PRU 14 ini perhitungan utamanya adalah untuk menyingkirkan Najib Razak yang bukan saja terpalit dengan skandal 1MDB, wang RM2,600 juta, berkawan baik dengan Jho Low dan gaya kepimpinan kleptokrasi, malah juga kerana berterusan mendatangkan sengsara kepada kehidupan rakyat.
Lantaran itu, tidak menghairankan suara penolakan terhadap Najib boleh didengar di mana-mana sekarang ini.
Hampir tidak ada kelompok atau segmen masyarakat yang tidak membenci anak Tun Razak itu. Mengata dan melecehkan Najib sudah menjadi perbualan biasa di kedai kopi, surau, masjid, pejabat, pasaraya, kenduri-kendara, grup whatsapp dan di mana-mana saja.
Begitu juga, tidak menghairankan lagi melihat orang menutup atau mengalih siaran televisyen apabila tiba-tiba Najib muncul atau suaranya terpacul memecah keheningan.
Pemimpin-pemimpin UMNO pun, jika berbual dengan rakan-rakan rapat mereka, turut tidak terlepas menyalahkan Najib terhadap semua yang berlaku sehingga makin menyukarkan ia mengekalkan kuasanya.
Cuma, disebabkan terikat dengan jawatan, mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubah keadaan.
Seorang rakan memberitahu, isterinya kadang-kadang membebel mengenai Najib, tidak saja di meja makan, tetapi juga sampai ke bilik tidur. Esoknya, kata beliau, sebelum ke pasar, sekali lagi isterinya bersungut mengenai Najib.
Ini menunjukkan penolakan, kebencian dan sentimen anti Najib adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ketika era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi, memang sentimen kebencian diakui wujud, tetapi ia tidaklah separah sekarang ini.
Jika dihitung secara umum, mereka yang masih menyokong Najib tidak sampai pun 30 peratus. Itu pun sebahagiannya disebabkan kepercayaan bahawa tidak menyokong Najib sama seperti mahu "membunuh" UMNO.
Ikut hukum akal, UMNO dan BN, selagi terus diketuai Najib, hanya menunggu masa saja lagi untuk dicabut nyawanya daripada terus berkuasa. Ia ibarat pesakit nazak yang tidak mampu diubati lagi.
Satu-satunya, talian hayat UMNO untuk terus kekal berkuasa ialah melalui pertolongan Pas. Parti Islam yang yang pernah mengkafirkan UMNO itu kini sedang disintuk-limau dan dibelai oleh Najib dengan pelbagai janji, berjalan-jalan ke luar negara atas nama Akta 355 dan dengan khabarnya juga melalui "habuan ehem, ehem" agar kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru.
Kata pepatah lama, tiada angin takkan pokok bergoyang. Pepatah lain pula menyebut, kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah.
Sebab itu, menjadi kehairanan seluruh dunia mengapa Pas masih tidak menyaman Sarawak Report, manakala meskipun dicabar secara terbuka oleh Husam Musa agar segera menyeretnya ke mahkamah, Pas masih berdalih-dalih untuk mengambil tindakan saman.
Pas sendiri melalui kenyataan Hadi Awang dua hari lalu, semakin jelas warna perjuangan dan laluan yang bakal dilaluinya. Bersatu dan PKR tidak perlu membuang masa dan terhegeh-hegeh lagi memujuk rayu Pas untuk bekerjasama. Terus mengharapkan Pas hanya akan membuatkan parti itu mengada-ngada dan tergedik-gedik cuba menarik perhatian.
Pakatan Harapan dan Bersatu harus sedar bahawa sentimen anti Najib sekarang ini sedang mencapai kemuncaknya. Najib, UMNO dan BN tiada lagi kekuatan sendiri untuk menarik keyakinan rakyat. Selain bergantung nyawa kepada Pas, Najib mungkin terus berusaha untuk mengubah persepsi rakyat dengan cara mengungkit-ungkit cerita lama berkaitan Tun Mahathir.
Tetapi, lihat saja bagaimana isu BMF dan forex yang cuba dihidupkan semula, telah gagal hanya dalam waktu yang singkat untuk melemahkan kekuatan pembangkang. Mungkin beberapa isu lagi akan dibangkitkan selepas ini, tetapi sebagaimana BMF dan forex menemui kegagalan, ia juga akan gagal kerana Najib dengan segala bebannya adalah bala paling besar yang tidak mungkin mampu mengubah apa-apa kepada rakyat dan negara.
Sentimen anti Najib pada hakikatnya sudah cukup kuat untuk menolak Najib dan menumbangkan UMNO serta BN. Ketika ini juga, rakyat tidak lagi melihat Pas sebagai parti Islam berikutan tingkah lakunya yang tidak segan-segan berbaik dengan dilihat orang yang dilihat jahat di seluruh pelusuk dunia.
Dalam mana-mana masyarakat pun, jika imam masjid berkawan baik dan selalu minum-minum dengan seseorang yang disyaki pencuri, ia tentu akan menjadi bualan dan sebagaimana pencuri itu sedia dijauhi, imam tersebut juga semakin kurang didekati oleh sesiapa.
Dalam hal ini, biarkan saja Pas terus dengan cengkeramanya bersama Najib dan UMNO. Pakatan Harapan dan Bersatu perlu yakin dengan kebijaksaaan rakyat dalam membuat pilihan, sambil terus berusaha memberi penerangan semaksimum mungkin ke merata-rata ceruk kampung dan desa di seluruh negara.
Lagi pun, dengan Bersatu, PKR dan Amanah yang majoritinya adalah Melayu, ditambah dengan DAP juga semakin diterima oleh orang-orang Melayu, gabungan itu sudah memadai untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri.
Sentimen anti Najib yang dijangka berterusan, bukan saja akhirnya akan membenam UMNO dan BN, malah yakinlah, ia juga akan menenggelamkan Pas sekali bersama dengannya.
Sebagaimana yang disebut di awal lagi, PRU 14 bukan berkaitan hal-hal lain, termasuk Akta 355 sekali pun, tetapi khusus tentang keinginan menyelamatkan negara dan menolak Najib yang bersamanya ada beban 1MDB, Jho Low, wang RM2,600 juta, ciri-ciri kleptokrasi dan kepimpinan yang berterusan membeban serta menyusahkan.
Jika sejak bertahun-tahun sudah membenci dan terasa disusah serta disengsarakan, apakah rakyat yang bijaksaana mahu dijadikan mangsa lagi dengan kesengsaraan yang lebih parah melalui terus kekalnya Najib berkuasa? (SH 14/02/2017).
Betul. PAS tak perlu.
ReplyDeleteHidup lebih aman dan makmur tanpa PAS.
Betul ke?.Kalau macam tu tak usah lah memujuk-mujuk Pas lagi.Saya pun nak tengok ahli PKR dan PPBM pasang poster dan berdenra mereka sendiri nanti,tanpa pertolongan sukarelawan PAS.
DeleteYe la, nnt sukarelawan pas nak tolong pasang bendera umno pulak..
DeletePengundi sudah buka mata. Bukan banyaknya bendera parti menjadi ukuran. Orang kampung dan orang felda sudah bercakap pasal penipuan 1mdb dan pasal duit 4.3b. Terima kasih TS Shahril membuka cerita kpd orang felda yg tak tahu cerita. Semua sudah tahu mereka kena tipu.
DeleteAnon 11:25
DeleteSombongnya cakap!!! Kau ingat tanpa sukarelawan PAS, poster dan bendera PKR, Amanah, DAP dan PPBM tak akan dipasang???
Aku yang dah tua ni dan bukan ahli mana-mana parti tersebut berjanji akan bertungkus lumus untuk menaikkan bendera parti pembangkang demi kesejahteraan anak cucu kita semua. Tak payah kau risau.
1125 masih lalok ketum.
DeleteSukarelawan UmNu dah tinggal bawah 2.6%. Sukasanggupan PAs dah tinggal 0.09%.
Zam kata.
DeletePegi mampus Umno.
Aku kata.
Pegi mampus Pas.
Aku tambah.
Pegi mampus Hadi.
Lagi cepat lagi baik.
Sebetul nya, ke dua2 PAS dan UMNO tak guna.
DeleteBiar PAS main guli aje, UMNO main congkak.
PPBM dan barisan Pembangkang sekarang merintah.
Tindakan pertama (tak payah pakai Executive Order ala Donald Duck Trump) ia lah buang AG Pandi serta merta, lantik AG baru, dakwa si bijan ke mahkamah pasal 1MDB.
AG pandi diiring keluar dari pejabtnya oleh KSU krn uzur. Beliau meletak jawatan krn uzur.. Urusan Malaysia.. Tarikh akan dtg..kikiki
DeleteDah lama dah aku cakap bab PAS dalam blog ni. Pelik betul nape Bersatu dok sibuk terhegeh2 lagi nak jalinkan kerjasama.
DeleteBiarkan je la PAS amik kelantan. Memang susah nak ubah mentaliti org kelantan yg jumud sebabnya hanya satu...ASSABIYAH mereka ni kuat sgt.
Buktinya kalau jumpa sesama negeri mereka..kawan kat sebelah pun boleh lupa dah. Rasanya bab ni semua org kat semenanjung ni semua dah tau & sedia maklum.
Islam bukan terletak pada betapa panjangnya serban @ betapa labuhnya jubah, fikir2kan..
Mek kelate comel lote tak gitu Abg we.. Skmk..sampai Kelantan musti kawin.. Yahoo..comel weh putih gebu..
Deletelabu-labi....
DeletePAS nak ambik kelantan??? jangan harap laaa...menang PRU lepas pun disebabkan ketokohan TGNA....sekarang TGNA dah takde...
Aku salah seorang pegundi di parlimen Kota Bharu takkan berikan undi kpd PAS lagi...
Macam2 isu terpalit dengan kerajaan PAS sekarang...isu balak...isu orang asli...dan macam2 lagi...kebanyakan anak muda yg bekerja di luar kelantan, terutamanya di Lembah Kelang...bila balik mengundi, majoritinya takkan undi PAS...
Anon 11.25...PAS masih ada sukarelawan ke??? aku tak rasa PAS masih ada sukarelawan....kalau ada pun yang walaun dengan tuang presideng...termasuk kau....itu pun dah tinggal 0.09% seperti anon 12.11 bagitau...
Klu mike kata gitu, mudah2an Allah taala makbul kan doa mike.. Teman tak boleh komen apa2 krn teman ngundi di silver state.. Mike org Kelantan lebih tahu. Demi Allah Pru 13 dulu, teman pun pangkah pas krn faktor TGNA.
DeleteDulu hudud sekarang ruu355.
DeleteSelain bab agama, memang Pas takde modal lain ke?
Meniaga agama zaman manusia ramai jahil mcm sekarang ni memang masyuk, jual badal haji, jual kismis 30 juzuk, jual ayam patuh syariah, jual air jampi & mcm2 lagi lebai2 Pas ni jual.
Betul ke kalau tak undi Pas tak boleh masuk Syurga?
Saje nak tanye, sebab nak tau lebai Pas yg mane satu jaga checklist depan pintu syurga tu...
Good bye Umno & Pas Pis Pus
DeleteApakah mufti doktor falsafah ini tak rasa apa-apa dengan penghinaan terhadap hukum Allah begitu? Kenapa tak komen denda RM25 untuk tarian tiang? Kenapa membisu dan tak melakukan apa-apa untuk melaksanakan hukum Allah? Apabila ada pihak yang sudah berdekad-dekad berjuang untuk mengangkat hokum Allah, tiba-tiba dikomen, dipertikai dan diperli.
DeleteAdakah Asri, Rozaimi, golongan wahabi dan liberal di satu pihak? Manakala mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Idrus bersama dengan barisan ulama yang menyokong RUU355 berada di suatu pihak yang lain? Kalau benar RUU355 itu bukan undang-undang tuhan, adakah Dr. Zulkifli al-Bakri, mufti Wilayah Persekutuan itu menyokong sesuatu yang tidak betul? Apakah ‘Doktor’ yang Zulkifli perolehi jenis cap ayam manakala ‘Doktor’ yang Asri perolehi jenis cap musang berbulu ayam?
Mala fide Asri tak habis di situ. Menurutnya, “wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.” Kepentingan politik apanya jika PAS selalu kalah pilihanraya kerana memperjuangkan hudud. PAS disumpah-seranah oleh pengundi kerana hududlah. PAS ditendang oleh DAP bukankah kerana hudud?
Asri kata lagi bahawa dia bimbang pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan. Doktor falsafah apa bercakap macam pencacai DAP. Habis tak payah laksanakanlah Islam sebab negara lain gagal kerana laksana Islam? Hujah taraf apakah ini, Asri?
Mala fidenya lagi, “Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan. Bimbang yang amat prejudis sifatnya. Bagi Asri, RUU355 hanya bertujuan untuk denda ikan bilis, ikan jerung dilepaskan.” Jahat betul si Asri ni. RUU355 secara tidak langsung telah mendedahkan kebusukan yang tak patut datang dari bau tubuh seorang bertaraf mufti.
Jgn lupa.. SPR dan seluruh jabatan2 kerajaan masih ada. Jgn menaruh harapan tinggi utk menang PRU14.
DeleteBiar basah spenda korang anak beranak turun berkempen pun, UMNO sudah pasti mengatur PRU14 dan seterusnya supaya mereka tidak akan kalah punya.
Gila la kalo dibiarkan kalah. Segala harta akan diambil kembali dipulangkan kpd rakyat, fail SPRM akan dibuka, dan yg jelas..hampir 99% menteri dan timbalan juga pengarah2 akan masuk jel.
Hihi.. jgn mengharap harapan anda akan berlaku.
Basah spenda pun basah la, janji lawan tetap lawan!
DeleteAnon 15:56.
DeleteJangan lupa Allah maha berkuasa.
Apa pun berlaku ketentuanNya jua.
Bagi teman....sape yg menyokong dan bersubahat dgn kebatilan dan kemungkaran, pecah amanah, penyelwengan, penipuan......semua akan tetap jatuh.
Delete15:56,
Delete"SPR dan seluruh jabatan2 kerajaan masih ada." Jadi, sebab itu Najib boleh menang Pru14?
Kamu mengatakan SPR dan jabatan2 Kerajaan bersubahat bagi menentukan Najib menang? Jaga2, nanti kamu di sula dek depa menuduh begitu, kamu menambah kpd apa yang puak Pembangakang, termasuk NGO spt Bersih, dah kata demikian lama.
Tapi bagus ko kata "kalo dibiarkan kalah. Segala harta akan diambil kembali dipulangkan kpd rakyat, fail SPRM akan dibuka, dan yg jelas..hampir 99% menteri dan timbalan juga pengarah2 akan masuk jel."
99% ye? Besau jumlah tuh. Kalau lah ko kasi bukti, alang kah bagus. Boleh simpan dlm fail, lingkup aje Najib di Pru 14, buang AG Pandi serta merta, kasi fail ke SPRM, heret depa semua.
Ko ada terkait ke tak? Aku harap tak.
Anon15:56,,,,
DeleteManusia hanya boleh merancang, Allah tentukan.
Bila manusia itu sudah dilaknak Allah, manusia itu bertindak diluar batas kewarasan fikiran. Semua nya jadi kacau. Lihatlah disekeliling kita sekarang apa yg berlaku.
Jika diikutkan harapan kita, bukan saya menidakkan harapan tuan2 yg sangat besar. Apatah lagi mendahului takdir Allah. Masakan mencari 4 saksi sbg bukti SPR berbuat kerja utk BN.
DeleteJika tuan2 amati, berapa banyak doa tuan2 dimakbul tuhan? Jika 100%, Alhamdulillah tuan2 teruskanlah berangan nak menang dan lawan. Kita ni hidup dlm Dunia Ketiga. Saya rasa penolakan terhadap BN mmg secara total sejak akhir2 ini.
Jika tuan2 amati permainan pegawai2 atasan jabatan2 kerajaan dan yg rapat dgn raja-sultan juga parti pemerintah, tuan akan faham jua peluang nak menang PRU seterusnya.
Tidak salah tuan2 nak bermimpi masuk syurga, mimpilah. Nak bermimpi menjilat matahari, mimpilah. Nak mimpi kawin dgn Karisma Kapoor, mimpilah. Apatah lagi nak mamai dgn menang PRU, mengigaulah sampai basah spenda pun.
Tapi ingatan saya, tak semua doa tuan2 akan dimakbul tuhan. Jika sumer doa dimakbul, sudah tentu kacau bilau dunia ni. Tuhan mmg Maha Mengetahui mengatur doa mana yg didahulukan dan dikemudiankan. Akan tetapi, doa menang PRU ni, saya mmg betul2 skeptic, sbb usaha rakyat hanya hangat2 taik ayam serta gegak gempita dalam blog saja. Datang hari mengundi, tuan2 boleh tunggu dan lihat di luar pusat2 pengiraan undi, penyokong BN masih ramai walaupun hidup mereka tertekan dgn segala bebanan keadaan hidup, namun ngundi utk selain BN, sama sekali tidak. Saya lihat golongan muda masih ramai x peduli politik pun. Apatah lagi wanita. Walaupun undi popular dimenangi pembangkang, saya masih tak nampak jalan PRU14 akan bertukar pemerintahan.
Jika Haji Hadi pun boleh makan dedak, apalagilah tuan2 dan saya yang mudah tumbang dgn dedak seringget dua.
Cash is Konk dah gadaikan pertiwi dan cucu cicit
ReplyDeleteLobai Kingcin dah lelong agama dan akidah.
MusnahMalaysia, tumbuh Nanyang
DeleteTukang pasang bemdera ppbm Misti bangla punya org, pay by the king of cash.
Encik, skrg zaman IT, Tak payah nk pacak bendela pun org boleh kempen.. Ke menang bendela tp kalah kerusi... Sulah mati pun mau pegang bendela.. Hidup susah, haiya mati pun susah.. Citer p ramlee DA..!!!
DeleteBeradab sungguh kau ni Labu, panggil dia Encik lah, sopan santun lah.
DeletePangge dia Mamat aje dah cukup le.
Aku sokong apa kau cakap. Tapi, bagi depa, mati tentu senang, tak susah. hehe
He he.. Teman kena jaga title teman datuk seri tu.. Jgn le pjbt pakai tuala dgn Tak Mandi..malu weh..pjbt gomen pulak tu..!!!
DeleteBro labu, mike ni selalu tak up to date le.
DeleteIni hari Jamal bawa keranda betul plak, siap ada lapik tulisan AlQuran ibarat ada jenazah gitu.
Sewel dah dia ni.
Beza tau bro title datuk seri yg teman bg pada diri teman sendiri..free je..dgn title beli.. Beza tu weh..
DeleteAku takut dia usung tong drum simen dan C4 jer...tanda amaran terakhir boss dia kepada rakyat
DeleteHe he..kena undi bijan jgk.. Jgn x undi.. Jamal oh Jamal..
DeleteKikikiki... nnpk ssgt sentimen PAS jadi Pakatan Putuih Harapan terdesak dan gelabah... PAS bukan baru dlm arena politik.. PAS sedia maklum sejarah mereka dulu dan mereka juga perlu perubahan... perubahan berbaik dng UMNO jadika semua barua barua penjajah yang BERSATU dengan pluralist murtad..syiah..DAP evanglista..lgbt dan gay.. kelam kabut..serabut cemas tak menentu setiap masa.. agrnda kafir mengkafir dll dah dimuktamadkan dlm perhimpunan PAS yg lalu tiada isu kafir mengkafir lagi selepas ini.... so what's the problem past is past lookinh forward. .. cabaran kaum kafir sentiasa ada tetapi cabaran aliran pluralisma murtad... liberalism. .lgbt..gay dlm dunia islam lagi mencabar... yg jadi musuh bukan orang bukan islam tetapi musuh tersembunyi dari kalangan orantalis barat yg memperalat dan.mempergunakan umat islam yg dah terpesong akidah mereka jadi ancaman islam itu sendiri... ancaman syiah dan pluralisma murtad liberalism lagi dasyat.... mereka umpama musuh dlm selimut yg menghancurkan islam dari dalam... topeng mereka hak kebebasan dan demokrasi... kenapa nekas mufti perlih ink tidak sama sekali menyebut ancaman pluralisma murtad ini...? Krnapa sibuk ssgt dengan.potong sana potong sini..? Apakah bekas.mufti ini bersetuju dan sokong aliran pluralisma dan liberalisma ini..? Bagaimana dengan penceramah lain yg hebat spy Kazim Alias..Mek Dee dlm hukum pliralisma dlm Islam...? Kesemua.mereka nnpknya "playsafe".... RUU 335 perlu dikuat kan lagi disebabkan ancaman baru ini pluralisma murtad dan liberalism. .... paling bangsat bila kaum cina fan melayu semborona menafsir ayat2 alquran mengikut cita rasa dan hawa nafsu mereka sendiri...
ReplyDeleteElok sangat lah RUU 335 diluluskan. Senjata akan makan tuan. Pencuri 1mdb dan penerima duit curi kita potong tangan....he....he....nasibkau lah labu 'otak kurang cerdik'. Duduk dari darjat yg tinggi turun keperingkat dicaci dan dihina oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
DeleteMana ada lagi kehormatan diri jika menjadi bahan sumpah seranah penduduk Malaysia?.
Hadi awe nu penyokong kuat syiah.
DeleteAnon 1231..ehem2..bila pulok teman yg songlap 2.6 billion.. Teman 2 henget 6 kupang ada le di bg Bini teman utk gi minum dan borak kt Kedai siah janda lawa tu..
DeletePasal PAS dah lama lah elok letak dalam muzium atau kafankan je...hidup susah mati pun susah..
DeleteLita perlukan pemikiran baru ..kalau boleh yang tak pakai serban...kalau pakai serban besar bakul pun asyik menipu je..satu sen tak guna..
DeleteSaudaraku Labu labi.....
DeleteAna minta maaf tersalah sebut 'Labu' kerana teringat cerita P Ramli. Perkataan 'Nasibkau lah labu' itu terlalu sinonin bila kita menyindir seseorang.
Ana tidak berniat tuju kpd saudara labu ini....
Ana tuju kpd 'Labu penyamun' dan 'Labu pembohong'.
Harap ante maafkan ana.....he...he..
It is true. The rakyat fo not need PAS and or Umno any longer. Let us shape our own destination from now. Allah, tolonglah rakyat marhaen menentang kemu gkaran najib dan kemunafiqan hadi awang
ReplyDeleteAaminnn.
DeleteJENAMA KERETA PROTON MALAYSIA SETELAH DIAMBIL ALIH SYARIKAT CINA
ReplyDelete1. PLOTON ISWALA
2. PLOTON WILA
3. PLOTON PLEVE
4. PLOTON ILIS
5. PLOTON PELANA
6. PLOTON SATLIA
7. PLOTON EZOLA
������
8.PLOTON MAMPOILA
Delete9. ploton Losmah
Delete10. Ploton Lajib
Dalam filem "Tiga Abdul" P.Ramlee guna
Deletenama Patalon untuk watak Salleh Kamil.
Apakata pakai saja PATALON SAKA.
Kah... kah... kah...
Sentimen anti-Najib akan lebih kuat jika Proton tukar nama kpd
DeletePOTONG KIPALA
Kipala yang tuh. Kalau tak, pakai nama
KULOP LAH
Olang Perak nama Kulop pun akan melalut, tambah marah kpd yang suka melutut kpd yang kulop.
TUKAR NAMA
DeleteNAMA BALU - POTONG KIPALA
KIPALA YANG TUH
Sdr Shahbudin,
DeleteKomen saya 14.40 nak di tukar tak boleh, matikan laptop pun tak hilang, terpaksa di terbitkan juga. Tak macam di blog lain.
Jika itu di sebabkan sistem yang sdr gunakan, mohon pinda supaya komen yang salah boleh di padam, sekurang2 nya lenyap bila laptop di switched off.
Melainkan jika ejen-ejen Najib melekap ke laptop saya sebab selalu kritik dia kot.
bawak2 la bersyukur apa yg ada..terusknlah bermimpi nk jatuhkn BN.teruskn sampai kau bosan..haha
ReplyDeletePerangai ko sama mcm sedara2 aku kat kg. Mereka tak tahu apa2 sbb hari2 hanya tgk tv1 dan tv3. Lps aku cerita apa sebenarnya berlaku baru tercengang. Aku ckp hutang yg ratusan billion tu sampai cicit dia bayar lom tentu habis.
DeleteP/s aku ckp gak klu nak tahu cerita sebenar jgn tgk tv kerajaan. Dia org angguk2 baru tahu.
DeleteMimpi mana boleh bosan, sedar2 dah turjun masuk sg kelang.
En. Azahari Rahman
DeleteNabi Muhammad SAW menyuruh umatnya berbuat banyak perkara. Salah satunya bersyukur.
Baginda juga menyuruh umatnya mengubah kehidupan kepada yang lebih baik - Kalau barang mahal, cari jalan supaya boleh dapat barang yang setanding pada harga yang lebih murah dengan kualiti yang lebih tinggi.... itu inovasi namanya.
Baginda juga menyuruh umatnya menggalakkan perkara baik dan meninggalkan perkara mungkar..... itu amar makruf nahi mungkar namanya.
Baginda juga menyuruh umatnya berusaha menegakkan kebenaran dan meninggalkan kebatilan.
Mesti ada 5 perkara: Ikhtiar, tawakkal, ikhlas, sabar dan syukur. Fikir-fikirkanlah
Tuan Azahari Rahman,
DeleteKamu bersyukur sebab dapat BRIM 1200 kah? Atau dapat dedak banyak? Atau golongan yg tak tahu apa apa?
Segala puji bg tuhan sekalian Alam,dia yg maha pemurah lg maha penyayang.. Raja pd hari pembalasan.. Di donia mgkn boleh lepas krn guna kuasa duit, di Sana nnti tak ada kuasa duit utk Bantu.. Klu budaya cina mmg ada, krn tu duit cina mati berbillion nilai nya... Nk kasi rasuah dari macai smpi menteri di alam kubur.. Nukilan khas alumni Anson bay, silver state datuk seri panglima Dr Hj labu bin labi al Intani wal peraki.. Pangkat sendiri bg dah...
DeleteTak de bosan nya..yang bosan kamu tak ada hujah nak dipertahankan..
DeleteTak pernah bosan pun..yang aku.bosan bler tgk najib kulit tebal x mampus2
DeleteNak bersyukur apa Azahari rahman? Kalau semuanya dah dan nak tergadai.apa yg tinggal lagi utk anak cucu..aku ada anak kau ada? Kalau ada maknanya Kau.ni pun otak tahap 3 suku macam ahmad mazlan
DeleteDah,,,bangun2 11:43,,km tu brmimpi disiang hr le...rmh dah nak tngelam banjir,awak msh syok mimpi,,,lain le kalau slama spisis dgn badak air..
DeleteTangkap Jho lo,Reza aziz,najib,rosmah masuk guni..
ReplyDelete
DeleteAsyik2 nak suruh org saja! Belajar2 buat sendiri
Jaga2, jangan salah orang. Nama si apek muda tuh (sapa kata tarak contradictions pada nama - pada watak pun ramai, termasuk abang tercinta saya, Najib Al Rozy.
DeleteNama penuh si kroni gemok gedempol macam babi tuh is lah Jho Taek Loh.
Tapi, kalau sebut Jho Taek saja pun, lagi baik kesan nya - majoriti rakyat kenal dia sebagai Taek dan melompat nak tunjukkan siapa dia. Si bedebah dia. Lagi pulak boss / kroni dia.
Bro Azahari,
ReplyDeleteBersyukur la, ikan kembong dulu 5 hinggit dah naik 20 hinngit sekilo, bersyukur le minyak naik 20 sen walaupun harga pasaran dunia turun, bersyukur le ada gst, kalo tidak mana kerajaan nak dapat duit, bersyukurlah bagi projek ketapi, forest city dan segalanya kat china, ada jugak negara nak melabur dimalaysia ni...jangan le bersyukur dijadikan alasan untuk kamu jadi bodoh..asyik rakyat je yang kena bersyukur dengan apa yg ada, pemimpin plak kaut segala yg ada..bro,benda yg diatas pasti akan jatuh kebawah..begitula juga dengan BN...ni nak pesan ni,jgn gelak banyak sangat, nnt Allah kecilkan hati kamu...
Bersyukur juga dulu bag plastic free, sekarang 20s
Delete
DeleteKALAU IKUT RUMUSAN A KADIR JASIN DARI PARTI CAP BUNGA, HARGA PETROL DIZAMAN MAHATHIR ADALAH TERLALU MAHAL DAN MEMBEBANKAN
Ahli Majlis Tertinggi PPBM A Kadir Jasin merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.
Dia membuat rumusan ini kerana mengikut dia, “Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan.”
Kadir Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan penduduk di negara kaya.
“Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.”
Tetapi peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh lebih tinggi walaupun pendaptan lebih rendah berbanding Malaysia.
Walau apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878 dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.
Maksudnya, pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2 kali lebih tinggi.
Pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali lebih tinggi.
Tambahan pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.
Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan Rakyat hanya cukup membeli 5,701 liter pada tahun 1990 dan 12,843 liter tahun 2003 berbanding 21,329 liter petrol yang lebih bermutu tinggi sekarang.
Ini jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan membebankan rakyat Malaysia.
Ini ialah kerana selama 22 tahun, walaupun harga minyak dunia murah dan Mahathir tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 sen setiap liter diatas petrol pula.
Terima kasih Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.
Hari ini, harga petrol kita ke-17 termurah antara 193 negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini.
Lebih-lebih lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat Malaysia berbanding dahulu – seperti yang ditunjukkan oleh Kadir Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.
Bawa beg shopping sendiri...takkan tu pun nak kena ajar.
DeleteZaman tun m segala benda ada subsidi. Tak juga paksa rakyat bayar gst. Harga barang murah walau gaji kecik. Sekarang ni harga makanan boleh naik 3 kali dlm sebulan sebab ringgit asyik jatuh je. Apalah yg ko nak tegakkan benang basah tu....puihh
DeleteAnon 12:13
DeleteBeg plastik 20sen je modal kau???? Belilah borong. Sekilo baru RM8. Ada ribuan helai dalam sekilo. Kalau itu pun malas nak usaha, tak tahulah aku apa nak cakap lagi.
Kesianlah kat aku yang berniaga ni. Beratus kilo plastik kena beli setiap bulan. Kau cuma beli 2-3 barang, nak plastik free je. Sekali sekala tanggunglah kos plastik pulak
Ringgit skrg 4.447 berbanding usd. Itu diniagakan. Kalau ko nak beli jangan harap dpt harga tu...lg mahal.
DeleteTp takpe walau naik 5.00 pun ko jenis bersyukur. Akibat telan dedak.
Aku tak paham le, nape malaysia dibandingkan dengan singapura,australia dan thailand..depa tu negara tak dak minyak..cuba banding rega minyak kita ngan arab saudi ker atau negara yg pengeluar minyak,baru le sama perbandingannya...yg bestnya minyak negara ekspot keluar, beli minyak dari orang lain pastu ikut harga pasaran dunia...pastu tarik subsidi minyak..jual mahal pasal minyak berkualiti,..tak paham aku..
DeletePetronas tu antara 5 syarikat carigali minyak terbesar didunia, malaysia punya..apasal malaysia negara ke 17 termurah didunia minyaknya..kenapa?
Anon 12:23
Delete"Ini ialah kerana selama 22 tahun, walaupun harga minyak dunia murah dan Mahathir tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 sen setiap liter diatas petrol pula."
Anak dan keluarga kau seramai 15 orang yang semuanya dapat biasiswa sampai boleh belajar luar negara tu duit dari mana??? jatuh dari langit????
DeleteBersyukur lah, sekarang ni sekali jual buah sawit dapat RM440 . dulu masa 1 USD = RM3.00 , aku cuma dapat RM 300 saja. Kalo 1 USD = RM 5.00 lagi bes dapat le 500 ringgit.
Ya ko jual sawit dpt lebih tp harga makanan dan brg lain pun ko bayar tinggi termasuk semua yg diimpot. Bayar gst dan transport naik harga. Akhirnya lg teruk ko membayar. Untung apa benda.
DeleteAnon 13:03, syukur,syukur jugak yer...dapat duit lebih tu, jgn lupa bersedekah dan bayar zakat ye..kalo nak tau, itulah syukur yg sebenarnya..
DeleteHaji bakhil
Syukur.. Saya akan pangkah umno BN Pru 14 nnti.. Teman kan ahli totok umno..
DeleteSaya pun sama..pangkah PAS PIS PUS sekali..
DeleteBila nak buat kenduri kesyukuran, kemenangan dah dlm jangan ni.
DeleteAri selasa bulan dua ye..faham molek2 tu..bulan dua.. Klu satu bulan jgk.. Tunggu bulan ada dua ye..
Delete13:03,,bagai mana awak cakap untung..dgn 1 USD=4.444,,,dulu masa 1usd=3.5 ,,,negara pembeli minyak sawit beli dengan harga tinggi utk setan minyak,,pasal nilai duit kita Ok...sekarang dorang boleh dapat kuantiti lebih banyak pasal nilai RM jatuh...skrang ko dpt 440pasal pengeluaran Bush swit star kurang..manakala permintaan meningkat..
DeleteNaik tinggi pun, org felda dapat sama je, kalo tinggi harga, banyak perkara dipotongnya..kalo rendah, diaorg ikut...bayar pun sangkut...oh feldaku, sampai bila nak ditipu!
DeletePerjuangan walaunta tu bukan untuk lslam. Walaunta tu tak pernah fikir halal haram. Pernahkah hadi bersuara tentang skandal 1MDB?
ReplyDeleteUmno nak mencuri nak rompak harta negara hadi peduli apa.
Rakyat hidup susah. Itu rakyat punya pasal. Hadi tak sakit apa pun.
Yg penting bagi hadi pas menang dlm pru 14 untuk dia lelong putrajaya.
Songlap bmf & forex halal,
Delete1mdb haram
Sumer kasi RCI.. Ada berani ke encik.. Jgn main2 akta rahsia rasmi.. Apa yg rahsia nya 1mdb pun? Org kg sumer dh tau.. Kikiki..
DeleteHadi kata pergi mampus lah PAS..dia ada AFFIN Bank..
Deletebmf sapa yg songlap yer??? belajar dulu sejarah kalau nak posting...budak baru nak up...baru nak bersunat...
DeleteBawa bertenang bawa bertenang
DeletePahala dia orang dah banyak, nak sedekah le kat Najib
DeletePahala dia orang dah banyak, nak sedekah le kat Najib
DeleteDah jatuh hukum ke rompakan itu... forex smpi la ni tak jatuh hukum ... puiiiii
ReplyDeleteSonglap bmf & forex halal,
Delete1mdb haram
Semuanya haram.... tapi yang mana tak diadili di mahkamah?
DeleteBmf dan forex kena tanya jibo sbb dia pun ada dlm kabinet meeting juga.
DeleteLain 1mdb...menteri kabinet pun tak tahu...semua blurr. Yg tahu hanya jibo dan jolo dan semah kembang.
DeleteMasa belum GST dulu pun harga barang tetap naik. Kerana harga bergantung kpd permintaan dan tawaran.
GST adalah mengganti cukai jualan 10%.
Anon 13:37
DeleteKo duduk bumi ke duduk planet Pluto???? Masih lagi percaya GST hanya mengganti cukai jualan 10%.
Kalau nak kaitkan dengan cukai jualan pun, tulislah GST adalah cukai tambahan sebanyak 6% yang dikenakan keatas barangan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai. (contoh: makanan di kedai mamak).
Kalau ganti cukai jualan 10%, tentulah harga barang akan turun sebab GST hanya 6%.
Bro 14.17
DeleteLebih baik kasi 13.37 sepinggan dedak dari mengajar dia.
yer bro 14.17....bila dah banyak makan dedak...sel-sel otak si walaun 13.37 pun tak bersambung...putus terus...bila hati telah hitam utk menerima kebenaran...kesian....kesian....kesian...
DeleteApa masalah kamu????. Tak faham cakap Melayu ker..Tun Mahathir setuju supaya RCI ditubuhkan untuk siasat BMF dan Forex sekali pun.
ReplyDeleteJadi nak tunggu apa lagi. Siasatlah baru boleh tahu halal ke haram.
Jgn asyik nak puiiii kat orang tak tentu pasal nanti jatuh ke muka sendiri. Tak malu???
Bro Zack,
DeleteTypical Kejora gitu leeer..
Cer Kita tulis Tamil atau Telugu atau Malayalam mudah2an Si kejora tu boleh faham.. Krn penguasaaan bahasa melayu baru tahap tahun 2..kikiki..
DeleteBintang kejora jauh kat langit itu pun ada hati nak berpolitik. Dia ni tak pernah serik dgn cerita punggok rindukan bulan.
DeleteKalaulah punggok tu tahu rupanya mcm mana lama dah dia bunuh diri.
Tk tau le berapa lama lagi BM tahan di Malaysia nih.
DeleteNajib asyik pentingkan Mandarin dan Inggeris.
Tak tau ke mana di letak nya Perkara 152 Perlembagaan yang menyatakan Bahasa Kebangsaan negara ini ia lah BM dan "bahasa ibunda" boleh di gunakan ha nya selain dari urusan resmi.
Kot satu hari nanti istilah "resmi" itu akan di pinda nya.
Sekarang ada nama kedai2 dan iklan2 yang ha nya dalam BI dan Bahasa Cina.
Akibat jasa baik Najib terhadap Mandarin.
Hinggakan aku dah malas nak makan orange Mandarin.
Kalau gitu Kejora nanti jadi Kojola le, iye dok. Hehe..
DeleteIsu dana RM90 juta Umno: PAS label Husam 'pondan' - Malaysiakini
ReplyDeletePemuda PAS Kelantan hari ini mencabar ADUN Salor, Datuk Husam Musa supaya menamakan individu yang telah menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno dan tidak hanya membuat tomahan liar.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari dipetik akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai melabelkan bekas naib presiden parti itu sebagai ‘pondan’ kerana takut untuk mendedahkan individu berkenaan.
“Jika di pihak yang benar, Husam tidak perlu takut sebaliknya perlu berani tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.
“Sebagai pemegang jawatan dalam PAS, saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini,” katanya dipetik akhbar itu ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.
Ahmad Fadhli, sebelum itu membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam mengenai perkara tersebut ketika berceramah di Pasir Puteh pada 6 Febuari lalu dengan diiringi lebih 30 penyokong PAS.
- PAS yang tak berani saman Husam Musa, Husam Musa pula yang dikatakan pondan. PAS ada peluang untuk membuktikan yang Presiden PAS tak pernah terima derma dari Presiden UMNO sebanyak dengan menyaman Husam Musa di Mahkamah tapi memilih untuk memilih untuk mengelak dengan mengeluarkan 'silat pulut'.
Kelmarin Presiden PAS cakap Husam Musa takut nak bertanding PRU sebab tu mengeluarkan cerita bohong tu. Semalam Mursyidul Am PAS membuat lojik tahap budak sekolah dengan mengatakan sudah tentu saya dah beli rumah dan kereta baru kalau PAS ada terima duit tu dan hari ini Ketua Pemuda PAS Kelantan pula mengatakan yang Husam Musa Pondan kerana tidak mengeluarkan bukti. Dia yang tak berani bawak Husam Musa ke mahkamah, Husam Musa pula yang dituduh pondan.
Dah 3 kali wartawan tanya PAS jadi ke tak nak saman Husam Musa dan sebanyak 3 kali juga tiada 'straight answer' dari PAS. Besok kalau wartawan tanya lagi sekali, satu lagi jawapan 'masuk simpang, keluar simpang' akan keluar dari mulut pemimpin PAS.
Sepatutnya selepas ini, wartawan perlu memberikan pilihan jawapan 'YA' atau 'TIDAK' selepas menanyakan soalan tersebut. Jangan pemimpin PAS pilih 'atau' sudah..kih kih kih...
Najib pondan kihkihkih..hadi pondan kihkihkih..
DeleteSispa yang pondan sebenarnya...Husam cabar bawa ke mahkamah ..otu jantan lah..yang pondan ialah yang tak beranu samang Husam..bagi alasan bodoh tak nak samang...sendiri msy ingat lah..
Deletesabar separuh dari iman/ kata apa saja
ReplyDeletetunggu PRU 14 le
seseuatu yg akan terjadi dengan izin ALLAH
Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu rukun Iman
Serah kan kepada ALLAH...
INSYAALLAH yg benar akan muncul dan yang batil
dan fitnah akan kalah
ketika itu diharapkan terima lah keputusan
rakyat dan takdir TUHAN
=UMNO /PAS tetap menang dan menjadi pilihan rakyat
dan dengan juga dengan KEIZINANNYA
Man propose, God dispose.. Sblm Pru 14 najib dan hadi di jemput ilahi.. Inalillah..
DeleteTak payah dua2. Sorang aje jadi lah. Tapi jangan silap orang. Nakkan yg bergelumang dengan tahi 1MDB tuh.
DeleteBro, kalo bn/pas ko dah menang nnt baru le cakap keizinannya, setakat ini izinkan saya mendoakan kemenangan pakatan harapan dan sekutunya...insyaAllah menang.
DeleteSarawak, Din, Sarawak! Selagi Najib kuasai Sarawak, dia tetap menang!
ReplyDeleteEncik tuan.. Umno Tak Ada di Sarawak.. Dibaramkan masuk Sarawak. Org2 Sarawak pandai main politik, dia org bkn mcm org Malaya. Nnti Klu putrajaya bertukar tangan.. Insyallah mereka pun akan tukar jgk.
DeleteDulu kerjasama dgn dap = tahalul siyasi
ReplyDeleteSkrg kerjasama dgn umno = bahlul serasi
He he.. Setuju!!!
DeleteA good one my friend, gelak sungguh saya. Tepat sekali.
DeleteUmno semakin hina. Jamal dan ahli umno angkut keranda pula.
ReplyDeleteSebab Umno tak terima si Jamal Ikan Bakar nak letak semua jawatan, lagi orang bencikan UMNO.
DeleteKot dah ada sefahaman bila si Jamal Ikan Bakar hebohkan nak letak jawatan. Crooks semua tu. Bengkok punya jenis. Bengkok di tempat2 tertentu.
Assalam Semua Saudaraku,Kita tidak perlu menghina sesiapa samada kawan atau lawan.Misi yang penting ialah TURUNKAN NAJIB.Kalau boleh janganlah kita berbalah,bermusuhan kerana Si Najib ni.Dia yang membuat keadaan haru biru.Bukan UMNO,PAS,PPBM,PKR,AMANAH,DAP atau lain-lain parti.Kita cuma nak NAJIB TURUN SEBAGAI PERDANA MENTERI.
ReplyDeleteBukan menghina sesiapa, Bang. Ha nya nak semadikan perasaan yg sepatut nya kpd yang berkenaan.
DeleteKalau orang Umno, memang dah patut. Sebab cakap biasa, depa tak faham. Buat derk aje. Sampai sekarang tak jawab apa yang nak di rahsiakan bila depa OSA kan laporan Ketua Audit Negara tuh.
skrg ni bukan masa nak kisah pasal ruu ka apa ka! masalah beban rakyat diutamakan dulu. Itu ruu kasi bentang di parlimen dulu beb. baru boley cerita..
ReplyDeleteselepas era Nik aziz, timbul zaman kegelapan Pas ekoran politik sundal dgn UMNO, tunggu detik PRU 14 saja
ReplyDeleteUdah2 ler tu kalian semua. Sudah berapa banyak dosa yg kalian buat pd Khalifah Agung Dato Najib Razak. Saban hari ke hari ada je mengumpat dan memfitnah tokoh pemimpin akhir zaman kita. Lidah Tun M dan Dsai menenggelamkan lidah khalifah agung. Walhal lidah kedua dua insan itu penuh dgn nafsu syaitan yg rakus ignkan kuasa.
ReplyDeleteTeguran Suci Alumni Newcastle University
Kami tidak mengumpat atau menghina jauh sekali dari menfitnah amirul mukminin khalifah agung lg suci datuk seri najib... Kami hanya mengenang.. Faham ye beza mengenang.. Nukilan istimewa alumni Anson bay,silver state..
DeleteLOL..
Deletekalau memang dah hina bukan menghina namanya..
ReplyDeleteIt is never my intention to rain on your parade, dear Shah. But we all really need to be aware of voters from Sabah, Sarawak, Felda, kampungs, the army and the police force. When it concerns the last two groups, it is known too that there are those who vote on their behalf!
ReplyDeleteTruly, what we should be concerned about is not about those supporting the truth and willing to do anything for Malaysia to regain respect from the world for these parties as you described it are plain to all. Instead, the concern should be over those known as the fix deposits who forever have been treated with contempt as if they are nothing more than mere farm animals who can easily be satisfied with empty promises and some dedak from the powerful.
Sarawak PBB led BN is quite volatile. Other than PBB, all other parties have reservations on najib.
DeletePBB, a team consisting of PESAKA and BERSATU appears solid in as far support of federsl government is concerned. If the iban/christian factions revolted, you can ecpect a tipping of the scale. Malay/melanau muslim communities would not be able to effectively contain any rebelion.
If putrajaya changes guard, sarawak will follow suit.,,.....jangan main2 katz late tok nan
ReplyDeleteKorang nak bergaduh korang punya pasal. Aku, janji ari masyuk ribu2 dari kedai2 misin yang Jamal selongkar baru2 ni. Aku nak renovate rumahku yang macam disneyland tu, nak tambah swimming pool pada bahagian bumbung tuh... kalo PAS boleh buat apa pasal aku tak boleh.
Hidup Jamal,hidup pas..Kita pangkah umno..hidup noh Omar.. BN berjaya..!!! outside
DeleteJamal hanya ikon kecil menentang judi dan rumah urut yg bersepah di Selangork..... ikon yg paling besooo paling haramjadah adalah MB Selangork Pluralisma iaitu Assmin sendiri.... Ikon makan ice cream dalam jamban .... cat pintu gerbang 10 juta cat stadium K Baru baru 3 ratus ribu.. Disney land sambil curi api letrik.. Ganti kubah madjid 40juta.. songlao khairst krmatian 200juta.. sykt 2 ringgit telan 32 billion GLC Selangor..... dah teruk sangat perangai moral dan akhlak sgt buruk sebagai MB Selangor.... .
ReplyDeletePada rakyat Selangor ... renung2 kan lah sebagai anak jati Selangor. ... masih adakah maruah dan jati diri kamu berketuakan MB paling korup akhlak dan pegangannya... sekiranya anak selangor masih ada jati diri.. maruah diri membela agama dan bangsa PRU 14 masa terbaik untuk menjatuhkan kepimpinan PKR pluralist murtad... sombong dan bongkak ... paling banyak menipu samada pada rakyat selangor maipun menipu sesama sendiri dalam parti PKR.... pemilihan Parti PKR yg menipu dan beragduh sampai pecah berdarah kepala.. Masih adakah lagi maruah rakyat Selangork berMBkan manusia durjana ini..
Tepuk dada tanya la diri sendiri.... kalau masih ada harga dan maruah diri sebagai anak Selangor maka PRU14 masa terbaik untuk menjatuhkan kesemua pemimpin PKR terutama di DUN Ampang.. Pandan.. Hulu Kelang.. Bukit Antarabangsa.. Sah Alam.. Lrmbah Pantai ...Matang.. dan semua calon PKR yv kain....
LU FIKIR LA SENDIRI..... MAHU KAH BERKETUAKAN MB YG DAH ROSAK AKHLAK DAN MORAL NYA....
Hidup Jamal !!! Haram jadah azmin..!!! OK wa,.
DeleteLU FIKIR LA SENDIRI..... MAHU KAH BERKETUAKAN OM YG DAH ROSAK AKHLAK DAN MORAL NYA..
DeleteSetuju sgt! Sentimen kali ini bukan macam yang lepas lepas seperti pasca 1987 ,pasca 1998 hanya sekadar sentimen politikIni kali luar biasa.Sentimen nak selamatkan negara kerana rakyat dah nampak bahaya yg sedang mendatang
ReplyDeleteHashim Jasin mursyidul am pas memilikki porsche cayman? Fitnah, dia hanya ada proton saga. Takkan saorang yg bergelar mursyidul am bersifat dengan sifat munafik kot. Susah nak percaya. Depa ni perjuangkan RUU355.
ReplyDeleteLaa ingatkan dia dgn hadi ada tikar terbang
DeleteKita bersangka baik je lah.. Dia dh tua Mata kena glaucoma.. Tu yg Porsche Cayenne nampak mcm proton saga.. Kan ke bunyinya p jgk.. Kih kih kih
DeletePorsche tu bukan dia punya...tu bank punya, belum abis bayar lagi..proton tu dah habis bayar, tu dia punya...bijok murshidul ni.
DeleteRM90 juta itu di agihkan ke situ ke?
DeleteBila bawak porshe, pakai serban ke tak?
Kalu tak tau beza antara proton dangan porsche macamana nak beza diantara haram dan halal.
ReplyDeleteTengok ada tanda Cash Is King ke tak.
DeleteTanda Ringgit atas tarbus yang di leret intan belian keliling nya.
Nampak byk komen dari org yg sama...
ReplyDeleteNampak mereka ni syok sendiri...
Hehehe....
Kau syok Najib ye?
DeleteNanti kena pelangkong dek Kak Mah, kau baru tau.
Ada kitaorg kisah ker, kalo ko tak senang boleh blah, kedatangan anda tidak diundang, tak puas hati boleh pulang.. org hepi pun nak dengki..
DeleteBN insya Allah akan menang...
ReplyDeletePembangkang taK boleh pakai...
Pembangkang akan berpecah sblm pru 14 nnti....percayalah...
Keranda2 yg umno usung itulah simbolik kehancuran BN.
DeleteKeranda = mati dan tanam.
Orang takkan usik keranda kalau tiada kematian tp umno boleh usung keranda kosong banyak2 macam pesta. Cina kata....haiya manyak sueh!
Keranda2 yang di usung di Shah Alam tuh, Jamal Ikan Bakar dalam nya.
DeleteBN boleh pakai kalau nak cucu cicit meneggkok bayar hutang 1MDB RM53 bilion.
DeleteTapi BN pun dah bergaduh nak pecah. Pasal UMNO support Hadi punya bill, pembahagian kerusi dll.
Orang Melayu kat sini rela diperkudakan oleh Lim Guang Eng bila DAP memerintah. Yes sir LGE kami sanggup jilat buntut tuan... macai pakatan buta hati..
ReplyDeleteSbb dia cina atau dap?
DeleteKalau cina samalah ko jilat bontot mca. Kalau sbb dap komunis, umnu lg besar penyangak jual tanah dan pelabuhan dgn china komunis.
Jibo rabunkan mata ko mulai dgn sekor panda. Lps tu macam2 dia jual dgn china.
Kamu dah biasa jilat bontot ke? Apasai tak jilat jari? Kalau jilat hidung pun, paling banyak kena tahi hidung. Apa la kamu ni....
DeleteKamu tak tau ke orang kata bontot Mr Cash Is King sangat busuk. Sebab banyak bilion keluaor dari nya. hehe
Politik rasis dah basi le anon 20:20, cuba lagi!!
Deletesyukur Alhamdulillah. saya baru saja menerima watikah drpd tun m sebagai ketua penaja PPBM bhg PEKAN.
ReplyDeleteso pasangan 'klepet', Pekan here I come.
of course I wld need all d assistance(financial or otherwise) from friends thru this blog. wil publish details later.
ayoh! Pekan bangkit. selamat berjuang!!!.
2 thumbs up bro. All the best.
DeleteMinat nak tau anggaran berapa banyak kerusi PPBM nak contest.
DeleteDan jika dah kenalpasti priorities. Kalau rahsia tak payah sebut lah. Dapat bayangan saja pun jadi lah.
Juga rancangan macam mana nak dapat penduduk kampong faham pasal 1MDB hingga tak mau undi Najib dan Umno/Bn.
Tahniah pak rahman!
Deletepembahagian kerusi belum d muktamadkan olih pucuk pimpinan.
Deleteada dua jenis isu : setempat n nasional.
kedua dua nya penting.
jgn sesekali 'underestimate' orang 'kampung'.
mereka sudah buka/celik mata.
Selamat berjuang pak rahman.
DeleteMay Allah bless u always.
Hope to see u in person one day.
Salute.
Samalah kita. Teringin nak ngopi dgn semua geng seperjuangan dlm ni
DeleteMacai pakatan kalau dah biasa makan taik fitnah hari2 bagi nasik pun dia tolak tepi. Hati dah buta gelap. Pemimpin penipu macam Rapiji pun kau sanggup jilat buntut waima pernah dibuktikan penipu oleh mahkamah. Pkr ni umpama lembu kena cucuk hidung jadi penjilat DAP.
ReplyDeleteBetul ke ni..boleh caya ker cakap seorg pendedak..
DeleteDia asyik cakap pasal jilat bontot saja. Selalu sangat depa jilat bontot pemimpin UMNO gamak nya.
DeleteBesok lusa bila keluar, tengok rapi sikit lah mulut depa tuh. Kot boleh nampak tanda2 jilat bontot.
Yukkkk.....
Berangan la smpai mampos nk tawan bumi bertuah ni
ReplyDeletehahahahaha....tak patut...tak patut....apa pendapat korang...ada member aku bagitau ....ini kes berlaku disalah satu felda....bapak kawan kepada member aku ni....punya marah kat bijan....masa disiarkan bijan dan mah ketot keluar kat tv....meluru dia datang dari belakang...depan anak bini dan kaum keluarga dia selak kain pelikat dan kencing diskrin tv....
ReplyDeletetepat atas gambar pasangan yang disiarkan...bertemperian penonton....nasib baik tak kena sambar karan....
tak patut....punya geram kat pasangan tu sanggup kencing pada tv.....bayangkan.....😀
Pernah ada cakap2 belakang yg Puteri amno tu 'penyedap' je dlm amno sebenarnya (KJ lebih arif bab ni)
ReplyDeleteMungkin ni la antara faktor yg membuka selera hadi dan gengnya utk ber'bahalul serasi' dengan amno
Dulu heboh dipaparkan mesyuarat pas semuanya dtg pakai Baju melayu siap tengkolok macam cerita musang berjanggut
Sikit hari esok jangan purak2 teperanjat bila mesyuarat pas bakal diwarnai dengan tarian gelek tajaan puteri amno
semua dah tahu...hadi and the gang dalam pas sekarang dah mula nampak duit dan burit...dalam pas tak ada duit...burit pulak bertutup litup....bila join umno...duit petik jari saja...burit cuma kena pi selak kain atau londeh seluar saja...kalau setakat bibir merah ...nampak rambut tu biasa je....bibir kak jat...kak mah...azalina...dan lain lain....itu yang buat hadi and the gang meleleh air liur...neronta ronta peliaq dalam jubah nak jenguk keluaq...
ReplyDeletedah lama berlagak baik...la ni nak cuba pulak jadi peliaq kawaq....
untung sapa join umno ni...lepas puas main...duit dapat...tak mau tembelang pecah bom saja bagi hancuq....itu yang buat hadi seronok nak join tu....sedap dapat untung dapat...melancung dapat....
mana tau dapat jadi timbalan perdana menteri atau menteri keewangan....gian lama dah nak duduk dalam kabinet malaysia...
Forex Trendy is a sophisticated application capable of detecting the most profitable continuation chart patterns. It scans through all the charts, on all time frames and analyzes every possible breakout.
ReplyDelete