Tindakan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz dalam menangani isu 1MDB bukan saja dilimpahi pujian oleh rakyat, malah turut mendapat sokongan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Setelah diberi amanah menjalankan siasatan dengan teliti berhubung 1MDB dan kemudian mendapati wujud pelanggaran undang-undang, Bank Negara lalu mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan perundangan yang sewajarnya diambil.
Apabila syor tersebut ditolak dan dirayu semula, tetapi kemudian ditolak juga, Bank Negara yang dipimpin oleh Dr Zeti lantas mengambil tindakan segera membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini mengenai pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara serta mahukan wang itu dibawa pulang untuk dikemuakan pelan baru mengenainya.
Tidak ramai yang berani bertindak demikian. Selalunya apabila syor mereka ditolak oleh Peguam Negara, ramai yang diam dan redha saja serta menganggap tanggungjawab sudah selesai.
Dalam posting di Facebooknya, Dr. Mohd Asri menulis, "Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar."
Sehingga pagi ini posting itu telah mendapat hampir "40 ribu likes" daripada rakan-rakan Facebook beliau.
Diharapkan dalam kemelut 1MDB yang sehingga Majlis Raja-Raja pun turut bersuara mahukan ia diselesaikan dengan segera dam diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat, lebih banyak agensi penguatkuasa dan kawal selia negara menunjukkan keberanian masing-masing dalam menegakkan kebenaran serta benar-benar takutkan Tuhan.
Mufti adalah ulama dan ulama adalah pewaris Nabi. Apabila pewaris Nabi turut memberi sokongan dan pujian kepada Dr. Zeti, tiada pilihan bagi kita selain turut sama memberi sokongan sambil mendoakan segala kebaikan terhadap apa yang diperjuangkannya itu. (SH 12/10/2015)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletethe story now begins .... all Malaysians can hope for interesting episode in the next posting
ReplyDeleteTuan Shah
ReplyDeleteMufti Perlis disiasat dibawah Akta Hasutan kerana kelantangan. Tiada pihak di Malaysia yang kebal kecuali Regim (laknatullah). Rakyat kini hanya ada Raja-Raja Melayu untuk melindungi mereka. Moga Allah mencerahkan hati dan sanubari Raja-Raja menegakkan keadilan dan menjadi payung rakyat dan negara dengan sebenar-benarnya.
Demokrasi dah mati yang ada cuma diktator
ReplyDeleteBarangkali dengan ketulusan,keberanian BNM,jadi keluarkan aja laporan BNM pada umum(findings) dan kita tengok whats happen next.Kalau AG tak layan sebab tak ada kes.biarlah rakyaat yg tentukan.
ReplyDeleteMana fatwa Mufti Kelantan dan Perak?
ReplyDeleteMereka masih duduk berwirid. Jangan ganggu mereka. Anggaplah mereka tak boleh buat apa-apa, takut kena tamat perkhidmatan dengan sertamerta atas alasan tidak sihat seperti Gani Patail.
DeleteMereka masih duduk berwirid. Jangan ganggu mereka. Anggaplah mereka tak boleh buat apa-apa, takut kena tamat perkhidmatan dengan sertamerta atas alasan tidak sihat seperti Gani Patail.
Deletedi malaysia ada 13 'pewaris nabi', 1 saja bercakap, mana lagi 12?.
ReplyDeleteJanganlah tanya begitu. Seram bulu roma dan tengkuk saya. Amat memalukan!
DeleteJanganlah tanya begitu. Seram bulu roma dan tengkuk saya. Amat memalukan!
DeleteAgong patut pecat shj Apandi Ali dari jawatan peguam Negara. Sepatutnya sebagai peguam Negara, tugasnya adalah untuk menegakkan undang2. Tapi dia melindungi jenayah pula. Tahap kredibiliti Apandi setaraf dng Jamal Ikan Bakar dan Ali tinju. Semua baruah Najib.
ReplyDeleteBetul..semua tu barua belaka.
Deletetermasuk IGP...kalau betul penegak kuasa undang undang kenapa tak tangkap NAJIB lagi.
DeleteIkan besar semuanya terlepas. Ikan kecil kena cekup
Mufti Perak cuma akan mengeluarkan fatwa untuk membela dan membenarkan perbuatan Najib dan sekutu sekutunya
ReplyDeleteSalam hormat,
ReplyDeleteSalah-urus yg kita tahu yg telah dan akan membebankan generasi anak-cucu kita -
1. SRC =RM4 Bil drp KWAP;
2. Projek di Mongolia =RM4 Bil;
3. Pembinaan PFI =RM26 Bil;
4. 1MDB =RM42 Bil;
5. Petronas LPG Canada =RM160 Bil.
Dan tiada sesaorang pun yg telah dipertanggung-jawabkan!
Jadi persoalannya, dimanakah nilai2 mulia kemanusiaan & juga prinsip Islam seperti -
1. KEADILAN
2. KESAKSAMAAN
3. KETELUSAN
4. AMANAH
Jangan kita selalu mencabul dan memalukan legasi Rasullulah dgn mengaku bahawa kita adalah negara "Islam" sedangkan kita tidak langsung berdiri diatas prinsip2 tersebut.
Apabila kita buta pada yg nyata, bilamana realiti hodoh kita bertentangan dgn prinsip mulia kita, maka kita hidup didalam penafian yang sentiasa mencabul fikrah kita.
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, dan hisabnya TUNAI.
Jika kita sentiasa sokong penipu, perompak & penindas maka kita PASTI dan dengan TUNAI tetap kena tipu, rompak & tindas.
Selain drp MAZA dimanakah suara & sumbangan Ustaz2, Imam2 & Mufti2 (yg bergaji, berpangkat & bergelar - ehem, Mufti Perak apa khabar?) demi menggerakkan perjuangan rakyat menentang pemimpin2 munafik untuk mengatasi musibah yg serius ini?
~ Arwah Pak Sindang
Sebaik-baiknya Najib digantungkan dengan tugas-tugas rasmi.
ReplyDeleteNajib cuma di bolehkan menghadiri program-program atau majlis-majlis dan sekadar memberi ucapan sahaja.
Majlis Raja-Raja perlu mengeluarkan surat kepada Bank Negara, SPRM dan KPN untuk bertindak atas kuasa masing-masing dan sebarang arahan dari Najib atau dari Menteri di Jabatan Menteri termasuk dari Timbalan Menteri perlu lah di abaikan.
Apabila terdapat percanggahan di antara ketiga-tiga badan tersebut. MRR perlu di beri penjelasan oleh ketiga-tiga badan tersebut.
Negara ni masih ada undang undang lagi ker? Cakap sikit tangkap dibawah akta hasutan.
ReplyDeleteKalau undang undang masih lagi ada. Kenapa tak tangkap NAJIB lagi?
ReplyDeleteAWAS !!
Orang-orang ISLAM di larang Masuk!!
Peranan mufti mufti amat di perlukan demi ugama dan bangsa...tolong jgn berdiam diri
ReplyDeleteTahniah dr zeti di atas meberanian dan juga dr marza ulamak yg berani mrnegur aku doakan pesalahlaku dan tangan ghaib di laknati allah demi kesejahteraan rakyat
ReplyDeleteTahniah dr zeti di atas meberanian dan juga dr marza ulamak yg berani mrnegur aku doakan pesalahlaku dan tangan ghaib di laknati allah demi kesejahteraan rakyat
ReplyDeleteMana itu the self-styled Eminent Malays? Tak kan Tak ada pendirian di kala negara berada di persimpangan, a life-or-death situation?
ReplyDeleteSaya amat bimbang yg Mufti Perlis ini akan kena SOSMA tidak lama lagi. Mungkin tunggu saat dan ketika saja PDRM akan bawa gari ke rumah atau pejabatnya atau ke masjid semasa beliau sedang menyampaikan ceramah agama.
ReplyDeleteKita tunggu Mufti Perak akan cakap Dr Maza telah melakukan dosa besar kerana melawan pemerintah yang berlaku adil kepada rakyat. Dia akan nyatakan hukumnya haram tidak patuh dan taat kepada pimpinan negara sekarang.
Saya amat bimbang yg Mufti Perlis ini akan kena SOSMA tidak lama lagi. Mungkin tunggu saat dan ketika saja PDRM akan bawa gari ke rumah atau pejabatnya atau ke masjid semasa beliau sedang menyampaikan ceramah agama.
ReplyDeleteKita tunggu Mufti Perak akan cakap Dr Maza telah melakukan dosa besar kerana melawan pemerintah yang berlaku adil kepada rakyat. Dia akan nyatakan hukumnya haram tidak patuh dan taat kepada pimpinan negara sekarang.