Thursday 29 December 2016

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PERLU LEBIH "LAJU" URUS PPBM, JANGAN HANYA BERHARAP AURA TUN M


PPBM secara dasarnya ditubuhkan untuk menyaingi serta mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Ia adalah wadah baru bagi orang-orang Melayu setelah UMNO sekarang ini lebih dipergunakan kedudukannya untuk membela dan mempertahankan Najib Razak semata-mata.

PPBM amat beruntung kerana ada Tun Mahathir Mohamad di dalam parti itu selaku pengerusinya. Tun Mahathir harus diakui mempunyai aura besar kepada masyarakat kerana kepintaran, jasa dan sumbangannya selama 22 tahun mentadbir negara. Tanpa Tun Mahathir, PPBM tidak mungkin mampu ke mana-mana.

Di pihak pengurusan parti, PPBM ada Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir selaku gandingan peneraju yang turut dibantu oleh Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Untuk tujuan menyaingi dan mengalahkan UMNO serta menjadikan parti itu dan Najib akhirnya hilang kuasa melalui pilihanraya, pengaruh Tun Mahathir adalah senjata utamanya. Ditambah dengan Tun Mahathir sudah berbaik dengan Anwar Ibrahim dan diikuti dengan PPBM telah menjalin kerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan, UMNO yang sudah di hujung tanduk kedudukannya sejak menanggung beban Najib, Rosmah dan keluarganya, sebenarnya semakin menghampiri tanah perkuburan situasinya.

Tidak saja rakyat biasa, mereka yang tidak berparti, orang bandar, separa bandar, profesional dan golongan muda yang semakin meluat dengan UMNO di bawah kepimpinan Najib, malah ramai ahli parti itu sendiri akan melakukan penderhakaan dengan sama ada tidak keluar mengundi atau memberi kemenangan kepada parti alternatif dalam pilihanraya akan datang.

Orang kampung dan orang Felda pun sudah ramai yang beralih angin dan enggan memberikan undi mereka kepada UMNO dan BN.

Rata-rata rakyat sudah sedar bahawa memberi lanjutan kuasa kepada UMNO dan BN tidak lagi bererti apa-apa kepada mereka, sebaliknya hanya bertujuan menyelamatkan kedudukan Najib semata-mata. Setelah menang, silap-silap lagi banyak subsidi akan ditarik dan GST pula dinaikkan lagi untuk membayar hutang yang semakin menimbun.

Tetapi untuk memastikan PPBM dapat memainkan peranan yang berkesan dalam usaha mengalahkan UMNO bersama Pakatan Harapan, parti itu mestilah diurus dengan baik, cekap dan laju. PPBM tidak boleh bergerak terlalu perlahan macam kura-kura seperti sekarang dan hanya bergantung semata-mata kepada aura serta pengaruh Tun Mahathir.

Ia mesti pantas bergerak dan cepat menyelesaikan sama ada urusan pentadbiran, gerak kerja, mahu pun masalah-masalah yang timbul.

Team pengurusan PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin dan Mukhriz seharusnya tidak berlengah-lengah lagi memastikan parti itu berjalan lancar, sementara aura Tun Mahathir ditumpukan semaksima mungkin peranannya untuk menarik sokongan rakyat.

Apa yang terlihat selama ini hanya peranan Tun Mahathir yang berjalan dengan baik dalam menarik sokongan rakyat. Beliau hampir sepanjang masa bergerak, berceramah, bertemu dengan pelbagai pihak, berfikir, meluahkan pandangan, menghadiri forum, menulis di blog dan macam-macam lagi.

Dalam usianya mencecah 91 tahun, kesungguhannya untuk memulihkan negara ini amat mengkagumkan dan amat menyentuh hati. Di sinilah kekuatan Tun Mahathir dalam menggenggam bara perjuangannya.

Namun, bagaimana dengan pengurusan parti yang sepatutnya digerakkan dengan cekap dan pantas oleh Muhyiddin, Mukhriz serta pasukannya?

Adakah ia telah dan sedang berjalan dengan baik? Apa yang rakyat dapat lihat mengenai PPBM setakat ini?

Selain hanya menubuhkan barisan kepimpinan di peringkat pusat, mengapa kepimpinan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan di seluruh negara masih belum dibentuk lagi sehingga ke hari ini?

Bila lagi mahu diumumkan dan dibentuk? Sudahkah digerakkan pasukan untuk meninjau ke negeri, bahagian dan cawangan bagi tujuan itu?

Bukankah tarikh pilihanraya sudah semakin dekat? Bagaimana jika tiba-tiba Najib mengumumkan tarikh pilihanraya ialah pada Mac atau April nanti?

Sudahkah ditubuhkan jentera pilihanraya di pusat-pusat daerah mengundi?

Sempatkah digerakkan semuanya sekaligus menjelang pilihanraya nanti?

Mana program-program besar PPBM di seluruh negara yang mampu menyerlahkan ia sebagai parti yang mahu menggantikan UMNO?

Sokongan rakyat kepada PPBM dan agenda perubahan, khususnya untuk menyingkirkan Najib memang tengah "cantik" ketika ini, tetapi aura dan pengaruh Tun Mahathir saja tidak mencukupi untuk tujuan itu.

Ia mesti dibantu oleh pengurusan dan pentadbiran PPBM yang cekap, berkesan dan tersusun.  Malah, aura dan pengaruh Tun Mahathir boleh tenggelam dan tewas disebabkan pengurusan parti yang perlahan dan tidak cekap.

Muhyiddin dan Mukhriz perlu bingkas segera. Jangan terlalu perlahan dan lambat. Gerakkanlah parti dengan segera dan sebaik-baiknya. Janganlah juga bercuti lama-lama ke luar negara. Menyelamatkan negara lebih penting daripada segala-galanya.

Lagi pula, semasa berkuasa dulu, bukankah sudah tiap-tiap tahun pergi bercuti dengan keluarga?

Dalam mengurus PPBM dan memastikan ia mampu berjaya mengalahkan UMNO serta menyingkirkan Najib yang bergelar bilionwan, jangankan pergi bercuti, Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya  juga "tidak boleh tidur pun" bermula sejak tertubuhnya parti itu sehinggalah tarikh PRU 14 akan datang. (SH 29/12/2016).

91 comments:

  1. Salam,
    Betul cakap tuan budin tuh, dikesempatan rakyat yg tengah dihangatkan oleh skandal 1mdb, rasuah dan penyelewangan duit felda boleh digunakan untuk meraih sokongan rakyat..kita sedia maklum pengaruh tun m, tapi realitinya tun m sudah tua dan mesti ada penyambung perjuangan beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kerajaan pun duit tak dak, dan harap duit cukai rakyat saja nak gerakkan parti UMNO dan BN, inikan pulak Parti Bersatu.

      Org Melayu bukan jenis nak wak kluaq duit. Taik idung masin. Jenih masuk politik sbb nak cekau duit tak kira halam laham.., bukan masuk politik sbb nak menderma atau tabur duit! Derma utk akhirat dan masjid pun bagi takat seringget, masakan utk parti, berapa kerat sangat nak derma banyak2.

      Fulus xdak, dok diam2 saja la. Tonggeng jubur tepat kearah matahari dan layan kene buli dgn UMNO melalui media utama saja. Atau harapkan jentera PAS yg rata2 perkudakan anak2 muda atas nama agama, fulus sedekah datang melayang2 sbb jual agama mmg senang nak tarik duit. Takat jual nama Najib ngan 1mdb, hang ingat Melayu nak wak derma? Kahkahkah.. mereput sajalah.

      Delete
    2. PPBM tak ada nilai komersil. Apa gunanya nak tanam modal jika kita dah tahu hasilnya hampa. Muhyidfin dan Mukhriz tak dak nilai projek. Peluang menang mmg tipis.

      Kalau dgn PAS, orang Melayu kene ugut dgn kesusahan di Padang Mahsyar jika tak mahu atau enggan menderma. Derma Memali kumpul berjuta-juta, akhirnya balu Memali dapat la sorang seratus dua. Baki duit berjuta lagi, kene klepet la ngan tok-tok lebai PAS.

      Apa kekuatan PPBM nak tarik duit dari orang ramai? Jual cerita hal Najib dan 1MDB dah basi, sumer Rafizi dah bolot. Apa modal yg PPBM ada lagi? Nothing special.

      Banyak kerja woo Muhyiddin ooi. Dana PRU mana nak cekau?

      Delete
    3. Anon 22:46 kau berbual merepek meraban

      Delete
    4. 22.46 apa kata ko letak label halal toiyyiban pada duit berbilion yg disamun dari rakyat tu.

      Apa ko dah pegi ziarah kawan ko dari BSI yg dalam jel singapura tu??

      Delete
    5. Bab ni memang budin betul. Mula2 sahaja nampak muhyiddin semangat. Sekarang tidak nampak apa langkah yg dibuat atas usaha atau idea muhyiddin sendiri.

      Jangan salahkan KJ sebab panggil mukhriz boboi. Kalau tidak mahu digelar begitu, tonjolkan diri anda bahawa anda adalah pemimpin yg berwibawa. Sampai bila nk duduk bawah ketiak bapa yg sudah ada aura yg tersendiri. Jika masih seperti sekarang, maka benarlah gelaran boboi itu sesuai untuk mukhriz.

      Yg mahu ditumbangkan bukannya pas tetapi umno. Kalau setakat pas, tidak perlu rancangan yg teliti sebab pas ini umpama "masuk tak menambah, keluar tak mengurang".

      Muhyiddin kena bergerak sendiri atas program beliau. Mukhriz juga begitu. Jangan asyik tumpang payung aura Tun M. Sampai bila mahu begitu???

      Delete
  2. Terkini
    Kerajaan tidak ada peruntukan untuk pembayaran guru ganti

    Kalau guru wanita bersalin
    Alamat nya murid murid tak blajor lah
    Bukan kah SLOGAN rakyat di dahulu kan


    ReplyDelete
    Replies
    1. 20.11....Betul ke ni??
      Kalau betul memang haram jadahlah dia orang ni pasal tanggung rugi duit rakyat hilang lesap disamun......peruntukan untuk rakyat ditarik dan dikurangkan....akhirnya rakyat jugak yg tersepit.....tapi ali baba dan 40 penyamunnya tetap kaya-raya tak terjejas apa pon.

      Yg susahnya kita yg di bawah ni.

      Delete
    2. Bajet pembangkang nak tamatkan separuh guru sekolah bakal kerja pagi balik ptg nasib baik le Bn berkuasa ... Korang tertggl bas ke?

      Delete
    3. Sebenarnya pembangkang tak ada buat bajet nak tamatkan separuh dari jumlah guru2 sekolah. Perkara ni diandaikan oleh puak pro gomen yg mencongak bagaimana sekiranya pembangkang memerintah. Walhal pembangkang tak pernah keluarkan kenyataan jelas dan serius tentang perkara ni.

      Ini cerita fitnah dari penjilat tegar dan pendedak saja. Pakai idea lain le bro.

      Delete
  3. din,
    aku naik susah hati tengok muhyiddin and mukhriz nie, slow sangat lah
    asyik cuti keluar negara aja....
    TM saja nampak dok aggressive...harap depa dua nie tak lena lama sangatlah...takut jadi cam bashah lena pulak...
    kalau hang free jom pie london, mai pekena teh tarik.
    kita bawak sekoq dua pak lebai parti yg nak saman sr tuuu and bawak sekoq dua pemuda umno yg makan dedak tu....

    ReplyDelete
  4. Begitulah pejuang-pejuang rakyat yang tak pernah hidup susah dan tidak pernah kurang walau sebutir beras pun dalam hidup. Mereka ini akan lebih meminta dari memberi kepada rakyat. Pemimpin begini kita nak ambil untuk membawa rakyat bagi menghapuskan kezaliman..? Melainkan 2 x 5 aje, keluar mulut harimau, masuk pulak ke mulut buaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kan kat mulut bro
      Hari ni aku buaya TEMBAGA
      Esok buaya DARAT
      Lusa jadi buaya Lawut

      Delete
    2. Agree.

      For if they have to be told what needs to be done, it only means that they haven't suffered enough as the rakyat has suffered! And it is clear to all why: they still have lots of money everywhere...

      All in all, the rakyat can only depend on the rakyat themselves - and Allah swt of course.

      Delete
  5. Muhyiddin dan Mukhriz
    sentimental berentak slow rock
    Mungkin jugak sebab penat ronda satu malaysia pelancaran PPBM setiap negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSMY dan Mukhriz kena kerja 2 kali ganda lebih agresif ke seluruh M'sia untuk beri penerangan tentang penyelewengan kepada semua rakyat.

      Delete
  6. Muhyidin & Mukhriz ni memang tak ader aura 'pembangkang atau pengkritik'. Tak ada talent. Nak banding dengan sebatang jari Rafizi pun tak dapat, usahkan nak tanding dengan Husam Musa atau Abang Mat Sabu.

    Muhyidin & Mukhriz ni, sama-sama lembab dan sejuk. Tun M, walau tak pernah menjadi ahli pembangkang, tetapi beliau sekurang2nya mempunyai jiwa & semangat seorang Pejuang.

    Hampeh.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong pandangan tuan admin.Dalam keadaan sekarang usaha sepatutnya sudah cukup hebat....bukan saja TS Muhyiddin dan DS Mukhriz tetapi seluruh kepimpinan diakar umbi.

    ReplyDelete
  8. Baguslah en budin.ni..dah masuk ppbm ke belum..boleh salurkan idea2 ni kepada sesapa berkenaan :)

    ReplyDelete
  9. Baguslah En Budin ni...dah masuk.PPBM ke belum..boleh salurkan.idea2 ni dan gerakkan jentera dgn lebih cepat dan mampat lagi :)

    ReplyDelete
  10. Cabaran utama PPBM adalah RM$$$$$$...
    Dana bagi maksud perbelanjaan mengurus, sewa pejabat,
    aktiviti dan program parti antaranya yang menjadi keperluan.

    Mustahil orang yang menyokong PPBBM akan menghulurkan derma atau akan berkorban harta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak jadi ahlil
      Tapi kena bayor 100
      So aku pon pendam kan lah dulu niat aku
      Dan kalau siap nak kena hulur dan derma untuk parti
      Tak da lah nampak nya

      Delete
    2. betul ke kena byr rm100
      beri pencerahan sikit

      Delete
  11. Muhyiddin memgharapkan kerusi PM, tapi nampaknya Mahathir sendiri seolah mengiktif Anwar sebagai ketua pakatan dg memakai lencana "bebaskan Anwar".
    Dan Rafizi ada plan untuk memohon pengampunan dp Agong bagi pembebasan Anwar sekiranya PH menang DLM pru14.
    So Anwar lah yang akan menjadi PM dan bukannya Muhyiddin.

    Poning kopala den memikirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lah anwar yang jadi PM
      Dengan sendiri lah M O 1 family dan bekas bekas menteri kabinet tukar warganegara
      Mereka melancung dalam erti kata lain pindah negara

      Sim alif ya
      Cabut bunyi nya

      Delete
    2. Kalau Anwar nak jadi PM, Takkan Midin nak bertongkus lumus.

      Delete
    3. Nak Aura bg Non yg kabol tu, mana logiknya, tertiba agung dipaksa ampunkan terus sokong jadi PM two in one ... Mmg tak masuk akal tu .. Admin & his gang berangan tak sudah2 wooi bgn wooi mimpi lagi ka?

      Delete
    4. Aku mimpi ada sheikh bagi duit 2.6. Mula2 tak ada, pastu ada. Macam chipsmore.

      Delete
    5. Aku mimpi Soros bagi duit kat maria chin.

      Delete
    6. Ambik sajalah duit dari Soros tu untuk memerangi rasuah, penyelewengan, pecah amanah makan duit rakyat dan pembohongan pada rakyat.

      Islam tak haramkan pemberian orang kafir tapi haramkan pecah amanah pemimpin yg khianat lesapkan duit rakyat.

      Buktinya perbicaraan mahkamah BSI Singapura sebut orang yg buat kerja kendalikan duit haram tu berkait dgn 1MDB tu terima upah bermilion2. Terang2 disebut nama 1MDB dalam medua Singapura tu pun masih buta tak nampak ke??

      Baca berita online dari Singapura la sebab kat sini berita tu tak keluar.
      Bangang !!!
      Hakkkktuiiii!!!

      Delete
  12. Terusterang sy komen..sy sgt sgt gusar dgn admin ppbm. Sy rasa mcm takde peluang je..mcm angan angan mat jenin je nk tumbangkan najib. Lambat..slow amat segala gerakkerja. Isu puan ainina pun belom berkesudahan padahal senang sgt jln penyelesaian..ini tak, dibiarkan..lama lama makin rosak ppbm diminda rakyat yg letak harapan tinggi pd parti baru ni. Dh dengar angin sepoi bahasa takbleh harap jgk din dgn mukhriz.. Ini bleh beri kelebihan plk pd parti najib. Jd, tolonglah din..tolonglah mukhriz..tolong fahami denyut hati kami di negeri2 ni..tolong bg nyawa sikit pd movement ppbm. Kami da nmpak mcm ppbm ni parti kura kura. Jgn marah admin bersatu, kami sedang berharap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan negara tambah meruncing, wang tak ada rakyat pun runsing,banyak disekat hutang keliling,harta negara disonglap maling.

      Itu sebab wujud yang baru,parti Islam untuk Melayu,negarawan tersohor sebagai teraju, lama mentadbir negara dah maju.

      Kini negarawan sudah berusia,tenaga tidak seperti yg lama,pemimpin muda nak tunggu apa,rancang dan buat kadar segera.

      Letakkan ahli seluruh pelusuk,kampung dan felda wajib dijenguk,program dibuat walau sekelompok,mesti diterang baik dan buruk.

      Bergerak pantas usah berlambat,berebut jawatan jangan dibuat,wang kedudukan bukan matlamat,berkorban asal negara selamat.

      Kepada pemimpin yg kini berjawatan,program rakyat segera lakukan,beri kesedaran kampung dan pekan, pemimpin yg khianat wajib singkirkan..

      Delete
    2. Ko duduk di gua tempurung?

      Delete
    3. 05.55 ko jena hempap dengan badak?

      Delete
    4. 05.55 ko kena hempap dengan badak?

      Delete
    5. dont be demotivated
      wlp admin pbbm tidak berjalan mengikut kadar yg kita mahukan tapi jgn lah kita merajuk
      kerana tujuan utama nak selamatkan negara kita dari penyamun najib
      kita nak perbaiki negara kita untuk kita wariskan kpd anak cucu nanti
      kpd rakyat yg ada tenaga masa dan buah fikiran serta semangat
      itu pun boleh disumbangkan
      demi menyelamatkan malaysia
      yg ada duit lebih boleh digunakan juga utk gerakkan perjuangan
      guna duit tu dgn ikhlas
      in shaa Allah akan dpt ganjarannya

      Delete
  13. Saudara Budin,
    TSM diberi jawatan Presiden Ppbm kerana beliau bekas tim perdana menteri dan bekas tim presiden umno.
    Tidak semua org layak jadi ketua, tapi ramai boleh dilantik timbalan ketua.
    Saya tak mahu komen banyak, matlamat kita sekarang jatuhkan ketua penyamun.
    Kesian melihat TDM berkerja keras, saya terpanggil menolong TDM bagi promosi PPBM ditempat saya tanpa disuruh dan dibayar. Tanpa mengharap balasan demi Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke peruntukan kerusi PPBM pru 14 Dalam pakatan harapan
      Kerusi muhyiddin dan kerusi mukhiz jer ke lain lain kerusi ?

      Aku cuma mengharap pakatan rampas putrajaya dari ah jib goh

      Delete
    2. 22:20 perfect punya komen tapi admin dan follower doesn't the real picture, duwo tigo kerat mng boleh ke nak conquer putrajaya. Mlm sikit le.

      Delete
    3. Tapi sekor badak boleh conquer seluruh malaya woooo

      Delete

    4. Midin,boboy... Born loser

      Delete
    5. Bapak penyamun is a loser di akhirat. Dengan Allah tak boleh tipu.

      Delete
  14. Saya sokong saranan sdr.Shah,tetapi kita juga harus faham ,untuk memperkukuhkan PPBM ni usaha bukan sahaja diletakkan kebahu Muhyiddin dan Mukhriz sahaja.Kerana apa yanv kita nampak kepimpinan yang dibawah tidak begitu menyerlah,tetapi walau baigamana pun diharapkan suasana ini akan bertukar dengan segera selepas ini.Kita mengharapkan pengembelingan tenaga disemua peringkat dapat dizahirkan dengan lebih mantap.

    ReplyDelete
  15. apa yg amat d perlukan sekarang ia lah struktur organisasi yg jelas sampai ke pemimpin akar umbi.

    ini termasuk lah melantik segera ketua2 perhubungan negeri; ketua2 cawangan serta ketua2 unit.

    'war cabinet' ala tentera yg sedang menghadapi peperangan perlu d ujud kan segera.

    kita tahu pengundi2 Bandar sudah pun bersama kita olih kerana mereka sudah sedar betapa bercelaru nya pimpinan najib sekarang. tumpuan istemewa harus d beri kpd kawasan2 felda n luar Bandar.

    dengar kata pelancaran besar besaran akan d adakan pd 14 jan 2017 ini.

    marilah kita sama2 menyemarak kan perjuangan PPBM selepas ini. tun m tlh merentas jln utk kita sambut n meneruskan nya.

    saya tlh beriltizam utk membantu menggempur pekan/Pahang n saya akan merayu kpd rakan2 pesara2 kerajaan yg pernah memegang jawatan penting utk sama2 menyumbang tenaga n berusaha membantu menjatuhkan pasangan 'klepet'(serta parti UMNO yg tlh d rosakkan).

    iasya'allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan rahman....saya rasa lebih bagus pkr, amanah dan ppbm combine jadi satu parti. Memang dari segi practicality, ianya susah, pemimpin2 ada ego masing2, ini perkara biasa. Tapi bagi rakyat biasa macam kita, less is more. Buat apa banyak2 parti nak tubuh cawangan , bahagian, ranting cabang dan sebagainya. Work as one, and it will cost less resources. Kalau boleh combine sekali ngan DAP lagi bagus.. long shot anyway.

      Delete
  16. Budin,
    Tgk cara orang lama dlm politik menilai ppbm. Ibrahim ali walaupun digelar katak, tapi dia bijak membaca sokongan terhadap ppbm. Ppbm akan disokong oleh golongan atas pagar. Ada benarnya dakwaan beliau. Kalau tsmy & mukhriz ghairah lantik ketua bahagian/penaja, akan lebih cepat la ppbm berkubur disebabkan sifat berpuak dalam politik. Semua nak jadi calon. Ini realiti. Bila awal2 dah lantik, puak lain jauhkan diri. Biar nak dekat PRU, dah kumpul ramai ahli, baru lantik calon pilihanraya. Lepas pilihanraya baru adakan pemilihan parti. Parti lain spt pkr pun tak kuat dari segi akar umbi tapi mampu menang, mampu kongsi kuasa dengan parti lain. Rakyat undi parti bukan nak dekat pilihanraya, bukan masa kempen. Awal2 lagi mereka dah ada jawapannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena target negeri yang ppbm rasa boleh kuasai..kedah sbg contoh. Tak mustahil. Usah berebut dgn parti lain. Cari negeri yg ppbm yakin boleh menang, letak majoriti calon di sana.

      Delete
    2. Exactly bro! Parti PKR dulu pon tunggang langgang, tarak sapa mau jadi calon. Tup tup bekas posman pun menang kat perak, budak cina yg tah dari mana asal usulnya (sekadar jadi tukang video "linggam") jadi ahli parlimen subang. Nurul izzah yg tarak experience apa pun boleh kalahkan shahrizat. Samy vellu nama besar tumbang kat sapa tah. Ketua menteri melaka pun tumbang. Yg menentukan kekuatan sesuatu parti, bukan ahlinya....tapi rakyat biasa yg akan mengundi di PRU nanti. PKR pun ada buat direct voting untuk jawatan parti, jumlah ahli seratus ribu lebih, yg undi dalam 10%, diperlekehkan media umno. Tapi masih gah. Dan pengundi atas pagar pun sebenarnya dah lompat pagar ke arah Asalkan Bukan Umno. Tu yg PAS dok jual mahal skrg.

      Delete
    3. Itu memang realiti politik..jawatan sapa tak nak? Drpd bergaduh pasal jawatan, baik ajak sapa2 yg tunjuk komitmen sertai ceramah seluruh negara. Dah terbukti mereka setia, rajin turun padang, jujur dlm perjuangan, barulah beri mereka peluang bertanding. Parti pun selamat dari pembelot. Yg paling penting mereka tak tikam belakang masuk tv kutuk parti bila kecewa tak terpilih.

      Delete
    4. Dulu rakyat yg mngkan pembangkang hanya semata mata aura bg Non dtg keja liwat tu, skrg dah berubah bro sbb rakyat dah bosan lagak kera badut pembangkang umpama wayang sarkis je main2 jadi wakil mmg meloyakan, pru14 mmg semuanye bakal takde keje la balik kg tanam kotey & apit msg2.

      Delete
    5. Setuju dgn 00.09

      Delete
    6. setuju anon 23.58
      sedara mara saya di kedah terutama yg muda2 dok tak sabaq nak undi PBBM atau PH
      depa dah rasa pas
      habis balak digondol
      habis hasil negeri dilahap
      kebajikan rakyat x dijaga
      negeri kotoq
      la ni pulak undet md bashah
      sama jugak
      balak digondol
      majlis bandaran dok aim saman kereta motor parking kat pasar malam la nat la dll
      mmg nmpk nak hadap duit rakyat saja

      Delete
  17. PPBM masih menunggu "derma" kerusi dari PKR hasil dari kerjasama yg dimeterai tempoh hari. si jahil yg bertuankan PPBM wajar berdoa sebanyak-banyaknya agar PKR sudi memberikan kerusi yg berkualiti tinggi dan bukan berisiko tinggi.

    DAP awal-awal lagi telah mengelak dengan alasan mereka bertanding dikawasan pengundi CINA, maka PPBM tidak akan diterima jika bertanding dikawasan yg majoriti pengundinya adalah dari bangsa CINA.

    (hey, bukankah si jahil itu dikhabarkan zaman politik perkauman dan agama telah berlalu??).

    Harapnya MOU yang ditandatangani tidak menjadi kertas tanpa harga bagaikan pembungkus nasi lemak. Semoga kejadian meliwat dan diliwat (pertindihan kerusi) dapat dielakkan.

    pesan orang dahulu kala, jika mahu berpura-pura pun perlu pada kejujuran, apatahlagi jika benar-benar berniat jujur.

    Lupakan lah pada PAS, mereka hanya membawa lari 70 kerusi, hanya disetiap kerusi yg mereka tandingi akan berlaku pertandingan tiga penjuru - BN vs PAN vs Pakatan Harapan plus PPBM.

    😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey hey hey kau la si jahil; tak tau pasal ekonomi, kewangan, tak boleh jawab apa2 persoalan yg dituju pada kau pada posting2 lepas, tak tau baca english sebab tu tak paham laporan kes berkaitan 1mdb di spore, soal agama dari bro john doe pun tak berani jawab, tulis bunga2 taik ayam....hey hey hey jahil nak tunjuk pandai...

      Delete
    2. setiap dari tuduhan dan "prasangka" kamu kepadaku tidak mengubah hakikat betapa kamu tidak sanggup membela tuan2 politikmu apabila aku membawakan keadaan dan sifat mereka.

      Bro John Doe awk juga tidak sanggup membela tuan2 politikmu. Dan semakin berhati-hati agar tidak lagi tersingkap sifat taasubnya ( sehingga bersumpah pada urusan hati dan lidahnya adalah saling membenarkan).

      Kamu hanyalah sebahagian dari anak' panah yang meluncur dari busurnya. Dan nilaimu terikat pada 1 undi yg menjadi hak kamu.

      Kamu teruja menanti pada penutup kisah 1MDB ? sebenarnya ia telahpun tamat. Dan kamu hanya akan bungkam lalu berdiam diri apabila tuan2 politikmu bersama sekutunya diluar sana tidak lagi mahu menyentuh kisah 1MDB.

      Masihkah kamu teringat kisah SEPINA dari makamah Perancis ??

      😂😘



      Delete
    3. Unknown; anda gagal berbahas secara ilmiah dengan pembahas seperti saudara Othaman dan John Doe dan lain lain. Anda berdiam diri dan gagal menjawab balas segala isu yang anda sendiri kemukakan. Itu petandanya anda tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengupas isu politik, agama, sosio ekonomi; dan isu isu semasa negara seperti hutang negara, 1mdb, felda, FGVH, kos MRT, nilai ringgit, gst. Anda sekadar menulis berbunga bunga tanpa isi yang nyata, di ulang demi hari dan minggu dan berbulan dah. Anda ada 1 mulut, 2 telinga dan 1 kepala...talk less, listen more, and make full use your of your head to learn, and learn, and learn.

      Delete
    4. Unknown, 1mdb dah tamat? Sah ko ni bodoh.

      Delete
    5. unkno 01.55 kes 1MDB dan Aabar Abu Dhabi belum tamat. Sila baca sebelum komen

      Delete
    6. Mak long unknown....orang BSI singapore baru dijatuh hukum penjara. Banyak lagi pekong tg tersembunyi. Tak de mana dah tamat cerita kes samun tu. Kalo ye pon....janganlah gelojoh sangat nak tutup kes makcik ooooiii....

      Ko ingat orang pon sama bangang macam ko baca utusan dan tengok tv3 jer?? Sorry weiiiii.....kita orang tak main berita lokal yg disalurkan oleh toyol.

      Ko sorang ajelah yg terima bulat2 cerita toyol dan badak tu hokayy.

      Delete
    7. Unknown:-

      Bro John Doe awk juga tidak sanggup membela tuan2 politikmu. Dan semakin berhati-hati agar tidak lagi tersingkap sifat taasubnya ( sehingga bersumpah pada urusan hati dan lidahnya adalah saling membenarkan).

      Jawapan :-

      Unknown sekali lagi memberi komen tanpa disiplin ilmu. Ia menuduh saya taasub sehingga sanggup bersumpah membenarkan lidah dengan hati. Mari kita nilai tuduhan ini mengikut dalil dan disiplin ilmu.

      Larangan taasub ini adalah daripada hadith sahih yang bermaksud "bukanlah dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyah".

      Taasub dan asabiyah adalah dari kata akar yang sama iaitu عصب yang bermaksud extreme.

      Syarah kepada larangan taasub / assabiyah di dalam hadith berkenaan ialah larangan untuk berlaku extreme menyokong puak sendiri sehingga membenarkan perkara yang jelas bathil.

      Ringkas cakap 'kalau puak aku salah pun aku kata betul' itulah definisi yang betul apa itu taasub.

      Di dalam para yang sama jelas Unknown telah menulis dua perkara yang bertentangan. Pada mulanya ia mengatakan saya tidak sanggup membela tuan2 politik saya. Kemudian ia mengatakan pula saya taasub.

      Benar saya tidak akan membela pimpinan puak yang saya sokong sekiranya apa yang dilakukan oleh individu itu kelihatan jelas salah. Benar juga saya menulis dengan berhati-hati agar tidak membela perkara bathil. Adakah ini taasub?

      Tidak sama sekali. Keengganan saya membela perkara bathil menjadikan saya selamat dari sifat taasub yang ditegah Nabi saw. Maka bagaimanakah pula Unknown boleh mengatakan saya taasub. Ironi bukan?

      Unknown pula membela Najib dan bangkai 1MDB yang membusuk dengan hujah2 yang tidak berfakta.

      Pembelaan Unknown bukan sahaja ibarat cuba menegakkan benang yang basah, malah juga penuh dengan penipuan. Ia malah berkata kisah 1MDB sudah tamat. Tidakkah ini penipuan yang amat nyata.

      (Atau memang benar Unknown ini di dalam gua dan hanya keluar untuk mengikuti kursus JASA. Sebab itu bukan saja ilmunya terhad malah maklumatnya pun zero).

      Unknown jelas melakukan penipuan demi penipuan apabila membela bangkai 1MDB yang membusuk. Ia malah tidak segan silu meletakkan nyiru di atas bangkai gajah dan berkata 'tiada apa2 pun di bawah nyiru ini'.

      Maka jelaslah Unknown menipu untuk membela kebathilan puak sendiri adalah yang sebenarnya beramal dengan sifat taasub.

      Hati2 Unknown, kamu melakukan perkara yang Nabi sendiri tidak mengaku umat. Hadith tersebut berbunyi 'laisa minna' yang bermaksud bukanlah dari kalangan kami. Secara kinayah ia bermaksud Nabi tidak mengaku umat. Lagi mahu jual kalimah agama di sini?

      Kemudian Unknown juga menyatakan tindakan saya bersumpah laknat adalah tanda saya taasub. Anehnya ialah apabila saya bersumpah laknat isinya ialah membenarkan lidah dan hati saya sendiri sebagai selari. Ini diakui sendiri oleh Unknown.

      Di dalam lafaz sumpah saya tiada pihak ketiga atau mana-mana puak pun terlibat di dalamnya. Bagaimana pula sumpah yang tidak melibatkan pihak ketiga melainkan di atas kebenaran diri sendiri boleh dihukumkan taasub.

      Itu belum saya sentuh mengenai pensyariatan sumpah laknat untuk menghadapi golongan yang bercakap perkara yang ia sendiri pun tidak yakin benar (sebijik seperti Unknown).

      Unknown jelas suka membuat hukum sendiri tanpa dalil dan tanpa mengikut disiplin ilmu tapi tanpa segan silu memanggil orang lain 'si jahil'.

      Keengganannya untuk bersumpah mengakui lidah dan hatinya sekata membuktikan bahawa ia hanya seorang penipu. Benarlah kandungan AlQuran di bbrp tempat bahawa orang yang menipu ini mereka sebenarnya hanya menipu diri sendiri sebab yang menipu adalah lidah dan bukan hati. Disebabkan lidah dan hati dimiliki oleh (atau hakikatnya dipinjamkan kpd) tuan yang sama maka si hati tahu bahawa si lidah sedang menipu.

      Siapa yang jahil dan siapa yang taasub sudah jelas terbukti apabila ia dibahaskan menurut disiplin ilmu.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Bro Joe
      Apa yg diharapkan dari tukang kipas makcik unknown tu?? Dahlah buta.....pekak bisu pulak tu. Pencacai toyol dan badak.

      Delete
    9. Unknown.....kamu tak malukah yg kamu ini 'kurang ilmu' tapi masih nak berbahas?...apalah kamu ni....'akai kuren' ke?

      Delete
    10. Si Keldai Unknown muka tak malu masih berani2nya kong-kali-kong di halaman ini lagi...!! Bukankah hari itu saya minta alamat & h/phone nya untuk saya 'menimba ilmu' darinya....???

      Delete
  18. Admin dah tahu sejauh mana ketidakbolehan Miden tu, tahu takpe, hang tak tahu lagi ka gelaran yg diberi pada Miden ni. Mat Keroh ... Asik tido berkeroh je tak reti nak buat kerja ... Tu yg mantan mati kutu dibuatnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si boboi pun sama asik2 ayah ea nak suap, buat ini ... Buat itu ...jgn buat mcm ni ... Jgn buat mcm tu. Apa la kapal Van der Vick ppbm belum belayar dah tonggolam.

      Delete
    2. Belom tau sape yg tenggelam.....jangan riyak, jangan over confident cakap besar. Kuasa Allah tak dapat dijangka....silap hari badak air yg tenggelam terus tak timbul2.

      Delete
    3. Mamat 1.28 dan 1.31 orang yang sama. Jawab komen sendiri selepas menulis 3 minit. Gaya cakap pun sama. Ini lah jnis pendedak Najib. Siapa nak percaya apa dia cakap. Hanya mencaci peribadi. Takda isi.

      Delete
    4. Bau hangit si Sewel 1:28 & 1:31 memang terserlah kepunyaan Kejora. Di semua blog2 Kejora menggelar Mukhriz sebagai boboi, Tun M (Madey) & TSMY (pipi lebam).

      Delete
    5. Ottoman ko baya bila ko beli je, baya sikit heboh, o'ang lain hari-hari beli relax je, pegi tengok mana2 shopping complex & kedai mkn, terutama o'ang Melayu sanggup beratur lagi. O'ang Cina mkn bersukat o'ang Melayu la yg memeriahkan perniagaan diarang sbb rata2 Melayu tak heran dgn duit sbb duit bukan segalanya. Saban tahun perkakasan rumah meriah bertukar ganti no hal, o'ang Cina & India rumah 20 tahun dulu sampai skrg mcm tu jugak perkakasan rumah. Ni pulak ko tukang heboh utk diarang, tu pasal Cina pandai hasut melalui ko la spepisis Melayu layu sdg diarang pancung melalui jual beli. Ada faham, org Melayu rata2 tak berkira sgt, ko pulak nak ajar, apa kena ko ... deman lagi ke. Sekali lagi saya nyatakan o'ang Melayu bukan jenis berkira sgt tentang belanja, hari ini habis besok cangkul lagi dgn izin sang perkasa.

      Delete
  19. Ppbm dilihat tak pandai ambil peluang dan kesempatan yang ada sekarang. Tak kala dia org tgh x bersatu hati...ppbm pula dilihat slow, buntu & selesa dgn situasi skrg. Tindakan mcm hangat2 tahi ayam je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kamu yang tahi ayam. Tapi setuju kamu kata dia orang BN tengah tak bersatu, berdentam dentum antara Umno, Mca dan Mic sekarang. Harap pecah sebelom Pru14.

      Delete
  20. Setuju sesangat dengan cadangan Sdr Shahbudin.

    Kita perlu dengar Muhyiddin dan Mukhriz cakap selalu, di mana mana pun. Kritik dan caci tingkah laku dan kerajaan Najib.

    1MDB, BRIM, apa saja kepincangan , penyelewengan pemerintahan Najib. Pengundi mesti di beri kesedaran sepenuh nya.

    Contoh nya, bahawa BRIM itu bukan sahaja rasuah tapi bodoh. Sebab beri yang berpendapatan rendah RM500 wang tunai tapi sedut dari mereka melalui GST apa saja yg di beli, jumlah yang lebih RM500 setahun.

    ReplyDelete
  21. Engine dah tua macam mana nak laju, nanti bertabur taik
    dijalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahi Najib berterabur di jalan bukan saja di Malaysia, jugak di luar negara. Cerita "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" dah ketara di US dll.

      Najib membesarkan kemaluan rakyat Malaysia. Perlu di singkirkan di Pru14.

      Delete
    2. Taik toyol dah bersepai sampai luar negara pun busuknya orang dapat hidu. Sampai reporter luar negara tanya pasal skandal duit rembat tu.
      Tapi biasalah siapa nak ngaku berak tengah jalan. Nak tak nak kenalah buat muka selamba bodoh konon bersih lagi suci tapi ekor bermain taik.

      Dengan Allah lagikan tak malu, inikan pula dengan manusia.
      Macamlah dia hidup tak mati mati.

      Delete
    3. najib mmg takdak pilihan lain kalau pi persidangan luar negara
      kena buat muka tebal aje

      Delete
  22. Tuan Budin

    Saya tertarik dengan pandangan yang menyebut lebih baik tidak dilantik lagi jawatan di peringkat bahagian dan cawangan ditakuti berlaku perebutan jawatan.

    Fokus kepada menjatuhkan kerajaan keleptokrat pengkhianat ini dulu.

    Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

    Maka renung dan fikirkan adakah langkah pertama itu ialah menubuhkan bahagian dan cawangan. Ditakuti ia langkah yang silap.

    Saya tidak menyokong atau menentang pandangan tuan Budin ataupun pandangan yang saya petik.

    Kedua2nya ada pros and cons. Apa pun memandangkan Ahli MPT telah dilantik saya percaya mereka semua akan dan barangkali telah pun menghalusi pros and cons cadangan ini.

    Apa pun perjuangan menumbangkan penyamun ini mesti diteruskan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. PPBM aku percaya xde duit, sbb Tu tak mampu nk turun bentukkan cawangan/ bahagian. Org2 kg rata2 miskin, mudah tertarik dgn duit. Kalau Ada cawangan sekalipun, tp ketua tak Ada duit nk buat aktiviti, xleh tarik org la

      Delete
    2. Tak betul PPBM takda duit. Anak2 Tun M ada syarikat2 besar yang banyak anak2 syarikat. Tentu ada yang mahu menderma.

      Derma genuine punya, bukan "derma Arab 2.6 bilion bedaah.

      Aku rasa belanja lebih ke tak ada lah strateji Tun. Tunggu le Pru14 kalau nak tengok.

      Usha2 nak tubuh cawangan & bahagian kena buat sengap2. Sebab usha2 sentiasa di jalankan nak pujuk ahli2 Umno masuk PPBM. Kalu heboh, nanti TEUKU (bukan Tengku) Nan akan keluarkan peluru. Peluru politik. Walau pun ada yang blank.

      Delete
    3. 9.01 PPBM bukan melarat macam yg difikir. Mereka ada kewangan sendiri.

      Delete
  23. setuju tuan,

    tsmy perlu lebih vokal untuk meyakinkan orang ramai.

    bukan tak hormat tun m tapi jika ppbm berjaya mendapat kuasa kerajaan, harap bukan tun m yang akan memilih perdana menteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. midin pagoh nk bsuara? telo dh kne pgng der kikikikiki..lbh2 kang jd anina 4 jam plk kikikikiki

      Delete
  24. dah tua satu hal..nyayuk lgi..dulu kata DAP ni jahat..demi nak jatuhkn Najib yg tak mau dengaq ckp dia..p bercium mulut plk ngn kit siang..tu blm lg bab nuar ketum..dlu kata dia ni spesis pelik..la ni dia dok cium buntut ketum..apa pnya manusia ni..dok canang kononya dia lah yang hebat, bina itu bina ini..pundekla, negera masa tu semua xda, blhla sembang nk buat itu nak buat ini, skng bila dah ade semua, masih nyayuk plk itu x betui ini x betui..samala dengan admin tahit cicak ni, teruskanlah menjilat madir tu, bia dr kulit kedut smpai tegang semula..dok mgata orang makan dedak..orang mkn ayam..ayam makan dedak..dari puak dia, dok jilat kahak si tua gila ni..pdn muka...balasan! cittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan pendapat Tuan, dulu sy pon terjoin Tun, tp sejak 2 menjak ni, naik menyampah plk, sangup bgnding bahu dengan musuh nak jatuhkan Najib..memang melayu mudah lupa, dhla ckp BRIM ni haram, anak beranak dia memang la xplukn BRIM kaya raya, kereta mewah berpuluh2, hanya satu je saya boleh katakan pada Tun, Tun, sudahlah, perjuanagn makin mengarut dan tak relevan langsung skrang ni...

      Delete
    2. dah lama dah tahu..Tun memang gila kuasa..bajet diri je best, blahla madir..

      Delete
    3. Lagi relevan sokong perompak wang rakyat kan. Untung2 licin terus wang Malaysia yang berbaki sikit lagi tu.

      Delete
    4. sebab najib lebih menjahanamkan negara daripada anwar dan kitsiang

      Delete
  25. Bila ada 3 komen yg masuk tak sampai 10 minit tu la tandanya Anon 1135, 1141 & 1143 tu semuanya Beruk yg sama.

    Taktik murahan balaci najip

    Macamla org bodoh sgt

    Padahal dia bohong najip & dirinya sendiri je

    ReplyDelete
  26. Janganlah mengharap. Satu sembab dan tunggul.

    Dan satu lagi pengantin yg sudu pun mak andam pegang dan suapkan.

    ReplyDelete
  27. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete