Saturday 26 May 2018

SELEPAS KEDIAMAN NAJIB DAN RUMAH AZEEZ DIGELEDAH, GILIRAN SIAPA SELEPAS INI?


Selepas kediaman Najib Razak dan dua kondo mewah anaknya digeledah polis dan kemudian rumah bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim pula diserbu SPRM, sudah pasti ramai bekas menteri dan bekas pengerusi GLC yang lain mula tidak lena tidur sekarang ini.

Lebih-lebih lagi bagi yang diketahui umum mengamalkan gaya kehidupan mewah, pernah disiasat atau sudah ada fail yang dibuka, barangkali melihat kereta polis dari kejauhan pun sudah berpeluh dingin dibuatnya.

Dengan antara lain manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari ialah untuk menyiasat skandal yang berlaku dalam 1MDB, Felda, Mara, Tabung Haji dan lain-lain serta merombak struktur kepimpinan di semua agensi tersebut, apa yang dilakukan oleh kerajaan baru ini tidaklah boleh dianggap sebagai membalas dendam.

Ia sebaliknya adalah komitmen dan kerana komitmen itulah juga rakyat memberi undi serta kemenangan kepada Pakatan Harapan.

Maknanya, kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad tiada pilihan lain selain menunaikan komitmen itu dengan penuh tanggungjawab serta mencari hingga ke akar umbi semua orang yang dipercayai ada terkait dengan apa jua skandal wang rakyat.

Rakyat sebenarnya sudah letih melihat bagaimana wang rakyat di era BN dahulu dirombak dan dicuri dengan pelbagai cara. Ada yang dilakukan dengan meluluskan projek yang dinaikkan harganya, membeli, syarikat, hotel atau hartanah di luar negara, juga dengan harga berlipat kali ganda, melalui pelaburan dalam saham amanah yang komisennya masuk ke dalam beg tangan isteri, tajaan bola dan macam-macam cara lagi.

Apa pun bentuk dan caranya, semua itu adalah kedurjanaan yang tidak harus dimaafkan.

Dahulu, ketika era BN, semua itu mungkin boleh ditutup atau dilindungi dengan mereka yang terbabit bertindak lebih kerap mengampu atau mencium tangan pemimpin dan isterinya, tetapi kerajaan baru ini mesti berbeza dengan sebelumnya.

Tindakan, penyiasatan dan hukuman harus dimulakan dengan segera. Tidak kira bekas menteri atau pengerusi GLC, bergelar Datuk Seri atau Tan Sri, keadilan mesti ditegakkan dengan tidak mensia-siakan undi serta sokongan yang rakyat telah berikan kepada Pakatan Harapan.

Jika di kondo mewah anak Najib ada beratus juta ringgit ditemui, begitu juga beratus ribu dijumpai di rumah Abdul Azeez, jangan terkejut jika di rumah beberapa bekas menteri dan pengerusi GLC lain juga akan ditemui wang tunai, barangan kemas atau himpunan beg tangan mewah yang banyak jumlahnya.

Jika tidak pun, sudah tentu semua mereka itu memiliki rumah yang besar dan himpunan kereta mewah yang ikut logiknya tidak sepadan pun dengan gaji atau pendapatan bulanan mereka.

Maknanya, daripada manakah segala sumber kekayaan itu diperolehi?

Apabila UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya 9 Mei lalu, ini bermakna soal menang atau kalah bukan lagi mustahil bagi mana-mana parti. UMNO bukan lagi keramat dan jasa-jasa BN tidak lagi melekat di hati rakyat jika keburukan pemimpinnya sudah terlalu ketara dan membuatkah rakyat "berbulu mata" melihatnya.

Dalam pilihanraya akan datang mungkin Pakatan Harapan akan kalah lagi atau boleh jadi BN mampu berkuasa semula. Pilihan siapa yang akan menjadi kerajaan benar-benar di tangan rakyat berdasarkan prestasi dan perangai para pemimpinnya.

Rakyat kini adalah raja di Malaysia.

Oleh itu, tindakan yang diambil kepada bekas-bekas menteri atau pengerusi GLC ini berdasarkan jika mereka ada melakukan kesalahan, ia juga adalah peringatan kepada menteri-menteri yang sedang berkhidmat sekarang dan buat pemimpin GLC yang bakal dilantik nanti.

Kiranya mereka cuai, terpana dengan kuasa atau wang haram, suka kepada kemewahan, jika kerajaan berubah lima tahun akan datang, maka giliran merekalah pula menerima nasib buruk itu.

Pokoknya, siapa pun yang berbuat salah akan lebih mudah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman melalui kerajaan yang boleh bertukar ganti sekarang ini.

Akhirnya, sekali lagi, rakyatlah yang tetap menjadi raja di mana mereka boleh menaik atau menjatuhkan sesiapa yang dikehendaki. (ShahbudinHusin 26/05/2018)

87 comments:

  1. sama sama kita tunggu dan lihat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next turn......towkay lembu.

      Delete
    2. Sesiapa yg dah ada fail SPRM, senang saja nak mulakan kes.

      Taib Mahmud tu, kalo cekup, senang2 ja dpt RM300b. Najib dlm RM100b. Zahid Hamidi kurang2 RM50b. Kak Ijat pun dlm RM10b. Tajuddin Rahman Pasir Salak pun dlm RM10b.

      Banyak sgt bro nak listkan.

      Delete
    3. Tengok kawan2 rapat Najib & Rosmah.

      Lembu Kondo memang kawan rapat Rosmah.

      Delete
    4. Rasa nya pihak berkuasa dh ada list. Tapi nak tunggu masa sesuai baru nak geledak.

      Masa sesuai termasuk bila dah pasti geledak rumah si polan tak jadi masalah. Contoh nya, jika si polan ada kaitan dengan politikus atasan.

      Tak mungkin? Diskusi lah. Teori dan praktik nya.

      Delete
    5. Towjey lembu kondo terus saman supaya muflis...248 juta blm masuk bunge blm bayar kpd kerajaan bertahun2...

      Delete
    6. Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah tidak mengadakan sidang akhbar lagi.

      Bagus lah, mungkin dia sedang fokus ke atas laporan laporan yang ada bagi menentukan rumah siapa pulak patut di geledak.

      Pengarah Polis Bahagian Jenayah Komersial Amar Singh bahru saja di sambung perkihidmatan nya, terus bertugas, tidak perlu bersara wajib (compulsory retirement) di Jun ini.

      Dia mesti lah bersemangat bahru bagi menghantar pasukan pasukan nya menggeledah lain lain rumah di dalam senarai suspek nya.

      Bagus.

      Delete
    7. Kalau boleh saya mohon Nazri Aziz dulu. Tolong lah......Hehehekikikihahahakahkahkah

      Delete
    8. Waaah, banyak tuh, Enculez.

      Bole kurangkan hutang negara dengan banyak. Mana depa dapat? Mcm Ijat tu, ada lain kes dari Lembu Kondo ke dia boleh dapat sampai bilions.

      Tolong share la skit ..

      Delete
    9. Share amacam dia dapat bilions.

      Delete
    10. rakyat mesti dibodohkan, divide and conquer, kemudian baru boleh berrasuah, menyeleweng dan mengular. jangan harap!!!!

      Delete
    11. nothing to hide 3.0 najib dan mahathir. ok tak? najib kena wajib datang.

      Delete
    12. Kes2 yg mesti diberi keutamaan dulu ialah....
      1. 1MDB
      2. Jho Lo & Riza Aziz
      3. Scorpene & Altantuya
      4. Lembu NFC
      5. Felda dan FGV
      6. ???
      7. ???

      Semua skandal dan kes di atas menjadi FOKUS dan PUBLIC INTEREST seluroh rakyat Msia........dituruti dengan kes dan skandal yg lain yg tak disebut di atas.

      Siasatan 1MDB dah pon bermula.......sekarang kita masih menanti PDRM membuka semula fail kes Scorpene & Altantuya.

      Kes Altantuya kelihatan jelas terrrgantung begitu saja........hingga kini kita tak tau siapa yg mengarahkan Sirul & Azilah membunuh Altantuya.......dan itulah tanda tanya yg paling besar dalam kepala rakyat Msia.

      Presiden Mongolia sendiri sudah mohon kerajaan untuk menyiasat semula kes Altantuya.........jelas mereka tak puas hati dengan keputusan siasatan yg dulu.

      MP Kepong jugak sudah buat laporan polis tentang kes ini.

      Melewat-lewat atau menangguh-nangguhkan fail Altantuya dibuka semula hanya memberi gambaran bahawa undang2 Msia lemah dan gagal.........kerana jawapan siapa yg mengarahkan pembunuhan tersebut tidak diketahui hingga sekarang.

      Ditambah pulak saksi penting tidak dipanggil ketika perbicaraan.........ini satu misteri yg belom dirungkaikan......dan kita rakyat Msia masih terrrtanya-tanya mengenainya.

      Demi menjaga kredibiliti Msia yg terrrcemar kita perlu membersihkan semua kes2 dan skandal2 yg memalitkan malu yg cukop besar kepada negara.

      Gagal bertindak dan menegakkan undang2 akan memberi imej burok bahawa Msia ialah negara undang2 rimba yg tak berintegriti dan tidak bermaruah.

      Kita tuungguuuu tindakan PDRM..........dan pihak2 yg berkaitan memulakan peranan mereka untuk membersih nama burok Msia di mata dunia.

      Mau atau tidak......setuju atau tidak..........kerjasama tanpa bias mesti diberi dalam kes2 besar yg jadi tumpuan seluroh rakyat Msia dan masyarakat dunia.

      Sekian.

      Delete
    13. Kes2 yg mesti diberi keutamaan dulu ialah....
      1. 1MDB
      2. Jho Lo & Riza Aziz
      3. Scorpene & Altantuya
      4. Lembu NFC
      5. Felda dan FGV
      6. Fitnah Berita Palsu oleh Kejora
      7. ????

      Jgn lupa tuu...!!

      Delete
  2. Replies
    1. Semua yang pegang jawatan CEO atau Pengarah yang ada fungsi eksekutif di 1MDB, sejak mula hingga sebelom Arul Kanda, mesti di periksa akaun akaun bank dan di gelidah rumah nya.

      Tak mungkin Arul Kanda makan wang 1MDB - dia mula bertugas di masa 1MDB sudah rebeh dan di bawah Kementerian Kewangan.

      Delete
    2. Menyiasat dan menyelesaikan skandal2 rasuah dan kes2 jenayah ni bukan MEMBALAS DENDAM atau REVENGE.

      Ini BUKAN revenge atau dendam.........tapi ini satu perkara yg sepatutnya dijalankan.

      Ini merupakan TANGGONGJAWAB KERAJAAN untuk jalankan siasat dan penyelesaian.

      Jangan kita rumuskan ia sebagai REVENGE.

      Jangan hanya kerana satu kesimpulan "REVENGE"............maka orang2 yg terbabit dalam skandal dan kes jenayah dilepaskan begitu saja dari bertanggonjawab ke atas perbuatan mereka...........ini TIDAK BETOL yeop.

      This is not about revenge......this is about RESPONSIBILITY.

      Delete
    3. The Phantom, nak ta.bah. bukan saja resonsibility, tpi juga accountability and credibility. Sbb penyangak2 umno/BN ni dah jdi libility pd rakyat dan negaa
      Gitu Bro

      Delete
  3. second... bila nak geledah rumah taib mahmud di sarawak?

    ReplyDelete
  4. Melihat kepada isu yang mengelilingi pucuk pimpinan kerajaan terdahulu dan suku sakatnya, maka sudah sewajarnya BN dijenamakan semula dari Barisan Nasional kepada Beg Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun jenama nya, perlu di geledah rumah dan di pantau akaun akaun bank mereka yang kuat di curigai (strongly suspicious) mencuri wang rakyat di 1MDB dll, atau yang makan rasuah.

      Pengarah Polis Bahagian Jenayah Komersial di Bukit Aman menggunakan pegawai pegawai bank bagi menolong hitung RM114 juta di rumah Najib / anak nya itu.

      Jika ada lagi kes berjuta wang di jumpai, tentu boleh di buat begitu lagi.

      Pihak Polis dan SPRM tidak perlu lemah semangat lagi dengan prospek Peguam Negara Apandi mengata berhenti, jangan seledak lagi, tak boleh di bawa ke mahkamah sebab "no wrong doing". Sebab dia sudah di hantar bercuti "indefinitely" dan Solicitor General telah di arah menjalankan tugas nya.

      Bravo, Tun Mahathir.

      Delete
    2. geledah rumah apandi lah. kawan najib tu.

      Delete
  5. Rumah zahid hamidi wajar di gelidah....tokey pendatang berlesen ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya itu sudah tentu. Ha nya menunggu masa. Atau mengikut jadual di senarai yang panjang.

      Delete
  6. yooo mahligai seni, ko punya komen kena padam oleh ibnu haysim. aku punya pun kena sekali.

    hampeh tul walaun tua tu. tak leh terima kritik org!!! ingat maksum ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ahli perniagaan separuh jalan tu.Aku mmg tak komen la kat blog dia,mmg dia padam punya.

      Delete
    2. Komen aku sebelum pru dulu pun dia padam.maklumlah dah kantoi.

      Aku tak jenguk dah blog munafiq tu.

      Delete
    3. Mari kita komen di sini selalu. Takda buang komen pun setahu aku.

      Delete
    4. Aku nak cari lain blog yang bole tekan Publish button dan komen terus keluor belom dapat.

      Nak pigi komen sana jugak bila mulut aku rasa banyak nak ckp.

      Nak komen di 1-2 blog selalu sangat oang fedap.

      Delete
  7. Setuju Tuan Shah.. jangan pula yang mengganti jadi seperti yang diganti..Sejarah Negara Jepun. seperti yg di tulis oleh Tsumugu Hashimoto memberitakan apabila LDP dikalahkan oleh DPJ yg hanya bertahan 1 penggal sahaja dengan tempoh yg singkat DPJ telah bertukar ganti PM nya akibat berkelakuan seperti pemimpin2 LDP. Akhirnya sekarang LDP KEMBALI MEMERINTAH hingga sekarang. Pemimpin2 yg ada di PH hendaklah beringat2 dan jangan nk sombong kerana rakyat semakin sedar dan berani membuat perubahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saat ini tiada soal sombong. Cari mana yang salah, dapatkan bukti, dakwa di mahkamah.

      Delete
  8. yg penting harap Menteri dapat batalkan lesen monopoli beras.

    ReplyDelete
  9. Alamak takut tak boleh tidur
    Senak nanti orang siasat
    Simpan billion di dalam kondo
    Seram sejuk bergetar pusat!

    Geng jamban sudah pun lari
    Pecah botol lagak berani
    Hilang di wad tak dapat cari
    Kemana lari 'Sarip Dol' ini?

    Sorang lagi samseng taik kucing
    Tun Mahathir selalu nak baling
    Bunyi kuat umpama loceng
    Ajak debat dia berpaling!

    Samseng ini gemar menyalak
    Kecoh di parlimen bersama anak
    datang dari Pasir Salak
    Konon pemimpin tapi benak!

    Makcik ini penjaga lembu
    Buat kandang dia tak mahu
    Dalam kondo bela beribu
    Dah kena taik baru tahu!

    Ada musang bermain bola
    Wang si miskin dia pun tala
    Kutuk Mahathir dah jadi tular
    Tak lama lagi mungkin bala!

    Ini di antara mereka yg ramai
    Dapat kuasa dah jadi mamai
    Songlap berjuta hidup pun damai
    Tak lama lagi ke Hospital Permai!

    ReplyDelete
  10. ".. apa yang dilakukan oleh kerajaan baru ini tidaklah boleh dianggap sebagai membalas dendam."

    Siapa yang mengata membalas dendam mungkin dia merasa terdesak. Mungkin dia ada kesalahan. Niat nya supaya jangan rumah nya di geledak. Jangan pedulikan orang saperti itu. Teruskan kerja menggeledak rumah sesiapa yang di curigai mencuri, merompak atau melanun, atau yang makan rasuah.

    Ada ramai begitu "out there". Zaman Najib memang zaman lintang pukang, ramai yang tak hormatkan undang2 dan peraturan, terutama nya orang orang politik yang memegang jawatan. Bermula dengan Najib sendiri.

    Perlu di geledak semua rumah yang berbau barang atau wang curi, atau hasil bermacam macam bentuk rasuah.

    Penting mengeluarkan mesej atau pesanan kapada semua penjawat awam bahawa "crime doesn't pay" dan mereka akan di bawa ke mahkamah sehingga anak cucu balik kerumah menangis memberi tahu kena ejek bapak atau datuk nya mencuri wang Kerajaan atau makan rasuah.

    Kesian kapada anak atu cucu, tapi perlu di tukar keadaan yang rosak akibat pemerintahan Najib itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeop.........istilah membalas dendam tu diguna pakai oleh orang yg nak melindungi kejahatan saja.

      Yg jujor dan amanah tentu maukan KEBENARAN.

      Delete
  11. Check umah Zahid. Byk dan mcm2 ada. Pimpinan BN pun kna semak, Nazri Tajudin Rahman Salleh Sahril Jamil Sharizat Hisyamudin Sabri Chik Sahidan Pendekar Amin Nawawi PA2 Najib, SU Najib, SU Rosmah SU Zahid ramai lg yg udah kaya bila jd Menteri 1 penggal.

    ReplyDelete
  12. Memang lah Wak Zahid ini tak berapa pandiai. Lihat lah kta kata nya -

    Termination of political appointees 'just the beginning', warns Zahid

    He is concerned the new gov't will use the excuse of high debts to lay off more civil servants.

    Tak perlu di komen lagi.

    ReplyDelete
  13. Lps ni rumah Gone End le pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ko orng BN ke?

      Skang gomen PH le.

      Kena geledah rumah orang BN le dulu.

      PDRM dan SPRM kena ikut kehendak gomen PH le skang.

      Delete
    2. Gelidah rumah Jho Lo dulu.

      Delete
  14. Beb..lepas ini rmh lu lak..nyuruk nmpak..
    kami sokong komen kalian..wuuh bnjk kojo sprm..
    Bkn domdam tu bang Shah..nak cuci bosih je..
    jgn pulak nnti lopes ni bertukar pulak kerajaan skrng jd hantu saka puaka mcm kerajaan klepot dulu..
    Seko tolopes yo bang..

    ReplyDelete
  15. Untuk memberi keadilan paad semua, rakyat mengingatkan SPRM jangan buat2 lupa atau buat derk aje laporan dan memorandum yang telah diserahkan oleh JMM agar membongkar jugak harta2 Tun M serta anak beranaknya, Tun Daim, Azmin, Guan Eng, Zuraidah Mak lampir serta kroni2 mereka...bongkar dan dedahkan macam dalam lagi Irwan Fals tu..barulah ngam dan cun beb !!!!!! Rakyat marhaein tak sabar2 nak tau...kira macam angpow untuk aidil fitri ni kan ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari points nak cover pekong kepala bapaaakk...

      Delete
  16. Sabtu, 26 Mei 2018
    HARGA BARANG MELAMBUNG !!! MAMPUKAH KERAJAAN PH TANGANI ?? @MuhyiddinYassin @chedetofficial
    Lepas 2 minggu kerajaan Pakatan memerintah sudah mula nampak beberapa kecelaruan berlaku tambahan pula dengan menifesto yang dilihat belum mampu untuk dilaksanakan walaupun satu.

    Menifesto kerajaan PH untuk menurunkan kadar harga minyak kenderaan juga seperti bayangan kelmarin kepada rakyat terutama kepada pengundi Pakatan.

    Kali ini harga barangan pula dilaporkan mengalami kenaikan dan ianya bukan melibatkan satu atau dua barang malah KPDNKK mengatakan bahawa terdapat 99 barangan dikesan mengalami kenaikan.



    Dengan kemelut kakitangan kerajaan berstatus kontrak kehilangan pendapatan yang baru sahaja melanda, kini kenaikan harga barangan sudah pasti akan menambah beban kepada mereka.

    Kesan kepada kenaikan harga barangan ini bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang kehilangan pendapatan, malah ianya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam situasi akan menyambut hari lebaran tidak lama lagi.

    Persoalannya kini, apa perancangan kerajaan bagi manangani masalah kenaikan harga barang yang kian meruncing? Kalau dulu semua akan menyalahkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai punca kenaikan harga barang, kini kerajaan Pakatan telah memberikan cukai berkenaan kepada 0% sebagai kadar baharu.

    Sebagai sebuah kerajaan yang melaungkan Malaysia Baru, maka Sangkakala dapat rasakan bahawa kenaikan harga barangan ini merupakan kadar baharu bagi negara Malaysia.

    Sangkakala juga nak ucapkan tahniah kepada pengundi Pakatan kerana kenaikan harga barangan ini juga dialami oleh mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Pakatan baru setahun jagong.........yg puak ko dulu pegang 2 penggal pon gagal turunkan harga barang.

      Asssiikkkk naik harga maaanjaanggg jerrr. Kata dengan GST harga akan turun.

      Mydin sendiri pon rugi besar dalam KR1M....

      Bila kos sara hidop naik.....kerja tak derrrr......suroh orang bawak uber atau jual nasi lemak.

      Dalam pada rakyat hidop susah dan perit........ada orang hidop bermewah-mewah dengan dikelilingi jongkong2 emas......birkin & hermes.....jam, permata berrrliaannn.......tau2 bangun pagi ada duit berrrrjuta mengeram dalam akaun peribody........tah kan dari sape pon tak tau woiiii.......

      Rakyat didulukan.........tu pasal rakyat bersuara melalui KERTAS UNDI baru2 ni.....period.

      Delete
  17. Pasaran merudum: ‘Seronok’ jadi tajuk utama merosakkan negara
    26 MEI: Keghairahan Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng di dalam mendedahkan jumlah hutang negara yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu memakan diri apabila pasaran saham memberi reaksi negatif dan para pelabur mula membawa keluar pelaburan masing-masing.

    Kesilapan tersebut bukan sahaja mendapat teguran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya malah turut mendapat perhatian daripada ‘orang dalam’ Pakatan Harapan sendiri.

    Menurut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin, Guan Eng seharusnya berhati-hati di dalam membuat sebarang kenyataan dan hebahan kepada media massa.

    Malah tokoh dalam bidang kewartawanan itu juga menasihati semua menteri dan pegawai-pegawai mereka untuk melakukan perkara yang sama.

    Beliau juga meminta semua wakil rakyat dan menteri yang baharu dilantik untuk melebihkan kerja demi rakyat jelata daripada berkata-kata dan mencari tajuk berita.

    “Kesilapan Lim ialah dalam euforia dan keseronokan luar biasa menemui hal-hal yang membuktikan dakwaan HARAPAN selama ini benar, telah terlupa memikirkan semasak-masaknya apakah implikasi buruk pendedahan itu.

    “Biar saya beri peringatan kepada semua menteri dan pegawai mereka agar lebih berhati-hati membuat kenyataan kepada media massa.

    “Faedah politik (political milage) tidak sama dengan faedah ekonomi (economic milage). Yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran,” katanya di dalam artikel bertajuk Mereformasi Cara Berfikir, Bertindak Sebagai Kerajaan terbitan portal Malaysiakini.

    Tambah A. Kadir, di dalam Pakatan Harapan, mereka menjanjikan reformasi maka setiap warganya perlu memulakan dengan mereformasi cara berfikir dan bertindak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejujuran tetap akan dihargai...hari ini turun tetapi akan naik semula bila klepto dah berambus....

      Delete
    2. Dulu zaman Tun M 1997 kita dah lalui krisis yg lagi genting dari ni.......tapi Alhamdulillah kita berjaya atasi masalah.

      Masa tu Geng Naga masih kencing dalam seluar lagi.

      Ingat chant ko baru2 ni......Mahathir mati jadi _______.........sila isi tempat kosong.

      Haakakkktuiii !!

      Delete
  18. TUN MAHATHIR AKUI SILAP TUDUH DATO SERI NAJIB JUAL KEDAULATAN NEGARA DAN PROJEK DENGAN CHINA DITERUSKAN

    Berduyun-duyun anak muda dari seluruh negara datang ke Qinzhou Park, Kuantan untuk peluang pekerjaan.

    Dulu projek ini dikatakan menjual kedaulatan negara. Sekarang mengaku ianya taktik raih undi untuk pilihanraya!

    Padan muka rakyat kena tipu!

    Macam mana lah saya nak terangkan kepada rakyat supaya mereka faham kenapa saya katakan saya tidak lagi boleh menyokong Tun Mahathir?

    Tetapi orang Melayu ni kurang cerdik mindanya. Maaf saya cakap. Tapi terima lah kenyataan ini. Mereka taksub kepada orang yang membina bangunan berkembar tertinggi di dunia. Tapi hari ni pembina nya sendiri akan jual kedaulatan negara dengan mengapungkan Petronas.

    Kalau dah tumbang kerajaan Melayu, dan sekarang baru nak siasat maknanya selama ni UMNO tumbang tu sia-sia lah. Tiada bukti penyelewengan pun. Semuanya cakap-cakap kosong.

    Sperma pun boleh terbang masuk bontot orang zaman sekarang ni. Jadi, gunakan lah petunjuk itu untuk mengesan plot drama tamil ini.

    Rakyat sudah memilih. Terpaksa lah saya cakap anda tidak cerdik. Marah lah saya. Bukan saya yang tolong undi untuk anda. Anda yang undi sendiri.

    Anina Saadudin
    EMPIRICAL MALAYSIA

    #EmpiricalWatch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katak yg dulu terrrpekikkkk terrrlolong kata Najib kencingkan rakyat Msia.

      Kahkahkahkahkah

      Delete
  19. KUALA LUMPUR: : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan pernah menegur bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan UMNO lain agar tidak menyerang peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad

    Jelasnya, teguran yang dibuat kira-kira dua tahun lalu itu bagaimanapun ternyata tidak diendahkan Najib sehinggalah kerajaan ditadbir Pakatan harapan.

    "Semasa saya jumpa beliau dua ke tiga tahun dulu di mana 1MDB sudah meletup, apabila beliau sebut bahawa Tun Mahathir mengkritik beliau mengenai 1MDB, saya nyatakan kepada beliau Datuk Seri sendirilah yang selesaikan. Cuma saya cakap saya beritahu supaya beritahu pemimpin-pemimpin UMNO dan orang sekeliling supaya jangan serang peribadi Tun Dr Mahathir," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di ibu negara.

    Malah tindakan menyerang Tun Dr Mahathir seolah-olah mengulangi kesilapan yang dilakukan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    "Semasa zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir ada membuat teguran, kemudian akhirnya Tun Mahathir dipinggir dan beliau diserang bertubi-tubi pada waktu itu dan kini Datuk Seri Najib mengulangi perkara yang sama," ujarnya.

    Beliau berkata, Najib dan orang sekelilingnya ketika itu sepatutnya membuat teguran secara berhemah terhadap Tun Mahathir.

    "Teguran sepatutnya dibuat seperti budaya kita orang Melayu, bukan semberono saja. Keadaan tidak berubah (sepeti zaman Tun Abdullah) kerana bertubi-tubi serangan dibuat ke atas Tun Mahathir.

    "Saya jumpa Menteri-menteri ketika itu, saya pun ada sebut jangan maki hamun Tun Mahathir kerana ia akan membawa kepada satu kemusnahan," tambahnya.

    Kata beliau lagi, Najib lupa bahawa rakyat melihat jasa Tun Mahathir tidak terbilang kepada negara.

    "Ada menteri yang cukup angkuh, biadap, sombong dan tidak segan serang Tun Mahathir yang menyebabkan ramai marah kepada UMNO dan menolak parti itu pada PRU14," kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok heng memulakan langkah membodek tun m....

      Delete
    2. Biasa lerrrr yeoooppp......mana ada gula situ deme hurong.

      Ini tarak bole pakai punya woraannggg.....

      Delete

  20. Saturday, May 26, 2018
    Brader Says Its OK To Criticise Dr Mahathir; An Assignment For The Malaysian Media





    Anwar Ibrahim wants media to be voice of people

    be steadfast in duties as fourth estate to keep government leaders in check

    “media supported Pakatan due to euphoria of coalition won elections on May 9.

    “after everything settles down, media has to speak up, criticise all state, federal govts" Anwar

    media must be voice of people
    they must be free to speak up against govt
    leaders must not react angrily
    they must be prepared to accept what media reports

    Anwar said he himself not spared criticism
    he was taken to task for flying to Kelantan on govt jet with his wife and daughters

    ReplyDelete

  21. DILEMA MELAYU
    SIRI 664
    ANWAR IBRAHIM INSAFLAH!

    Saya kawan lama dengan Anwar Ibrahim.
    Tidak ada 'datuk seri' dengan dia.
    Hanya 'hang' dan 'aku' saja.

    Pernah makan nasi campur di restoran Amjal beberapa dekad lalu waktu Anwar jadi mudir Yayasan Anda.


    Waktu dia jadi menteri kewangan dalam BN saya menulis buku ANWAR IBRAHIM ANTARA NAWAITU DAN PESTA BORIA (1993).


    Saya mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pejuang Islam dan kegagalannya sebagai menteri kabinet.


    Sekali air bah sekali pasir berubah. Anwar juga seperti pasir. Dari presiden ABIM, bekas tahanan ISA dia jadi menteri disintuklimau Mahathir sampai jadi TPM merangkap menteri kewangan.

    Nafsu Anwar semakin melonjak sampai ke awan. Dia sudah melawan tauke. Dia sudah mula buat komplot untuk menjatuhkan Mahathir. Talibarutnya ialah Zahid Hamidi yg menjadi bomoh Ponorogo. Niat jahat Anwar hancur.


    Anwar hebat sebagai pemidato.
    Dia boleh putar lidah, berlakon untuk mendapat simpati orang ramai.

    Dia lancar reformasi jalanan dengan harapan mahu menumbangkan pimpinan Mahathir. Gagal.

    Dia dapat sokongan US, golongan Zionist, sokongan dari media Barat untuk memenangkan perjuangannya. Tetap gagal.

    Sejak PRU 1999 PKR yang dipimpinnya tidak pernah diberkati Allah dan rakyat menumbangkan kekuatan politik Mahathir.

    Kemenangan PH pada PRU 14 bukan kerana rakyat menyokong Anwar. Nahe, nahe. Atau Wan Azizah. Nahe, nahe. Rakyat dan Allah memberi sokongan kepada Tun M. Jangan cuba menipu sejarah. Kalau bukan Tun M memimpin PH jangan mimpi PH boleh menang gemilang pada PRU 14.

    Rakyat mengharap bila Anwar keluar dari penjara dia lebih bijaksana, merendah diri, menginsafi segala kesilapan di masa lalu. Kamu boleh tipu rakyat tapi kamu tidak boleh tipu Allah. Nampaknya kamu masih Anwar era reformasi jalanan, merak di kayangan, cepat lupa diri. Ingat segala tindak-tanduk anda, gerak-geri anda, manusia-manusia yang anda temui boleh menimbulkan berbagai tafsiran negatif dari rakyat dan kerajaan PH terhadap anda.

    Insaflah bahawa anda bekas banduan. Dua kali di belakang jerajak besi sewajarnya membawa perubahan menjadikan anda seorang pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat. Malangnya anda merasai diri anda seorang yang berkuasa setaraf dengan PM.

    Amat memalukan pimpinan PH bila kamu bersama isteri kamu, Wan Azizah dan anak-anak menggunakan jet kerajaan untuk melawat bonda Agong di Kelantan.

    Rakyat terkejut. Apakah kamu dan Wan Azizah mencontohi perangai Najib dan Rosmah yg dibenci rakyat menggunakan jet kerajaan untuk kepentingan pribadi? Ini sudah melampau.

    Sebagai TPM Wan Azizah mesti sedar tanggungjawabnya melaksanakan amanah Allah dan rakyat, dan bukan menjadi kaldai suami yang baru diampun oleh Agong.

    Maaf cakap rakyat yang ingin perubahan dalam pimpinan PH tidak berkenan dengan sikap Wan Azizah dan Anwar menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

    Rakyat tidak mahu melihat para pemimpin PH mengamalkan budaya rasuah, menyalahgunakan kuasa seperti Najib dan bini gedempolnya, Rosmah.

    Rakyat berharap Anwar janganlah berlagak dan bertindak sesuatu yg boleh menimbulkan konflik dalam pimpinan PH. Ingat, kamu telah melakukan kesalahan dan Agong memberi pengampunan kepada kamu. Dengan kata lain, kamu adalah mantan penjenayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari petikan di atas......
      "Talibarutnya ialah Zahid Hamidi yg menjadi bomoh Ponorogo."

      Begitu ropenye ye......ish...ish....ish

      Sekarang bergiat aktif di mana...??

      Delete
  22. SATURDAY, MAY 26, 2018
    Tun M jadi PM hanya tambah masalah - Nik Abduh


    Tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diterajui DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya mendatangkan lebih banyak masalah kepada negara.

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, secara sinis mempersoalkan kewajaran pemilihan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai punca masalah negara untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak



    "Mereka kata Datuk Seri Najib (Razak) pencetus masalah negara. Katakan ia betul, tetapi mereka memilih Dr Mahathir, punca segala masalah negara dulu sebagai pengganti.

    "Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah. Hari ni Pakatan Harapan penuh bermasalah kerana siapa, adakah kerana Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar (Ibrahim, Lim Kit Siang atau Mohamad Sabu.

    "Jangan kata kerana PAS lagi, kalau kerana PAS, maknanya Pakatan Harapan terlalu rapuhlah. Satu lawan empat pun boleh goncang," katanya.

    Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut menyalahkan penyokong Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai `pemuja' kerana mengheret Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk terus memasang impian memegang tampuk kekuasaan untuk sekian kalinya.

    Beliau berkata tindakan `pemuja' Dr Mahathir hanya bersandarkan sejarah lampau untuk memaksa bekas Perdana Menteri itu terus aktif dalam politik negara.

    "Pemuja Dr Mahathir terlalu naif kudrat sampai terus bertongkat dengan ilusi lampau. Mereka membosankan..," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

    ReplyDelete
  23. APA JADI KEPADA HARGA BARANG DAN EKONOMI MALAYSIA SELEPAS GST DIHAPUSKAN NANTI?
    at 8:00 PM
    Posted by Admin PahangKu





    Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudahpun menyatakan hasratnya untuk mewartakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 10% apabila Dewan Rakyat mula bersidang kelak.

    Penetapan kadar tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beberapa hari selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diturunkan kadar daripada 6% kepada 0% berkuatkuasas 1 Jun 2018.

    Presiden Dewan Perdagangan Malaysia-China, Tan Yew Sing, dipetik Utusan Online bersetuju bahawa pelaksanaan GST sebelum ini menyumbang kepada kenaikan harga barang dan berharap agar pelaksanaan SST nanti akan berjaya mengurangkan harga yang menjadi punca kepada peningkatan kos sara hidup.

    “Impak penghapusan GST mungkin mengambil masa sedikit. Tetapi saya akan terkejut sekiranya tindakan itu tidak menurunkan harga beberapa barangan.

    “Mungkin ada yang tidak betul berlaku ketika penghapusan GST dilakukan atau peniaga sendiri tidak memberikan respons (turunkan harga),” itu komen Yew Sing optimis harga barang akan turun pasca SST akan datang.

    Namun, bagi pemain industri automotif, seperti Edaran Tan Chong Motor, pelaksanaan GST terbukti menurunkan harga kereta dan pengembalian SST pada kadar 10% seperti pra-GST sebelum ini pasti akan meningkatkan harga kenderaan.

    Walauapapun, masih terlalu awal untuk memberi gambaran situasi pasaran selepas SST dilaksanakan kelak, namun, berdasarkan contoh yang diberikan, kemungkinan penurunan harga barang sekadar imaginasi sahaja.

    Realitinya adalah, pendapatan negara akan berkurangan sekiranya GST dimansuhkan, sepertimana dihuraikan oleh Bloomberg.

    Menurut laporan kolumnis Andy Mukhrejee, GST terbukti memberi pendapatan tambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sejak mula diperkenalkan pada 1 April 2015, dengan kutipan kira-kira US$11 bilion (RM43.8 bilion) untuk tahun lepas sahaja.

    ReplyDelete
  24. #MansuhTol Dilema Buat Kerajaan Pakatan Harapan
    Posted by Penang Kini on 17:49 in dalam negeri nasional Terkini | Comments : 0

    Terdapat 31 lebuhraya bertol dalam negara ini.
    Sehingga tahun 2010, RM383.3 bilion diperlukan untuk ambil alih semua lebuhraya.
    Pada minggu lalu, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bertemu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad iaitu pemegang saham terbesar syarikat konsesi tol terbesar negara, Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS). Pertemuan ini untuk membincangkan langkah penstrukturan semula tol.

    Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada tol akan dimansuhkan sepenuhnya atau dibuat secara berperingkat tetapi menurut kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tun Daim Zainuddin akan mengumumkan keputusan kerajaan berhubung bayaran tol pada masa terdekat.



    Kebimbangan yang timbul mengenai langkah kerajaan berhubung tol adalah berkaitan sumber pendapatan kewangan negara dan kesannya kepada syarikat-syarikat konsesi. Sekiranya kerajaan memutuskan untuk memansuhkan bayaran tol sepenuhnya, dibimbangi kerajaan persekutuan akan dibebani dalam perbelanjaan fiskal.


    Kerajaan perlu membayar harga yang tinggi untuk ambil alih tol. Kredit: FMT

    Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk mengambil alih aset lebuhraya itu serta turut menanggung obligasi hutang syarikat konsesi tol. Menurut kajian yang dibuat oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada tahun 2010, kos keseluruhan untuk mengambil alih semua lebuh raya dalam negara ini kira-kira RM383.3 bilion.

    Di samping itu, CIMB Research pula menyatakan, Pakatan Harapan lebih awal menjangkakan pengambilalihan semua lebuhraya dengan menggunakan klausa pengambilalihan (expropriation clause) hanya sekitar RM50 bilion tetapi anggaran kos ambil alih terkini tidak diketahui.

    Tatkala pemansuhan bayaran tol akan memberi manfaat kepada pengguna dan mengurangkan tekanan kerana peningkatan kos sara hidup, para pengkritik percaya langkah itu akan mengundang pula ketegangan kewangan kepada kerajaan jika bayaran tol yang dimansuhkan itu tiada pengganti kepada sumber pendapatan besar yang lain.

    Menurut angka-angka yang dikeluarkan Bond Price Agency Malaysia pada 23 April lalu, jumlah keseluruhan bon tertunggak daripada pelbagai syarikat konsesi tol adalah sebanyak RM55.3 bilion. Maknanya kerajaan Pakatan Harapan perlu membayar lebih RM55 bilion hanya untuk mengambil alih hutang syarikat konsesi sebagai pelengkap kepada pengambilaihan operasi tol dalam negara dan ini tidak termasuk dengan kos untuk mengambil alih aset.


    KWSP mahu penyelesaian komprehensif. Kredit: The Malaysian Times

    Dalam laporan berasingan, Maybank Investment Bank Research mendedahkan, jika kerajaan mahu mengambil alih semua hutang tertunggak dan ekuiti pemegang saham, kira-kira RM79 bilion perlu disediakan sebagai pampasan yang paling minimum dengan menjangkakan secara umumnya nisbah antara hutang dengan ekuiti adalah 70:30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pernah berkata penyelesaian yang komprehensif amat diperlukan untuk menangani isu tol lebuhraya ini. Beliau mengingatkan bahawa banyak wang telah dilaburkan melalui pasaran modal. Justeru, wujud keperluan mendesak untuk mengimbangi situasi ini.

      Berdasarkan laporan kerajaan,sehingga hujung tahun 2017, terdapat 31 lebuhraya bertol di negara ini.

      Pada tahun 2016, sebanyak RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion diperlukan untuk operasi tahunan dan kos penyelenggaran di setiap lebuh raya ini. Jumlah kutipan yang telah diperoleh pula antara RM27 juta dan RM2.867 bilion.

      Pakatan Harapan pula melalui Bajet Alternatif 2018 telah menunjukkan bahawa langkah membeli semula syarikat konsesi tol akan menyebabkan wujud keberkesanan kos (cost-effective) berbanding dengan membayar pampasan berjadual (periodic compensation) kepada syarikat konsesi tol.


      Pakatan Harapan komited mansuhkan tol. Kredit: The Malaysian Times

      Walaupun cadangan Pakatan Harapan ini diperkecilkan tetapi sebenarnya langkah memansuhkan bayaran tol bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia. Buktinya, pada tahun ini, kerajaan BN sempat menamatkan kutipan tol di empat lebuhraya iaitu Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor.

      Dalam kalangan syarikat konsesi tol pula, langkah populis kerajaan ini sudah pasti akan diberikan perhatian penting. Ketika ini terdapat sembilan konsesi tol di Malaysia seperti IJM Corp Bhd , WCE Holdings Bhd , Taliworks Corp Bhd , Ahmad Zaki Resources Bhd , Gamuda Bhd , Bina Puri Holdings Bhd , Ekovest Bhd , Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak) and Malaysian Resources Corp Bhd.

      Selain daripada syarikat yang disenarai awam (public-listed) ini, perlu diulangi bahawa dua dana pelaburan kerajaan seperti Khazanah Nasional dan KWSP turut terlibat dalam bisnes konsesi tol apatah lagi kedua-duanya merupakan pemegang saham Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) iaitu pemilik lima lebuhraya utama termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan.


      Prolintas hanya menumpukan operasi tol di Lembah Klang sahaja. Kredit: Berita Harian

      Syarikat yang tidak disenaraikan seperti Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Bhd juga merupakan operator lebuhraya kedua terbesar di Malaysia. Memang kebanyakan lebuhraya bertol utama dalam negara ini dimiliki oleh PLUS dan Prolintas.

      RHB Research Institute berpendapat kesan besar daripada pemansuhan tol ini akan memberi kesan kepada saham syarikat konsesi tol ini. Oleh itu syarat pampasan yang munasabah perlu disediakan. Selain itu, pemansuhan tol akan memerlukan suntikan tunai satu kali (one-off cash injection) kerana pelupusan aset konsesi tol yang datang daripada perbelanjaan pendapatan daripada kutipan tol.

      Delete
    2. Hasil yang diperoleh ini akan digunakan untuk mengurangkan hutang dan meningkatkan nilai dividen khas kepada para pemegang saham.

      Sementara itu, PublicInvest Research masih pesimis langkah kerajaan ini akan berakhir segera. Sebaliknya, badan penyelidik itu yakin pengambilalihan syarikat konsesi yang bertujuan untuk memansuhkan kutipan tol akan terus berlarutan pada satu tempoh masa tertentu.

      Hal ini kerana, isu pampasan yang menjadi perkara utama itu akan mengganggu sentimen para pemain yang disenaraikan seperti Gamuda, IJM Corp, Taliworks dan Litrak serta syarikat Ekovest dan Bina Puri yang hanya mempunyai sebuah konsesi tol sahaja.

      Justeru, beberapa janji Pakatan Harapan sebelum ini termasuk pemansuhan tol dijangka akan ditangguhkan bagi memastikan negara berupaya menyelesaikan tanggungan luar biasa sekarang.

      Delete
  25. KP SPRM perlu undur diri siasat 1MDB
    26 MEI: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull digesa mengundurkan diri daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

    “Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.

    “Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional,” katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Syukri sebelum ini yang dilihat bersikap prejudis terhadap pelaku dalam kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.

    Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadapNajib.

    Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri , supaya ‘berdiam’ dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.

    Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.-Sinar Harian

    ReplyDelete
  26. 26 Mei 2018
    Chegubard Dedah Kem Mahathir Serang Anwar Isu Naik Jet Kerajaan Ke Kelantan

    Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai dan menulis amaran serta mendapat reaksi kecaman oleh netizen terhadap Anwar.




    7. Hari ini pula kem Mahathir mula menyebar gambar keluarga Anwar menaiki jet rasmi Kerajaan. Antaranya Herman yang dikenali sebagai cytro taksub Mahathir juga menyiarkan gambar tersebut dengan komen menyatakan ini tidak bagus untuk Malaysia Baru. Malah ada yang menyamakan tindakan ini dengan tindakan Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan sebelum ini. SAMM sendiri antara yang awal mendedahkan butiran dan mengeluarkan kenyataan mengenai Rosmah menggunakan jet kerajaan sebelum ini (klik sini)


    Baca tulisan penuh Chegubard di sini:

    http://chegubard.blogspot.my/2018/05/kem-mahathir-mula-menyusun-serangan.html?m=1

    Pandangan saya ialah serangan terhadap Anwar sudah bermula sebelum Anwar keluar lagi.

    Pendedahan blog pro Tun M Outsyedthebox bahawa Anwar jumpa Zahid di hospital satu propaganda palsu yang cuba diabsahkan. Zahid menafikan perkara tersebut dan isu ini reda sampai hari ini.

    Selepas Anwar keluar Tun Daim sekali lagi menyerang Anwar isu jawatan PM.

    Apakah akan ada gerenti bahawa janji Tun M bahawa Anwar akan jadi PM akan dipenuhi ?

    Kita harap agar pkr dap pan akan sedar dari buaian mimpi kerana agenda Mahathir bukan kecil.

    Tidak mustahil Ops Lalang versi 2.0 boleh berulang sekali lagi jika perlu.

    Kerana itu jawatan Menteri dalam Negeri tidak diberikan kepada Mat Sabu atau Lim Guan Eng mahupun Wan Azizah.

    Mereka perlu sedar bahawa pakatan ini bukan sahaja membahayakan mereka bahkan masa depan Malaysia.

    Fitnah digunakan dan rakyat diperdayakan!!!

    Banyak tulisan Malaysia Today oleh Raja Petra berkaitan skandal2 Tun M dan kroni mungkin boleh dijadikan rujukan.

    Beliau membayar dengan harga yang mahal menulis artikel2 tersebut kerana kini telah mula dicari pihak polis selepas PH mula memerintah Kerajaan.

    http://www.malaysia-today.net/2018/05/19/the-malaysian-police-are-looking-for-me/


    Adakah kebebasan bersuara akan wujud di Malaysia?

    Jauh panggang dari api.



    Semoga Allah selamatkan Malaysia.

    Mari teruskan perjuangan walau nyawa kita mungkin akan terancam asalkan demi Agama Bangsa Negara kita...

    ReplyDelete
  27. Saturday, May 26, 2018
    PH langgar pantang


    Pakatan Harapan langgar hampir semua hukum dan pantang larang.

    Peraturannya parti politik tidak boleh amal kronisme dan nepotisme namun PH tetap disokong meski kedua² perkara itu semua orang tahu berlaku dalam PH.

    Bukan kronikah apabila PKR mengumpulkan Anwar, isteri, dan anak perempuannya dalam jawatan tertinggi.

    PBPM pula meletakkan tun mahathir sebagai PM dan anaknya mukhriz menjadi MB Kedah. Bukan sahaja penyokongnya bahkan orang awam juga tidak membantah. Itu bukan kroni?

    Dalam DAP Lim Kiat Siang dan anaknya LIm Guan Eng menguasa parti juga tidak dipeduli.

    Mungkin dalam PAS tidak begitu ketara namun keluarga almarhum TG Nik Aziz direstui dalam parti selagi tidak berpaling tadah.


    Minyak Morha
    Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

    Apakah sebenarnya faktor yang lebih besar dari kronisme dan nepotisme itu?

    Padahal itulah bahan yang dibawa Anwar di awal reformasi 1999 sehingga menjatuhkan tun mahathir.

    Jika rasuah dikatakan puncanya, kenapa LGE yang sedang menghadapi kes mahkamah dilantik menjadi menteri.

    Mat sabu yang pernah berkontaversi dengan tentera pula diangkat menjadi menteri pertahanan.

    Sekali lagi Demang ajak anda bertanya, apakah yang rakyat mahu sebenarnya. Atau, apakah yang rakyat benci sebenci-bencinya melebihi hukum dan adat yang biasa.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  28. 26 May 2018
    Bila Kerajaan Roket Nak Jual Jet Yang Najib Beli???


    Najib Beli Jet Yang Untung Siapa???

    Untung jadi orang baru....

    Ini yang barang kali orang cakap, sarung kaki aje....

    Masa beli yang kena bedal Najib.

    Hutang banyak yang kena bedal, Najib.

    Yang melaram Jet adalah orang yang dulunya memprovok rakyaat supaya marah Najib beli jet.

    Apa agaknya komen Dato' Dr MAZA.....Beliau juga pernah komen pasal jet tersebut ketika baru dibeli dahulu termasuk katanya tersilap fakta tentang interior design jet tersebut.

    Kalau ikutkan Khalifah Umar Abdul Aziz, kereta kuda resmi yang mengambil baginda ketika perlantikan sebagai Khalifah, adalah di antara harta kerajaan pertama yang baginda lupuskan untuk mengelakkan pembaziran.... Segala hasil jualan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara. Apa komen YB Guan Eng pula pasal jet ni??? X nak jual untuk langkah berjimat cermat??? Dulu katanya nak mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.....

    Janganlah masa jadi pembangkang dulu bangkang kononnya membazir....sekarang bila dah jadi kerajaan semua dah mencongak masing2 nak melaram dengan jet tersebut.

    Kalau nak berjimat, rasanya ini lah masanya. Apa lagi dengan harga getah yang dikatakan merudum dan rakyat menderita jiwa dan raga...

    ReplyDelete
  29. UMNO bimbang lebih ramai penjawat awam dipecat
    BY PEWARIS MELAYU | PUBLISHED 26.5.18


    KUALA LUMPUR 25 Mei - UMNO melihat pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan yang didakwa sebagai lantikan politik sebagai satu perkembangan yang tidak sihat dan perkara tersebut juga tidak seharusnya berlaku.

    Berikut merupakan kenyataan penuh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Pre­siden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan lantikan politik:

    1. Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik', seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

    2. Beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni kepada menteri dan ketua jabatan tertentu.

    3. Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah dengan ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17.

    4. Dakwaan bahawa mereka menjadi kroni menteri juga adalah tidak benar kerana mereka hanya dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang menentukan tangga gaji sesuai de­ngan jawatan dan kelayakan disandang.

    5. Kebanyakan mereka ini adalah pemudah cara kementerian dan jabatan tertentu serta tidak menerima faedah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

    6. Sebahagian besar mereka tidak dilantik secara terus seperti yang didakwa oleh banyak pihak, sebaliknya perlu melalui proses yang sama dengan penjawat awam lain, termasuk temuduga dan saringan kesihatan.

    7. Oleh itu tidak timbul sama sekali ang­gapan bahawa ka­kitangan ini di­ambil te­rus oleh ketua jaba­tan masing-masing.

    8. Namun apa yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap perkara ini. Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika sedang bersiap sedia menyambut kedatangan 1 Syawal. Pasti ia me­nimbulkan beban dan keresahan.

    9. Alangkah baik jika sebahagian besar mereka diserapkan ke perkhidmatan awam, supaya kerajaan Pakatan Harapan dilihat benar-benar ingin membela nasib rakyat, dan bukan menghukum tindakan serta kerja mereka.

    10. UMNO melihat perkemba­ngan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

    11. Biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, mereka mempunyai keluarga dan mulut untuk disuap. Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini.

    12. Jangan jadikan mereka sebagai sasaran mainan dan agenda politik. Mereka adalah rakyat yang memerlukan pem­belaan dan mereka juga adalah pengundi kita.

    13. UMNO juga bimbang bahawa cubaan kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi gambaran tidak betul bahawa hutang kerajaan lebih tinggi dari yang dilaporkan dahulu akan digunakan sebagai alasan untuk memecat lebih banyak penjawat awam dalam masa terdekat.

    14. Rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti DAP dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus ribu penjawat awam. Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan.

    ReplyDelete
  30. SAHAM MENJUNAM, MENTERI DAPigs BAGI ALASAN BERTARAF LONGKANG???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON JUMAAT, MEI 25, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR


    "Jika anda melihat kepada prestasi pasaran saham, ia juga bergantung kepada pelbagai faktor. Kita juga dapat melihat pasaran serantau mempunyai kesan yang sama."


    Demikian kenyataan Menteri Kewangan yang masih lagi sarat dengan skandal penyelewengan kuasa dan masih ada kes rasuah sedang dibicarakan dimahkamah pada ketika ini.


    Ironiknya, kenyataan seumpama itu pernah menerima kecaman dari kalangan pemimpin serta pengikut - pengikut setia Rejim Pakatan hari ini. Tapi sekarang, diorang pulak guna alasan yang sama.


    Cuba bayangkan jika Menteri dari Barisan Nasional yang keluarkan kenyataan sedemikian. Sudah pasti pemimpin - pemimpin Pakatan serta penyokong mereka akan mengecamnya secara habis - habisan.


    Keadaan itu sama seperti mana ketika dijelaskan mengenai isu kenaikkan kos sara hidup sebelum ini. Rata - rata pengikut setia Rejim Pakatan itu mendakwa ianya hanya mainan Politik semata - mata.


    Walhal, kenaikkan itu berdasarkan kepada faktor yang berlaku secara serantau. Bukan di Malaysia sahaja yang mengalami isu kenaikkan kos sara hidup. Bahkan seluruh dunia pun berlaku perkara yang sama.


    Maka tidak salah jika kenyataan Menteri Kewangan DAPigs ini boleh dianggap sebagai alasan bertaraf Longkang hanya semata - mata untuk menutup kelemahan Rejim Pakatan menguruskan persepsi pelabur asing terhadap keadaan ekonomi Negara pada ketika ini!!!

    ReplyDelete
  31. Tunggu minggu depan pengumuman bentuk BR1M kerajaan Pakatan Harapan…
    TERAKHIR DIKEMASKINI: 26 MEI 2018 BY ROSLI ISMAIL
    inShare


    Apa agaknya nama baru yang hendak diberi oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),program bantuan popular untuk rakyat berpendapatan rendah yang dilaksanakan oleh bekas kerajaan BN dulu.

    Pakatan Rakyat yang bimbang sokongan padanya terjejas masa PRU 14 lalu turut berjanji untuk meneruskan BR1M.

    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya memperlekehkan BR1M bagaimanapun kata bantuan berkenaan akan dikaji semula untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja dapat.

    Ekoran pelbagai tandatanya mengenai pemberian BR1M setelah tamat pilihanraya,Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Sabtu kata BR1M akan dibayar akan dibayar kepada penerima bulan hadapan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Menerusi laman Twitter rasminya hari ini, beliau berkata bantuan kewangan itu akan diberi nama baharu.

    Beliau berkata maklumat lanjut mengenai bantuan itu akan diumumkan minggu depan.

    "Sepertimana yang diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) twitter.com/chedetofficial, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri," kata Lim dalam catatan itu.

    Sehingga maklumat lanjut mengenai pemberian BR1M diumumkan minggu depan setakat ini tidak diketahui berapa ramai bakal menerima bantuan itu serta kadarnya.

    Dibawah pentabiran BN seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion pada tahun ini.

    Semasa melancarkan Manifesto BN sebelum PRU14,Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak umum pengenalan dua kategori baharu penerima BR1M

    Dua kategori baharu itu adalah untuk isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.

    Satu lagi, bantuan sekali sebanyak RM1,500 yang diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

    Selain itu tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpedapatan dibawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, ditingkatkan.

    Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, katanya pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

    Beliau berkata, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

    "Ini bermakna jumlah keseluruahn pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000," katanya.

    Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula, Najib berkata, mereka bakal menerima nilai tambahan sebanyak RM150 menjadikan keseluruhannya RM600, berbanding RM450 ketika ini.- 26/5/2018

    ReplyDelete
  32. Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO
    TERAKHIR DIKEMASKINI: 25 MEI 2018 BY ROSLI ISMAIL
    inShare


    Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya.

    Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk.

    Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini.

    Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu.

    Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.

    Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

    Dalam UMNO pernah jadi Bendahari dan Naib Presiden.

    Juga antara lain yang menarik tentangnya ialah pemilihan jawatan UMNO yang sengit tahun 1987.

    Tengku Razaleigh yang mengetuai Team B tewas pada Tun Dr Mahathir Mohamad Team A dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dengan undi tipis cuma 43.

    Nama dalam politik namanya tetap harum sekalipun pernah mengetuai seketika Parti Semangat 46 selepas UMNO (lama) diharamkan dalam kontroversi selepas pemilihan jawatan itu.

    Selepas dua kali mengetuai Semangat 46 dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995,Tengku Razaleigh dan sebahagian besar ahli partinya akhirnya kembali masuk UMNO semula.

    Pada usia 81 tahun kerabat diraja Kelantan ini nampak masih steady dan bertenaga.



    Ini dapat dilihat semasa beliau bersembang dengan rombongan Almuni Kelab UMNO Luar Negara dan beberapa NGO lain yang membuat kunjungan di rumahnya petang Khamis.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bukan rahsia lagi kedatangan mereka dan kebanyakan lain dari masa ke semasa kebelakangan ini adalah untuk memujuknya main peranan dalam kepimpinan UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

      Namanya menjadi bualan di kalangan ahli UMNO dalam pencarian mereka untuk membangkitkan semula parti setelah melalui pukulan hebat dalam PRU14.

      Malah ada yang membariskan namanya dalam senarai pilihan jawatan Presiden UMNO dalam posting di media sosial selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Mustapha Mohamad.

      Ramai yang berpendapat mahu tidak mahu UMNO kini memerlukan set barisan kepimpinan baru yang utuh dan boleh ‘dijual’ untuk menarik balik sokongan ramai.

      Dalam hal ini ada kalangan yang melihat kelebihan Tengku Razaleigh ialah dari segi pengalaman dalam politik dan pentabiran,tiada diselubungi sebarang skandal dan paling utama dikira orang disegani yang boleh diletak sama level dengan Dr Mahathir.

      Seorang wakil Almuni Kelab UMNO Luar Negara yang bercakap dalam pertemuan itu menilai Tengku Razali dapat menjadi gam yang menyatukan parti dalam keadaan yang getir sekarang.

      Seorang lain yang bercakap memberi pandangannya kata buat masa ini tidak nampak ada orang lain yang boleh main peranan yang penting itu.

      Tengku Razaleigh telah berucap memberi pandangan beliau termasuk tentang situasi politik dan parti UMNO selepas PRU14.

      Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berulangkali menegaskan bahawa kejayaan UMNO menang 54 kerusi Parlimen ( campur dengan BN semua jumlahnya 78) bukan sesuatu hal yang kecil.

      PKR menang 47 kerusi Parlimen,DAP 42,PAS 18,PPBM 12,PAN 11 dan lain-lain parti 29.

      Katanya berbanding dengan parti-parti lain termasuk di pihak Pakatan Harapan hakikatnya ialah UMNO menang kerusi yang terbanyak sebagai sebuah parti.

      Beliau juga menilai UMNO mampu bangkit semula dari kegagalan BN dalam PRU14.

      Tengku Razaleigh berpendapat ia dapat dicapai menerusi azam kalangan ahli untuk buat perubahan dan melangkah ke depan dengan penuh semangat serta barisan kepimpinan yang mantap.

      Beliau mengajak semua ahli UMNO mengambil iktibar apa yang baru dilalui dan tidak patah semangat.

      Pada penghujung pertemuan itu semua yang hadir telah bangun serentak sambil menyuarakan harapan mereka agar beliau sedia tawar diri untuk memimpin parti.

      Soalnya sekarang…apa reaksi Tengku Razaleigh pada desakan itu?

      Beliau hanya senyum tanpa ada jawapan ya atau tidak.- 25/5/2018

      Delete
    2. Adehhhh...ade pulak reporter utusan melayu kat sini hahahaha

      Delete
    3. Tak sudah2 budak hijau ni

      Delete
    4. Selepas rakyat tahu kesungguhan pasukan PH baiki dan binasemula negara le ih ramai rakyat akan sokong PH....

      Umno dah tak relevan lagi...Perlis dibawah bn blm selesai lagi masalah mb...negeri bn akan tertingal dari arus kemajuan dibawah pembangkang umno yg tamak kuasa...

      Delete
    5. Tg Razaleigh nak di lantik presiden umno?......politikus yg tiada penditian tetap...tiada visi...jadi kuli seumur hidup...

      Umno sudah jehabisan pemimpin yg berwibawa umtuk bela melayu...umno hanye untuk orang melayu yg nak buncitkan perut...

      Delete
  33. Harap jangan dilupa saudara Nasharuddin Mat Isa, agamawan PAS yang terulung lagi pemurah. Mudah-mudahan dapat kiranya satu lawatan sambil belajar dapat diadakan ke rumah beliau dan mungkin juga berbual dengannya mengenai sedekah jariahnya kepada PAS. Juga mungkin dapatlah kiranya Ustaz Nasha menerangkan gerangan siapakah penerima sedekah tersebut dan untuk apa dibelanjakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...tun nak dapstkan balik semua wang 1 mdb bagi bayar hutang...nanti ade penerima wang derma dan wang sedekah 1 mdb akan istihar muflis...lobai2 pas bersedialah anda..

      Yg tak boleh dituntut peserta haji 1 mdb...semuanye miskin..

      Delete
    2. Nasharuddin Md Isa. Keldai tonggangan Najib dan BN. PAS telah fijual oleh Nasha pd Najib. Hafi Bawa g dan PA juga rela dijual pd Najib/Umno.
      Bak kata Presiden Kipas BN-PAS. Kami mengamalkan Politik Matang kui kui kui..

      Delete
  34. SATURDAY, MAY 26, 2018
    Saya bingung dengan kenyataan Menteri Kewangan kita #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih


    Membingungkan.

    Semalam dalam kenyataan media berkenaan hutang negara RM1 trilion, Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata asas ekonomi Malaysia kekal kukuh.







    Hari ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Lim Guan Eng kata keadaan ekonomi kurang baik bila bercakap tentang Bantuan Hari Raya untuk penjawat awam. Dia mahu penjawat awam bertimbang rasa.

    Kenyataan berubah-ubah seperti ini memang akan menambahkan keyakinan rakyat, penjawat awam dan pelabur kepada negara.

    Keep up the good work!

    Rujukan: Guan Eng: Bantuan Hari Raya akan dipertimbang - FMT: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/25/guan-eng-bantuan-hari-raya-akan-dipertimbang/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Br1m kena tukar nama..
      macam mitsubishi rebrand proton..
      mathir style..
      Br1m = kerajaan najib punya perlaksanaan, mahathir menyampah sbb najib berjaya..
      BLim = yg baru, janji ada, tutup mulut pengundi k popers..

      Delete
    2. Akhirnya BR1M sempena raya 500 hengget diumum atok mamak. Dulu brim dapat 2000 hengget. janji nak hapus brim sekarang janji dicapati.
      kesian pengundi kpop yg pertama kali mengundi kena kencing atok sampai basah lencun beb !!!!!

      Delete
    3. Kepaka tok hang! BRIM tu asalnya bantuan wang diploporkan oleh kjaan P.Pinang di beah LGE fan juga bantusn eang serupa dibaeah limlinan parti Fayo Azmin Ali di Selangor masa PRU 12. Tetapi Najiv dan Umno cemburu dgn banruan wang tu lsku difitnah kata wang bantuan tu haran konon telah bercammpur dn wang hasil haram judi mcam, ToTo dan 4D gambling. RAmai melayu Penang yg bodohs terutama penyokong2 aneno tegar termakan hadutan dan fitnah geng ameno patuhs masa tu. Lantas mereka menolak bantuan wang khaan Oenang masa tu.
      Tup tup selepas beberapa bulsn Nsjib tiru bantuan kjaan parti P.Pinang mska diumumkan kjaan BN pun mula la dgn bantuan BrIzm tu. So GN bekas kepala bapak Menteti botak kau tu mmng kski meniru, menipu! Tak malu hibggsksn le ggok ceramah dan gaya pertuturan di saat2 akhir ceramah BN masa PRU14 oun tiru Saudara Anwar Ibrahim. Jadi apa yg kjaan baru di baeah pimpinan Tun M teruskan BRIM ni adalah hasil idea asal kjaan Penang dan kjaan Selangor tau.

      Delete

  35. Saturday, May 26, 2018
    How Malaysians have matured

    Salleh Said Keruak

    In the 1999 general election, there was a wave of support towards the opposition but many, especially the non-Malays, voted Barisan Nasional because they were worried that if they voted opposition there would be trouble. In fact, there was ‘strong talk’ that if Barisan lost its two-thirds majority in parliament there would be a repeat of what happened in 1969.

    In 2008, Barisan Nasional did lose its two-thirds majority in parliament but there was no trouble. And this month Barisan lost the federal government and many state governments and still there was no trouble. Malaysians are actually more mature than we give them credit for.

    Even more important is that Barisan Nasional is also mature enough to gracefully accept defeat and respect the will of the people. The people have spoken and suara rakyat is suara keramat. What Barisan needs to do now is to prove to the people that it is a credible opposition and worthy enough to return as the government in the future.

    ReplyDelete
  36. Gang Najib masih mengigau.....cakap merapuh...

    ReplyDelete