Tuesday 9 June 2015

Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet?

Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein,  menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini,  hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.

Dengan Najib membawa kedua-dua Naib Presiden itu ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi menjadi bualan ialah kemungkinan Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kedudukannya dalam kabinet lebih dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.

Najib dikatakan sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan karenah dan tingkah laku Muhyiddin yang tidak cukup setia dan kurang konsisten dengannya, terutama sejak isu 1MDB meletus.

Melalui penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Najib bukan saja ingin membuktikan sikap ingin terus melawannya terhadap serangan Tun Mahathir, bahkan mahu menunjukkan beliau benar-benar pahlawan Bugis yang masih ada sisa-sisa keberaniannya.

Tempat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan diambil alih oleh Zahid Hamidi manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio Kementerian Kewangan untuk persediaan sebagai calon Perdana Menteri masa depan.

Shafie Apdal pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.

Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya ialah penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan dengan alasan "masa bertahan sudah berakhir" jika Perdana Menteri ingin terus kekal memimpin parti dan negara. 

Agensi itu juga mahukan Najib memulakan fasa "menembak" dan "menyerang" pula selepas sekian lama mengambil pendekatan berdiam diri dan bertahan.

Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan ini kerana Najib kini mula menyedari sebahagian daripada mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.

Antara pemimpin yang disebut-sebut bakal dimasukkan kembali ke dalam kabinet ialah Shahrir Samad, Pengerusi BNBBC yang sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.

Najib dikatakan amat berpuas hati dengan cara, pendekatan dan hujah Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Nama lain yang turut disebut bakal dibawa kembali ke dalam kabinet sejak dua tiga hari ini ialah Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.

Dalam menghadapi serangan dan kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib dikatakan tiada pilihan lain selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinetnya dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa untuk membentengi kedudukannya.

Bersekali dengan rombakan kabinet yang bukan saja menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan digantikan dengan Zahid Hamidi tetapi juga disertai dengan kemasukan semula Shahrir dan Annuar itu, sekaligus menunjukkan pahlawan Bugis sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini. (SH 09/06/2015)

40 comments:

  1. Anuar musa???
    Bukan dia dulu ada kes PPRT???
    Masak la kalau sua anuar musa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum we.wb,saya. IBU ENDANG WULANDARI Dri jawah timur tapi sekarang merantahu di teiwan bekerja sebagai pembantu ingin mengucapakan banyak terimah kasih kepada KI KANJENG DEMANG atas bantuan AKI. Kini impian saya selama ini semaunya sudah tercapai kenyataan dan berkat bantuan KI KANJENG DEMANG pula yang telah memberikan Angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D. Dan alhamdulillah berasil tembus. Dan rencana saya ingin Mau pulang ke kampung kumpul kembali degang keluarga saya sekali lagi makasih yaa KI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400rb Dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual AKI KANJENG DEMANG saya sudah buka usaha warung makan Dan suami saya peternakan. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, Dan saya ATAS Nama IBU ENDANG WULANDARI sekali lagi saya betul betul sagat berterima kasih kepada AKI Dan saya minta Maaf kalau Nama AKI saya tulis di internet itu semua saya lakukan karna saya Mau ada orang yang meminta bantuan Sama AKI agar seperti saya sudah sukses. Dan membatu orang orang yang kesusaan. bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB / KI KANJENG DEMANG di Nomor INI: 081 / 234 / 666 / 039 / insya allah AKI akan membantu anda karna ramalan KI KANJENG DEMANG memiliki ramalan GAIB yang bagus Dan dijamain tembus Atau KLIK DISINI

      Delete
  2. Lagi rosak lah imej Najib kalau dia buat mcm ni..mentri2 yg tersingkir bole join team Tun M macam bekas MB Terengganu

    ReplyDelete
  3. "bumi berkeping dua" ooo...patut la kemana je si jib n ros pegi...mesti lepas tu jadi gempa...next maybe negeri belah arab plk kot..hehee ..be carefull...

    ReplyDelete
  4. Satu tindakan yang lebih sesuai, soal samada tepat atau tidak, bergantung kepadea siapa yang dilantik dan bagaimana penerimaan rakyat.

    Jika ia bertujuan menyerang balas Mahathir mungkin strategi yang baik tetapi adakah ia mampu meyakini semula rakyat (?) terhadap umno kerana mereka yang dilantik dengan yang gugur dan yang tidak dilantik semuanya "opportunis" belaka. Ini sebenarnya persaolan yang lebih di utamakan.

    Mereka tetap dari benih najib yang akan menyokong Najib - ada perubahan ke persepsi rakyat (?) dan lebih teruk kalau mereka sekadar masuk untuk memeriahkan program maharaja lawak.

    Selamat mencuba, resepi baru dari chef yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi ko nak harap kluang..buat cemaner pun parti idola hang tetap hancur...

      Delete
  5. UBAH DAN TUKARKAN SESIAPA SAJA TIDAK MENDATANGKAN KEBAIKAN PADA RAKYAT sebab kalau tahi dah melekat kat depan hidung baunya akan menyerap terus ke otak dan akan menjadi ingatan sampai bila bila walaupun di basuh dengan pengwangi... kenangan PAHIT susah di lupakan KENANGAN MANIS jarang menjadi ingatan yang berlarutan.

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh ahli parlimen yg tahu atau akan tahu nanti hendak di singkir kan oleh PM...mereka2 yg tak sebulu dengan PM skrg ni letak jawatan sekali sbg ahli parlimen/adun...bg bnyk sikit PRK dlm negara...kita nak tgk gak pahlawan bugis Najib ni berani ke nak hadapi kemarahan rakyat PRK...baru padan muka dia...

    ReplyDelete
  7. Nasi dah menjadi hangit Najib oiii...tukarlah apa pun bagi rakyat hangit tetap hangit. Rakyat nak buat apa dgn nasi hangit. Ayam pun tak mau makan.

    Nak buat apa lagi dgn nasi hangit ke tong sampah juga tempatnya.

    ReplyDelete
  8. salam, jangan ambil stratergi salah nanti buruk padahnya, pergi ke akar umbi perhatikan keluhan rakyat tentang gst , tentang pengangguran , masaalah tak ada amal makruf nahi mungkar, dan tak ada terus rancangan penyatuan ummah .Agensi kerajaan jasa makan gaji buta tak ada terus program untuk kemenangan pru 14 sepatutnya ini kerja mereka bukan pergi kesarawak cari kesalahan kementerian pelajaran. Untuk memastikan kesenambungan pemerintahan melayu najib kena undur dulu jangan kesalahan pm orang lain jadi mangsa jangan jadikan muar seperti permatang pauh jangan menguji suku sakat kiyai salleh amokan lebeh teruk dari bugis

    ReplyDelete
  9. matde tekena la pulak
    yang jelas nampaknya matde ni bukan ikhlas sangat dalam menegak keadilan.tengok kes tuya patutnya kalau betoi nak keadilan kenapa masa dollah jadi pm dia tak mau cakap
    ini masa matjib dah jadi pm baru nak caka silap besar la
    matde dulu ular tedong selar banyak bisa lani ular tedong dah tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke bagi pandangan masa siasatan sedang dijalankan? itu hang boleh le cakap ngan abah hang.

      Why Mahathir bercakap pada masa sekarang - sebab Sirul yang dedahkan (?) Kenapa Sirukl tidak dedahkan sebelum ini (?)

      Itulah yang kita nak tahu tetapi kenapa siasatan tidak dibuka semula (?) Siapa yang takut (?) Kenapa takut (?)

      Delete
    2. Takut kerana salah

      Delete
  10. Muhyidin lembam bertindak. Patut Muhyidin istihar tangkap Najib bila dia pulang ke Malaysia atas kesalahan 1MDB pecah amanah.

    ReplyDelete
  11. Say NO to NAJIB9 June 2015 at 22:06

    Andai betul Tok Din disingkirkan, maka akan b'tambah watak Najib. Skrg beliau amat t'kenal sbg PM PALING TERUK selain 'KAKI KENCING', lepas ni beliau dikenali pula sbg MANUSIA YG TAK TAHU KENANG BUDI.

    Kalau bukan Tok Din yg lantang menghentam Pak Lah dulu, tak mungkin Si BUGIS BACUL ni dpt jadi PM lebih awal dari jadual asal Pak Lah

    ReplyDelete
  12. KALAU AKU NAJIB...AKU DAH SUMBAT MAHATHIR DLM PENJARA SG BULOH ATAS AKTA HASUTAN....BARULAH PAHLAWAN BUGIS...INI ANWAR KAU BERANI TAPI DENGAN MAMAK BARUA BAPAK KAU...KAU BACUL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko Najib ko pun takut bini jugek. Bini berdehem ko dah terkencing. Bini tempik ko dah terberak. Ko ni barua anwar kaki penipu tu ke? Kata sakit teruk sgt dah dlm penjara Sg. Buluh tu. Bila doktor check tak ada apa2 sakit pun. Ko ambillah anwar tu jadi pak mentua ko

      Delete
    2. MENTUA BAPAK KO...BANGANG...

      Delete
    3. Aik...marah?

      Delete
  13. DULU MASA PAHLAWAN KELATE KERABAT RAJA LAWAN PAHLAWAN KERALA MASUK MELAYU NI ,KAU NAJIB SOKONG SIAPA?? MASA TU ROSMAH MINANGKERBAU NI BELUM JADI BINI KO...AKU INGAT ROSMAH NI LAGI BRANI DARI KO SANGGUP BUNUH PAHLAWAN MONGOL....KO PAHLAWAN BUGIS PONDAN KE?? LAGI BAIK BINI KO ROSMAH BUNUH PAHLAWAN TUA KERALA NI...BANGANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengucap tuan. Berat tanggungjawap diakhirat nanti

      Delete
    2. elok pakcik taubat banyak-banyak. berjudi haram tu pakcik

      Delete
  14. Najib mempolitikkan tanah suci dar beberapa aspek. 1) Publisiti untuk menampakan yang ia seorang 'alim semasa keadaan keruh; 2) Publisiti supaya rakyat fikir apa yang dilakukan dalam pentadbiran (1MDB, baiki kediaman RM65juta dll) adalah tujuan baik; 3) Publisiti jumpa Pope kemudian pergi buat haji julung kali; 4) Publisiti Najib sponsor (dikatakan duit 1MDB) 1000 pak imam semasa pergi haji -; 5) Publisiti jumpa Pak Arab minta duit utk tolong Rohingya konon. Berapa juta RM Malaysia peruntukan utk Rohinya?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Kalau nak gugur muhyiddin gugurkan sekali shafie afdal lah! Kita tengok ada telur ke tak? Alang alang caras, kasi caras semua

    ReplyDelete
  17. Salleh Said Keruak jangan dilupakan! Dia sudah polish ball najib habis-habisan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keruak tu bercakap macam dia pandai sangat. Ampu bodek najib tak habis2. Last2 negeri sendiri kena gempa bumi baru biru muka dia. Najib yang dipuja ditatangnya tunjuk muka hidung pun tidak.

      Sedar dirilah sikit keruak.

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Shafie Afdal cakap betul ba, napa mau dibuangnya. pantang mundur kecuali operasi

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Aku rasa tak beranilah siNajib buat macam ni sebab PR ada lebih 88 seats. Kalau team Muhyideen dan Ku Li join PR dlm usul vote of no confidence, mana Najib nak lari????? Najib bolih harap 4-5 kerat MP Pas yg diketuai olih Hadi sokong dia.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Tahniah pada tuan Shahbudin yang boleh dikatakan blogger paling berpengaruh. Satu Negara boleh gempar..

    Patutnya PM ambil org-org yang macam tuan ni la yang berjaya mempengaruhi minda segenap lapisan masyarakat.

    Spekulasi menjadi reality?

    Bahayanya spin macam ni boleh pecah belah ramai org...


    ReplyDelete
  24. Aku sanggat2 menyampah dengan si Said Keruak ni,dia marah denganTun tu sebab Tun bagi dia jadi ketua menteri dua tahun saja sedangkan dia nak jadi seumor hidup.......sebab itu lah sekarang ni di Sabah ada usaha memburuk burukkan Tan Sri Musa Aman,tetapi rakyat Sabah rasanya tak sebodoh itu.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. najib bertahanlah sehingga pru ke 14...anda adalah wira sebenar..hahaaha nanti kita masukkkan puak umno secara berjemah kedalam penjara...sabarlah wahai najib..kamu tiddak keseorangan dipenjara..ramai yg akan menemani mu disana nanti...

    ReplyDelete
  28. Jika ini benar-benar berlaku, teori RAHMAN akan jadi kenyataan. Najib akan menjadi PM negara terakir melengkapi teori di atas.

    Akan berlakulah episod baru negara, akan timbul pakatan 'pembangkang' yang baru mengganti Pakatan Rakyat yang sudah terbubar.

    Berulanglah sejarah zaman kejatuhan khalifah dulu, bila Khalifah dan Menteri hidup dengan penuh kemewahan, memerintah berasaskan nafsu tanpa berlandaskan keimanan, akhirnya jatuhlah kekuasaan khalifah Islam sebagaimana akan berlaku kepada Khalifah UMNO sekiranya isu sekarang ditangani dengan nafsu amarah, dengki dan tamak haloba.

    ReplyDelete
  29. Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...