Wednesday 7 December 2016

BERKAWAN DENGAN DAP ADALAH PILIHAN YANG TEPAT


Semua orang tahu DAP adalah parti pilihan orang-orang Cina. Walaupun ia bersifat pelbagai kaum dan di dalamnya ada Melayu, India dan lain-lain kaum, tetapi lebih ramai orang Cina yang menyertai serta menyokongnya.

Kira-kira 80 hingga 90 peratus orang Cina sekarang ini bersama DAP. Sejak dua pilihanraya lalu memperlihatkan DAP telah mendapat sokongan majoriti yang ketara daripada pengundi Cina berbanding MCA dan Gerakan.

MCA dan Gerakan tidak boleh lagi dianggap mewakili kaum Cina. Mereka bukan saja kalah di banyak kerusi, malah di mana-mana kita boleh mendengar keluhan ketidakpercayaan kaum Cina sendiri kepada kedua-dua parti itu.

Bagi kaum Cina, MCA dan Gerakan sudah mati di hati mereka. Mereka tidak percaya lagi kepada parti itu. Ramai kaum Cina melihat MCA dan Gerakan adalah "parti cari makan"  dan bukan benar-benar memperjuangkan nasib mereka.

Sehubungan itu, dalam konteks politik Malaysia yang pelbagai kaum, tindakan Tun Mahathir Mohamad merapatkan dirinya dengan DAP adalah suatu tindakan yang tepat dan betul. 

Ini kerana PPBM, PKR dan Amanah adalah parti yang dikuasai oleh Melayu. Dengan merapatkan diri bersama DAP, PPBM dan Pakatan Harapan jelas ingin menawarkan keseimbangan politik kepada negara yang tentunya lebih mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Sebaliknya, Najib dan UMNO telah menyimpang jauh daripada daripada mahu mewujudkan keseimbangan kepada negara ini. Dengan UMNO sudah memiliki 88 kerusi Parlimen dan kemudian cuba berbaik serta berpakat pula dengan Pas, juga parti Melayu, Najib ternyata hanya ingin mengekalkan kuasa Perdana Menterinya secara mudah, tetapi mengabaikan keharmonian serta kestabilan negara.

Najib tidak sepatutnya cuba memikat Pas dan menghentam DAP jika beliau memikirkan kestabilan negara ini. Beliau seharusnya lebih dulu cuba mendekati DAP apabila melihat MCA dan Gerakan tidak lagi berfungsi.

Dan kalau pun DAP enggan berbaik atau bersama, Najib tidak seharusnya menghentam parti itu. Dengan disokong 80 hingga 90 peratus kaum Cina, menghentam DAP sama seperti menghentam kaum Cina.

Tindakan Najib berbaik-baik dengan Pas dan dalam masa yang sama menghentam DAP menunjukkan beliau sendiri yang menjauhkan kaum Cina daripada kerajaan yang dipimpinnya. 

Najib tidak memikirkan kepentingan negara, tetapi hanya berfikir bagaimana untuk memudahkan kuasanya dapat dikekalkan. 

Dari segi menawarkan kestabilan dan keharmonian, Pakatan Harapan yang turut akan disertai PPBM tidak lama lagi, tidak diragui adalah pilihan yang lebih baik berbanding BN yang semakin pincang perjalanannya.

BN, terutama sejak Najib dan UMNO merestui tindakan berbaik-baik dengan Pas, hanya menawarkan kerajaan sepihak tetapi cuba mengabaikan pihak yang lain.

PPBM, PKR dan Amanah yang majoritinya Melayu, disokong pula oleh DAP yang mewakili kaum Cina dan terdapat juga Melayu di dalamnya, tidak saja menjamin keharmonian dan kestabilan kepada negara kerana mewakili semua pihak, bahkan menjadikan kuasa Melayu lebih merata serta melebar jadinya. 

Kuasa Melayu yang tertumpu kepada satu parti saja lebih mendorong kewujudan "penyamun" kepada harta negara, yang kemudian merangsang pula diwujudkan sikap wala' yang keterlaluan apabila merasakan kuasa dalam genggaman mula terancam.  (SH 07/12/2016).

78 comments:

  1. Tuan Budin,
    Dah terdesak macam tu lah. Selagi ada peluang semua di guna untuk mengekalkan kuasa. Yang peliknya ada gak yang sanggup pi jilat taik tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro. PAS ini sebenarnya memperjuangkan apa? Saya mohon maaf tapi pas ni mcm golongan org yg menjual ugama untuk kepentingan dunia.
      Betulah istilah org putih pakaian x mencermin iman seseorang.
      Salam sejuk dari Madinah Al Munawarah.

      Delete
    2. Salam sdr Mali Muyung, jika saudara melintasi makam rasul, tolong sampaikan , ada seorang umat mu yg mengasihi mu berkirim salam pada mu,

      Delete
    3. Kawan semua saya nak share kat sini artikel yang saya baca di bawah dari blog Ameno World, sila buka link. Terima kasih.

      http://www.amenoworld.net/2016/12/china-bantu-malaysia-selesaikan-hutang.html

      Delete
    4. Elok sangatlah kalau semua parti cari makan bergabung dibawah satu bumbung BN secara terang terangan supaya lebih mudah rakyat membuat pilihan dlm PRU14 nanti.

      Sudah sudahlah bermain sandiwara menipu rakyat dgn imej agama tetapi bersekongkol dengan penipuan dan kezaliman....

      Delete
    5. Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.


      Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut

      “Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.

      “Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.

      Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.

      Delete
    6. Dalam kesibukan DAP berusaha untuk menggulingkan kerajaan, parti tersebut meminggirkan perkara terpenting dalam meneraju Malaysia iaitu fasi bertutur dalam bahasa kebangsaan.


      Pengerusi NGO Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, amat memalukan bagi DAP ekoran ramai dari kalangan ahli serta perwakilan partinya tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan sehingga memaksa menggunakan penterjemah semasa debat Kovensyen Kebangsaan DAP, baru-baru ini.

      “Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan

      "Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara," tegasnya.

      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fok bahawa partinya menghabiskan anggaran RM20,000 bagi menyediakan lebih 100 alat menterjemah kepada perwakilan parti.

      Katanya, alat tersebut menterjemah debat yang berlansung dalam bahasa kebangsaan kepada bahasa Mandarin dan Tamil.

      “Oleh itu saya cadangkan agar Dap buka kelas bahasa kebangsaan daripada berhabis duit beli alat terjemah bahasa,” kata Azrinizam dipetik UMNO Online.

      Tambahnya lagi, tiada guna juga jika lagu rasmi DAP dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan sekiranya ahli partinya sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa tersebut.

      “Bagi saya, lagu parti itu dibuat dalam bahasa Malaysia hanya sebagai satu propaganda untuk mendapat undi.

      “Dap patut sedar kegagalan ahli dan pemimpin mereka menguasai bahasa kebangsaan adalah perkara yang amat serius. Lihatlah apa jadi dalam dewan rakyat bila bila pemimpin Dap berhujah dalam bahasa Malaysia yang tunggang langgang.

      “Jika menguasai bahasa kebangsaan pun mereka gagal maka bagaimana mereka mahu menjadi seorang pemimpin yang baik,” katanya lagi.

      Delete
    7. Seramai 60 saksi akan dipanggil untuk perbicaraan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang dijadualkan bermula 27 Mac tahun hadapan.


      Pada prosiding pengurusan kes berkenaan hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail ‎memaklumkan pihak pendakwaan dijangka akan memanggil 60 saksi sepanjang lima bulan perbicaraan berlangsung.

      Tarikh berkenaan ditetapkan pada, 27 Mac hingga 31 Mac 2017; 10 April hingga 14 April 2017; 24 April hingga 28 April 2017; 15 Mei hingga 19 Mei 2017; 29 Mei hingga 2 Jun 2017; 13 Jun hingga 16 Jun 2017 dan 17 Julai hingga 21 Julai 2017

      Hadariah berkata, kesemua tarikh itu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan pihak pendakwaan.

      Selain itu, Hadhariah juga mengarahkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen yang dipersetujui kedua dua belah pihak dan perlu diserahkan kepada mahkamah pada 6 Januari tahun depan. .

      Dokumen itu perlu disiapkan segera bagi memastikan kes tersebut berjalan dengan cepat .

      Prosiding hari ini tidak memerlukan kehadiran Guan Eng dan Phang Li Koon dan hanya diwakili barisan peguamnya.

      Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Masri Mohd Daud, manakala Guan Eng di wakili peguam Gobind Singh Deo, manakala Phang Li Koon diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

      Pada 30 Jun lepas, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

      Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan perlingkungan semula daripada zon pertanian kepada zon perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

      Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di bilik gerakan, tingkat 28, bangunan Komtar di George Town pada 18 julai, 2014.
      Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

      Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga 2.8 juta.

      Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Guan Eng mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

      Delete
  2. Betul pandapat saudara Shahbudin, fikiran pak cik kita(tun m) sangat tajam dan mendahului masa.
    Tidak sia sia kita menyokong beliau.
    SYABAS TUN...SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUN.

    ReplyDelete
  3. Dalam islam nak Wala (taat setia) kepada pemimpin ada syaratnya. Pemimpin wajib seorang yang AMANAH,baik dan sehat AKHLAKNYA serta seorang kuat fizikal dan akal fikiran.Ada sesetengah ulama dedak baik dalam umno dan pas mereka tidak ambil berat dalam syariat ini bagi mereka wajib taat dan setia kepada pemimpin secara membabi buta walaupun sudah jelas pemimpin pemimpin ini tidak AMANAH,penyamun,munafiq ,sex haram , Zalim serta lemah fizikal dan akal fikiran , walau pun sesetengahnya ada ilmu dalam agama . Ini yang sering mengelirukan rakyat terutama melayu.

    ReplyDelete
  4. Nak jatuhkan Najib memang sukar kerana apabila beliau bertakbir Allahu akbar beliau kelihatan islamik.

    Lagipun beliau bersih dari sebarang skandal seks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kalo ada kuasa, ada berjuta skandal pun, sumer selamat boss.

      Najib xdak skandal seks? Yg kes Ziana Zain tu, lagi terang bersuluh pun boleh tutup dgn lunak.

      Takat membebel takbir AllahuAkbar, skrg org dah muah dah dgn ahli politik permainkan dan permainan agama. Habis buruk agama dgn mainan ada olok2 derang.

      Sampai bukan Islam pun boleh ajar muslim ttg camana nak bersyukur kpd Allah. Kepala kontol apakah ini sumer?

      Tak lain dan tak bukan, sbb agama dipermainkan bukan ahli juga ahli2nya.

      Delete
    2. Betul ke dia bersih dari skandal seks? Di sebuah hotel di P.D tu apa cerita?

      Delete
    3. itu fitnah serupa la mongolian & 1mdb

      Delete
  5. Pelik cara dan sifat tuan2 si jahil itu "berkawan" pada gerombolan non muslim yang diberi nama sebagai DAP.

    Siapa yang hendak kamu dustakan wahai si penyampai (admin blog) ??

    Bangsa Cina itu berbondong-bondong memihak kepada DAP adalah kerana habuan yg melanggar batas hak bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam - inilah bangsa yang terkenal dengan sifat opportunis (pengambil kesempatan).

    Tiada sekali pun DAP memberi bai'ah kuasa pemutus terhadap tuan2 kamu yg khabarnya masih berbangsa Melayu dan bersyahadah - apakah tanah ini tiada daulatnya ?

    Sebaliknya tuan2 kamu yang menggadaikan daulatnya demi untuk "berkawan" dengan DAP - rujuk sifat songsangnya didalam bahtera baru yg dinamakan sebagai Pakatan Harapan, belum pernah mana2 manusia yg waras dalam dunia ini membentuk sesuatu tahaluf siasyi tanpa diangkat kuasa pemutusnya - hey, tuan2 kamu benar-benar telah menciptakan satu rekod dunia.

    Rujuk juga asas penubuhan DAP yg membatalkan daulat Bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam - tuan2 kamu yg mengejar kuasa dengan menjadikan daulat Bangsa dan Agamanya sebagai jualbeli kepada DAP, lalu Allahswt menghinakan mereka diatas jalan yg tuan2 kamu tempa ini.

    Ya, kamu boleh terus diperbodoh selagimana tertutup hijab pada kebenaran yang jelas lagi nyata.

    Bukankah Allahswt telah berfirman - setelah datang kebenaran lalu kamu berpaling dan meminta pertolongan dari kaum kafir, maka ketika itu Allahswt bukan lagi merupakan penolong buatmu.

    Bangsa Cina telah menunjukkan belangnya

    1. Memijak gambar umara' dan ulamanya.
    sedangkan umara' itu lambang daulatnya Bangsa dan ulama itu lambang daulatnya kesucian Islam.

    2. memperolok dengan mengadakan ritual kematian Umara' mengikut fahaman nenek moyangnya.

    3. mengibar bendera Malaysia secara terbalik hatta ada yang menjulang bendera "baru" negara - Bendera Negara adalah lambang kedaulatan tanah Melayu.

    Maka ikutlah kepada penyatuan diantara UMNO dan PAS demi Agama, Bangsa dan Negara - ini lebih dekat kepada syariat Allahswt.

    akhir kalam, sejujurnya tuan2 kamu bukan "berkawan" tetapi bertuankan gerombolan non muslim yg diberi nama sebagai DAP. - sedarlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11.09 analisa kau tahap org terperam kat kampong yg tak pernah kenali dunia. Sori lah yerr, org2 kat sini berpelajaran dan sedia maklum hal ehwal politik semasa; pendapat sempit kau lebih molek di mykmu.

      Delete
    2. Anon 'unknown 7'
      Kamu ini tok lebai apa?
      Kitab mana yg kamu belajar? Pemimpin yg zalim kp rakyat kamu taati? Pemimpin yg makan duit haram atas nama persahabatan ialam kamu taati?
      Barangkali kamu ini pak lebai yg makan dedak 90j.

      Delete
    3. kezaliman bagaimana yg sedang ditimpakan kepada kamu ??

      apakah diancam nyawamu,anak isterimu, kaum kerabatmu, sahabat handaimu ??

      Apakah dirampas harta bendamu, anak isterimu, kaum kerabatmu, sahabat handaimu,warisan keturunanmu ?

      Apakah dihalang segala macam ilmu Allahswt dari sampai ke dalam dadamu, anak isterimu, kaum kerabatmu, sahabat handaimu ??

      Apakah dihalang segala sifat kemerdekaanmu, anak isterimu,kaum kerabatmu, sahabat handaimu sebagai individu ??

      Apakah diancam akidahmu, anak isterimu, kaum kerabatmu, sahabat handaimu ?

      Jika segala khabar berkait 1MDB atau apa sahaja pertuduhan sertakan bukti, maka bawakanlah ia ke muka pengadilan - ia akan dihujah dan diadili jika tidak didalam makamah negara bawakan ia ke luar negara.

      Tetapi jangan sesekali berjual beli akan amanah Bangsa dan Agamamu - itulah kecelakaan yang paling besar.

      Delete
    4. Unknown woiii...apa bahalol nak sertakan bukti 1mdb.....baru bukak mulot pon dah kena tangkap. Tanya tak boleh...soal pon tak boleh....nak debat dalam parlimen pon laaagiiiiilah tak boleh.

      Buat repot polis....org yg buat repot tu yg kena tangkap bawah sosma. Sedang org yg direpotkan langsung tak disoal siasat apa2 pon. Pastu org yg merepot tu ambik lawyer....dgn lawyer2 dia sekali masuk lokap. Undang2 apa yg ko nak harap kan ni bahalol...??

      Bila Tun M saman mahkamah.....kenapa dibalas pohon batalkan saman Tun M tu??? Kenapa tak sahut cabaran tu lawan Tun M dalam mahkamah....tunjukkan semua bukti2 hitam putih yg sahih yg Tun M cakap semua fitnah tak betul......inilah peluang nak malukan Tun M bahawa Tun salah. Apa guna batalkan saman.....ambiklah peluang lawan Tun M dalam mahkamah.

      Kenapa nak sorok-sorok.....tak nak pertahankan diri dari jadi bualan bergelumang dgn duit haram..... saentero dunia dan seluruh Msia bercakap.

      Apa ko tak fikir ke yg Singapore tutup 2 bank BSI tu saja2 nak melawak ke? Hoiiiii....pegi baca media Singaporelah ....baca ulasan bicara mahkamah org2 yg terlibat dgn pengendalian wang 1mdb tu.......tengok berapa upah yg dia org dapat untuk buat kerja haram tu....upahnya bermilion2 ko tau tak....tapi kat sini berita tu tak dikeluarkan. Nak tau kena korek berita dari media Singapore.

      Itu bicara dalam mahkamah bukan cakap2 kedai kopi....paahammm??? Benda dalam mahkamah bukan fitnah....bukan kabar angin.....paahammm?? Jangan ko kata perbicaraan mahkamah Singapore tu omong kosong pulak. Tolong celik sikitlah woiiiii.....

      Unknown ....ko duduklah bawah tempurung sampai kojol....baca utusan dan tengok tv3 jer. Nak baca berita omputih tak paham agaknya. Jadi takat tu ajerlah minda ko....kesiannnnnn.....

      Delete
    5. Unknown memang tak baca berita luar negara. Baca pun tak paham. Jadi pemikiran dia tahap 70an. Org lain dah pergi jauh. Biar lah dia.

      Delete
    6. Kamu ni baru bangun tidur ke...atau dah lama koma? Mungkin kamu hidup senang, tapi ramai lain yang sedang susah dengan kesempitan ekonomi disebabkan kedajalan orang/puak yang kamu sanjung tu!


      Delete
    7. melalak gila puak2 disini bila ditegur..mereka sini bukan guna akal pun tapi sbb politik kebencian yang menebal maka sukar mereka2 ini untuk di sedarkan..biarlah mereka melalak merepek dlm blok ni..topik pun mengarut..

      Delete
    8. 16.56 yg ko pehal masuk sini? Ada tuan budin jemput ko masuk sini ke? Org punya pasallah nak melalak ke apa ke. Yg ko susahkan sangat tu kenapa? Mak ko tak tidur malam ye kalau tengok org2 sini komen macam2 atau ko yg tak boleh terima kenyataan duit rakyat dah disamun??

      Tak ada sape yg suruh ko masuk sini........jadi ko boleh blah di sinun......ke blog2 yg memuja puji, suka hati dgn duit rakyat hilang lesap tu.

      Pegi merambussss !!!

      Delete
    9. Unknown, jgn dibandingkan zalim dengan yg lebih zalim...takde pekdahnya...kalo ada unsur kezaliman berlaku, kita kena cegah..takkan nak tunggu dah lihat aje...selagi boleh hidup, boleh makan, kira ok...sebab ni lah negara islam kita terkebelakang dari negara kapir korea dan jepun..sedih, sedih...

      Delete
    10. Macai umno bertuankan kaki klentong...masa dah berubah...politik turut berubah...laungkan untuk melayu...tapi yg ketinggalan dan miskin melayu jugak...tuan politik klentong macai pun turut klentong...

      Delete
    11. Unknown, tuan kau minta tolong dari negara China tu apahal. Berani betul kau perli dia minta tolong dari kafir. Mampus lah kau. Bodoh betul cara kau ampu. Memang tiada berpelajaran dan salah masuk blog pula.

      Delete
    12. 1109..tahniah, yang anda jilat Taek Low tu sapa..bukan cina. tak habis Cina..Cina...kamu sah seorang taksub dan rasis tegar. tahniah

      Delete
    13. Kepada yg masih baru dlm dunia blog tuan budin,

      Ingin sy memperkenalkn "unknown" yg menyalak kat atas tu ialah Nakhoda Sesat.

      Beliau dah lama senyap & kini kembali aktif.

      Delete
  6. to say that the chinese only support dap is slightly incorrect, they also support pkr, pan and soon bersatu but as usual the mainstream media likes to paint it into a racial divide issue therefore justifying their us versus them battlecry, this strategy will eventually destroy our country no matter who governs it
    the chinese will side with whoever they think will bring good for their country too, the rest is up to the Malays themselves

    ReplyDelete
    Replies
    1. my dear friend, saya faham apa maksud yang kamu cuba sampaikan.

      tetapi tidak perlu terlalu beretorik - chinese Malaysia (who born in Malaysia) perlu membentuk suatu kerjasama politik dengan membina hearaki seperti apa yg dibina oleh UMNO didalam Barisan Nasional.

      Ingatlah walau apapun yang bakal berlaku tiada akan tanah Melayu ini menjadi Singapura nombor dua.

      Bangsa Cina wajib mengikat dirinya dengan memberi bai'ah terhadap PPBM selaku Presiden Pakatan Harapan (sebagaimana Bangsa Cina memberikan bai'ahnya kepada UMNO didalam Barisan Nasional) - PKR adalah multi racial n religion party dan terbatal dari diangkat sebagai Presiden Pakatan Harapan.

      Tanah ini diberi gelar sebagai Tanah Melayu sejak dari awal peradaban manusia, sejak dari manusia pandai memggunakan tinta dan mencatit sejarah.

      ketahuilah juga Bangsa Melayu tidak terlalu bodoh semuanya. masih banyak yang berilmu, beriman dan berakal.

      Bangsa Cina jangan terlalu mengikut nafsu opurtunis - berilah bai'ah bangsamu kepada Bangsa Melayu bukan atas sifat diantara TUAN dan HAMBA tetapi diatas sifat Kedaulatan Bangsa Melayu ke atas tanah leluhur nya.

      Sedar lah tiada mana2 Bangsa yg lebih lembut hatinya berbanding bangsa Melayu - jangan diambil kesempatan walau kamu diaju dengan habuan atau diancam dengan darah.

      Akhir kalam - Bangsa Cina Malaysia hidup dan matilah kalian didalam tanah Melayu ini dengan menjadi saudara kami.

      Bukan dengan menjadi tuan kepada kami atau menuntut kesamarataan total.

      Kerana tanah ini ada daulatnya
      Kerana tanah ini ada amanahnya
      Kerana tanah ini ada iktiqadnya

      Delete
    2. Kamu hanya pandai bertiori tapi tak pandai praktikal. Ibarat profesor kangkung pandai bersyarah busines tapi tak tahu berniaga.
      Kamu hanya manusia hipokrik kpd bangsa kamu sendiri.
      Saya percaya kamu tahu apa yg telah najib buat kpd bangsa kamu. Tetapi mata kamu buta, hati kamu buta akibat kepentingan diri sendiri.
      Tak malu kamu kp Allah yg telsh beri akal yg cerdik kp kamu.
      Konon perpaduan melayu, membiarkan perompak terus nerompak harta negara kamu?
      Kamu tak ada batu?

      Delete
    3. sekiranya kamu melihat UMNO adalah seburuk-buruk pemerintah, tiada daya aku untuk membantah.

      Soalnya sudahkah tuan2 kamu yang diketahui adalah berbangsa Melayu dan bersyahadah itu sudah diberikan bai'ah oleh bangsa Cina DAP ??

      katamu kamu orang yang berpelajaran - kataku aku juga tidak kurang ilmunya.

      Tanah Melayu ini tiada konsep samarata kerana daulat dan amanahnya terpikul kepada Bangsa Melayu.

      Kemuliaan syiar Islam juga merupakan amanah dan nikmat Allahswt seiring dengan daulatnya tanah Melayu.

      Tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional tiada apa yang hendak aku kesalkan - tetapi tuan2 kamu yang berjual beli akan daulat Bangsa dan Agama, inilah aku dan kau pasti terkejut apabila mengetahui majoriti dari Bangsa Melayu itu akan memerangi tuan2 kamu diatas jalan yg mereka pilih ini.

      Pesanku mudah - dapatkan Bai'ah dari bangsa lain sebagaimana UMNO mendapatkannya - bukan atas sifat TUAN dan HAMBA tetapi perpaksi pada Hak dan AMANAH daulatnya tanah dan Agama Islam.

      Perlukah aku membuka aib tuan2 kamu di negeri-negeri yg mereka kuasai ??

      Delete
    4. I feel sorry for your warp interpretation of what nationalism is all about
      you forgot that ours is a democracy, people have a right to choose who they want to be associated with
      are you saying the Malays in pkr, pan or for that matter pas is less of a malay compared to umnoputras that no one else should rule tanah air but umno? you are in the wrong country you should be in North Korea

      Delete
    5. That Unknown is actually formerly known as nakhoda kapal korek who doesn't really understand English n blindly support kleptocracy. It's just a waste of time debating with this typical kind of people. Her choice is.....to stay under the rule of kleptocrat n will never see anything beyond her world.....that's it.

      Delete
    6. Unknown a.ka.a nakhoda...i can confirm that she doesnt understand english. In previous posts, this fellow has posted many stupid comments before. There isnt a need to layan her. She can write pages of comments with flowery language just to cover her lack of substance. Duhhhh!

      Delete
    7. iya - pertanyaan yg tidak bisa kamu menjawapnya sehingga hari ini.

      Tanah ini terikat dengan sistem demokrasi berparlimen yang paksinya bertunjang pada Bangsa Melayu dan Rohnya Agama Islam

      Delete
    8. Unknownnnnnnn.........Semua parti tak kiralah pembangkang pun akur dgn perlembagaan ni. Apa bangang yg ko cakap ni?

      Sekalipun DAP dan semua pembangkang memang akur dgn perlembagaan yang pemerintah mestilah Melayu Islam, agama rasmi agama Islam. Ini pengakuan yang dah dibuat oleh semua pembangkang tapi sebab ko baca utusan dan tengok tv3 jer........maka benda ni tak sampai ke pengetahuan ko. Tu sebab aku cakap jangan jadi kaldai ambik apa yang ada depan mata jer.

      DAP sendiri mengaku dia org tak boleh nak jadi pemerintah macam yg dimomok-momokan korang sebab kerusi mereka bertanding tu tak sampai setengah pon dari semua kerusi yg dipertandingkan. Apa bengap sangat ler ko ni?? Ko reti ngira ker tak?? Kalo tak reti guna calculator lah....

      Ko nak ke mana, nak sokong parti mana tu ko punya hallah tapi kami dah muak nak termuntah hijau dgn momokan hantu samun ko dan cerita bunga2 ko tu......!!
      Huuuuweeekkkk !!!

      By the way aku nak tanya mana pegi duit rakyat yang hilang lesap tu...?? Pok pek pok pek mak nenek ni.....tapi soalan yg satu ni tak pernah nak jawab.

      Delete
    9. Unknown...dunia kau kecil. Sebab tu la pemikiran kau terhad. Sudah laaa.

      Delete
    10. Unknown is a lady? Waaah!! That's news for me.

      Anon 13:36 said "She can write pages of comments with flowery language just to cover her lack of substance." -. My short reply; a charge proven beyond any shadow of doubt.



      Delete
    11. sahabat, sila rujuk asas penubuhan DAP dan kemudian kamu datang kepadaku sambil berkata - asas penubuhannya tidak membatalkan pada perlembagaan Malaysia.

      Datang juga kepadaku sambil kamu berkata adapun Pakatan Harapan ini kuasa pemutusnya adalah PPBM dan bukan bersifat samarata.

      Masih ingatkah kamu bagaimana DAP "mentadbir" negeri Perak melalui MB Besar yg paling khianat dari PAS ?

      Dua keputusan yg dipersetujui oleh barisan ADUN DAP untuk di "sahkan" mengikut protokol kuasa MB.

      1. program pengurniaan tanah selama 999 tahun untuk kg baru, sekolah kebangsaan dan SJKC/SJKT.

      2. Pembukaan semula aktiviti perlombongan bijih timah (yang sebenarnya sudah tiada membawa keuntungan) - dengan syarat aktiviti minimum 10 tahun dan tanah bekas tapak lombong dikurniakan kepada si pengusaha selama 999 tahun.

      kedua-dua kelulusan ini memberi laba untuk DAP selama 999 tahun.

      Maha Suci Allahswt,perancangan jahat tuan2 kamu yg bertuankan pertolongan dari DAP (puak kafir) hancur luluh diatas Qudrat dan KehendakNya.

      Serta merta tuan2 kamu membatalkan rancangan jahat ini di Selangor kerana melihatkan tumbangnya kerajaan khianat mereka di Perak.

      Hmm, tuan2 kamu tidak perlu menjadi terlalu bodoh - cukup hanya untuk berkhianat pada hak@amanah bangsa dan agama.

      Bukankah kamu yang perlu bermuhasabah diri dan melihat pada keadaan tuan2 politik kamu - apakah sama sifatnya kamu dengan kami.

      Selamat petang .

      Delete
    12. 1. Siapa yg lesapkan berbilion2 duit rakyat? DAP, PPBM, PAN, PKR atau siapa??

      2. 2.6B derma kilat masuk dalam akaun siapa??
      DAP, PPBM, PAN, PKR atau siapa??

      3. Siapa yg bayar bermilion2 kepada Aabar Ciplak yg sampai sekarang tak ada siapa pun nak jejak duit tu ke mana?? DAP, PPBM, PAN, PKR atau siapa??

      4. Siapa yang menolak untuk beri kerjasama kepada siasatan pihak Switzerland dalam kes wang haram??? DAP, PPBM, PAN, PKR atau siapa??

      5. Kamu tidak perlu menjadi terlalu bodoh - cukup hanya untuk berkhianat pada hak@amanah bangsa dan agama dgn menyokong pecah amanah, penyelewengan, penipuan, salahguna kuasa dan merelakan wang kami rakyat bawahan ini diranapkan dgn rakus.

      6. Bukankah kamu yang perlu bermuhasabah diri dan melihat pada keadaan tuan2 politik kamu - apakah sama sifatnya kamu dengan kami yg menentang pecah amanah, rasuah, penyelewengan, pembohongan dan salahguna kuasa???

      Terima kasih.

      Delete
    13. pertuduhan yang berulang-ulang, kian menghampiri 1 dekad - kemana segala pembuktian tuan2 kamu bawakan ?? ke makamah mana tuan2 kamu bentang untuk dihujah? Mengapa terpekik dan memaksa "siperompak" untuk rela diadili ?.

      Masih ingat lagi kepada dua "superhero" yg terbang ke barat untuk memulakan saman sivil terhadap konco-konco Najib - katanya barat adalah paksi keadilan dunia.

      aku menjadi bingung, mengapa tidak dijalankan prosiding jenayah terus kepada Najib (sedangkan disini kalian berteriak bagaikan orang mabuk).

      akhirnya dua "superhero" itu tanpa angin tanpa ribut menarik kembali saman sivil - hatta belum sempat ia didengar di makamah. Paling menarik dua "superhero" itu sempat berseloroh akan kembali dengan saman yang lebih kukuh.

      Apa khabar dua "superhero" itu kini?

      Tuan2 kamu "merayu" kerjasama ?? apa kata kalian sendiri yang berikan kerjasama itu (sila salurkan bukti kepada mereka) bukankah kalian saban waktu bertempik Najib merompak 1MDB - tak pernah aku melihat keadaan aneh seperti ini. Si penuduh meminta si tertuduh supaya memberikan kerjasama.

      Aku pasti si admin tidak keberatan untuk menyalurkan segala bukti kepada penyiasat di luar negara - lagaknya bagai mengetahui sesuatu.

      tujuan aku membuka aib tuan2 kamu bukan atas niat untuk membandingkan siapa yang lebih membawa mudharat.

      niatku agar kamu mampu berfikir tuan2 kamu juga bersifat mungkar dengan kuasa yg ada pada mereka.

      Semoga kamu tidak lagi lancang lidahnya - bagaikan si jantan berkokok,ekor bergelumang tahi.





      Delete
    14. Semoga kau tak buta tak nampak rakyat malaysia dirompak.

      Delete
    15. kamu "celik" bukan .. dan kamu menyaksikan rompakan yg dilakukan Najib melalui 1MDB .. mengapa berteriak di alam maya ??

      heret Najib ke muka pengadilan di luar negara. 😂

      Delete
    16. kamu "celik" bukan .. dan kamu menyaksikan rompakan yg dilakukan Najib melalui 1MDB .. mengapa berteriak di alam maya ??

      heret Najib ke muka pengadilan di luar negara. 😂

      Delete
    17. Oh! Unknown ni perempuan. John Doe, that is news for me too. Some said formerly Miss Nakhoda. Patutlah cuba bermati matian mau menunjuk kepada tuan nya yang dia lah yang paling top antara perempuan yang jadi tukang bela. Mungkin mengharapkan ada yang masuk meminang.
      Willing to stoop so low. Kesian

      Delete
    18. Nakhoda sewel dah berkokok lagi..

      Stoop so low kahkahkah

      Dulu jual mahal skg jual borong je

      Taik najip pun dia jilat

      Delete
    19. Kepada Unknown bangang dan sewel..... bukan tak ada org cuba repot hal penyelewengan 1mdb. Apa ko tak tau ke??

      Betul2 bangang ko ni. Ko tak tau ke apa yg Husni Hanadzlah tanya dalam parlimen pasal 1mdb tapi lepas tu dia dipanggil ke balai disoal.

      Apa bahalol nak sertakan bukti 1mdb.....baru bukak mulot pon dah kena tangkap. Tanya tak boleh...soal pon tak boleh....nak debat dalam parlimen pon laaagiiiiilah tak boleh.

      Khairuddin buat repot polis....dia kena tangkap bawah sosma. Sedang org yg direpotkan langsung tak disoal siasat apa2 pon. Pastu org yg merepot tu ambik lawyer....dgn lawyer2 dia sekali masuk lokap. Undang2 apa yg ko nak harap kan ni bahalol...??

      Bila Tun M saman mahkamah.....kenapa dibalas pohon batalkan saman Tun M tu??? Kenapa tak sahut cabaran tu lawan Tun M dalam mahkamah....tunjukkan semua bukti2 hitam putih yg sahih yg Tun M cakap semua fitnah tak betul......inilah peluang nak malukan Tun M bahawa Tun salah. Apa guna batalkan saman.....ambiklah peluang lawan Tun M dalam mahkamah.

      Kenapa nak sorok-sorok.....tak nak pertahankan diri dari jadi bualan bergelumang dgn duit haram..... saentero dunia dan seluruh Msia bercakap.

      Apa ko tak fikir ke yg Singapore tutup 2 bank BSI tu saja2 nak melawak ke? Hoiiiii....pegi baca media Singaporelah ....baca ulasan bicara mahkamah org2 yg terlibat dgn pengendalian wang 1mdb tu.......tengok berapa upah yg dia org dapat untuk buat kerja haram tu....upahnya bermilion2 ko tau tak....tapi kat sini berita tu tak dikeluarkan. Nak tau kena korek berita dari media Singapore.

      Itu bicara dalam mahkamah bukan cakap2 kedai kopi....paahammm??? Benda dalam mahkamah bukan fitnah....bukan kabar angin.....paahammm?? Jangan ko kata perbicaraan mahkamah Singapore tu omong kosong pulak. Tolong celik sikitlah woiiiii.....

      Unknown ....ko duduklah bawah tempurung sampai kojol....baca utusan dan tengok tv3 jer. Nak baca berita omputih tak paham agaknya. Jadi takat tu ajerlah minda ko....kesiannnnnn.....

      Posting ni aku ULANG BALIK sebab ko BUTA TAK BACA masa aku hantar kat atas tu pada jam 13.07.

      Delete
  7. Walaupun Tuan Sha mengatakan kebenaran, hakikatnya kalau nak berkuasa, harus Najib mendapatkan sokongan Melayu Islam, kalaulah 51% orang Melayu mempunyai pemikiran seperti Tuan Sha, sudah tentu UMNO telah dibenamkan... dari dulu hingga hari ini, sememang n sewajarnya UMNO memupuk politic perkauman yang amat tebal demi kuasa.... hari ni UMNO menggunakan Islam sebagai senjatanya untuk mengekalkan kuasanya...

    ReplyDelete
  8. Budin memang suka kena "screw" oleh Hew Kuan Yew. Yang sedihnya Budin nak hasut melayu lain di supaya boleh di "screw" juga. Dan yang mengejutkan pula ada pencacai pencacai di blog ini yang sanggup menungging supaya senang di "screw" oleh DAP

    Budin tak kan sebab dedak dari Tun Mamak Budin sanggup jual maruah melayu. Bertaubatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saperti kamulah khalid samad boleh discrew oleh najib.

      Delete
    2. Kena screw dgn penyamun tu lebih afdal sebab duit samun itu ialah rezeki yg halal toiyyiban.
      Dengan rasuah dan pecah amanah ni Melayu akan jadi bangsa terhormat dan umat yg terpuji.

      Duit yang dirembat berbilion2 lesap tu dah jadi halal dan kalau diungkit, maka perbuatan mengungkit duit yg lesap tu jatuh antara 4 dosa2 besar.

      Sokong pecah amanah, sokong penyamun perompak, bersetuju dan merelakan harta wang rakyat dirembat ialah satu perkara yg paling afdal, besar pahalanya, lebih besar dari pahala sunat muakkad.

      Delete
  9. ada segelintir dari kalangan bangsa Melayu yg dengan sombong berkata - kami ini orang berpelajaran, kami ini bukan perkauman atau pelampau agama.

    inilah golongan yang telah lupa amanahnya, telah lupa agamanya, maka inilah golongan yang kelak bakal dicela oleh anak bangsanya di masa hadapan.

    Mempertahankan amanah Bangsa untuk diwarisi generasi akan datang bukanlah assobiah ia adalah syariat.

    Memuliakan Islam dengan menjalankan segala syariatnya bukan pelampau agama ia adalah syariat - tiada mana-mana Bangsa didalam dunia ini terikat terus kepada akidahnya kecuali Bangsa Melayu.

    Kepada segelintir bangsa Melayu yg sombong dengan ilmunya, lihatlah sekelilingmu nescaya kamu akan dapati lebih banyak dari kalangan bangsa Melayu mu itu yang jauh lebih tinggi ilmunya dan dengan ilmunya itu ia menjadi penjaga amanah Bangsa dan Agamanya.

    Kamu boleh menyertai atau kamu juga boleh terus berjual beli dengan dua urusan ini. Hey, setandan pisang tidak elok semuanya bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hukum orang yang sokong pecah amanah dan wang haram?? Berdaulat sangatkah orang yang sokong pecah amanah?? Agama apa yang halalkan wang haram??

      Delete
    2. Unknown pehal ko nak salahkan org. Lagi baik ko kaji salah dan kelemahan ko. Pegi kembangkan pengetahuan ko. Jangan nak tuding org semata nak cover kelemahan ko.

      Org punya pasallah nak sokong sape. Apa bangang yg ko heboh nak suruh org ikut ko?? Org punya haklah nak sokong sape. Pehal yg mak ko susah hati sape atok aku nak pangkah??

      Ko boleh terus sokong atok mana yg ko nak sokong tapi ko tak boleh paksa org ikot ko. Apa ko nak buat, itu ko punya hal, ko punya pasal.......tak payah nak susah2 jual cerita kapal korek ko kat org.

      Blaaaah lah lu.


      Delete
    3. aku sikitpun tidak memaksa agar kamu mengikut kepada aku - aku membawakan pembuktian akan keadaan dan sifat tuan2 kamu, agar darinya kamu mampu berfikir.

      Kamu begitu galak membawakan khabar - mengapa takut apabila aku bawakan cermin untuk kamu melihat ke dalamnya ?.

      Delete
    4. Bukti haram jadah. Setakat air liur. Bila org repot tangkap org tu. Bila org saman pegi batalkan saman. Kau cermin diri kaulah haram jadah.

      Delete
    5. wahai sahabat - sila bawakan bukti2 mu ke makamah luar negara sekiranya di negara ini telah ditutup jalan untuk mengheret Najib.

      bukankah dua mangkuk ayun yang bernama Husam Musa dan Matthias Chang telah mengemukakan saman (kira bolehlah walaupun bukan prosiding jenayah) ..

      apa khabar dua ekor mangkuk ayun itu sekarang ?? Masih lagi menyiapkan kertas saman yang baru ??

      Delete
    6. Bukti & mahkamah luar Negara?

      Memang sah nakhoda sewel ni bodoh lagi membodohkan

      Toksah cerita jauh2, kat Singapore je sampai lesen bank kena Tarik dek wan emdibi kesayangan kau tu.

      Aku tak tau la pulak kalau kau rasa Singapore tu jauh sgt sehingga bersebelahan dengan Itali atau kau rasa Singapore tu dalam Malaysia jugak.

      Apa rasanya ju*or najip yg kau jilat licin tu ye?

      Delete
    7. Yesssss itu dia Bro Tajul...!!
      Pedas menyengat tuuuu.....

      Bro....mana dia nak paham pasal cerita lesen bank kat Singapore kena tarik.....sebab berita media Singapore tu dalam English. Dia baca utusan dan tengok tv3 jer......yg lain tak sampai ke akal dia.

      Tu sebab bila cakap pasal Singapore court case dia tak tau satu haram pon.

      Yg Switzerland mintak kerjasama Msia dalam siasatan wang haram tapi ditolak tu pon dia tak tau bro.

      Apa bangang makcik unknown akal cetek tapi ada hati nak ajar org.

      Bro Tajul tolong selalu masuk sini kasi cuci sikit dia org ni.

      Delete
    8. racist..that is u..sebelum ko ckp lbh bnyk lebih mengampu ko tgk la dulu rakyat "MALAYSIA" sebelah borneo...ko asyik ckp melayu..melayu...woiii sundal..apa kami org dari borneo bukan rakyat MALAYSIA???sedangkan kononnya borneo adalah FIX deposit bagi UMNGOK/BN??tp apa perubahan yg ketara dari kerajaan pusat utk BORNEO??aku masih ingat lg sewaktu PBS adalah pembangkang d Sabah..kami budak yg nak memulakan sesi persekolahan x perlu membeli apa2 utk ke sekolah..seragam..buku teks..buku latihan..stoking malah kasut dan pensil diberikan kerajaan PBS dulu..skrg ne??ak kami byar GST plak utk majukan KL tu??dan kayakan org2 d putrajaya??asyik2 melayu ko sebut..ko tgk kenapa Sarawak mengamalkan Sarawak 4 sarawakian??coz terlalu ramai pegawai melayu dihantar utk menjajah kami d borneo ne..apa kami ne bodoh ke semua nya sampaikan kami mesti ditakbir oleh org melayu??jabatan2 kerajaan semua boleh dikira berapa jari jak la org borneo ne yg pegang jawatan..bukan kerana org melayu tu pandai..tp kerana keistemewaan yg diberikan..x cukupkah itu wahai penjilat kerajaan??atau perlukah Sabah Sarawak jg mulai utk cuba keluar dari persekutuan Malaysia??mgkn pasal itu la walaupun Sarawak diperintah kerajaan BN tetapi tiada UMNGOK di Sarawak...coz org Sarawak suda berfikir yg melayu ne cuma nak kuasai sendiri Malaysia tanpa berkongsi bumi tuhan ini..aku x pernah hormati org melayu yg berfikiran seperti ko..tetapi aku hormati org melayu yg boleh bersama2 bergandingan tanpa perjudis dan menghakimi bangsa lain utk bersatu...

      Delete
  10. Hello admin mimpi lagi kah....
    PPBM, PKR dan Amanah yang majoritinya Melayu, disokong pula oleh DAP yang mewakili kaum Cina dan terdapat juga Melayu di dalamnya.... apa betulnya syok sendiri ka perasantan ka?
    siapa penyamun yg hang tuduh2 ni. apasai passport Udin kena rampas, hang swing lagi 1mdb 2.6 bil tu pada bank Islam ka, bank rakyat ka ... harta khazanah ka lagi byk cerita kosong boleh la diputar2kan sehingga pru14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang yg mimpi baghal. Pi baca berita bicara mahkamah Singapuralah kaldai. Kalau hang duk dalam kain mok hang sampai mampuih pun tak tau cerita sebalik tabir. Hari2 duk dengaq cerita bohong. Ari2 duk kena pedajai dengan orang. Kecik2 tak nak mampuih dah besaq bagi orang susoh.

      Delete
  11. Apa bezanya MCA, Gerakan dan DAP?

    Ketiga tiga parti tersebut pada asasnya adalah parti kaum cina.

    MCA - Sebuah parti yang paling rasis kerana ahlinya adalah 100% kaum cina.

    Gerakan - Juga sebuah parti berteraskan kaum cina walaupun terbuka untuk kaum lain.

    DAP - Dahulunya sebuah parti pembangkang yang unggul dan majoriti diangotai oleh kaum cina dan India. Dengan senario politik negara masa kini...DAP lebih terbuka dan melayu mendapat tempat dalam DAP.

    DAP adalah pilihan pertama kaum cina. Namun demikian kita dapati ada sokongan untuk melayu dan India menjadi MP dalam DAP. Sebenarnya kaum cina hilang kepercayaan kepada MCA dan Gerakan kerana mereka tak dak teloq...hanya perhiasan dalam BN.

    MCA menang dengan sokongan melayu atas tiket BN. MCA kini melukut ditepi gantang...Gerakan pula telah lumpuh...walaupun bertanding atas tiket BN...mereka ditolak mentah mentah.

    Kalau kita lihat dari pentas politik negara masa kini...siapakah diantara mereka yang harus kita pilih untuk jadi kawan?...tak kan kita pilih parti yang tak dak teloq dan yang lumpuh?

    Wahai melayu Malaya...

    UMNO bukan lagi UMNO yang kita kenal dulu.

    UMNO...Untuk Mohd Najib Only.

    Tanpa UMNO...melayu akan lebih bermaruah
    Tanpa UMNO...melayu akan lebih selamat
    Tanpa UMNO...melayu akan lebih makmur
    Tanpa UMNO...melayu akan lebih berdaulat
    Tanpa UMNO...melayu akan lebih terbuka minda

    Ingatlah...UMNO kini adalah Untuk Mohd Najib Only.

    MO1 yang kita tahu seorang Pencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai Melayu Malaysia...

      UMNO masih lagi UMNO yang kita kenal dulu.

      ppbm...Untuk Mantan Mahathir Only.

      Tanpa ppbm...Melayu akan lebih bermaruah
      Tanpa ppbm...Melayu akan lebih selamat
      Tanpa ppbm...Melayu akan lebih makmur
      Tanpa ppbm...Melayu akan lebih berdaulat
      Tanpa ppbm...Melayu akan lebih terbuka minda

      Ingatlah...UMNO dulu adalah Untuk Mantan Only.

      Mantan kita tahu adalah Pencuri buat kroninya.

      Delete
    2. Tanpa penyamun kita akan lebih selamat.

      Tanpa perompak harta Malaysia akan tersimpan selamat dgn baik.

      Tanpa bapak penyamun undang2 akan lebih adil. Org miskin curi susu anak ditangkap tapi bapak penyamun terlepas.

      Tanpa kleptokrasi dan korupsi rezeki lebih berkat dan bersih.

      Tanpa penyelewengan hidup lebih makmur dan maju.

      Tanpa pembohongan hidup lebih aman sentosa.

      Tanpa alasan2 bodoh dan cerita dongeng, kejujuran akan terserlah.

      Tanpa penipuan dan salah guna kuasa, rakyat akan lebih terjamin dan terlepas dari sebarang aniaya.

      Tanpa wang haram Malaysia akan lebih dihormati dunia dan bebas dari sebarang caci hina, malu dan cemuhan dunia.


      Delete
    3. Anon 13:26 .
      Lok kok kau kenal dunia politik Malaysia baru semalam ???

      Kok ya pun , janganlah malu dan segan bertanya kat orang orang saperti Rahman Jpc , A Kadir Jasin dan juga diri saya . Kami ni wujud dari Malaysia belum lahir lagi . Kami ni wujud ketika semenanjung masih di namakan Persekutuan Tanah Melayu !

      Delete
    4. ya, dan saya sangat suka bertanya (kerana kamu telahpun wujud sebelum lahirnya Malaysia).

      1. berikan kepadaku jawapan - diantara tuan2 politik kamu yang khabarnya sedang bertahaluf siasyi siapakah yg memegang kuasa pemutus dari kalangan mereka ??

      2. Khabarkan kepadaku - apakah asas penubuhan DAP itu tidak berlawanan pada perlembagaan negara ?

      3. bisikan kepadaku apakah tuan2 politik kamu tidak terpalit dengan segala macam penyelewengan,salahguna kuasa, kronisme, nepotisme, ketirisan ??

      4. Bicara kepadaku secara jujur apakah tuan2 kamu sedang "berkawan" atau "bertuankan" pada DAP ?

      bukan aku tidak menghormatimu .. 😂😂

      Delete
    5. Nakhoda sewel dengan jampi merapunya

      Jilat jangan tak jilat

      Dedak makin terhad

      Delete
  12. Msia ni aman dan tanah melayu terjaga kalau "si tahi cicak" (cina Dap & india) tak di beri kerakyatan dan dibenarkan mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahi cicak kau dah tahu.. tahi orang (warna coklat) siapa pulak ek?

      Hehehe..

      Delete
    2. Tahik penyamun dan perompak tu lebih teruk busuknya.
      Nampak bersih lagi suci tapi ekor bermain tahik.
      Lurus terlunjuk tapi kelingking berkait.

      Delete
  13. Si tahi cicak ni mana2 ada mesti masalah punya. Patut halau keluar ja si tahi2 cicak ni.

    ReplyDelete
  14. Pas patut dibubarkan...semua ahli pas masuk umno dan islamkan orang2 umno ala pas...rompak tak haram...derma duit rompak tak haram...betul tak?

    ReplyDelete
  15. Skrg ini strategi BIJAN sdg memakan diri sendiri. Berkwn dgn pas ingat blh lbh kukuh. Rupa2nya pas dah mula kehilangan sokongan. Buat demo tak kena gaya. Apa punya pi em. Kena hentam dgn myanmar. Kwn dgn obama pun mcm tu jg. Doj siasat dan buka kes bwh kleptokrasi. Obama pun tak tlg. Senyuman BIJAN nampak sgt buat2. Riuh rendah sorak dlm pau tu kena upah. Sorak kuat2 kut2 dipilih jd calon, senator atau bg projek.

    ReplyDelete
  16. Setuju....mana la agaknya pakar stategi umno/bn? Semua takat nk menjadi pemimpin melayu, dh tentu Negara ni berbilang kaum Maka tata Cara gaya politik umno sekarang lebih kpd cacarmarba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 'pakar strateginya' selevel nakhoda sewel tu je

      Tu yg melingkop tu

      Delete
  17. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...