Selama ini Presiden Pas, Hadi Awang boleh dikira pemimpin politik yang paling pasif dalam memberi reaksi, baik mengenai dirinya, mahupun yang melibatkan parti.
Malah dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan negara, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man nyata lebih rajin bersuara.
Hadi selalunya lebih senang berdiam diri atau kadangkala hanya Setiausaha Politiknya, Ahmad Shamsuri Mokhtar saja yang menuturkan bicara.
Dalam isu hubungannya yang semakin akrab dengan Najib Razak, sama ada setelah potretnya sedondon berbaju Melayu merah jambu atau sepentas di Stadium Tasik Titiwangsa membela Rohingya bersama Perdana Menteri menjadi bualan di sana sini, Hadi lebih gemar mendiamkan diri berbanding menitipkan suaranya.
Lantaran itu, kenyataan media oleh Hadi hari ini yang secara tiba-tiba, antaranya menyentuh mengenai dedak, kerusi pilihanraya, prinsip yang ingin dipertahankan, hubungan dengan DAP dan Amanah, kerjasama dengan lain-lain parti, menolak tanggapan tidak berminat menukar kerajaan dan kekal menentang rasuah serta penyelewengan BN, tentunya terlihat sedikit menghairankan.
Mengapa tiba-tiba saja beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Adakah Hadi sedang cuba melindungi kesilapannya kerana hadir ke Iran baru-baru ini di sebalik Aleppo sedang bergolak dan bermandi darah?
Mungkinkah pula beliau sedang tidak selesa terhadap perkembangan Akta 355 yang diumumkan oleh Ahmad Maslan semalam bahawa ia kini sudah menjadi usul kerajaan dan akan diambil alih oleh Jamil Khir Baharom untuk dibentangkan di Parlimen?
Oleh kerana ia sudah menjadi usul kerajaan dan parti-parti komponen BN terus menunjukkan penolakan, maka ia dengan sendirinya memberi "lesen" kepada kerajaan untuk menangguhkan lagi usul itu sehingga benar-benar wujudnya kesepakatan?
Bolehkah wujud kesepakatan sedangkan sudah ada pemimpin komponen BN yang berikrar akan meletakkan jawatan serta di Sabah dan Sarawak pula lebih keras lagi penolakannya?
Jika begitu, bermakna usul 355 akan terus tertangguh lagi tanpa nokhtah dan Hadi sedang dipermain-mainkan oleh Najib?
Keadaan inikah yang membuatkan Hadi tampil dengan kenyataan medianya kali ini, walaupun masih berpegang kepada prinsip, tetapi masih terbuka kepada rundingan dengan lain-lain parti pembangkang, menolak rasuah, penyelewengan dan yang penting, tetap ingin menukar kerajaan BN? (SH 19/12/2016).
Kalau masih tak mahu terima DAP Dan amanah macam mana nak menang pru14. Hadi awe ni otak singkat. Undi cina DAP pun pembangkang perlukan utk menang PRU14.
ReplyDeleteSorry tuan budin cakap pas ni susah nak diterima. Esok lusa dia U-Turn lagi.
DeleteTido mcm Pak Lah jugak. Isu2 tunggu dah basi, tia2 tersedar dari mimpi, baru terhegeh2 nak komen itu ini.
DeleteSetpol Hadi pu sama kerjanya, atau kuat melancap ja kerjanya?
Hakikatnya pada masa sekarang ni TGHA perlu sedar bahawa 90% dari pengundi berbabgsa cina atau 30% dari 15 juta pengundi rakyat Malaysia sekarang duduk di pihak DAP.
DeleteDari segi percaturan politik, nak menjatuhkan pihak BN stategi seperti perlawanan dalam mana-mana permainan perlu diguna pakai untuk mencapai kemenangan.
PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang. Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.
DeleteItu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka kata Azmin Ali kepada wartawan semalam.
Adakah DAP akan mengikuti PKR? Jawapannya sudah PASTI TIDAK. DAP sekadar mahu dan manipulasi pengaruh Tun Mahathir sahaja kerana sokongan Melayu kepada DAP SANGAT MEROSOT.
Artikel ini bukan untuk mengulas mengenai sikap DAP tapi sikap PKR. Oleh itu saya akan fokus kepada PKR.
Persoalan timbul kenapa PKR bersedia memberikan kerusinya kepada BERSATU tetapi tidak kepada parti PAN dan PSM? Malah sikap PKR kepada PAN sangat berbeza. Bukan sahaja kerusi tidak diberikan malah PKR kalau boleh tidak mahun parti PAN bertanding di Selangor.
Jika mengambil petikan Azmin di atas, apa nama PAKATAN HARAPAN yang tidak boleh nak kerjasama, tidak boleh nak adakan perbincangan dan kesefahaman sehingga rakan sendiri pun diketepikan?
Menjadi persoalan kenapa PKR seolah-olah mencurigai PAN? Adakah kini PKR sedar hubungan dalam PH, 1 lawan 2 (DAP + PAN) akan memakan dirinya sebagaimana PKR dan DAP perkena PAS dalam banyak keputusan semasa PAKATAN RAKYAT dulu sehingga PAS tersempit?
PSM pula, berapa kerusi PSM mahu? Hanya 1 atau paling banyak pun 2. Kenapa PKR tak boleh bertolak ansur. Malah bukan kerusi sahaja mereka tak berikan kepada PSM, nak masuk PAKATAN HARAPAN tak dijemput.
Saya mengambil petikan tulisan Nordin Ali dalam blognya "Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia dijemput dan ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN?
Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.
“Tiada undangan."
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,”
Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tidak dijemput Dr Nasir dan PSM bersama PAKATAN HARAPAN?
Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? (Masa ini belum masuk PKR). Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?
Pelbagai persoalan kepada kita kenapa PSM diketepikan. JAHAT BENARkah PSM ini?
Apakah PAKATAN HARAPAN ditubuh untuk kepentingan sahaja tanpa mengambil kira hasrat dan cita-cita rakyat pelbagai pandangan?
Politik PAKATAN HARAPAN menjadi makin kelam kerana sangat banyak agenda tersembunyi dan PAS mengambil satu pendekatan yang sangat baik untuk terus ISTIQAMAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO @ BN.
1) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
Delete2) PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.
3) Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.
4) Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.
5) PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.
6) PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.
7) PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.
8) PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
PRU 14 merupakan pilihanraya yang dijangka sukar dijangka. Sebabnya kecelaruan yang berlaku dalam kerajaan dan pembangkang agak tungging terbalik.Kalau PRU 13 menyaksikan PR sebagai pakatan pembangkang turun all out untuk menewaskan BN tapi akhirnya kecewa.Melihat usaha kuat PR ketika itu seolah olah pembangkang tidak akan berpeluang lagi menewaskan BN kalau gagal di PRU 13.Sekarang apabila PR gagal maka yang terjadi PR juga hancur dek perbuatan mereka sendiri yang gagal mematuhi persetujuan penubuhan PR.Kini PR diganti dengan PH dengan harapan sekali lagi untuk menewaskan BN.Mampukah mereka menewaskan BN yang sedang berada diera kelemahan yang amat sangat ini?
DeleteDi PRU 13, Najib masih berupaya membina undi dari hantu hantu Bangla, Myanmar, Nepal, Indon dan beberapa negara lagi,Hantu Myanmar sudah menjadi igauan kepada umat Islam apabila junta tentera negaranya membunuh, merogol ethik Rohinya yang berugama Islam.Hantu hantu inilah yang sebenarnya memberi kemenangan kepada BN.Tetapi untuk PRU 14 kemampuan Najib untuk membawa masuk hantu hantu ini diragui kerana kekurangan dana yang sudah dibongkar oleh 1MBD.Kini Najib berdepan masalah untuk membayar para hantu seperti PRU 13 dan terlebih teruk lagi penolong utamanya bekas MB Terengganu Mat Said sudah disingkirkan sedangkan Mat Said mempunyai ribuan ic hantu hantu yang digunakan pada musim pilihanraya, jadi pada PRU 14 nanti diragui peranan bapak hantu Mat Said akan diteruskan.Ini menambahkan lagi masalah kepada Najib dan mungkin dia tak akan mampu untuk terus membela hantu pada PRU 14.
Kalau betul begitu daftar pengundi hanya akan diisi oleh pengundi yang sah tiada lagi hantu dan kemampuan untuk memperolehi undi yang tinggi untuk BN akan tersekat.Tetapi mampukan PH mengatasi jumlah pungutan undi ini? Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Selangor menunjukkan sebahagian besar pengundi cina swing kepada BN tetapi keputusan PRK Kuala Rompin menunjukkan peningkatan jumlah undi yang bertambah untuk PAS walaupun tewas.Dua pola pengundian yang menjelaskan satu perkara, kemungkinan PH gagal meraih undi dari pengundi sah tempatan dan kemungkinan kepada peningkatan Undi untuk PAS di kawasan majoriti melayu kerana peningkatan undi d Kuala Rompin dicapai ketika undi hantu masih berleluasa di sana.
Setakat ini pola parti yang bertanding pula menampakkan kemungkinan 3 penjuru, dengan BN akan menentang PH atau bersatu dan PAS sebagai blok ketiga.Kalau ini berlaku maka undi akan terpecah tiga dengan undi tegar kepada PAS tidak akan banyak berubah, seperti di Kuala Rompin dengan kebangkalian bertambah kelihatan cerah.Tetapi ini tidak bermakna PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengatasi BN kerana PAS hanya boleh bersandar di kawasan melayu Islam majoriti, di kawasan campuran seperti ditunjukkan di Sungau besar dan Kuala Kangsar peluang PAS agak terhad.
Justeru itu PAS mengambil pendekatan yang bijak, tidak menekankan untuk menang PRU tetapi cukup untuk memastikan Islam dimartabatkan.Untuk Islam dimartabatkan, satu satu pilihan yang ada ketika ini ialah memastikan BN terus memerintah sebabnya PH tidak kelihatan mesra dengan Islam seperti Umno yang pula berani berdepan dengan rakan parti bukan Islamnya dalam BN untuk mesra dengan Islam.Itu pilihan terbaik buat PAS sambil perlu juga memastikan suaranya tetap ada dalam Parlimen selepas PRU 14.
Pilihan yang baik untuk PAS ialah BN terus kekal membentuk kerajaan dan PAS memastikan sekurang kurangnya ada 20 kerusi di Parlimen untuk terus bersuara untuk Islam.
Semetara pilihan PH bersama Bersatu mungkin akan menimbulkan banyak masalah kepada PAS kerana kelihatan parti parti di dalam PH lebih berminat dengan liberal, sudahlah sekular seperti Umno.Umno walaupun sekular masih lagi menyokong dan lembut dengan Islam.
Mungkin PAS kena buat keputusan yang memihak kepada BN atas kemaslahatan ini.Apapun keputasannya, bergantung kepada undi dan pilihan rakyat serta tidak lupa keputusan akhir itu adalah ketentuan ALLAH.Marilah sama sama kita berdoa, apapun keputusannya nanti Islam tidak dipinggirkan.
Mengamuk sakan pengarah komunikasi PAN, Khalid Samad apabila PKR tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor untuk PRU-14 nanti.
DeleteKetua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.
Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).
PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan kata Khalid Samad.
“Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu,” katanya lagi
Tulisan saya sebelum ini menunjukkan kebenaran. Kalau nak selamatkan pembangkang PAN perlu dibubar.
Cuba anda bayangkan tidak sampai seminggu pakatan HARAPAN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan DAP, PKR, PAN dan PPBM, sudah wujud masalah pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Agaknya kalau memang nanti parti mana akan kena SEMBELIH?
Nampaknya semakin ghairah tindakan mereka untuk mengutuk PAS kerana baik dengan Umno. Seolah olah PAS tiada kebebasan mesti terikat dengan keputusan mereka.Siapa mereka? itu yang pening tu sebab mereka bukan siapa siapa tetapi menyibuk merapu sana sini menuduh PAS mahu berbaik dengan Umno.Semacamlah mereka yang boleh menentukan semuanya.
DeleteBila kita kata mereka hanya menunjukkan kekecewaan kerana PAS tak nak berkawan dengan mereka, merka balas balik dengan kata kata kecewa hanya ada dalam kamus PAS.Gila ke apa mereka ni? PAS relek jer tak ada gopoh gopoh menuduh dan mendakwa itu dan ini, semuanya dibuat oleh mereka dan ahli keluarga mereka.Kesian melihat mereka ni, macam orang sakit mental.
Orang gila selalunya tak ngaku dia gila, dan orang bodoh selalunya mengaku cerdik.Inilah yang boleh kita lihat dengan cara mereka mendakwa PAS mahu baik dengan Umno.mereka macam tak kasi can langsung untuk PAS bebas. walaupun yang sering mendakwa politik itu tidak ada lawan dan kawan yang kekal itu kawan baik mereka Mahathir.Tapi dalam kes PAS, tak boleh bebas mesti kena ikut kata mereka.
Dan bila PAS MENOLAK UNTUK BERBAIK dengan mereka, timbul berbagai bagai cerita dongeng yang disebarkan.Pada mereka cerita dongeng ini benar walaupun mereka tahu manusia yang mendengar cerita dongeng ini semuanya berakal dan boleh menilai mana benar mana palsu.
Mereka tak mahu percaya itu, malah logik pada mereka hanya apa yang mereka dakwa. yang lain bukan logik tapi mereka lupa manusia sekeliling mereka boleh melihat logik, antaranya sikap yang yo yo yang ditunjukkan mereka ini sebenarnya berpunca dari kekecewaan.Mana ada parti politik boleh mengutuk parti lain yang berbaik dengan musuh mereka selain mengambil langkah gentleman untuk mengistiaharkan parti yang berbaik dengan musuh mereka itu musuh politik mereka yang tak perlu mereka ambil pot dengan corak berbaik dengan musuh mereka tetapi sentiasa alert agar kedudukan mereka tidak terjejas itupun kalau mereka benar benar kuat.
Mana gentemannya mereka kalau terus menerus membuat provokasi yang melampau dari segala sudut untuk menidakkan kerjasama parti yang mereka harapkan dengan musuh mereka? Tak ada langsung malah semua yang dilakukan mereka mendedahkan diri mereka seolah olah orang sakit mental.hu,hu,hu...........nanti ada orang buat LAWAK terkini.
Berbagai bagai alasan,presepsi dan komen komen yang kadang kadang terlampau tidak ada asas, banyak andaian dan angan angan keluar dari PH mengutuk PAS, menuduh PAS berbaik dengen Umno dan lebih seronoknya diakhir kutukan itu muncul pula pujukan kepada PAS agar menerima pakatan dalam PH.Kenapa jadi macam tu? Kalau benar tak mahu PAS bersama maka biarlah PAS membuat pendirian mereka sendiri, tak usah tuduh itu dan ini.Kita semua dalam politik dan seperti yang Mahathir pernah kata, tiada musuh atau kawan yang kekal dalam politik, jadi terimalah kenyataan tanpa perlu menuduh ala provokasi dan komen separuh masak tanpa asas sama sekali.
DeleteApa yang nampak dari tindakan PH terutama Amanah ialah kegelisahan mereka kepada kemungkinan berlakunya kerjasama politik antara PAS dan Umno.Amanah tak boleh terima kenyataan ini dan lagi tak boleh terima penegasan PAS bahawa mereka TAK AKAN BERUNDING DAN BERPAKAT DENGAN AMANAH justeru itu Amanah terus menerus membuat provokasi, mereka cipta cerita dongeng dengan orang asli, orang tak asli yang tinggal dalam khemah untuk menidakkan kemampuan PAS untuk terus bertahan untuk ugama.
Amanah teruskan juga kerja kerja tidak bermoral pencacai pencacainya termasuk pencacai yang menghina solat YDPA semata mata mahu melemahkan PAS dan mahu memastikan PAS tidak bekerjasama dengan Umno walaupun kita bagi tahu dengan siapa PAS hendak bekerjasama bukan urusan mereka tetapi mereka tetap bebal meneruskan tanpa mengambil kira apa jua fakta dan analisa yang kita kemukakan.
Pada mereka semua itu merapu tak kira apa jua fakta yang kita kemukakan.Apa semuanya ini? jawabannya nampak mudah semudah a,b,c, mereka tidak mahu PAS berkerjasama dengan Umno dan kelihatan ketakutan yang jelas yang ditunjukkan oleh samaada pemimpin atau pemuka pemuka serta pencacao pencacai mereka.
PH terutama Amanah sudah menampakkan kekecewaan mereka kerana PAS enggan bersama sekalipun sudah ditegaskan PAS tidak mempunyai apa apa obligasi untuk bersama PH, noktah!
Komen2 setakat copy paste mcmni tak payah la letak. Tak ada yg nak baca pun. Semuanya ulasan tahap sampah.
DeleteKalau nak mengejar popularity maka bukak je la blog sendiri. Tak perlu menempek kat blog org lain lps tu lebih sudu dari kuah.
Setakat copy paste mcmni memang tanda dah tak mampu nak berfikir sendiri dah.
Pas tidak lagi relevan dlm politik dimalaysia!!!
ReplyDeleteS46 ditubuh tarik org UMNO keluar UMNO , PKR ditubuh tarik orang UMNO keluar UMNO , PAN ditubuh tarik orang PAS keluar PAS . takdo kelas le..... mcm TITM cakap takdo nilai tambah kalu berani tarik le orang UMNO keluar UMNO.
DeleteOrang PAS halau orang PAS..
Deletehihihi..
Nilai tambah terbaik adalah memaki hamun dan halau ahli dari parti mereka sendiri.
DeleteSedare. Aku org umno masuk amanah. Dulu time xde amanah, aku tragak2 nak masuk pas. Sbb aku tgk kt area kg aku smpai solat jumaat 2 kali. Ade lagi snggup solat jumaat kg lain. Ini hasil didikan haji hadi.
Deleteyer....dah si tuang presideng halau ahli...buat apa terhegeh2 lagi nak dok situ...dah nak karam pun PIS....tunggu masa saja...membarua orang...menjebon orang...macam2 lagi gelaran diberi....anwarinas....anjing salak bukit...pil kuda...hai....islam tak ajar semua tu...ngaku parti islam...akhlak mengalahkan orang kafir...
Deleteparlimen ponteng...apa hukum dapat elaun??? parti aja nama islam...kelakuan tak menggambarkan islam...tak malu ke ngaku parti islam??? bersekongkol dengan perasuah....berdiam dalam soal 2.6b....membalak bersama ularmak di kelantan...
kepada si jawa 23.27....tarik org PIS keluar PIS takpe....masih dalam pakatan harapan...jangan dok dalam PIGS (PIS Ikatan Gagasan Sejahtera) macam hang dah laaa....lain kali buat homework...seperti anon 8.26 cakap....dia org umno masuk amanah....bukan org PIS je masuk amanah woiii...jangan dok bawah tempurung....terokai dunia luar ye....kih kih kih....adios PIS...first time next PRU aku tak akan undi PIS lagi bersama 20 org keluarga ku...PIS hilang 20 undi next PRU...
Lobai dah pening....
ReplyDeleteSebab LGE beli rumah dibawah harga pasaran
Deleteterbaik. 6.28, kerana membuktikan contoh Mekayu yg Selam
Deletesi nik amar beli range rover bawah harga pasaran ape citer??? 10 kali lobai pening....terangkat sorban dan jubah....sampai nampak siku dan lutut..
DeleteDia beli range rover ketika ramai lagi penduduk kelantan masih tinggal dalam khemah
DeleteLebai bodo piang
ReplyDeleteAku percaya sesiapa saja dengar cakap Hadi ni akan jadi pening!!...tak pernah cakap betul melainkan berbelit belit.....sombong,kononnya pas sedang jadi rebutan sekarang....tunggulah Hadi woi saatnya akan tiba kamu akan dihumbang kedalam longkang!!...InsyaALLAH.
ReplyDeletePAS sekarang ini langsung tidak boleh dipercayai lagi, bercakap berdolak-dalik, u-turn, angkuh, bongkak, sombong, membaruakan ahli sendiri semasa mereka masih lagi ahli, bertanding PRU bukan untuk menang...dey apa daaa? Menangis konon...peigidah kamu menangis di sana, buat apa kamu menangis di sini!!!
ReplyDeletesi jahil itu tanpa segan mencela dan menaburkan fitnah terhadap ulama dan mengambil si kafir sebagai penolongnya.
ReplyDeleteLalu Allahswt menambah kesesatan golongan ini dengan membuatkan mereka merasa bagaikan berpegang pada sebuah "kebenaran", merasa bagaikan ramai walaupun hakikatnya sedikit.
apa khabar DOJ ?
apa khabar Singapura ?
apa khabar Switzerland ?
apa khabar Husam Musa dan Matthias Chang ?
2321..tara baca punya worang..pordaah. bawah tinggal tempurong yg dipenuhi taek low, pun tak dot nak hidu methane..haha apa khabar
DeleteMencela dan menabur fitnah itu sememangnya berdosa dan mencakupi kepada semua makhluk bernama manusia....ulama merupakan ungkapan yang ditujukan kepada manusia yang begitu mendalami hal ehwal agama....pun begitu akal yang sihat dan waras sememangnya dapat mengenal ulama yang mana patut disantuni atau sebaliknya...kadang kala mulut menjadi amat celupar memanggil dengan senangnya si kafir, seolah istilah si kafir menjurus kepada makhluk yang cukup amat tidak berguna dan begitu memudaratkan kepada umat Islam kononnya....sedangkan tidak pernah menggunkan akal yang cukup sempurna Allah S.W.T berikan untuk memikir adakah semua kafir itu sememangnya jahat tatalakunya kepada makhluk, malah ada di antaranya mempunyai peradaban dan perilaku yang lebih mulia dari seorang makhluk yang kononya jaguh bercerita mengenai Islam yang hanya mencakupi ruang lingkup pemikirannya...sedangkan Islam itu merupakan agama yang sudah cukup sempurna dan indah....peliknya kamu di sini aku perhatikan seolah kamu tenggelam dan hilang punca atas definisi kafir yang bagaimana....
DeleteSemoga kamu tergolong didalam umat Islam yang benar-benar jujur dan berlaku adil keatas makhluk hendaknya.....Amin!!!
This comment has been removed by a blog administrator.
Deletepa beza nya kafir dgn munafik umno tu , satu kapal je dosa nya dan balasan nya nanti....
DeleteAnon 00:17;
DeleteSiapa ulama??? Pembohong, putar belit,cakap takabburrr, barua sana barua sini, jebon sana jebon sini
tak malu ke mengaku diri ulama???
Hadi boleh balik indon.
ReplyDeletebukankah kini si jahil itu benar-benar telah berpaut pada "pertolongan" kaum kafir (sesungguhnya kamu telah melutut pada sikafir itu).
ReplyDeletekamu menanti penuh gelisah mengapa tidak didakwa terus "kepala" perompak beserta orang kanannya ?
hey si jahil,bukankah puak2 kafir itu yg mengesahkan bahawa Najib merompak berbillion dollar melalui 1MDB ?
Lalu mengapa si kafir itu "merayu" untuk mendapatkan maklumat dalaman 1MDB ? - tidak cukupkah bukti yg dikumpul selama 6 tahun dengan pelbagai pendedahan eksklusif ?
Sesungguhnya apa yang si jahil itu tidak sedar - puak si kafir itu sama sekali tidak akan "mengotorkan" tangannya untuk kamu, bahkan tugas untuk menumbangkan kerajaan yg sangat kamu bencikan ini terletak sepenuhnya pada usahamu sendiri.
Maha Suci Allahswt - tuan2 politik kamu telah "diajarkan" pelbagai jalan untuk mengulingkan kerajaan Islam di tanah Melayu ini bahkan dibekalkan "dana" tanpa had - hasilnya negatif.
Kaum kafir itu turut diselubungi riak kebimbangan sedangkan hampir seluruh kerajaan islam di benua Arab bergoncang dengan jalan yg sama diajarkannya pada sijahil seperti kalian disana.
Maka ingatlah kamu bahawasanya Allahswt juga merancang dan PASTI akan berjaya.
Aku simpati pada sebilangan si jahil yg menutup mata dengan dadanya diisi kebencian, fitnah dan adu domba terhadap para Umara', para ulama dan para ilmuan yg bersama pemerintah.
Apakah kamu tidak pernah mendapat sedikitpun pelajaran ??
Apa yg kau nak sembang ni..yg mencuri tu muslim..bukan si kafir
Delete2350...kata bodoh, awak marah. Masih nak belagak pandai. Selagi awak tak pandai nak hidu busuknya taek low dibawah tempurongmu itu, eloklah tukar babgsamu dari Melayu, jadi Mekayu
DeletePAS sudah jadi maksum balik semula ke?
Delete00.07
DeletePencuri tu Jho Low dan yang tutupkan lubang ialah Ananda Krishnan.
Yang melindungi mereka ialah orang Islam, Najib.
Umara', para ulama dan para ilmuan yg bersama menyokong pembunuhan dan merogol perempuan-perempuan Syria adalah lebih zalim dan kejam dari kami yang jahil ini.
Siapa kah yang lebih hina di hadapan Allah? Sejahil yang menolak dan tidak bersetuju dengan tragedi berdarah di Syria atau si Ilmuan dan Agamawan yang menyokong dengan menjadi bisu berhadapan dengan penjenayah besar?
Si unknown nakhoda kapal korek tu duk panggil org "sijahil".
DeleteMacamlah ko tu bijak sangat. Meluat aku tiap kali hantar komen mulakan dengan sijahil. Haram kejadah apa.....ko bijak pandai sangat ke??
Buta....duit rakyat lesap pon ko tak nampak. Tampal halal toiyyiban kat duit samun tu.
Pigi tanyalah kenapa puak ko tak nak bagi kerjasama dalam siasatan Swiss atas duit haram tu. Tak nak tau ke.....mana pergi duit rakyat yg hilang lesap tu??? Takkan tak ada jawapan di mana duit tu sekarang???
Pentadbiran apa yg gagal jaga duit rakyat???
Salah satu tanda akhir zaman ialah wujudnya manusia seperti pengomen Unknown. Menggunakan agama untuk menutup kemungkaran yang dilakukan oleh ketua-ketua kaki kelepet. Agama digunakan sebagai topeng untuk menunjukkan betapa sucinya mereka berbanding orang lain.
DeleteGaya pertuturan seolah-olah mereka ini tidak pernah melakukan dosa dan segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan selama ini adalah fitnah.
Biasalah tu
DeleteTanda beruk2 gelabah puyuh dek terdesak
Jual nama Allah
Yahudi tak betul
Cina xpasal2 jadi salah
Sedangkan kepala penyamun tu
Bangsanya melayu
Agamanya Islam
Maka keluarlah segala cerita putar Alam nak menutup bangkai gajah.
Beruk macam unknown, serikondakondi, graduan perasan, nakhoda sewel tu la antara malaun yg nak bersekongkol dengan penyamun (sebab merasa secubit hasil samunan tu agaknya)
Silap2 semuanya beruk yg sama.
Hadi sedang fikirkan modal baru untuk kempen pru14 jika lagu ruu355 disamun bn.. Modal hudud dah tak laku lagi..
ReplyDeletePAS sepatutnya bukan tentang BN tapi memberi nasihat pada UMNO yang menerajui BN.
ReplyDeleteKejap jadi penasihat.
Kejap jadi penentang.
Apa bukti BN rasuah ? Berpuluh tahun bukan 6 tahun dakwa BN rasuah..
kamu menanti penuh gelisah mengapa tidak didakwa terus "kepala" perompak beserta orang kanannya ? - 23 50
Mangkok hayunnn 01:09am;
DeleteKalau pasukan penyiasat dibubarkan dan dipindahkan mcmmana nak siasat, mcmana nak kemukakan bukti???
Siasatan di Singapura, Swiss, USA dah kemukakan bukti dan pihak yg bersubahat ada yg telah kena penjara, kalau berani teruskanlah siasatan secara telus dan professional di Malaysia.
Jadi jadi ngokkkk tahap gabannnnn sangat!!!
anon01.09 ni contoh klasik katak bawah tempurung
Deletekesian...
kes 1mdb org dah tau satu dunia
dia dok bwh tempurung lagi sambil diberi dedak
harap kau dpt dedak la
kalau x dpt dedak lagi la kesian kat katak mcm kau
lagi satu....byk2 la membaca
Lobai hadi kata "pas" sanggup di "piss" banyak kali oleh umno asalkan najib tak mam"pus"
ReplyDeleteLobai oh lobai..mencuri Dan makan harta curi tu haram...janganlah nak putar belit hukum Allah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkulah lobai hadi...
ReplyDeleteOlamak donia....
Takabbuurrr....
Ini mengconfirmkan (nah ambik kau!) PAS ni sah Parti Putar Alam SeMalaysia. Tak payah buang masa dengan mereka....FAHAM!!!!!
ReplyDelete
ReplyDeleteLge beli rumah telajak murah rasuah BN?
Kajian keboleh-laksanaan tororong dasar laut di PP sebanyak RM300J rasuah BN?
Azmin beli 'splash' RM2.9B pun rasuah BN?
Syarikat dua ringgit DIEG yang menelan semua syarikat kerajaan Selangor sebanyak RM40 bilion pun rasuah BN?
Semoga UMNO tetap relevant untuk menerjui Malaysia bagi selama 100 tahun lagi.
Weiii....ko pegilah tanya tok hadi sebab dia yg kata BN ni ada rasuah. Pehal yg ko memekak kat sini?? Pegi call tanya oang PAS lah.
DeleteLagi satu hal kenyataan tok hadi tu kena setepek atas BN.....yg dia sebut tu BN......pehal pulak kena mengena dgn dap???
Oooo.....ko pon sama macam chief ko ke....lain ditanya lain dijawab.
Hidop bapak toyol!!!
Semoga tetap relevan untuk menerajui Malaysia negara ke2 tertinggi rasuah.......teruskan menyamun dan merompak sampai licin.
Sambungan.....
Delete6.43 pehal yg ko nak tembak Pakatan pulak sebab yg cakap BN rasuah tu orang PAS.
Bangang!!
nak alih isu la tu...
Deletekes lge sedang berjalan di mahkamah
kes 1mdb langsung di OSA kan
apa cerita???
Tak payahlah nak fikirkan parti islam ini lagi biarkan dia merapu dan syok sendiri kelantan akan hilang dlm pru14 adalah lebih baik pakatan dap pmr amanah dan ppsb merancang dgn teratr utuk rampas putrajaya umno dgn parti iislam ini biarlah dia bersekobgkol moral ceritnya jgn percaya parti islam dap lebih baik
ReplyDeleteSesungguhnya Wang rm 2.6 billion masuk ke dalam akaun ambank itu benar Dan sesungguhnya punca Wang Dari hasil curi itu benar Dan mencuri Dan makan harta cuti itu haram itu juga benar Dan mana barang siapa yang mengatakan sebaliknya,maka mereka termasuk kedalam golongan yg menzalimi diri mereka sendiri.
ReplyDeleteCuba ko bersumpah tengok, kalau berani, nak tengok berasap dak perut tu!!
Delete817..contoh orang jumud tara baca,species Mekayu bawah tempurong, perasan pandai...
DeletePAS, parti Islam atas nama sahaja sekarang ni, ketuanya tak langsung mencerminkan imej islam, suka memaki hamun, bongkak, cakap besar, memihak pada kebaculan pemimpun umno. Parti yg pernah aku respek masa TGNA masih hidup dulu.. Sekarang boleh poorrahh!!
ReplyDeleteKorang yg kemaruk nak pAS ikut kehendak korang. Korang kutuk PAS tapi dlm hati nak PAS menyertai PH. Apa punya buruk perangai. Korang menyusahkan lagi kerja Tan Sri Muhyiddin utk membuat hubungan positif.
ReplyDeleteBlog Budin mmg takda kelas utk kebaikan negara, lbh bangga 2 juta pebacanya tp bukan utk kebaikan negara. Ko kutuk Hadi presiden parti dgn ahlinya dan penyokongnya ramai dan amat diperlukan BERSATU dlm misi menumbangkan BN ketika ini. Ko sediakan ruangan dlm blog ni utk pembaca liberal hina Hadi. Apapunya penulis.
1022, kau meracau pelik nampak. Takut yek? Ramj pengikut PAShadi dah celik dan lari. Yang tinggal hanya yg bawah tempurong
DeleteKebanyakkan rakyat Mesia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan menolak UMNO dan PAS atau yg lebih tepat menolak Najib dan Hj Hadi. kami tak ingin pun PAS bergabung dgn PH dan Bersatu, wei! Pada kami PAS adalah kembar UMNO dan Hj Hadi ahli geng Najib. Kami sdang menunggu PRU untuk menolak UMNO dan PAS. Gelombang rakyat yang menolak rasuah dan salah guna kuasa akan menolak kedua2 parti usang tu. Najib dan Hj Hadi merancang tetapi rancang Allah lebih sempurna. Insyaallah, rakyat yang bangun merubah sikap akan berjaya merubah kerajaan negara ini.
DeleteNick.
Cape Tiger.
Amin...
DeleteAk pening dgn PAS PIS PUS ni.. serabut otak tgk diorg ni. klu nk bribadah shja tuk akhirat mcm itu xpyh msuk politik lah. xlayak jdi pemimpin hadi oiiiiii.
ReplyDeletekuat ketua sayap wanita ppbm 4x stim ... hebat2
ReplyDeleteKetua wanita umno tak stim ker
DeleteTak susah utk hadi bawang besar tutup mulut orang yg kritiknya kerana ahli pas telah maklum pemimpin mereka itu ular mak yg maksom. Kafirkan ajer yg tidak sependapat dgn presiden.
ReplyDeleteBerputar-putar membelitkan kata-kata
ReplyDeleteHanya bemodalkan air liur yang menitis
Pada pakatan di masa lalu
Dibelit Pak Aji sampai terus berangan
(Ikut tempo lagu "Rindu Bayangan"'- Carefree)
Bila baca komen dlm blog ni nampak sangat korang kecewa besar dgn PAS. Korang buatlah cara korang sendiri kenapa nak jg tepi kain PAS? Korang kata penyokong PAS dah berkurang, ramai dah lari ke PH. Korang patut hepi sbbdah gerenti menang besar dan tak pyh la masuk campur hal PAS. Kenapa nak komen cara PAS berpolitik? Budaya
ReplyDeletePolitik rosakkan adab yg korang bawa dan.jaja tak laku dgn pAS.
Sekali baca je dh tau yg kau ni bukan org pas pun
DeleteTapi Beruk amno yg purak2 jd penyokong org lain
Lembu bolehla kau bohong
Orang yg ada otak memang kau xdapat nak kencing la
Bodoh
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.