Walaupun Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun depan, tetapi masih kedengaran penyokong Zahid Hamidi yang tidak gembira dengan perkembangan itu.
Berbual-bual dengan mereka yang dekat dengan Timbalan Perdana Menteri itu dan individu yang dikenali sebagai penyokong setianya, hakikat itu bukanlah terlalu rahsia sebenarnya.
Sesetengahnya, malah meluahkan perasaan gundah gulana dan tidak berapa selesa itu secara terbuka dengan hujah-hujah yang dirasakan ada juga logiknya.
Terdapat dua isu yang mereka bangkitkan di sebalik keputusan menetapkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.
Pertama, mereka tetap meragaui keupayaan Najib Razak mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU 14 akan datang berikutan isu 1MDB, derma RM2,600 juta, kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat masih lagi berada berlarutan dan seolah-olah sedang menguasai pemikiran majoriti pengundi.
Kata mereka, walaupun Najib mendapat sokongan yang padu daripada UMNO, tetapi hakikatnya di kalangan pengundi atau rakyat biasa, masih sukar untuk mencari tiga atau empat daripada sepuluh mereka yang ditemui itu sedia untuk menyokong UMNO dan BN.
Majoritinya masih lagi bersungut dan tidak puas hati tentang pelbagai kekecamukan dan kemelut dalam negara sejak Najib memimpin negara ini.
Bagi penyokong Zahid Hamidi tadi, selagi Najib yang menjadi Perdana Menteri dan seteru utamanya pula ialah Tun Mahathir Mohamad yang dianggap mempunyai pasakan nostalgia amat kukuh di hati rakyat pelbagai kaum, kesukaran dan kemungkinan kalah tetap tidak boleh dielakkan.
Lantaran itu, kata mereka, jika Zahid Hamidi yang tiada banyak isu besar dan tiada skandal 1MDB yang memimpin UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang, peluang meraih kemenangan itu lebih selesa untuk diraih dan dihidangkan.
Namun, kata mereka, harapan melihat Najib mengundurkan diri sebelum PRU 14 sudah pun tertutup dengan keputusan Perhimpunan Agung itu dan Zahid Hamidi kini terpaksa bersedia untuk menerima kekalahan dan tumbangnya UMNO serta BN secara berjemaah hanya disebabkan beban yang sebenarnya berpunca daripada seorang individu sahaja iaitu Najib.
Isu kedua yang menjadi kebimbangan penyokong Zahid ialah sekiranya UMNO dan BN hanya menang tipis dan lebih buruk dalam PRU 14 akan datang berbanding PRU 13 lalu.
Kata mereka, oleh kerana Perhimpunan Agung telah memutuskan untuk terus mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO, bermakna jika keputusan yang buruk sekalipun dicapai dalam PRU 14 nanti, tiada peluang sama-sekali untuk Zahid Hamidi melonjakkan dirinya lebih daripada jawatan Timbalan Presiden yang sudah diperuntukkan kepadanya.
Apakah jika PRU 14 menghasilkan keputusan yang lebih buruk dan tinggal nyawa-nyawa ikan buat UMNO dan BN, kita masih sanggup berperdana-menterikan Najib lagi? soal penyokong Zahid Hamidi tadi.
Dalam pada itu, jika kita renung kembali ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, hanya Najib yang terlihat begitu gembira dan puas hati dengan lulusnya usul tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi itu, manakala Zahid Hamidi tidak banyak mengulas mengenainya.
Apakah dalam hati Zahid Hamidi juga terpercik perasaan tidak puas hati itu? (ShahbudinHusin 12/12/2017)
Yang ada di dalam hati...siapa yg tahu....seronok jadi PM ni...tp tak semudah itu...
ReplyDeleteDua hari lalui TMI ada menyiarkan kenyataan Tun Mahathir (baca Ketua Penyamum) dalam Program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi, bahawa negara Malaysia kerugian kira-kira $39.6 billion akibat daripada usaha untuk membeli dollar US bagi meningkatkan nilai ringgit Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2015.
DeleteTMI menyiarakan;
DR Mahathir Mohamad said Malaysia has lost far more money from the ringgit’s fall in value than the forex losses suffered by Bank Negara Malaysia (BNM) almost 30 years ago.
The country’s longest-serving prime minister and now opposition leader said BNM’s reserves dipped US$39.6 billion from 2013 to 2015 under the stewardship of Prime Minister Najib Razak.
Pendedahan ini adalah ekoran daripada pendedahan Najib Razak (baca Ketua Perompak) melalui pendedahan laporan RCI skandal Forex. Pada sidang pertamanya 21 Ogos lalu, bekas kakitangan bank pusat itu Abdul Aziz Abdul Manaf memberitahu panel yang BNM kerugian RM31.516 bilion dari 1991 hingga 1994.
Itu baru 2 perkara yang besar, belum masuk lagi perkara-perkara yang kecil melibatkan penyelewenggan wang negara oleh mereka yang pernah bersama UMNO yang kini telah menjadi SUCI apabila berada dalam HARAPAN.
Rakyat tiada pilihan dalam PRU-14 nanti melainkan mesti mengambil alternatif ISLAM sebagai penyelesaiannya. Kerana itu janji ALlah bila Islam memerintah sudah pasti rakyat selamat.
PAS mengambil penderian tidak bersama HARAPAN demi menyelamatkan ISLAM.
Jangan anda mudah tertipu kerana perbalahan mereka adalah perbalahan antara Ketua Penyamum dengan Ketua Perompak...
Dan kami pula ( Pas ) adalah KETUA PENYANGAK, INGAT ITU!!!
DeleteMohon Pas jelaskan dedak 90 juta
DeleteApa dah jadi persahabatan pas bersama ketua kleptokrat demi islam
Di mana RUU355 skrg
Pas buang ke dalam dubor jamal kah?
Apa.maksud pas pis pusssss
Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil masa empat hari untuk menjawab isu tawaran dana RM1.2 billion dan pangkalan tentera Israel di Port Dickson.
DeletePenangguhan masa selama empat hari untuk menjawab isu tersebut dianggap luar daripada tabiat kebiasaannya kerana beliau sebelum ini dikenali seorang yang pantas menjawab dan memprovokasi isu.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki merumuskan semula tiga isu penting yang pernah diutarakan oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman pada 29 Disember 2015.
Namun, Kit Siang hanya menjawab isu tersebut pada 1 Jan 2016 ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.
Dalam ucapan itu Kit Siang mengakui pada mulanya DAP tidak mahu menjawab isu tersebut tetapi telah dinasihati supaya menjawab isu tersebut.
“Semua ini dusta dan fitnah, tetapi ada orang yang kata kita (DAP) perlu jawab.
“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,”kata Kit Siang dengan penuh semangat.
Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP, Malaysiakini menamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
“Beliau (Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,”lapor portal pro DAP itu.
Namun, ugutan Kit Siang itu disindir oleh netizen pro PAS, Sh Zain.
“DAP dah saman ahli politik kanan tu ke?
“Katanya dalam masa dua hari, ni dah masuk 5 hari, kalau DAP tak nak saman macai PAN boleh la tolong saman bagi pihak atau buat report polis,” sindirnya dalam Facebook.
Enam hari selepas ugutan Kit Siang, hari ini anaknya, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP mula menjawab isu tersebut.
Guan Eng merupakan individu yang disebut dalam rumusan Dr Zuhdi yang dipetik daripada pendedahan Razali.
“Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?
“Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?” soalnya.
Guan Eng turut menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang.
“Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu.
“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu,” katanya yang dilapor Malaysiakini.
Penyokong kaki penipu mmg patut gundah gulana kerama kaki penipu tak dapat sokongan rakyat
DeleteYezzzaaaa!!! Ketua Penyangak is The King Maker up and above of CASH IS KING OF THE KING....pas pis pussyyyy...........
DeletePendedahan Misi DAP Menawan Putrajaya
DeletePada 29 Dis 2 tahun lalu, Dr Mohd Zuhdi merumuskan tiga perkara yang pernah didedahkan oleh Razali :
1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.
2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
Rumusan Dr Zuhdi berasaskan intipati ceramah Razali di Putrajaya pada 2012 seperti berikut :
Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru.
Janji Guan Eng kepada Israel.
Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP”
Namun dinegara kita kini timbul pula melayu akal rosak yg mempertikaikan dana arab Saudi kepada Perdan Menteri tetapi membiarkan dana Israel masuk ke negara ini..
Manakala dakwaan Zuhdi 3 tahun lalu senyap hingga kehari ini.
Kesimpulannya, DAP secara diam mengaku menerima dan menjanjikan tapak pangkalan tenteranya di Malaysia sekiranya menang PRU 13 yang lalu. Tidak mustahil perkara ini masih aktif untuk PRU 14..
Jangan jadi gila melayu, terutama melayu konflik otak pengikut Mahathir
Allahuakhbar…
Nak ikutkan Zahid Hamidi pun tidak layak untuk jadi PM oleh kerana banyak scandal juga,tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak berpendidikkan tinggi.......!!
DeletePAS mendedahkan kenapa gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 1 April 2008 bagi beri tentangan kepada Barisan Nasional (BN) berkubur selepas tujuh tahun wujud.
DeleteWalhal PR waktu itu dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang berhasrat merampas pemerintahan negara melalui pilihan raya umum 2008 dan 2013 tetapi gagal meraih sokongan majoriti rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR akhirnya berkubur pada tahun 2015 kerana parti dalam gabungan parti pembangkang itu hendak meminggirkan dan menggugurkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS.
"PR ditubuhkan dan akhirnya terkubur apabila hendak dipinggirkan cita-cita Islam dan wujudnya usaha mahu mengugurkannya kerana agenda politik mengatasi kepentingan Islam.
"PAS (ketika itu) juga menolak segala usaha meminggirkan kuasa umat Islam daripada persada politik Malaysia di atas konsep Malaysian Malaysia," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan media hari ini.
PR dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh mengurangkan sokongan bukan Islam.
DAP dan PKR kemudian menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) yang bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam baharu.
PH seterusnya berjaya memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai mereka untuk dipergunakan bagi menghasut orang Melayu supaya memberi sokongan kepada parti pembangkang.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff pula pernah mendedahkan "Malaysian Malaysia" adalah kosep berakar umbi dalam parti sekular DAP sejak sekian lama.
Ia bermula daripada deklarasi oleh gabungan parti pembangkang dalam The Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965 sebelum republik pulau kecil itu berpisah daripada Malaysia.
Dalam Deklarasi MSC gabungan pembangkang di Singapura waktu itu tercatat kenyataan yang berbunyi "Malaysian Malaysia" sebuah negara dan negeri yang tidak dikenal pasti berdasarkan ketuanan dan kepentingan kaum tertentu.
Tegas Abdul Hadi, PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa terhadap pihak yang menerima Islam walaupun berbeza pendapat,m tetapi tidak akan bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan.
Justeru, katanya, PAS tetapi menyokong perkara yang bersifat kebajikan dan taqwa kepada Allah SWT walaupun ia dibawa pihak kerajaan dan perkara itu yang gagal difahami oleh mereka yang memisahkan politik daripada agama.
"PAS tetap mempertahankan ruang Islam yang masih dipelihara oleh Perlembagaan dengan tafsiran Islam sebagai agama persekutuan dan PAS menentang sesiapa sahaja yang mahu merungkaikannya," katanya.
Beliau turut membangkitkan kisah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dengan syarat menerima Islam sebagai Al-Din sehingga parti itu berjaya di Kelantan dan berusaha melaksanakan syariat.
"Bagaimanapun diberi amaran keras oleh Perdana Menteri di masa itu (Mahathir) sekiranya melaksanakan syariat Islam yang diusahakan dan akhirnya Parti Semangat 46 tiada lagi," katanya.
Assalamualaikum...
DeleteBuat saudara Anon 09.22, anda sebenarnya membuat kenyataan hanya berdasar kepada kenyataan yang kurang jelas dari pihak bertanggungjawab dalam soal berkaitan.
Maaf ya, saya bukan berpihak kepada parti pemerintah atau parti pembangkang. Saya adalah saya sebagai warganegara kerakyatan malaysia.
Kalau berkaitan isu seperti Israel dan Lim Guan Eng, itu adalah satu kenyataan yang mungkin menjadi satu fitnah besar tanpa bukti nyata, kukuh dan berfakta kalau mahu mengulas.
Pada pandangan jujur saya, dalam soal topik yang diperbincangkan sekarang adalah berkaitan isu ketetapan perwakilan parti umno dalam PAU 2017 yang lalu masih gagal sebagai perhimpunan agong umno. Pertama kali gagal membawa isu semasa berkaitan rakyat secara mendalam dan berfakta jelas. Hanya ucapan bermadah dan kiasan sahaja yang banyak ditimbulkan perwakilan.
Pemimpin dan perwakilan umno sekarang semakin jauh beza dengan yang lalu dalam mendangani isu-isu penting berkaitan negara, pemimpin dan rakyat.
Dalam soal pemilihan baru-baru ini, ketetapan untuk mengekalkan Najib sebagai presiden, Zahid sebagai Naib Presiden menjalankan tugas Timbalan dan Hishamuddin sebagai Naib Presiden dan tidak dipertandingkan sebagai sebuah parti yang berasaskan demokrasi sepatutnya menunjukkan contoh terbaik sebagai demokrasi bukan dominan dalam membuat keputusan tanpa ambil pendapat akar umbi cukup malang sekali.
Semua jelas, ada sesuatu perkara yang lebih penting digeruni pemegang jawatan sedia ada akan kebenaran dan keyakinan akar umbi. Menunjukkan pemimpin atasan tidak mempercayai ahli-ahli akar umbi membuat keputusan secara demokrasi..
Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?
DeleteHamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?
Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.
Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.
Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.
Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba.
Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel. Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.
Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit2 khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.
Kesemua unit2 Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel.
Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.
Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?
Tak pak
DeleteNanti hisham auww..auw akan mengepalai perajurit Msia untuk ke Palestain.
Wak kojola kengkang pun akan turut serta sebagai peniup nafiri perang...kokookookkk...auww
Mana ada pemimpin umno yg layak. Semua terpalit dan terbungkus dgn kebatilan. Tamatkan sahaja umno mcm musnahkan unggas/lembu yang terkena wabak penyakit. Baru selamat negara ni.
DeleteNajib nazak kelihatan mcm mendapat sokongan padu tetapi itu cuma luaran sj.
Waalaikum salaam Hj Rostam. Hj, manusia yg tak partisan akan critical kedua dua pihak. Bila asyik defend satu belah sahaja biasanya taksub sebelah. Macam manapun teruskan tulisan. Lama kelamaan kebenaran akan tetap muncul. Kat alam cyber ni kita boleh menyamar apa yg kita suka. Laki boleh menyamar perempuan, Cina boleh menyamar Melayu dan sebaliknya. Namun kita tetap tidak boleh menyamar diri dari Allah.
DeletePoddah!!!!..mr jamilah aka mr j
DeleteBuat insan Mr J, saya sebenar sebelum ini memang ada mengkritik banyak berkaitan parti pembangkang juga tidak hanya pihak pemerintah sekarang sahaja. Secara jujur saya kena berlaku adil dalam berhujah melalui fakta bukan main hentam sembrono dalam berhujah kepada mana-mana pihak.
DeleteSecara jelas sejak kebelakangan ini banyak terarah kesilapan tertumpu ke arah pihak kepimpinan pemerintah jauh tersasar dari perjuangan parti untuk rakyat.
Adalah menjadi hak mutlak saya sebagai rakyat untuk mengkritik kepada mana-mana pemimpin yang tidak berlaku jujur dan amanah kepada diri sendiri dan rakyat serta negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.
DeleteHari ini, sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan pingat kebesaran daripada pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata pihak istana menerima pemulangan itu "tanpa halangan".
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan," katanya.
Maka ramailah yang puji tindakan Tun Mahathir. Antara berkata Tun Mahathir nak tunjuk kepada si baju kuning bahawa pingat-pingat itu semuanya tak bernilai.Tun Mahathir bekerja keras memajukan negara ini sedang mereka jadi tukang isytihar hari raya dan bagi serta jual pingat sahaja. Kemudian nak tunjuk bijak kepada seorang negarawan katanya lagi.
Pingat yang membawa gelar Tun tak nak pulang balik ke??
Baru kita boleh panggil Encik Mahathir... terkenang Encik Ghaffar Baba.
Bijak juga Mahathir ni!
Pengikut Tun Mahathir berkata lagi.
Tun Mahathir juga telah menolak hadiah tanah di Putrajaya sewaktu beliau melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada kerajaan hadiah yang diterima termasuk 24 buah kereta. Kata mereka Tun Mahathir berkata “Saya tidak perlu kekayaan kewangan,”
Kata mereka Tun Mahathir berkata "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank."
Lebai setuju, pasal itu bila beberapa pegawainya nak ditukar. Tun Mahathir sedih. Tun Mahathir rupanya sedih juga bila DEDAKnya cuba diusik oleh NAJIB.
Lebai terfikir pula....
Poddah!!!!.
DeleteSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tiga tahun lalu, merupakan episod paling mencabar dalam politik di negeri itu.
DeleteDalam wawancara bersama The Star, Sultan Sharafuddin berkata baginda juga sangat terkejut apabila Abdul Khalid disingkirkan. Baginda bagaimanapun memuji kesetiaan Abdul Khalid.
“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.
“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya dalam wawancara bersama akhbar berbahasa Inggeris itu sempena Hari Keputeraan ke-72 esok.
Dalam pada itu ujar baginda, jantina bukan punca beliau menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Abdul Khalid menerajui negeri itu.
“Sebab saya tidak menerima Wan Azizah bukan kerana saya fikir beliau tidak layak atau beliau seorang wanita.
“Saya telah kata sebelum ini, menteri besar tidak boleh berkawalan jauh (remote control), beliau tidak boleh menjadi boneka. Anda perlu mempunyai perwatakan kukuh untuk melakukan sesuatu buat rakyat.
“Apabila saya minta mereka serah nama, mereka hanya beri satu nama. Itu bermakna mereka menekan saya.
“Saya selalu minta beberapa nama daripada kerajaan sebelum ini dan mereka kadangkala hantar sehingga tiga nama, tetapi mereka senaraikan keutamaan mereka. Apa masalahnya untuk mereka hantar lebih daripada satu nama?," kata baginda.
Abdul Khalid pernah meneraju pentadbiran negeri Selangor selama 6 tahun, di mana beliau diangkat sebagai Menteri Besar yang pertama daripada PKR susulan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
Bagaimanapun krisis dalaman PKR susulan idea Langkah Kajang, yang bertujuan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar, menyebabkan Abdul Khalid terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas dipecat PKR pada 2014.
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kini bergelar wakil rakyat Bebas.
Begitulah bila nafsu serakah politik membujuk. Kawan yg belanya dulu jadi korban. Dek nafsu nak jadi MB. Namun Allah tak izin.
DeleteKini manusia pencen lagi satu nak jadi PM kembali. Nafsu politik yg besar tak pernah puas. Mereka yg hina manusia ini dulu tiba tiba sanjung balik. Hanya kerana nak jatuhkan Kerajaan kini. Tak kira sekongkol evengelis.
Mr Jho kafir peluklah islam dulu baru sebut nama Allah. Jangan pagi petang peluk Jho Low gemuk. Cium tapak kaki Chubby dan AH MO1. Nak muntah baca. Ptttuuuiiii
DeleteFirst
ReplyDeleteAda seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN
DeleteDi pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....
Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun ia turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....
Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!
Akhirnya ditulislah pengumuman:
"MASUK PERCUMA"
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk.
Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !
Di pintu KELUAR di tulis:
"Keluar Bayar RM100.00!!!"
Ramai orang berebut membayarnya...
Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..
Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL, kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan.
Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..
Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..
Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri.
Begitu juga jika anda masuk Parti UMNO, AMANAH, PKR, BERSATU atau DAP...
Setelah anda masuk anda pasti kena sembelih
Tak yah ko nk ckap join pakatan kena sembelih anon845 dengan perumpamaan zoo bagai
DeleteMcam bodoh aku tgok ko
Negeri selangor pulau pinang ok je
Bonus 3bulan gaji bagi penjawat awam
Berbagai bantuan utk rakyat
Air percuma n blablabla
Yg barisan menyembelih rakyat dgn GST salah guna kuasa 1MDB rasuah ber leluasa memerintah dgn syok sendiri
Bukan menyembelih rakyat malah melapah mereka hidup hidup anon 0845
Mungkin ko ni bukan rakyat negara ini
Macam rohingya yg bagi komen atau penjilat jubo kepala bapak
Lahanat sejati
TONG TAHI Najib/1MDB/UMNO sudah lama dibocorkan Anwar Ibrahim. Sejak Jun 2011 lagi, sebelum Dr Mahathir mula serang Najib, sebelum PRU13, Anwar sudah nampak masalah 1MDB.
DeleteHabis emasa itu Tun Mahathir buat apa dengan 1MDB??
Atau Mahathir diam kroni dan anak beranak juga dapat. Bising kerana dapat sikit??
Sekadar tanya aje?
Awat hang dapat byk ka?
Delete
DeleteIdris Ahmad dan Siti Zailah rupanya...
yang jadi penjaga zoo. Patutlah zalim kepada pengundi. 100x nak berkecuali tak guna akal.
Engkau orang percaya tak lebai kata bahawa perang MAHATHIR-NAJIB adalah perang antara PENYAMUN dan PEROMPAK? Perang nak selamatkan kroni masing-masing agak HARTA ROMPAKAN yang DISAMUN daripada RAKYAT selamat!!
DeleteAn-Nisā':32 - Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ReplyDeleteSelagi sepupu dia tak dapat dijadikan MO2, MO1 takkan senang hati.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdepan saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berikutan fitnah mendakwa menteri berkenaan melantik ahli keluarganya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.
DeleteUjar Abdul Rahman, Rafizi mengatakan bahawa telah membuat penyiasatan dan penyelidikan serta mempunyai bukti bahawa Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada Abdul Rahman.
"Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.
"Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.
"Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini," ujar Abdul Rahman.
Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Kota Belud turut berharap Pakatan Harapan mengeluarkan arahan agar Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu tutup mulut kerana pembohongan ini sekaligus mengaibkan pakatan berkenaan.
"Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi," katanya lagi.
Dakwaan oleh Rafizi diutarakan menerusi sidang media di laman Facebook miliknya namun semakan Malaysian Digest mendapati ianya telah dipadam.
Penganalisis politik Lim Sian See (LSS) menghuraikan lanjut bahawa Raslan Dahlan berasal dari Johor sementara Abdul Rahman berasal dari Sabah.
"Masalahnya Raslan tidak berkait dengan Rahman Dahlan langsung.
"Nama penuh Raslan adalah Nooraslan Bn Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor seperti anda boleh lihat dari Mykad beliau kod 01.
"Sementara nama penuh Rahman adalah Abdul Rahman bin Datuk Hj Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. Malah, bapa beliau merupakan ADUN Sabah bagi DUN Sulaman selama enam tahun semenjak 1971," ujar LSS.
"...Nampaknya satu lagi saman akan datang kepada Lapiji (Rafizi). Dia ni kisah tak untuk menyemak fakta atau beliau sekadar tembak dan terima saman supaya boleh minta lebih banyak derma?" soal LSS.
Tindakan lapiji sgt bijak
DeleteUmum sudah maklum JPM.berbelanja sakan utk program BN. Patutlah bajet JPM cecah 20billion
Oooh mudah betul duit. Pakat semua jadi event manager. Pastikan nama anda bin DAHLAN
Bajet JPM 20b tak akan habis habis. Anda di jemput ke EPU bersama shila majid. Lepastu kita minum teh bincang projek mega konsert kerana mu BN.
Siapa nak ikut shila mgu depan. Bawak.company profile sekali. Terus dapat projek buat event setiap mgu di kawasan masing masing.
BUAT baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Menurut riwayatnya inilah pepatah Melayu yang menjadi pesanan Laksmana Hang Tuah buat saudaranya Hang Jebat.
DeleteUsaha memperlekeh, mempersenda dan mengkritik pihak istana kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Bermula dengan kebiadaban Tun Dr Mahathir dalam isu keturunan "Bugis" dan kini ahli DAP Zaid Ibrahim yang turut mengecam kononnya campurtangan Tuanku Sultan Selangor dalam urusan politik.
Raja-raja Melayu sudah wujud sejak lahir peradaban dan tamaddun Melayu dan di bawah konvensyen dan Perlembagaan Negara Duli-duli Tuanku punya peranan sebagai ketua agama negeri masing-masing serta pemegang kunci kestabilan negara dan negeri-negeri dalam menyempurnakan penubuhan kerajaan, perlatikkan dan yang berkaitan dengannya.
Kelangsungan institusi ini mencerminkan kayanya adat dan budaya Melayu serta tingginya status bangsa ini dalam pembentukan dan jati diri negara dan negeri-negeri.
Pihak istana punya tugas dan tanggungjawab mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Atas inisiatif masing-masing sebagai ketua negara dan negeri mereka juga mencemar duli melibatkan diri dalam aktiviti rakyat serta kebajikannya.
Dan kerana prihatin akan nasib dan masa depan rakyat serta status kedudukannya Duli-duli Tuanku juga memberikan teguran dan nasihat secara terbuka.
Dan sebagai rakyat - "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" teguran dan nasihat Tuanku biasanya diraikan dan diterima dengan hati terbuka.
Kalau pun ia pedas ia ditelan apatah lagi kalau manis dan menyelarakan.
Meludah atau memuntahkannya mungkin satu pilihan tetapi di mata adab dan budaya tamaddun kita ia biadap dan tidak pernah diamalkan secara terbuka.
Menegur dan menasihatkan Raja sebagaimana pernah ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak juga satu amalan tetapi ia melibatkan korum tertutup dalam kalangan majlis Raja dan pemimpinnya demi memelihara adab dan kebesaran institusi di Raja itu.
Contohnya Tun Salleh Abas pernah berhujah dengan YDP Agong dulu, sebagaimana direkodkan dalam bukunya MAYDAY FOR JUSTICE tetapi dalam forum tertutup bukannya dalam majlis ceramah atau perhimpunan parti.
Saya merakamkan ini kerana tertarik dengan laporan NST pagi ini yang memetik kenyataan pemimpin Umno Hulu Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom.
Zainal dilaporkan mempertahankan institusi di raja dan menyerang DAP dan Zaid Ibrahim yang dikatakannya biadap.
Saya tertarik kerana 25 tahun dulu sekitar 1992 PM dan Presiden Umno ketika itu bernafsu merongkai kekebalan Raja-raja Melayu dengan membawa pindaan terhadap Perlembagaan Negara.
Dalam perhimpunan Umno ketika itu Raja-raja Melayu diserang dan jika saya tidak silap Zainal ketika itu berjawatan dalam kerajaan dan Umno negeri dan sebagai wakil Selangor beliau antara yang lantang menyerang termasuklah Almarhum Tuanku Sultan Selangor tidak terkecuali.
Itu dulu. Hari ini Zainal serang pula DAP dan Zaid kerana menyerang istana, ajaib!
Rupanya sindrom Melayu mudah lupa yang ditemui Tun Dr Mahathir hari ini membiak dan menular di mana-mana.
Apapun kekalkan dan hormatilah Instutusi Raja-raja Melayu ini - benteng terakhir survival bangsa dan agama.
Orang lain yg makan nangka lain orang pula yg kena getah.
DeleteAssalamualaikum semua...
DeleteDalam persoalan yang diketengahkan oleh saudara 09.26, saya sebenarnya kurang setuju cara pendapat saudara berkaitan isu kebiadapan mencerca sifat Bangsa.
Bagi saya kedua-dua pihak yang bersalah dalam soal mencerca Bangsa sesuatu kaum etnik majmuk rakyat negara ini.
Tidak perlu diperbesarkan kalau hanya akan memihak kepada sesuatu pihak ini salah, pihak itu salah. Kalau di teliti dengan jelas. Pihak pemimpin parti pemerintah juga melakukan kesalahan dan kesilapan dalam mencerca Bangsa pemimpin warga pembangkang sebagai contoh sahaja :
Dr Mahathir = Kutty / India Muslim
Najib = Bugis
Zahid = Jawa
Lim Kit Siang = Cina
Sebenarnya semua adalah warganegara malaysia, hanya etnik sahaja berlainan. Tidak perlu mempolitikkan isu kaum ini dan membawa kepada campurtangan golongan bangsawan dan kerabat diraja dalam permasalahan ini.
Kalau semua pihak menghormati masyarakat majmuk yang terdapat di malaysia, wajiblah sama-sama menghormati sesama sendiri walau berbeza darah keturunan etnik ini. Semua hamba Allah Yang Satu. Berasal usul dari kejadian fitrah Nabi Adam.
Maka saya beri pandangan untuk semua rakyat malaysia, buat pilihan mana pemimpin yang baik nilai pekerti dan kepemimpinan yang jelas serta jujur untuk membawa rakyat dan negara ke arah kebaikan bersama.
Saya tidak berpihak kepada BN atau PH atau NGO
Terima kasih
Benar hj rostam kawan setuju semua umat manusia dimuka bumi dimuliakan
DeleteHanya amal soleh yg dipandang allah swt
Andai mereka beriman
Insyaallah dimuliakan oleh seisi penduduk di langit dan dibumi
Wallahualam
Waalaikum salam tuan hj rostam
DeleteSiapa yg mula2 sekali yg memulakan budaya cerca orang?
Seperti:
Zahid jawa
Shafie lanun
Hishamuddin turki
Tun Mahathir kutty
Kita tunggu jawapan drp mr.jamilah aka mr j peminat no 1 najib
Tapi bila orang gelar bini dia badak atau ketot tahu pula dia marah
DeleteMarina 52 syarkikat. Mirzan 156. Mokhzani 255. Mukhriz 128
DeletePingat Gangsa pun ok..
ReplyDeleteSelepas pitam kerana sakit belakang dan bermalam di atas lantai simen ketika ditahan reman, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan daripada tahanan reman polis.
DeleteNamun pembebasan Jamal itu disambut dengan kekecewaannya apabila mendapat tahu bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak dikenakan apa-apa tindakan.
"Inilah perkara mendukacitakan saya. Saya pun tak tahu apa yang patut dilakukan lagi,” kata Jamal di Facebook.
Jamal dibebaskan polis selepas direman dua hari mulai Sabtu lalu selepas mengugut mahu memukul Zaid dengan tukul susulan kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Gerakan Baju Merah itu dibebaskan kira-kira jam 1.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Jamal yang baju Melayu biru kemudian mengadakan sidang media dalam hujan renyai-renyai tidak jauh dari situ.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata Jamal disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.
Tunggu punya tunggu
Seksyen 504 berkait dengan penghinaan dengan niat untuk mengganggu keamanan, manakala Seksyen 14 berhubung tingkah laku menghina.
Sementara itu Jamal melalui pesanan suaranya kepada pihak media menceritakan pengalamannya menghabiskan masa dalam lokap.
Kata Jamal dia sudah meminta supaya diberikan tilam ketika dibawa ke depan majistret, namun permohonan itu tidak dilayan.
“Saya dah maklumkan kepada pegawai penyiasat, saya ada masalah sakit belakang, urat belikat bengkak.
"Ketika ditahan saya minta kebenaran melalui peguam untuk dapatkan tilam.
“Tunggu punya tunggu, tak dapat tilam dan akhirnya saya terpaksa tidur di atas simen, akibatnya bahagian belakang saya bengkak," katanya.
Pagi tadi kata Jamal dia pitam seketika dan polis mahu membawanya ke hospital.
Padan muka badut
DeleteSiapa suruh meraban?
Ini bukan pejuang rakyat
Tapi pejuang lahanat
Bekas Adun Jawi Tan Beng Huat bersama 100 ahli serta penyokong DAP kawasan Nibong Tebal hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
DeleteTan yang menjadi Adun selama 1 penggal selepas memenangi pilihan raya umum ke-12 (PRU12) berkata keputusan menyertai PAP dibuat selepas melihat DAP tidak lagi memegang prinsip sosialis demokrat, sebaliknya menjurus kepada parti yang dikuasai oleh ”Dinasti Kekeluargaan”.
“Keadaan berubah setelah DAP menjadi peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang selama 2 penggal.
“Ideologi diperjuangkan mereka selama ini bukan lagi menjadi satu keutamaan bagi parti itu bila mana jasa ahli veterannya mula dilupakan malah lebih menjerumus kepada parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’,” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman itu hari ini.
Pada sidang akhbar itu, Tan memotong kad keahlian DAP sebagai simbolik keluar parti yang disertainya lebih 10 tahun itu dan turut diumum sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang.
Tan mendakwa sikap ego, bongkak dan sombong juga mula meresap dalam pentadbiran parti DAP malah turut dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan dilihat semakin kronik apabila rakan sekutu mereka iaitu PKR turut diperlekeh dalam beberapa isu melibatkan soal pentadbiran kerajaan negeri.
“Parti DAP bukan lagi sebuah ‘bumbung selamat’ bagi kita untuk berteduh dalam jangka masa panjang sekiranya ‘Dinasti Kekeluargaan’ masih dipertahankan. Malah sudah sampai masanya semua pengundi Cina menilai kembali masa depan dan hala tuju generasi kita,” katanya.
Sementara itu, Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata lebih ramai lagi ahli DAP dijangka menyertai PAP dan akan dilakukan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata dengan pertambahan keanggotaan itu, pihaknya akan menubuhkan 5 cawangan di Parlimen Nibong Tebal dalam masa terdekat.
Sementara itu, mengulas mengenai persediaan parti itu menjelang PRU14, Zulkifli berkata PAP menyasarkan untuk bertanding di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“PAP akan cuba bertanding di kesemua 13 kerusi Parlimen dan 40 DUN di Pulau Pinang. PAP ingin menyampaikan mesej parti ini begitu serius untuk memerintah negeri ini secara sendiri atau secara bersama terpulang kepada keputusan PRU14 nanti,” katanya.
Jamal bakal presiden umno tu.
DeleteSesiapa pun boleh tubuhkan parti baru. Kalau nak tubuh Parti Pisau Tumpul sekalipun boleh.
DeleteAssalamualaikum,,,
DeleteLanjutan kepada isu kenaikan harga barang yang didakwa pernah berlaku di zaman Nabi menerusi satu hadis yang diutarakan oleh Hamzah Zainuddin di PAU Umno yang baru berlalu.Percubaan yang nampak bodoh dan memperbodohkan dirii sendiri oleh Hamzah Zainuddin sebenarnya membuka peluang untuk kita melanjutkan perbincangan kepada persoalan sistem, perbezaan sistem yang dijalankan semasa Nabi memerintah sebuah negara Islam dan sistem yang diamalkan di negara kita sekarang dan sejak merdeka.
Semasa penjajahan sistem pemerintahan negara sudah diubah kepada sistem penjajah yang meminggirkan Islam dan apabila merdeka, negara dimerdekakan oleh anak didik penjajah di bawah jenama Umno dan sejak itu negara terus diperintah dengan cara penjajah dan Islam terus dipinggirkan.
Cuma perkembangan sesudah itu, apabila suara untuk kembali kepada Islam semakin lantang, Umno yang pragmatik mula mengambil langkah langkah pragmatik yang menampakkan mereka juga mahukan Islam.Kita pernah mendengar dakwaan bahawa Umno ialah parti Islam terbesar, perlembagaan negara sama dengan perlembagaan Madinah dan pernah terpesona dengan penerapan nilai nilai Islam serta penubuhan Universiti Islam dan Bank Islam.
Semuanya terjadi kerana pragmatisnya Umno, bukan kerana ingin kembali kepada Islam.Begitu jugalah dakwaan terbaru Hamzah Zainuddin dengan menggunakan Hadis untuk mengatakan kenaikan harga barang adalah normal dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Saya tidak mahu membahaskan sama ada dakwaan Hamzah Zainuddin ini betul atau salah kerana sebenarnya dakwaan ini bukan satu yang utama kepada kita tetapi sistem yang mencetuskan kenaikan harga barang itu sendiri yang penting dan perlu terlebih dahulu ditentukan samaada ianya mengikutt petunjuk Islam atau tidak.
Untuk itu saya ingin menyatakan kepada Hamzah Zainuddin bahawa pada dasarnya sistem yang digunapakai di negara kita sejak merdeka tidak sama dengan sistem yang ada di zaman Nabi.Kerana sistem yang digunapakai inilah terjadinya kenaikan harga barang dan tidak sepatutnya dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Nabi kerana di zaman Nabi, carahidup dikawal sepenuhnya oleh Islam sedangkan carahidup di zaman kita tidak.Sistem kapitalis zaman kita tidak sama dengan sistem urusniaga di zaman Nabi, riba tidak ada di zaman Nabi tetapi berlesuasa di zaman kita sehingga memerlukan persatuan pengguna untuk melindungi pengguna.Rasuah juga tidak ada di zaman Nabi tetapi menjadi kebiasaan di zaman kita dari atas sampai bawah.
Rumusannya, sistem yang ada di zaman Nabi ialah sistem Islam sepenuhnya, tetapi sistem zaman kita ialah sistem penjajah yang pula bertentangan dengan Islam dan sedang cuba dipertahankan oleh pakatan pembangkang PH.Sungguhpun Umno cuba menampakkan diri mereka lebih Islamik menerusi percubaan percubaan pemimpinnya bercakap macam seorang lebai, tetapi apa yang boleh nampak ialah ianya hanya kerana prgmatisnya mereka sahaja tetapi sebenarnya keikhlasan mereka untuk kembali kepada Islam tidak kelihatan.Oleh itu sama ada Umno/BN atau PH yang akan menang PRU 14, Islam masih tetap terpinggir.
Kerana itu umat Islam tiada pilihan selain untuk bersama Jemaah Islam yang sebenarnya.
"
Tiga atau empat dsrpd sepuluh sokong bn? Woww...itu kalau jumpa dah kira banyak! Hakikatnya dari sepuluh yg ditemui, mungkin 30 yg ikrar x akan sokong bn lagi termasuk anak bini dan saudara terdekat mereka. Rumah rumah penyokong bn yg dulunya gah memacak bendera umno dan bn, sudah melipat dan menyimpan bendera2 tersebut takut nnti di pulaukan jiran tetangga! Ahli umno sdiri bila borak kat kedai kopi mengaku utk tidak lagi memberi undi kepada najib!
ReplyDeleteHanya satu shj cara utk mereka menang pru14 ini, ialah dgn menipu! Dan kita dapat lihat ianya sedang giat dilakukan dan dah ada yg terkantoi bila kem blum siap, tapi nama pengundi sudah didaftarkan dikawasan tersebut! Nama2 pengundi yg dikenalpasti sbgai anti najib dipindahkan ke kwasan yg samada mereka tidak boleh menang atau mereka mempunyai majoriti besar! Dan mcm mcm lagi!
Tidak puas hati zahid adalah kerana beliau merasakan harapan utk jadi pm tidak akan kesampaian. Kemungkinan beliau disiasat atas beberapa dakwaan adalah tinggi sekiranya ph menang. Time is running out for him!
Pertama kali Rasulullah SAW membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh baginda.
DeleteMereka menyangka Rasulullah menyebarkan Islam untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukann dalam masyarakat, lalu mereka menawarkan jawatan raja kepada baginda.
Baginda menolaknya.
Mereka turut menyangka baginda menyebarkan Islam untuk mendapat habuan dunia, lalu mereka menawarkan kepada baginda timbunan harta sehingga baginda menjadi orang yang paling kaya di Mekah.
Baginda menolaknya.
Mereka menyangka baginda menyebarkan Islam untuk mendapatkan wanita yang cantik, menarik lalu mereka menawarkan wanita yang cantik.
Baginda menolaknya.
Ada orang silap dengan menganggap perjuangan PAS ialah perjuangan mendapatkan kekuasaan semata-mata seperti mereka.
Lalu mereka menuduh harta benda dan habuan dunia telah menjadikan pandangan PAS 'buta' sehingga tidak lagi nampak apa yang mereka nampak.
Buka pintu kerjasama
Oleh itu, mereka akan berasa hairan apabila PAS dilihat menolak peluang kemenangan di hadapan mata.
Mereka binggung PAS tidak berkelakuan seperti mereka. Mereka tidak faham mengapa PAS sanggup bersedia berisiko kalah demi mempertahankan dasar parti.
Mereka tidak boleh terima cara PAS yang terus menentang sebarang bentuk kemungkaran dan sedia menyokong kebaikan dan takwa dalam apa jua keadaan tanpa mengira siapa.
Hakikatnya, PAS adalah parti yang paling awal menentang kebatilan, kezaliman dan salah urus tadbir negera.
Lanchiao pas ikut rasulullah
DeleteSuruh berjemaah pergi sendirian
Beruzlah atau bersendirian utk amalan individu
Bila berperang menentang rejim klepet
Berangan nk jadi king maker
Pas tu keluar jemaah
Afdal berjemaah atau sendirian?
Ini soal kuasa untuk perintah negara
Bukan nak mengada ngada jual ruu355 yg jadi tak jadi
Pas hidup segan mati tak mau
Macam dia aje yg pandai agama
Orang lain kafir tak beriman masuk neraka
Taktik nie boleh menang ke?
Dengan kacau line 3penjuru
Pas memang penyibuk
Penyokong pun jenis wala buta
Pentadbiran negara pun tak hadam
Dan tgok kerajaan negeri di bawah pemerintahan pas huru hara dgn pemimpin mereka menjarah hutan balak dgn rakus
Yg susah orang asli
Rasulullah ajar macam ini ke?
Semalam mendapat mesej dalam group Amanah, SU meminta ahli² Amanah turun berdemo di hadapan kedutaan U.S
DeleteSaya terpaksa megambil cuti mengejut memandangkan ini adalah suatu manifestasi besar penentangan terhadap Zionis Israel dan Donald Trump U.S. Saya bersama seorang kawan bergerak ke kedutaan, dan di tengah² ribuan penyokong parti Pas, kami bertemu Y. Bhg Ustaz Ahmad Awang yang ditemani dua orang berumur 40an berpakaian awam (India Muslim). Kami berkumpul bersama sehingga berjumlah hampir 20 orang.
Saya zahirkan perasaan malu utk mengeluarkan bendera Amanah di tengah belasan ribu penyokong Pas, sebetulnya saya silap memakai baju Amanah. Kami hanya berada sekelompok memekakkan telinga kerana pentas bergerak (Hilux) Pas berada dekat dengan kami.
Saya amat kesal dengan sikap pimpinan terutamanya Tn Hj Anuar Tahir yang sebelumnya menulis memo arahan berdemo, padahal batang hidung beliau langsung tidak kelihatan. Saya juga amat kesal panglima perang demo seperti Tn Hj Presiden, Dr Hatta, Yb Khalid dan semua pimpinan tidak langsung cakna dengan program yang diarahkan.
Bilangan kami yang amat sedikit, tidak memungkinkan kami berani meminta ruang berucap di pentas bergerak Pas atau umno, sedangkan semua Ngo dan wakil mahasiswa diberi peluang berucap. Apa yang mampu kami lakukan ialah mengadakan FB Live Ustaz berlatar belakangkan penyokong Pas. Suatu waktu port kami dihimpit oleh kumpulan Ngo Perkasa. Kumpulan kami terburai apabila Perkasa membakar patung Donald Trump, dan polis datang menyuraikan kekecohan tersebut.
Akhir kalam, kami amat kesal dengan sikap lepas tangan pimpinan dan membiarkan Ustaz Ahmad Awang keseorangan. Maaflah untuk masa hadapan, malu ini masih menempek muka, apatah lagi lensa kamera yang dihala kepada kami seperti sinis mentertawakan kumpulan kami yang amat kecil.
Ahmad Mazlan
Cheras Baru
8/12/2017
Nabi ada ambil 90 juta ker?
DeleteAnon 0954
DeleteKalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut sepak tendang politik
Boleh join kelab mak janda
Polis telah mengarahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk merakamkan kenyataannya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pagi esok.
DeleteApabila dihubungi, Zaid berkata, beliau percaya bahawa siasatan berkenaan berkaitan dengan tweet yang disiarkannya pada 5 Disember lalu ketika mengulas laporan berita berhubung titah sultan Selangor.
Beliau bagaimanapun berkata pihak polis tidak memberitahunya berhubung peruntukan undang-undang akan digunakan semasa siasatan.
"Tidak, saya tidak tahu (peruntukan undang-undang), saya hanya mendapat mesej (untuk saya) pergi ke sana, tidak ada masalah, saya akan pergi dan menjawab soalan," kata ahli DAP itu.
"Saya rasa polis terpaksa menyiasat kerana ramai yang membuat aduan dan ini telah menjadi isu awam," katanya.
"Polis perlu siasat sama ada saya melanggar sebarang undang-undang, jadi mereka perlu mendengar penjelasan saya," katanya.
Zaid terus mempertahankan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak ada unsur hasutan dalam tweetnya.
Dalam temu bual dengan akhbar The Star yang disiarkan pada 5 Disember lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang "marah" dan bakal “membakar” negara ini.
Zaid pada hari yang sama menulis di media sosial bahawa sultan Selangor itu seharusnya berhati-hati dengan kenyataannya dan bahawa tiada siapa yang kebal apabila negara ini terbakar.
Susulan itu, beberapa pemimpin Umno tampil membidas Zaid tetapi bekas menteri itu berkeras bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun mengesahkan bahawa Zaid sedang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Zahid hamidi terkenal.sebagai machai. Dulu machai nuar dan lepastu paklah skrg najib.
ReplyDeleteZahid tak pernah jadi machai mahathir
Jadi mungkin pru14 makbul doa ayahanda lebainya maka jadilah zahid khadam mahathir
Selamanya zahid machai dan baruah untuk semua
PAS menyertai pilihan raya sejak pertama kali ia diadakan.
DeletePerjuangan PAS bukan membuta tuli terhadap realiti masyarakat majmuk di Malaysia.
PAS sedia bekerjasama dengan mempertahankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi denyut nadi perjuangan kami.
PAS sentiasa mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam bagi membolehkan Islam terlaksana dalam urus tadbir. Asalkan Islam sampai ke destinasi.
Lantaran itu, PAS sentiasa bersedia membuka pintu bekerjasama dengan pelbagai parti yang menerima dasar Islam yang kami bawa. PAS sudah serik bersama parti hanya rasa penting untuk bersama bila perlu, dan menyerang PAS selepas itu.
Begitulah prinsip PAS. PAS akan terus kekal dengan dasar dan prinsip ini.
Sumbangan penoreh, nelayan
Walaupun beberapa kali PAS dibuli apabila menyambut salam kerjasama, PAS tidak pernah kesal dengan keputusan yang telah diambil kerana semua keputusan parti dibuat melalui perbincangan, muktamar dan panduan Majlis Syura.
Di sepanjang perjuangan ini, PAS kehilangan rakan seperjuangan, rakan politik, markas, PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) dan pelbagai harta yang diwaqafkan oleh ahli dan penyokong kami.
PAS sedih dengan apa yang berlaku kerana PAS sedar ia datang daripada duit simpanan ahli kami yang miskin, penoreh getah, nelayan dan golongan susah. Namun untuk PAS korbankan prinsip perjuangannya, tidak mungkin.
PAS akan terus berkembang, menghijau dan mengeluarkan bunga dan buah. PAS akan terus mendidik masyarakat memahami politik Islam.
Ia suatu sistem politik yang jauh bezanya dengan pelbagai aliran politik yang diimport dari barat, yang tidak berpaksi kepada aqidah.
Politik Islam berteraskan perubahan dengan menghapuskan syirik kepada tauhid, mungkar kepada taat, maksiat kepada soleh, perubahan masyarakat bagi membina negara sejahtera dan harmoni, menikmati nilai persamaan dan menghormati nilai perbezaan.
Itu perjuangan PAS dan ahli-ahli parti akan terus memastikan pimpinan dan bahtera ini terus belayar mengikut arah ini sehingga hari kemenangan Islam dicapai.
Pas?
DeletePas Tong Sam Pah!!!!
Dengar cakap pemimpin umno memang sedap dan hebat hebat belaka. Demikian juga apabila dengar cakap pemimpin Pas pasal PRU 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.
DeleteDatuk Seri Mustapa Mohamad pengerusi Badan Perhubungan umno Kelantan berkata, umno boleh menang pada PRU 14 ini dan memerintah.
Suatu masa dahulu bukan setakat cakap umno boleh menang dan memerintah negeri miskin rakyat kaya itu. Malahan nama menteri besarnya pun disenaraikan.
Bukan setakat disebut dan disenaraikan malah dibuat poster yang besar dan papan tanda dipasang selauruh pelusuk negeri untuk menyatakan inilah menteri besar Kelatan apabila umno menang PRU ini.
Tidak dinafikan PRU 11 umno hampir dapat tumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Tapi Pas juga yang menang dengan majoriti tipis dan bertahan menerintah selama 20 tahun lebih.
PRU 14 ini Datuk Seri Mustapa Mohamad dah canang sana sini bahawa umno boleh merintah semula Kelantan.
Umno boleh menang dan menerintah semula Kelantan atas sebab rakyat Kelantan sudah tidak percaya lagi dengan Pas.Iya ke.
Yang kata rakyat Kelantan sudah tidak percaya lagi dengan kerajaan pas Kelantan bukan orang umno. Orang umno masih sayangi Pas. Mengapa? Apabila umno menang dan memerintah sudah tentu wujud puak puak.
Pengerusi Badan Kelantan masih yakin dan percaya apa apa yang dikatakan oleh Datuk Husam Musa bahawa kerajaan pas kelantan akan kalah teruk pada PRU 14 ini,
Beliau berkata, sudah ramai orang pas lari dan masuk Amanah parti yang diterajui Mat Sabu.Inilah punca umno boleh menang dan memerintah semula kelantan
Maklumat berbaru bukan orang pas Kelantan sahaja yang ramai lari, malahan orang pas Terengganu pun sudah ramai masuk Aamanah.
Inilah yang membuat Datuk Seri Mustapa Mohamad ceria dan gembira berkata umno boleh merintah Kelantan.
Apa pun pemimpin Pas Kelantan tetap yakin, insyaaalah rakyat Kelantan setakat hari ini masih percaya dengan kerajaan pas Kelantan.
Pendek kata antara Pas dan umno masing masing punya kenyakinan masih ada harapan untuk menang pada PRU 14 nanti,miskipun ada pandangan mengatakan Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja iaitu kerusi yang disadang Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang disandang Datuk Nik Amar Nik Abdullah timbalan menteri besar.
Selesai saja PAU najib terus ke padang golf piala zahid hamidi di the mines.
ReplyDeleteBetapa gembira nya najib bila machai dn baruah nya zahid komedi berjaya klentong 3 juta ahli umno. Betapa zahid sanggup gadai maruah dgn menyokong pencuri tegar dan menyelamatkan perompak dari jatuh takhta. Untuk apa?
Memyokong pembunuh dan perompak demi umno? Demi kesinambungan nyawa melayu? Demi islam ?
Demi apa wahai anak kpd komedi?
Assalamualaikum,,,
DeleteSelawat dan Salam ke atas Junjungan.....
Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Umno yang nak jadi seorang muslim yang baik.Dengan mengambil sepotong Hadis dia mengulas tentang kenaikan harga barang yang sudahpun berlaku di zaman Nabi.Makna kata dia cuba menyatakan bahawa harga barangan itu sudaa ditentukan ALLAH dengan mengambil makna dari hadis tersebut.Tapi tanpa sedar, dia juga sedang menjalankkan amanah ALLAH dengan melanggar banyak perintah ALLAH menerusi kerajaan sekular yang mengasingkan petunjuk Islam dengan pentabdiran negara.
Kalau nak rujuk harga barang dengan hadis Nabi tersebut sepatutnya juga dia merujuk kepada banyak lagi hadis dalam semua aspek pemerintahan.Jangan jadi macam Yahudi pulak, ambil sekerat dan buang sekarat yang lain.Hadis tentang hudud perlu dirujuk dan banyak lagi hadis mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penipuanah yang sudah menjadi budaya pemerintah perlu diketengahkan kepada masyarakat agar segalanya kembali kepada carahidup Islam.
Hadis yang menjadi rujukan Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak akan menjadikan negara bakal mengamalkan carahidup Islam sebaliknya hanya mahu mempengaruhi rakyat supaya setuju dengan tingkah laku Umno selama ini.Ianya dijadikan alat untuk mendapatkan kuasa sahaja bukan bermaksud untuk menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan.
Atau dengan kata lain, menteri ini cuba mencari untung agar kuasanya tidak terjejas dan itulah tipikal orang orang yang pragmatis yang sentiasa menggunakan tren kemahuan semasa rakyat sebagai umpan untuk berkuasa.Umno tidak terlepas dari melalukannya dari zaman penerapan nilai nilai Islam Mahathir lagi.
Oleh itu tak usahlah ambil kisah sangat dengan perbuatan perbuatan seperti ini dari Umno kerana sudah menjadi tradisi mereka malah ketika berjogging pagi tadi saya terdengar perbualan antara seorang Umno dengan seorang pengiat PAN di mana dalam perbualan mereka saya terdengar kata kata orang Umno tersebut yang menyatakan sudah ramai orang Umno (di Kemaman) yang lari dan kebanyakannya lari ke PAS.Sementara pengiat PAN itu pula berkata menteri ini bercakap perkara bodoh yang tidak bijak langsung.Makna kata sudah lama orang orang Umno menyedari kebodohan pemimpin mereka dan kata kata menteri ini menjadi lanjutan kepada kebodohan pemimpin Umno.Dan pengiat PAN itu juga semakin sedar rasanya bahawa PAS semakin mendapat sambutan sebab orang Umno yang lari itu kebanyakannya kepada PAS walaupun berdegar degar penglima perang dan pencacai mereka mendakwa PAS nak Ug dengan Umno dan makan dedak 90-200 juta Umno.
Nak tahu harga barang boleh turun ke tidak PH boleh buktikan
DeleteDengan segala hormatnya hamzah letak jawatan dan pi jordan belajar agama.
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berasa dukacita dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad yang kini memimpin Pakatan Harapan.
DeleteSultan Sharafuddin merujuk tindakan Dr Mahathir yang menentang Umno, walhal parti itu memberi kuasa kepadanya menjadi perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia.
The Star melaporkan, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut berdukacita dengan Dr Mahathir semenjak bekas perdana menteri itu kembali aktif dalam politik.
“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Dr Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.
“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.
“Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahu itu cukup besar. Dia tidak mahu ada perdana menteri lain yang lebih baik dan dia cuba menekan mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority complex,” titah baginda seperti dilaporkan The Star.
Dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, baginda membangkitkan mengenai kemurkaan apabila negarawan itu mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan keturunan “lanun Bugis”.
Baginda menjelaskan, kenyataan balasnya ke atas Dr Mahathir hanya dibuat selepas tiga minggu, selepas mendapat pandangan pelbagai pihak.
“Saya sedang dalam perjalanan menunaikan umrah apabila diberitahu mengenai kenyataan itu.
“Saya tidak bertindak membuta-tuli. Saya tunggu hingga kembali dan bercakap dengan pelbagai pihak yang ada di sana dan tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya hanya bercakap selepas itu,” kata Sultan Sharafuddin yang berketurunan Bugis.
Baginda merujuk kenyataan Dr Mahathir yang pada 14 October yang menimbulkan persoalan sekiranya Najib berasal dari keturunan “lanun Bugis”.
Kenyataan itu meraih pelbagai kecaman, termasuk Dewan Diraja Selangor yang menuntut agar polis menyiasat Dr Mahathir bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan kebencian ke atas keturunan Bugis, selain masyarakat Bugis termasuklah Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin juga menjelaskan bahawa titahnya itu bukanlah satu tindakan balas dendam, atas tindakan Dr Mahathir yang meminda perlembagaan untuk mengehadkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 1980-an.
Sebaliknya, ia bagi menunjukkan bahawa baginda masih belum dapat melupakan rasa tersinggung oleh Raja-Raja Melayu akibat tindakan itu.
“Semua akhbar menghentam kami. Saya sangat dukacita, saya bertanya ayahanda saya, kenapa kita tidak boleh bertindak balas?
Saya tidak pasti mengenai Raja-Raja Melayu lain, tetapi ayahanda saya kata jangan, kita tidak boleh dedahkan apa yang dia buat pada kita, jadi kami berdiam diri,” titahnya.
Mengenang kembali pesanan tersebut, Sultan Sharifuddin berkata ayahandanya berpesan: “Hari ini hari dia, esok hari kita”.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengulangi beliau tidak pernah menghina komuniti Bugis dan kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Najib kerana mencuri dana milik rakyat Malaysia.
Gulana gulani, PRU14 umnobnpas kita masukkan dlm goni, kita humban ke dlm bomi, rakyat akan suka hati, tiada lagi G S T TTTTTTTT.........selamat mampos umnobnpas!!!
ReplyDeleteSultan Selangor terkejut apabila Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar negeri itu, pada 2014.
DeleteDalam wawancara bersama The Star, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bosan dengan muslihat politik, bagaimanapun memuji kesetiaan Khalid.
“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.
“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya dalam wawancara sempena Hari Keputeraan ke-72 esok.
Khalid menyertai Umno sekitar 1990-an sebelum beralih ke PKR sekitar 2000. Beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor susulan kejayaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2008.
Khalid meletak jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 berikutan krisis dalaman parti reformasi itu, selepas beliau dipecat daripada PKR kerana melanggar arahan parti untuk membuka laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sultan Sharafuddin menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam politik Selangor.
Menurutnya, jantina bukan punca beliau menolak pencalonan Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid menerajui negeri itu.
“Sebab saya tidak menerima Wan Azizah bukan kerana saya fikir beliau tidak layak atau beliau seorang wanita.
“Saya telah kata sebelum ini – menteri besar tidak boleh berkawalan jauh, beliau tidak boleh menjadi boneka. Anda perlu mempunyai perwatakan kukuh untuk melakukan sesuatu buat rakyat.
“Apabila saya minta mereka serah nama, mereka hanya beri 1 nama. Itu bermakna mereka menekan saya.
“Saya selalu minta beberapa nama daripada kerajaan sebelum ini dan mereka kadangkala hantar sehingga 3 nama, tetapi mereka senaraikan keutamaan mereka. Apa masalahnya untuk mereka hantar lebih daripada satu nama?”
Sultan Selangor turut menafikan beliau bertegas PAS perlu dikekalkan dalam kerajaan negeri itu.
“Tiada arahan daripada saya. Tetapi, saya tidak suka pilihan raya kilat, ia terlalu mengganggu dan mahal, sedangkan apa yang perlu kita lakukan ialah membangunkan negeri untuk rakyat.
“Jadi, jika mereka mahu mengekalkan kerajaan sehingga pilihan raya akan datang, itu baik. Tetapi, selepas pilihan raya umum, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.”
(Tempat ke-9). Biarlah geng zahid gundah-gulana. Mereka dah selalu sangat makan besar. Eloklah tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
DeleteEkoran kehilangan panglima perang PAN yang meninggalkan Ahmad Awang terkontang kontang dalam lautan penyokong PAS ketika demo Baitulmaqdis, timbul persoalan apakah sebenarnya matlamat penubuhan PAN sehingga ahlinya sendiri yang berada ditengah tenggah demo bersama Ahmad Awang macam kera sumbang mengeluh dalam satu surat terbuka.Surat terbuka yang mendedahkan tembelang panglima perang PAN yang pula diberitakan tidak bersama pendemo tetapi menampakkan diri di kedutaan Amerika terpisah dari arus bantahan mega dalam demo yang mana PAS menyediakan pentas bergerak untuk semua pihak menyatakan luahan isi hati masing masing.
PAN tidak dapat meluahkan isi hati mereka kerana menurut ahlinya yang hadir di demo itu, mereka terlalu sedikit dan terpencil seperti kera sumbang dan tidak berupaya meminta giliran berucap di pentas PAS.
Lantaran itu, apabila kembali kepada era zaman menubuhan PAN, Mat Sabu ketika itu pernah menyatakan PAN akan mengikuti Islam yang syumul kerana PAS sudah tidak releven lagi sebagai parti Islam.Di mana syumulnya panduan PAN? Kalau dulu ketika perhimpunan solidariti untk Rohinya, PAN tidak hadir kerana mendakwa ianya di politikan oleh PAS dan Umno dengan kehadiran TGHH dan Najib di pentas yang sama, apakah ini kesyumulan Islam yang menjadi ikutan PAN?
Kali ini ketika Umat Islam sejagat diancam oleh Trump dengan mahu menjadikan bandar Baitulmaqdis yang menempatkan masjid ketiga suci, masjidil Aqsa sebagai ibu negeri Israel, dan ketika umat Islam sejagat bangkit membantah, di mana PAN?
Apakah dengan menunjukkan muka di kedutaan Amerika sudah dikira memadai dan sudah meletakkan Islam yang syumul sebagai panduan mereka? Kalau diperhatikan surat terbuka ahlinya, satu arahan sudah dikeluarkan kepada ahli ahlinya untuk hadir di demo tersebut, tetapi panglima perang mereka tidak menampakkan muka.Apa kah dengan hadir di kedutaan itu memadai mengatakan mereka hadir?
Timbul pula soal keikhlasan dalam tindakan mereka.Dari itu kalau ada yang mendakwa ahli yang menulis surat terbuka itu tidak perlu mengeluh kerana tindakan mereka hadir di demo itu kerana ALLAH, mengapa nak diambil kira sedikit atau ramai maka mereka juga perlu menyoal kenapa panglima perang mereka muncul di tempat lain?
Apa yang boleh diperhatikan, Ahmad Awang mungkin sudah diperangkap oleh panglima perang PAN dan akan terus terperangkap selagi dia kekal jadi penasihat PAN.PAN juga bukanlah sebuah parti Islam yang berpandukan Islam yang syumul sebaliknya perkembangan demi perkembangan yang berlaku dari awal penubuhannya sehingga sekarang menunjukkan PAN adalah sebuah parti Islam liberal dan petunjuk mereka bukanlah Islam yang syumul tetapi DAP.
PAN ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang sahaja, bukan untuk menggantikan PAS sebagai jemaah dan parti Islam.Jadi PAN jangan perasan mereka parti Islam yang berjuang untuk Islam yang syumul dan perlu mengakui bahawa penubuhannya bukan kerana ALLAH tetapi kerana DAP!
Buat apa demo demo. Kalau ada tulur pi lah serang lsrael
DeleteSudah berdemo tu tak usahlah nak banding-banding, nampak sangat berdemo tu kerana nak cari keuntungan politik, bukannya nak bantu Palestin. Weh, kalau nak banding-banding, ternampak bahawa Korea Utara lebih BAGUS daripada PAS dan UMNO. Cuba buka mata tu sedikit. Jangna duduk di tempurung jantan sahaja.
Delete
DeleteBuruknyeeeeeeee perangai parti Lebai Malang ini. Tak ada simpati langsung pada Palestin?
Demo kononnya nak tunjuk perasaan isu Palestin.
Tapi niat sebenarnya? Nak buat modak politik memburukkan parti lain. Masya Allah... Macam haramjadah pengikut Lebai Malang. Ish..ish..ish...
Dua hari lalui TMI ada menyiarkan kenyataan Tun Mahathir (baca Ketua Penyamum) dalam Program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi, bahawa negara Malaysia kerugian kira-kira $39.6 billion akibat daripada usaha untuk membeli dollar US bagi meningkatkan nilai ringgit Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2015.
DeleteTMI menyiarakan;
DR Mahathir Mohamad said Malaysia has lost far more money from the ringgit’s fall in value than the forex losses suffered by Bank Negara Malaysia (BNM) almost 30 years ago.
The country’s longest-serving prime minister and now opposition leader said BNM’s reserves dipped US$39.6 billion from 2013 to 2015 under the stewardship of Prime Minister Najib Razak.
Pendedahan ini adalah ekoran daripada pendedahan Najib Razak (baca Ketua Perompak) melalui pendedahan laporan RCI skandal Forex. Pada sidang pertamanya 21 Ogos lalu, bekas kakitangan bank pusat itu Abdul Aziz Abdul Manaf memberitahu panel yang BNM kerugian RM31.516 bilion dari 1991 hingga 1994.
Itu baru 2 perkara yang besar, belum masuk lagi perkara-perkara yang kecil melibatkan penyelewenggan wang negara oleh mereka yang pernah bersama UMNO yang kini telah menjadi SUCI apabila berada dalam HARAPAN.
Rakyat tiada pilihan dalam PRU-14 nanti melainkan mesti mengambil alternatif ISLAM sebagai penyelesaiannya. Kerana itu janji ALlah bila Islam memerintah sudah pasti rakyat selamat.
PAS mengambil penderian tidak bersama HARAPAN demi menyelamatkan ISLAM.
Jangan anda mudah tertipu kerana perbalahan mereka adalah perbalahan antara Ketua Penyamum dengan Ketua Perompak...
Ayah Pin dari kerajaan langit dulu pun mengaku parti islam.
DeleteApa beza dengan Parti Ajaran Sesat yang lain.
Hanya sesat dan menyesatkan. Bila bab menipu takda beza dgn parti sekular. Ada peluang dapat buat duit sudah takda halal haram.
Boleh ke Zahid ni jadi PM?
ReplyDeleteSamseng kaki pukul?
Bisan orang indon pun 2x5
Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan yang menyertai PKR pada 2012 mengumumkan keluar parti hari ini.
Delete“Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan,”katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook.
Dayangku Intan berkata dia menyertai PKR, ketika parti itu bergabung dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Namun, selepas PAS dikeluarkan daripada PR dan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada 2015 yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, dua tahun selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar parti.
“Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik.
“Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana Parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14,”katanya.
Apa yang penyanyi ni sumbang kepada bangsa?
DeleteApa persamaan yang ada pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 berbanding PAU ke-70?
DeleteKedua-dua perhimpunan mendapat hadiah “peluru” politik istimewa daripada ketelanjuran ahli DAP dalam bertutur kata.
Pada PAU tahun lepas, video kontroversi berkisarkan kenyataan “screw orang Melayu” oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai Superman ditayangkan untuk tatapan umum.
Pada PAU tahun ini, Umno pula disajikan dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di akaun Twitter beliau berkenaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kedua-duanya memberi keuntungan politik berlebihan kepada Umno, namun begitu terdapat perbezaan yang ketara di dalam reaksi DAP terhadap 2 peristiwa ini.
Ketika kontroversi Hew menjadi panas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat cuba mengurangkan “damage” terhadap DAP dengan menyatakan walaupun parti tidak bersetuju dengan nada dan cara kasar Hew menyampaikan mesejnya di ceramah, akan tetapi beliau menegaskan apa yang diperkatakan Hew bukanlah rasis.
Ketika disoal apakah DAP akan mengambil tindakan disiplin terhadap Hew, Kit Siang tidak menjawab.
Sejurus selepas video Hew ditayangkan di PAU 2016, Kit Siang terus tampil membelasah Umno dan menyoal apakah ada keperluan untuk menggunakan video tersebut untuk membina persepsi buruk terhadap DAP, sedangkan Hew bukan lagi ahli DAP. Hew yang masih aktif di pentas DAP meninggalkan parti itu ekoran insiden tersebut.
Bagaimana pula dengan kontroversi melibatkan Zaid, yang kemasukkannya dalam DAP dihadiri Kit Siang sendiri dan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Setakat ini, tiada sepatah kata yang membela Zaid daripada DAP. Yang ada hanyalah kenyataan menjauhkan Zaid daripada DAP oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Pua berkata, Zaid perlu menanggung akibat sendiri daripada ketelanjuran kenyataannya terhadap Sultan Selangor.
“Ahli-ahli kami dibenarkan menyatakan pendapat mereka, tetapi mereka perlu menangani sebarang akibat yang timbul,” katanya sambil menegaskan kenyataan Zaid tidak ada kaitan dengan DAP kerana kenyataan itu tidak dibuat parti itu dan Zaid tidak memegang sebarang jawatan dalam DAP.
Selepas aksi ugutan terhadap beliau oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Zaid mula meluahkan rasa kecewanya selepas tiada pemimpin Pakatan Harapan yang disanjunginya tampil untuk membelanya.
“Nampaknya saya tiada kawan yang akan bersama saya dalam keadaan saya sekarang.
“Saya akan cuba jumpa TPM Zahid secepat yang boleh. Lagipun ini mengenai keselamatan nyawa saya dan keluarga saya,” tulis beliau di Twitter.
Memang patut Zaid terasa kecewa. Lihatlah sahaja perbezaan layanan DAP terhadap Hew dan beliau. Beliau akan faham siapa yang dilihat sebagai pemutar skru dan siapa ialah skru.
Siapa lagi sanggup menggunakan skru karat yang membawa ancaman tetanus kepada pemiliknya? Sudah tentu pemutar skru akan cari skru yang lain.
Ucapan tahniab kepada khazanah bhd di atas perlantikan dua anak muda sbg timbalan MD. Bersama dua lagi executive cina ke jawatan tinggi.
ReplyDeleteBaguslah kombinasi melayu cina. Hairan kenapa 1mdb tidak sehebat khazanah? Sedangkan najib adalah pengerusi penasihat kahzanah dan 1mdb.
Apakah kombinasi GANGster NAJIB di 1mdb tidak amanah dan jujur. Kenapa apek cina jho taek low yg mana bapanya adalah org kuat MCA mengkhianati rakyat malaysia. Kenapa raja raja melayu tidak menjatuh hukum kpd jho sbg pengkhianat negara. Kenapa raja melayu tidak kata sikap Jho ini akan membakar negara menjadi abu.
Mungkinkah Jho ini keturunan bugis asli dari hainan dan taiwan spt kata John Doe. Maka selamatlah Jho dari di cerca di khayalak ramai dan umum.
Bagaimanapun rakyat ucap tahniah kpd Mahathir kerana pulangkan pingat yg sebenarnya adalah dari titik peluh beliau di dalam memajukan negeri di tanah melayu. Di harapkan Azmin juga pulangkan pingat. Biarlah hidup tanpa pingat spt LIM GUAN ENG yg nampak hebat dan kekal hebat tanpa perlu bergantung kpd sebarang pingat untuk teruskan hidup.
Mulai hari ini mana mana politikus yg berlagak dgn pingatnya kita nyahkan di pru14.
Merujuk kepada dokumen-dokumen yang dilampirkan yang saya terima secara pos beberapa bulan lepas dari sumber tak dikenali berkenaan penjualan tanah di mukim Ijok yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan dua syarikat perumahan Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development. Berdasar maklumat yang diberi dalam dokumen tersebut, kami memohon agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan seperti berikut:
DeleteBagaimana Eco World Group Development Berhad (Eco World) boleh membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor pada harga RM1.181billion daripada Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd. ?
Bagaimana Mujur Zaman dan LBCN boleh dibenarkan menjual tanah tersebut sedangkan tanah-tanah tersebut terlibat dengan perbalahan perundangan lama melibatkan ratusan peneroka asal yang masih menunggu pampasan yang telah dijanjikan ?
Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan usaha-usaha yang dimulakan oleh mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak tahun 2009 untuk memperjuangkan nasib ratusan peneroka asal ?
Bukankah tanah-tanah yang terlibat telah dirampas oleh kerajaan negeri daripada Mujur Zaman dan LBCN yang untuk dikembalikan kepada peneroka asal kerana gagal membangun tanah-tanah tersebut serta membayar pampasan seperti yang dijanjikan kepada peneroka asal. Mahkamah juga telah membuat keputusan berkaitan.
Mengapa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran MB Selangor DS Azmin Ali memulangkan tanah yang telah dirampas kepada Mujur Zaman dan LBCN sedangkan kedua syarikat bukan sahaja gagal membangunkan tanah seperti yang dijanjikan tetapi juga masih belum membayar pampasan yang dijanjikan kepada peneroka.
Mengapa MB DS Azmin memulangkan tanah kepada Mujur Zaman dan LBCN, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa “legal obligations” kepada kedua syarikat itu.
Tambah pula, Mujur Zaman dan LBCN telah gagal diperingkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mencabar keputusan rampasan tanah yang dibuat oleh mantan MB TS Khalid Ibrahim. Pertikaian sepatutnya diteruskan di Mahkamah Persekutuan tetapi mengapa secara tiba-tiba MB DS Azmin bersetuju untuk memasuki satu penyelesaian bersama dengan kedua syarikat.
Akibat dari perbuatan MB Azmin, kerajaan negeri Selangor memulihkan status tanah untuk kembalikan tanah balik kepada LBCN dan Mujur Zaman yang hanya perlu menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Syak yang kuat ada berlaku pertembungan kepentingan juga kerana dalam salah satu dokumen jelas menyatakan antara pihak berkepentingan dalam isu ini ialah Datuk Khairuddin Abu Hassan yang merupakan bekas ahli Umno yang dipecat dan menjadi sekutu kuat politik Tun Mahathir Mohammad yang menjadi Pengerusi Pakatan Pembangkang yang mana MB Selangor merupakan Pengarah Pilihanrayanya.
Secara kesimpulannya, SPRM perlulah menyiasat jika ada timbal balik yang terlibat diantara pihak-pihak yang terlibat baik dalam Kerajaan Negeri, anak syarikat kerajaan negeri dan kedua syarikat tersebut iaitu LBCN dan Mujur Zaman.
Melihat daripada laporan akhbar tentang harga jualan tanah-tanah yang terlibat.
Sekian,
Woiii !!!!...pi adu kat sprm laaa
Deletetgh adu laaa tuuu
DeleteBetul ke lps PAU DS Najib main golf. Bercakap biar ada bukti dan fakta. Jgn jd spt rafizi dgn angkuhnya rela disama n.
ReplyDeleteAnggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Senai Wong Shu Qi dipanggil polis memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kebocoran dokumen kononnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di laman web yang mengaitkan dengan nama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
DeleteShu Qi yang merupakan bekas wartawan portal berita Cina Merdeka Review tiba di IPK Johor pada 4.15 petang dengan diiringi Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen Puchong.
Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada pegawai siasatan dari Bukit Aman, Wong berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 27 Nov lepas, Shu Qi diarah keluar DUN Johor selepas enggan menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya ketika membahaskan Bajet Johor 2018 mengenai kesahihan maklumat dalam dokumen SPRM yang dimuat naik oleh sebuah blog.
Dokumen itu mengaitkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlibat dalam rasuah dan skandal hartanah melibatkan bekas Exco negeri ini dan Mohamed Khaled pada ucapan penggulungan persidangan DUN Johor, Isnin lepas, (4 Dis) pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rasuah yang diterimanya seperti dikatakan terkandung dalam dokumen siasatan SPRM terbabit.
Wak kojola kengkang mmg leasedhole. Mau ka?
DeleteRAMAI juga kalangan pengkaji dan pemerhati politik antarabangsa menyatakan isu al-Quds adalah semata-mata pergelutan politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama. Justeru mereka menempelak golongan yang menyeru kepada kebangkitan menentang pengisytiharan Trump sebagai mempergunakan sentimen agama, atau mengaitkan agama sebagai punca krisis.
DeleteKalangan realist melihat isu ini boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan politik, dengan mengenepikan faktor agama. Rundingan, ketetapan undang-undang dan juga tekanan politik antara kaedah yang ditawarkan dalam menyelesaikan isu ini.
Tanpa menafikan kepentingan strategi politik dalam menangani isu ini, tetapi isu Palestin sama sekali tidak boleh dikeluarkan daripada kerangka agama. Rebutan berpanjangan terhadap al-Quds bukan semata-mata kedudukam geopolitiknya yang strategik, tetapi kerana kepercayaan 3 agama terbesar dunia terhadap tanah suci ini.
ZIONIS DAN AL-QUDS
Sejarah menunjukkan, kumpulan yang berperang bagi mendapatkan al-Quds hampir semuanya digerakkan atas nama agama. Umar al-Khattab sebagai pemimpin umat Muhammad pertama membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman Roman Byzantine atas nama agama Islam.
Kemudian dirampas oleh tentera salib dipimpin oleh gereja katolik yang menguasai pemerintahan Eropah zaman kegelapan dahulu, juga atas semangat agama. Terbaru, penaklukan Yahudi terhadap al-Quds dan penubuhan negara Israel adalah kerana ideologi agama Yahudi. Nama Israel dan Zionis sendiri adalah merujuk kepada kepercayaan agama Yahudi.
Penaklukan al-Quds telah dirancang lama oleh Yahudi melalui gerakan rahsia Freemason. Walaupun kalangan realist tidak mempercayai Freemason kerana tiada dokumen rasmi atau kenyataan terbuka pemimpin mereka mendedahkan mengenai pertubuhan ini, tetapi sumber-sumber risikan dan pengakuan bekas ahli yang terlibat sukar menafikan kewujudan gerakan ini. Mengikut maklumat yang paling logik, konspirasi jahat yahudi syaitan ini sudah bergerak sejak zaman Nabi Sulaiman lagi walaupun tidak atas nama Freemason.
Sehingga mereka berjaya berperanan di posisi penting di dunia seperti bidang ekonomi, hiburan dan sosial, barulah mereka berani menubuhkan front politik yang diberi nama sebagai zionis. Tahun 1897, Zionis mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland dan mencapai beberapa resolusi yang dinamakan sebagai Protokol Zionis. Pemimpin pertama zionis, Theodor Herzl mendedahkan isi protokol adalah bagi mendapatkan sebuah negara politik bagi Yahudi ke arah menjadi pemerintah dunia.
Assalamualaikum anon 16.43 dan lain-lain bloggers.
DeleteSaya setuju jika hujah saudara berserta fakta. Sejarah panjang pembentukan negara Israel dan Palestin ini cukup jelas sebenarnya. Isu Baitulmaqdis ini telah dijadikan isu politik sejak zaman kuno lagi. Masing-masing tidak mahu bertoleransi dalam hal ini.
Baitulmaqdis ini sebenarnya adalah kepunyaan penduduk asal Baitulmaqdis :
Islam , Kristian , Yahudi ( Kota Baitulmaqdis )
Masing-masing menggunakan sentimen keagamaan sebagai isu besar untuk memiliki Baitulmaqdis. Kalau dari segi politik berteraskan permaifakatan antara kaum dan agama seperti zaman keagungan pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi pasti aman damai Palestin dan Israel ini.
Hanya sentimen agama dan kaum lah yang memusnahkan segala perjanjian damai zaman Sultan Salahuddin. Semua ini dikhianati oleh golongan Kristian berhaluan kiri mengapi-apikan kebencian dan kemusnahan serta peperangan ini.
Kalau semua pemimpin-pemimpin negara islam bersatu hati tanpa berbolah-balik, insyaAllah Baitulmaqdis akan kembali aman dan damai. Hanya carilah jalan penyelesaian secara diplomasi, demokrasi dan toleransi sesama umat.
Tundukkan keangkuhan dan kegilaan pemimpin kaum yahudi, kristian dan ekstrimis islam berhaluan kritikal ke jalan kebaikan dan penyelesaian dengan KEBAIKAN serta MULIA.
Wallahu’alam. Kalau salah insyaAllah anda semua perbetulan pendapat dan pandangan saya.
Terima kasih
Saya hanya rakyat yang sentiasa mahu kedamaian umat sejagat 👌
Tidak perlu bermusuhan
kasihan melihat penyokong najib dgn umngok..dihantui kekalahan..kalau tanya memanjang steadyy...titisan darah terakhir..sampai skrg x berani lulus pakatan...jadi bacul habeh.yelah.bis pun pahlawan boges telur.
ReplyDeleteBekas menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selagi tidak dibuktikan bersalah.
DeleteBeliau turut mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter sebelum ini.
Katanya ia bukan satu kesalahan sebaliknya dibuat dengan niat untuk menegur pemimpin.
“Saya rasa saya tidak buat silap. (Mohon) maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni.
"Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa kesalahan yang saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?" katanya
Beliau berkata demikian pada program Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian Pusat Daerah Mengundi (PDM) Wakaf Siku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bunut Payung, Kota Bharu malam tadi.
Majlis itu dianjurkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan.
Terdahulu, Zaid berkongsi satu berita Malaysiakini dengan kapsyen berbunyi "Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".
Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.
Menurut Zahid untuk memastikan sama ada dia bersalah atau tidak, proses siasatan oleh polis perlu dilaksanakan sebelum diikuti oleh perbicaraan di mahkamah.
"Biar mahkamah tentukan. Tapi setakat ini polis belum panggil saya lagi.
"Jika dipanggil saya akan beri penjelasan, tak ada masalah," katanya.
Mengulas lanjut, bekas ketua Umno dan anggota parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau berpendapat kenyataan sultan Sharafuddin adalah tidak wajar dan baginda tidak sepatutnya memcampuri urusan politik.
Katanya, jika sultan berpolitik ia tidak menggambarkan prisip raja berperlembagaan seperti peranan raja pada zaman dahulu.
"Saya merasakan kita sebagai negara maju yang ada sistem demokrasi, jadi saya tegur.
"Saya tegur bukan nak bela sangat Dr Mahathir, tapi nak beritahu pada rakyat bahawa dalam politik, pentadbiran dan polisi, raja-raja berperlembagaan ini tidak boleh memihak," katanya.
Mohamad bin Dahlan
ReplyDeleteOpsss maaaf kamu bukan adik dahlan. Tapi kamu tetap machai bodoh
Pembesar negara di jemput main golf pun kamu tak tahu. Kalau dah masuk world of sports kamu masih kata nak bukti.
Kamu ni pegawai kera jaan yg buta maklumat.
Pergilah tolong 20 000 mangsa banjir di kelantan terengganu pahang dan kedah.
Biarlah najib dan sepatu golf nyer. Baru sebentar tadi najib ke istanbul. Kamu tahu ker. Apa kamu buta maklumat.
JPM ada bajet 20b. Mohon 1b utk langgan ALMJAZEERA. DAN TV KACA LED 100INCI.
Moahamd. Bangunlah dari tido. Jgn jadi Paklah yg berdengkur.
Mohamad ko jgn tgok utusan lidah kepala bapak
DeleteKo tgok kat berita alternatif kat berita dunia yg kepala bapak ko main golf sampai nama piala ahmad zahid hamidi
Pasal apa tak letak piala najib razak?
Hehe nama dengar pun dah suey mana boleh taruk kat piala kejohanan golf
Kejohanan mengklepet sesuai lah
Piala ahmad zahid hamidi pun tak sesuai buat kejohanan golf
Piala ahmad zahid hamidi sesuai utk kejohanan lawak sambil menipu lagi sesuai
Assalamualaikum,,
DeleteCadangan menubuhkan RCI Memali perlu dipercepatkan.Sebabnya terdapat versi cerita yang berbeza antara cerita penduduk kampung yang ada kaitan dengan peristiwa berdarah itu dengan versi cerita yang disebarkan oleh pendokong pendokong PH sekarang terutama oleh Dr. Mahathir serta beberapa bekas ahli PAS yang pernah bersama sama dengan orang kampung.Paling menarik untuk ditemui oleh RCI ini ialah kaitan Amanat Hadi yang dikatakan dikeluarkan pada 1981 dengan peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985.Apa kaitannya?
Dr. Mahathir dan kuncu kuncunya termasuk bekas ketua polis negara yang menumbuk DSAI, Rahim Noor mendakwa Amanat Hadi berjaya menghasut penduduk Baling yang diketuai oleh arwah Ustaz Ibrahim Libya untuk menjadi agresif membentuk pasukan bersenjata menyerang polis.Dakwa Mahathir kalau polis tidak diserang dan dibunuh oleh pengikut Ustaz Ibrahim Libya, nescaya polis tidak akan menembak mati mereka.
Ada bekas pemimpin PAS yang keluar parti mendakwa RCI Memali hanya akan memberi akibat buruk kepada pemimpin PAS, terutama TGHH yang didakwa menjadi penghasut kepada keagrasifan Ustaz Ibrahim Libya.
Sementara cerita orang kampung pula menyebut Arwah Ustaz hanya menjalan sebuah madrasah untuk menyampaikan ilmu ugama kepada penduduk kampung tetapi kemudian didakwa sebagai penyebar ajaran sesat oleh kerajaan Mahathir.Dengan tuduhan menyebarkan ajaran sesat inilah, Mahathir menerusi Timbalannya, Musa Hitam menghantar satu pasukan polis bersentaja untuk menangkap Ustaz di bawah ISA.Penduduk kampung yang ketika itu berada di madrasah Ustaz bersama sama anak anak kecil mereka untuk belajar tidak mempunyai apa apa senjata kecuali beberapa bilah parang yang sedia ada di madrasah tidak membenarkan polis menangkap Ustaz kesayangan mereka dan apabila polis berkeras, beberapa orang murid ustaz mula tampil dengan parang yang tak berapa bilah ini untuk menentang polis lalu polis dengan bersentajakan M16 mula menembak dan membunuh termasuk ustaz.
Oleh itu kita ada dua versi cerita yang bertentangan dan RCI yang nak ditubuhkan mungkin jawaban terbaik untuk semuanya.Tidak timbul RCI itu nanti akan menyebabkan kesusahan kepada pemimpin PAS sebab sebenarnya kitalah penyokong PAS yang mahukan peristiwa Memali dijelaskan sejelas jelasnya.
Kalau Amanat Hadi yang sudahpun basi sebenarnya menjadi punca keganasan pengikut PAS di Memali, kita mahu tahu setakat mana benarnya.Lagi pula apa yang berlaku di bandar Kuala Terengganu selepas PRU 2004, menceritakan sesuatu yang bertentangan, begitu juga dalam kes 2 orang pemuda penyokong PAS yang ditembak di Batu Buruk.Mahathir mungkin tidak tahu atau sedar bagaimana revolusi boleh terjadi pada 2004 di Kuala Terenggatnu sesudah penyokong PAS menyedari mereka ditipu oleh Umno dalam PRU itu, tetapi revolusi tersebut dihalang sendiri oleh TGHH kerana tidak mahu darah rakyat tertumpah.
Jadi apa kaitan Amanah Hadi atas apa yang berlaku di Memali yang hanya satu kes terpencil di kampung terpencil.Apakah kalau polis tidak datang dengan skuad yang lengkap bersenjata untuk menangkap arwah Ustaz Ibrahim Libya, akan berlaku peristiwa berdarah itu?
Begitu juga dakwaan RCI akan menyusahkan pemimpin PAS, apa perlunya dakwaan sebegini pada ketika saranan menubuhkan RCI dibuat? Pada saya ianya hanyalah sekadar menakut nakut penyokong PAS agar menentang penubuhan RCI, tidak lebih dari itu.Begitu juga dakwaan Mahathir tentang Amanah Hadi tersebut juga sekadar mehu menakut nakutkan PAS dan TGHH agar menentang RCI, itu saja.
Apa faedahnya untuk mendakwa penubuhan RCI hanya akan merugikan PAS sedangkan pihak yang bimbang ialah mereka dengan dakwaan yang dah menjadi evergreen, TGHH dan PAS sudah berbaik baik dengan Umno.Satu dakwaan yang tiada kaitan langsung dengan RCI Memali.
Woiiii wartawan utusan nanti tengku palsu adnan londeh sue kamu di hari akhirat
DeleteEVANGELIS DAN AL-QUDS
DeleteSatu lagi golongan yang meletakkan isu agama sebagai faktor rebutan al-Quds adalah evangelis daripada penganut kristian. Evangelisme merupakan satu fahaman di dalam agama Kristian yang mempercayai kewajipan menubuhkan negara kristian bagi persediaan menyambut Jesus Christ yang bakal turun ke bumi kelak. Gerakan ini adalah gerakan yang radikal. Ada yang beranggapan penguasaan gereja ke atas empayar Rom dan juga kempen Perang Salib digerakkan oleh evangelis.
Evangelis moden hari ini berjaya melobi sehingga sebuah negara yang dinamakan Amerika berjaya didirikan. Evangelis merupakan golongan elitis di Amerika, dan banyak mempengaruhi politikus.
Evangelis tanpa segan silu mengakui pengisytiharan Trump adalah hasil tekanan mereka yang berada di dalam parti Republikan. Trump sebelum ini menjadikan pengiktirafan Jurusalem sebagai salah satu manifesto beliau dalam kempen pilihan raya Presiden bagi melobi evangelis.
Mengikut kepercayaan evangelis, Bible menyatakan Jurusalem adalah hak mutlak kaum Yahudi. Kepercayaan ini adalah sama dengan pegangan zionis melalui The Old Testament. Justeru mereka turut berjuang bagi memberikan hak kepada golongan Yahudi.
Hanya pru yg akan menentu nasib najib tenggelam atau timbul, namun nafas dak semakin sesak kerana tarikh pru dah semakin suntuk, tiada apa usaha dapat menyelamatkan najib kerana semua isu besar sudah diketahui rakyat
ReplyDeleteAssalamualaikum,
DeleteSelawat dan Salam ke atas Junjungan.....
RUU 355 bergema lagi.Kali ini diletakkan di no 7 sedangkan speaker menyatakan pebahasan akan akan terhenti pada no 6, bermakna RUU 355 tidak akan dibahaskan.Sebelum ini RUU 355 sudah dibawa ke perbahasan parlimen tetapi ditangguhkan oleh TGHH.Maka bergemalah suara suara dari kem PH mengutuk dan menyalahkan PAS dengan berbagai bagai tuduhan dan komen dari pemimpin sehingga macai macai mereka.
Yang menariknya yang mengutuk dan menuduh itu rata ratanya terdiri dari orang Islam, sambil terus menuding jari kepada PAS sebagai punca RUU tidak dibahaskan.Hari ini Dato Nik Amar menyatakan pula bahawa tugas membawa RUU 355 ke perbahasan parlimen ialah tugas Umno dan speaker bukan tugas PAS, PAS sudah melaksanakan tugasnya.Sebelum itu, TGHH awal awal lagi menyatakan bahawa semua MP Islam dari semua parti bertanggungjawab menyokong RUU 355 sambil MP bukan Islam boleh berkecuali.
Tetapi mampukah semua MP Islam dari semua parti menyokong RUU 355 apabila dibahaskan nanti?Itulah soalan yang terlebih dahulu dijawab dan diketahui dengan jelas sebelum RUU 355 dibahaskan.
Untuk mendapat jawabannya, mari kita lihat responnya dulu dari parti parti terbabit.MP Umno ada yang menyatakan sokongan dan ada yang tidak.Begitu juga MP Islam dari parti parti komponen BN lain, masih berbelah bagi dan dari kritikan yang didengar,MP Islam dipihak PH hampir pasti menentang RUU 355.Maka ada kemungkinan besar RUU 355 akan tewas di parlimen kalau dibahaskan sekarang.Apatah lagi MP bukan Islam dari BN dan DAP sudah menyerlahkan pilihan mereka untuk turut menentang, menjadikan kemungkinan untuk tewas lebih besar.
Oleh itu tidak hairanlah kalaupun RUU 355 dibentangkan untuk dibahas, ianya akan ditangguhkan lagi oleh TGHH.Sebabnya dengan penangguhan tersebut, RUU 355 akan terus hidup sedangkan kalau dibahas dan ditewaskan oleh undi MP Islam sendiri, RUU 355 akan terkubur dan usaha mengembalikan perundangan Islam perlu dimulakan sekali lagi sedangkan kita tahu betapa sukarnya untuk memulakan RUU 355.
Oleh itu mana lebih baik, ditanggguhkan atau ditewaskan? Perkara ini tidak diambil kira oleh pengkritik RUU 355 dari PH(walaupun tiada suara kritik di pihak Umno).Mereka tetap juga mendakwa RUU 355 milik PAS dan mesti dibawa untuk dibahas oleh PAS.Mereka lupa sama sekali bahawa mereka juga orang Islam yang dituntut menyokong apa jua usaha untuk Islam tanpa mengira dari siapa usaha itu bermula.
Jadi menyalahkan PAS adalah kebodohan mereka yang nyata dan terang sedangkan RUU 355 adalah untuk mereka juga.Menyatakan PAS tidak pandai buat kerja tidak menjadikan mereka pandai dengan hanya mengutuk malah ada yang bodoh apabila mengambil kembali provokasi yang dimulakan oleh pencacai Umno yang sudahpun pupus.Ada kalangan macai mereka masih menggunakan istilah lebai dan PIS sedangkan semua tahu ketika sebahagian mereka masih dalam PAS. istilah ini digunakan dengan kerap oleh pencacai Umno untuk membangkitkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.Apa punya kelas macai begini?
Satu lagi aspek yang tidak begitu diberi penekanan oleh mereka ialah kalau RUU 355 terus dibiarkan tergantung di parlimen sambil PRU 14 semakin hampir akan menyebabkan RUU 355 akan terus hidup selepas PRU 14.Ketika PH begitu gharah untuk menewaskan BN, apa mereka tidak pernah terfikir nanti kalau mereka berjaya membentuk kerajaan, maka perbahasan RUU 355 akan menjadi tanggungjawab mereka? Atau inilah sebabnya mereka bersungguuh sungguh membuat provokasi agar RUU 355 cepat cepat dibahas dan ditewaskan di parlimen?
Pada hemat saya, PAS sudah matang dan faham benar dengan provokasi sebegini,lagipun RUU 355 bukan lagi milik dan hak PAS sebab ia milik dan hak semuua orang Islam.Barangsiapa yang cuba mengutuk PAS baik sebagai tidak pandai buat kerja atau mahu ug dengan Umno, RUU 355 tetap milik dan hak anda seandainya anda Islam, maka sepatutnya andalah tampil dengan idea idea yang boleh membantu RUU 355 diluluskan, bukan mengutuk untuk RUU 355 ditewaskan.
Pas menghadapi kemarahan pengikut sendiri termasuk rakyat Kelantan dari segi menyumbang sebarang pembangunan termasuk idea baik berhubung masaalah rakyat tapi hanya nampak pada ruu355 sebagai modal pilihanraya namun rakyat tak fikir ia mencukupi sebagai pemerintah negeri, kini cuba menumpang dgn umno pulak macam melepas tanggungjawab negeri pada kerajaan persekutuan. Rakyat kini berfikir pada kerangka lebih besar berhubung negara yg kias terjejas sebab salah laku pemimpin
DeleteLembu pun tak mau jadi ahli pas
DeleteAnon selawat utk hadi awang ker?
DeleteMana rasullullah saw?
ISLAM DAN AL-QUDS
DeleteDi dalam Islam pula, al-Quds merupakan tanah suci ketiga umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah isyarat jelas tentang kedudukan Masjidil Aqsa kepada umat Muhammad, ditambah dengan ayat al-Quran dan Hadis-hadis tentang kedudukan, kelebihan dan berita akhir zaman mengenainya.
Cukup kita bawakan satu ayat al-Quran dan satu hadis yang menjelaskan ketinggian kedudukan al-Aqsa di dalam Islam. Adapun ayat al-Quran firman Allah:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al-Isra':1]
Adapun hadis, sabda Rasulullah SAW:
لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم ، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك"، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: "ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Akan sentiasa wujud dari kalangan umatku berjuang atas nama agama. Mereka tegas terhadap musuh, dan tidak akan sekali-kali tergugat dengan pihak yang meninggalkan mereka, sehingga datangnya urusan Allah.
Sahabat bertanya siapakah mereka? Jawab baginda: "Mereka adalah penduduk Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis."
[HR Ahmad]
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga hadis baginda menjelaskan bahawa al-Quds adalah milik umat Islam yang mengesakan Allah. Bukan milik mana-mana bangsa khusus. Sesiapa yang berpegang kepada agama Islam, merekalah yang paling layak mentadbir al-Quds.
Palestin dibuka pertama kalinya oleh Nabi Ibrahim AS, atas perintah Allah supaya berhijrah meninggalkan kerajaan Babylon yang diperintah oleh Namrud bin Kan'an. Anak baginda bernama Ismail diperintahkan bermastautin di Mekah, melahirkan bangsa arab dan Nabi akhir zaman Muhammad SAW. Seorang lagi anaknya, Ishak terus menetap di Palestin dan dikurniakan anak bernama Yaakub. Yaakub digelar sebagai Israel, dikurniakan 12 orang anak yang membentuk jalur keturunan Bani (anak) Israel.
Al-Quran merekodkan juga, al-Quds dibuka oleh Talut dengan mengalahkan Jalut atas perintah Allah SWT. Talut melantik Nabi Daud sebagai raja. Anak Nabi Daud, Nabi Sulaiman mendirikan kerajaan dunia dengan al-Quds menjadi pusat pemerintahan dan tapak istana baginda. Kesemua mereka adalah Islam dan patuh kepada Allah.
Al-Quran juga merekodkan, al-Quds sekali lagi diperintahkan untuk dibuka kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Malangnya Bani Israel mengingkari perintah tersebut menyebabkan mereka dihukum sesat di padang pasir selama 40 tahun. Selepas generasi yang ingkar dimatikan, barulah Nabi Yusha' berjaya menjalankan perintah Allah memimpin Bani Israel membuka al-Quds.
Nabi akhir zaman Muhammad SAW mengisyaratkan kepada para sahabat untuk bersolat di Masjidil Aqsa dengan kelebihan-kelebihan yang diterangkan. Waktu itu, Masjidil Aqsa d bawah taklukan Roman Byzantine. Lalu umat Islam berusaha membebaskan kota untuk menunaikan saranan solat tersebut. Akhirnya ia berjaya dibuka pada zaman Saidina Umar al-Khattab, kira-kira 6 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Menurut kaedah Usul Fiqh, "الأمر بالشيء أمر بلوازمه" bermakna perintah terhadap sesuatu meliputi perintah terhadap semua yang berkait dengannya.
Anon 10:33,
DeleteKamu patut cetak banyak banyak risalah kamu dan edarkan kpd LEMBU LEMBU yang sekolah tak habis.
Depa akan puji kamu....'ini idea pemimpin yang bijaksana '
Kerja syaitan dan pengikutnya ada berbohong. Bermula dg satu pembohongan diikuti dengan seribu pembohongan.
DeleteZahid Hamidi telah pun kena checkmate akibat perbuatan sendiri.
ReplyDeleteBukankah Zahid telah berwala mutlak sehingga akhir hayat kepada Najib?
So, nasihat untuk Zahid; bersukarialah dan nikmatilah keseronokan kamu sbg TPM selagi ada tempoh. Apabila tamat tempoh Najib sbg PM itu bermakna tempoh kamu sbg TPM juga akan tamat serentak.
Akhirnya Jerusalem kini menjadi milik Israel. Seperti yang saya jangkakan, kota yang menjadi rebutan ramai terutamanya orang Islam ini memang akan terlepas ke tangan golongan Zionis ini dan mereka akan tetap lakukannya walaupun mendapat kecaman banyak pihak.
DeleteMengapa?
Sebab mereka tahu negara-negara lain, terutamanya negara-negara Islam tak dapat buat apa-apa pun. Setakat keluar kenyataan kecam mengecam menentang keras ni mereka takkan makan saman punya. Zaman sekarang ni siapa yang kuat dia berkuasa. Bukit ni kalau anjing menyalak takkan bergerak punya. Kalau Amerika tetap dengan keputusan dia, ada ke negara Islam nak hantar tentera at least tentera pengaman ke? Setakat yang saya tahu Palestin je la yang nampak penentangan dia, sebab depa yang menghadapi semua tu, depa yang kena serang, askar Israel duk belasah depa, bukan kita, bukan negara Islam yang lain. Kita lihat sekarang ini selepas Presiden Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, dengan serta merta pihak Hamas melancarkan Intifada sebagai tindak balas. Ramai yang cedera, namun mereka tak kisah demi mempertahankan Baitulmuqaddis mereka.
Ni berita terkini pasal protes di Palestine. Klik untuk baca.
Bagaimana dengan negara lain? Seperti biasalah, keluarkan kenyataan membidas, mengecam, tidak setuju dengan tindakan tersebut. Turki secara tegas memberi amaran untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Saya pun terkejut selama ni Turki ada juga hubungan dengan Israel walaupun kekejaman dan pencabulan undang-undang antarabangsa dah berpuluh puluh tahun dilakukan Israel, masih ada hubungan diplomatik.
Malaysia juga mengeluarkan kenyataan berani mengecam tindakan tersebut. Malah kita lebih berani lama dah, dengan tidak mengiktiraf Israel sebagai negara. Itu tercatat dalam pasport kita sejak sekian lama. Saya amat berbangga dengan catatan dalam pasport tersebut.
Ada juga negara lain mengecam tindakan tersebut. Ada yang berdiam diri, play safe, berkecuali.
Apa-apa pun, ada Israel dengan USA ni kisah? Ada kami kisah? Kami kuat. Berani tentang kami? Ada bran? Berani tulis kenyataan, berani berpidato dalam media? Tak bagi kesan pun kepada kami. Kami sokong satu sama lain. Kami bersatu. Mana ada orang berani terjah. Kami cabar kamu semua, seranglah kami. Ada berani?
Negara Islam yang lain aku tengok duk bertelagah sesama sendiri. Sanggup bersekongkol dengan Amerika dan sekutu-sekutunya dari bangsa Islam sendiri. Ada negara Islam Arab tu nak bergesel-gesel, tersengih sengih nak berbaik dengan Israel. Alasan dia sebab dah letih bermusuhan dengan Israel sekian lama. Apa ke bangang punya alasan? Nak putuskan hubungan dengan negara Islam sekejap je sebab tuduhan menyokong gerakan pengganas walaupun takda bukti setakat ini.
Malaysia pun sama, duk bertelagah sesama sendiri, politik sana politik sini, duk nak jaga tembolok sendiri. Bila keluar kenyataan sedikit, ada la yang nak tunjuk pandai. Bila ikhtiar untuk boikot, ada yang perli-perli dan mempersendakan boikot. Sebab tu boikot tak lama. Sebab tu boikot bermusim.
Kita sesama kita bertelagah. Tak bersatu. Macam mana bantuan Allah nak sampai?
bertelagah bila ada umat islam yg menyeleweng dan menyusahkan umat yg lain.
Deletetak dpt dielakkan pertelagahan itu.
yg akan menghadapi Israel pun bukan nya ramai.. tapi sedikit yg terpilih. pengikut Al Mahdi yg sebenar bukan ramai.
kita bukan sokong telagah tp dlm pertelagahan mesti ada yg tak betul menjadi punca.
lebih2 lagi yg menyeleweng itu adalah pemimpin.
Itu lah sebab nya ada golongan Athies.
Apabila berlaku tuntutan pulau bertindih kenapa di bawa ke mahkamah agung PBB ?
Kenapa apabila Trump kata Baitulmaqdis ibu kota bagi Israel semua bingkas marah. Sedangkan sepanjang masa dan selama-lamanya itu lah yang menyebabkan Israel bertindak zalim.
Bila bab israel melompat dubuk kepala bapak dan walaun pas berdemo
DeleteBila kepala bapak pinjam goldman and sachs along yahudi senyap
Oh ipic dah bayar abis ke utang kepala bapak?
Pokok tak bayar bunga mesti mau
ZIONIS + EVANGELIS =/= ISLAM
DeleteKesilapan Yahudi dan Kristian adalah mereka mempercayai kitab-kitab yang sudah diseleweng. Old Testament/Hebrew Bible atau dikenali di dalam Islam dengan nama Taurat dan juga Bible/New Testament ataupun Injil yang asal mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Malangnya mereka menolak atas alasan Muhammad bukan Nabi keturunan Bani Israel, sehingga sanggup menyelewengkan kitab suci Taurat dan Injil.
Hari ini muncul beratus versi Taurat dan Injil berbeza. Setiap mazhab dan aliran mereka memiliki kitab versi tersendiri. Berbeza dengan Islam, sumber rujukan utama semua mazhab adalah Al-Quran yang sama.
Atas kepercayaan masing-masing, ketiga-tiga agama ini berebut bagi mendapatkan al-Quds. Ia bukan sekadar persaingan politik semata-mata. Jurusalem/al-Quds telah menjadi rebutan zaman berzaman, dan ia akan kekal menjadi rebutan sehingga hari kiamat. Bagi membolehkan umat Islam berkuasa semula di al-Quds, kesedaran dan kebangkitan atas nama agama perlu menjadi keutamaan.
Dalam perkembangan terkini, kristian (evangelis) dan yahudi (zionis) nampaknya bergabung dalam berhadapan dengan Islam. Faktor kedudukannya yang strategik dari segi geo-ekonomi dan geo-politik, menyebabkan politikus boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dari tiga agama ini dalam mencapai matlamat masing-masing.
Apa yang memalukan, evangelis dan zionis menggunakan platform politik bagi menjayakan matlamat agama mereka. Pemimpin muslim pula menggunakan platform agama bagi menjayakan matlamat politik dalam isu al-Quds.
pemimpin LEMBU-LEMBU Pawah!!!
ReplyDeletebiarlah lembu bersama lembu2nya!!
POLITIKUS MUSLIM
DeleteMasing-masing mahu menjadi juara dalam isu al-Quds supaya mampu memikat sokongan majoriti muslim di negara masing-masing. Tetapi hakikatnya, mereka tidak serius dan hanya bermain-main dengan retorik. Di belakang tabir, Israel dan Amerika menjadi sekutu mereka yang kritikal dalam survival politik dan ekonomi global.
Ramai yang mempertahankan retorik pemimpin-pemimpin politik muslim negara masing-masing dalam mempertahankan al-Quds sebagai kebijakan berpolitik mereka agar tidak dilanyak oleh kuasa besar. Gadafi di Libya, Mursi di Mesir, Saddam di Iraq dan 'Erbakan' di Turki antara contoh pemimpin 'bodoh' politik yang mereka dakwa tidak pandai bersilat di pentas geo-politik.
Tetapi hakikatnya hanya mereka yang terlibat secara langsung dan yang mengenali secara dekat sahaja mengetahui sikap sebenar pemimpin-pemimpin yang ada hari ini terhadap isu-isu Islam.
Mereka sebenarnya oportunis, dasar mereka pragmatis yang melihat agama sebagai leverage untuk mileage politik.
Sebagai umat yang peka, kita perlu berhati-hati dengan semua pihak, baik musuh Islam mahupun yang mendakwa pembela Islam. Tidak salah menyokong retorik mereka, tetapi janganlah sokongan itu menyebabkan diri menjadi taksub sehingga menolak pendekatan berbeza. Juga usah meletakkan harapan mutlak kepada mereka, bimbang dieksploitasi dengan mudah kelak. Mereka yang pragtamis, akan membelakangkan Islam jika ia merugikan politik!
AL BUDIN SONTOLOYO...TAK MENARIKLAH CERITA KO....SEKADAR BATU API JER!!!!
ReplyDeleteKau panggil bomba laaa
DeletePOLITIK ISLAM
DeleteNamun ini tidak bererti kita harus menolak politik dalam menyelesaikan masalah ini. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Apabila umat Islam meninggalkan politik, maka mereka telah terjerat ke dalam perangkap musuh Islam yang memang mahukan politik ini bebas dari unsur agama. Mereka bebas berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya. Matlamat mereka menjadikan al-Quds ibunegara Israel semakin mudah dari sudut undang-undang.
Cuma politik yang dimaksudkan bukan seperti budaya politik konvensional hari ini. Politik Machiavelli, politik sekular atau politik populisme. Politik kita mesti politik Islam. Politik berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Politik bermatlamatkan penegakan Islam.
Menerima demokrasi sebagai pendekatan politik semasa terbaik yang ada. Tetapi tidak tenggelam dalam arus demokrasi sehingga menjadi populis dan pragmatis. Jangan menggadaikan prinsip hanya kerana sokongan. Jangan memperalatkan sokongan demi kepentingan tertentu.
Kesimpulannya, isu al-Quds adalah isu agama. Tetapi untuk menyelesaikannya, politik perlu dijadikan alat.
Tu sebab Zahid berulangkali kali kali kali melafazkan kesetiaan tak berbelah baginya kpd najib utk hilangkan gundah gulana penyokong2nya dan dirinya sendiri!
ReplyDeletemana najib nak percaya, baru dilantik jadi TPM dah pi konspirasi ngan mahathir nak guling najib........ada ke patut?
hisamudinnnnnnn.......ko dah sedia belom???????
Blog mereka tak ada orang nak jengah, sebab tu kena kopipes kat blog lain. Malangnya, itu pun org tak nak baca.
DeleteFIRMAN Allah:
Delete۞وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ٢٧ وَهُوَ ٱلَّذِي يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ٢٨ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ ٢٩ وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ ٣٠ الشورى.
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. (28) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya). (29) Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu). (30)” (Surah As-Syura: 27-30)
Tajuk kos sara hidup menjadi perbincangan hangat hari ini, khususnya apabila sangat membebankan kehidupan rakyat sehingga pendapatan tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup seharian.
Kalaulah yang berpendapatan sederhana yang besar jumlahnya mengeluh, apatah lagi kalangan berpendapatan rendah yang sangat besar juga jumlahnya, penganggur dan golongan kurang upaya. Ia tidak mengira yang bergaji atau bekerja sendiri juga menghadapi bebanan yang sama.
Lebih malang kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar. Semakin besar bandar yang dinaik taraf khususnya apabila disebut bandar raya, semakin berat bebanannya. Petani dan nelayan pula menghadapi peniaga dan penyangak yang juga membebankan kos sara hidup bagi mendapat keperluan yang bukan kerjanya.
Tanpa mengira pelbagai sebab dan punca yang berlaku sehingga meningkatnya kadar inflasi yang melibatkan apa sahaja barangan, perkhidmatan, kejatuhan nilai mata wang, pengurusan, kuasa membeli dan lain-lain atau melibatkan kerajaan, kalangan rakyat dan penggiat ekonomi, semuanya wajib dilakukan muhasabah yang semestinya ditangani oleh semua pihak supaya melakukan islah dan perubahan.
Banyak pihak telah mengulas dan melakukan analisis, serta mengemukakan pandangan yang lebih dipengaruhi oleh teori barat dalam aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang memisahkan semuanya daripada agama yang menegaskan kewajipan menghitung dosa dan pahala di sisi Allah dalam semua kegiatan manusia, seperti yang ditegaskan oleh ajaran Islam, bahawa semua urusan cara hidup ada kaitan dengan agama.
Ayat-ayat Al-Quran yang disebut di atas menegaskan betapa kebijaksanaan Allah mentadbir manusia, bukan sekadar menurunkan hidayah-Nya yang dapat dibaca, bahkan manusia juga dikurniakan akal, pancaindera, ilmu dan kemampuan jasad serta rezeki yang cukup secara saksama dan adil.
Desperate sangat penyokong umno & pas nak artikel copy paste mereka dibaca. Jangan buang sampah merata2. Parti2 sampah kan hado... Parti suci yang kumpul YB sampah.
ReplyDeleteKeh..keh..kehh..kehhh..
Sebenarnya manusialah melakukan kesalahan dalam urus tadbir kehidupan mereka, kerana menggunakan akal semata-mata tanpa moral yang luhur apabila meninggalkan hidayah Allah, khususnya sifat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan masyarakat, sifat tamak haloba mengejar keuntungan tanpa simpati terhadap pengguna, sifat bakhil terhadap orang lain, sanggup boros dan membazir dalam kalangan orang kaya kerana hidup bermewah-mewah tanpa peduli kesannya terhadap golongan miskin. Semuanya memberi kesan negatif kepada ekonomi berkeluarga dan bermasyarakat, khususnya apabila mengundang kos sara hidup yang tidak saksama dengan pendapatan.
DeletePara ulama Islam yang tersohor seperti Ibnu Khaldun, Al-Syatibi dan lain-lain telah menghuraikan aspek tersebut, bukan sahaja untuk zamannya, bahkan meredah masa hadapan ke zaman kita, sehingga menangani masyarakat manusia seluruhnya dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi berlaku kesan yang negatif, apabila tanpa mengira perhitungan iman dan akhlak. Namun, Allah menangguhkan balasan akhirnya di Hari Akhirat dengan didahulukan fenomena hidup di dunia supaya sedar dan insaf. Allah berfirman:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)
Para ulama telah membahagikan kehidupan manusia dengan pembahagian mengikut konsep Al-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat, Al-Tahsiniyyat dan Al-Tarafiyyat yang mencakupi aspek kehidupan manusia dan secara khusus juga sangat mempengaruhi aspek ekonomi dan cara kehidupannya dalam lapangan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Al-Dharuriyyat adalah perkara asas yang perlu dalam keperluan hidup seperti makanan asasi, pakaian dan rumah kediaman, iaitu sekadar dapat hidup walaupun tanpa kesenangan. Keperluan makanan sekadar mengisi perut untuk meneruskan kehidupan, pakaiannya pula sekadar menahan badan daripada udara dan cuaca yang menganggu kesihatan dan menjaga maruah dengan menutup aurat.
Kediaman yang cukup bagi tempat menetap dan beristirehat untuk diri dan keluarga, walaupun tanpa punya kenderaan sendiri kerana sudah ada kemudahan pengangkutan kegunaan umum.
Kopipes ni sesuai utk anon yg sent
DeleteSila mahasabah diri dulu baru dakwah dgan orang lain
Macam burung kakak tua
Tau sebut tak tau makna
Pemimpin klepet pun nak dicover lanchiao
Apa lah yang mampu di buat oleh Zahid dan penyokong nya ?
ReplyDeleteNajib memang ada banyak masalah .. tapi Najib juga ada MKN ..
Bertanding cara jantan la woiiii!!!
DeleteKata negara demokerasi!!!!
MKN, MAGERAN bagai!
BACHOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Al-Hajiyyat adalah penambah baikan yang diperlukan bagi memberi keselesaan sekadar yang cukup, seperti keperluan perasa gula dan garam, manis dan pedas kepada makanan. Pakaian tambahan dan mengikut musim cuacanya, ada kemudahan bekalan air, elektrik dan ada kenderaan dan lain-lain sekadar yang dihajati.
DeleteAl-Tahsiniyyat adalah penambah hiasan supaya lebih menarik dan menghiaskan dalam semua keperluan di atas, seperti memperbagaikan makanan, pakaian dan menghias rumah dan halamannya.
Al-Tarafiyyat adalah kemewahan yang melampaui batas, seperti makanan dan pinggan mangkuk termahal yang diimport, kediaman istana dan mahligai yang besar dan lebih daripada satu, ada yang berpaip airkan emas, kenderaan paling mahal dan jumlah yang banyak melampau, sehinggalah mengimport pemain bola sepak dari luar negara dengan kos berjuta-juta dalam kegiatan sukan. Aspek ini kurang disebut kerana melibatkan segelintir golongan atasan yang berkuasa dan berpengaruh.
Allah menunjukkan konsep kesederhanaan hidup dalam diri, keluarga dan negara dengan firman-Nya:
وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا ٣٠ الإسراء
“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil) dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (29) Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (30)” Surah Al-Isra’: 29-30)
Nak tutup jangan nampak pecah kem, dgn tergesa gesa dicadang tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan nain presiden dan dgn segera disokong, tak boleh bantah,tak berani bantah, bantah, kiok kiok kiok......
ReplyDeleteDemokrasi umno
umno = Untuk Melayu No Otak = U M N O
selamat meninggal umnobnpas
Apa yang menjadi masalah apabila manusia sendiri merungkai tertibnya, sehingga perkara Al-Hajiyyat dan Al-Tarafiyyat sudah diangkat menjadi Al-Dharuriyyat, menyebabkan golongan yang mengejar keuntungan yang besar banyak mengeluarkannya, dan mengurangkan pengeluaran Daruriyat sehingga terpaksa diimport dari luar negara, khususnya melibatkan makanan asasi.
DeleteDi samping itu, sumber dalam negara sendiri pula di eksport ke luar negara dan tidak diurus dengan baik, kemudian mengimportnya semula dan dikebas dengan mengenakan cukai oleh kerajaan apabila menangani krisis kewangan, sehingga disalahlakukan oleh para peniaga kerana sifat tamak haloba. Daripada pihak yang pertama sehingga yang menjadi orang tengah memaksa penjual runcit menaikkan harga barang.
Tanggungjawab memperbaiki sikap perangai manusia dan peranan politik yang mentadbir serta penggiat ekonomi sangat mempengaruhi pengeluaran dan pasaran.
Ibnu Khaldun pernah menyebut apabila pihak pemerintah dan kroni terlibat dalam banyak perniagaan akan merosakkan perjalanan ekonomi dan kehidupan rakyat, sehingga sekarang ada yang memiliki bot laut dalam dan pekerja asing yang mengacau nelayan miskin di pesisir pantai.
Kerajaan boleh mengendalikan sumber Daruriyyat dalam perkara yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.
الناس شركاء في ثلاثة: الماء والنار والكلأ
“Manusia itu bersama dalam tiga keperluan asas: air, api dan rumput (padang ragut).”
Hadis ini disebut oleh para ulama Siyasah Syariyyah berkait dengan sebab, realiti dan situasi mengikut zaman. Zaman terkini sudah berubah kepada keperluan asas makanan, kediaman, pendidikan, kesihatan, perhubungan dan lain-lain.
Rakyat Msia yang waras ingin mengucpkan setinggi tahniah kepada DSNR di atas usahanya yang tidak mengenal penat lelah untuk memperjuangkan keamanan sejagat sedunia.
ReplyDeleteUsul resolusi menentang ekstremisme dan radikalisaasi dengan menanaganinya secara kesederhanaan telah diterima oleh PBB dengan 135 negara menyokong dan 2 menentang, iaitu US dan Israel.
DSNR telah menyifatkan kelulusan resolusi ini sebagai satu kejayaan yang amat besar bagi Msia. Kini DSNR dilihat sebagai tokoh dunia yang disegani dan sentiaas di barisan hadapan dalam mendepani usaha untuk mewujudkn keamanan sejagat.
Patutlah Erdogan begitu beria2 sangat memohon agar DSNR hadir ke perhimpunan khas OIC bagi membincangkan isu di Palestin. Dunia Islam pastinya berbangga dengan gandingan mantap DSNR dan Erdogan yang pastinya akan menggeggar kaum2 kufar yang cuba2 untuk mencabul kedaulatan Islam di Palestin dan di mana2 ceruk dunia sekali pun.
Mulai saat dan ketika ini, pastinya US dan Israel akan lebih berhati2 untuk menimbulkan konflik dengan negara2 islam , selagi DSNR dan Erdogan sentiaas berada di barisan hadapan untuk menyanggah mereka dengan garangnya.
Terima kasih DSNR...anda telah mengembalikan roh perjuangan islam di Msia dan dunia..selayaklah anda digelarkan Salahuddin Al Ayubbi era ini spt yang dijulang dalam PAU baru2 ini..kami rakyat beragama islam di negara ini sentiasa mendokongi perjuangan suci mu....Aminnnnn!
DeleteKeh...keh...keh...keh...
hebat...hebat...hebat
DeleteMalaysia ku hebat........
Kita negara yang kaya raya...
rakyatnya hidup mewah.......
tiada langsung pengangguran...
tiada lagi orang miskin.....
Mana-mana negara miskin kita bantu..
Yang terakhir US....
Semoga rakyat US akan hidup kaya raya
macam kita sekarang.
Wang gaji pekerja Malaysia tak habis makan
Tiap-tiap bulan boleh simpan...
Bank-bank dah tutup bab pinjaman
sebab orang dah tak nak pinjam
Salahuddin al ayyubi = najib razak?
DeleteJilat tak ingat nampaknya ko geng najib
Najib jumpa teram kena pau
Najib jumpa teram nak bantu ekonomi amerika
Najib jumpa china bagi tanah mau pinjam wang kasi pajak tanah negara
Eh geng najib takda pun najib razak bebas kan cengkaman israel keatas bumi palestin atau mengetuai perang salib cam sejarah salahuddin al ayyubi tue
ko ni mmg gila dan moron lah geng najib
Penjilat sejati
Assalamualaikum buat saudara Geng Najib & lain-lain bloggers,
DeleteUntuk pengetahuan saudara GN, anda tidak perlu sampai samakan YAB Najib Razak atau YABhg Dr Mahathir dengan prinsip dan keperwiraan Panglima Agung Umat Islam Salahuddin Al Ayyubi @ Salahuddin Yusuf Ibni Najmuddin Ayyub, ini kerana kepimpinannya cukup disegani baik pihak kerajaan Islam dan pihak kristian di zaman beliau.
Perbezaan yang paling jauh ketara sifatnya.
Salahuddin Al Ayyubi amat dihormati pihak lawan. Jadi sebelum berhujah mengaitkan seseorang itu dengan Pahlawan Dunia Islam itu, anda kena jujur dalam mengeluarkan fakta jelas supaya tidak terkeliru kepada pembaca dan pemerhati di blog ini.
Kaji dulu sejarah Islam sedalam-dalam sebelum membuat hujah sembrono anda. Buat kaji selidik dahulu berkaitan persidangan tergempar OIC mengenai isu Baitulmaqdis yang tidak hanya tertumpu kepada seseorang pemimpin sahaja. Perdana Menteri hanyalah sebahagian dari pemimpin dalam Gabungan Negara-negara Islam ataupun ringkasnya OIC. Tiada kepentingan pada PM Malaysia sahaja. PM Malaysia hanya mewakili seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih atas keperihatinan anda terhadap isu Palestin/Baitulmaqdis.
hoh hoh hoh hoh .. merry crismast
DeleteIni menunjukkan bahawa teori penswastaan yang dipraktikkan oleh pemimpin sudah usang bagi meringankan bebanan kerajaan, apatah lagi dimonopoli oleh kroni politik yang boleh menjadi sebab yang mempengaruhi perkembangan negatif terhadap ekonomi seperti kadar inflasi yang meningkatkan harga barangan dan nilai matawang. Maka kerajaan sekarang perlu membuat kajian semula terhadap kesilapan yang lalu, kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.
DeleteIslam juga memasukkan aspek rohani dalam mengawal dan menangani kemampuan yang berbeza dalam masyarakat dengan mewujudkan masyarakat yang bertimbang rasa dan bertolong-menolong, berpandukan firman Allah:
أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ وَلَوۡلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ لَّجَعَلۡنَا لِمَن يَكۡفُرُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ لِبُيُوتِهِمۡ سُقُفٗا مِّن فِضَّةٖ وَمَعَارِجَ عَلَيۡهَا يَظۡهَرُونَ ٣٣ وَلِبُيُوتِهِمۡ أَبۡوَٰبٗا وَسُرُرًا عَلَيۡهَا يَتَّكُِٔونَ ٣٤ وَزُخۡرُفٗاۚ وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٥ وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ ٣٦ الزخرف
“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad S.A.W): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan Kami juga telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi daripada darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (32) Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), (33) Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga), (34) Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. (35). Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.dengan pendapatan). (36)” (Surah Az-Zukhruf: 32-36)
Di antara perangai syaitan itu adalah membazir dalam penggunaan dan perbelanjaan yang boleh mempengaruhi pengeluaran yang tidak seimbang dengan pendapatan golongan sederhana dan rendah yang merupakan paling ramai jumlahnya dalam masyarakat.
Tikam menikam dari belakang, cah keting, sabotaj dari dalam dan gunting dalam lipatan...
ReplyDeletePROCESSING IN PROGRESS...
DOWNLOADING UMNO...
A problem has been detected and Umno has been shutdown to prevent damage to your country.
Keh..kehh..keh..kehhh..
Rasulullah S.A.W. juga mengajar akhlak bersimpati dalam kalangan peniaga yang menjual dan pengguna yang membelinya:
Deleteرَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى) صحيح البخاري(
“Allah mengurniakan rahmat kepada seorang yang bersikap mudah dan bertimbangrasa apabila menjual, membeli dan mengendalikan tuntutan” (Sahih Bukhari)
Akhlak bertimbang rasa daripada semua pihak berkonsepkan persaudaraan kemanusiaan sangat penting kerana melahirkan simpati yang boleh mewujudkan kesimbangan yang adil di antara pendapatan, keperluan dan pengurusan. Seperti pendapatan, gaji dan upah yang mencukupi sara hidup dan kawalan terhadap kegiatan ekonomi seimbang seluruhnya.
Pihak kerajaan hendaklah campur tangan apabila wujudnya masalah rakyat yang mengganggu kehidupan mereka mengikut nas hukum syariat atau Siyasah Syariayah atau Maqasid Syariah.
Apabila berlakunya inflasi pada zaman Rasulullah S.A.W. dan ada permintaan supaya menghadkan harga barangan:
غلا السعر على عهد النبي صلى الله عليه وسلم. فقالوا يا رسول الله! سعر لنا فقال (إن الله هو المسعرالقابض الباسط الرزاق، وإنى لارجو أن القى ربى وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم ولا مال). (روه الخمسة إلا النسائي وقال الترمذي هذا حديث حسن صحيح)
“Telah berlaku kenaikan harga barangan pada zaman Rasulullah S.A.W, lalu mereka mengadu: Wahai Rasulullah! Tetapkan harga barangan. Sabda Rasulullah S.A.W: Allah yang menentukan rezeki, sama ada melimpah rezeki dan mengurangkannya. Dia Maha melimpah rezekinya. Aku mengharapkan bertemu Allah (di Akhirat nanti) tidak siapa yang menuntut terhadapku kerana menzalimi darah dan hartanya).”
Para ulama menegaskan bahawa hadis ini tidak mahu menghadkan harga barangan kerana dalam keadaan masyarakat yang sangat berakhlak. Apabila berlakunya keadaan masyarakat yang tidak berakhlak, maka kerajaan sendiri hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana membetulkan keadaan berpandukan kaedah Siyasah Syariah berkonsepkan Maqasid Syariah dalam menentukan maslahah oleh kerajaan termasuk dalam perkara yang tidak dinaskan halal dan haramnya oleh Al-Quran dan Hadis:
عن عثمانَ رضِيَ اللهُ عنه قال: إنَّ اللهَ يزعُ بالسلطانِ ما لا يزعُ بالقرآن
“Sesungguhnya Allah mengizinkan tindakan oleh pihak yang berkuasa dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran”
Pas = Parti Ahli Setan = P A S
ReplyDeletePas = Parti Ajaran Sesat = P A S
Pas = Parti Akhlak Songsang = P A S
Setan kerana menyokong kera jaan sekular umnobn korap
Sesat dan menyesatkan melalui Amanat Haji Hadi
Songsang sbb mengaku parti pembangkang tapi lawan sesama parti pembangkang dan menyokong mungkar yg dilakukan oleh pemerintah umnobn.
TEPAT.JELAS
DeleteMaka dgn itu, diminta cara elok. Puak perasan diri Brahmin tak perlu lah dtg buang sampah article2 Haramkah kt sini.
PAS tubanak UMNO, kahwin pulak dgn Bapak...uissshhh. TAK GELI KAH.
Dua2 kamu PAS UMNO Pegi main jauh kt blog sendiri, boleh tak?
Bau hancing TAEK low laaa.
uga berpandukan kaedah:
Deleteتصرف الإمام منوط بالمصلحة
“Tindakan imam terhadap rakyatnya harus dihubungkan dengan kemaslahatan.”
Islam berbeza dengan teori Liberal Kapitalisma yang membebaskan kegiatan individu sehingga mengganggu kepentingan masyarakat umum. Islam juga berbeza dengan teori sosialisma dan Komunisma yang menganggu kebebasan individu, kononnya demi masyarakat umum. Islam berbeza dengan semua teori yang lahir daripada pragmatisma dan sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia.
Islam tidak menghalang sesorang mengumpul kekayaan tetapi diwajibkan dengan cara yang halal dan bermoral luhur, namun diwajibkan juga menunaikan hak masyarakat dengan menunaikan zakat dan diwajibkan aktiviti-aktiviti lain yang mengambil harta, cara mengurus dan perbelanjaannya ada kaitan dengan akhlak serta perhitungan dosa dan pahala.
Maka semua langkah yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar diharamkan. Bukan sahaja haram zat barangan, bahkan termasuk juga pengurusannya. Bukan sahaja diwajibkan reda meredai dalam muamalat urus niaga dan lain-lain, bahkan diharamkan juga monopoli yang menyusahkan masyarakat seperti juga diharamkan riba, menipu, rasuah dan semua perkara yang membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat umum.
Imam Al Ghazali menegaskan:
الدين أس والسلطان حارس وما أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع
“Agama adalah asas dan pemerintah adalah pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya menjadi runtuh dan apa-apa yang tiada pengawasnya menjadi hilang atau terbiar.”
Ini menunjukkan bahawa menegakkan kebajikan dan mencegah kemungkaran bukan sahaja menjadi kewajipan individu, bahkan diwajibkan juga menegakkan kerajaan yang melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam semua kelakuan bermasyarakat termasuk gangguan kos sara hidup yang menjadi masalah bersama dan jangan hanya menjaga segelintir manusia demi kepentingan tertentu. Allah menegaskan dalam firman-Nya:
كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر
“Supaya harta (hasil negara) itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7)
Tuan Admin
ReplyDeleteMohon cadangan supaya ruang komen dapat dihadkan jumlah perkataan misalnya 100 perkataan. Saya rasa ramai setuju sbb komen yg panjang tidak memberi apa2 munafaat dan membuang masa shj. Saya percaya ramai yg rasa bosan dan marah dgn komen sebegitu. Tq.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan darjah kebesaran daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 7 Disember lalu.
DeleteSetiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Selangor berkenan menerima pemulangan pingat tanpa sebarang halangan.
BACA: Tun M pulangkan pingat sebelum Sultan Selangor tarik balik gelaran
Katanya, pihak istana akan mewartakan pembatalan kurniaan pingat tersebut mengikut prosedur ditetapkan.
"Dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menerima pemulangan kembali Darjah-darjah dan Bintang-bintang Kebesaran Selangor tersebut oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali tanpa halangan.
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.
BACA: Tun M mahu keluar 'dating' dengan Siti Hasmah
Pada awal November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
Merujuk kepada ucapan Tun Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Tun Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Mengikut laporan dari kawan aku yang merupakan orang kuat bahagian, gandingan DSNR dan DSZH adalah di tahap yang tererat ketika ini. Ini dibuktikan apabila keputusan sebulat suara untuk kedua2 jawatan tertinggi parti UMNO tidak dipertandingkan tahun hadapan. DSNR amat2 memerlukan sokongan DSZH teguh di belakangnya untuk terus memacu UMNO sebagai parti pembela nasib rakyat, khususnya bani melayu di negara ini.
ReplyDeletetridak timbul sama sekali pertasaan gundah gulana spt yang dibongakkan oleh Budin tu..DSZH ni tahap kesabarannya adalah amat2 tinggi dan beliau merupakan TPM yang terbaik sejak Msia merdeka. Tidak menimbulkan apa2 isu yang menjejaskan keharmonian negara, tidak spt Nuar KS dan Din Pagoh yang ternyata sarat dengan berbagai2 isu dan masaalah besar yang melibatkan kewangan dan juga peribadi.
Apatah lagi dengan pendidikan tingginya hingga ke tahap Phd, pasti merupakan satu bonus besar buat negara dan parti untuk terus membantu DSNR mentadbir negara dengan penuh profesional dan kredibiliti.
Sokongan ahli2 umno dari MT hinggalah ke akar umbi memang tak dapat dinafikan lagi. mereka pasti merasakan inilah calon PM yang paling layak untuk terus memacu negara menuju TN50 dengan jayanya.
DSZH walaupun dihina dan dilabelkan dgn pelbagai gelaran oleh PH, sedikit pun tidak berasa hati, malah dia mengganggap semua tu adalah lumrah dalam dunia poltik . Sudah pasti segala pengalaman yang telah ditimbanya semasa berkhidmat di bawah Nuar KS telah mematangkan beliau..dan kini dia telah berjaya keluar dari bayan2 Nuar , yang kini digelar banduan seumur hidup.
Sudah pasti beliau tidak akan lupa pengalaman pahit di ISAkan oleh Madey..tetapi sebagai politican yang berjiwa besar, tidak sedikit pun berdendam dengan Madey. malah beliau menganggap pengalaman pahit itu telah semakin mematangkan beliau dalam mengharungi badai politik yang datang bertali arus dari PH, khususnya dari Madey...yang ternyata mempunyai dendam dan ketak puasan hati peribadi terhadap beliau sejak zaman Nuar KS lagi.
Tak lari gunung dikejar..itulah falsafah dan pegangan yang menjadi prinsip hidupnya. Dia yakin dan faham bahawa rezeki adalah di tangan Allah s.w.t, jika sudah ditakdirkan dia bakal menggantikan DSNR sebgai presiden UMNO dan Pm Msia, tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang akan dapat menghalangnya, tetapi beliau masih merendah diri dan menyerahkan ahli2 umno unuk membuat keputusan yang sebijak2nya demi negara tercinta.
Jadi segala cakap2 nakal yang mengatakan beliau kini gundah gulana nampaknya hanyalah permainan kotor lagi jijik dari orang2 yang kecewa spt Budin...yang kini menyesal tak sudah kerana telah meninggalkan kapal UMNO, dek kecewa dengan hajatnya untuk meraih kepentingan peribadi dalam parti tidak tercapai. Kiranya Budin ni sama spesis dengan Din Pagoh, Boboi botak dan Madey Kutty...yang kini dalam fasa meroyan gila talak gamaknya.
DSZH ternyata orang yang kuat pegangan agamanya, yakin kepaad segala kemungkinan yang ditentukan oleh Allah s.w.t untuknya//sentiaas berpasrah dan berlapang dada, kerana dia yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang bakal berlaku..
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Pangkat dan harta tak boleh dibawa mati
Mungkin pantun di atas adalah rumusan yang terbaik untuk menggambarkan sapa DSZH yang sebenar2nya !
dari tulisan Dr Nazri Khan
DeleteMESEJ UNTUK UMNO : KURANGKAN SYARAHAN BERAPI DAN LIHATLAH FAKTA MELAYU
Salam hormat saya tujukan kepada UMNO, sebuah parti yang telah berkhidmat untuk bangsa dan negara selama 69 tahun lamanya sejak tahun 1946 dan sedang bersidang lima hari di PWTC.
Di sebalik senyum, gelak ketawa, pujian dan syarahan berapi-api perwakilan, saya berharap parti ini lihat keluh kesah ekonomi Melayu sekarang.
Kos sara hidup melonjak. Pertumbuhan gaji yang perlahan. Pengangguran naik. Nilai ringgit jatuh. Harga komoditi jatuh. Saiz hutang meningkat.
Jurang kaya-miskin bertambah. Pemilikan saham dan hartanah Melayu masih menyedihkan.
Beberapa data yang pilu dan sayu untuk renungan UMNO :
1. Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana antara 4 hingga 5 peratus setahun berbanding pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun dari tahun 1945 hingga 1998.
2. Duit ringgit sudah jatuh 25 peratus dalam masa setahun kepada USDMYR 4.25 berbanding purata USDMYR 2.5 dari tahun 1970 ke 1998. Jurang ekonomi kaya-miskin semakin melebar dengan 20% orang terkaya di Malaysia menguasai 90% daripada kekayaan negara.
3. Hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding RM90 billion pada tahun 1998 dan RM2 billion pada tahun 1970. Hutang terkini isi rumah Malaysia adalah 88% dari KDNK atau RM940 bilion, antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding hanya 16% atau RM70 bilion pada tahun 1998.
4. Walaupun kadar pengangguran masih terkawal, jumlah pengangguran meningkat 20 peratus dalam setahun. Jabatan Perangkaan anggar seramai 460,000 orang tidak mempunyai pekerjaan. Dari angka ini, 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tak ada kerja. 70% daripada semua graduan menganggur pada tahun 2010 adalah Melayu Bumiputera. Sekitar 10,000 belia yang diisytiharkan muflis pada tahun 2012 adalah orang Melayu.
5. Pendapatan purata isi rumah Melayu dan Bumiputera adalah sekitar RM4400 bermakna 30% lebih rendah berbanding purata pendapatan isi rumah Cina dan 15% lebih rendah dari purata isi rumah India dalam tempoh yang sama. 25% dari isi rumah Bumiputera mendapat di bawah kira-kira RM2,000 sebulan. Kebanyakan Melayu dan Bumiputra bekerja di sektor kerajaan dan hanya 8% Bumiputra menguasai jawatan pengurusan di sektor swasta.
6. Nilai Bursa Malaysia telah berganda sejak tahun 2008 dan 90% daripada semua perusahaan mikro Malaysia adalah syarikat milik Bumiputera, tetapi yang peliknya kurang 10% daripada syarikat-syarikat senarai besar di Malaysia di miliki Bumiputra.
7. Walaupun berjumlah 68% dari penduduk dan politik Malaysia dikuasai Melayu, Bumiputera hanya memiliki 25% daripada jumlah nilai hartanah di Malaysia dan 22% daripada jumlah ekuiti di Malaysia.
Saya terpanggil dengan rintihan ini kerana ekonomi Malaysia dan Melayu khususnya sedang menempuh satu keadaan yang sangat mencabar sekarang, menuntut perubahan aggresif dari parti ini.
Di harap parti UMNO memperjuangkan semua bangsa Melayu dan bukan hanya 10% Melayu terkaya di Malaysia.
Dr Nazri Khan
Fellow
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Jawap kt Dewan Melayu ni tgk? Semua sini nk tgk juga tahap mental GN.
Orang yang lapor pada ko tu bukan orang kuat bahagian tapi orang kuat menipu macam ko
DeletePuak ko mmg kuat menipu memusing mengadakan cite meraban
Kena lah penipu dgn penipu
Perpecahan orang Melayu dalam Umno bawah Najib adalah terburuk setakat ini. Sesama sendiri pun tidak sebulu dan masing2 bagai enau dalam belukar. Jika diteruskan dengan pemilihan parti bagi jawatan peringkat tertinggi, parti Umno akan hancur. Bawah kepimpinan Najib yang buruk, walaupun sudah bertahun2 tiada pemilihan dalam Umno, Pahlawan Bugis ini tidak akan mampu menerima cabaran jika diminta bertanding. Itulah style politik Najib yang sejak muda hanya disuapkan atas sebab belas ehsan, terutamanya daripada ayahanda Tun M. Jalan politik Najib yang mudah disediakan akhirnya bagai melepaskan anjing tersepit. Kini, Najib tak mampu nak menyatukan umat Melayu Islam sebagaimana mentornya. Langkah politiknya untuk popular jadi lebih sumbang bila ada badut seperti GN yang seperti memperolok-olokkan dirinya. Dengan gaya bahasa yang terlampau berlebihan berbanding usaha yang dilakukan Najib, badut yang ada menyebabkan Najib jadi bahan ketawa semata-mata.
DeletePerpecahan orang Melayu dalam cap Munge bawah Mamak Matdey Helo Kity adalah terburuk setakat ini. Tak sampai setahun dah ramai ahli caklibut dan menjadi sampah. Sesama sendiri pun tidak sebulu dan masing2 bagai enau dalam belukar. Jika diteruskan begini yang hanya pentingkan kroni maka parti cap Munge akan hancur sebelum menjelang PRU.
DeleteBukan hendak menidakkan kata2 Dr Nazir Khan tersebut...saya pun ada membaca laporan terkini pendapatan isi rumah rakyat Msia yang dikeluarkan oleh EPU. Ternampak macam ada sedikit kelainan dari apa yang dituliskan oleh Dr.
DeleteSaya tak pasti sapa yang lebih tepat laporannya, tapi saya lebih memilih apa yang dikeluarkan oleh EPU, yang pastinya berdasarkan kepada kajian dan soal selidik di peringkat akar umbi. Memang tidak kita nafikan ada beberapa kelemahan urustadbir kerajaan di sana sini, tapi itu tidak bermakna kerajaan telah gagal membela nasib rakyat secara keseluruhannya. Kita kena ambil kira berbagai2 faktor sampingan lain, yang kadang2nya di luar kawalan kerajaan. Apa yang pasti, kerajaan telah mengambil kira semua faktor2 sampingan yang pastinya akan diminimakan melalui pelbagai insentif2 yang telah disediakan dalam bajet 2018, ibu segala bajet tu.
Seperti yang kita sedia maklum, takde satu pun golongan rakyat yang dipinggirkan dalam bajet tersebut, semuanya mendapat bahagian yang adil dan saksama, tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik. Ini berbeza denagan apa yang berlaku di Penang dan Selangor, di mana warga yang tidak menjadi ahli parti kerajaan negeri yang memerintah, telah didiskriminasikan dan dinafikan segala bentuk bantuan yang sewajarnya. Ini amat berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh kerjaan persekutuan...tiada langsung diskriminasi kepada semua selagi bergelar rakyat Msia.
Kerajaan di bawah DSNR, sentiasa perihatin dan menyelami denyut nadi rakyat dan sentias berusaha semaksima mungkin untuk meningkatkan taraf hidup mereka, melalui berbagai2 bentuk bantuan dan insentif, khususnya melalui projek Tekun, bantuan usahawan kecil Mara, pinjaman dan kredit secara fleksibel melalui Bank Pertanian dan pelbagai agensi kewangan yang sentiasa sedia memberi pinjaman berkadar paling minima dan pembayaran balik mengikut kemampuan dan tiada had j/masa.
Kini, terpulanglah kepada kaum Melayu untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan...takkan nak salahkan kerajaan pula jika kita sendiri bersikap acuh tak acuh serta lebih selesa berpeluk tubuh dan menanti untuk disuapkann ke mulut saja.
Zaman sentiaas mengharapkan tongkat dari kerajaan dah berlalu..kini zaman untuk bangkit berusaha dengan gigih bagi merebut peluang terbuka luas yang disediakan oleh kerajaan. Sampai bila kita hanya melihat saja kemakmuaran negara ini dikaut oleh kaum lain, tanpa ada iltizam untuk merampas kemabli hak2 kita sebaagi bumiputera. Orang2 Indon, Bngla dan Pakistan yang merempat di Msia pun dah ada yang menjadi jutawan dengan membuka pelbagai jenis perniagaan...tapi kita masih selesa dengan budaya membeli saja.
PAU banyak membincang dan membahaskan isu2 ekonomi orang2 melayu, tapi takde gunanya jika bersikap pasif terhadap cadangan2 bernas yang dilontarkan oleh para perwakilan...masih gemar meremeh2kan keputusan penting yang telah diluluskan untuk meningkatkan tarf hidup orang melayu...mentaliti melayu terutama cai2 yang sentiaas menganggap apa yang diperkatakan oleh Madey, Pizi dan pimpin2 PH yang lain tu lah yang paling betul dan releven..kononnya, dan yang diputuskan oleh kerajaan salah semata2.
Samapi bila pun, melayu takkan keluar dari kepompong kemiskinan dan majoritinya menghuni taraf pendapatan B40. Tepuk dada, tanyalah iman masing2 !
Zaman tongkat dah berlalu ..
DeleteZaman tongkat dah berlalu..
Tapi tongkat kuasa politik emak ayah .. abang adik .. masih di teruskan .. Tongkat dedak menjadi-jadi ..
Kenaikan harga barang adalah kehendak Allah... Itu inti pati perbahasan PAU mengenai Ekonomi..
Geng najib ni tetap nak pilih berita yg memomokkan pendapatan isirumah rakyat.tak payah kajian pun kau tgok jer adik bradik kau sendiri dh boleh tahu tahap isirumah malaysia
DeleteAikkk, demo apa kt kuantan tu? Kilang tutup lagik?? pahang? tmpat asal wali melayu anugerah Allah.
ReplyDeleteApa ni apa pembekal rezeki butir beras Umno buat ni? Nk bis8ng lebih , takut Kunang Brahmin saman jt akhirat.
Melayu ni hidup di alam nyata, atau alam maya?
Adakah anda memerlukan perniagaan atau pinjaman peribadi yang layak dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Kredit buruk atau Kredit yang baik, tidak ada perbezaan dengan kami. 3% permohonan diluluskan dalam 72 Jam. Untuk memohon, berhubung dengan kami
ReplyDeletemelalui e-mail:
idaghehernadez@gmail.com
Whatsapp +13176681073
Encik Lonnie Hernadez
Iklan Idaghe Hernadez ini sesuai untuk dimenafaatkan oleh orang2 spt Zack kaki borong, RATK Otak kering dan cai2 PH yang sewaktu dengannya. Kau orang selalu sangat melalak tentang ekonomi yang kau kata teruk sangat tu..apa lagi, inilah peluang terbaik untuk dapat duit cara mudah...jangan tak contact ye badigol semua! Jangan lepaskan peluang hebat ni...
DeleteGN, ko bgtau Jubbo offer iklan tu, dia nk kna bayar Ipic 31/12 ni. Lahanat Jubbo pelingkop ekonomi, hutang buat joli.
DeleteKasihan GN dah berputus asa dalam mempertahankan pencuri. Semakin ramai yang sedar Najib sudah gagal memimpin Malaysia. Dan SKMM pula dah mula cadang minta bloggers mendaftar. Adakah satu cara Kerajaan nak kawal internet? Arwah Ronald Reagen pasti ketawa terbahak2 di dalam kuburnya. Dengan Malaysia membayar duit cukai rakyatnya sendiri untuk mengupah cybertroop - belum ada lagi rakyat yang waras akan mempercayai 'mereka'. Apa pun pujian dan seruan 'mereka' kepada Najib tidak dapat menutup mulut - tokoh pemimpin, pegawai kerajaan, pemilik gerai, pelukis, penyanyi, pelakon, petani, nelayan, peniaga, majikan, pekerja industri...pendek kata - RAKYAT. Nampak gaya Najib sendiri melihat GN, Mr J, Kejora dan Biro IT Umno keseluruhannya yang diketuai Ahmad Maslan - GAGAL. Sebab itu, Najib mula mencari jalan menggunakan kuasa untuk menutup mulut RAKYAT? Apa pendapat tuan?
DeleteSudah berbuih mulut inimenegaskan bahawa saya hanyalah rakyat biasa , sama spt Tn Hj Rostam..non partisan..jauh sekali berhajat untuk membela DSNR.
DeleteSaya hanya ingin melihat goverment of the day diberikan peluang seluas2nya untuk melakukan apa yang terbaik untuk negara dan rakyat marhaein. Kita perlu akur bahawa kitalah yang telah memilih kerajaan sedia ada melaui p/raya yang sah dan adil, jadi sewajarnyalah kita memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pentadbiran mereka.
Cuba difikir dengan akal yang waras dan rasional, mana ada kerajaan di dunia ini yang hendak menyusahkan dan membebankan rakyat..rasanya Korea Utara tu pun takkan melakukan sedemikian rupa kepada rakyat mereka..betul tak?
Jangan anggap mereka yang condong kepada kerajaan sebagai cybertrooper, cai dll gelaran..rasanya tak betul sama sekali. Tuduhan2 tu hanya menyerlahkan kedangkalan pemikiran yang tak boleh menerima haakikat bahawa bukannya semua di blog ini adalah penyokong PH. Lawak betul, jika masih ada yang berfikiran sedemikian dalam era serba canggih ini..betullah ada pendapat penganalisa politik negara merumuskan , jika penyokong2 PH tidak mentransformasikan pemikiran mereka, sampai bila2 pun PH takkan berjaya menawan Putrajaya, selagi ada penyokong2 totok dan dungu, yang menyokong secara mengkhinzir buta...akal ada, tapi letaknya dilutut dan di bontot aje!
A9,Powebank pasir,SPAM ..semua bawah Jasa PMO. Awal tu beribu dikerah, skrg ramai dah cabut lari. Ko pun tau GN.
DeleteTak byk negara selain Kirea Utara dan China yg guna wang Rakyat uyk bayar CaiTrompah utk kekang diskusi Rakyat.
Ko tahu, sebab tu ko GN terpaksa dtg kunjung tuang TAEK kt sini.
Ehhh, ko tak rasa busuk langsong ekkk?
Iklan tersebut membuktikan betapa teruk nya nasib bangsa melayu. Ia nya mensasarkan orang melayu yang ingin dan yang rugi dalam perniagaan ..
DeleteMARA yang sepatutnya membantu orang melayu untuk berniaga telah rugi kerana beli bangunan dan walaupun PAU dah berlalu, siasatan masih belum selesai.
Siapa kata Korea Utara tidak menyusahkan rakyat nya ?
Walaupun begitu Korea Utara mampu buat bom nuklear ..
Malaysia rakyat nya susah tapi hanya dipaksa bayar hutang yang berbillion-billion.. silap-silap Korea Utara pun hutang tak se teruk Malaysia..
Menyokong Najib adalah menyokong penyamun.
ReplyDeleteA9,Powebank pasir,SPAM ..semua bawah Jasa PMO. Awal tu beribu Slow Learners dikerah, skrg ramai dah cabut lari. GN, Kojjol, J semua tau. Menteri2 tau.
DeleteTak byk negara selain Korea Utara dan China yg guna wang Rakyat uyk bayar CaiTrompah utk kekang diskusi Rakyat.
Ko tahu, sebab tu ko GN terpaksa dtg kunjung tuang TAEK kt sini.
Ehhh, ko tak rasa busuk langsong ekkk?
MEREKA SEMBAH KIM JONG JIB.
Nangis,Tawa,malah Rezeki anda bawah kawalan Wali Allah King Jubbo Klepeto Razako II
Memberi peluang kepada UMNO yang sudah nya hingga ke hari ini rakyat hidup mengeluh ..
RM 160 Billion kerugian Forex ... mana rakyat tak jadi macam ini..
Sudah. Jangan lagi beri peluang pada UMNO jika tidak kerugian Forex jadi berganda..
Semasa Zaman Tun Mahathir pengetahuan dan maklumat tentang Forex agak terhad tapi dizaman Najib hampir semua Bank main Forex.. Kenapa Bank tak rugi ?
APA KATA GN :
ReplyDeleteSaya hanya ingin melihat goverment of the day diberikan peluang seluas2nya untuk melakukan apa yang terbaik untuk negara dan rakyat marhaein. Kita perlu akur bahawa kitalah yang telah memilih kerajaan sedia ada melaui p/raya yang sah dan adil, jadi sewajarnyalah kita memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pentadbiran mereka.
KOMEN SAYA :
Rakyat memilih BN pada PRU-13, bukan bermakna
kena sokong apa yang BN buat dalam tempoh 5 tahun yang lalu.
Rakyat memberi BN mandat untuk mensejahterakan rakyat.Kalau dah sebaliknya berlaku, buat apa nak sokong lagi.
Kita membeli motokar, kita perbaiki apa yang rosak. kalau dah rosaknya menjadi-jadi,
sampai kosong poket,apa salahnya kita jual dan beli kereta lain.
tak gitu GN?? ha...ha...
Aamin
DeleteNasib Tsmy bakal menanti untuk Zahid. Hisham naik, zahid turun. Konpirm dol !
ReplyDeleteKapal UMNO sudah hendak karam tidak lama lagi.
ReplyDeleteYang tinggal cuma penyamun, perompak, penyanggak dan lanun. Yang masih siuman sedang berenang ketepian pantai ingin bersama rakyat yang sedang berpakat menyediakan kapal baru untuk menuju kearah kejayaan dan keselamatan. Selamat tinggal UMNO semoga kalian dan pemimpin kamu ditenggelamkan kedasar laut seperti Firaun hendaknya.