Thursday 16 June 2016

BERITA GEMBIRA UNTUK PERUBAHAN, TUN M DATANG LAGI KE KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR


Melalui blog ini pada Ahad lalu, saya telah mencadangkan kepada Pakatan Harapan agar berusaha membawa Tun Mahathir Mohamad sekali lagi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk melakukan kempen pusingan kedua kepada pengundi-pengundi.

Ini berikutan kedatangan kali pertama bekas Perdana Menteri itu dikesan telah mendatangkan impak positif kepada cahaya kemenangan calon Amanah di kedua-dua kerusi tersebut dan sekiranya hadir buat kali kedua, kilauan ke arah itu akan bertambah terang lagi.

Alhamdullah, Tun Mahathir akhirnya sedia turun sekali lagi ke Kuala Kangsar pada hari ini, Khamis 16 Jun dan di Sungai Besar pada Jumaat, 17 Jun.
Di Kuala Kangsar, Tun Mahathir akan menumpukan sasaran menemui pengundi serta hadir dalam program Deklarasi Rakyat di Kampung Melayu Manong  dan kemudian di Kampung Baru Jerlun.

Pada sebelah tengaharinya pula beliau akan menghadiri program bersama pengundi Cina di pekan Kuala Kangsar.  

Di Sungai Besar pada Jumaat, Tun Mahathir akan memulakan programnya bertemu pengundi di pekan Sungai Besar dan menghadiri program bersama pengundi Melayu.

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Lima, Sungai Besar dan kemudian menghadiri program bersama pengundi Cina di Sekinchan.

Dalam usia 91 tahun, semangat dan perjuangan Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara ini tentunya merupakan sesuatu yang kita kagumi dan mungkin tidak mampu dilakukan oleh sesiapa yang lain.

Semoga kesungguhan Tun Mahathir ini membuahkan hasil yang baik untuk kita semua kerana kepimpinan Najib dan pembaziran Rosmah selama tujuh tahun ini sudah cukup memeritkan 30 juta rakyat Malaysia.

Terima kasih Tun kerana terus gigih berjuang untuk perubahan.  (SH 16/06/2016).

84 comments:

  1. Sian kat tun,najib punya pasal,jd byk kerja tun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting Tun tidak keseorangan seperti yg difikirkan dan didendangkan oleh karbinet 1MDB

      Delete
    2. hidup tun. kami doa semoga allah beri kekuatan pada tun.
      ayoh kita halau najib dan rosmah. petualang negara.
      allah akan bantu pada kebenaran..amin

      Delete
    3. Amin, Amin, Amin, Ya Rab! Semuga ALLAH permudahkan process menyelamatkan Malaysia, Tanah Ayer Ku.

      MLN

      Delete
    4. Tun....you are NOT ALONE
      We are all BEHIND YOU.

      Delete
  2. Semofa usaha tun alkah balas dengan menang pakatan harapan..tumbang bn guling najib

    ReplyDelete
  3. Moga jasa tun dapat buka mata raja raja guling najib dan tumbang bn

    ReplyDelete
  4. Apa cerita MB Kedah.Sudah 12 hari senyap je.Najib sedang menghitung hari-hari terakhir sebagai PM.

    ReplyDelete
  5. Hidup Tun,,jahanam kan Najib & Rosmah Mansoor

    ReplyDelete
  6. Salute Tun,walaupun dulu saya anti-tun,sekarang ni saya berbangga dgn tun,berani turun ka padang,menyatakan yg BENAR walupun PAHIT.

    Semoga tun di panjangkan umur,dapat bersama rakyat,dan boleh beramal ibadat,tunjukkan pada Hadi,tak semestinya beserban lilit di kepala,allah berkati perjuangannya,yg membantu orng2 yg ZALIM.

    Selamat maju-jaya Tun.SALUTE YOU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tun m tolak hudud jasa baik dia kami kenang. bertaubatlah tun m allah itu maha berkuasa selagi pintu taubat masih tebuka. moga allah memberi hidayah pada tun m.aamin

      Delete
    2. maaf tuan...mahadihir tak tolak hudud allah tapi mahabhir menolak hudud pas.

      Delete
    3. Ya betul Tun hanya tolak hudud pahaman pas je.

      Delete
    4. hudud Allah ka hudud pas yang kata corruption tiada masalah???

      Delete
    5. Benar Tun tak tolak hudud Allah hanya hudud pas saja.

      Delete
  7. Sebelum Tun M pergi menghadap Allah SWT. Semoga Tun M dapat lakukan perkara kebaikan untuk Negara dan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. kami warga malaysia always on ur side.love ayahanda ku dan mentor ku TUN MAHATHIR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #Respect Ayahanda Tun Mahathir
      #Respect Bonda Tun Siti Hasmah

      Delete
  9. Takperlu menteri..kuasa raja patutnya..najib boleh pecat dah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah ...Terima Kasih Tun.Semoga Allah memberkati

    ReplyDelete
  11. Bak kata Tun Abdullah Ahmad Badawi..kalu dah pencen buat cara orang pencen dok diam2.beribadah lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun sedang beribadah LEBIH daripada pak serban.

      Usaha selamatkan Malaysia diusia lanjut adalah IBADAH yang tiada bandingan.

      Delete
    2. Beza Tun M & tun dol bak langit dgn bumi!!! Jiwa seorg pejuang X akan ada istilah pencen! Seorg pejuang spt Tun M tidak mencantas org yg Xbersetuju dgnnya spt pahlawan bugis.... malah Tun M tetap melantik musuh politiknya dlm kabinet.... Xmcm tun dol yg kelihatan mulia dgn Islam hadharinya! Oleh krn dengkoran tun dol yg Xmngira tempat... tugas2 pm terpaksalah digalas oleh bendahara kerry dgn bantuan hulubalang2 tingkat 4 di zaman dulu kala....

      Delete
    3. Hanya manusia yg buta hati dan buta perut saje yg akan terus menyokong pemimpin2 mungkar dlm umno..... cukup2 lah kita ditipu oleh manusia2 penjahanam negara ini.... yg telah menjatuhkan maruah negara ke tahap yg Xpernah terbayang oleh kita. Buangkanlah rasa sentimental kita pada nama umno krn jikapun menang ia tetap kekal mnjadi badi & pasti akan ditolak oleh golongan muda. Hanya nama MAHATHIR saje yg setakat ini masih laku & mampu menawan hati golongan muda...juga dihormati di peringkat antarabangsa. Msia memerlukan tokoh muda yg bijak, berani & bermaruah utk mengurus negara. Tidak guna mengekalkan yg lama tapi penuh dgn amalan kronisma & korupsi!

      Delete
    4. anon 6.16....dah makan dedak ke utk bersahur?? potong dengan keris dua depa kan???...

      Delete
    5. Sebagai seorang berumur Tun sepatutnya menghadap tikar sejadah. BUkan saya tak sokong tapi setiap insan di dunia ini harus sedar hidup yang dah penghujung jangan di campurkan dengan dunia lebihkan kepada persiapan ke arah akhirat.

      Bukan tugas Tun membersihkan segalanya. Jika be ar najib bersalah biar rakyat sendiri yang menberikan pengajaran kepadanya.

      Tun dan berusia tak banyak sikit pasti kita akan melakukan kekilafan apabila berucap apakah Tun tak takut jika segalam amalan Tu. Terpindah kepada najib sekiranya tuduhan tUn tidak benar.

      Sepatutnya masa ini tun kumpul pahala bukan kumpul dosa.

      Politik bukan untuk Tun lagi Hadap lah tikar sembahyang berdoa jika ada kebenaran akan terungkai juga.

      Maaf bukan nak mengajar tapi ini untuk iktibar sebagai manusia kita tak patut menggalakkan tu. Ke arah politik biar dia habiskan usia dia dengan beribadat dan membentuk keluarga semuga selepas ketiadaannnyan anak2 akan membantu nya dengan doa dan sedekan di dunia

      Delete
    6. Berjuang menentang penipuan dan kezaliman adalah ibadah yg sgt BESAR disisi Allah SWT.

      Kalu mung dok caya cuba tanya Tuan Punasihat dari Parti Lebai atau mopti harusanaharusini.

      Delete

    7. 08.45

      Tun sedang menentang rasuah, penipuan, penyamun, pencuri, putar belit, penindasan dan kezaliman.

      Dengan lain-lain perkataan, Tun sedang menentang kemungkaran.

      Bukankah ini merupakan satu jihad?

      Bukankah ini satu ibadah yang tak terhingga nilainya?

      Bukalah mata kamu, lapangkanlah dada kamu, wahai cencaluk.

      Jangan kamu terpedaya dengan kepalsuan.

      Delete
    8. kita menyokong tun untuk membela nasib rakyat tetapi siapa yang boleh membela nasib tun diakhirat kesian kat dia kita biarkan malah mengalakan dia terus memperkecilkan hukum allah. bagi umat islam kamu dipertanggungjawabkan kerana membiar malah mengalakan tun terus hanyut hina hukum allah. puak anti islam memg suka pergunakan tun sebab meraka berangapan suara tun boleh diikut rakyat tetapi mereka lupa allah yang maha berkuasa. pada pemimpin pan yang islam nasihatlah tun jangan huna dan memperkecilkan hukum allah. bagi macai pandap doakanlah agar tun sempat bertaubat .kami mendoakan tun diberi hidayah.

      Delete
    9. 6.16
      Berjuang menentang rasuah, pecah amanah, penyelewengan, penipuan dan penindasan ialah SATU IBADAH.

      Ibadah bukan hanya solat 5 waktu dan puasa saja. Ruang aspek ibadah ni terlalu besar. Jadi tolong jangan SEMPITKAN fikiran dan minda kamu.

      Delete
    10. Itu kata-kata dari orang yang terus menerus asyik tidur sehingga apa yang berlaku di sekeliling dia buat tak ambil tahu macam penyapu....!!!

      Delete
    11. Cencaluk...Tun M tu bukan rakyat ker

      Delete
  12. Tun dollah hadari zzzzzzzz??? Yg suka tidor tu ker?? Huhuhu

    ReplyDelete
  13. Tun,you not alone...

    ReplyDelete
  14. Long live dear Tun!

    ReplyDelete
  15. Semoga membuahkan hasil positif untuk memberi mesej kepada pemakan dedak supaya menerajang Najib turun dan menggantikan dengan PM yang boleh membela rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pm baru membela rakyat dengan dasar dan perlimbagaan umno. boleh percaya ke.

      Delete
  16. Yang masuk bertanding seorang jer. Yang pengundi nak dengar ucapan calon. Yang pengundi nak tahu apa manifesto atau perancangan calon. Tapi yang jadi heran bila berderet orang lain sibuk nak bercakap jugak. Inilah yang kita dapat lihat dalam semua sesi ceramah kempen pembangkang terutama kempen calon PAN.

    Sepatutnya pemimpin PAN sendiri yang memberi ceramah kempen untuk calon partinya sendiri tapi ini tidak berlaku. Banyak ceramah calon PAN akan didominasi oleh pemimpin DAP yang akan hadir memberi ucapan dalam ceramah. Apa sudah tiada lagi pemimpin dalam PAN yang boleh berucap atau berkempen. Apa sudah tiada lagi pemimpin PAN yang boleh bercakap bagi mewakili calon dari parti sendiri hingga terpaksa menyerahkan mikrofon kepad pemimpin DAP untuk berucap.

    "Sudah terang lagi bersuluh", sudah jelas dan terang permainan DAP memperkudakan PAn sebagai "kuda tunggangan politik" mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous 08:32,
      Tuan nampak PAN,DAP sahaja.kalau dah makan dedak banyak sangat,macam ni lah.nampak kesalahan pembangkang sahaja.
      Semua pemimpin BN yang berkampung satu Kuala Kangsar dan Sungai Besar,tak nampak langsung.
      Agak-agak la kalau nak komen.

      Delete
    2. Memang dia buta pun. Sampai arul nasi kandar turun SG besar pun dah tak nampak. Dah mabuk dedak la tu

      Delete
  17. Assalamualaikum,,

    Orang PAS kata PAN makan dedak DAP, kemudian dibalas oleh PAN dengan dakwaan yang sama PAS makan dedak UMNO.Beza kedua dakwaan ini ialah amat jelas, PAS yang dibenci kerana berbaik dengan Umno sebenarnya berbaik dengan sesama Islam berbeza PAN yang kamcem dengan DAP yang kafir anti Islam.Adakah berbaik dengan sesama Islam itu boleh dikatakan makan dedak? atau berbaik dengan kafir anti Islam sebenarnya yang makan dedak? Siapa sebenarnya yang tabur dedak, DAP atau Umno?


    kalaupun Umno tabur dedak kepada PAS, taburan itu tidak akan bermakna sebab akhirnya yang bersatu itu nanti adalah semasa Islam.Amat penting dengan penyatuan Islam ini yang tidak dapat dielakan melibatkan 2 parti Islam terbesar dan kemuncak kepada penyatuan ini ialah terbubarnya salah satu parti tersebut untuk membentuk sebuah parti Islam yang kuat dan kukuh.Jadi apa maknanya Umno nak tabur dedak kepada PAS padahal semua tahu pendirian PAS cuma satu dan tidak akan berubah sejak dulu, kini dan selamanya.

    Apa pendirian PAS? seperti termaktub dalam perlembagaan parti yakni melatakkan Quran, Hadis dan ijmak ulamak diatas segala galanya.Sehingga semua ahli Umno menerima dan mengakui pendirian PAS ini maka penyatuan umat Islam akan terhalang tetapi yang semakin nampak ialah umno semakin menerima pendirian PAS ini dan sebab itu jugalah TGHH berkata PAS memang mahu berbaik dengan Umno, berbaik dalam erti mahu meneruskan dakwah agar satu hari Umno akan menyedari keperluan sabagai orang Islam untuk menerima pendirian PAS kerana di sana terletak syarat utama untuk bersatu yakni "tali ALLAH".

    PAS sudah menyatakan pendiriannya dengan jelas dan tidak akan terdedak dengan dedak Umno, samaada Umno tabur dedak atau tidak.Sikap PAS terhadap Umno amat jelas dan tak perlu dimanupulasikan oleh sesiapapun untuk menunjukkan kebodohan PAS kerana apa yang PAS buat adalah ikthiar untuk mengikuti serapat rapatnya dengan seruan alQuran.

    Tapi apa yang DAP buat untuk begitu disokong kuat oleh PAN?PAN juga parti Islam tetapi boleh diam membisu bila kawan baiknya DAP menghina Islam dalam semua keadaan malah untuk kes pindaaan akta 355, pengarah stretegi mereka Khalid Samad boleh berkata tidak semestinya apa yang dibuat PAS mesti disokong kerana terdapat banyak cara untuk melaksanakan perintah Tuhan.Lembik betul mulut Khalid, sebab apa? bukankan kerana sudah banyak makan dedak dari DAP.Apa matlamat PAN berbaik dengan DAP, apakah sama dengan matlamat PAS berbaik dengan Umno yang sangat ditentang dan dihina oleh mereka? Berbaik sesama Islam ditentang dan dihina tetapi tubuh badan PAN yang berbaik dengan kafir anti Islam tu apa hal kalau tak makan dedak?

    ReplyDelete
    Replies

    1. 08.33

      Sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, aku tak mahu beri komen berjela-jela.

      Cuma aku nak tahu samada Haji Hadi sudah tarik belum amanat yang mengkafirkan orang-orang UMNO dulu?

      Cukuplah setakat itu sahaja.

      Delete
    2. dulu PAS PIS PUS boleh je moa "Bahalul Bengapsi" dengan DAP

      Delete
    3. Musang Berjanggut tu belum tarik lagi AMANAT BANGANGnya tu.

      Delete
    4. amanat haju hadi tidak ditarik balik dan buat apa nak tarik tghh tak kata umno. tetapi sapa yang amalkan politik suku agama suku. yang takut dengan peringatan dari tghh perlulah bertaubat dan ubah kepada dasar agama islam yng sebenar.

      Delete
    5. 8.33 aku nak tanya dulu sape yang bagi jalan kalimah Allah boleh diguna pakai oleh orang kapir??

      Delete
    6. Kesian 8.33. Pertama tak faham ADUN dan MP. Kalau AMANAH menang PRK ni sehari semalam PM dah bertukar ke yg ko nk takutkan org melayu ni. Kedua tak faham konsep calun. Dah calun melayu, melayu lah. Yg kita nk buang pemimpin melayu pencuri penyamun internasional ni. Yg kita tak nk sokong parti yg bersubahat menyokong pencuri. Pendirian PAS skrg sokong pencuri tak per, sokong pemimpin yg tak amanah tak per. Undi PAS = Undi UMNO= Undi pengonglap khazanah negara.

      Delete
    7. Anon 8.33 .. terbaik. Alhamdullilah.. semoga الله merahmatimu.

      Delete
  18. Assalamualaikum,,,,

    Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan.Bukan Hanya Hudud, bukan hanya beribadat tetapi semuanya.Agak mudah kalau difahami kenapa orang Islam berpuasa, sebab puasa itu diperintahkan oleh ALLAH, perintah bukan sahaja kepada umat yang ada hari ini tetapi juga perintah yang sama diberikan kepada umat umat terdahulu.Itu yang kita semua ketahui dari ayat yang mewajibkan berpuasa.


    Selain itu tujuan diwajibkan berpuasa adalah agar umat bertaqwa, bermakna umat akan patuh tunduk kepada segala yang disampaikan oleh Rasul dan mentaati tanpa bantahan kepada semua perintah ALLAH.Tetapi kalau ada umat yang berpuasa tetapi tetap membantah apa jua kebaikan yang dianjurkan Islam yang cuba dilaksanakan maka puasanya masih gagal mencapai matlamat dan mungkin menjadi sia sia.

    Malah kalau kita panjangkan lagi pesoalan kenapa umat Islam bersolat, bayar zakat, tunaikan haji serta kenapa umat Islam bernikah, menguruskan jenazah dan banyak lagi hukum yang dipatuhi seperti mandi junub, berwudhu dan beristinja'vserta tidak makan babi dan tidak minum arak, jawaban kepada semua soalan ini ialah kerana semuanya itu perintah ALLAH yang wajib dipatuhi oleh umat.

    Tetapi kenapa bila sampai kepada perintah Hudud dan qisas, banyak pula songehnya? Banyak bantahan dan mempersoalkan kenapa mesti hukum yang diperintahkan ini perlu dilaksanakan? Kenapa ada lagi umat Islam yang terpengaruh dengan gerakan liberasasi dan globalisasi yang umumnya banyak memperkatakan persamaan gender.Agak malang bagi seorang Islam, yang lahir sebagai Islam terpengaruh dengan gerakan ini.Terutama yang agak lantang mempersoalkan penguatkuasaan pemakaian wanita di bulan Ramadan yang mulia ini.Sepatutnya usaha ini adalah satu kebaikan yang menjurus kepada suasana kehidupan yang lebih Islam kerana pemakaian wanita hari ini telah banyak menyimpang dari etika pemakaian Islam.Ini yang hendak dijaga agar etika pemakaian sentiasa mengikut panduan Islam.

    Tetapi kerana nak persoalkan usaha kebaikan ini, ada yang membandingkan kenapa lelaki seolah olah lepas dari pengawasan? Tanpa sedar, mereka ini sebenarnya cuma mahu melihat wanita Islam mendedahkan badan yang disifatkan sebagai lamborgini oleh UAI kerana aura wanita tu boleh menyusup masuk ke tubuh badan lelaki tanpa kawalan.dan perkara ini boleh meyebabkan banyak jenayah boleh berlaku.Inilah kebebasan yang mereka cari sebenarnya, bukan mahu melihat persamaan gender dilaksanakan.

    Lelaki juga tak terlepas kepada hukum, Lelaki juga perlu menutup aurat, tetapi praktikalnya berapa ramai lelaki berseluar pendek di tempat awan kalau nak dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat di tempat yang sama dan apakah lelaki berseluar pendek itu boleh membangkitkan nafsu wanita berbanding dengan wanita yang dedah sana sini boleh membangkitkan nafsu lelaki?

    Maknanya kerosakan yang boleh berlaku oleh wanita yang dedah sana sini itu lebih tinggi dari lelaki yang dedah sana sini.Di sinilah letaknya tanggungjawab pemerintah untuk memastikan suasana kerosakan ini tidak berlaku dan penguatkuasaan peraturan menjaga aurat wanita itu diperlukan tetapi tidak bermakna lelaki dilepaskan begitu sahaja, tarbiyah aurat tetap disampaikan kepada lelaki.Pemerintah hanya mahu memastikan tiada kerosakan yang akan berlaku dengan penguatkuasaan undang undang ini.

    kenapa masih ada yang membantah dan lebih malang kalau orang Islam sendiri yang membantah itu.Ianya seolah olah membantah kenapa wanita tak boleh jadi imam solat jemaah seperti yang dibuat oleh Aminah Wadud dulu.

    Akhir kata kepada pejuang kebebasan ini suka saya panjang satu soalan , apakah dengan kebebasan yang diperjuangkan itu, anda boleh bebas memilih bagaimana anda akan mati, bebas memilih di mana kubur anda dan bebas memilih penyakit yang akan menyebabkan anda mati? Kalau anda boleh pilih semuanya ini anda memang berhak bebas tetapi kalau anda tidak mampu, apa makna kebebasan yang anda perjuangkan?

    ReplyDelete
  19. Penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sekali lagi mengirimkan ‘warkah dari penjara’ namun kali ini ia ditujukan khusus kepada para pemimpin kanan parti itu.


    Menurut sumber yang ditemui oleh SuaraTV sebentar tadi, perkara itu telah diakui sendiri oleh salah salah seorang Naib Presiden PKR yang mengakui menerima warkah kedua tersebut secara peribadi.

    “Kalau sebelum ‘warkah Anwar dari penjara’ itu ditujukan kepada semua ahli dan penyokong namun pada kali ini, beliau menghantar ‘surat peringatan’ tersebut secara ‘personal’ kepada beberapa orang kanan PKR yang dilihat semakin cenderung menyokong Tun Mahathir sehingga melupakan matlamat asal perjuangan parti.

    “Antara yang menerima warkah khusus tersebut ialah salah seorang Naib Presiden PKR yang turut mengakui terkejut dengan tindakan Anwar itu,” kata sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

    Sumber tersebut turut menjelaskan antara kandungan warkah kedua yang dikirim oleh Anwar itu ialah agar PKR segera menghentikan kerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    “Melalui warkah tersebut, Anwar mengarahkan agar pimpinan PKR segera menghentikan kerjasama dengan Tun Mahathir yang dikatakan hanya mahu mengunakan parti itu untuk kepentingan peribadi beliau.

    “Anwar turut mengingatkan mereka kerjasama bersama Tun Mahathir akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan PKR dan sekaligus bakal menyebabkan Umno/BN kembali kuat dan berkuasa,” katanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takkan berhenti menulis sebab dia kesunyian dan terasa diketepikan, ketika ornag semua sibuk berkempen. Dia nak juga enterfarme sebab dia dah biasa jadi tumpuan, tetiba diketepikan. Lepas surat kedua, akan ada surat ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan berpuluh-puluh surat lagi sampai ke PRU14.
      Kesian dia, takat tulis surat jelah.
      Pengaruhnya dah luput.
      Elok suruh dia beribadah ingatkan ALLAH.
      Usia dia pun dah 69 tahun, tahun depan 70.
      Sementara takada kerja di resort Sg.Buluh tu, eloklah banyak-banyak beribadah. Bila keluar nanti, banyak godaan dan cabaran. Tumpuan kepada Allah sudah berkurangan. Inikalailah masanya untuk ALLAH.

      Delete
    2. surat tak sampai sbb tak pakai setem...

      Delete
    3. Buat penat jea ko pecah kepala cari idea taip panjang2.... ambe tak kuasa nak baca....

      Delete
    4. Nenek ni kan Xpernah gi sekolah sbb berkurun2 duk dlm gua.... puas NK dok mikir utk mncari jwpn. Setahu NK laa Msia nie majoriti rakyatnya Melayu, agama rasminya Islam tmbhn pulak cerdik pandai agama cukup ramai....lebih2 lagi dlm parti biru dacing & parti ijau bulan purnama. Ada antaranya bergelar tuan guru, ularmak & mufti lagiii...tapi di manakah mrk ni... ker sdg duk bertapa mcm NK jugak? Payah bebenor suara mrk nak kluor dari kerongkong skrg nie yea. Yg kedengaran hnya bbrape kerat ulamak bebas. Tak ker namanya Pelik binti Ajaib.... Ishhhkkkk...Ishhkkkk...

      Delete
  20. Puak PAN dan cybertropper PAN menyebarkan kononnya Lim Guan Eng sangat baik dengan Islam boleh hadi iftar bersama umat Islam. Bangang betul puak PAN @ IKRAM puasa tu tak wajib pun. Yang peliknya hukum hudud tak ada kait mengait dengan Lim Guan Eng dan DAP ditentang macam hudud tu menyebabkan rumah dia orang roboh.

    Kenapa mereka takut hudud?
    Kenapa puak PAN @ IKRAM menentang hudud dnegan pelbagai alasan kononnya belum sampai masa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua orang tka mahu terima HUDUD HAJI HADI.
      Mana taknya, nak potong tangan pencuri telor ayam tapi pencuri 4.7 billion disanjung. Hudud Allah tidak membezakan sesama insan. Curi telor ayam kerana anak tak makan, takkan dipotong tangan tapi curi rm4.6 billion kerana nak berjetting dan bershoping memang patut dipotong semua - kaki, tangan dan anunya sekali. HAHAHAHA

      Delete
    2. Yang selalu cakap belum sampai masanya buat hudud ialah umno. Tapi sejak isu 1mdb dah tersebar luas hingga ke peringkat kampung, luar bandar, felda...tiba tiba isu kerjasama umno-pas dan hudud timbul dengan cepat. Nampak sangat ini semua permainan politik, yang bodoh saja tak nampak. Settle dulu isu 1mdb, SRC, Aabar dan IPIC. Pak arab tengah tuntut usd6.5b dari kerajaan kita. Kalau kalah kes, kita semua kena tanggung. Orang PAS bukan paham pon isu ni.

      Delete
    3. Orang PIS takkan paham kerana mereka mcm katak bawah tempurung.

      Delete
    4. dari dulu pas ajak ke jalan islam taknak sekarang salahkan pas pulak.itulah puak munafik sekuler ajaran umno.

      Delete
    5. Cik Minah,
      Saya gelak guling guling bila Cik Minah cadangkan potong anu Najib ha ha ha ha ha.
      5 ha

      Delete
  21. Kenyataan anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal yang menyelar penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menunjukkan dirinya telah menanam kebencian terhadap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.


    Mantan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, beliau bersimpati terhadap Edry kerana terpengaruh dengan cara fikir DAP yang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif terhadap pelaksanaan agamanya sendiri iaitu Islam.

    Katanya, Islam tidak pernah mendiskriminasi samada lelaki atau wanita bahkan kempen menutup aurat itu adalah selari dengan ajaran Islam.

    “Memang aurat wanita adalah lebih mudah terdedah berbanding lelaki tetapi kerana mulianya Islam dalam menjaga maruah dan kehormatan kaum hawa maka mereka mendapat perhatian lebih dalam Islam sesuai dengan naluri dan fitrah mereka.

    “Oleh itu saya lihat tindakan JAHEAIK bukanlah mendiskriminasi kaum wanita bahkan memelihara dan memartabatkan kesucian wanita Islam. Ini adalah amat dituntut oleh agama. Lebih-lebih lagi, kempen yang dilaksanakan bukan hanya khusus untuk wanita,” katanya.

    Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) menyifatkan tindakan JAHEAIK memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewajiban menutup aurat khususnya kepada wanita adalah tidak syumul dan berat sebelah.

    “Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,”kata Edry.

    Bidas Ustaz Ibrahim, amat janggal dan pelik, sepatutnya Edry memberi perhatian terhadap pihak yang sering mempergunakan wanita sebagai model dan objek daya tarikan kerana merekalah sebenarnya yang mempergunakan wanita dan mengambil kesempatan ke atas batang tubuh wanita.

    “Edry tidak patut meletakkan kesalahan pada JAHEAIK. Kenapa Edry tidak memberi komen yang sama apabila DAP mempromosikan wanita Melayu iaitu Rara dan Dyna dengan meletakkan mereka di bawah spotlight untuk meraih sokongan Melayu sedangkan aurat mereka tidak dijaga dengan betul?

    “Lebih melucukan lagi, Edry menyarankan agar lelaki turut dikuatkuasakan untuk menundukkan pandangan supaya dilihat syumul dari sudut pelaksanaan.

    “Saya bimbang saranan Edry hanya akan menonjolkan imej Islam yang kolot jika penguatkuasaan tundukkan pandangan dilaksanakan semata-semata untuk dilihat tidak mendiskriminasi pihak wanita. Sedangkan dalam Islam, diseru kepada lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan manakala menutup aurat adalah tuntutan yang wajib patuhi,” katanya lagi.

    Walaupun begitu Ustaz Ibrahim berkata, jika dikaji cara fikir DAP maka kita tidak pelik bagaimana Edry boleh berfikir demikian kerana DAP sejak awal telah menanam kebencian terhadap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.

    “Ini terbukti apabila mereka mempertikaikan isi kandungan khutbah, undang-undang Islam, isu murtad dan lain-lain.

    “Oleh itu saya menyeru anak muda Islam supaya berhati-hati dengan DAP kerana cara fikir mereka boleh membawa kita kepada kefahaman Islam yang salah,” katanya.

    Selain itu katanya, Edry juga dinasihati agar tidak mengambil ajaran Islam sekerat-sekerat.

    “Ambillah Islam sepenuhnya, bukan sekerat-sekerat. Tundukkan pandangan, tutup aurat itu ajaran Islam. Tapi Islam bukan sekadar itu sahaja. DAP menentang agenda Islamisasi dalam aspek lain kerana DAP faham Islam sekerat-sekerat,” katanya. - ISMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak berhujjah berdasarkan persepsi negatif terhadap DAP dah la panjang buat blogs sendiri kan bagus

      Delete
    2. itulah bukti ajaran dap pada umat islam yang tunduk padanya. puak munafik memg dap suka sebab mudah dipergunakan. takan yang lain pun tak nampak lagi kerosakan yang dibawa dap. pan pendokong dap untuk pecahbelahkan umat islam sasaran mereka pas sebab sahaja yang memperjuangkan islam.

      Delete
    3. Tulis pepanjang (copy paste je tu) dalam blog sendiri je la. Menyemak je kat sini

      Delete
  22. "Nizar beritahu dalam syarahannya 1000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah swasta cina. 1000 ekar tanah kepada 9 buah sekolah cina. Bayangkan tuan-tuan pengundi S.B dan K.K 1000 hektar bersamaan (1000 x 2.47105 ekar) = 2471.05 ekar tanah diberi kepada sekolah-sekolah swasta cina. No wonder la DAP bertungkus lumus membantu khadam mereka.
    Khadam mereka pula kemaruk hendak menjadi menteri besar. So win win situstion la kan. Agak berapa nilaian harga 2471.05 ekar tanah tersebut? Kebanyakan pimpinan PAN adalah manusia2 yang kemaruk akan pangkat dan kuasa bila sudah tidak terpilih tubuh parti PAN. Penyokong- penyokong Pan sedarlah perkara ni..

    Bagaimana pula dengan PKR? PKR jika hendak menang 5 kerusi untuk PRU akan datang perlu menjaga DAP sebaiknya. Jika DAP terasa hati sedikit sahaja survival PKR mungkin akan terancam. Cuba perhatikan dalam last two general election PRU 13 dan PRU 12. PKR kehilanga 1 kerusi dari 31 kepada 30 manakala Pas dari 23 kepada 21.

    Kebanyakan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR adalah kerusi yang menpunyai lebih ramai pengundi-pengundi cina berbanding dengan Pas. Peralihan pengundi melayu pada PRU 13 mencederakan PKR dengan kehilangan 1 kerusi manakala Pas hilang 2 kerusi. Ingat peralihan undi orang melayu Juga mencederakan PKR pada PRU 13.Tetapi Dap dari 28 kerusi menjadi menang 38 kerusi.

    Walaupun Peningkatan undi hampir 100% dari undi kaum cina tidak dapat menambahkan kerusi PKR. Tetapi jika penurunan undi kaum melayu berlaku ia akan mencederakan PKR seteruk-teruknya. 200K ahli Pas keluar Parti masih tidak cukup untuk kekalkan 20 kerusi PKR. Jika pengundi-pengundi setia pas tidak mengundi PKR pada PRU 14 maka tidak mustahil result PRu 11 akan kembali.

    Sekarang Pas adalah pilihan paling rational kepada pengundi melayu. Bagaimana pula dengan PKR dan Pan? Selagi DAP holding Bargaining Power every move PKR dan Pan buat hanyalah untuk kepuasan diri sendiri terutama sekali PAN.

    Melayu Pas adalah melayu paling berprinsip. Tidak gentar dengan kesusahan dan sudah pasti tidak takut keseorangan. Kerana kami sudah berpuluh-puluh tahun lone ranger. Tapi jika PKR dan Pan keseorangan tanpa payungan DAP maka lumpuhlah mereka. Cuba perhatikan siapa yang turun memasang banner dan bendera PAN di S.G & K.K.

    Perkara paling merisaukan ialah DAP memegang Bargaining Power.

    Untuk pengundi-pengundi Sungai Besar & Kuala Kangsar perlunya kamu semua mengundi PAS, saya sesungguhnya memohon dan merayu dengan pengundi-pengundi semua . Satu undi kamu semua amat penting kepada Pas kali ini. Jika calon Pas menang untuk PRK kali ini ia akan memastikan 2 Undi yang pasti jika pindaan akta 355 dibawa untuk undian. Tolonglah pengundi K.kangsar dan S.Besar tolong sangat2.

    Jangan undi BN kerana calon BN adalah sama golongan Mahathir dan anaknya Marina dan zaid Ibrahim, dan Dap.”is that it is all right if ideas come from the Middle East but not all right if they come from the West, said Marina Mahathir. “



    Jika calon BN menang ke 2 PRK ini, -Jika- . Hanya satu cara sahaja untuk membuktikan mereka berdua bukan dari golongan yang aku sebut tadi iaitu mereka perlu mengundi setuju untuk pindaan akta 355 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2 yang bagi ulasan yang panjang berjela-jela tu,buat blog sendiri la.
      Rasanya tuan budin pun malas nak baca.

      Delete
    2. Saya pun malas nak baca,

      Delete
    3. guna nama cik minah tapi org dap.

      Delete
  23. Budin, aku nak ucapkan syabas kerana pandai jugak hang bawak masuk penyokong Umno ke dalam blog ini yang terlalu ghairah nak pertahankan Umno dan musuh luar katil baru mereka Pas. Aku tau ..... aku ni mmg diplomatik bila aku sebut penyokong. Patut aku sebut pemakan dedak kan !

    ReplyDelete
  24. bila adnan satem nak datang tolong najib?

    dah menang lumayan... nak tuntut apa lagi?

    dengan majoriti kemenangan dlm pilihanraya lepas di kuala kangsar & sg besar...

    tak mustahil bn tumbang sabtu ni.

    ReplyDelete
  25. Kepada pemakan dedak yang sibuk canang isu agama sekarang ni, cuba jawab...curi duit rakyat tu islamic ke?

    ReplyDelete
  26. Orang yang hantar komen panjang berjela-jela mengalahkan tuan rumah,layak digelar penulis bangsat.Nak buat blog sendiri segan,mati tak mahu.

    ReplyDelete
  27. Terlalu banyak sumbangan dan jasa Tun M terhadap negara dan tidak penah dengar Tun M menerima sumbangan wang yang besar dari sesiapa sewaktu beliau menjadi PM.

    ReplyDelete
  28. Setuju atau bangkang laa sampai berjela2 dgn bermadah berhelah....tapi jgn lari dari perjuangan UTAMA.... utk menyingkirkan 'PAHtakterLAWAN bugis'!!! Berdirinya Tun, kit siang, mat sabu, rafizi dll di atas platform yg sama..... hanya krn satu tujuan....atas dasar kecintaan pada negara tercinta....agar puak2 dedak yg bertuhankan 'cash is king' ini disingkirkan dari tampuk kuasa.... agar tidak terus bermaharajalela dgn undang2 rimba mrk.....

    ReplyDelete
  29. Terima kasih Tun,jasa serta sumbangan Tun untuk kepentingan masa depan negara hanya Allah yang dapat membalasnya,semoga Tun dan Tun Siti sentiasa berada dalam lindungan Allah,amin.......tolak Najib dan mereka yang bersubahat dengan pemimpin tak sedar diri ni.

    ReplyDelete
  30. Aku setuju dgn 9.42.

    Ini bermakna kalau Tun M wafat waktu berkempen menegakkan amal makruf nahi mungkar, maka Tun M diklafikasikan sebagai mati SYAHID. AMIIIIIN.

    ReplyDelete
  31. Salam kpd semua pembaca,

    Dalam kamus org yg ingin berjaya tiada ungkapan utk betul2 pencen bila pencen.Org yg pencen perlu ada visi utk kehidupan di dunia apatah lagi di akhirat.
    Pada suatu ketika khalifah Harun al Rashid pergi memantau kehidupan penduduknya. Lalu terlihat olehnya akan seorg tua lelaki sedang menanam pokok dikebunnya.Ditegurnya org. tua itu dgn mengatakan pakcik akan mati dulu sebelum menikmati hasil pokok itu.Org tua itu menjawab jika beliau mati anak cucunya akan memperolehi hasilnya (maksud tersirat dia akan dapat pahala).Harun Al Rashid terpegun dgn jawapan tersebut lalu menghadiahkan sejumlah wang kpd org. tua tersebut.
    Org tua itu meneruskan percakapannya tuanku lihat sebelum patik mati patik dah pun memperolehi hasilnya(sambil menunjukkan wang pemberian raja tadi).Bila sekali lagi mendengar jawapan org tua itu sekali lagi pula Harun Al Rashid memberikan ganjaran dan seterusnya cepat-cepat pergi dari situ.Dlm hatinya sambil berkata kalau aku tunggu akan habislah wang ku ini oleh org tua yg bijaksana ini.

    Oleh itu jangan suruh org pencen utk pencen segala-galanya jika apa yg dilakukan boleh mendatangkan kebaikan.Pemikiran perlulah dijana dgn kualiti sebelum menyarankan sesuatu pd seseorg.
    Isu lain ialah tentang prinsip perjuangan mana-mana parti.Setiap perjuangan perlu ada ketegasan dan "consistant".Jangan ubah2 pendirian berdasarkan keperluan semasa.Politik tidak menghalalkan cara.
    Pemimpin yg berjiwa besar sanggup mengakui kesilapannya, sanggup menarik kembali kata2nya yg tidak betul dan memohon maaf.Sajak2 pujangga Amir Hamzah langsung tidak menampakkan perkataan Islam dlm karyanya tetapi cendiakawan mengatakan ia adalah karya sastera berunsur keagamaan.
    Jadilah pemimpin seamanah Omar Abd. alAziz,seberani Iskandar Zulkarnain, sepemurah Harun Al Rashid,setegas Omar Al Khatab dan sesempurna nabi Muhammad (SAW).

    ReplyDelete
  32. Salam kpd semua pembaca,

    Dalam kamus org yg ingin berjaya tiada ungkapan utk betul2 pencen bila pencen.Org yg pencen perlu ada visi utk kehidupan di dunia apatah lagi di akhirat.
    Pada suatu ketika khalifah Harun al Rashid pergi memantau kehidupan penduduknya. Lalu terlihat olehnya akan seorg tua lelaki sedang menanam pokok dikebunnya.Ditegurnya org. tua itu dgn mengatakan pakcik akan mati dulu sebelum menikmati hasil pokok itu.Org tua itu menjawab jika beliau mati anak cucunya akan memperolehi hasilnya (maksud tersirat dia akan dapat pahala).Harun Al Rashid terpegun dgn jawapan tersebut lalu menghadiahkan sejumlah wang kpd org. tua tersebut.
    Org tua itu meneruskan percakapannya tuanku lihat sebelum patik mati patik dah pun memperolehi hasilnya(sambil menunjukkan wang pemberian raja tadi).Bila sekali lagi mendengar jawapan org tua itu sekali lagi pula Harun Al Rashid memberikan ganjaran dan seterusnya cepat-cepat pergi dari situ.Dlm hatinya sambil berkata kalau aku tunggu akan habislah wang ku ini oleh org tua yg bijaksana ini.

    Oleh itu jangan suruh org pencen utk pencen segala-galanya jika apa yg dilakukan boleh mendatangkan kebaikan.Pemikiran perlulah dijana dgn kualiti sebelum menyarankan sesuatu pd seseorg.
    Isu lain ialah tentang prinsip perjuangan mana-mana parti.Setiap perjuangan perlu ada ketegasan dan "consistant".Jangan ubah2 pendirian berdasarkan keperluan semasa.Politik tidak menghalalkan cara.
    Pemimpin yg berjiwa besar sanggup mengakui kesilapannya, sanggup menarik kembali kata2nya yg tidak betul dan memohon maaf.Sajak2 pujangga Amir Hamzah langsung tidak menampakkan perkataan Islam dlm karyanya tetapi cendiakawan mengatakan ia adalah karya sastera berunsur keagamaan.
    Jadilah pemimpin seamanah Omar Abd. alAziz,seberani Iskandar Zulkarnain, sepemurah Harun Al Rashid,setegas Omar Al Khatab dan sesempurna nabi Muhammad (SAW).

    ReplyDelete
  33. Tk Ybhg Tun semoga dgn kehadiran Tun akan membawa kemenangan kpd arti Amanah wahai pengundi melayu Kk n SB janganlah terlalu diperbodohkan oleh Umno bn maka tolaklah mereka dengarlah nasihat bekas M kita Tun

    ReplyDelete
  34. Tk Ybhg Tun semoga dgn kehadiran Tun akan membawa kemenangan kpd arti Amanah wahai pengundi melayu Kk n SB janganlah terlalu diperbodohkan oleh Umno bn maka tolaklah mereka dengarlah nasihat bekas M kita Tun

    ReplyDelete
  35. Jika Pas nak buat hukum hudud,,kami hanya akan support jika Najib selaku pencuri duit rakyat dan Negara di hukum secara hudud sebagai pembukaan pelaksanaan hukum hudud di Negara ini,,jangan nak double standard bila orang lain buat salah hukum hudud bila pemimpin Peminpin kerajaan buat salah jangan pulak buat bodoh,, itu namanya hukum haramjaddah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...