tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post2691756380486850354..comments2024-03-21T22:47:37.345+08:00Comments on Shahbudin dot com: APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH
UMNO?Shahbudin Husinhttp://www.blogger.com/profile/09425358088501872438noreply@blogger.comBlogger75125tag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-87563693059609632262018-07-02T11:37:34.031+08:002018-07-02T11:37:34.031+08:00Solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud - M...Solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud - Mufti P. Pinang

KUALA LUMPUR: Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

: Saya sendiri tak pernah terfikir perkara ini berlaku, tapi malangnya ada orang Islam yang membuat cadangan ini dan mereka pula golongan ada pengaruh dalam masyarakat.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-79492555778134898402018-07-02T11:35:02.218+08:002018-07-02T11:35:02.218+08:00Kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2018
...Kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2018

RAKYAT akan dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup bermula 1 Julai ini dengan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna komersial. Perlu difahami bahawa, walaupun kenaikan ini hanya melibatkan pengguna komersial, tetapi kesan kepada kenaikan kos sara hidup akan tetap dirasai oleh rakyat biasa dari semua peringkat.

Pendapat ini disokong oleh Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman. Beliau berkata walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial, timbul kebimbangan pengilang dan peniaga meletakkan kos berkenaan kepada pengguna. Ini disebabkan segelintir pihak yang sentiasa mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

ICPT membolehkan kerajaan menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Bagi kenaikan kali ini, ia adalah disebabkan oleh kenaikan harga arang batu yang digunakan untuk penjanaan elektrik. Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), badan yang mengawal selia tarif elektrik, bagi Januari hingga Jun 2018, harga arang batu meningkat kepada USD 91.66 / setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu USD 75 / setan metrik. Ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM 698.19 juta bersamaan 1.35 sen / kWj. Kos ini seterusnya akan ditanggung oleh pengguna, yakni rakyat Malaysia.

Tidak ada bezanya antara apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang dengan apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini lakukan dari segi menjaga kebajikan rakyat. Kedua-dua kerajaan ini hanya mementingkan sektor korporat dan mengenepikan soal kesusahan hidup rakyat. Kenaikan kos elektrik ini adalah antara kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat selepas kerajaan baru ini berkuasa. Sama sahaja seperti apabila Kerajaan BN menang pada PRU ke-13, rakyat terus dibebani dengan pelbagai kenaikan kos barangan asas dan diperkenalkan GST.

Walaupun GST kini dihapuskan, menjelang September nanti, cukai SST akan diperkenalkan semula. Dengan tarif SST sebanyak 10 peratus, ini sudah tentu akan semakin membebankan rakyat.

Sebab itulah cadangan daripada PAS dan Gagasan Sejahtera dalam PRU yang lepas adalah berkenaan perubahan dasar dan polisi. Dasar pemerintahan berkebajikan untuk memberi kesejahteraan untuk rakyat.

Semoga tempoh masa menjelang PRU ke-15 nanti, rakyat akan memberikan peluang kepada PAS untuk menerangkan konsep dan dasar ini secara lebih meluas dan dibincangkan secara profesional. Pada masa yang sama, PAS membuka seluas-luasnya ruang untuk perbincangan dengan kerajaan sekarang bagi meneliti cadangan PAS dalam Wawasan Induk Negera Sejahtera 2051 (WINS2051) dan perincian pelaksanaan di dalam Dokumen Hijau.

Apa yang penting, rakyat akan mendapat hasil daripada cadangan dan dasar yang diutarakan oleh PAS ini apabila ia dilaksanakan oleh kerajaan. Sekarang adalah masa untuk berkhidmat untuk rakyat dan PAS bersedia untuk bersama-sama membantu memajukan negara.

: Walaupun kenaikan ini untuk pengguna komersial, tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi kenaikan harga keperluan awam...Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-43234075292467562042018-07-02T11:32:35.152+08:002018-07-02T11:32:35.152+08:00Dulu kutuk keturunan Najib Zahid
Dulu hebat M...Dulu kutuk keturunan Najib Zahid

Dulu hebat Mahathir kutuk Najib Razak berketurunan Bugis, Bukan Najib aje Zahid Hamidi pun kena juga sindir pasal berketurunan Jawa.

Sekarang ni dah buat u-turn mengaku bahawa keturunan mertuanya dari Indonesia.

Mahathir kalau nak sesuatu dia boleh buat apa sahaja. Entah apa dia nak daripada kerajaan Indonesia kita pun belum jelas. Ini kira bodek Pak Jokowi untuk projek kereta Malaysia-Indonasia kot!

: Jika Mahathir buat lawatan ke India, dia akan kata bapanya pun asal daripada Malabar....
Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-87409763049795093432018-07-02T11:29:46.523+08:002018-07-02T11:29:46.523+08:00Pencapaian 50 Hari PAS Terengganu Tunai Janji
...Pencapaian 50 Hari PAS Terengganu Tunai Janji

Telah ditunaikan

1) Janji 1 : Mengembalikan Tanah Dirampas Kerajaan BN
2 ) Janji 2 : Lot Tapak Rumah/1 Unit Kediaman (Pasangan Berkahwin)
3 ) Janji 5 : Karnival Kahwin Percuma
4 ) Janji 8 : Air percuma 20 Meterpadu untuk golongan miskin
5 ) Janji 17 : Menghapuskan cukai pintu kediaman

Ke Arah Melaksana
6 ) Janji 4 : Pemberian RM300 untuk lesen motosikal yang layak
7 ) Janji 7 : Wujud semula IPT Islam negeri megantikan KUSZA
8 ) Janji12 : Kad sejahtera RM500 setahun

Dalam proses

12 lagi yang memerlukan beberapa perkara teknikal

8 daripada 20 janji PAS Terengganu semasa PRU14 lepas telah dilakukan walaupun PAS tak janji nak tunai sebelum 100 hari.

#SejahteraBersamaIslam

: PAS Terengganu jika kekal momemtum yang baik, Insya-Allah rakyat akan ambil perhatian. Saya masih belum dapat gambaran jelas mengenai PAS Kelantan... jika ada info boleh tolong kongsikan kepada kami... rakyat sangat memerlukan PAS sekarang sebagai alternatif setelah melihat PH hampir sama dengan BN....
Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-73055799172955436692018-07-02T11:25:56.646+08:002018-07-02T11:25:56.646+08:00Isu budak 11 tahun kahwin jadi fitnah macai Pakata...Isu budak 11 tahun kahwin jadi fitnah macai Pakatan Harapan

Kerajaan Pakatan Harapan hari ini dibina di atas fitnah. Banyak perkara adalah persepsi sahaja dan paling teruk ada dikalangan mereka dibayar gaji untuk membuat kerja fitnah. Dengan bayaran RM4000 sebulan sebuah notebook dan satu handphone ramai dikalangan facebooker ini sanggup menjual agama sendiri.

Semua isu akan dijadikan isu bagi tujuan melemahkan pengaruh. Jika mereka dibayar gaji untuk melemahkan PAS, maka semua isu akan dikaitkan dengan PAS seperti yang dilakukan oleh
Wan Mohd Aman ini.

Wan Mohd Yusof adalah facebooker yang menghadapi masalah rumahtangga, isteri sendiri pun tak menutup aurat jadi tak hairanlah bagi dirinya dosa dan pahala pun tiada dalam kepala.

Malang bagi PAKATAN HARAPAN sanggup bayar duit untuk perosak agama seperti Wan Mohd Aman

SUARA HATI

: Sepatutnya PH memilih cybertropper yang beriman dan ada agama.... Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-87179877442827270002018-07-02T11:23:35.072+08:002018-07-02T11:23:35.072+08:00Melihat perkembangan saat ini, jangkaan ini bukanl...Melihat perkembangan saat ini, jangkaan ini bukanlah suatu yang mustahil. Percaturan Mahathir setakat ini berhasil apabila pimpinan PKR sendiri kelihatan cuba menjauhkan diri dari kenyataan yang dibuat oleh Rafizi Ramli, mempertikaikan perlantikan tiga orang menteri oleh Mahathir tanpa berbincang dengan PKR. Azmin Ali dengan pantas menyatakan bahawa itu hanyalah pendapat peribadi Rafizi, malah Anwar Ibrahim sendiri hari ini mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Mahathir selaku Perdana Menteri, yang menurut Zainuddin Maidin dibuat kerana khuatir Mahathir meragui kesetiannya dan sikap tidak sabarnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka sekiranya segala percaturan ini berjaya, kita akan dapat menyaksikan bagaimana Mahathir akhirnya dapat mengawal Perdana Menteri yang bakal menggantikannya. Setelah itu tiada apa yang akan dapat menyekat amalan korupsi, kronisme, nepotisme, dan kuku besi yang selama ini mencorakkan warna pemerintahan Mahathir. Hanya yang dapat diharapkan untuk menyeimbangi pergelutan antara Mahathir dan Anwar itu kelak ialah PAS yang memiliki 18 kerusi Parlimen. Di sinilah PAS mampu bertindak selaku 'game changer' dalam perlawanan antara Mahathir dan Anwar. PAS harus sentiasa istiqamah dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat utama dalam memintas gerak percaturan Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. PAS harus peka terhadap gerak percaturan Mahathir kali ini. Sesungguhnya Mahathir sangat cekap mengatur langkahnya tatkala musuh musuhnya lalai dan leka. Janganlah kemenangan yang dikecapi membuatkan PAS terpica dari membaca gerak langkah Mahathir.

Maka itu berwaspadalah kita sentiasa, jangan mudah terpedaya dengan pertunjukan silap mata ahli ahli politik. Ingatlah pesan orang tua tua;

Helang pungguk helang berikan,
Tidur siang berjaga malam,
Sungguh unjuk tidak berikan,
Pepat di luar rencong di dalam.

: Mahathir takkan serah kepada Anwar selagi parti BERSATU tidak kukuh dalam PH....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-21367654172279695812018-07-02T11:17:20.879+08:002018-07-02T11:17:20.879+08:00saper temankan zahid bagi statement ari niesaper temankan zahid bagi statement ari nieAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/13085257123120730903noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-70764228255757087272018-07-02T11:17:16.778+08:002018-07-02T11:17:16.778+08:00This comment has been removed by the author.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-46691086744977184702018-07-02T11:16:00.211+08:002018-07-02T11:16:00.211+08:00Mahathir sedar sekiranya dia tidak menyerahkan jaw...Mahathir sedar sekiranya dia tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim setelah Anwar dibebaskan, penyokong penyokong Anwar akan bertindak menentangnya dan ini sangat tidak diingini olehnya. Maka itu Mahathir telah menggerakkan bidak caturnya yang kedua pada awal Februari lalu dengan mengisytiharkan yang dia akan memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 tahun sebelum meletakkan jawatan untuk kali yang kedua. Mahathir memberi alasan bahawa dia memerlukan 2 tahun itu untuk memperbetulkan segala onar yang telah dibuat oleh Najib Razak. Akan tetapi hakikatnya, Mahathir akan menggunakan sepenuhnya 2 tahun itu untuk mengukuhkan kedudukannya dan melemahkan penentangnya, suatu permainan yang sangat mahir dimainkan oleh Mahathir Bin Mohamad.

2 tahun adalah tempoh yang cukup buat Mahathir untuk mengatur segala langkahnya. Jika sebelum ini Mahathir hanya memerlukan tempoh kurang 1 tahun untuk menjatuhkan Anwar, maka tempoh 2 tahun ini adalah lebih dari mencukupi. Tabiat Mahathir yang gemar memberikan jawatan kepada orang orang yang tidak berintegriti agar mudah dikawal olehnya akan dimanfaatkan sepanjang masa beliau menjadi Perdana Menteri ini. Antaranya adalah jawatan menteri yang akan dipertanggungjawabkan atas pembelian aset aset sensitif negara, yang mana butir butir lengkapnya tidak boleh dihebahkan kepada umum kerana boleh menjejaskan rahsia kekuatan dan kedaulatan negara. Selain itu Mahathir melantik individu yang menghadapi pertuduhan di mahkamah, yang memerlukan campur tangannya untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan tersebut adalah juga untuk tujuan yang sama. Kelak ramai lagi yang akan menjadi bidak bagi percaturan Mahathir setelah dikurniakan dengan jawatan dan kedudukan, biarpun mereka bukan dari parti pimpinan Mahathir sendiri.

Mahathir akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar kelak sama ada sebelum atau selepas tempoh 2 tahun, bila mana Mahathir saat itu tidak lagi perlu kepada jawatan tersebut. Saat itu Mahathir akan mengetuai Council of Elders yang dibuat olehnya itu, yang akan menjadi lebih berkuasa dari Anwar selaku Perdana Menteri. Tika itu Mahathir merupakan De Facto Perdana Menteri. Bidak bidak catur Mahathir akan bersedia untuk langkah penghabisan, memerangkap Anwar dalam percaturan kuasa antara mereka berdua untuk kesekian kalinya. Itulah yang diinginkan selama ini oleh Mahathir setelah melihat kedua dua Perdana Menteri yang menggantikannya telah tidak menurut segala kehendaknya.

Jawatan Mahathir selaku ketua Council of Elders itu adalah lebih kukuh berbanding jawatan Perdana Menteri yang bakal disandang oleh Anwar. Ini kerana pada bila bila masa sahaja Mahathir boleh melucutkan Anwar dari jawatan Perdana Menteri dengan mengusulkan undi tidak percaya oleh ahli ahli Parlimen. Itulah langkah terakhir percaturan Mahathir. Ia bukanlah satu perkara yang sukar buat Mahathir. Dengan BN memiliki 79 kerusi, PPBM sendiri 12 kerusi, Mahathir yang telah lama meletakkan orang orangnya di dalam parti parti lain yang memegang sebilangan kerusi hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk menjayakan undi tidak percaya terhadap Anwar selaku Perdana Menteri. Tambahan pula Mahathir telah mempunyai pengalaman mengalahkan lawannya dalam perebutan kuasa walaupun lawannya itu memiliki sokongan yang lebih banyak berbanding dirinya, sepertimana yang dilakukan terhadap Tengku Razaleigh pada tahun 1987. Inilah yang akan menjadi 'bargaining chip' oleh Mahathir untuk memastikan Anwar selaku Perdana Menteri akan menurut kehendak kehendaknya. Setelah itu sudah tentulah Mahathir akan memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar menjadi Perdana Menteri akan diserahkan kepada seseorang yang dipilih olehnya. Wan Azizah, jika tidak melepaskan kerusi Parlimennya untuk Anwar, tidak akan diberikan jawatan tersebut dengan alasan adalah janggal apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah isteri kepada Perdana Menteri sendiri. Jawatan itu juga tidak mungkin akan diberikan kepada PKR. Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-132050960209270012018-07-02T11:15:00.938+08:002018-07-02T11:15:00.938+08:00Era Mahathirisme 2.0: Perdana Menteri Anwar Ibrahi...Era Mahathirisme 2.0: Perdana Menteri Anwar Ibrahim Di Bawah De Facto Perdana Menteri, Mahathir Mohamad

"You have to lead. You should be sensitive to what your followers think. But if you do exactly what they want, you're not a leader". Demikian ungkapan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tercatat di dalam buku Malaysian Politics Under Mahathir.

Tatkala penyokong penyokong Anwar Ibrahim saban hari mewiridkan Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri setelah memegangnya buat sementara waktu sehingga Anwar Ibrahim dibebaskan, dan kemudiannya Mahathir akan duduk di kerusi belakang dalam tampuk pemerintahan Anwar atau sekadar duduk memerhati tanpa sebarang campur tangan, Jabatan Perdana Menteri hari ini menyatakan akan berlaku sedikit kelewatan berhubung pembebasan Anwar. Pembebasan Anwar yang dikhabarkan sepatutnya berlangsung hari ini (Selasa) terpaksa ditangguhkan dan Lembaga Pengampunan hanya akan bersidang pada esok hari (Rabu). Khabar ini tidaklah sepatutnya menjadi satu kejutan buat yang telah lama memerhati pergerakan bidak bidak catur politik Mahathir sekurang kurangnya seawal lima tahun lepas, akan tetapi ia juga bukanlah suatu yang signifikan untuk diresahkan. Apa yang dilakukan Mahathir buat masa ini hanyalah membeli masa demi mengukuhkan kedudukannya, sedang masanya kian suntuk.

Mahathir telahpun menggerakkan bidak pertamanya di atas papan catur perebutan takhta istana kubah hijau Putrajaya seawal penghujung tahun 2015, dengan menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan suatu Majlis Penasihat atau 'Council of Elders' yang berperanan untuk menasihati Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pentadbiran kerajaan. Langkah Mahathir itu mendapat tentangan banyak pihak ketika itu, antaranya Dr Abdul Aziz Bari yang kini merupakan ADUN Tebing Tinggi dari parti DAP. Antara kritikan Dr Aziz Bari adalah tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kerana anggota Council of Elders itu bukanlah dilantik dari kalangan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ia ibarat "tikus membaiki labu" katanya, disamping mengingatkan bahawa Mahathir "had a habit of tampering the system".

Antaranya pada tahun 1982, Mahathir telah melantik Speaker Dewan Rakyat bukan dari kalangan ahli parlimen yang dipilih rakyat, iaitu Tun Zahir Ismail, yang merupakan salah seorang anggota tribunal ditubuhkan Mahathir untuk memecat Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Selain itu Mahathir juga telah menghentikan amalan sidang Parlimen haruslah dihadiri oleh Peguam Negara untuk menjawab pertanyaan pertanyaan ahli parlimen. Tindakan tindakan Mahathir ini telah melemahkan amalan semak dan imbang (check and balance) yang telah wujud sejak sekian lama.

Maka adalah tidak menghairankan apabila setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7, Mahathir mengisytiharkan penubuhan Council of Elders yang terdiri daripada penyokongnya atau mereka yang pernah dilantik olehnya untuk mengisi jawatan penting sepanjang pemerintahannya. Apakah peranan Council of Elders ini yang dianggotai oleh individu individu yang tidak dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat akan tetapi ditabalkan sendiri oleh Mahathir? Mengapa tidak kedengaran lagi suara Aziz Bari dan pemimpin pemimpin lain menentang penubuhannya? Tindakan Mahathir ini, disamping melewatkan perlantikan penuh jemaah kabinetnya tiada lain melainkan strategi Mahathir untuk memastikan gerak bidak bidak caturnya yang seterusnya akan mampu mengatasi gerak percaturan Anwar yang akan dibebaskan tidak lama lagi.
Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-4472245326175558352018-07-02T11:10:54.878+08:002018-07-02T11:10:54.878+08:00Syiah Jadi Mazhab Islam Di Malaysia?
PERTEMUA...Syiah Jadi Mazhab Islam Di Malaysia?

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah apabila wakil mereka turut dijemput memberikan pandangan.

Wakil yang menyampaikan pendirian yang menyebelahi Syiah ialah Dr. Mohd Faizal Musa, pensyarah dan pengarang yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani telah banyak kali terpalit dengan kontroversi dikaitkan dengan Syiah, yang didakwahkan melalui karya-karyanya.

Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, antaranya Sebongkah Batu Di Kuala Berang terbitan PTS dan Perempuan Nan Bercinta terbitan ITBM.

Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan.

Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia.

Menurut Faisal Tehrani, masyarakat Syiah didiskriminasi di Malaysia dan dilayan secara tidak adil oleh kerajaan.

Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa sekarang beliau diberikan peluang untuk menyampaikan pandangan membela Syiah?

Satu lagi soalan tidak kurang penting ialah kenapa kerajaan baru mahu melayan orang seperti ini?

Adakah ini menandakan keterbukaan baru yang akhirnya membolehkan Syiah diterima sebagai salah satu mazhab Islam di Malaysia?

Ini tidak mustahil kerana pandangan diutarakan Faisal Tehrani ini menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menghukum Syiah sesat.

Kerajaan baru juga sibuk mempertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan mempertikaikan pihak berkuasa agama.

Sesuai dengan slogan yang mereka canang, “Islam untuk semua” dan “tidak ada paksaan dalam agama,” nampaknya tidak jauh lagi untuk Syiah diberi pengikitrafan.

Mereka pun sudah lama menyarakan agar Malaysia lebih terbuka dengan kepelbagaian dalam agama termasuk Syiah.

Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan percaya dengan kebebasan beragama dan ini termasuk memberi kebebasan kepada Syiah.

Banyak pihak sudah mula bimbang dengan kemunculan Syiah dalam kerajaan baru PH yang baru memerintah.

Mohamad Sabu sebelum ini pernah kecoh dengan dakwaan yang beliau menganut fahaman Syiah.

Beliau kerap ke Iran dan sering menyebut nama-nama pemimpin Iran dan Hizbullah di Lubnan dan memuji mereka.

Rakan beliau dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka juga didakwa pengikut Syiah.

Maka jelaslah, kalau benar, ini bermakna Syiah sudah memegang Kementerian Pertahanan Malaysia dan menjadi ketua di sebuah negeri.

Sudah tentu mereka lebih mudah melebarkan pengaruh dan menyebar fahaman mereka secara perlahan dan berperingkat.

Maka langkah menemui dan menyampaikan pandangan kepada Majlis Penasihat Negara itu satu peluang yang mereka telah berjaya manfaatkan.

Halangan-halangan awal telah mereka lepasi, dan semakin mudahlah mereka mahu jadikan Syiah sebagai satu mazhab Islam yang diterima di Malaysia. – Mynewshub.tv

: Bukan semua mazhab syiah itu sesat, walaupun ada pimpinan Amanah dikatakan bermazhab syiah, saya rasa yang pentingnya pimpinan Amanah jangan 'jual agama' kepada bukan Islam demi nak rais sokongan bukan Islam. Prinsip Islam mesti ditegakkan. Jangan jadi "Pasu Bunga" dalam Pakatan Harapan, aguk aje walaupun merugikan umat Islam.... Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-20055172508830245222018-07-02T11:09:22.143+08:002018-07-02T11:09:22.143+08:00Subjek agama lain akan diajar kepada pelajar sekol...Subjek agama lain akan diajar kepada pelajar sekolah?

Maszlee Malik (Menteri Pendidikan dari PH) sejak dahulu lagi telah berhasrat untuk mewujudkan subjek agama lain (selain Pendidikan Islam) kepada para pelajar sekolah.

Kemungkinan antara alasan popular mereka adalah untuk memupuk sikap toleransi antara agama kepada umat Islam di Malaysia (yang dilihat keras oleh golongan liberal?).

Kononnya juga untuk mengenali agama lain secara lebih dekat?

Hakikatnya, para ulama Islam telah mengharamkan pengajian agama lain kepada umat Islam yang tidak memiliki asas yang kukuh tentang ajaran Islam. Subjek berkaitan Islam perlu diperkasa terlebih dahulu.

Kita tiada masalah jika subjek ini diajar kepada pelajar jurusan agama di universiti, kerana pada peringkat umur tersebut, majoriti mereka telah menguasai asas agama Islam.

Tetapi yang kita pertikaikan adalah kerana diajar kepada pelajar sekolah. Apakah pada peringkat umur ini, mereka telah menguasai asas (fardhu ain) agama Islam dengan baik?

Kita boleh tanya guru-guru Pendidikan Islam di sekolah, bagaimanakah keadaan pelajar kita pada hari ini? Masalah akidah? Masalah sosial? Dan pelbagai masalah lagi.

Ramai yang tidak sedar agenda halus non-Muslim dan golongan liberal. Slogan toleransi agama dan lain-lain alasan hanya sekadar wayang sahaja. Pluralisme agama?

Jika perkara ini berjaya dilaksanakan oleh Maszlee Malik, kita akan melihat kesan buruknya terhadap generasi umat Islam di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber
https://m.facebook.com /story.php?story_fbid=453991281680211&id=293947157684625

: KPM pernah dicadang mewujudkan subjek ‘interfaith understanding’ kononnya bagi membolehkan para pelajar sekolah lebih memahami dan menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini...tapi malang pengerusi JKMPKA Datuk Azman Amin Hassan tidak boleh menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ahli forum antara AgamaAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-26335133152336028582018-07-02T11:07:27.772+08:002018-07-02T11:07:27.772+08:00Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban&qu...Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM?

CALON Melayu DAP Sarawak seperti Aziz Tanggang boleh mengucapkan selamat tinggal kepada peluang untuk bertanding pada PRN12 Sarawak dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

Aziz akan kekal menjadi "maskot" DAP Sarawak dengan tugas khasnya untuk meng"skru" bangsa Melayu Sarawak namun untuk menjadi calon lagi.. peluangnya kini amat tipis dengan kehadiran PPBM..

Biarpun PPBM hanya memenangi 13 kerusi sahaja pada PRU14, mereka mampu memegang jawatan Perdana Menteri namun jawatan-jawatan penting dalam kabinet serta Menteri Besar di beberapa buah negeri.

Bukan sahaja DAP Melayu Sarawak, DAP Bumiputera Sarawak kedudukan calon atau Ahli Parlimen DAP Bumiputera juga terancam dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

DAP Sarawak, khususnya barisan pemimpin Cina seperti Chong Chieng Jen dan Violet Yong yang mengalu-alukan kedatangan PPBM juga seolah menutup peluang calon DAP Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk bertanding dalam PRN atau PRU nanti.

Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading jangan ingat kedudukan bekiau selamat kerana Tun M bila-bila masa boleh mengantikannya dengan calon PPBM untuk bertanding di sana pada PRU15 nanti.. ingat, never say NO to your Prime Minister..

Mana ada Chong peduli dengan kedudukan ahli Melayu dan Bumiputera Sarawak.. asalkan kedudukannya sendiri selamat sudah memadai..

Seperkara je mungkin PPBM susah nak ambil alih iaitu kerusi DAP Cinna Sarawak namun harus berhati-hati kerana manipulasi Tun M ini tidak dapat dijangka dan sebagai contoh, Lim Kit Siang yang bermusuh dengannya selama berdekad-dekad pun kini tidur sebantal dengannya setelah dijinakkan oleh Tun M..

Pastinya Tun M dan PPBM mahu membuktikan rakyat Sarawak "menerima" PPBM, maka sekurang-kurangnya satu kerusi selamat dari DAP dan PKR Sarawak perlu "dikorbankan" kepada PPBM pada PRN12 nanti.. tunggulah siapa yang menjadi mangsa nanti.

Mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN atau PRU nanti, DAP dan PKR Sarawak juga harus bersedia "berbahagi" dengan PPBM.. dapatkah ahli-ahli kedua parti tersebut menerima situasi ini?

Melihat cara pemerintahan Tun M sekarang, apa sahaja yang dihajatinya pasti akan menjadi kenyataan.. bersediakah rakyat Sarawak menerima "penjajahan" terbaru ini? Bersediakan rakyat Sarawak untuk menerima PPBM?

: Bersatu bukan "king maker" tetapi "I'm a king".... Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-62248911499907592742018-07-02T11:05:08.069+08:002018-07-02T11:05:08.069+08:00Beg Rosmah Vs Tilam Anwar
1998...tilam Anwar ...Beg Rosmah Vs Tilam Anwar

1998...tilam Anwar diusung turun naik mahkamah...20 tahun kemudian Anwar tidak bersalah.Musa Hasan dan Polis yang silap bagi maklumat.

2018....beg duit Najib Rosmah diusung turun naik balai....adakah 20 tahun nanti....Najib tak bersalah kerana Amar Singh silap bg maklumat?

Adakah sekadar kebetulan PM yg sama walaupun berlainan no.4 dan kini no 7 pula?

Rakyat semakin parah dimangsakan oleh kapitalis sosialis kolonial

Negara bertuah punyai PM yang pandai cipta persepsi.

: Politik persepsi, rakyat menjadi mangsa .... Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-59329941431627593182018-07-02T11:03:52.579+08:002018-07-02T11:03:52.579+08:00dah jual mesti ler takrif naikdah jual mesti ler takrif naikAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/13085257123120730903noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-75143834288103999962018-07-02T11:03:36.722+08:002018-07-02T11:03:36.722+08:00Ringgit dijangka terus lemah, turun ke 4.05 berban...Ringgit dijangka terus lemah, turun ke 4.05 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus lemah dan turun kepada paras 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam jangka pendek, berikutan kebimbangan berterusan terhadap potensi perang perdagangan antara AS dan China.

Ketua Strategi dan Penyelidikan Pasaran Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad berkata pergerakan ringgit pada jangka pendek akan terus dipengaruhi faktor luaran, termasuk pengukuhan berterusan mata wang AS serta ketegangan geopolitik antara AS dan China.

“Gabungan kedua-dua faktor ini menjejaskan pasaran pesat membangun di seluruh dunia, sehingga kini hanya 2 mata wang negara pesat membangun yang sebenarnya meningkat berbanding dolar AS bagi 2018, iaitu ringgit dan peso Columbia.

“Hanya penurunan permintaan dolar AS disebabkan pengambilan untung bagi mata wang negara maju itu dapat meningkatkan semula nilai mata wang pasaran pesat membangun. Ini bermakna dolar AS perlu mengalami pengambilan untung untuk ringgit mendapatkan semula asas pergerakan,” katanya semalam.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.0380/0410 daripada 4.0010/0040 minggu lepas.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound Britain apabila mata wang tempatan meningkat kepada 5.3092/3147 daripada 5.3189/3245 yang dicatatkan minggu lepas.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9624/9650 daripada 2.9484/9511 minggu lepas serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6487/6524 daripada 3.6323/6360.

Ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.7043/7082 daripada 4.6644/6683 minggu lepas.

: Ekonomi makin teruk kerana PH tak tahu mengawal dan ditambah pula dengan Menteri yang 'keras kepala'.... Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-24756572169487828262018-07-02T11:02:13.727+08:002018-07-02T11:02:13.727+08:00Orang Awam Sudah Tidak Boleh Buat Carian SSM Lagi
...Orang Awam Sudah Tidak Boleh Buat Carian SSM Lagi

Setelah kecoh isu Vincent Tan terlibat dalam pembelian saham syarikat yang berkait dengan pembinaan ECRL, dan setelah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tun Mahathir dan anak-anak didedahkan kepada umum, kini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menutup perkidmatan carian SSM.

Pegawai SSM yang dihubungi hanya menyatakan mereka hanya mengikut arahan dari pihak atasan.

Dulu Pakatan Harapan demand supaya Kerajaan BN telus dalam segala hal, sekarang mereka dah jadi Firaun semula.

Pada PRU14, rakyat tekad mengundi PH kerana mereka harap PH lebih baik dan telus dari BN, tapi sekarang jadi sebaliknya. Malah lebih teruk lagi.

Nampaknya adakah rompakan secara besar besaran bakal bermula..?
Anda sendiri tahu jawapannya...

: PH sudah mula meniru perangai UMNO @ BN untuk menyekat suara rakyat....Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-76930669485869956642018-07-02T11:00:18.211+08:002018-07-02T11:00:18.211+08:00Cadangan Pembekuan Akaun Pas: Langkah Awal Ke Arah...Cadangan Pembekuan Akaun Pas: Langkah Awal Ke Arah Negara Satu Parti

Cadangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank UMNO telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1MDB.

Pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperolehi PH adalah kurang dari 50 peratus. Sementara satu kajian menunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi PH. Undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh PAS dan UMNO.

Oleh itu kedudukan sokongan kepada PH adalah tidak kukuh. Mereka yang mengundi PH terutamanya ahli-ahli UMNO boleh pada bila-bila masa meninggalkan PH.

Satu jalan keluar bagi PH adalah untuk memastikan UMNO dan PAS tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut. Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka. Langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran.

Kerajaan PH perlu melakukannya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Selain dari itu kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihan raya bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan. Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi berita utama di dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain.

Walau bagaimanapun yang patut membimbangkan rakyat adalah sebarang usaha untuk membunuh demokrasi. Sebelum ini seorang Menteri pernah mencabar ahli-ahli akademik yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH meletakkan jawatan. Jika rakyat tidak membantah usaha-usaha ini negara, kita akan melihat Malaysia tanpa parti pembangkang atau parti-parti pembangkang yang telah "dimandulkan". Ini tidak baik untuk rakyat kerana tidak akan berlaku "check and balance" atau semak dan imbang.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03234646516623814580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-91995704728571861162018-07-02T10:55:41.525+08:002018-07-02T10:55:41.525+08:00Proses kelunturan agama Islam mula berlaku dalam k...Proses kelunturan agama Islam mula berlaku dalam kerajaan PH

KUALA LUMPUR: Novelis, Faisal Tehrani mencadangkan kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Agama bagi menasihatkan agensi Islam di negara ini.

Penulis 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu atas alasan membawa pengaruh Syiah dan ancaman terhadap “keselamatan negara”, bagaimanapun enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan lanjut dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

“Pertemuan tadi sangat positif. Beberapa cadangan dipertimbangkan Majlis Penasihat Kerajaan.

“Reformasi penambah baik antara keperluan untuk Majlis Penasihat untuk institusi agama terdiri daripada beberapa (pihak), bukan saja agamawan, tapi ahli akademik, aktivis masyarakat, sosiologis dan teologis,” katanya selepas pertemuan lebih sejam dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.

Faisal Tehrani ialah nama pena bagi Dr Faizal Musa, felo penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faisal berkata, beliau turut membincangkan 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan isu penindasan terhadap Syiah.

“Ya, hal itu dibincangkan. Tapi saya tak boleh berikan perincian mengenainya lagi.”

Faisal antara aktivis dan agamawan yang dipanggil Majlis Penasihat Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembaharuan ke atas institusi agama Islam. Individu lain ialah Mufti Perlis, Pulau Pinang dan Johor.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pengharaman Kementerian Dalam Negeri ke atas 4 buku tulisan Faisal kerana melanggar hak kebebasan bersuara penulis.

Buku itu berjudul “Sebongkah Batu di Kuala Berang”, “Karbala”, “Tiga Kali Seminggu” dan “Ingin Jadi Nasrallah”.

: Ketegasan Rasulullah s.a.w. untuk tidak membenarkan Abdullah Ibnu Salam membaca kitab Taurat pada setiap malam Sabtu menunjukkan sumber Islam mestilah murni... Adakah Rasulullah s.a.w. jumud tidak terbuka sedangkan Taurat juga kita Allah? lebaimodernhttps://www.blogger.com/profile/18425366436667282364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-67287211914789446392018-07-02T10:53:30.312+08:002018-07-02T10:53:30.312+08:00Kita jawab begini :
1. Apa yang dimaksudkan dengan...Kita jawab begini :
1. Apa yang dimaksudkan dengan AGENDA ISLAM itu ialah menentukan status kedudukan agama Islam dan aqidah serta darjatnya dalam organisasi atau manifesto PH secara tekstual yang jelas seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 (1) Perlambagaan Persekutuan yang menyebut : “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

2. Oleh sebab itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Islam Negara (IKSIM), Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata peruntukan tersebut memberi hak secara undang-undang untuk kita tafsirkan ISLAM ITU ADALAH AQIDAH NEGARA. Inilah yang tidak disukai oleh DAP. Oleh sebab itu kita perlukan pernyataan yang jelas dan bukan sekadar konotasi atau analogi yang boleh diubah-ubah.

3. Nampaknya Nik Omar yang tak faham soalan seorang Dr. Falsafah. Memang pun seorang ahli akademik dia akan bertanya dan mahukan jawaban yang objektif dan bukan subjektif seperti dalam jawaban Nik Omar di atas.

4. Kata-kata Nik Omar sendiri : “Saya tanya dia balik sila buktikan di mana dlm manifesto PH yg tidak Islamic atau menentang Islam?” jelas menunjukan beliau tidak bezakan antara makna perkataan ISLAMIK dengan ISLAM, sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan makna yang jelas.

5. ISLAMIK ialah apa-apa yang berunsur atau mengguna pakai ciri Islam, tetapi ia tidak bermaksud mesti mengajak manusia kepada Tauhid seperti yang disebut oleh Baginda SAW dalam hadis Jibril ketika ditanya apa itu Islam. Sebab itu kita ada HONG LEONG ISLAMIK BANKING dan sebagainya kerana ia hanya mengamalkan sistem Islam tetapi tidak Islam dari sudut aqidah institusinya.

6. Bapa saudara Nabi SAW adalah seorang yang amat Islamik kerana telah membantu dan membela Baginda Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah, namun beliau tidak mati sebagai seorang muslim kerana tidak melafazkan syahadah. Sebaliknya, Isteri Baginda, Khadijah, juga seorang yang telah banyak berkorban kepada Baginda SAW. Beliau telah mati sebagai seorang muslim kerana menerima dan melafazkan Tauhid. Barangkali, inilah hikmahnya Allah adakan dua tokoh ini untuk kita bezakan antara yang Islamik (Abu Talib) dan yang Islam (Khadijah). Rupanya kekeliruan seperti ini timbul semua pada zaman kita.

7. Sejak 40 tahun sebelum perutusan Baginda SAW sebagai Rasul, ciri-ciri Islamik seperti itu telah lama diamalkan oleh Bangsa Quraish Mekah apabila memajukan Baitullah (Kaabah) dengan menyediakan pelbagai kemudahan makan minum dan tempat tinggal kepada para pengunjung pada musim Haji. Pada zahirnya ia sudah cukup baik dan tidak bercanggah dengan Islam pun. Hasilnya, mereka jadikan perbuatan tersebut sebagai alasan untuk menolak seruan Tauhid yang dibawa oleh Baginda SAW.lebaimodernhttps://www.blogger.com/profile/18425366436667282364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-49949570820391747132018-07-02T10:28:09.635+08:002018-07-02T10:28:09.635+08:00Sumber maklumat menyatakan terdapat kemungkinan me...
Sumber maklumat menyatakan terdapat kemungkinan melebihi angka RM100 bilion di dalam akaun di seluruh dunia dimana ia sekaligus menunjukkan ketamakan dan kegagalan sistem perbankan global.

Keputusan rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Harapan dengan agenda reformasi pada 9 Mei antara lain adalah untuk menghentikan salah laku kepimpinan yang lalu.

Sesungguhnya, nilai RM 1 bilion yang diperolehi dari kediaman Najib selepas pilihan raya, jelas membuktikan barangan mewah yang ditemui bukan hanya khazanah biasa sebaliknya ia selama ini begitu selamat tersimpan dan dirahsiakan.

Sarawak Report menyatakan antara penilaian terbaik berkaitan isu rampasan ini, sebagai contoh, dua jet peribadi yang disewa tiba dari Saudi pada lewat malam hari keputusan pilihan raya diumumkan. Ia sememangnya sesuatu yang mengejutkan, walaupun dikatakan jet itu adalah ehsan dari seorang eksekutif PetroSaudi. Disebabkan penafian hak pendaratan formal, mereka dipercayai telah berlepas tanpa penumpang utama, Najib dan Rosmah.

Walau bagaimanapun, barang-barang berharga tertentu termasuk berlian merah jambu, dipercayai telah dibawa masuk dan diiringi oleh kakitangan kanan negara.

Suatu sumber yang berasingan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan pasangan itu, telah memberitahu Sarawak Report bahawa untuk "pengetahuan tertentu" mereka mempunyai maklumat mengenai jumlah yang melebihi keuntungan lebih dari RM100 bilion, yang didatangkan ke luar negara. Sumber itu mengatakan bahawa mereka secara peribadi terlibat dalam mencuri banyak wang ke dalam akaun utama di Hong Kong.

'Kita Perlu Tukar'

Pendedahan jelas berkaitan aliran wang berkenaan adalah mengikut sumber yang dikatakan dimana ia termasuklah bank besar Switzerland dan Jerman. Turut dinyatakan bank-bank berkenaan kelihatan bersedia untuk melancarkan sistem kewangan global untuk tahun-tahun akan datang, menjaga isu-isu kleptokrasi Malaysia dalam berita untuk masa depan.

Namun, untuk pertama kalinya pada hujung minggu ini, kita telah melihat pengakuan yang jelas sekurang-kurangnya beberapa rasa bersalah di pihak Najib sendiri. Dalam ucapan yang luar biasa, bekas perdana menteri, selepas berminggu-minggu penafian, mengakui sistem 'politik wang', dia telah mempengerusikan dan mencadangkan UMNO membersihkan perbuatannya.

Sebagai contoh, Najib mengakui bahawa wang tunai rahsia telah dihantar kepada ketua bahagian sebelum pemilihan untuk membeli undi, tetapi mengadu beberapa telah purloined wang tunai sebagai gantinya:

"Mungkin Tuhan mahu mengajar kita pengajaran untuk kelemahan kita. Kita mesti bertaubat dan membetulkan cara kita, "....

"Pada pilihan raya umum yang lalu, kami kehilangan sebuah parti yang tidak menghabiskan banyak wang; kita tidak tahu di mana pejabat divisyen mereka, kanopi mereka adalah yang paling awal untuk ditutup, tetapi walaupun kita berduyun-duyun ke kanopi kita, kita masih hilang.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/13085257123120730903noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-7774207029577901942018-07-02T10:19:19.944+08:002018-07-02T10:19:19.944+08:00Masa buat itu semua, Wak Jahit gamak nya berkata k...Masa buat itu semua, Wak Jahit gamak nya berkata kpd isteri nya, "Kalo malapelanun boleh dapat SRC International topped up credit card depa sebanyak RM3 juta lebih, kenapa aku tak boleh buat?"

Maka semua nya menjadi malapelanun lah, hehe isa3https://www.blogger.com/profile/13573518375192519128noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-51548859126066564772018-07-02T09:46:51.719+08:002018-07-02T09:46:51.719+08:00Khir Toyo dispekulasi mahu keluar Umno kerana kece...Khir Toyo dispekulasi mahu keluar Umno kerana kecewa Jamal menang

1 Jul 2018, 11:51 malam (Dikemaskini 1 Jul 2018, 11:59 malam)

A A
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dispekulasikan bercadang keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.

Mohamad Khir dikatakan memberi gambaran itu melalui Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno, seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

Umno pilih presiden samsing dan ketua bahagian pon samsing...cuma seorang samsing melarikan diri menyorok.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/18405783894013146761noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-62936529154967615302018-07-02T09:41:54.673+08:002018-07-02T09:41:54.673+08:00Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, han...Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar

Minderjeet Kaur | July 2, 2018

Penganalisis berkata tiada bukti yang menyokong dakwaan Najib orang Melayu akan diketepikan oleh kerajaan PH berikutan kebanyakan menteri Kabinet orang Melayu.

Kamarul Zaman Yusoff berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dihormati sebagai pemimpin utama kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik bebas Dr Kamarul Zaman Yusoff menolak dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) akan mengetepikan Islam dan bahasa kebangsaan.

Kata beliau, sebaliknya Umno, parti yang pernah dipimpin Najib, yang berhadapan masalah berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau berkata, Umno kini mahu menonjolkan diri sebagai pembela Islam dan hak Melayu bagi mendapatkan sokongan.

Katanya, dakwaan Najib orang Melayu akan menjadi “bangsat” di bawah pemerintahan PH jauh tersasar kerana majoriti menteri Kabinet merupakan orang Melayu.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/18405783894013146761noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-411252986997266208.post-13983398699724783632018-07-02T08:43:42.656+08:002018-07-02T08:43:42.656+08:00Zahid bakal melakar sejarah satu-satunya Presiden ...Zahid bakal melakar sejarah satu-satunya Presiden UMNO yang tidak akan menjadi PM malaysia...lathttps://www.blogger.com/profile/09535247126839548380noreply@blogger.com