Thursday 3 November 2016

BERSATU KE ARAH SELAMATKAN MALAYSIA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kepada semua rakyat Malaysia yang cinta Negara Bertuah ini.

Ingin saya maklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah tertubuh dengan rasminya.

Kami pengasas telah tubuh parti ini kerana kami percaya dengan sokongan rakyat kami akan dapat pulihkan semula Negara bertuah ini.

Rakyat merata-rata telah menyuara dan mendesak supaya sesuatu dibuat untuk mengembalikan negara ke jalan yang mulia – jalan yang berjaya bangunkan negara miskin ini sehingga terkenal sebagai contoh kepada negara-negara membangun lain di dunia.

Di mana sahaja rakyat Malaysia pergi, mereka dapat berbangga dengan komen baik terhadap kemajuan yang dicapai oleh negara ini.

Tetapi hari ini rakyat berasa malu kerana disindir oleh orang asing kerana Malaysia sudah jadi di antara sepuluh negara yang amat korap, yang Perdana Menterinya dituduh melesapkan berbillion Ringgit, yang dibeban dengan hutang yang besar, yang rakyat tertekan dengan cukai dan sara hidup yang tinggi, yang tidak diperintah mengikut undang-undang, dan yang merosot kemajuannya.

Demokrasi tidak diamal dalam pemerintahan sekarang dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana ugutan-ugutan dan tindakan oleh Kerajaan dengan undang-undang yang zalim atau di luar undang-undang.

Kebebasan bersuara sudah dihapuskan dan rakyat terdedah kepada tahanan tanpa bicara dan tanpa pemeriksaan post mortem – inquest – ke atas si mati untuk menentukan sebab kematian. Segala tindakan Kerajaan dan pegawainya tidak boleh disoal dalam mahkamah.

Parti kami, akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk mengalahkan BN dan UMNO dalam pilihanraya. Hasrat kami ialah untuk memelihara hak rakyat supaya kembali hidup berbahagia.

Walaupun banyak ugutan dibuat oleh Kerajaan ramai sudah orang Bumiputra mendaftar sebagai ahli PPBM. Dan ramai pula bukan Bumiputra yang mendaftar sebagai ahli bersekutu.

Adalah penting Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini mempunyai ramai ahli secepat mungkin. Oleh itu saya jemput semua pribumi yang bukan ahli dalam mana-mana parti pembangkang untuk daftar sebagai ahli dengan mengisi borang atau melakukan daftar online.

Percayalah penyertaan saudara saudari dalam PPBM akan menyumbang kepada pemulihan negara yang akan membawa banyak kebaikan kepada kita semua.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
PENGERUSI
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
PUTRAJAYA

Artikel ini ini adalah tulisan terbaru Tun Mahathir Mohamad yang dipetik dari blog Chedet. Jika kita sayangkan negara ini dan kekal ingin menolak Najib Razak, UMNO dan BN, pilihan yang ada di depan mata kita hanya tinggal satu - PRU 14.

Kotak undi adalah satu-satunya peluang yang tidak seharusnya kita lepaskan untuk membawa perubahan dan pembaharuan kepada negara. Oleh itu, tidak kira sama ada bersama PPBM atau lain-lain parti yang sealiran perjuangannya, ia adalah untuk masa depan kita. (SH 03/11/2016)

42 comments:

  1. Bersatu dengan pis pus akan Mandi kencing umngok.Biarlah 3-7 penjuru kalau itulah kehendak puak munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesialan ahjibgor ternyata!!!

      Delete
  2. Dulu pernah tanya "APA cina mau?" sekarang takan tak mau tanya " APA China mau?"

    Tsunami pengundi cina

    Sikalang....

    Tsunami pembeli chinaChina

    Nasib badan melayu LA...

    ReplyDelete
  3. Semua rakyat Malaysia terutama pribumi mesti bangkit dengan semangat cintakan Negara Malaysia ini. Negara kita sudah punah, kebebasan bersuara sudah tiada, harta negara kita sudah tergadai.
    Bangunlah bangsa ku, disinilah tempat kita lahir, tempat anak cucu kita lahir. Kemana lagi kita mahu pergi? Jangan kerana Brim rm200 kita tergadai maruah diri.

    ReplyDelete
  4. Bersatu untuk selamat kan Boboi dan keluarga mamak! Bangkit semua! Keluarga mamak dalam bahaya! Dah tak ada tukang masak, tak ada orang gaji. Kesian. Tolonnglah bangkit oiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupon tidak dihebohkan pembuat filem lucah masih diperlukan bila pok jib ke negara china.bangkitlah jho low supaya tidak dikenakan tindakkan DOJ Amerika.Jadilah seperti negara Cuba, mendapat perlindungan negara komunis Russia bila menghadapi negara Amerika.hidup Fidel Castro hidup pok jib...kita boleh dapat derma peluru berpandu nuklear Dari negara komunis.

      Delete
    2. 18.49....Ya....bersama kita selamatkan Penyamun & Co. Duit rakyat masih ada bakinya utk dirembat......samun sampai licin......rakyat boleh jadi kuli batak bayar hutang negara....duit ko dan duit aku....apa kesah woiiii....Yg kaya perompank penyamun....yg kayap penyagak macam ko.
      Hidop penyamun perompak !!!

      Delete
    3. Melayu mudah lupa zaman Kutty kuat jugak menyamun, siap bail out anak yang bankrap guna duit rakyat.

      Delete
    4. Melayu mudah lupa berbilion hutang negara bergayut atas tengkuk rakyat Msia sampai nak dekat2 trilion.

      Melayu mudah lupa hasil GST pun tak cukup nak bayar hutang Msia.

      Melayu mudah lupa apa faedah yg terhasil oleh 1mdb? Hasilnya=satu gunung hutang.

      Melayu mudah lupa wang rakyat hilang kesap tapi tak ada satu jawapan pun ke mana perginya.

      Melayu mudah lupa Aabar tipu tu tak disiasat pun. Senyap terus.

      Melayu mudah lupa Melayu pantang ditegur walaupun salah.

      Melayu mudah lupa Melayulah yg menggadai nasib rakyat, bukannya Cina.

      Delete
    5. Kerja baru MO1 kini ialah tutup lobang, gali lobang.......!!

      Delete
    6. Anon 19.58,
      Kamu punya cerita dah basi..kerana tuduhan saja sampai hari ini siapa pun tak mau saman dimakamah kalau betul takan pak lah dan najib tak minat nak heret masuk makamah.

      Tapi penyelewengan najib benar dan jelas,dia mengaku RM 2.6 billion masuk akaun sendiri kemudian kata derma pula..akta cegah rasuah kpd pejawat awam dianggap suapan atau rasuah..kemudian kes dah timbul pecat AG Gani...sudah orang otak lembab mcm kamu hanya sembah penyamun mcm najib.

      Delete
  5. Bila biasa menyondol beginilah jadinya, yang disondol akan naik menjadi pemimpin, cubalah menolak supaya munafik tetap ditolak Dan munafik tidak akan ada peluang menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  6. Memang kerajaan sekarang korup penuh dengan rasuah. Tak percaya tanya MO1, boleh bagi tip macam mana nak penuhkan bank akauan dari derma. Dapat dalam berpuloh juta jadilah, tak payah sampai berbillon. Baru rakyat tak buat bising, sebab duit dah banyak dalam bank. Jangan nak makan seorang2, share sama rakyat, tentu tiada orang miskin lagi kat malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips jadi kaya.
      Mula2 byat muka innocent mintak derma.
      Sebelum tido pasang angan2 nak kaya, nak shopping sakan.
      Esok pepagi jangan gosok gigi dulu, terus check online account.
      Nanti dapat tengok duit magic masuk.
      Sekarang anda sudah jadi bilionaire.
      Tahniah.

      Delete
  7. Najib sudah kowtim dgn. Cina Komunis amacam Cina Malaysia. Chat yuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP dituduh parti komunis walaupun ancaman komunis sudah lama dineutralkan disebabkan oleh kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik dari bangsa melayu.sila rujuk Wikipedia bahasa melayu tentang ancaman komunis.Tidak relevant puak kleptokrasi becakap fasal komunis bila puak kleptokrasi memperhebatkan kerjasama dengan negara komunis....munafik

      Delete
    2. Kerjasama dengan kerajaan komunis China hanya bertujuan melepaskan tengkuk seseorang dan bukannya melepaskan tengkok rakyat marhaen dari belenggu kos Sara hidup yang tinggi.

      Delete
  8. Najib boleh import ayam togel Cina doll tak kan Ketua Umum PgayR saja nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan import China doll tapi import kuasa komunis China....bila tidak sependapat dengan negata Amerika beginilah jadinya.DOJ akan dinafikan walaupun singapork menutup kesemua bank yang terlibat dengan 1 mdb.

      Delete
    2. Ayam Togel China manyak baik ! Talak selupa Ayam Serama Indon...Ayam Selama Indon pendek, hidung kemik, gemuk dan serabai...pakai baju mahal2 , tetap Nampak macam Hantu Mak Limah.
      Kalau olang UMNO mau tau Mana sedap, Ayam Kampung atau Ayam Togel, Tanya Mat Toyo.

      Delete
    3. 19.42
      Dia import kuasa asing masuk macam zaman British dulu.....dlm diam2 tanahair tergadai. Yg tinggal hanya kerajaan boneka yg kena tunduk ikut telunjuk org asing......sama macam zaman kolonial Malayan Union dulu.

      Orang kalau tak de untung bagi pihak dia.....takkan nak dia susah payah melabur. Tambah pulak dalam kapasiti yg besar giler.

      Bila kuasa asing dah bertapak.....akhirnya maruah ko dan maruah aku pun sama2 tergadai.
      Bangang...!!

      Delete
  9. Puan Salwah Abdat, izinkan saya sambung sedikit, gali lubang tutup lubang kita pulak kena bayar hutang, penyamun hidup senang lenang.

    Hairan pada at this age and time masih ada manusia macam khalid samad. Keluar lah daripada tempurung.

    ReplyDelete
  10. Kalau baca balik kenyataan ucapan madey 'Oleh itu saya jemput semua pribumi yang bukan ahli dalam mana-mana parti pembangkang untuk daftar sebagai ahli dengan mengisi borang atau melakukan daftar online' menunjukkan bahawa BERSATU sebenarnya akan menendang pembangkang jika sudah menang PRU14 nnti. Saya yakin sekali bhw BERSATU akan menjadi seteru kpd pembangkang suatu hari nanti kerana BERSATU bangkit adlh semata-mata utk menentang Dato Najib. Sedangkan pembangkang khususnya DAP matlamat utama mereka adlh utk menghapuskan raja2. Begitu juga AMANAH dan PKR, mereka akan menjadikan Malaysia sbg negara sosialis komunis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 23.28
      Politik akan berubah ikut keadaan semasa.....paham??
      Macam umno dan pas dulu kutuk mengutuk gak......sampai pas siap buat solat hajat KO umno tapi tetiba dah sedondon pink.

      Sama jugak dgn menifesto politik....Dulu masa PRU13 menifesto BN kata harga kereta akan turun sebanyak 20-30% secara berperingkat.......tapi sekarang dah peringkat ke berapa??? Ada turun tak kawan???

      Pastu kata 3.3 juta peluang pekerjaan......dah tu sekarang graduan kena jadi peniaga nasi lemak anak dara.....tak pon bawak teksi Uber. Eloklah tu....

      Kemudian kata 2 juta rakyat berpendapatan tinggi.....tapi sekarang apahal banyak syarikat kurangkan pekerja termasuklah MAS, Petronas dan ada kilang2 yg ditutup....pendapatan tinggi sangatlah ye....

      Delete
  11. Penjilat najib tak perlu msk campur.ko blh terus menjilat bontot najib.. hanya yg waras saja msk ppbm.

    ReplyDelete
  12. Sy ckp ni supaya jgn ler seronok sgt buat pembangkang. BERSATU brgabung dgn pembangkang bukannya selamanya. Bersatu bergabung sbb nak jatuhkan Dato Najib je. Lepas UMNO tumbang, goodbye ler pembangkang...kalau tak percaya sudah ler...sy x ambik untung pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa peduli, yang penting Najib tumbang dan Malaysia bersih dari rasuah, salah-guna kuasa dan pemborosan, tak kisah pun Mahathir nak kencing, nak berak, nak terkencit..apa sahaja...PENTING NAJIB AND ANAK TIRINYA dibawa pengadilan dan rakyat akan ambil balik duit yang dicuri..

      Delete
  13. Anon 23:28 dan khalid samad adalah org yang sama atau kumpulan yg sama.
    Orang ini tak ubah spt munafik bangsa atau orang suruhan yg hidup untuk dapat upah, tak kira halal atau haram. Dapat duit kerja jalan.
    Memang ramai manusia yg pandai hidup bermuka muka saperti ini.
    Semoga Allah memberi petunjuk kpd kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya anon 2328 ign bagi tahu bhw sy bukan khalid samad. Harap maklum

      Delete
  14. tak kesian ke medey orang tua tak sedar diri di balun terang2 oleh baginda sultan johor..memang jenis manusia pemecah umat..dendam politi tak kesudah an..rasakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lagi kesiankan keturunan ko kena bayar hutang negara....duit faedah hutang tu jer dah milion2.....belom masuk duit hutang pangkalnya yg berbilion2 tu. Bila agaknya nak selesai tu???

      Esok generasi ko tah dapat kerja tetap ke tak....jangan2 kerja kontrak jer....tak dapat jadi pekerja tetap.

      Ko tak kesian ke anak keturunan ko esok tah mampu tah tidak beli rumah.....akan datang tah berapa pulak harga sebijik rumah....tu belom masuk cukai pintu, cukai tanah lagi.

      Baik ko jangan kesahkan hal org tua Madey tu. Lagi baik ko pikir macam mana anak generasi ko nak hidup.....nak survive.

      Sekarang punya kos hidup pon dah tak tertanggung yeop oooiii....akan datang tah macam mana pulak....baik ko pikir dalam2.

      Delete
    2. Bro apa nak kesian untuk orang yang pilih untuk di perbodohkan sampai anak cucu cicit nya....

      Kita kesian kepada yang tidak rela di bodohkan dan terpaksa menanggung hutang yang bukan dari angkara mereka.....si lanun-bugis boleh saja cabut lari ke Khazakstan ke mana mana ajer.....yang rakyat?

      Itu sebab si lanun-bugis MESTI di heret dengan segala puak keluarga penyamun dan hulubalang yang bersekongkol dengan nya.....hingga ke mahkamah, kemudian di sumbat ke 'kapal-batu-bugis' aka penjara.....

      Delete
  15. Pohrah...
    Korang semua cakap banyak.
    Lebih 30 juta rakyat Malaysia
    tidak boleh tumbangkan Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi bongkak??@#$#@??!!?? Its pretty obvious you don't have the slightest bit of intellect the Art of Facial-Expression Readings.

      1 - Don't be too over-confident that a CURSE (perhaps a few) that has already landed on the Chief-Pirate-Bugis...,

      2 - The impact will not be immediate, kind of like a plague.....matter of time Bugis-Pirate will be Bugis-Jelly....

      3 - Your arrogance is a clear sign you are just as worried why? When you had to mentioned 30 million rakyat....already showing you indeed acknowledged the majority of the people (in your case almost ALL ie. 30 million) are up against the Bugis-Pirate-of-the-Century!!!

      4 - Keep on dreaming whilst it has not turn into a NIGHTMARE, yet!

      Delete
    2. betul kata anon 00:10.
      kalau di indonesia, filipina & thailand
      sudah lama najib bungkus.
      konfirm rakyat Malaysia tidak ada teloq.
      kah... kah... kah...

      Delete
  16. Kutuk la madey macamana pon, tapi tengok cara dia ubah sosio ekonomi melayu. Di zaman madey lah lembah kelang dapat didiami org melayu, seperti bangi, serdang, shah alam, gombak, bdr tun razak, bdr tun husin, setapak, pandan indah, banyak lagi. Dulu lembah kelang majoritinya cina, lebih lebih lagi di kl dan pj. Di zaman madey, professional melayu diwujudkan ramai2. FDI melambong hingga professional melayu mampu mendapat kerja dan bertapak di bandar bandar utama, bukan setakat lembah kelang. Tapi skrg, setiap kali ada pelancaran projek rumah atau condo, cina yg booking, melayu back to square one, kecuali rumah tahap flat 750 kps ke bawah. Tak caya? Kalau nampak ajen2 real estate buat show kat shopping complex, pi tanya tengok, kaum mana buat booking dulu. Pi tengok projek baru di cyberjaya, puchong, jln klang lama, semenyih, setia alam, sentul...majoriti cina yg beli. Tiada keseimbangan, balik spt tahun 70an dan 80an.

    ReplyDelete
  17. Adakah anda (rakyat) berasa takut
    terancam dan demokrasi tidak diamalkan.(siapa pula yg mengadu kepada raja2 yg tidak sepatutnya dilibatkan.

    'Demokrasi tidak diamal dalam pemerintahan sekarang dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana ugutan-ugutan dan tindakan oleh Kerajaan dengan undang-undang yang zalim atau di luar undang-undang."

    Teringat bagaimana Anwar dimalukan dan skrg Najib dicelakan, Mahathir hilang pertimbanggan sejak Tunku Abdul Rahman dan diberi perluang mentakbir ... apakah ppbm berjaya melainkan Allah jua la mengadili pru14, sama2 saksikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan babitkan Allah dan Tuhan, yang salah bukan Allah, macam orang2 Palestine, mereka sengsara kerana redha diperbodohkan oleh pemimpin PLO, Hezbollah dan HAMAS dengan sentiment agama dan bangsa selama2nya.
      Yang baik dan buruk semua dari Allah tapi mengikut apa yang kau pileh dan buat. Dengan itu, di depan mata ada banyak pilehan, buatlah pilehan yang terbaik, jangan sebabkan agama,bangsa dan fahaman politik yang sempit menjadi pertimbangan dalam memileh pemimpin , Mahukan kamu dimaki hamun oleh cucu-cicit kita seperti mana kita melaknat raja2 Melayu yang menjualkan Negara kepada British. Mahukan kamu membiarkan Malaysia menjadi bankrap dan papa kedana seperti Venezuela.
      Dengan itu, pilehlah pemimpin yang boleh memimpin, bukan pemimpin yang boleh merompak!

      Delete
  18. Kalau nak banding Che Det dan Tok Jib ... ibarat langit dengan bumi.
    Hangpa kutuk Che Det terus macam mana pun, aku tetap respek Che Det walaupun ada yang tak kena dibuatnya. Bumi mana tak pernah ditimpa hujan.
    Satu yang paling saya respek Che Det ialah dia tidak rompak duit rakyat dengan kutip GST. Dia cari duit bukan dari poket rakyat. Dia boleh berbangga dengan kejayaan memakmurkan Malaysia.
    Banding dengan Tok Jib, dia berbangga kerana dapat kutip GST berbilion dan kata pulak kalau tak ada GST, lumpuh ekonomi negara. Satu kenyataan yang amat lucu iaitu tanpa bantuan kewangan dari rakyat sama ada yang kaya atau yang miskin, maka jahanamlah negara. Islam menganjurkan pemimpin yang harus derma dulu terutama yang kaya raya seperti raja-raja, pembesar, ... dan bukannya rakyat marhaen.
    Miskin bukan satu dosa tapi menghina dan diskriminasi orang miskin dengan kutip cukai daripada mereka ... apa kata ulamak PAS.

    ReplyDelete
  19. Mengapa ada sultan benci kpd Tun? Adakah perjuangan Tun menghancurkan negara? 22 tahun menjadi PM, negara dan rakyat berasa dihormati. Semangat dan ketegasan Tun melaksanakan tanggungjawab dan amanah tuhan menjaga negara tidak ada pada sultan. Tidakkah jasa Tun semenjak sebelum menjadi PM tidak diambil kira. Adakah ini bermaksud MO1 dikasihi dan disayangi?

    ReplyDelete
  20. Istana takut kalau rakyat bijaksana dan negara maju bertamadun,....kerana ini amat membimbangkan kelangsungan sisten feudal.Menyokong si pencuri,perompak dan penyamun yang pasti menggadaikan bangsa dan negara bukanlah pendekatan terbaik dalam mengekalkan sistem raja sebagai ketua agama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...