tulisan ini, kita akan mencari jawapan ke atas persoalan ini. Untuk tujuan tersebut saya berkesempatan merujuk beberapa tulisan ahli akademik dan juga ulamak. Saya juga berbincang dengan seorang Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang yang juga Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iaitu A.Prof Dr. Ruzman Md Noor. Berikut adalah beberapa fakta mengenai Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia dan jawapan kepada persoalan utama yang saya nyatakan di atas:

1.Negara kita mempunyai dua jenis mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

2.Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya

3.Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah berasingan dengan Mahkamah Sivil

4.Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah sivil dan dianggap setaraf. Kuasa kedua-dua mahkamah ini tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

5.Undang-undang yang lulus di Dewan Undangan Negeri dinamakan ENAKMEN, manakala undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dinamakan AKTA.

6.Jenis hukuman ke atas pesalah yang dibicara di dalam mahkamah syariah ditentukan oleh undang-undang negeri (enakmen) masing-masing. Ianya boleh berbeza tetapi had maksima hukuman adalah sama untuk semua negeri kerana ianya tertakluk kepada Akta.

7.Had kuasa dan hukuman maksima Mahkamah Syariah tertakluk kepada akta yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

8.Parlimen telah meluluskan satu AKTA yang bertujuan MENGHADKAN KUASA mahkamah syariah. Akta yang menghadkan kuasa mahkamah syariah ke atas Jenayah Syariah adalah Akta 355 ( pindaan 1984). Akta 355 ini menghadkan hukuman kepada denda tidak melebihi RM5000 atau 3 tahun penjara atau hukuman rotan tidak melebihi 6 sebatan atau gabungan ketiga-tiganya. Anakmen yang ditentukan di peringkat negeri tidak boleh melampaui had ini.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-35490601056262012232018-09-29T13:31:34.419+08:002018-09-29T13:31:34.419+08:00Dulu Mat Maslan, kini PH ada Mat Maszlee
Dulu ad...Dulu Mat Maslan, kini PH ada Mat Maszlee

Dulu ada Ahmad Maslan, Sekarang ada Ahmad Maszlee

Isu PTPTN kena bayar balik ni ada pro dan kontra. Hutang walaupun perlu dibayar, tapi senior-senior Nabeel yang getik mengundi PH tentu berharap PT tak payah bayar.

Tapi getik mereka hanya seketika, hutang tetap hutang. BN atau PH kalau dah nama kerajaan mesti mau graduat bayar.

Tapi, u-turn baru yang best Menteri Pendidikan kita buat ni, bukan takat PT, tapi pasal beg sekolah.

Konon nak jadi Finland. Tapi, defend pulak beg berat budak, konon cuma 28%.

Come on la Dr Maszlee. Semua orang tau beg budak ni berat. Buku budak darjah satu pun mau kurang2 3 kilo dari 4 kilo muatan yang perlu mereka tanggung setiap hari ikut kakak ipar Nabeel.

Kenapa Dr Maszlee defend gila2 berat buku sekolah ni? Ada cadang nak kasi tender baru buku teks ke😎?

Nabeel harap Dr Maszlee hati-hatila dengan sentimen ibu-bapa.

Nama macam dah nak sama, nanti jadi bahan pula..

"Dulu kita ada Ahmad Maslan, sekarang kita ada Ahmad Maszlee"😜

-Nabeel Naqie-

Wow! Pagi petang siang malam subuh senja ... tol freeAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-70301430682391737662018-09-29T13:30:42.180+08:002018-09-29T13:30:42.180+08:00Keluar Parti Amanah setelah istikharah
Mohd Sab...Keluar Parti Amanah setelah istikharah

Mohd Sabri Salleh (baju petak), Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh telah keluar daripada parti AMANAH setelah mendapat petunjuk daripada solat istikharahnya

Sebelum ini (4 April 2018 ) dia, Mohd Sabri membuat laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh rakaman suaranya tular di laman sosial berkaitan isu penyaluran wang oleh Umno kepada Pas, sepupunya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .

Ini adalah petikan kenyataan dia.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak akhir2 ni saya lihat kecelaruan dalam politik sejak beberapa bulan yang lalu, terutamanya dalam parti Amanah, menyebabkan saya melakukan istikharah, dan melalui petunjuk dari istikharah inilah, hari yg penuh barakah ini saya mengisytiharkan bahawa saya meletak jawatan AJK Amanah kawasan Pasir Puteh, dan keluar dari parti Amanah.

Walaupun dengan berat hati, namun saya terpaksa lakukan juga demi mengikut petunjuk istikharah yg saya buat sejak bbrp bulan yang lalu. Saya yakin tindakan saya ini tidak akan mengurangkan, dan ada saya juga tidak menambah apa2. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 sekelian. Moga ukhuwwah kita terus kekal berpanjangan walaupun kita mungkin akan berbeza pendapat dalam bbrp perkara. Moga Allah ampuni segala dosaku dan terus beri petunjuk dari masa ke semasa.

Siruu ala barakatillah...

Mohd Sabri Salleh.
Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh

: Bertaubat itu sebaik-baik membuat kesalahan. Tapi sukar juga untuk nak kembalikan apa yang kita buat sebelum ini kerana tidak semua orang yang salah faham dengan apa yang kita buat boleh mendapat pencerahan semula..Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-91251816594810819752018-09-29T13:29:55.008+08:002018-09-29T13:29:55.008+08:00Apa signifikasinya tulisan ini? Padahal tokoh-toko...Apa signifikasinya tulisan ini? Padahal tokoh-tokoh itu sebahagian besar akhirnya berpisah dan menentang pula PAS, malah ada yang lebih dahsyat tentangannya selepas itu. Tidaklah juga berubah perangai mereka. Ya, itu pandangan yang betul, mereka hanya cuba menggunakan PAS. Lari daripada berkawan dengan PAS, mereka kemudiannya menunjukkan perangai lama mereka. Tun Mahathir kembali bercakap karut mengenai Islam, Pak Syeikh kembali mempersoalkan sebatan Syarie, DAP membenci perkara-perkara baik yang dicadangkan PAS, seperti mahu mengharamkan pesta arak, memberikan kebebasan pekerja seperti pramugari menutup aurat dan banyak lagi. Lihat juga sekumpulan ahli yang keluar daripada PAS sekarang? Ikut bos mereka, janji manifesto bukan satu perkara yang wajib ditunaikan, jangan berlumba-lumba menonjolkan Islam. Pernahkah perkataan itu dikeluarkan ketika mereka bersama PAS dahulu? Carilah sejarah, pasti tidak berjumpa. Dan jika ada, mereka pasti akan ditegur atau dihukum.

Tetapi dari satu sisi positif ialah, sekurang-kurangnya mereka berhenti bercakap mengenai kejahatan atas apa yang Islam larang ketika bersama-sama dengan PAS. Apabila tokoh-tokoh itu turut mahu bercakap mengenai Islam di pentas PAS, mereka mesti belajar dahulu supaya tidak tersalah. Mereka juga pastinya malu melakukan kejahatan kerana ramai yang akan terpalit. Dan rakyat yang baik pasti akan membenci mereka jika masih ‘nakal’ ketika bersama PAS. Sebagaimana apabila berada di dalam masjid, kita menjaga segala akhlak buruk kita agar tidak dipamerkan. Begitulah sikap mereka bila berada ‘dalam’ PAS.

Bukankah Hadis Rasulullah ada mencadangkan untuk bercakap perkara yang baik sahaja atau diam? Inilah hasilnya ketika mereka bersama PAS. PAS memandu mereka ke jalan itu. Biarlah mereka mahu dekat dengan apa niat sekalipun, kerana mereka pasti akan meninggalkan perkara buruk bila bersama PAS. Tiada cocok perlakuan sumbang dengan identiti PAS. Itu semua orang tahu. Jika ada ahlinya terbuat perkara dosa, maka akan segera dikritik orang seperti biasa dikata orang “ahli PAS apa, macam itu? Buat dosa tak ingat dunia”. Tidak masuk akal jika ada orang cuba menukar posisi PAS dalam ayat contoh itu kepada Umno, DAP, Bersatu mahupun PAN. Jadi ia jelas membuktikan PAS bukan tempat berbuat dosa, walau terkadang ada ahlinya terkhilaf.

Paling menyerlah, PAS tidak pula terpaksa mengikut prinsip mereka bila bersama. Tidak pernah PAS bersetuju atas pentas mereka untuk bersepakat dalam hal keburukan dan kejahatan dari pandangan Islam. Tidak pernah. PAS ajak yang baik-baik sahaja. Jika ada yang mengajak PAS berbuat onar, PAS akan menjauh. Jadi biarlah Umno, Tun, DAP jika mahu berbaik dengan PAS sekarang atau lain kali, sebab mereka akan jadi baik insyaAllah. Jadi bila duduk dengan PAS, mesti dengan sendiri seseorang itu akan jadi baik.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
9 September 2018/22 Zulhijjah 1439

: Sekarang susah nak lihat dalam majlis geng AMANAH pakai kupiah... Mula-mula kupiah tanggal, akhirnya nilai Islam tanggal....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-16646990606549873482018-09-29T13:28:17.181+08:002018-09-29T13:28:17.181+08:00Apabila peristiwa ‘mata lebam’ Pak Syeikh tahun 98...Apabila peristiwa ‘mata lebam’ Pak Syeikh tahun 98 terjadi, PAS sekali lagi diperlukan bagi Pak Syeikh menyuarakan mengenai betapa beliau tidak bersalah atas segala tuduhan-tuduhan oleh mentor beliau Tun Mahathir. Habis pelosok ceruk kampung di Malaysia, disinggah beliau, menggunakan pentas PAS yang mana ketika itu, beliau tidak berparti. Sewaktu pidato berapi-api yang beliau ungkapkan, beliau langsung tidak menyebut perihal cadangan untuk mengadakan rancangan dosa yang tiada berfaedah kepada agama dan rakyat. Mengetahui jelas PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan idea dosa, maka beliau membuang jauh-jauh apa-apa sekali berkaitan dosa, kerana menyedari akan kesannya jika PAS menjauhkan diri. Menari rentak lagu Tamil pun tidak. Tapi difahamkan ketika itu pinggangnya masih sakit.

DAP juga tidak ketinggalan mempamerkan sisi baik mereka apabila duduk dalam pasukan yang PAS turut berada di dalamnya, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka mula menghafal ayat-ayat al-Quran bagi memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai betapa kesungguhan mereka mahu menjadikan Malaysia lebih baik, makmur dan sejahtera.

Oleh kerana PAS meyakini bahawa hanya Islam yang akan memandu manusia ke arah itu, DAP tanpa segan silu melafazkan segala bentuk perkara yang diingini PAS yang sebenar pada hakikatnya diinginkan oleh Islam. Tiada mereka mengumpul perkataan keji membina bait-bait ayat bagi menyebut mengenai hal lagha yang sangat dibenci oleh PAS.

Hatta Dyana Sofea ketika kempen PRK Teluk Intan, berselendang dia semasa duduk bersama Presiden PAS. Walaupun tak lengkap tutupan auratnya, tapi masih berusaha untuk bersopan, menghormati PAS. Juga apabila ada artis yang mesra PAS, mereka tidak berdansa berpegang tangan lelaki perempuan bila membuat persembahan. Malah penyanyi wanita juga tidak dibenarkan menyanyi di hadapan lelaki ajnabi. Patuh mereka dengan kehendak PAS yang juga syarat Islam itu.

Terbaharu ialah musuh ketat PAS semenjak sekian lama, Umno, turut menjadikan pentas PAS sebagai apa yang dikatakan titik penyatuan Melayu Islam. Di atas pentas PAS, tiada kedengaran suara Umno menyeru kepada penghinaan terhadap hukuman sebat Syarie yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Terengganu di hadapan orang ramai baru-baru ini. Tiada lagi mereka mempertahankan segala bentuk perkara yang tidak betul yang mereka lakukan ketika berkuasa dahulu. Yang ada adalah bagaimana mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang lebih adil di masa hadapan. Semuanya berkaitan dengan kebaikan. Kebencian kepada ulamak, tidak disuarakan oleh mereka, selain mereka turut berkopiah dan berjubah. Tiada diundang Puteri Umno yang berseluar yengki atau berkebaya ketat dengan rambut jambul di depan.

Maka inilah kehebatan Islam yang dibawa oleh PAS. Tajuk di atas mungkin dirasa agak nakal bagi sesetengah orang, mungkin juga memualkan. Siapa lagi kalau bukan kepada pembenci PAS. Tetapi antara kebencian yang menebal itu, dengan kenyataan sebenar jauh di lubuk hati mereka, mereka terpaksa mengakui akan kebenaran kenyataan itu. Mereka telah melihat sendiri bagaimana sebahagian tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas ketika duduk bersama-sama dengan PAS, akan bertertib tingkah laku mereka. Seperti ada pengawal lagak gayanya. Cakap hanya kebaikan, akhlak juga tidak meliar. Saya tanpa ragu mempertahankan kenyataan ini.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-74960855381734068702018-09-29T13:27:54.112+08:002018-09-29T13:27:54.112+08:00Duduk dengan PAS, mesti jadi baik
APABILA suatu...Duduk dengan PAS, mesti jadi baik

APABILA suatu ketika dahulu Tun Mahathir menumpang di pentas PAS kerana berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman sekitar tahun 60-an, beliau dikatakan banyak berucap menghentam Umno, dasar-dasar yang tidak dipersetujui beliau yang dilaksanakan oleh Tunku. Tun tidak pula dilaporkan bercakap berkenaan hal penghinaan kepada Rasulullah yang tiada pisau ‘Gillette’ atau apa-apa semisalnya yang melanggar syarak atas makluman bahawa PAS memperjuangkan hukum hak Rasulullah. Maka menjadi baiklah percakapan beliau, selaras dengan kehendak Allah yang mana PAS perjuangkan. Hanya bicaranya tertumpu khusus serangan terhadap dasar Tunku yang dikatakan tidak betul itu.

Sewaktu PAS bergabung di bawah bendera Perikatan di pertengahan tahun 70-an, PAS banyak membantu kerajaan dalam melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia. Laporan menyebut bahawa banyak acara-acara kerajaan yang melibatkan hidangan arak, berjaya dihapuskan, walaupun tidak semua. PAS juga berjaya menerbitkan buku-buku agama bagi pihak kerajaan yang masih digunakan sehingga kini. Antara buku-buku terbabit yang menjelaskan Batas-batas Iman dan Kufur yang berkenaan aqidah umat Islam. Tidaklah BN beromongan atau memaksa mengenai perkara dosa dan noda bersama dengan PAS ketika itu kerana tahu kehendak PAS. Bahkan, PAS pernah memecat seorang ahlinya kerana menari dengan wanita dalam satu majlis keramaian.

Semangat 46 mengajak PAS sebumbung dengan mereka bersama beberapa lagi parti lain pada akhir tahun 80-an di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebagai satu pasukan menentang BN yang dilihat semakin rakus di bawah kepimpinan Tun Mahathir ketika itu. Dakwa Ku Li sebagai Presiden S46, kemenangan beliau pada pemilihan Agung Umno 87 dirampas Tun Mahathir. Habis digegerkan kejahatan dan keburukan Tun. Tetapi dalam masa yang sama, tiada pula disyarahkan akan keperluan mengekalkan hukum yang diasakan Lord Reid. Ber-Hudud, ber-Takzir dan ber-Qisaslah mereka bagi menari mengikut rentak politik Islam yang dipalu oleh PAS. Memuja-mujilah akan kehebatan Islam yang pada janji mereka akan diberikan keutamaan apabila memerintah nanti. Dan sememangnya patut Islam itu dipuji. Hasilnya, Kelantan semenjak tahun 90, kekal di bawah pemerintahan ulamak. Tidak kurang ahli S46 menukar parti kepada PAS selepas berpecah.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-2944113118998908552018-09-29T13:26:58.399+08:002018-09-29T13:26:58.399+08:00Cerita Pomen Tua
Ada satu pomen yang sangat han...Cerita Pomen Tua

Ada satu pomen yang sangat handal tetapi dah berumur, dia sangat mahir membaiki kereta.

Dulu dia bekerja untuk sebuah bengkel, bengkel itu sangat maju. Kemudian dia berhenti kerana dia merasakan dia sudah terlalu lama bekerja dan merasakan pomen yang ada boleh meneruskan kegemilangan bengkel itu.

Tetapi, bengkel itu mula bermasalah tak lama selepas dia berhenti. Jadi pomen tua ini mengambil keputusan untuk bekerja semula di bengkel tersebut.

Masalah mula timbul bila pomen tua ini mula bekerja semula, dia sukar bekerjasama dengan pomen yang sedia ada, maka dia mencadangkan kepada tokey bengkel untuk tukar semua pomen dan ambil pomen baru. Pomen baru yang diambil adalah kenalan baru pomen tua.

Pada awalnya nampak baik bila ada pomen baru dan pomen tua. Tokey nampak ada perubahan pada bengkel.

Masalah mula timbul bila kereta yang datang untuk diperbaiki adalah kereta berteknologi baru bukan kereta dari zaman pomen tua.

Pomen tua masih cuba memperbaiki kereta itu dengan pengetahuan dan cara yang lama. Pomen baru pula tak mahir tetapi cuba juga untuk memperbaiki kereta itu.

Kereta tak siap, masalah makin banyak. Satu kereta, ramai pomen, ramai komen tak ada kemajuan.

Pomen tua sepatutnya control dan ajar pomen muda bahawa ini kereta baru, kena repair cara baru dan mengakui ada kereta yang kita tak boleh nak repair, kena mintak tolong dari bengkel lain.

Sabarlah owner kereta.....
Lagi 5 tahun kalau tak siap nampaknya kena tukar bengkel la jawapnya

P/S: Cerita ini tiada kaitan dengan yang telah matiAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-62103454272852723082018-09-29T13:26:12.652+08:002018-09-29T13:26:12.652+08:00Dr Maszlee sebagai Pengerusi UIAM
Beberapa hari s...Dr Maszlee sebagai Pengerusi UIAM

Beberapa hari selepas dilantik menjadi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee melaungkan seruan – pada era baharu ini, dia sendiri akan memastikan institusi pendidikan tidak akan digunakan sebagai alat politik. Azan yang dia laungkan disambut dengan baik oleh segenap ahli akademik dan mahasiswa. Ramai yang percaya era lantikan politik di universiti akan segera berakhir, para pengampu yang sebelum ini akan hilang jawatannya.

Anehnya – hanya beberapa individu yang melepaskan jawatan secara “terhormat” dan selebihnya hanya perlu menukar warna dan bertukar sorak. Baju biru yang dahulu mereka sering gunakan dihantar ke pusat pelupusan sampah, baju merah putih dipakai dengan penuh rasa bangga sambil bersorak Malaysia Baru!

Selalu Menteri Pendidikan yang didampingi oleh ramai “pegawai khas”, Dr Maszlee seharusnya menyedari perkara ini. Dia menjaga kementerian yang besar dan bebanan tugas yang maha berat, mengapa perlu ditambah bebanan itu?

Pelantikan Menteri sebagai Pengerusi Universiti juga akan menyuburkan budaya “bodek” yang sememangnya popular dalam kalangan ahli akademik kita.

Lantikan tersebut turut akan menimbulkan isu “favouritism” terhadap UIAM kelak.

Dr Maszlee pernah berikrar akan memastikan universiti tidak akan digunakan sebagai alat politik dilantik menjadi Pengerusi universiti?

Setiausaha Politik Menteri pula dilantik menjadi Ahli Lembaga Universiti Utara Malaysia? Nampaknya pembahagian “ghanimah” PRU14 masih belum berakhir.

Lantikan politik yang menjadi penyebab utama “kemurungan” kebebasan akademik pada kerajaan sebelum ini masih lagi diamalkan.

Dr Maszlee yang dahulu, bukanlah yang sekarang

Kebanyakan kita mengetahui, sebagai ahli akademik Dr Maszlee layak untuk memegang jawatan Pengerusi UIAM. Sejarah juga menyaksikan dia merupakan antara individu yang selalu ditekan ketika menjadi pensyarah di UIAM. Namun, Dr Maszlee kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, yakni selaku Menteri Pendidikan.

Saya percaya dia masih mendambakan kebebasan akademik dan autonomi universiti, atas prinsip tersebut saya fikir wajar dia memberikan jawatan Pengerusi UIAM kepada orang lain.

RAHMAN IMUDAAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-25553879312306523862018-09-29T13:25:18.253+08:002018-09-29T13:25:18.253+08:00'Tun M, henti burukkan Pas'
SAIFULLAH AHMA...'Tun M, henti burukkan Pas'
SAIFULLAH AHMAD 20 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore280
Razman Zakaria
Razman Zakaria
A-A+ (Ubah saiz teks)
IPOH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan supaya menghentikan serangan terhadap Pas kerana tindakan itu akan mendedahkan lebih banyak keburukan pemimpin PH itu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tuduhan bahawa Pas sebagai punca perpecahan orang Melayu tidak berasas.

Beliau berkata, jika dilihat sejarah, kewujudan beberapa parti yang didominasi oleh orang Melayu seperti Semangat 46, PKR dan kini Bersatu adalah ketika era pemerintahan Mahathir.

"Saya nasihatkan Mahathir hentilah bercakap. Lagi banyak dia bercakap, lagi orang tahu itulah perangai dia sebenarnya. Kalau dia kata orang memecahbelahkan Melayu, dialah sebenarnya memecahbelahkan Melayu.

"Kenyataan itu langsung tak berasas, hanya kenyataan politik untuk mengelirukan. Itulah gaya Mahathir berpolitik," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir bahawa politik Pas yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam.

[Artikel berkaitan: Perbuatan Pas itu tak boleh dimaafkan: Tun M]

Razman berkata, serangan sengaja dibuat ke atas Pas kerana Mahathir menyedari kekuatan Pas.

Menurutnya, Pas merupakan parti yang mempunyai prinsip perjuangan sendiri tidak seperti parti-parti lain.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-40920376574441798572018-09-29T13:24:15.068+08:002018-09-29T13:24:15.068+08:00Annuar: Mustapa disiasat polis seminggu sebelum ke...Annuar: Mustapa disiasat polis seminggu sebelum keluar Umno
Shakira Buang | Diterbitkan 20 Sep 2018, 5:53 petang | Dikemaskini 20 Sep 2018, 6:35 petang

A+ A-

Datuk Seri Mustapa Mohamed disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) seminggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk keluar Umno, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menurut setiausaha agung Umno itu, turut disiasat ialah dua lagi pemimpin Umno Kelantan.

"Saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Tok Pa (Mustapa) disiasat polis 10 hari lalu.

"Beliau terima sejumlah dana yang agak besar dan ia disiasat oleh PDRM," katanya dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas dari mana sumber dana yang didakwa diterima Mustapa itu.

Sebelum ini anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam membuat dakwaan Mustapa mengambil keputusan keluar Umno setelah diugut Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, kerana menerima dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lokman mendakwa Mustapa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari berhubung dana RM2.6 bilion dan diberi kata dua oleh Daim, sama ada untuk keluar Umno atau dihadapkan ke mahkamah.

Anggapan KJ tersasar

Bagaimanapun, mengulas lanjut Annuar menegaskan tindakan Mustapa itu dibuat bukan kerana siasatan tersebut.

“Namun saya tidak boleh katakan itu (siasatan SPRM) sebab dia keluar. Tidak semestinya. Tidak berani saya kata, awak kena tanya dia sendiri,” katanya.

Dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini, Annuar turut menegaskan dakwaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa tindakan Mustapa keluar parti terjadi kerana anggota parlimen Jeli itu tidak senang dengan kerjasama Umno dengan PAS.

Katanya spekulasi berkenaan adalah tidak tepat.

“KJ ada tweet mengatakan Tok Pa keluar kerana ada kaitannya dengan soal kerjasama Umno dengan PAS, tapi apabila saya semak, KJ tidak bercakap dengan Tok Pa pun lagi. Jadi, ini bermakna KJ membuat spekulasi.

“Saya juga ada versi saya. Saya tahu Tok Pa keluar bukan kerana kerjasama Umno dengan PAS, kerana Tok Pa tidak pernah menolak bahawanya (kerjasama) begitu. Isunya bukan itu. Tidak mungkin dia keluar parti sebab itu sahaja.

“Saya boleh beri penegasan dalam konteks kenyataan KJ itu sudah pastinya tersasar maka ianya hanya satu telahan KJ sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata terlalu banyak sebab kenapa pemimpin Umno hari ini bertindak meninggalkan parti.

Baca: Wang songlap dari 1MDB atau derma?

“Semua yang keluar ini alasannya tak sama, ada yang keluar memaklumkan mereka ada kepentingan perniagaan dengan kerajaan pusat dan kepentingan itu terlalu besar, maka mereka terpaksa memikirkan keperluan menyelematkan perniagaan mereka.

“Kita hormati setiap keputusan yang dibuat,” katanya.

Selain itu, Annuar turut mengingatkan Umno ketika ini sedang melalui zaman sukar dan memberitahu tidak semua orang boleh berdepan tekanan hebat.

“Sesetengahnya tidak boleh hidup jika tidak ada duit, sesetengahnya pula tidak boleh hidup jika ditekan pihak tertentu, jadi proses inilah yang kita terpaksa hadapi ketika Umno mengalami ujian,” katanya.

Annuar turut mendakwa terdapat banyak tawar-menawar berlaku daripada pihak tertentu untuk membeli pemimpin Umno.

"Banyak tawar-menawar, (dari) pintu depan pintu belakang. Kita tak boleh nak kawal atau nak tambat. Terpulang pada istiqamah masing-masing. Perjalanan masih jauh," kata Annuar.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-70876474232864209142018-09-29T12:44:55.775+08:002018-09-29T12:44:55.775+08:00Lebih ramai akan ikut jejak Tok Pa
KUALA LUMPUR...Lebih ramai akan ikut jejak Tok Pa

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa lebih ramai pemimpin UMNO akan mengikut jejak Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti.

Dalam video yang dimuatnaik di Facebook, hari ini, Lokman memberi jaminan langkah itu juga akan diikuti mereka yang berjawatan lebih tinggi di dalam UMNO.

Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru berkata, tindakan keluar parti itu disifatkan sebagai tali barut dan ia sudah pun tersebar di dalam parti.

"Kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Saya berani jamin ada lagi ahli MKT yang sedang bersiap sedia untuk meninggalkan parti," katanya.

Beliau turut menggesa UMNO untuk menerima apa yang berlaku sebagai peluang untuk membersihkan parti.

Menurut Lokman, penghijrahan yang berlaku juga membolehkan UMNO untuk meneroka sepenuhnya hubungannya dengan PAS sekali gus meningkatkan potensi untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

"Janganlah kita berputus asa. Sekalipun seluruh MKT kita pergi, biarkanlah mereka. Saya percaya dengan kerjasama baru dengan PAS, kita akan dapat lebih banyak kerusi Melayu," katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat dalam parti itu, malam semalam.

Mustapa berbuat demikian susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.

Dengan keputusan itu, Mustapa secara automatik menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan berpandangan usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-66023533109307586322018-09-29T12:44:22.045+08:002018-09-29T12:44:22.045+08:00Rafizi tak anggap UMNO makin lemah
KUALA LUMPUR...Rafizi tak anggap UMNO makin lemah

KUALA LUMPUR – Sekalipun UMNO kini dilihat sedang bergelut dengan kemelut ditinggalkan beberapa pemimpinnya, namun walaupun sebagai seteru politik Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak mengambil pendekatan merendahkan parti itu.

Beliau berkata UMNO belum tentu akan terkubur dan lemah sekalipun ia mengalami cabaran getir pada hari ini.

“Nasihat saya, jgn cepat buat kesimpulan. Tunggu semua maklumat. Semak semua.

“Kalau dengan 1 ahli parlimen pun, belum tentu parti itu berkubur. Walau dituduh lemah, belum tentu ia betul-betul lemah,” katanya menerusi Twitter.

Rafizi memberikan contoh PKR pada 2004 yang hanya memiliki kerusi Parlimen Permatang Pauh sahaja jika dibandingkan hari ini di mana parti itu merupakan sebahagian kerajaan persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan UMNO. -SuaraTvAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-21371160154300936172018-09-29T12:43:51.303+08:002018-09-29T12:43:51.303+08:00Mahathir guna SPRM tekan pimpinan UMNO?
Perdana...Mahathir guna SPRM tekan pimpinan UMNO?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat bekas menteri kabinet di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO.

Menurut sumber suruhanjaya itu, pihaknya sudah mempunyai senarai pendek nama-nama bekas menteri yang bakal disiasat.

Arahan itu dipercayai sebagai usaha memberi tekanan kepada pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Perdana Menteri mengarahkan supaya SPRM menyiasat kesemua Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pentadbiran BN dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Malah, SPRM sedang meneliti dan sudah mempunyai senarai pendek yang bakal dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada Watan Online.

Bekas Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed membuat kejutan apabila mengumumkan keluar UMNO selepas 40 tahun berjuang bersama parti itu petang Selasa.

Alasan Ahli Parlimen Jeli itu, perjuangan UMNO kini sudah tidak selari dengan perjuangan yang dokongnya selama ini.

Difahamkan Mahathir kini sedang berusaha untuk ‘merampas’ kembali UMNO secara halus dengan mengenakan tekanan terhadap pemimpin utama parti itu supaya meninggalkan UMNO.

Ia juga salah satu usaha memperkukuhkan kedudukan PPBM ketika mana Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hampir untuk kembali ke Parlimen.

Cuba Tanya Depa-- Keluar Parti Kerana hilang Kuasa atau Keluar Takut Kena Dengan SPRM??Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-53957721563337437802018-09-29T12:43:20.878+08:002018-09-29T12:43:20.878+08:00Dari Umno ia datang, kpd Umno ia Kembali
Byk ka...Dari Umno ia datang, kpd Umno ia Kembali

Byk kali dh di ulang sy taip kt semua posting/komen pd setiap isu berkaitan politik negara. Politik Malaysia ni hanya tertumpu pd "Merah" dari dahulu sekarang selamanya...

Siapa org pertama berlompat berlari ke pentas semasa insiden tahun 2002, mesyuarat Agung Umno (sewaktu PM4 nk umum letak jawatan) ?

"Dah lama dah...."
"Saya mohon dato seri Tarik balik !"

So abai kan lah, warna biru cair ke... Merah Bunge ke... Dari acuan merah sama, merah juga ia datang dan ia kembali.

Tak payah la sesiapa nk sembang "Umno dah hancur sejak 10 mei 2018.."
Umno tak pernah Kalah dan tak pernah hancur, hny bertukar bendera.

Siapa PM ? TPM? Semua org Umno.
Gaduh la dgn BN ke, pentas politik ke wayang ape ke....
"Dari Umno ia datang, kpd Umno ia Kembali."

TunM pun banyak kali mengaku "Masih sayang Umno", malah ramai lg Umno sayang Mahathir.
Jgn terkejut jika majoriti menteri lama dlu anak didik Mahathir dan sayang kpd Sifu/idola nya.
Silap2 Najib sendiri msh sayang ke TunM, semua saling sayang sebab tu tak kesudah cerita...

Anwar? Pun 2x5...
So tak payah la nk sembang tukar bendera.
Mengaku je lah masing2dh tak sabar berebut nk claim bendera parti merah keris itu semula.

Dah2 cakap je rindu TunM, so masing nk keluar "Umno" kejap pastu pergi ke Pangkuan Mahathir "PPBM". Pastu ramai2 Happily ever after pulang ke Kampung Halaman parti Umno.

Rakyat biasa dan ahli parti? Bertempik la hari2 angkat sepanduk perang utk agenda semasa sambil pemimpin semua tukar2 "baju".

Politik Malaysia ni hanya tertumpu pd "Merah" dari dahulu sekarang selamanya... Dari detik utk berjuang Merdeka, ke penubuhan Malaysia hingga la ke selama nya, Umno ialah "backbone" Malaysia.

Where is my meme....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-58305360468030135252018-09-29T12:42:47.429+08:002018-09-29T12:42:47.429+08:00Kahwin muda bising, Arak sampai mati 21 orang tak ...Kahwin muda bising, Arak sampai mati 21 orang tak ada pula nak pinda undang-undang

Sehingga 8 malam tadi, jumlah terkini mangsa kes keracunan arak di sekitar Lembah Klang sejak kelmarin berjumlah 56 orang, dengan 21 individu disahkan maut.
Sejumlah 17 lagi individu sedang menerima rawatan manakala 20 yang lain dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital.

Yang aku pelik dah mati katak 21 orang tak ada pula pertubuhan Sistem In Islam yang nak minta bubar undang arak di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tak nak kata apa-apa? Parti Kencing rakyat pun diam aje. NGO yang bising pasal kahwin muda sedangkan Allah benarkan dengan syarat gadis itu setuju, bapa setuju atas maslahah keluarga mereka hadapi, ada puak rasa terror nak bising nak tunjuk pandai dengan ALLAH.

memang kalau tak aku aku rasa tak sesuai, tapi kalau keadaan memaksa memang sesuai dan bukan semua orang akan emnghadapi maslahah tersebut. Itu sebab Allah cipta kita Dia tahu apa yang kita tak tahu.

Bila kena dengan ARAK membunuh 21 orang semua orang diam.
Parti Islam liberal AMANAH pun bisu semacam. Takut hilang kedudukan.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-57724432112710564792018-09-29T12:42:11.998+08:002018-09-29T12:42:11.998+08:00Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit da...Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia

PUTRAJAYA: Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat akan membalas dendam terhadap anak-anaknya jika melihat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dianiaya.

Presiden Pemantau Malaysia Baru itu ditemui di tunjuk perasaan solidariti untuk Najib yang ditangkap petang tadi selepas disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya pada 2013.

Menurut SPRM, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur esok.

“Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia,” kata Lokman kepada pemberita di luar pintu masuk utama SPRM malam tadi.

Pada Julai, Najib dituduh dengan 3 tuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berkaitan RM42 juta yang disalurkan ke akaun banknya.

Bulan lepas, dia dituduh dengan 3 tuduhan pengubahan wang berkaitan transaksi yang sama bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 12-28 Februari dan 4-29 Mac tahun depan.

Sementara itu, Lokman tertanya mengapa Najib ditahan dan didakwa sedangkan siasatan belum selesai.

“Peguam negara kata tak boleh tahan Najib sebab tidak ada kertas siasatan. Macam mana pula boleh masuk lokap 1 malam?

“Malaysia sahaja macam ini! Buat kerja ikut orang cakap. Siapa? Dr Mahathir cakap,” katanya.

Petang tadi, jurucakap SPRM memberitahu bekas perdana menteri itu akan dibawa ke Bukit Aman dan akan disoal polis dan badan anti-rasuah itu.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-86032976604082775792018-09-29T12:40:02.904+08:002018-09-29T12:40:02.904+08:00Agus pula kritik Janji Pakatan Harapan
1. Rakya...Agus pula kritik Janji Pakatan Harapan

1. Rakyat faham jika tol dan bayaran PTPTN belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan. Ini kerana kesemua di atas memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.

2. Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

3. Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

4. Bilakah reformasi institusi parlimen, SPR, dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?

5. Bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta MKN, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan? Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?

6. Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan.

- prof agus

: Kalau mereka yang hidup zaman Mahathir menerajui BN 22 tahun, mereka pasti tidak hairan apa yang PH buat sama dengan BN zaman Mahathir buat.....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-74241209240633756752018-09-29T12:27:22.078+08:002018-09-29T12:27:22.078+08:00Bukti jelas Facebooker Pro - Pakatan "Suara R...Bukti jelas Facebooker Pro - Pakatan "Suara Rakyat" Bingai & Bodoh

Inilah sebabnya saya kata penyokong PH ni ramai yang bodoh.

Sebelum GST, kerajaan BN pun memang ada SST, pada kadar yang sama juga - 10% + 6%.

Pihak Kastam telah buat kajian bahawa semasa SST di bawah BN, kerana cara sistem kutipan SST, saiz ekonomi gelap (yang lari dari bayaran SST) adalah di anggarkan RM30 bn.

Setelah GST di jalankan, dalam masa setahun di implementasikan, saiz ekonomi ini menguncup kepada RM10 bn.

GST juga berjaya membawa aliran pendapatan tunai sebanyak RM40 bn - RM45 bn.

Dengan SST harga barang meningkat membebankan rakyat tetapi kerajaan hanya menerima RM20 bn atau setengah dari kutipan GST.

Jumlah kutipan ini sumbernya dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri. Katanya, jumlah baki yang tidak di kutip adalah “hadiah untuk rakyat”.

Hadiah apa?

Jumlah RM20 bn - RM25 bn yang tidak di kutip itu bukan masuk poket rakyat tetapi melekat di dalam poket towkay-towkay yang tidak amanah.

Dengan kutipan penuh di bawah GST, rakyat mendapat banyak manafaat termasuklah pembayaran bonus dan kenaikan gaji untuk penjawat awam, pelbagai program bantuan dan juga kelestarian bayaran BRIM.

Memang penyokong PH amat bodoh dan cetek pemikiran.

: Ramai yang tak faham perbezaan antar SST dan GST. Paling mudah nak fikir kenapa 160 ++ negara dulu bertukar daripada SST kepada GST? GST mengelak daripada mengelapkan cukai....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-90566928847050870412018-09-29T12:26:20.988+08:002018-09-29T12:26:20.988+08:00PKR KONGSI GELAP
Adakah PKR kini jadi kongsi gel...PKR KONGSI GELAP

Adakah PKR kini jadi kongsi gelap, Tian Chua tanya Rafizi

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mempersoalkan kenyataan calon timbalan presiden, Rafizi Ramli berhubung keputusan penting hanya dibincangkan antara beberapa pemimpin dalam parti itu.

Katanya, kenyataan bekas ahli Parlimen Pandan itu semalam tidak sama dengan tindakannya sebelum ini yang sering bercakap mengenai ketelusan dan keterbukaan.

“Sebelum ini, anda sering bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan kebenaran; sekarang ia adalah okey untuk mendakwa hanya beberapa orang tertentu boleh membuat keputusan penting untuk parti tanpa berunding dengan pimpinan lain.

“Adakah ini sebuah parti demokratik atau kongsi gelap?” soalnya menerusi Twitter.

Hari ini, Rafizi dilaporkan berkata, perbincangan mengenai pengosongan kerusi Parlimen untuk Anwar hanya diadakan antara bekas ketua pembangkang itu bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain.

Katanya, memang dari segi operasi dan kempen PKR selama ini, hanya mereka yang lebih rapat terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya dilakukan dengan beberapa orang dalam kalangan kami,” katanya selepas Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kuantan, malam tadi.

Tian Chua sebelum ini menyelar Rafizi yang disifatkan mendahului Azizah apabila mengumumkan satu kerusi Parlimen akan dikosongkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Anwar memasuki Parlimen dan menjadi perdana menteri ke-8.

Bekas ahli Parlimen Batu itu mempertikaikan tindakan berkenaan yang didakwa dilakukan tersorok dan tidak diketahui pimpinan parti.

: Sediakan popcorn drama perang saudara dah nak mula....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-81546861012610364452018-09-29T10:11:43.680+08:002018-09-29T10:11:43.680+08:00Lobai hadi lebih berminat pd kerjasama tarian tian...Lobai hadi lebih berminat pd kerjasama tarian tiang sebatang jeTajulhttps://www.blogger.com/profile/07771227471680433553noreply@blogger.com