Saturday 30 May 2015

Jho Low Ada Di Malaysia, Siapakah Bakal Ditemuinya?

Mengikut laporan sebuah portal berita iaitu The Ant Daily atau Semut Harian, jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low ketika ini sedang berada di Malaysia.

Berdasarkan apa yang dilaporkan, Jho Low  dikatakan tiba dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong yang memulakan perjalanan dari Jepun dan tiba di KLIA lewat petang Khamis lalu.

Beliau yang dikesan memakai baju batik hitam putih menaiki pesawat itu bersama seorang lelaki berpakaian biasa dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki India tinggi lampai di penghubung terminal KLIA pada kira-kira jam 7.43, sebelum tergesa-gesa berlalu pergi.

Ketika isu 1MDB sedang hangat dan menjadi bara dalam hati majoriti rakyat negara ini dan namanya dikaitkan secara langsung dengan kemelut yang berlaku dalam syarikat pelaburan anak emas Najib Razak itu, kepulangan Jho Low tentu saja menimbulkan banyak persoalan serta tanda tanya.

Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? 

Dalam kemelut yang yang melanda 1MDB sehingga ia dianggap skandal kewangan terbesar di era Najib menjadi Perdana Menteri, nama Jho Low telah disebut oleh banyak pihak termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mempersoalkan apakah peranan dan bagaimanakah beliau begitu dipercayai untuk menguruskan pelaburan dana berbilion ringgit milik syarikat tersebut.

Tun Mahathir juga mengaitkan hubungan rapat Jho Low dengan anak tiri Najib, Riza Aziz yang didapati memiliki kekayaan luar biasa dengan kemampuan menerbitkan filem  dengan kos kira-kira RM300 juta di Hollywood serta membeli kondominium mewah di kota metropolitan  New York.

Dalam misteri ke mana perginya RM27 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion, nama Jho Low paling banyak dikaitkan dan beliau dilihat kunci utama untuk merungkai banyak kekusutan yang bermain di fikiran rakyat.

Blog ini dalam postingnya pada 15 April  2015 bertajuk "Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya...Habis Cerita!!" juga menyarankan agar Jho Low disiasat bagi memperolehi lebih banyak maklumat penting mengenai 1MDB.

Di kalangan pemimpin UMNO, antara yang mahu jutawan playboy itu turut disiasat ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengatakan, spekulasi awam mengenai penglibatannya dalam skandal 1MDB terlalu besar untuk diabaikan.

KJ juga mengukuhkan lagi hujahnya dengan berkata, "apa saja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat dalam 1MDB."

Pendirian KJ itu adalah berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Nur Jazlan Mohamed yang belum melihat keperluan untuk memanggil Jho Low dalam siasatannya bagi mencungkil rahsia pelbagai kekalutan yang timbul dalam 1MDB.

Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama  dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC.

Jadi, apakah tujuan Jho Low kembali ke Malaysia di saat ini? Apakah beliau mempunyai jadual bertemu dengan Najib Razak atau Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk sesuatu urusan yang juga berkaitan syarikat itu?

Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya "mummy" iaitu Rosmah Mansor?

Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?

Daripada segi yang lain, munculnya Jho Low di Malaysia diketika isu 1MDB semakin hangat diperbualkan dan namanya sentiasa disebut, ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap "jantannya", sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya.

Mungkin terlalu awal untuk mengaitkannya dengan sebarang proses undang-undang, tetapi apakah peluang keemasan untuk menyoal siasat atau mendapatkan maklumat daripada Jho Low yang bagaikan sudah "menyerah diri" dan ada di depan mata ini akan dibiarkan berlalu begitu saja? (SH 30/05/2015)

18 comments:

  1. semakin panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. .
    Rubbish Jho Low travels dengan private Jet la bro ...... if ever he enters Malaysia .

    ReplyDelete
  3. Rakyat mungkin telah maklum. Telah menjadi rahsia awam yang Undang2 di Malaysia ada 20-30 set.

    1. Untuk Raja dan Sultan serta kaum kerabat. Berbuatlah apa pun, Rakyat mahupun Tuhan tidak boleh mempersoalkannya kerana mereka adalah wakil Allah.
    2. Untuk PM, Menteri2, anak pinak dan kaum kerabat. Biasanya semua jabatan2 kerajaan kowtim gila2, terutama PDRM, ATM, SPRM, PAC, Guaman, Audit, Immigration juga jabatan Mufti serta agama akan kowtim jaga bos2 mereka, jawatan kami dilantik bro. Takkan nak jadi bangang mcm Mejar Zaidi?. Berpuluh ribu kes penyelewengan menteri2, senyap begitu saja. Semuanya HOT HOT CHICKEN SHIT!. Malah sistem perundangan berjalan terlalu perlahan seolah tiada siapa yg diberi kuasa membuat apa2 kerja pun.
    3. Untuk kroni2 menteri. Semua jabatan kerajaan menjalankan fungsi dgn mode sleep paling optimum. Jika kantoi seperti kes bunuh Altantuya pun, hanya anak2 bilis yg maha bodoh akan dihukum.
    4. Untuk pegawai2 tinggi kerajaan. Pun berlaku juga seperti di Pulau Pinang. Ada ketua jabatan menjadi kaya dgn guna jawatannya. Ini salah setting, biasanya boleh selamat. Tapi entah bila kaya dgn duit merembat, otaknya menunjal2 bodoh nak eksyen dan menunjuk2.
    5. Untuk parti pembangkang. Semua pendakwaan berjalan dgn pantas. Laju laksana kunfayakun. Segala peguam kerajaan tersedia dan bersedia untuk keluar dari celah2 lubang puki mana sekalipun. Dgn hujah seperti budak2 tadika sahaja, kes menjadi mudah dan senang untuk menghukum ahli politik pembangkang.
    6. Untuk pegawai rendah kerajaan. Mereka ini umum sudah tahu seperti unta dan lembu saja. Namun amat liat juga sesetengahnya untuk ditendang.
    7. Untuk pengamal2 ilmu sihir dan ajaran sesat. Bagi ketua umum yg mempunyai ramai pengikut dan menyokong parti ketuanan melayu, sudah pasti mereka akan selamat dan terus beroperasi seperti biasa. Malah Ayah Pin pula dibantu untuk pergi ke langit dan ulang alik ke bumi untuk membeli rokok di bumi. Punyalah bangang kita2 semua ni dibodohkan menunjal2 kepala kita. Lanjiao betul.
    8. Untuk ahli UMNO peringkat tinggi.
    9. Untuk ahli UMNO peringkat sederhana.
    10. Untuk ahli UMNO peringkat rendah.
    11. Untuk ahli UMNO peringkat rendah UNTA.
    12. Untuk ahli UMNO peringkat rendah LEMBU.
    13. Untuk ahli UMNO peringkat rendah KAMBING.
    14. Untuk ahli UMNO peringkat rendah BABI.
    15.Untuk ahli UMNO peringkat rendah ANJING.
    16. Untuk ahli UMNO peringkat rendah AYAM.
    ..
    ..
    ..
    ..
    Banyak sangat la Tuan Budin.

    Ingat..ini adalah rahsia umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Jho Low di level 2 dan 3. Gerenti selamat punya. Kuasa Tuhan masih dihadkan atau ditahan-tahan waktu ini, hanya menggerakkan semua benda dalam alam sahaja. Beliau menahan diri secara konsisten untuk tidak menghukum manusia-manusia bejat di alam dunia.

      Delete
    2. bagus la nie 1malaya punya negeli ada law yang berpewringakt-perigkat...pada hal kita semua sama aje..yg lbh baik dan tingi ialah mereka yang bertaqwa. Kita rakyat biasa jadai melukut di tepi gantang...buat endah x endah aje oleh pemerintah..peraturan dan undang-undang cam nie yg patut dibuang!! lahanat punya peraturan/undang-undang!!! bila nak tergolek 1malaya nie jadi padang jarak padang terkukur pun bagus jugak! klu menghukum ikut pilih bulu!!!

      Delete
  4. Dalam pandangan saya, Jho Low memang tidak ada kena mengena dengan 1MDB tapi dia dijadikan 'bank sementara' yang berselindung disebalik nama syarikatnya untuk menyimpan dan menghilangkan jejak duit yang dipinjam oleh 1MDB.

    Itu sebabnya Tun Mahathir bertanya.... mana pergi duit RM27 billion yang hilang itu. Tiada jawapan yang jelas sehingga ke hari ini. Semuanya putar belit mencipta auta jadi fakta.

    Tun Mahathir mendakwa Najib "Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"

    Oleh kerana itu kita boleh lihat Jho Low tidak gentar langsung untuk pulang ke Malaysia kerana dia percaya bahawa dia memang tidak bersalah.

    Jika 1MDB bermasaalah dengan hutang maka orang yang bersalah adalah orang yang ada kaitan dengan syarikat 1MDB iaitu perdana menteri, menteri kewangan, ahli lembaga pengarah 1MDB, menteri kabinet dan juga penjawat awam yang dipaksa bersubahat.

    Mungkin itu penyebabnya PAC tidak mengaitkan Jho Low atau Rosmah walaupun ada gossip mengatakan mereka juga terlibat secara tidak langsung.

    Melihat cara perdana menteri dan menteri kewangan memberi pengakuan dalam isu 1MDB bahawa Jho Low akan dilindungi sama tarafnya dengan Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya.

    Rakyat Malaysia perlu bersedia dari sekarang, bahawa isu 1MDB bukan isu UMNO Baru tapi ia adalah isu negara. Kita selaku rakyat Malaysia tidak perlu teruja dengan gelagat pemimpin UMNO Baru yang berpura-pura dijangkit penyakit anjing gila, kononnya mereka bikin sibuk untuk menyelesaikan masaalah tersebut.

    Itu semuanya adalah wayang kulit saja. Banyak kes rompak duit rakyat berlalu begitu saja tanpa tindakan terhadap orang yang bertanggongjawab.

    Imej negara rosak, nilai ringgit jatuh merundum, hutang negara semakin meningkat, gaji minima kekal ditakok lama. Cukai GST mencengkam pendapatan yang tidak seberapa. Dana rakyat di rompak. Itu semua hasil kerja dari pemimpin UMNO Baru.

    Kini hutang 1MDB akan menjadi hutang rakyat yang rakyat sendiri tidak pernah membuat pinjaman pada mana-mana bank dan instutusi kewangan dalam atau pun luar negara.

    Sekarang sudah ada ura-ura polis trafik akan menziarah ketempat kerja para pesalah trafik bagi menuntut bayaran saman.....

    Apakah kerajaan Barisan Nasional yang diberi undi dalam pilihanraya yang lalu amat perihatin pada rakyat atau kita sedang digigit oleh anjing yang kita lepaskan dari tersepit dalam pilihanraya yang lalu ?

    Kita patut bersyukur...kerana.... melayu masih bebal dan bangang.

    ReplyDelete
  5. Celaka jho low....duit bnyk....celaka kamu jho low...aku jumpa kau kat mana mana..aku ludah muka kau....celaka kamu jho low...kau menyusahkan PM terbaik malaysia sepanjsng zaman...kesian pm kena bersilat bagai nak lwan tun m...celakalah ke atas kamu jho low..

    c.c...pm kesayangan ramai..al bugisan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahanam NAJIB jahanam30 May 2015 at 14:25

      Pada saya sepatuvnya di'CELAKA'kan dgn JUTAAN CELAKA bukan Jho Low, tapi DS Najib.

      Semangnya DS Najib amat layak utk dinobatkan sbg PM MALAYSIA YG PALING TAK GUNA LAGI SANGKAK

      Delete
    2. Aiiyyyaaa... Lu apa pasat manyak malah2 sama saya. Wa cuma tolong my godmother mummy Losy. Mummy Losy kasi saya komisen leii.. wa angkat la itu luit kasi enjoy2 meh. Tatak salah lorrr, wa kasi consult mummy Losy kasi komisyen, bisnes itu macam laaa. Wa balik penang mau makan lulian sama char kue teow pun lu olang kacau2 ka? Haiiiyyyyaa.. apa pasat wa jadi kambing hitam? Haiiiyyaaaa...

      Delete
    3. Errrrkkkk....haiya...wa balu habismakan lulian loiiii....lu nyamar jd gua haaaa...mana lu tau wa mangan lulian balik pulau maaaa.....tapi lu ala betui maaaa...wa nnt jali black goat laaaa....bule bikin baberq maaaa...mali...joint sama wa...monday wa ala apointmen di ofis 1mdb....ala bincang2 sikit...hahshahs....hati sinang looooooo....

      Ok...wa cau dulu...

      Delete
  6. ooopss...itu kaming itam kasi lain olang laaa...alol ke, salol ke, bahlol ke, tolol ke....gwa jadi babi itam bole laaa.

    ReplyDelete
  7. Jika mahukan ketelusan dalam kes MDB ini, bukan saja Arul, Jho Low, tapi Tan Sri Lodin Wok juga mesti disiasat. Lodin Wok adalah proxy Najib sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan lagi. Lodin Wok (CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera)) jugalah orang yang meminjamkan wang LTAT sejumlah RM 200 juta sebagai modal berbayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik Razak Baginda yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam.

    Jika disiasat rapi, saya pasti duit LTAT juga mungkin telah disapu oleh MDB......picit telor Wok Lodin, kebenaran akan terserlah.

    ReplyDelete
  8. Woiiii ... penyokong/pengundi tegar totok UMNO !!!!! Kamu orang ada tengok cerita drama IMDBkah????

    Adakah drama itu rajalawak?? sedih???? cerita hantu???? dokumentari???? atau siaran langsung LIVE depa mata???

    Lagi tak fahamkah???

    ReplyDelete
  9. Ini lo ada sini....ada sapa bran suruh dia cakap ? Takde.....kannnn....? Above law !

    ReplyDelete
  10. Ini lo ada sini....ada sapa bran suruh dia cakap ? Takde.....kannnn....? Above law !

    ReplyDelete