Satu perkara yang menarik dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Kedah yang entah bagaimana kesudahan ceritanya nanti ialah apabila parti-parti pembangkang dilihat boleh bersatu akhirnya atas matlamat yang sama.
Walaupun Pakatan Harapan ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, manakala Pas kekal sebagai parti yang bersendirian, tetapi kesemua 15 Adun pembangkang Kedah sepakat memberi sokongan kepada Mukhriz Mahathir untuk terus kekal memimpin negeri Kedah.
Adun pembangkang di Kedah terdiri daripada 8 Pas, 4 PKR, 2 DAP dan 1 Amanah yang menjadikan jumlahnya 15, manakala 21 kerusi Adun selebihnya dipegang oleh BN.
Adun-Adun pembangkang bukan saja sepakat menolak cara penyingkiran Mukhriz yang dianggap tidak beradab dan tidak sesuai dilakukan ketika sambutan Keputeraan Sultan Kedah sedang berlangsung, malah juga menganggap menukar Menteri Besar bukanlah keutamaan berbanding keperluan mengganti Perdana Menteri yang banyak menyusahkan rakyat.
Jika dilihat bagaimana percakaran antara Pas dengan DAP dan Amanah serta akrabnya hubungan antara Najib Razak dengan Hadi Awang sejak bulan-bulan kebelakangan ini, tentu tidak ada yang terperanjat sekiranya 8 Adun Pas menyokong pertukaran Mukhriz itu atau setidak-tidaknya mengambil sikap berkecuali.
Lagi pun, Pas tentunya maklum bahawa menukar Mukhriz sebagai Menteri Besar bukan semata-mata kehendak kumpulan pemberontak di negeri Kedah, bahkan juga merupakan "hajat besar" Najib sendiri dalam usahanya mengukuhkan lagi kedudukannya.
Maka, sekiranya Pas dan Hadi Awang ingin menunjukkan sikap positifnya terhadap layanan UMNO dan Najib yang begitu baik hati semenjak akhir-akhir ini, mereka boleh saja mengarahkan 8 Adun Pas itu mengambil sikap yang cenderung kepada hasrat hati Putrajaya itu.
Tetapi dengan semua 15 Adun pembangkang memperlihatkan begitu mudahnya mereka mencapai kesepakatan, termasuk 8 Adun Pas, meskipun dalam bercakaran sesama sendiri, ia adalah isyarat penting bahawa berbaik dan bekerjasama dengan UMNO bukanlah pilihan yang mutlak bagi mereka.
Parti-parti pembangkang, termasuk Pas, nampaknya masih menjadikan agenda menjatuhkan UMNO keutamaan dalam perjuangan.
Parti-parti pembangkang juga bila-bila masa saja boleh tertarik hati dengan mana-mana kumpulan yang berbeza pendapat dan ingin mengenepikan Najib daripada terus memimpin negara.
Isyarat daripada Kedah ini adalah petanda yang boleh menggerunkan hayat politik Najib dan UMNO.
Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya perkara yang selalu diulang-ulang oleh oleh Azmin Ali bahawa pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU 14 nanti, lebih mungkin menjadi kenyataan akhirnya.
Ini sekaligus memberi lebih harapan kepada kemungkinan berlakunya perubahan dalam politik negara, sesuai dengan keinginan yang semakin membuak-buak di kalangan rakyat yang kian menunjukkan peningkatan ketika ini. (SH 03/02/2016).
Cakap Hj Hadi Takiri Zuhdi dah tak laku... ini sahaja jalan selamat bagi PAS Jika tidak sekali lagi PAS dianggap sebagai pengkhianat dalam berkawan.
ReplyDeleteNegeri Kedah lah menubuh ngo - PASMA!
Jalan nak selamat kan PAS juga terbuka semula.
Selepas ini Kedah adalah negeri terbaik dengan demokrasi nya apabila pru nanti mereka bertembung dengan cara yang lebih 'sporting'.
pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU 14 nanti, memang akan menjadi kenyataan.
ReplyDeleteRakyat malaysia akan pastikan BN kecundang akhirnya. Sekarang ni BN sedang sibuk buat duit, kaut sana sini sebagai wang pencen.
Tunggulah pembalasannya nanti Apandi dan najib blues
Oleh itu jangan ada pihak yg dgn fasih lidahnya meng "UG"kan PAS dgn UMNO.
ReplyDeleteMudah2an PAS masih tetap istiqomah bertindak mengikut lunas Islam yg diridhoi Allah Azzawakalla semuga selamat dunia akhirat.
Pembetulan...Azzawajalla
DeleteDrama ended with mukhriz resignation
ReplyDelete1 ring to rule them all
1MDB to rule them all
Any more MB risk taker againts Najib? Think twice....
This drama actually give mukhriz more advantages and popularity compared to Najib,where he and his party were being dragging towards shits hole when times up, so no need to waste time with all this idiots and corrupts leaders.
DeleteActually it is good for mukhriz...he knows umno bn will go down the drain next GE. And bn kedah will eventually fall. So everyone will not blame him...most fingers pointing towards amat bashah instead.
Deleteapa la sgt setakat MB perak and MB kedah Najib jatuhkan. Sedangkan TPM and AG tukar mcm tukar baju je... Nothing so suprise.
ReplyDelete1 ring to rule them all
1MDB to rule all MB
1 Rosmah to rule the nation.
Delete1 vote from each voters will bring Rosmah and Najib to jail ha ha ha.
Tukarlah pulak MB Johor dgn Ahmad Maslan budak cerdik tu.
DeleteApalah punya bodoh najib ni
Already confirm Mukhriz resign...the doom end for BeNd in the next GE...hahaha
ReplyDeleteJangan mimpi Siang hari lah kuncu2 rejim busuk pembangkang..
DeleteMinta en. Budin buat story ttg mb kedah yg baru nie. Dgr2 dpt ke ahmad bashsh yg hanya brkelulusan spm. Bukan nk mengeji atau mnghina, mereka boleh brjaya diluar tp untuk mentadbir dan menerima amanah yg besar ini kita perlukan org yg brpendidikan tinggi dan muda spt mukhriz..
ReplyDeleteen budin, mana hang dapat data bahawa semua adun pembangkang bersatu sokong mukhriz? jemaah pemangku sultan kedah tidak akan memberi data tersebut kepada media. wakil adun pembangkang, dato' fakhrulrazi juga menyatakan bahawa mereka tidak akan menyebut kemana sokongan mereka. pertemuan antara jemaah pemangku sultan juga dilakukan individu ke individu, bukan bersekali semua adun pembangkang. jadi, amat pelik bagaimana en. budin boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? adakah en. budin dapat maklumat dari mp pokok sena? tidak kiralah kemana condongnnya en. budin punya pendirian, fakta yang hak tetap hak. tidak boleh dan tidak senonoh jika en. budin secara sembrono mengeluarkan bukan fakta sebagai fakta. saya secara peribadi juga tidak menyenangi kemelut ini sehingga memaksa mukhriz tun mahathir terpaksa (dipaksa sebenarnya) untuk meletak jawatan. bagaimanapun saya bimbang bentuk penulisan yang berbaur antara benar dan fitnah begini akan lebih merosakkan, bukanpun membina suatu negara aman makmur tak kira siapa dan apa parti yang memerintah.
ReplyDeletePembangkang hanya mencari peluang dari kelemahan BN. Itu saja.
ReplyDeleteYang paling disukai ialah bapak dia sibuk nak suruh PM letak jawatan. Tapi sekarang anak pulak yang ditendang keluar. TERBAIK !!!
Takat ni jerr level bahas kau? Lulus darjah 6 kot?
DeleteHelo En Shah, pembangkang tidak sokong MM. Dia orang mintak adakan undi di Dewan. Adakah berita ini sahih atau nak memalukan RC Kedah ? Apa apa pun ternyata Adun BN di Kedah masih sokong Dato Bashah dan PM kita. Inilah fakta !
ReplyDeleteZaman ni banyak betul buang sana sini, pecat memecat, tukar org tu org ni.....macam negara Disneyland pulak......hahaha
ReplyDeleteYg sokong letak jawatan adalah beberapa org. Yg sokong mukhriz beribu2.. Inilah kuasa jawatan... Ujian utk kita..
ReplyDeleteNegeri Kedah Darul Aman kembali ke zaman kegemilangan Merong Mahawangsa dengan kepimpinan KEDAH TUA.
ReplyDeleteBukan nak mengatalahhhh...kalau kat Spore, ahli politik macm Bashah meeka akan suruh dia tampal poster je. DMsia shj bolih jadi Ketua Negeri.
ReplyDeleteIkon kejayaan lulusan tingkatan 3. Good luck orang kedah.
ReplyDeletepadanlah tengok muka macam orang bodoh je
DeleteKenyataan Media ADUN-ADUN Pembangkang KEDAH
ReplyDeleteJawapan untuk Anon 11.57 dan 12.03 - ini adalah kenyataan bersama Adun2 pembangkang yang secara tersiratnya bermakna mereka menyokong Mukhriz, begitu juga kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dr Wan Azizah semalam.
HENTIKAN SEGERA KRISIS, UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT
1. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang turut menjemput semua ADUN dari parti pembangkang bagi mendapatkan pandangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri Kedah sekarang. Tindakan yang diambil oleh pihak Istana ini adalah merupakan satu langkah terpuji, menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat.
2. Semua ADUN Pembangkang Kedah mengambil sikap bersama; membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN negeri ini yang cuba menurunkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari kedudukannya selaku Menteri Besar melalui cara yang tidak bersusila. Lebih mendukacitakan, tindakan tidak beradab tersebut dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
3. Jika Dato’ Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat. Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan; termasuk rakyat dan pihak istana.
4. Bagi kami, pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak menyusahkan rakyat.
5. Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera, kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat. Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui penentuan di Dewan Undangan Negeri.
Sekian, terima kasih.
ADUN-ADUN Pembangkang Kedah
Bertarikh: 2 Februari 2016
Kepada yang berkenaan
DeleteApa lagi, tak kan senyap je.
Lekas minta maaf!
Ingat ini koperal polis yang diberhentikan kerana rasuah ke...
Bro ini telah menghasilkan enam buah buku !
Alhamdulillah,
ReplyDeleteMasih ramai lagi ahli ahli PAS yang cerdik politik, walaupun ketuanya mudah diperbodohkan oleh si BODOH.
Ada kemungkinan Jemaah DiRaja tidak hanya mengira sokongan semasa buat keputusan tersebut. Jika semua Pembangkang dan beberapa adun UMNO sokong Mukhriz pun masih ada beberapa perkara di ambik kira yang mana banyak buruk nya dengan mengekalkan Mukhriz atau menolak Mukhriz.
ReplyDeleteYang penting Jemaah DiRaja telah mengambil kira pandangan politik terus dari ahli-ahli politik pembangkang.
Kalau dalam PAS ada Husam, dalam UMNO ada Mukhriz.
Bagaimana Kedah selepas ini ? UMNO perlu buktikan pada rakyat Kedah dengan memberi peruntukan yang lebih dari apa yang diterima oleh Mukhriz.
Sepatutnya tanya juga pandangan peribadi Hj Hadi... entah-entah adun-adun ada terima pesanan atau panggilan talipon sebelum menghadap Jemaah DiRaja. Atau kena kenal pasti orang Hj Hadi dan adakah mereka tidak menyokong atas kehendak pusat yang ingin menunjukkan 'kerjasama presiden' masih baik.
ReplyDeleteTok guru ni lagi tak boleh pakai
DeleteCer siasat,berapa Juta hinggit Derma yg ADUN2 dapat sebelum DSMM berjaya digugurkan..kalau tak habis,minta pulangkan blk tau..
ReplyDeleteAlangkah busuknya hati pemimpin2 umno lihat bagaimana dia menghina ahli umno yg tak sebulu dgn mereka ts mahyudin ds shafie mb terengganu ds mukhriz ds khairuddin dari umno p pinang kerana gila jawatan dan kuasa dan kita ahli umno hanya sebagai barua saja tak dapat apa pun dan kita berdoa agar umno akan hancur dlm pru 14 nanti
ReplyDeleteAlangkah busuknya hati pemimpin2 umno lihat bagaimana dia menghina ahli umno yg tak sebulu dgn mereka ts mahyudin ds shafie mb terengganu ds mukhriz ds khairuddin dari umno p pinang kerana gila jawatan dan kuasa dan kita ahli umno hanya sebagai barua saja tak dapat apa pun dan kita berdoa agar umno akan hancur dlm pru 14 nanti
ReplyDeleteSH komen sikit tentang Si Nazri Aziz cakap kat Mukriz jgan perasan sangat tu. Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak
ReplyDeleteBukan ayat mcm ni pun dulu ada orang tu pernah cakap ke.
Cash is King telah membuktikan Maruah seseorang boleh dibeli..bg makanlah duit tu kat anak2 bini.. InshaAllah hidup mereka tak akan aman selagi tidak bertaubat Nasuha & minta maaf kpd RAKYAT jelata...
ReplyDeleteWe only watch d thieves do their job right in front of our very eyes and there is nothing we can do other than talk d talk and talk d walk. It really hurts..
ReplyDeleteFurtunately, there are people who continue to do something, people like Tun, Zaid, Tuan Syed, tony pua, rafizi. We can give them moral support. This is no longer about politics, this is about the future of our nation. Dont feel sad.
DeleteYou are right this 2nd Unno guy stole the seat from 1st Unno guy who stole the seat from Pakatoon in 2013 when that Packatoon was foud to have stolen heavily from the coffer so people gave the chance to the 1st Unno guy to steal the seat from Packatoon. he he
Deletekuasa umno di kedah tidak akan stabil jika DS Mukhriz dan seorang atau dua orang wakil rakyat umno di pecat atau mereka keluar umno dan menjadi adun bebas..mungkin ahmad bashah jadi mb untuk seminggu
ReplyDeletejangan aniaya orang,ajal itu pasti, neraka itu abadi. Sedangkan masa kita sakit kene sakit buah pinggang, jantung, strok pun ter xtahan sakitnya.
ReplyDeleteinikan pula sakit selama-lamanya yg tak kan hilang diseksa di neraka nanti.
kan dah kata majoriti satu kerusi dah memadai kalau tak masakan puak yg dilabelkan kurang cerdik begitu yakin dengan "langkah kaedah" mereka. mereka berjaya dan bermakna mereka bukanlah kurang cerdik. sekarang nampak tak siapa cerdik dan siapa tidak, he he
ReplyDeleteKecerdikan tahap form 3...dan keupayaan makan dedak mengatasi rasional...tahniah.... dan beranilah bersemuka dengan rakyat kedah memperjelaskan isu 1mdb. Kita pun nak dengar cerdik mana..
DeleteUMNO akan menyusahkan Mukhriz dan menyusahkan Mukhriz bermakna menyusahkan rakyat...
DeleteTapi yang pilih UMNO pun rakyat jadi mereka bukan peduli pasal kredibiliti atau kebijaksanaan menguna kuasa
Sampai juga masanya nanti rakyat akan menyesal beri muka sangat pada UMNO dan Najib
Form 3 rupanya...elok suruh dia pump tayar lori saja lah.
DeleteHari ni boleh lah kalau kerja kilang. Ingatkan hebat sangat
http://libanglibu.blogspot.my/2016/02/anwar-ibrahim-suka-suka-masuk-jel-baq.html?m=1
ReplyDeleteSaya ucapkan tahniah kepada dato' seri mukhriz kerana meletak jawatan dengan bermaruah...:-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteGugurnya para menteri. Paling awal Timb. Perdana Menteri dan Menteri Penuh lepas tu Menteri Besar. Semuanya Digugurkan oleh Perdana Menteri.
ReplyDeleteAdakah selepas ni akan ada mereka bertaraf menteri kelak digugurkan lagi kecuali Perdana Menteri?
DSN sudah mengakui beliau bukan buah durian yang akan gugur dengan sendiri samada sudah matang. Maknanya buah dah matang tapi masih tak jatuh kebumi.
Tapi ada buah durian baru berputik gugur kerana disentuh kera atau disebabkan cuaca atau rosak.
Realitinya Pohon durian setua balak kalau dah terendam air terlalu lama pasti mati reput dan tumbang.
Ada Allah dalam hAti,
ReplyDeleteBibir tersenyum Menanti mati,
Ada mahkluk dalam haTi,
Jasad berkelana hindari Mati.
เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot เครดิตฟรี เกมสล็อตอออนไลน์
ReplyDeletehttps://www.slotv9.com/pgslot