Monday 28 May 2018

WAJARKAH BAKAL PM KE-8 MAHU JADI PEMANTAU KEPADA KERAJAAN YANG SEDANG DIPIMPIN PM KE-7?


Ada semacam rasa pelik bila  Anwar Ibrahim memutuskan dirinya untuk menjadi pemantau kepada kerajaan Pakatan Harapan.


Meskipun alasannya untuk memastikan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad dapat mentadbir negara dengan baik, Anwar juga sepatutnya sedar beliau adalah bakal Perdana Menteri yang akan diserahkan jawatan itu kepadanya oleh Tun Mahathir selepas ini.


Jadi, bagaimana bakal Perdana Menteri ke-8 boleh jadi pemantau kepada Perdana Menteri ke-7?


Adakah menjadi pemantau itu kerja yang sesuai bagi seorang bakal pengganti?


Mengapa Anwar tidak mahu menjadi penyumbang idea dan pendokong yang terbaik kepada kerajaan?


Bukankah dalam sistem demokrasi, lebih-lebih lagi Malaysia kini sedang menuju sistem dua parti dengan adanya Pakatan Harapan yang baru diluluskan dan BN sedia ada, tugas memantau itu sebenarnya adalah tanggungjawab BN yang mempunyai 79 kerusi di Parlimen?


Jika BN jadi pemantau dan Anwar juga jadi pemantau, apa jadi akhirnya?


Oleh kerana PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan Anwar juga sudah dimasukkan dalam keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan, tindakan mahu memantau itu sebenarnya lebih menimbulkan kejanggalan berbanding mahu memastikan keberkesanan kerajaan.


Ini kerana Anwar sedang berada dalam kedudukan yang boleh menyuarakan apa jua pandangannya secara langsung mengenai sebarang perkara berkaitan kerajaan Pakatan Harapan.


Jika sudah boleh menyuarakan pandangan secara langsung, selain isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri, apa perlunya lagi kerja-kerja pemantauan itu?


Anwar oh Anwar.... (ShahbudinHusin 28/05/2018)

102 comments:

  1. kita nak kukuhkan PH, bukan laga2kan parti2 komponen. ada saja cite nak lagakan anwar dgn tun.

    amanah pula sibuk dgn ruu355. nak ganti tempat pas ke perang dgn dap? sblm ambil alih kerja pas ini, elok bincang dgn parti2 komponen lain.

    lagi satu, apahal dgn macai umno dah jadi besfren pemimpin2 PH? nak kena lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah bro.. Macai umno dah beralih angin. Awas!!!!

      Delete
    2. budin dah mula kempen nyah dsai.
      umno tetap umno.
      dulu sebelum menang puji melangit.
      sekarang jarum sudah jalan.

      terima kasih budin selamat puasa dan raya.

      Delete
    3. Lagi sekali aku sokong apa Budin kata. Tak hiraukan apa puak lain kata.

      Dah nampak dan terasa "tak kena dia buat gitu", apa nak buat? Takkan diam aje?

      Takkan tak boleh keluar suara. Kan ini demokrasi - kalo puak lain rasa tak boleh, tak keras le.

      Delete
    4. Korang boleh keluar suara. Mcm sesiapa juga.

      Tapi bagus le kalau beri hujah2 yang boleh melawan apa Budin kata tuh.

      Tak aci lah nak nuduh Budin nak "laga"kan aje.

      Contoh nya, sebut lah kot Nuor tak boleh duduk diam aje. Tak larat nak nulis buku.

      Tapi bila dia kata nak jadi "pemantau Kerajaan PH", persepsi rakyat/ pengundi, dia nak cari jalan nak lemahkan PH supaya dia cepat di panggil ambik alih tugas PM. Aku rasa Umno sorak dalam hati bila dia kata gitu.

      Kalo gitu lah pemikiran Nuar, very short sighted, Beb.

      Aku bukan nak ngata dia. Aku nak pertahankan Tun. Aku mahu Tun 5 tahun as PM.

      Delete
    5. Anwar ajak rakyat pantau dan kritik utk check n balance. Bukan utk cari salah Tun.

      Delete
    6. Anwar masih belum 100% sembuh dari stress angin di dalam penjara............!!

      Delete
    7. Tuan Shabudin..please cukup2 dah tu nak berpolitikingnya, cukup lah yg sudah2,apa yg telah UMNO lakukn..sampai bila pun melayu x boleh maju..biar kita maju kehadapan..Pd sy apa yg Anwar nak buat supaya tidak jd mcm kerajaan yg lama..simpan je jarum tu..bersangka baik la.

      Delete
    8. Wah!!!!!......tak boleh kritik Anwar pulak!
      INI KRITIK TAW - KRITIK PERANGAI DIA, bukan nak lagakan dia dengna Tun M.
      Bukankah Anwar pun mahu rakyat bebas mengkritik, apasal cuma boleh kritik orang lain tapi tak boleh kritik Anwar............nak balik ke zaman Najiblah ni.

      Delete
    9. tok janggut, tolong huraikan kata2 "apa yg Anwar nak buat supaya tidak jd mcm kerajaan yg lama".

      "yang lama" tu Kerajaan Najib ke?

      Kerajaan Najib banyak mencuri wang rakyat di 1MDB dll. Najib sendiri yang buat sebagai PM.

      Apa kah tok fikir PM Tun Mahathir mungkin buat gitu? Curi in broad daylight?

      Najib used 1MDB sebagai alat mencuri. Apa kah mungkin Tun Mahathir buat gitu?

      Kalo tak, apa tok fikir yang Nuor nak buat?

      Saya tak setuju tuduhan Budin nak cucuk jarum. Ramai yang lain di sini pun nampak gitu jugak.

      Terima kasih.

      Delete
    10. Aku setuju dgn Enculez Vous..

      Utk renungan;
      1 masa dulu d thn 70an umno sangat d terima oleh majoriti masyarakat melayu kerana tokoh spt Datok Harun Hj Idris, Syed Albar, Hj Suhaimi & bbrapa pemimpin dlm umno merupakan pembangkang dlm parti sendiri. Mereka lantang mengkritik & membangkang agenda kerajaan Be End jka nampak kerajaan tidak mengambil kira maslahah rakyat.
      Peranan mereka memantau dari dalaman hal2 urus tadbir sesuatu negeri & negara khususnya.

      Jika Anwar mngambil smangat yg sedemikian aku lbh mngharapkn agar Anwar lebih beretika kerana senario politik masa kini yg rata2 telah celik politik & celik IT sangat2 berbeza pda era 70an.
      Era kini rakyat lebih peka dgn sebaran sebarang berita .. yg mana kritikan atau pendedahan sbarang isu utk kebaikan pun boleh sahaja d manipulasi oleh musuh2 politik PH.
      Contohnya,
      Pendedahan oleh LGE aka Menteri Kewangan hal hutang negara 1 trilion yg mana isu trsebut perlu d kongsikan dgn rakyat tpi.. pembangkang membelasah Kerajaan PH dgn memutarbelitkan fakta hingakan netizen yg mnyokong PH juga turut keliru dgn isu trsebut.
      Apa pun yakinlah pastinya pemimpin2 PH yg usianya belum sebulan mentadbir Kerajaan Malaysia lebih peka dgn HARAPAN rakyat yg inginkan melihat Malaysia Baru yg d terajui oleh Tun.

      Delete
    11. Tok janggut tu janggut saja panjang tapi akal pendik

      Delete
  2. kuatkan barisan kepimpinan

    ReplyDelete
  3. Aku dah kata anwar ni banyak agenda tersembunyi.. Tak rasapun dia ni ikhlas nak Bantu mahathir betulkan negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, Princess.

      Sedap nama tu, Princess.

      Gembira bila nampak Princess masuk sini selalu.

      Delete
    2. Kau yang tau ikhlas ke tak,ko ada duduk dlm penjara ke.Korang yg sembang back up Tun ni boleh la cakap ko bukan kat tempat Anwar bukan Anuar.Eja nama orang mesti betul (untuk yg suka eja Anuar).

      Delete
    3. Anwar bukan MANDELA. Anwar juga b ukan Mahyiddin atau Shafie Apdal. Anwar duduk dalam penajara, kita demua fighting bagi nak rak di luar penjara. Kerana Anwar duduk dalam penjara, bukan bererti MALAYSIA HAK DIA. Dia kena buktikan keikhlasan dan kemampuan dia dulu. Kami berhak menailai dia kerana dia mahu jadi Perdana Menteri kami dan kami tak mahu keluar mulut buaya masuk mulut NAGA. Jadi, Anwar kena berhati-hati sebab KAMI MEMERHATI GELAGAT DIA.

      Delete
    4. Gelagat belakang pusing tu ker

      Delete
    5. Saya dan kekawan saya tak mintak banyak. Ha nya dia bersabar dn jangan kacau daun politik PH hingga 5 tahun. Tak kira lah berapa banyak kesan baik pulih keadaan dalam negara yang Tun Mahathir capai dalam 5 tahun itu.

      Selepas 5 tahun, sila lah Anwar, Tun pun dah janji kamu PM ke 8.

      Delete
    6. Jika mahu lihat ekonomi negara kita dipulihan oleh Tun.....tolong jangan ganggu Tun penggal ini. Kecuali Tun sendiri serah jawatan pm.
      Orang pkr jangan kalut sangat ye?

      Delete
  4. Ape yg peliknye kalo anwar jadi pemantau...pengkritik jugak beri idea supaya kerajaan tidak tergelincir...anwar akan kritik bini dia jugak...takkan dia nak jatuhkan bini dia jugak...

    Tak sepatutnye dipandang dari sudut nagatif srmata2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soal persepsi, Bang.

      Persepsi antara kita, satu hal.

      Tapi kalo pengundi dapat persepsi mcm yang Mawar Princess cakap di atas tu, teruk le PH.

      Delete
    2. Bang Isa Tak faham. Dia jadi pemantau sebab bini dah jadi Menteri. Kalau dia dok Ada sama dlm tu BN akam kata dok sibuk pasal urusan pentadbiran negara pula. Dah kata kerajaan anak beranak. Jadi satu Cara terbaik jadi pemantau Dan bagi teguran. DSAI akan beri idea secara senyap sebab dia pun Ada dlm majlis presiden. Tak Kan nak bagitau semua Kat news bang Isa.

      Delete
    3. Betul jgk...jadi pemantau tak salah pun.mmg pakatan digalakkan menegur salah silap diantara satu sama lain. Jgn jdi macam kj bila dah kalah terlungkup baru melalak nak tegur itu ini

      Delete
    4. Manusia biasa kalau buat silap mmg tak dinafikan...cuma kalau ditegur patut ambil positif. Jgn dibenci orng yg menegur tu.

      Tapi teguran yg membina lah..bukan teguran yg menjatuhkan

      Delete
    5. Wahai adiku Dinn,

      Setuju. Ha nya satu masalah -

      Kalo dia dok diam, tak pi sana sini, tak hebohkan nak pantau, takpa.

      Catit aje mana yang tak betui. Atau suruh saja isteri nya Dr Wan beri tahu Chedet ke, bawak ke cbinet meetings ke, tak jadi masalah,
      amat berkesan, bermakna besaq. Tarak sapa nak ingat ada udang di sebalik apa2 pun.

      Kalo dia buat gitu, tentu Tun Chedet pun akan umumkan dari masa ke masa bahawa Nuor ada beri pendapat, pantauan dan habaq sikit butiran ... jadi tarak sapa ingat udang tuh.

      Delete
    6. Ntah....apa yg peliknya budin???.tak kesah la tun nak jaga negara smpi 5 tahun pun klu dia larat.Orang nk pantau pemerintah salah ke?budin..budin...jangan buruk sangka sgt.

      Delete
    7. Encik Banjo - SIAPAKAH ANWAR...???????
      Dia bukan sesiapa dalam HARAPAN cuma mungkin akan ganti Tun Mahadir. Just MUNGKIN tapi TAK MUNGKIN ni ada - semuanya bergantung kepada dirinya sendiri, how he handle himself. Kalau dia tak pandai jaga diri dan rakyat meluat, boleh ke dia jadi PM....? Dia bukan boleh terus jadi PM. Dia kena jadi calon dan menang pilihanraya dulu. Jadi, jagalah perangai tu sikit supaya kami tak meluat. Bila kami dah meluat, dia kekal sebagai bekas banduan, sumai Wan Azizah dan bapa YB NuruIzat.

      Delete
    8. Tengok sejarah lh Anwar dh buat plan nk amik jwtan PM dari tun nk buat ala Suharto jatuh dulu nasib tun tau,takut dia tak tak nk tunggu lama2 mesti move kalau x mmg dia x jd PM smpi sudh tkot tun naikkan Mukris Nanga la Pak nuar

      Delete
    9. pantau konon.hahahaha elok semua rakyat skrg pantau anwar ni.dah ada tanda2 nak kedalam balik tu

      Delete
  5. Anwar ajak rakyat jadi pemantau, pengkritik kerajaan

    Bernama
    27 Mei 2018, 8:59 malam (Dikemaskini 27 Mei 2018, 9:06 malam)

    Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk menjadi pemantau dan pengkritik kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

    Ketua Umum HARAPAN itu berkata beliau akan bersama-sama rakyat memantau gerak geri kerajaan HARAPAN di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memastikan nasib rakyat dan masa depan negara terbela.

    "Saya cakap dengan Dr Mahathir yang kita akan pantau (sebagai contoh) macam mana tugas timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) di (Parlimen) Pandan. Kita pantau macam mana tugas Izham Hashim di (Dewan Undangan Negeri) Pandan Indah.

    "Ini tugas kita sekarang. Bukan untuk mencerca mereka tapi dengan kasih mengingatkan mereka tanggungjawab yang harus disempurnakan," katanya pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di Kuala Lumpur, hari ini.

    Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pandan Indah Izham Hashim.

    Anwar berkata beliau mahu kerajaan HARAPAN membela nasib rakyat yang miskin dan anak-anak yatim selain berharap jurang ekonomi antara rakyat, yang kini dirasakan semakin jauh, dapat dirapatkan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. pantau tak salah..demi kebaikan..yg salah..melaga lagakan pemimpin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habaigh, tak boleh nak keluor pendapat atau perasaan berkenaan apa Nuor buat ke?

      Apa saja di anggap melaga ke?

      Tak adil, man.

      Delete
  8. Di bawah PH pimpinan Tun Mahathir DSAI telah diberi peluang kedua dan sekarang ia sedang diberi pilihan untuk membuat keputusan.

    Keputusannya kali ini benar-benar akan menentukan nasibnya kelak.

    Secara peribadi saya berharap DSAI kekal sebagai salah seorang penyokong dan pendokong kerajaan pimpinan Tun Mahathir. Ini adalah keputusan yang betul.

    Walaubagaimanapun sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya, ia tetap tidak mengejutkan saya.

    Walau apa pun pilihan DSAI, Tun Mahathir tetap akan berakhir sebagai pemenang in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nak elakkan jadi mcm dulu, Bang. Tak payah panjang cerita yang tu lah.

      Kita nak elakkan jadi gitu.

      Jadi, biorkan Tun perintah 5 tahun. Pastu Anwar perintah. Selama mana yang boleh. Kita sokong Anwar begitu.

      Delete
    2. Anwar ni tin kosong, bercakap dia memang pandai tapi buat kerja memang hampeh.
      Kalau dia jadi pm, lebih kurang pak lah juga la.
      Azmin lebih jauh berkebolehan jika naj dibandingkan dengan anwar.
      Belum ada perancangan / kerangka hala tuju negara yang diilhamkan dari pemikiran anwar.
      Cuma yang selalu kita dengar reformasi untuk hapuskan corruption..
      Apakah dengan menangkap dan penjarakan semua pemimpin dan pentadbir yang korup naka malaysia akan terus maju??

      Delete
    3. Jika anwar jadi pm selepas tun, saya percaya selepas 5tahun anwar jadi pm, PH akan kalah. Samada orang ramai akan undi BN semula atau PAS tapi bukan parti yang ber PM kan anwar bin ibrahim.
      Kalau umur panjang, insyaallah, boleh lihat

      Delete
    4. joe harry lupa kebolehan dsai ini... pakatan rakyat berjaya di bawah dsai... masa itu 1mdb belum meletup lg... dsai dah ke dalam . kalau dia tak ke dalam... agak2nya boleh ke bn bertahan? PAS pula masa tu belum keluar dari PR...guaner?

      Delete
    5. Anwar bukan tin kosong. Pernah mendapat anugerah menteri kewangan terbaik asia pasifik.

      Delete
  9. tanda-tanda kejatuhan http://shahbudindotcom.blogspot.my/

    jadi batu api itu menjengkilkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan membatu api. Cuma nak keluor pendapat. Tujuan yang bagus.

      Delete
  10. Replies
    1. Saya google makna sangsi -

      berasa bimbang atau berasa ragu-ragu.

      Setuju dgn Dayang.

      Delete
    2. Tu komen DNA UMNO tu.

      Delete
    3. Sapa cakap? Ko cakap? Tak betul.

      Aku cakap tu betul. Tak caya .........

      Delete
  11. Nampak seolah olah seorang anak yg pergi belajar kat overseas dgn pelbagai kepayahan si bapa yg usia lanjut mengusahakan toko.Besar berjaya maju.Anak tadi pulang tanpa bersusah payah.Cuci kaki meneruskan urusan bapanya.....Apa kah itu maksud PANTAU.?Tidak memihak kena mana ini kah tradisi ingin kita beri kpd generasi kita...Di mana hilangnya "Kalau tak pecah ruyong mana mungkin dapat sagunya".

    ReplyDelete
  12. Disini turut mengkritik pemimpin PH..tetapi kritikannya amat membina...

    Justeru disarankan saudara admin berhati-hati dgn artikel tuan sebelum lebih ramai yang meluat dan meninggalkan http://shahbudindotcom.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak nama awak baru 1-2 hari masuk.

      Kalo nak meninggal pun, takpa lah.

      Ramai yang lain tahu Budin hanya keluarkan pendpat, sesiapa pun boleh masuk sini coba menidakkan pendapat nya.

      Tak salah menidakkan. Salah mengahalang dia buat gitu.

      Delete
  13. http://kadirjasin.blogspot.my/2018/05/banyakkan-bekerja-kurangkan-berkata-kata.html

    kritikan membina...

    ReplyDelete
  14. Anwar nak Mahathir cuci semua taik2..lepas tu dia boleh take over Maaysia yg dah aman damai dan makmur..senang kerja aku kata Anwar..kalo ada problem semula, dia boleh lari masuk penjara balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni statement bodoh,org tak guan akal bila berbicara.Apakah kau fikir penjara itu progaram lawak.Ada kau fikir apa perasaan anak bini org yg terpenjara.Shame on you.

      Delete
  15. Akhirnya dah nampak macam ada 1 agenda lain budin ni..mcm perangai umno ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pendapat ko.

      Pendapat aku di sebalik nya.

      Aku yakin dia tak Umno lagi sejak Najib buat hal dulu.

      Delete
  16. Kalau tak puas hati kat nuar bawak la ppbm masuk bn ajak pas sekali perintahla malaysia ikut suka hampa. Nak kasi umno 2.0 sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko boleh tolong aturkan?

      Tapi aku tak janji ahli2 PBBM tak pelangkong kepala ko.

      Delete
  17. Antara sebab-sebab kejatuhan najib adalah....his ignore any critism of him

    and

    hulubalang-hulubalang disekelilingnya memberikan hujjah yang dangkal.....

    padahal tanpa najib sedari..segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sesetengahnya datang daripada mereka yang sayangkan dirinya....

    so

    admin and the followers..must be open

    ReplyDelete
    Replies
    1. But you must not be dangkal (borrow your word, ye?)

      You don't even say open what.

      How to diskusi like dat one?

      Delete
  18. Bersangka baik kearah Malaysia yang gemilang...komen membina perlu, teguran dan nasihat.....bukan sebar fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi lah contoh, Bang.

      Supaya pembaca tau yang mana "teguran dan nasihat.....bukan sebar fitnah."

      Delete
    2. Rasa sedap sikit bila membaca komen2 saudara semua dalam ni..bila kaki kopipes bodoh,pantun bodoh,dan sbagainya dah xada.cuma si GN je lagi tinggal dok melalak melolong dgn kopipesnya

      Delete
    3. Terima kasih Bang Jamesdean1,

      Ha nya nak tegakkan kebnaran, beri pendapat.

      Harap membantu pebaca dapat persepsi yang sewajar nya.

      Yang sekoq tuh, tak payah sebut le, Bang. Memang aman suasana membaca bila dia tarak sini.

      Delete
  19. Semua asyik bercakap nak pantau negara,dibulan ramadhan peruntukkanlah masa untuk pantau diri sendiri,anak bini, mereka semua ok ka patuh pd tuntutan Allah , bersolat tak ? berpuasa tak ? Pakai tudung tak ? Ini tak kejar dunia saja dalam fikiran tu, tua muda akn mati tak kira umur , tak kira angka y muda belasan tahun pun akan mati inikan pula dah 90 lebih , asyik habiskan masa nak betulkan kesalahan orang lain... kesalahan diri sendiri,anak bini mcm mana pula ,takkan lah maksum tak dak sikit pun dosa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat saudara. Bagaimanapun, suka sy ingatkan saudara supaya jgn masuk ke sini di lain waktu. Ini blog politik. Isunya tentulah politik. Kalau agama, byk lg blog lain di luar sana.

      Delete
    2. Sokong pendapat Bulat Ken.

      Dia sesat. Kot lapaq di bulan puasa nih.

      Delete
  20. Forwarded as received...

    TERKINI: JLow is spending hundreds of millions (money stolen from 1MDB) hiring professional cybertroopers from various countries including US and Russia to create chaos through misinformation and to create disunity and animosity between the various PH parties. All these are done subtly where even PH supporters unknowingly help their cause by spreading these misinformation.

    JLow knows that if PH continues to govern, he will go to jail for a long time and these money that he stole from 1MDB will back to Malaysian rakyat. So, spend these hundreds of millions now to cause the collapse of the PH government and he won’t go to jail and he gets to keep the billions that he stole.

    Beware, these are professionals!! Don’t let them destroy the voice of the majority of Malaysians who have spoken loud and clear in GE14.

    Please let every Malaysian be aware of this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't agree.

      They can stand upright down, on their heads, trying to attract attention. Or disttract our attention. Or try to cause confusion among us.

      But, to use the famous quote (forgot said by who), we are not stupid.

      And the PH authorities are watching them. PDRM, SPRM, MCMC, etc. When the time comes, they'll be brought in. And whacked in court. Tun M has said, we have an idea where the budak pipi meloyut is.

      Aku rasa geram nak cubit pipi dia. Dengan dua2 belah tangan. Sampai koyak, hehe.

      Delete
  21. Salam Sdra Budin...lama tak komen dalam blog sdra.

    Anwar sedang mabok. Kata kata dan tindak tanduknya tak ubah seperti beliau sedang mengalami withdrawal syndrome. Tetapi yang jelas beliau terlalu ingin menonjolkan diri. Apa muslihat mengadap Sultan di selatan dan kemudian menziarah bonda YDP Agong yang mana kita tahu kedua dua Sultan ini tidak senang dengan Tun M. Kenapa beliau tidak berdiam diri dan mensyukuri kemerdekaan yang diperolehi....stay cool before making
    any move.

    Kalau beginilah gaya laku yang Nuar tonjolkan...nampak beliau seorang yang gelojoh....Walaupun telah dipersetujui Nuar sebagai PM in waiting...kegelojohan beliau akan membawa padah....Banyak orang lain yang punyai PM quality.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nuar,anwar.Ni satu lg komen DNA Umno.Anwar bukan orng yg gelojoh yg gelojoh saudara yg buat komen.Kalau takut dilanda badai jangan bicara soal perjuangan.....

      Delete
    2. Setuju dengan pandangan awak PutraKarken. Anwar ni tak sedar dia sendang diperhati. Dia pikir jawatan PM dah ada dalam tangannya cuma pderlu kick out Tun Mahadir. He is full of self importance - tak sedar dia perlu bertanding dalam PRK atau PRU barulah boleh jadi PM.

      Delete
    3. anwar mmg gelojoh.kalau nanti dia tak dpt jd pm bukanlah sebab mahathir atau sesiapapun tapi kerana kebodohan anwar sendiri.

      Delete
  22. Saya setuju usaha untuk pantau prestasi rakan satu parti dalam kerajaan tapi diharapkan segala feedback diberikan secara terus kepada orang yang dipantau atau dalam mesyuarat PH. Tapi kalau setiap kali nak feedback, buat conference call dan post pada media sosial, mungkin akan dianggap sebagai bertujuan untuk populariti atau lain2

    ReplyDelete
  23. SAYA RASA ANWAR NI SEDANG KELIRU SEKARANG - KURANG PASTI BAGAIMANA HENDAK MEMAINKAN PERANAN SELAKU KETUA UMUM PH SEMENTARA MENJADI SUAMI KPD TPM (ISTERI NYA).

    BELIAU PERNAH D LABEL SEBAGAI 'RABBLE ROUSER' N BERJAYA MENGUJUDKAN KUMPULAN FANATIC MELALUI KEPETAHAN BERORASI.

    SAYA PERNAH BERKHIDMAT D BAWAH KEMENTERIAN YG D PIMPIN NYA. TIADA APA YG ISTIMEWA DARI SEGI 'ILMU PENGETAHUAN'.

    BUAT MASA SEKARANG DIA PERLU UNDUR SETAPAK UTK 'RECALIBRATE' POSISI NYA JIKA TIDAK MAHU D PANDANG SEBAGAI BATU PENGHALANG KPD PENTADIRAN YG D PIMPIN OLIH TUN M.

    KETUA UMUM PDIP, IBU MEGAWATI BOLIH D BUAT SEBAGAI CONTOH. PRES JOKOWI (KADRE PARTI) SERTA PUAN MAHARANI (ANAK NYA), BEBAS MENTADBIR INDONESIA TANPA D GANGGU GUGAT TETAPI BELIAU SENENTIASA BERSEDIA MEMBERI MASUKAN JIKA D PERLUKAN.

    ANWAR TIDAK BOLIH MENDAHULUI WAN AZIZAH DLM SEGALA ISU YG MELIBATKAN 'AFFAIRS OF D STATE'. IA NYA BUKAN SENANG UTK D LAKSANAKAN TAPI 'U DO IT AT YR OWN PERIL' KERANA UMUM SEDANG MEMERHATI.

    AT HOME U MAY B KING, BUT IN TERMS OF NATIONAL GOVERNANCE, U R A SUBJECT OF D QUEEN.(YR WIFE).

    WALLAHU'ALLAM.



    ReplyDelete
  24. Alah. Lu org x pyh mau gaduh2 la. Mcm2 teori keluar skrg. Lu org takkan tau apapun yg berlaku disebalik tabir. Lu org takkan tau yg stiap keputusan dr mahathir, dgn anwar lah dia bincang. Sbb tu kehulu kehilir, anwar slalu tekankan perlunya memberi sokongan kpd dr mahathir. Oleh itu, kenapa byk teori di keluarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar pepatah omputih "prevention is better than cure"?

      Nanti aku ingat pepatah Melayu nya, aku kasi tau.

      Pernah dengor "pre-emptive measures"? Nanti aku lapang, aku cerita lagi, ok?

      Delete
    2. Setuju ainol rosli...anwar tetap respect tun sebagai orang yg membawa beliau ke dunia politik...

      Tun nak tebus kesilapan..anwar pon nak tebus kesilapan kpd tun jugak..

      Tapi ade suara2 yg bimbang anwar khianat tun..

      Delete
    3. Pada aku, takda soal bimbang anwar khianat Tun.

      Ha nya so'al boleh ke dia beri Tun 5 tahun merintah. Walau pun Tun ada sebut nak pegang kuasa ha nya 2 tahun, aku dah terangkan banyak kali di sini mengapa aku fikir dia perlu pegang jawatan itu 5 tahun. Lepas itu dia boleh pegang seberapa tahun yang boleh.

      Aku rasa, ramai lain pun fikir gitu. Termasuk Budin, pemunya blog.

      Delete
  25. Tun sudah lame kenal anwar ibrahim...kalo anwar berjalan dlm gelap pon tun tetap kenal...

    Tun tidak tunjuk ape2 reaksi negatif pon terhadap anwar...jadi datok rahman dan penyokong2 bersatu tak perlu risau dan kluarkan komen yg tak membina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma saya risau macai umno berbulu ayam dlm bersatu yg sering sabotaj tun dan bersatu seblm ni...

      Delete
    2. tlg sdr memberi pencerahan bab mana yg tidak membina ?

      pandangan yg d beri adalah ikhlas kerana saya tidak mengharapkan apa2 balasan.

      saya kenal keujudan anwar sejak kami menuntut d uni lagi.

      saya ada membuat surat rayuan terbuka kpd ds wan azizah n siarkan dlm addy's blog pd awal 2014. jemput membaca nya.

      Delete
    3. Tolong bagi link tersebut dato..
      Dato seolah memperkecilkan anwar ibrahim...dlm posting semlm dato ade sebut redho peliwat yg diampunkan.....adekah dato pernah menyaksikan perbuatan liwat anwar walopun satu univ?...

      Semasa saya di tingkatan 4 tahun 70 han anwar telah aktif dgn abim bersama ustad fadhil nor dan rakan2 shamelin...pernah datang memberi ceramah...tiada kedengaran langsong perangai seks songsang...diawal tahun 2000 baru kedengaran anwar gila seks songsang semasa di mckk...bagi saya hanye rekaan semata2.., peliwat tidak kira musim...sentiasa intai peluang bila2 masa....

      Delete
    4. Maklumat Anwar meliwat drebar nya di perolehi Polis. Masa Tun Haniff Omar IGP. Itu nyata. Terbukti. Di laporkan di akhbar2 di masa itu.

      Gamak nya Haniff bawa maklumat itu kpd PM. Sebab itu tugas dia. Mesti laporkan perkara amat sensitif berkiatan Anwar yang Timbalan PM masa itu.

      Sebab implikasi nya besar. Kalau di ketahui ejen2 / spies kuasa asing (yang ada ramai di negara ini spt di negara2 lain), depa boleh ugut Anwar, mintak Rahsia2 Besar (Top Secrets) gomen dsb nya.

      Membawa kpd Anwar di tuduh meliwat, di bicara dan di penjara.

      Tarak sebab nak kata Anwar tak liwat.



      Delete
    5. Liwat Saiful tuh di zaman Najib. Kali ke dua dia di bicara dan di penjara.

      Nak kata itu tak kes liwat, tipu dsb nya, panjang cita. Tapi dah sampai Mahkamah tertinggi negara ini.

      Pendek crita, Anwar dah di ampunkan. Sampai ke tahun 1989, kata dia.

      Aku yakin dan tahu budak2 MCKK ada yang liwat. Liwat yang "jambu" masa di hostel. Pahal pun depa di UK dah ada fenomena "gay" beratus tahun. Skang dah ada negara yang benarkan kawin sejantina.

      MasyaAllah. Aku tak suka sapa nak bolehkan LBGT di negara ini. Mengarut. Kalo ada masalah "biologically inclined that way", pi jumpa doktor pakar la. Get treatment. Ooops, seleweng sikit aku cakap.

      Delete
    6. Ade 3 dna..sepatutnye 2 sahaja...siapa punye dna ke 3?... Tak masuk akal orang tua boleh rogol orang muda yg besar dan gagah tanpa ugutan senjata...doktor hospital pusrawi telah mengesahkan jubo sefool tidak kena liwat...

      Selepas berapa tahun baru kluar kess liwat 2?...peliwat bermusim?....ayah sefool sendiri telah sahkan jubo sefool digunakan najib untuk penjarakan anwar...

      Delete
    7. link = 'just my thoughts' eddydaud.

      saya rasa ia nya d siar pd awal 2014.

      kita Negara hukum. olih demikian kita wajib patuh n taat pd hukum.

      sila baca autobiography tun m 'd doctor in d hse' mengenai anwar.

      mantan ketua hakim Negara tun hamid ada juga memberi ulasan beberapa hari lepas.

      Allah swt tlh memberi 'akal yg waras utk kita menggunapakainya sebaik mungkin utk menentukan pendirian.

      bila karpal singh sudah kehabiasan helah utk membela anwar, dia bersetuju yg perbuatan terkutuk itu d laku kan atas dasar 'suka sama suka'.

      najib n rosmah tlh d tuduh merompak n mencuri khazanah Negara. amat berat utk pendakwaraya mencari 4 saksi yg betul2 nampak dia orang merompak. bolih kah mereka terlepas drpd tuduhan?

      saya kekal dgn pandangan bahawa jika anwar d takdir (dgn ketentuan Allah swt)akan menjadi PM satu hari kelak, maka kita selaku 'muslim taat', kena lah redho.

      wallahu'allam.

      Delete
    8. Maaf tuan yg ni saya tak setuju.kenapa perlu redha kepada anwar yg sudah nampak mula main kotor.. Sudah banyak bukti wlaupun Dia cuba nafikan. Mulut manis ajak rakyat sokong tun m tapi dibelakang rakyat ?? Saya dari dulu mmg tidak pernah percaya kepada anwar kerana sejarahnya . Cuba utk bersangka baik dan harap dia insaf tapi tindakan Dia sejak keluar penjara amat mendatangkan curiga kepada saya Dan penyokong ph yg lain. Adakah Dia juga sama spt najib Yg ckpnya tidak serupa bikin??

      Delete
    9. kpd pembahas mawar,

      tiada beza nya d antara sentiment kita.

      serupa lah juga ,jika ia nya ketentuan Allah swt yg Malaysia akan menjadi Negara republic, tiada insan yg bolih menghalang nya.

      tapi Allah swt mendengar doa serta rintihan suara terbanyak n Allah swt 'is d greatest'.

      kpd Nya kita wajib berserah.

      Delete
  26. Orang2 tua dah pesan agar kita berhati-hati bila melepaskan anjing yang tersepit. Ehemmm.... nampaknya Bakal PM hari-hari lebih banyak cakap dpd PM sendiri seolah-olah Bakal PM yang menerajui Kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  27. Ni masalah org Melayu.. mudah terpesona n terpedaya... pantang nmpak baik, alim, dianggap seolah2 setitik dosa pun tak dibuat..maksum.. kene pula klau bijak berkata2...siap menyanyi lagi.. hmmm... melayu dr zaman Kerajaan Melaka lagi mmg senang kene manipulate.. Wahai org2 Melayu, pls refer sejarah.. bijaklah berfikr... berfikir la secara kritis..

    ReplyDelete
  28. Semacam ada gerakan PPBM yang diketuai kepala busuk Aziz Yasin dan Budin untuk melaga-lagakan Tun dan Anwar. Ini politik tidak sihat untuk PH. budin pls stop doing this

    ReplyDelete
  29. Rafizi Yang mula dulu . Takkan nak diam je

    ReplyDelete
  30. I am incapable of reading articles online very often, but I’m happy I did today. It is very well written, and your points are well-expressed. I request you warmly, please, don’t ever stop writing.

    Read More:-

    Satta King

    ReplyDelete
  31. Best guide appreciation for giving out this helpful information with us. Visit also this site: Satta King | Satta King Online | Satta King Result

    ReplyDelete
  32. Nice Post I really Like it Please also check my Website for super fast result kolkata fatfat result
    and for some interesting quotes you can visit my website Quotes Status
    or for supper fast result vsit Sarkari result
    and to trick your friends you can check my website SMS Bomber

    ReplyDelete
  33. I've been troubled for several days with this topic. 슬롯사이트, But by chance looking at your post solved my problem! I will leave my blog, so when would you like to visit it?

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. About for Satta Number and Satta Bajar

    If you're finding out Matka Tips, rattan Matka Tips and techniques, Satta bajar, Satta Matka Tips and techniques in Hindi on the web, you're reading the proper article, we tend to ar reaching to offer you loads of knowledge concerning Satta Matka. If the following tips and tricks ar effective in your career, then let's decide the 'Formula for Satta number that may assist you to be the simplest gambler.

    ReplyDelete
  36. Way cool, some valid points! I appreciate you making this article available, the rest of the site is also high quality. 스포츠토토

    ReplyDelete
  37. It is very well written, and your points are well-expressed. I request you warmly, please, don’t ever stop writing. 스포츠토토링크

    ReplyDelete